tajuk projek: pengalaman amali lebih...

10
TAJUK PROJEK: PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO DAN HIJAU BAGI SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA KOD PROJEK: K-EDU/104(USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR DR. NORITA MOHAMED AKADEMIA: PROFESOR DR. ZURIDA HJ ISMAIL PROFESOR DR. WAN AHMAD KAMIL CHE MAHMOOD PROFESOR MADYA DR. AFIDAH ABDUL RAHIM RAKAN KOMUNITI: MAKTAB RENDAH SAINS MARA BESERI, PERLIS SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK, KUALA LUMPUR BIDANG TUMPUAN UTAMA: 1) PENDIDIKAN - MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN DI DAERAH-DAERAH TERTENTU 2) KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU TEMPOH: 15 OGOS 2011 30 SEPTEMBER 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Projek ini bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar, khususnya kepada pelajar-pelajar. Objektif utama projek ini adalah untuk mengaplikasikan penggunaan eksperimen skala mikro dan kimia hijau kepada dua buah sekolah menengah di Malaysia yang juga merupakan rakan komuniti projek iaitu Maktab Rendah Sains Mara Beseri, Perlis dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur. Dalam projek ini, kedua-dua rakan komuniti telah dibekalkan 50 set kit skala mikro yang terdiri daripada radas plastik dan kaca serta 50 buah modul eksperimen kimia skala mikro yang telah dibangunkan mengikut sukatan pelajaran subjek Kimia Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan Empat. Projek ini telah berjaya menjimatkan kos bahan kimia dan masa dalam projek sains yang dijalankan oleh pelajar-pelajar di samping menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan kit skala mikro yang lebih bersifat mesra alam.

Upload: trandat

Post on 25-Mar-2018

307 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK PROJEK: PENGALAMAN AMALI LEBIH …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU104(USM-11).pdf · PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO ... yang terlibat

TAJUK PROJEK:

PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO DAN

HIJAU BAGI SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

KOD PROJEK:

K-EDU/104(USM-11)

IPTA:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KETUA PROJEK:

PROFESOR DR. NORITA MOHAMED

AKADEMIA:

PROFESOR DR. ZURIDA HJ ISMAIL

PROFESOR DR. WAN AHMAD KAMIL CHE MAHMOOD

PROFESOR MADYA DR. AFIDAH ABDUL RAHIM

RAKAN KOMUNITI:

MAKTAB RENDAH SAINS MARA BESERI, PERLIS

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK, KUALA LUMPUR

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

1) PENDIDIKAN - MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN DI DAERAH-DAERAH

TERTENTU

2) KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU

TEMPOH:

15 OGOS 2011 – 30 SEPTEMBER 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Projek ini bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar, khususnya kepada pelajar-pelajar. Objektif utama projek ini adalah untuk mengaplikasikan penggunaan eksperimen skala mikro dan kimia hijau kepada dua buah sekolah menengah di Malaysia yang juga merupakan rakan komuniti projek iaitu Maktab Rendah Sains Mara Beseri, Perlis dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur. Dalam projek ini, kedua-dua rakan komuniti telah dibekalkan 50 set kit skala mikro yang terdiri daripada radas plastik dan kaca serta 50 buah modul eksperimen kimia skala mikro yang telah dibangunkan mengikut sukatan pelajaran subjek Kimia Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan Empat. Projek ini telah berjaya menjimatkan kos bahan kimia dan masa dalam projek sains yang dijalankan oleh pelajar-pelajar di samping menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan kit skala mikro yang lebih bersifat mesra alam.

Page 2: TAJUK PROJEK: PENGALAMAN AMALI LEBIH …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU104(USM-11).pdf · PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO ... yang terlibat

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk mengaplikasikan penggunaan eksperimen skala mikro dan kimia hijau kepada dua buah sekolah menengah di Malaysia, khususnya Maktab Rendah Sains Mara Beseri, Perlis dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur.

2) Untuk menilai kesan skala mikro dan kimia hijau ke atas pencapaian dan kepentingan kimia.

3) Untuk menggalakkan eksperimen skala mikro dan kimia hijau melalui bengkel latihan.

AKTIVITI

Pendekatan yang digunakan dalam projek ini ialah dengan memindahkan ilmu pengetahuan kepada dua rakan komuniti yang telah bekerjasama, khususnya Maktab Rendah Sains Mara Beseri Perlis dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur. Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

1) Mengadakan bengkel latihan bagi memberi penjelasan kepada para guru.

2) Mengedarkan kit skala mikro dan modul kimia hijau kepada pihak sekolah.

3) Merekodkan data melalui soal selidik, penilaian, komen dan cadangan daripada para guru yang berkaitan dengan projek.

4) Mengemas kini dan membuat penambahbaikan terhadap eksperimen skala mikro dan kimia hijau oleh Graduan Pelatih.

5) Menilai dan membuat pemerhatian ke atas para pelajar dan melakukan aktiviti-aktiviti promosi.

6) Menulis tentang pelaksanaan eksperimen kit skala mikro dan kimia hijau kepada kesemua sekolah menengah.

OUTPUT

Komuniti: 1) Proses pengajaran konsep yang berkaitan berjalan dengan berkesan

sehingga 100% murid yang terlibat berminat menjalankan eksperimen dengan menggunakan peralatan skala mikro.

2) Kemahiran insaniah yang terlibat ditingkatkan melalui aktiviti menjalankan eksperimen secara individu, kumpulan kecil, dan pameran.

3) Komponen kemahiran insaniah yang berjaya ditingkatkan adalah seperti berikut: a) Komunikasi. b) Kepimpinan. c) Kerja sepasukan. d) Berfikiran kritikal atau menyelesaikan masalah.

