tata bahasa

9
Tatabahasa Ayat Tanya 1. Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal 2. Terdapat 2 jenis ayat Tanya iaitu a. Ayat Tanya dengan kata tanya b. Ayat Tanya tanpa kata tanya 3. Tanda Tanya (?) diletakkan pada akhir ayat Tanya A. Ayat Tanya dengan kata Tanya 1. Ayat yang menggunakan kata Tanya seperti: 2. Partikel – kah hendaklah disertakan sekiranya berada di hadapan ayat. 3. Contoh : Siapakah nama kamu? 4. Kata Tanya boleh berada di hadapan atau di belakang ayat. B. Ayat Tanya tanpa kata Tanya 1. Tidak melibatkan sebarang kata Tanya

Upload: asyraf

Post on 08-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Nota tata bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Tata Bahasa

Tatabahasa

Ayat Tanya

1. Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal

2. Terdapat 2 jenis ayat Tanya iaitua. Ayat Tanya dengan kata tanyab. Ayat Tanya tanpa kata tanya

3. Tanda Tanya (?) diletakkan pada akhir ayat Tanya

A. Ayat Tanya dengan kata Tanya 1. Ayat yang menggunakan kata Tanya seperti:

2. Partikel – kah hendaklah disertakan sekiranya berada di hadapan ayat.

3. Contoh : Siapakah nama kamu?4. Kata Tanya boleh berada di hadapan atau di belakang ayat.

B. Ayat Tanya tanpa kata Tanya 1. Tidak melibatkan sebarang kata Tanya2. Contoh :

i. Adik masih belum makan?ii. Bas itu sudah bertolak?

I-THINK (PETA PEMIKIRAN)

kata tanya dengan kata

tanya

Bila

Mana

Siapa

BagaimanaBerapa

Mengapa

Kenapa

Apa

Page 2: Tata Bahasa

Gunakan saya untuk mudah belajar

I-THINK (PETA PEMIKIRAN)

Page 3: Tata Bahasa

Gunakan saya untuk mudah belajar

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Page 4: Tata Bahasa

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat

sahaja.

1 subjek 1 predikat

Saya sakit

Rumah Ali cantik

Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau

predikat yang digabungkan dengan kata hubung.

Ayat majmuk Kata hubung

Ayat tunggal

Suhaili suka makan nasi

lemak dan mi sup.

dan (a)      Suhaili suka makan nasi

lemak.

(b)      Suhaili suka makan mi sup.

Rumah yang besar itu rumah

Fazli.

yang (a)      Rumah itu besar.

(b)      Rumah itu rumah Fazli.

Dia memberitahu bahawa

kakaknya akan melanjutkan

pelajaran ke luar negara.

bahawa(a)  Dia memberitahu.

( Kakaknya akan melanjutkan

pelajaran ke luar Negara.

Dia akan balik ke kampung

apabila ada masa lapang.

apabila(a)  Dia akan balik ke kampung.

(b)  Dia ada masa lapang.

Latihan :

(A)        Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.

Page 5: Tata Bahasa

1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________

2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________

3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________

4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu. _____________

5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________

6.Kucing itu mengiau kerana lapar. ______________

7.Cikgu Anita memakai baju batik hari ini. ______________

8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________

9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________

10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B)         Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi

ayat majmuk.

1.     Ayah membaca surat khabar.

Ayah menonton televisyen. sambil

________________________________________

2.    Hanita tinggal di Taman Aman.

Suresh tinggal di Taman Aman dan

_________________________________________

3.    Amran melayari internet.

Amran mencari maklumat terbaru. untuk

_________________________________________

4.    Kasut itu berwarna biru.

Kasut itu sangat mahal. yang

_________________________________________

5.    Kami terkejut.

Kami terdengar bunyi letupan. apabila

_________________________________________

6.    Halim kaya.

Halim kedekut. tetapi

_________________________________________

7.  Murid itu mengetuk pintu.

Murid itu masuk ke dalam bilik darjah. sebelum

__________________________________________

8.  Ibu memarahi adik.

Adik bermain di tepi longkang.  kerana

__________________________________________

9.  Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.

Asward tidak sihat.  walaupun

__________________________________________

Page 6: Tata Bahasa

Kata Hubung

1)      Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa

dengan frasa dan ayat dengan ayat2)      Contoh:a)      Emak membeli baju dan seluar (penggabungan

kata)b)      Ali kurus tetapi tidak boleh berlari (penggabungan

frasa)

Page 7: Tata Bahasa

c)      Ali mengemop lantai sementara Ahmad mengelap tingkap

(penggabungan ayat)3)      Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitua)      Kata hubung gabunganb)      Kata hubung pancanganc)      Kata hubung berpasangan

Kata hubung gabungan

Contoh

Atau Saya hendak makan mee atau nasi lemakDan Saya dan adik bermain di tamanLalu Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaianLantas Saya bangun malas dan lantas ke dapurSambil Bapa mendengar radio sambil membaca

surat khabarMaka Apabila melihat polis telah pergi semua maka

dia pn keluarlahSerta Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolahTetapi Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajarSebab Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagiKalau Kamu akan dipenjara kalau melakukan

kesalahanSupaya Kita harus mandi selalu supaya kelihatan

bersihKemudian Sila baca soalan kemudian mula menjawabMalahan Saya disini baik sahaja malahan kamu bahkan Bahkan kamu menang saya, saya akan

berusaha lebih kuat lagi