TAJUK PROJEK:
PENGALAMAN AMALI LEBIH BERMAKNA MELALUI KIMIA SKALA MIKRO DAN
HIJAU BAGI SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA
KOD PROJEK:
K-EDU/104(USM-11)
IPTA:
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
KETUA PROJEK:
PROFESOR DR. NORITA MOHAMED
AKADEMIA:
PROFESOR DR. ZURIDA HJ ISMAIL
PROFESOR DR. WAN AHMAD KAMIL CHE MAHMOOD
PROFESOR MADYA DR. AFIDAH ABDUL RAHIM
RAKAN KOMUNITI:
MAKTAB RENDAH SAINS MARA BESERI, PERLIS
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK, KUALA LUMPUR
BIDANG TUMPUAN UTAMA:
1) PENDIDIKAN - MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN DI DAERAH-DAERAH
TERTENTU
2) KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU
TEMPOH:
15 OGOS 2011 – 30 SEPTEMBER 2013
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Projek ini bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar, khususnya kepada pelajar-pelajar. Objektif utama projek ini adalah untuk mengaplikasikan penggunaan eksperimen skala mikro dan kimia hijau kepada dua buah sekolah menengah di Malaysia yang juga merupakan rakan komuniti projek iaitu Maktab Rendah Sains Mara Beseri, Perlis dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur. Dalam projek ini, kedua-dua rakan komuniti telah dibekalkan 50 set kit skala mikro yang terdiri daripada radas plastik dan kaca serta 50 buah modul eksperimen kimia skala mikro yang telah dibangunkan mengikut sukatan pelajaran subjek Kimia Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan Empat. Projek ini telah berjaya menjimatkan kos bahan kimia dan masa dalam projek sains yang dijalankan oleh pelajar-pelajar di samping menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan kit skala mikro yang lebih bersifat mesra alam.
2. IMPLEMENTASI PROJEK
PERKARA
BUTIRAN
OBJEKTIF
1) Untuk mengaplikasikan penggunaan eksperimen skala mikro dan kimia hijau kepada dua buah sekolah menengah di Malaysia, khususnya Maktab Rendah Sains Mara Beseri, Perlis dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur.
2) Untuk menilai kesan skala mikro dan kimia hijau ke atas pencapaian dan kepentingan kimia.
3) Untuk menggalakkan eksperimen skala mikro dan kimia hijau melalui bengkel latihan.
AKTIVITI
Pendekatan yang digunakan dalam projek ini ialah dengan memindahkan ilmu pengetahuan kepada dua rakan komuniti yang telah bekerjasama, khususnya Maktab Rendah Sains Mara Beseri Perlis dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur. Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
1) Mengadakan bengkel latihan bagi memberi penjelasan kepada para guru.
2) Mengedarkan kit skala mikro dan modul kimia hijau kepada pihak sekolah.
3) Merekodkan data melalui soal selidik, penilaian, komen dan cadangan daripada para guru yang berkaitan dengan projek.
4) Mengemas kini dan membuat penambahbaikan terhadap eksperimen skala mikro dan kimia hijau oleh Graduan Pelatih.
5) Menilai dan membuat pemerhatian ke atas para pelajar dan melakukan aktiviti-aktiviti promosi.
6) Menulis tentang pelaksanaan eksperimen kit skala mikro dan kimia hijau kepada kesemua sekolah menengah.
OUTPUT
Komuniti: 1) Proses pengajaran konsep yang berkaitan berjalan dengan berkesan
sehingga 100% murid yang terlibat berminat menjalankan eksperimen dengan menggunakan peralatan skala mikro.
2) Kemahiran insaniah yang terlibat ditingkatkan melalui aktiviti menjalankan eksperimen secara individu, kumpulan kecil, dan pameran.
3) Komponen kemahiran insaniah yang berjaya ditingkatkan adalah seperti berikut: a) Komunikasi. b) Kepimpinan. c) Kerja sepasukan. d) Berfikiran kritikal atau menyelesaikan masalah.
4) Kesemua murid (100%) yang terlibat dapat menjawab soalan ujian berkaitan dengan eksperimen yang dijalankan dengan peratus markah melebihi 70%. Aspek peningkatan yang ketara adalah aspek kualitatif seperti pemerhatian dalam sesuatu eksperimen. Prestasi SPM murid dalam pelajaran Kimia dapat ditingkatkan.
IPTA: 1) Pelaksanaan eksperimen skala mikro yang telah dibangunkan oleh
USM. 2) Maklumat dan data daripada maklum balas komuniti dan daripada soal
selidik diperoleh daripada komuniti membolehkan IPTA menambah baik eksperimen.
Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat latihan berurusan dengan komuniti dalam
pengurusan bengkel dan aktiviti-aktiviti di sekolah. 2) Guru dan pelajar mendapat pendedahan pengetahuan tentang skala
mikro dan kimia hijau. 3) Graduan pelatih memperoleh pelbagai pengalaman dan kemahiran
dalam urusan melaksanakan projek ini.
PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) Universiti Sains Malaysia 2) Maktab Rendah Sains Mara Beseri Perlis 3) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur
KEBERHASILAN
Komuniti: 1) Minat pelajar-pelajar untuk menjalankan eksperimen skala mikro sama
ada secara individu ataupun kumpulan dapat dipupuk. 2) Teknik pengajaran berkesan tentang konsep kimia melalui eksperimen
skala mikro yang telah dijalankan. 3) Pencapaian pelajar-pelajar dalam subjek kimia di Sekolah Berasrama
Penuh Integrasi Gombak telah meningkat. 4) Kemahiran insaniah pelajar-pelajar yang terlibat dalam eksperimen
skala mikro sama ada individu atau berkumpulan dan pameran telah bertambah baik. Antara kemahiran yang dimaksudkan adalah kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, pemikiran kreatif, penyelesaian masalah, keyakinan diri dan sikap bertanggungjawab.
5) Kesedaran terhadap alam sekitar telah dipupuk, seperti kurangnya penggunaan bahan kimia akan kurangnya bahan buangan yang terhasil.
IPTA: 1) Pembangunan kit skala mikro Malaysia. 2) Pengetahuan tentang permasalahan dan cabaran dalam pelaksanaan
eksperimen skala mikro di sekolah-sekolah menengah.
3) Penyelidikan lanjut dalam pendekatan skala mikro kepada pendidikan rendah seperti Tingkatan 1-3.
Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat pengalaman mengurus program berbentuk
komuniti dan kemasyarakatan. 2) Graduan pelatih telah dapat mengintegrasikan teori pembelajaran ke
dalam urusan kerja yang dipertanggungjawabkan.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek
PROPOSAL 3
BULAN 6
BULAN 9
BULAN 12
BULAN 15
BULAN 18
BULAN 21
BULAN 24
BULAN LAPORAN
AKHIR
B) Laporan Berkala Oleh Komuniti
6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN
AKHIR
Laporan dihantar
Laporan tidak dihantar
4. PENILAIAN PROJEK
Rakan Komuniti : Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur Tarikh Lawatan : 21 November 2014 Panel Penilai : Profesor Madya Dr. Amir Akramin Shafie (UIA)
ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Komuniti)
SEKSYEN ITEM PENILAI
A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 25%
B AKADEMIA (10%) 6%
C GRADUAN PELATIH (10%) 6%
D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 6%
E LAPORAN DARI KOMUNITI (30%) 23%
MARKAH KESELURUHAN (%) 66%
PENILAIAN OLEH KOMUNITI
A) Penilaian Terhadap Akademia
BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada komuniti
4/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh komuniti
5/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek 5/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek 4/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan
BIL
PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
4/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh komuniti
3/5
C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih
BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek
3/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
3/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan
3/5
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Komuniti Terhadap Projek
Penggunaan kit skala mikro amat membantu guru dalam pengajaran bagi mengukuhkan penyampaian konsep kepada murid. Eksperimen dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Pihak sekolah mengambil bidang ini sebagai bidang keberkesanan sekolah dan dimasukkan ke dalam program Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan menjalankan hari terbuka dan menjemput sekolah berhampiran, pemindahan ilmu ini dapat disampaikan kepada murid-murid dari sekolah lain. Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan
Hasil daripada penganalisisan laporan kemajuan berkala, laporan akhir dan pemantauan panel penilai, projek ini tidak mempunyai nilai tambah kepada pihak komuniti. Projek ini masih di tahap penyelidikan dan berada pada kategori merah.
LAMPIRAN
Kit skala mikro yang digunakan untuk amali skala mikro
Eksperimen elektrolisis skala mikro yang dijalankan melalui projek KTP di sekolah
Pelajar MRSM Beseri menjalankan eksperimen skala mikro: Penentuan formula empirik kuprum(II)
oksida
Pelajar SBPI Gombak sedang melakukan eksperimen penurunan kuprum(II) oksida oleh gas hidrogen
Lawatan Panel Penilai ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak