kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

26
KAEDAH MENGAJAR YANG DIGUNAKAN OLEH GURU PELATIH UNTUK MENGAJAR SUBJEK MATEMATIK SEMASA LATIHAN MENGAJAR NUR HAZANA BINTI MOHD ARIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: huda-hamdan

Post on 23-Jun-2015

8.306 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

KAEDAH MENGAJAR YANG DIGUNAKAN OLEH GURU PELATIH UNTUK MENGAJAR SUBJEK MATEMATIK SEMASA LATIHAN MENGAJAR

NUR HAZANA BINTI MOHD ARIS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Page 3: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Matematik )”

Tandatangan : …………………..…….

Penyelia : PROF.DR. NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI

Tarikh : 13 November 2007

Page 4: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

iii

KAEDAH MENGAJAR YANG DIGUNAKAN OLEH GURU PELATIH UNTUK

MENGAJAR SUBJEK MATEMATIK SEMASA LATIHAN MENGAJAR

NUR HAZANA BINTI MOHD ARIS

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan

( Matematik )

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOVEMBER, 2007

Page 5: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

iv

Page 6: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

v

DEDIKASI

Kuabadikan karya ini buat insan teristimewa…

Ayah…Mohd Aris @ Mohd Aziz bin Chek dan

Mak…Rabiah Bt. Hussin yang tercinta…

Suami…Tajuddin Arshad bin Mat Ghani yang amat dikasihi…

Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian…

Segala pengorbanan yang dicurahkan…takkan ku sia-siakan…

Dorongan dan kasih saying kalian,

Akan kujadikan azimat pembakar semangat…

Pemangkin kejayaan di dunia dan akhirat…

Guruku kalian adalah penyuluh kegelapan dan kebuntuan…

Jasa dan baktimu tiada tandingan tetap bersemadi dalam sanubariku…

Nasihat dan kata-kata hikmah,

Akan kujadikan pendinding serta pedoman…

Khas buat teman seperjuangan…

Walaupun pertemuan kita terasa amat singkat,

Namun antara kita,

Tercipta seribu nostalgia suka dan duka…

Yang telah dilaui bersama…

Semoga unkhuwah antara kita tetap kekal terjalin…

Dan perpisahan selepas ini bukan penamat persahabatan kita semua…

Doa dan harapan dipanjatkan untuk kalian,

Semoga mendapat kejayaan dan kemudahan di dunia dan akhirat…

Teruskan perjuangan…

Page 7: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

vi

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas

Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan

sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah kehari kiamat.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah mengizinkan

saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Profesor Doktor Noor

Azlan Ahmad Zanzali selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak

memberi tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta

kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan terima

kasih kepada pensyarah-pensyarah yang sudi memberi kerjasama yang sangat

memberangsangkan. Kepada rakan-rakan seperjuangan ucapan terima kasih juga

dirakamkan buat kalian kerana turut membantu sepanjang kajian ini dijalankan.

Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah

menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Page 8: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji jenis-jenis kaedah mengajar, teknik mengajar, faktor

pemilihan kaedah dan teknik mengajar serta kesesuaian penggunaan kaedah mengajar

dengan isi pelajaran serta masalah dan kesilapan yang dihadapi oleh guru pelatih ketika

menjalani latihan mengajar. Kajian dijalankan secara kualitatif menggunakan 6 orang

guru pelatih sebagai responden. Data dikumpul secara triangulasi iaitu temubual, cerapan

ke atas pengajaran dan pembelajaran guru pelatih dan analisis buku rancangan mengajar

guru pelatih. Untuk mengukuhkan lagi data yang diambil temubual dengan guru

pembimbing dan analisis laporan penyeliaan pensyarah dan guru pembimbing juga

dilakukan. Keputusan kajian menunjukkan guru pelatih masih lagi tidak dapat

membezakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar walaupun mereka

menggunakan keempat-empat konsep tersebut dengan baik. Pun begitu, terdapat juga

guru pelatih yang dilihat masih lemah dari segi penyampaian pengajaran, tidak

menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai semasa pengajaran dan

pembelajaran. Justeru itu, kurikulum kursus latihan mengajar di UTM yang sedia ada

perlu dinilai agar dapat menghasilkan guru matematik yang cemerlang.