Page 3: TAJUK PROJEK: PENGALAMAN AMALI LEBIH …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU104(USM-11).pdf · PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO ... yang terlibat

4) Kesemua murid (100%) yang terlibat dapat menjawab soalan ujian berkaitan dengan eksperimen yang dijalankan dengan peratus markah melebihi 70%. Aspek peningkatan yang ketara adalah aspek kualitatif seperti pemerhatian dalam sesuatu eksperimen. Prestasi SPM murid dalam pelajaran Kimia dapat ditingkatkan.

IPTA: 1) Pelaksanaan eksperimen skala mikro yang telah dibangunkan oleh

USM. 2) Maklumat dan data daripada maklum balas komuniti dan daripada soal

selidik diperoleh daripada komuniti membolehkan IPTA menambah baik eksperimen.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat latihan berurusan dengan komuniti dalam

pengurusan bengkel dan aktiviti-aktiviti di sekolah. 2) Guru dan pelajar mendapat pendedahan pengetahuan tentang skala

mikro dan kimia hijau. 3) Graduan pelatih memperoleh pelbagai pengalaman dan kemahiran

dalam urusan melaksanakan projek ini.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Sains Malaysia 2) Maktab Rendah Sains Mara Beseri Perlis 3) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur

KEBERHASILAN

Komuniti: 1) Minat pelajar-pelajar untuk menjalankan eksperimen skala mikro sama

ada secara individu ataupun kumpulan dapat dipupuk. 2) Teknik pengajaran berkesan tentang konsep kimia melalui eksperimen

skala mikro yang telah dijalankan. 3) Pencapaian pelajar-pelajar dalam subjek kimia di Sekolah Berasrama

Penuh Integrasi Gombak telah meningkat. 4) Kemahiran insaniah pelajar-pelajar yang terlibat dalam eksperimen

skala mikro sama ada individu atau berkumpulan dan pameran telah bertambah baik. Antara kemahiran yang dimaksudkan adalah kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, pemikiran kreatif, penyelesaian masalah, keyakinan diri dan sikap bertanggungjawab.

5) Kesedaran terhadap alam sekitar telah dipupuk, seperti kurangnya penggunaan bahan kimia akan kurangnya bahan buangan yang terhasil.

IPTA: 1) Pembangunan kit skala mikro Malaysia. 2) Pengetahuan tentang permasalahan dan cabaran dalam pelaksanaan

eksperimen skala mikro di sekolah-sekolah menengah.

Page 4: TAJUK PROJEK: PENGALAMAN AMALI LEBIH …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU104(USM-11).pdf · PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO ... yang terlibat

3) Penyelidikan lanjut dalam pendekatan skala mikro kepada pendidikan rendah seperti Tingkatan 1-3.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat pengalaman mengurus program berbentuk

komuniti dan kemasyarakatan. 2) Graduan pelatih telah dapat mengintegrasikan teori pembelajaran ke

dalam urusan kerja yang dipertanggungjawabkan.

Page 5: TAJUK PROJEK: PENGALAMAN AMALI LEBIH …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU104(USM-11).pdf · PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO ... yang terlibat

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Komuniti

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar

Laporan tidak dihantar

Page 6: TAJUK PROJEK: PENGALAMAN AMALI LEBIH …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU104(USM-11).pdf · PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO ... yang terlibat

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Komuniti : Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur Tarikh Lawatan : 21 November 2014 Panel Penilai : Profesor Madya Dr. Amir Akramin Shafie (UIA)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Komuniti)

SEKSYEN ITEM PENILAI

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 25%

B AKADEMIA (10%) 6%

C GRADUAN PELATIH (10%) 6%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 6%

E LAPORAN DARI KOMUNITI (30%) 23%

MARKAH KESELURUHAN (%) 66%

PENILAIAN OLEH KOMUNITI

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada komuniti

4/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh komuniti

5/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 5/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 4/5

Page 7: TAJUK PROJEK: PENGALAMAN AMALI LEBIH …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU104(USM-11).pdf · PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO ... yang terlibat

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

4/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh komuniti

3/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

3/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

3/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

3/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Komuniti Terhadap Projek

Penggunaan kit skala mikro amat membantu guru dalam pengajaran bagi mengukuhkan penyampaian konsep kepada murid. Eksperimen dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Pihak sekolah mengambil bidang ini sebagai bidang keberkesanan sekolah dan dimasukkan ke dalam program Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan menjalankan hari terbuka dan menjemput sekolah berhampiran, pemindahan ilmu ini dapat disampaikan kepada murid-murid dari sekolah lain. Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Hasil daripada penganalisisan laporan kemajuan berkala, laporan akhir dan pemantauan panel penilai, projek ini tidak mempunyai nilai tambah kepada pihak komuniti. Projek ini masih di tahap penyelidikan dan berada pada kategori merah.

Page 8: TAJUK PROJEK: PENGALAMAN AMALI LEBIH …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU104(USM-11).pdf · PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO ... yang terlibat

LAMPIRAN

Kit skala mikro yang digunakan untuk amali skala mikro

Eksperimen elektrolisis skala mikro yang dijalankan melalui projek KTP di sekolah

Page 9: TAJUK PROJEK: PENGALAMAN AMALI LEBIH …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU104(USM-11).pdf · PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO ... yang terlibat

Pelajar MRSM Beseri menjalankan eksperimen skala mikro: Penentuan formula empirik kuprum(II)

oksida

Pelajar SBPI Gombak sedang melakukan eksperimen penurunan kuprum(II) oksida oleh gas hidrogen

Page 10: TAJUK PROJEK: PENGALAMAN AMALI LEBIH …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-EDU104(USM-11).pdf · PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO ... yang terlibat

Lawatan Panel Penilai ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak