tata bahasa 2

28
TATABAHASA Kata nama Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata Nama Am Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah: orang: ayah, polis, perempuan dll. haiwan: ayam, itik, buaya dll. benda: televisyen, komputer, bank dll. tempat: stadium, jalan raya, pulau dll. Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan. Contoh: buai -> buaian Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Upload: zaliha76

Post on 24-Sep-2015

63 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

TATABAHASA

TATABAHASA

Kata nama

Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:

orang: ayah, polis, perempuan dll.

haiwan: ayam, itik, buaya dll.

benda: televisyen, komputer, bank dll.

tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.

Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.

Contoh: buai -> buaian

Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:

benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll

orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll

binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dllBiasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku

diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hambadiri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

Kata Nama Terbitan

Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).

Kata kerja

Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata Kerja Transitif Aktif

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Kata Kerja Transitif Pasif

Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.

Penyambut Kata Kerja Transitif Pembuat

Radio itu didengari Atan.

Burung itu ditangkap oleh seekor kucing.

Sayur itu dijual oleh seorang perempuan.

Ikan itu dijala oleh Pak Abu.

Surat itu sedang ditulis oleh bapa

Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).

Kami mandi di tasik.

Dia senyum semasa berjalan.

Air sungai beransur surut.

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap

Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.

Rumahnya roboh.

Radio itu berbunyi.

Turunnya Union Jack itu, Jalur Gemilang pula berkibar

Kata sifat

Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar

Jenis jenis kata adjektif

Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:

1. Sifat-menerangkan sifat keadaan atau seseorang

contoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat

2. warna - contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat

3. ukuran - contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, ternipis

4. bentuk -contoh: bujur, lurus,

5. waktu - contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam

6. jarak - contoh: dekat, hampir, jauh

7. cara - contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah

8. pancaindera

rasa: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau, masam,masin

pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan

dengar:bising, sunyi, senyap

bau: busuk, wangi, hangit, hapak

sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin

9. perasaan - contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira

Pangkat pangkat adjektif

Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat:

Pangkat biasa

Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:

Baju dia cantik.

Buah betik itu manis.

Pangkat perbandingan

Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:

Tenaganya sekuat Badang.

Buah jambu itu semanis gula.

Pangkat menyangat

Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. Contoh:

Cuaca hari ini sangat mendung.

Buah rambutan ini terlalu masak.

Pangkat penghabisan

Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:

Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.

Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

Kata sendi

Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.

Contoh:

Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)

Menyelam sambil minur air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)

Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama)

Fungsi kata sendi

Ada lima fungsi kata sendi:

1. Menunjukkan tempat atau arah : melalui jalan dalam,pada fikiran saya

2. Menunjukkan masa : dalam tahun lepas,sewaktu bulan biru

3. Menunjukan sebab akibat : Kemalangan berlaku kerana jalan licin, Sebab mulut badan binasa

4. Menunjukkan pelaku : Perlawanan akhir itu dimenangi oleh Kedah FA

5. Menunjukkan mangsa : Perompak itu kena belasah

Bahagian kata sendi

Kata sendi boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:

Sendi nama

Sendi kata

Sendi nama

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata nama. Antara kata sendi nama yang biasa digunakan ialah:di,ke,kepada,pada,dari,daripada,seperti,dengan

Sendi kata

Kata sendi kata ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa/kata kerja, kata sifat dan kata tugas.

bagi,sambil ,selepas,sebelum

Bentuk kata sendi

Kata sendi juga boleh dibahagikan mengikut bentuknya:

Sendi tunggal ; antara,bagai,demi, hingga,kerana,sejak

Sendi berimbuhan :bagaikan,berikut,mengingat, merupakan,sehubungan,seputar

Sendi majmuk : atas sebab,bagaimanapun,dalam hal,daripada di antara,kepada,oleh kerana,selain ,daripada

Ayat inti (bahasa Melayu)

Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.

Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat inti:

1. Frasa Nama + Frasa Nama

2. Frasa Nama + Frasa Kerja

3. Frasa Nama + Frasa Adjektif

4. Frasa Nama + Frasa Sendi

Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.

Frasa Nama + Frasa Nama

Contoh:

1. Ali jiran saya.

2. Kami jiran.

3. Kucing mamalia.

4. Itu guru.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap keinggerisan. Mereka menganggap bahawa perkataan "seorang", "sebuah", dan sebagainya harus disisipkan untuk mewakili artikel a dan an dalam bahasa Inggeris. Umpamanya, ayat (1) di atas dianggap tidak lengkap jika tidak ditulis sebagai "Ali seorang guru". Yang lebih bersikap keinggerisan menganggap ayat yang betul-betul sempurna ialah: "Ali ialah seorang guru." Mereka menganggap "ialah" sebagai terjemahan kopula seperti is dan are dalam bahasa Inggeris. Jadi timbullah anggapan yang salah bahawa sesuatu ayat itu tidak sempurna jika tiadanya "ialah" ataupun "adalah".

Walau bagaimanapun, perkataan "adalah" boleh disisipkan dalam ayat jika seseorang hendak menegaskan maksud, umpamanya:

1. Ali adalah guru.

2. Kucing adalah mamalia.

Kata "adalah" dalam ayat-ayat itu digunakan apabila timbul keraguan yang dapat dibayangkan dengan adanya pertanyaan yang menggunakan kata adakah seperti:

1. Adakah Ali guru?

2. Adakah kucing mamalia?

Kata "adalah" dalam ayat-ayat di atas samalah dengan kata "benarkah" atau "betulkah". Bagaimanapun, ayat yang disertai "adalah" bukan ayat inti lagi.

Frasa Nama + Frasa Kerja

Contoh:

1. Saya menulis rencana.

2. Kami berdiri.

3. Kucing ini menangkap tikus.

4. Syarikat itu membuka kilang.

Predikat ayat inti untuk pola ini dapat diperluas dengan menggunakan kata bantu yang terbahagi dua:

1. kata bantu aspek: akan, belum, masih, sedang, sudah, telah;

2. kata bantu modaliti: boleh, dapat.

Letak kata bantu ialah sebelum kata kerja. Selain itu, predikat untuk ayat ini dapat diperluas dengan menggunakan keterangan seperti: Saya duduk di kerusi. "Di kerusi" ialah keterangan tempat.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kata kerja transitifKesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa objek.

Salah : Syarikat itu membuka di Pulau PinangBetul : Syarikat itu membuka kilang di Pulau Pinang.

Salah : Kami membincangkan tentang masalah itu. Betul : Kami membincangkan masalah itu.

Kata kerja intransitif

Satu kesalahan lagi ialah penggunaan kata kerja intransitif tanpa diikuti oleh kata sendi apabila predikat diperluas.

Salah : Saya sedar perkara itu .Betul : Saya sedar akan perkara itu.

Salah :Dia masih ingat kejadian itu. Betul : Dia masih ingat akan kejadian itu.

Frasa Nama + Frasa Adjektif

Contoh:

1. Dia bijak.

2. Kami lapar.3. Anjing itu garang.4. Pisau ini tajam.

Predikat ayat pola ini dapat dluaskan dengan menggunakan kata penguat yang terbahagi tiga:

1. penguat depan: begitu

2. penguat belakang: sekali, betul

3. penguat bebas: sangat

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata penguat secara berlebihan:

Salah : Dia begitu bijak sekaliBetul : Dia begitu bijak.Betul : Dia bijak sekali.

Salah : Anjing itu sangat garang betul. Betul : Anjing itu sangat garang.

Betul : Anjing itu garang betul.

Frasa Nama + Frasa Sendi

Contoh:

1. Saya ke Kuala Lumpur

2. Dia di sekolah.

3. Kami di rumah.

4. Buku ini untuk adik.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku ialah anggapan bahawa frasa sendi tidak boleh berdiri sendiri tanpa kata kerja. Contohnya, ada orang yang beranggapan bahawa:

ayat (1) mesti ditulis: Saya pergi ke Kuala Lumpur; atau

ayat (4) mesti ditulis: Buku ini dibeli untuk adik.

Sebenarnya baik disertai kata kerja atau tidak, ayat-ayat itu betul belaka.

Hukum D-M

Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah seperti berikut:

Kesalahan Padanan bahasa Inggeris Pembetulan

Salah : dalam lain perkataan Betul :dengan kata-kata lainSalah : lain-lain perkara Betul : perkara-perkara lain

Salah : Minah Restoran Betul : Restoran Minah

Salah : Dunlop tayar Betul : tayar Dunlop

Salah : goreng pisang Betul : pisang goreng

Kata hubung (bahasa Melayu)

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:

perkataan dengan perkataan;

rangkai kata dengan rangkai kata; dan

ayat dengan ayat.

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Kata hubung gabungan

2. Kata hubung pancangan

o Kata hubung pancangan relatif

o Kata hubung pancangan komplemen

o Kata hubung pancangan keterangan

3. Kata hubung pasangan.

1. Kata hubung gabungan

Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.

Contoh ayat: Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.

Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung, katanya.

Dia mengelak, lantas menikam.

2.Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan relatif

Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.

Contoh ayat:

Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.

Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.

Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

Kata hubung pancangan komplemen

Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:

Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.

Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.

Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.

Contoh ayat: Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.

Saya berkawan dengannya semenjak kecil

3.Kata hubung berpasangan

Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..

Contoh ayat:

Kian lama kian banyak orang yang ke sana.

Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah

Imbuhan kata nama bahasa Melayu

Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan.

Awalan ke-

Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar:

penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi

pe(n)-

Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis

orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin

orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok

orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis

milik sifat seseorang: pemuda, pembesar

ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung

hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat

Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.

pe-

Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-") menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:

pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta

penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit

per-

Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".

juru-

Awalan "juru-" digunakan untuk mendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan akar. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:

juru- + kata nama: juruwang, jurubahasa

juru- + kata kerja: jurukira, jurujual, juruselam, juruterbang

juru- + akar kata: jurutera, jurumudi

Akhiran

-an

Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.

benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan

hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan

tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan

benda kata dasar yang besar atau luas: lautan

Apitan

ke--an

Imbuhan apitan "ke--an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan

keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan

pe(n)--an

Imbuhan apitan "pe(n)--an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

perbuatan: pemeriksaan, pemilihan

hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan

Imbuhan "pe(n)--an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.

per--an

Imbuhan apitan "per--an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:

perbuatan: pertandingan, pergeseran

tempat: perumahan, perkuburan

Imbuhan "pe(n)--an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja.

Sisipan

Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: tapak telapak; kuning kemuning.

JENIS-JENIS AYAT

Ayat perintah

Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.

Perintah : Berdiri di atas kerusi itu.

Suruhan : Ikat tali kasut anda dengan betul.

Larangan : Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.

Permintaan : Tolong angkat baju itu.

Ajakan : Mengucaplah banyak-banyak.

Silaan : Sila jamu selera.

Doa : Syukurlah kamu sudah kembali.

Harapan : Harap-harap hari tidak hujan.

Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan.

Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:

Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.

Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.

Ayat nafiAyat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya: Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.

Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.

Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud. Contohnya:

Ayat biasa : Cadangannya harus diketepikan. Ayat nafi : Cadangannya tidak perlu kita pedulikan.

Ayat biasa : Kerja ketua memang susah. Ayat nafi : Kerja ketua tidak pernah senang.

Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.

Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:

1. Bukankah orang itu guru kamu?

2. Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?

3. Anda sudah faham, bukan?

Penggunaan dengan frasa nama

Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya:

1. Ini bukan kucing.

2. Malaysia bukan negara republik.

3. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.

Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut:

1. Dia bukan bodoh, tetapi malas.

2. Dia bukan belajar, tetapi bermain.

Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":

1. Dia tidak bodoh, tetapi malas.

2. Dia tidak belajar, tetapi bermain.

Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.

Penggunaan dengan frasa sendi

Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:

1. Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.

2. Saya bukan dari sektor kerajaan.

3. Malaysia bukan di benua Afrika.

4. Buku ini bukan untuk anda.

Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Ayat tanya

Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:

Cara-cara untuk membentuk ayat tanya

1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata

Ayat penyata Ayat tanya

Tetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba?

Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak?

Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?

Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.

2. Menggunakan partikel "kah"

Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya songsang:

Ayat penyata : Tetamu sudah tiba.Ayat tanya : Sudah tibakah tetamu?

Ayat penyata : Buah itu sudah masak.Ayat tanya : Sudah masakkah buah itu?

Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna.

3. Menggunakan pelbagai kata

Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa, mengapa, mana, dan siapa.

Kata Ayat tanya

Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah"

Apa : Apa yang kamu beli tadi? Apakah yang kamu beli tadi?

Bagaimana : Bagaimana cara untuk mendaftar diri? Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?

Bila : Bila ayah kamu pulang? Bilakah ayah kamu pulang?

Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:

Tetamu sudah tibakah?

Buah itu sudah masakkah?

Mereka hendak menolong kitakah?

Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:

Tetamu sudah tibake?

Buah itu sudah masakke?

Mereka hendak menolong kitake?

"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.

Ayat songsang

Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:

AYAT BIASA SUBJEK + PREDIKAT

AYAT SONGSANG PREDIKAT + SUBJEK

AYAT PASIF OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK

Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.

Susunan biasa Susunan songsang

Ayat inti Encik Yosri birokrat. Birokratlah Encik Yosri.

Kucing itu ke sana. Ke sana kucing itu.

Orang itu adik kamu? Adik kamukah orang itu?

Kamu belum makan? Belum makankah kamu?

Surat itu akan saya kirimkan. Akan saya kirimkan surat itu.

Saya ketinggalan bas pada hari itu. Ketinggalan bas saya pada hari itu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.

Ayat inti

Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.

Ayat gabungan

Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:

1. Ayat dengan ayat

2. Subjek dengan subjek

3. Predikat dengan predikat

4. Adverba dengan adverba

5. Objek dengan objek.

6. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.

Ayat pancangan

Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya:

Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.

Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.

Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera Jepun

Analisis Kesalahan Bahasa

Ejaan dan Tanda Baca

Ejaan yang digunakan ialah ejaan menurut Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972. Ejaan ini juga digunakan dalam semua kamus-kamus terutamanya Kamus Dewan.

Calon harus memberikan perhatian terhadap perkara berikut:

a. Sistem keselarasan vokal

b. Ejaan kata terbitan

c. Ejaan kata majmuk

d. Ejaan kata pinjaman

Sistem Keselarasan Vokal

Pengguna bahasa Melayu terutamanya bangsa asing amat gemar menggunakan sistem keselarasan vokal yang tidak tepat. Hal ini boleh didefinasikan sebagai pengaruh dialek.

Contohnya: hebuh, sinalai, olih, keleja

Sepatutnya : heboh, senarai, oleh, kerja

Ejaan Kata Terbitan

Awalan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d,c,j, sy dan z, serta perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang bermula dengan huruf t dan s.

Contohnya : deru - menderu

duga - menduga

caci - mencaci

Ejaan Kata Majmuk

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya dianggap sudah mantap dan dieja sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut mempunyai dua kata dasar. Perkataan yang demikian dieja sebagai satu perkataan. Bentuk tersebut ialah:

tanggungjawab olahraga

tandatangan matahari suruhanjayajawatankuasa sukarela warganegara

setiausaha kakitangan

pesuruhjaya bumiputera

antarabangsa beritahu kerjasama

Selain contoh yang ditunjukkan di atas, ejaan kata majmuk ditulis terpisah.

Contoh:

jalan rayatunjuk ajar

ambil alih kuat kuasa kenal pasti ibu bapa campur adukdaya serap

Ejaan Kata Pinjaman

Kesalahan penggunaan ejaan kata pinjaman merupakan akibat pengaruh ejaan bahasa sumber bagi kata yang telah mantap, kekeliruan antara bunyi sebutan dengan sistem visual bagi ejaan dan ejaan kata khusus yang menggunakan nombor.

Contoh:

klas, plan, klab, gran - kelas, pelan, kelab, geran

psikoloji, otomatik, kota - psikologi, automatik, kuota

dekad ke 10, abad ke 20 - dekad ke-10, abad ke-20

Perbendaharaan Kata

Calon mestilah mempunyai perbendaharaan kata yang luas supaya senang mengenal pasti kesalahan penggunaan kosa kata. Di samping itu, pemilihan kata mestilah bersesuaian dengan maksud sesuatu ujaran.

1. Kata-kata yang mempunyai konotasi yang tertentu

Setiap perkataan mempunyai makna konotasi dan denotasi. Misalnya, perkataan kesan dan akibat. Perkataan kesan bermaksud apa-apa yang timbul daripada sesuatu tindakan, keputusan yang boleh jadi baik atau buruk. Manakala perkataan akibat bermaksud kesan yang buruk akibat perbuatan dan tindakan. Oleh yang demikian calon harus memilih konteksnya yang sesuai.

Contoh:

(a) Kesan daripada keletihannya berlatih bola sepak menyebabkannnya terpelecok lalu jatuh.

- Kata akibat lebih sesuai digunakan kerana mempunyai konotasi yang tidak baik.

(b) Sistem lampu isyarat yang baru diperkenalkan itu mengakibatkan perjalanan kereta menjadi tidak lancar.

- kata menyebabkan lebih sesuai untuk menerangkan situasi ini.

Penggunaan Bentuk Jamak

Penggunaan bentuk jamak sering kali disalahgunakan, bukan sahaja dalam situasi lisan tetapi juga dalam tulisan. Kadang kala, bilangan sudah dinyatakan tetapi kata nama masih digandakan untuk menunjukkan maksud jamak.

Salah : Semua peserta-peserta diminta bersiap sedia.Betul : Semua peserta diminta bersiap sedia.

Salah : Para-para jemputan diminta memakai pakaian kebangsaan. Betul : Para jemputan diminta memakai pakaian kebangsaan.

Salah : Semua pelajar-pelajar diminta memakai lencana sekolah. Betul : Semua pelajar sekolah diminta memakai lencana sekolah.

Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

Penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai amat penting apabila kita berkomunikasi dengan lawan tutur. Kita kerap menemui penggunaan kata ganti nama diri yang tidak tepat dengan situasi penggunaan bahasa.

Salah : Serigala itu mati. Ia ditembak oleh pemburu.Betul : Serigala itu mati. Serigala itu ditembak pemburu.

Salah : Apakah yang mereka tulis? Betul : Apakah yang ditulis oleh mereka?

Salah : Beliaulah pelajar yang selalu ponteng Kelas Bahasa Melayu. Betul : Dialah pelajar yang selalu ponteng kelas Bahasa Melayu.