tajuk 5 - kaedah pngajaran matematik

9
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR Tajuk 5 Kaedah Pengajaran Matematik 4 JAM KERANGKA TAJUK Faktor Berlakunya Masalah Matematik Kaedah Pengajaran Matematik Masalah-masalah Dalam Matematik Kaedah P&P Matematik - Kognitif - Keturunan - Persekitaran - Diskakulia - Konsep asas Matematik - Pra-Nombor & Nombor - Nilai Angka - Operasi Asas - Matematik Sosial ( wang, masa, waktu) - Pecahan - Titik Perpuluhan - Penyelesaian Masalah - Kaedah Polya - Kaedah Newman

Upload: nurul-hafizah

Post on 10-Aug-2015

110 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 5 - Kaedah Pngajaran Matematik

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

Tajuk 5 Kaedah Pengajaran Matematik 4 JAM

KERANGKA TAJUK

Faktor Berlakunya

Masalah Matematik

Kaedah Pengajaran Matematik

Masalah-masalah

Dalam Matematik

Kaedah P&P

Matematik

- Kognitif - Keturunan

- Persekitaran

- Diskakulia - Konsep asas

Matematik - Pra-Nombor &

Nombor - Nilai Angka - Operasi Asas - Matematik

Sosial ( wang, masa, waktu)

- Pecahan - Titik

Perpuluhan - Penyelesaian

Masalah

- Kaedah Polya

- Kaedah Newman

Page 2: Tajuk 5 - Kaedah Pngajaran Matematik

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

5.1 Faktor-faktor Berlakunya Masalah Matematik

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebab kepada berlakunya

masalah penguasaan matematik di kalangan pelajar, antaranya adalah

disebabkan oleh masalah kurang kecerdasan, masalah psikologi, masalah

fizikal, masalah pembelajaran dan sebagainya.

Namun begitu dalam modul ini menyentuh faktor-faktor kognitif, keturunan dan

persekitaran.

i. Faktor Keturunan

a. Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia.

b. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia

mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap

sindrom berkenaan

c. Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami

masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang

membezakan adalah darjah keterukannya.

d. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan

oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-

temurun

ii Faktor Kognitif

a. Cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal.

b. Apabila ujian imbasan dijalankan, didapati cara otak mereka memproses

maklumat agak berbeza daripada biasa.

c. Pebezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku

semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan

Penerimaan maklumat

- Maklumat diterima oleh semua deria seperti:

penglihatan,

pendengaran,

sentuh

Page 3: Tajuk 5 - Kaedah Pngajaran Matematik

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

rasa dan bau

- Sekiranya seseorang itu mempunyai masalah persepsi penglihatan, ini

akan menyebabkan kesukaran:

mengenal bentuk

kedudukan dan saiz sesuatu objek

susunan atau aturan.

- Masalah pendengaran pula akan menyebabkan kesukaran:

menyaring bunyi luar dan suara guru

memproses deria sentuhan seperti sakit dan sentuhan.

Pengeluaran maklumat

Maklumat dikeluarkan daripada otak menggunakan perkataan iaitu

pertuturan atau melalui aktiviti otot seperti menulis, melukis atau

menggayakan sesuatu.

Kesukaran pengeluaran maklumat ini akan menyebabkan masalah

dengan pertuturan contohnya seperti kesukaran menjawab soalan yang

diajukan.

Pada masa itu, seseorang itu perlu mencari semula maklumat dalam

simpanan otak, mengatur dan mengeluarkannya melalui perkataan

semasa kita bercakap. Ia juga boleh menyebabkan kesukaran dalam

pemahaman tentang sesuatu permasalahan untuk dipindahkan ke

dalam bentuk nombor di atas kertas untuk proses pengiraan.

iii. Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran ini meliputi keluarga, tempat tinggal dan rakan sebaya pelajar

berkenaan. Namun modul membincangkan faktor persekitaran di sekolah, iaitu;

a. Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak disleksia

b. Strategi dan kaedah P&P kurang sesuai

c. BBM kurang menarik

Page 4: Tajuk 5 - Kaedah Pngajaran Matematik

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

5.2 Masalah-masalah Dalam Matematik

i. Diskalkulia

Terjemahan bahasa diskalkulia bermaksud seseorang yang mengalami

kesukaran mengira.

Manakala Gordon (1992) dalam Henderson, A. (1998) menerangkan diskalkulia

adalah lewat perkembangan pemerolehan kemahiran nombor, boleh

dimanifestasikan dalam pelbagai situasi @ cara iaitu termasuklah

ketidakbolehan mengenalpasti symbol matematik, tulisan terbalik dan

kegagalan mengekalkan kaedah yang betul dalam kiraan nombor. Diskalkulia

mungkin tiada stigma di kalangan pelajar lain yang alami masalah belajar

matematik tetapi amat penting untuk dikenapasti dengan terperinci apabila ciri-

cirinya wujud.

Hughes, Kolstad and Briggs (1994) menyatakan pelajar diskalkulia mengalami

ketidakupayaan dalam kebolehan menyelesaikan tugasan matematik, masalah

yang tersendiri dan berbeza daripada pelajar masalah pembelajaran.

ii. Masalah pra nombor dan nombor

Kesukaran mempelajari fakta nombor

Kesukaran mempelajari operasi simbol matematik

Lemah dalam mental arithmetic

Keliru dengan operasi matematik

Kesukaran menyusun urutan nombor

Kesukaran membaca soalan penyelesaian masalah

Keliru / menterbalik nombor satu digit (contoh P untuk 9)

Keliru / menterbalik nombor dua digit (contoh 47 untuk 74)

Kesukaran menyalin daripada papan hitam@buku

iii. Masalah Nilai Tempat / Titik Perpuluhan

Nilai tempat dalam matematik adalah konsep abstrak yang hanya bleh diperkenalkan

setelah pelasjar menguasai@ kompeten dengan kemahiran mengumpul. Orton 1992

Page 5: Tajuk 5 - Kaedah Pngajaran Matematik

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

dalam Henderson, A. 1998 menyatakan sesetengah pelajar sangat lambat untuk

menguasai secsra keseluruhan kemahiran konsep struktur nilai tempat @ titik

perpuluhan dan implikasinya.

iv. Matematik Sosial ( wang, masa, waktu)

Topik masa dan waktu akan memberikan masalah penguasaan di kalangan pelajar

disleksia kerana mereka perlu tahu masa 12 jan dan 24 jam tetapi juga perlu

mengenal masa digital dan analog. Kesukaran timbul untuk mereka

mengorganisasikan dengan masa sendiri dengan tarikh. Mereka sering alami

kesukaran menguasai urutan bulan dan pergerakan masa akan mengelirukan

Contohnya memahami jadual perjalanan bas yang mengandungi masa perjalanan,

masa ketibaan, destinasi perjalanan dan tarikh perjalanan.

v. Operasi Asas

Perkaitan antara simbol matematik dan ayat matematik sering menimbulkan masalah

kepada pelajar. Gulliford 1987 dalam Henderson 1987 menyatakan keperluan untuk

memperkembangkan dan membina pemahaman tentang simbol daripada bahan

maujud @ bahan sebenar dan bahan berstruktur kepada pemahaman konsep dan

perhubungannya.

Addition

More than

and

add

plus

total

Sum of

increase

positive

+

Subtraction

on minus

take

Less than

difference

decrease

remove

subtract

Take away

-

Page 6: Tajuk 5 - Kaedah Pngajaran Matematik

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

5.3 Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Matematik

i. Kaedah Polya

Diperkenalkan oleh George Polya yang menerangkan 4 langkah untuk

menyelesaikan masalah matematik iaitu;

Langkah 1 – Memahami Masalah

Mengenalpasti kehendak soalan – mencatatkan maklumat dan ‘clue’

yang ada dalam soalan. Mencari perkaitan maklumat yang diberi dengan

masalah yang ingin diselesaikan

Langkah 2 – Merancang Strategi

Guru membimbing pelajar merancang strategi yang akan digunakan.

Fikirkan strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah diberi,

beberapa strategi boleh dicuba.

Langkah 3 – Melaksanakan Strategi

Pilih satu strategi yang terbaik. Gunakan operasi yang sesuai @ formula

yang berkaitan

Langkah 4 – Menyemak jawapan

ii. Kaedah Newman

Model Newman digunakan untuk mengesan kesalahan pelajar

menyelesaikan matematik ;

Peringkat 1 – Membaca dan Memahami Soalan

Equal

Whole lot

Same as

answer

represents

means

Will be

Value of

is

=

Page 7: Tajuk 5 - Kaedah Pngajaran Matematik

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

Guru harus kenalpasti samada pelajar tahu @ memahami apa yang

dibaca

Peringkat 2 – Pemahaman tentang apa yang dibaca

Pelajar harus mencari perkaitan antara masalah yang ingin diselesaikan

dengan konsep matematik

Peringkat 3 – Tranformasi

Pernyataan dalam soalan perlu dipindahkan kepada simbol matematik.

Peringkat 4 – Kemahiran Memproses

Pelajar memproses maklumat yang diberi kepada ayat matematik yang

betul. Gunakan operasi yang sesuai dalam menyelesaikan soalan.

Peringkat 5 – Menyah-kod

Pelajar perlu menyah-kod yang terdapat dalam soalan supaya jalan

pengiraan yang betul dapat dibuat.

Peringkat 6 – Cuai

Guru mengingatkan pelajar supaya menyemak jawapan bagi

mengelakkan kecuaian. Pada peringkat ini pelajar tidak lagi bergantung

pada bahan konkrit dan mereka harus mampu berfikir secara abstrak.

Peringkat 7 – Motivasi

Guru harus memberikan kata-kata semangat dan yakinkan mereka

dapat menyelesaikan soalan matematik

Page 8: Tajuk 5 - Kaedah Pngajaran Matematik

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

LAMAN WEB

www.dyslexia-teacher.com www.brighttots.com/Dyslexia.html www.dyslexia.com www.audiblox2000.com/dyslexia_dyslexic/dyslexia www.medicinenet.com/dyslexia/article.htm www.dyslexia-parent.com

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

AKTIVITI 1.

Terdapat pelbagai masalah yang boleh dihadapi oleh pelajar disleksia dalam

matematik. Berdasarkan maklumat yang diperolehi menerusi media cetak dan

elektronik, anda dikehendaki membincangkan berkaitan topik pecahan, wang dan nilai

angka. Senaraikan masalah yang dhadapi dan cadangan langkah/strategi mengatasi

masalah tersebut.

Page 9: Tajuk 5 - Kaedah Pngajaran Matematik

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR

RUJUKAN

Rujukan Asas

Rujukan Tambahan

Henderson, A. 1987. Maths and dyslexics. Llandudno : St. David’s College. Henderson, A. 1998. Maths for the dyslexic. A practical guide. London: David Fulton Publishers Pollock, J. , Waller, E., & Plitt, R. 2004. Day-to-Day Dyslexia in the classroom ( second ed.). London: RoutledgeFalmer. Riddick, B., Wolfe, J., & Lumsdon, D. 2002. Dyslexia. A practical guide for teachers and parents. London: David Fulton Publishers Hughes, P., Kolstad, R. K. & Briggs, L.D. 1994. Dyscalculia and mathematics achievement. Journal of instructional psychology 21(1), 64-7.