Page 9: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

viii

ABSTRACT

This study attempts to investigate the types of teaching methods, teaching techniques, the

choice of teaching methods and techniques and the application of teaching methods. It

also seeks to investigate the content, problems and mistakes made by the teacher trainees

of Universiti Teknologi Malaysia (UTM) who are currently doing Bachelor of Science

and Education (Mathematics). The study used the qualitative method with 6 of teacher

trainees as a respondent. Data is collected using triangulation method such as interviews,

observations of teaching and learning process and analyses of teacher trainees’ lesson

plans. Interviews with supervisors were used to get more detailed information. The

results of this study showed that the teacher trainees still not able to identify the concepts

of strategies, teaching methods and teaching techniques although they applied all of the

concepts in their class. At the same time, there are teacher trainees that looked weak in

teaching presentation, they do not use the appropriate teaching methods and teaching

techniques during the teaching and learning processes. Thus, the curriculum of teacher

training course in UTM should be evaluated so as to produce good mathematics teachers.

Page 10: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Kerangka Konsep 11

1.9 Definisi Istilah 13

Page 11: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pengaruh Teori Pembelajaran Terhadap

Kaedah Pengajaran 16

2.2.1 Mazhab Behavioris 17

2.2.2 Mazhab Kognitif 18

2.2.3 Mazhab Sosial 20

2.2.4 Mazhab Humanis 21

2.2.5 Konstruktivisme 22

2.2.6 Kesimpulan 23

2.3 Kaedah Pengajaran Yang Dipelajari Oleh

Guru Pelatih 23

2.3.1 Kaedah Koperatif 26

2.3.2 Kaedah Penyoalan 29

2.3.3 Kaedah Projek 31

2.3.4 Kaedah Inkuiri Penemuan 32

2.3.5 Kaedah Penyelesaian Masalah 34

2.3.6 Kaedah Perbincangan 35

2.3.7 Kaedah Membentuk Kumpulan 35

2.3.8 Kaedah Kuliah / Syarahan 36

2.4 Teknik-Teknik Pengajaran Yang Dipelajari

Oleh Guru Pelatih 37

2.4.1 Teknik Permainan 38

2.4.2 Teknik Tunjuk Cara (Demonstrasi) 39

2.4.3 Teknik Perbincangan 40

2.5 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan

Kaedah Pengajaran 40

2.5.1 Objektif Pengajaran 41

2.5.2 Jangka Masa Pengajaran 42

2.5.3 Bahan Pengajaran 42

Page 12: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

ix

2.5.4 Latar Belakang Pelajar 43

2.5.5 Jumlah dan Susunan Pelajar 44

2.6 Kesesuaian Antara Kaedah Pengajaran Yang

Digunakan Dengan Isi Pelajaran 44

2.7 Masalah atau Kesilapan Guru Pelatih

Menggunakan Kaedah Mengajar 45

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 48

3.2 Rekabentuk Kajian 49

3.3 Prosedur Kajian 50

3.3.1 Peringkat Pertama 50

3.3.2 Peringkat Kedua 50

3.3.3 Peringkat Ketiga 51

3.3.4 Peringkat Keempat 51

3.4 Lokasi Kajian 52

3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 52

3.6 Instrumen Kajian 52

3.7 Analisa Data 55

3.8 Tempoh Kajian 55

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 58

4.2 Hasil Dapatan Kajian 58

4.2.1 Responden 1 59

4.2.2 Responden 2 70

4.2.3 Responden 3 84

Page 13: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

x

4.2.4 Responden 4 94

4.2.5 Responden 5 104

4.2.6 Responden 6 115

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

5.1 Pengenalan 124

5.2 Perbincangan 124

5.2.1 Kaedah Mengajar 125

5.2.2 Teknik Mengajar 126

5.2.3 Faktor-Faktor Pemilihan Kaedah Mengajar 127

5.2.4 Kesesuaian Antara Kaedah Mengajar dan Isi

Pelajaran 128

5.2.5 Masalah dan Kesilapan 129

5.3 Rumusan 129

5.3.1 Kaedah Mengajar 130

5.3.2 Teknik Mengajar 131

5.3.3 Faktor-Faktor Pemilihan Kaedah Mengajar 132

5.3.4 Kesesuaian Antara Kaedah Mengajar dan Isi

Pelajaran 133

5.3.5 Masalah dan Kesilapan 133

5.4 Implikasi Kajian 134

5.5 Cadangan Kajian 135

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 135

5.7 Kekangan Kajian 136

5.8 Penutup 137

BIBLIOGRAFI 138

LAMPIRAN

Page 14: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

xi

SENARAI JADUAL

NO JUDUL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbezaan kaedah pengajaran tradisional

dan kaedah pengajaran koperatif 26

4.1 Jadual menunjukkan hasil dapatan kajian

mengikut objektif 123

Page 15: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

xii

SENARAI RAJAH

NO JUDUL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka konsep perkaitan antara empat konsep utama

dalam ilmu pedagogi 11

1.2 Kerangka konsep kajian mengikut objektif 12

2.1 Proses pembelajaran melalui kaedah inkuiri penemuan 30

3.1 Carta alir proses analisis data 54

Page 16: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

xiii

SENARAI SINGKATAN LM : Latihan Mengajar

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

xiv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A : Dokumen berkaitan responden LAMPIRAN B : Surat Kebenaran EPRD

Page 18: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Fakulti Pendidikan (FP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan

fakulti yang bertanggungjawab melahirkan graduan pendidikan yang bakal menjadi

seorang guru. FP ditubuhkan pada Ogos 1993 dan kini telah menawarkan pelbagai

program pendidikan perguruan di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan.

Program pengajian peringkat ijazah pertama yang dikendalikan ketika ini ialah Sarjana

Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan dan

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan. Setiap program telah direkabentuk untuk

membolehkan pelajar menguasai dengan baik bidang pengkhususan yang diikuti (Buku

Panduan Akademik Ijazah Sarjana Muda, Sesi 2003/04).

Page 19: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

2

Salah satu syarat wajib yang perlu dilalui dalam pendidikan guru adalah Latihan

Mengajar (LM) (Tan Lip Ren, 2004). Latihan ini juga merupakan satu syarat yang mesti

dipenuhi oleh guru pelatih yang mengikuti kursus perguruan di Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) (Panduan Latihan Mengajar Fakulti Pendidikan, 2004). FP, UTM telah

menetapkan semua guru pelatih Ijazah Sarjana Muda yang mengikuti program

pendidikan disyaratkan menjalani LM di sekolah selama dua belas (12) minggu. Untuk

lulus dalam LM seseorang guru pelatih itu mestilah menjalani LM dalam masa yang telah

ditetapkan, menjalani LM dengan memuaskan seperti yang diperakui oleh Penyelia

Bersekutu dan Pengetua, menunjukkan sikap, disiplin dan tingkahlaku yang sesuai

dengan keperluan etika perguruan, menunjukkan peringkat pencapaian dan kemajuan

mengajar yang memuaskan dengan memperolehi Gred C+ serta diperakukan oleh

Jawatankuasa Latihan Praktik dan Senat Universiti dan menjalankan satu daripada tiga

jenis projek pelajar semasa LM dan mendapat status lulus bagi lapan projek tersebut.

LM merupakan satu situasi di mana seorang guru pelatih dihantar ke sekolah

untuk mencuba dan mempraktikkan kemahiran mengajar dan memainkan peranan

sebagai guru. Bahkan LM ini adalah satu proses pembelajaran yang membolehkan guru

pelatih menerima pengalaman mengajar dan mempraktikkan segala teori, kaedah dan

kemahiran mengajar (Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee, 1998).

LM merupakan satu latihan amali untuk guru pelatih mempraktikkan segala teori

dan kaedah yang dipelajari. Rohaini (1994); dalam Othman (1999), menyatakan LM

merupakan satu siri pengalaman praktik yang sistematik yang berasaskan sekolah dengan

tujuan membantu guru pelatih menjadi guru yang profesional dan bersepadu. Semasa

LM guru pelatih di tempatkan di sekolah untuk mecuba dan mempraktikkan teori-teori

dan kemahiran mengajar yang diperolehi sepanjang kursus di universiti. Melalui LM,

guru pelatih dapat menyelesaikan masalah semasa pengajaran yang meningkatkan

prestasi seorang guru yang inovatif dan berkemahiran.

Page 20: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

3

LM bertujuan untuk memberi latihan kepada bakal guru mengajar di sekolah,

memberi pendedahan kepada bakal-bakal guru tentang profesion perguruan serta

tanggungjawabnya dan memberi bimbingan serta menilai kebolehan guru pelatih

menjalankan tugas seorang guru sepertimana yang dikehendaki oleh etika profesion

perguruan. Dalam masa yang sama LM yang diadakan bertujuan untuk melahirkan guru-

guru yang mahir dan profesional. Pengurusan LM haruslah memberikan segala

keperluan yang dapat memupuk kebolehan guru-guru pelatih supaya mereka dapat

mengajar dengan lebih berkesan. Ini termasuklah ilmu pedagogi, psikologi dan sosiologi

dalam pendidikan, mempunyai pengetahuan serta menguasai tentang isi pelajaran yang

hendak diajar dan perkaedahan mengajar.

LM bagi bakal guru adalah suatu pendedahan awal dalam kehidupan seorang

pendidik. Pengetahuan akademik yang ada pada setiap individu itu belum mencukupi

untuk menjadi seorang guru. Dalam sesi LM yang dilalui, guru pelatih akan diselia oleh

penyelia dan guru pembimbing di sekolah mereka menjalani LM.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang sistematik dan berturutan serta

bertujuan mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran. Kaedah juga

membawa implikasi penyusunan. Oleh itu kaedah mengajar juga bererti cara mendekati

sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur (Ee Ah Meng, 2002).

Penyelidik memfokuskan kajian terhadap kaedah mengajar adalah merasakan ia amat

Page 21: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

4

penting kepada guru pelatih yang sedang menjalani LM semasa proses pengajaran dan

pembelajaran yang dikendalikan oleh mereka.

Sharifah Alwiah (1983) menyatakan bahawa guru yang berkesan ialah guru yang

serba mahir dalam pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk muridnya.

Abdul Rahim dan rakan-rakan (1992), menyatakan bahawa kaedah pengajaran yang

berbagai-bagai ini perlu dicuba supaya dapat mengetahui keberkesanannya.

Kaedah-kaedah pengajaran Matematik adalah hasil kajian ahli-ahli psikologi dan

pendidikan terhadap cara pembelajaran manusia. Kaedah-kaedah ini adalah berguna dan

berkesan di dalam proses penyampaian konsep dan kemahiran matematik serta

penyelesaian masalahnya. Untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru

haruslah memahami kaedah-kaedah pengajaran ini dan cuba menguasai teknik

pengajaran kaedah-kaedah tersebut (Ng Sew Hong, 1999).

Kaedah-kaedah pengajaran Matematik adalah bahagian yang penting dalam

proses menyampaikan idea dan penyelesaian masalah matematik supaya murid-murid

dapat menguasai kemahiran-kemahirannya (Mok Soon Sang dan Siew Fook Cheong,

1988).

Bagi mencapai hasrat ini, guru pelatih telah didedahkan dengan pelbagai kaedah

dan teknik pengajaran dan mereka perlu mengunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran

mereka seperti pendekatan induktif atau deduktif serta berbagai kaedah/teknik

pengajaran. Contohnya sumbangsaran, perbincangan/soal jawab, menjalankan ujikaji

dan aktiviti penyiasatan, demonstrasi, projek, main peranan dan simulasi (Mohammad

Yusof Arshad, Aziz Nordin dan Mohd Salleh Abu, 1998).

Page 22: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

5

Ringkasnya, kegagalan guru-guru dalam menyampaikan pengajaran-pembelajaran

yang menarik dan berkesan menjadi punca utama kelemahan pelajar-pelajar dalam

matematik. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Dutton (1956), beliau telah

merumuskan bahawa faktor guru boleh menyebabkan pelajar-pelajar suka atau tidak suka

kepada pelajaran matematik. Pendapat beliau ini telah disokong oleh Mohd Halim

(1988) yang menyatakan bahawa masalah guru memberi kesan yang besar kepada

pencapaian pelajar-pelajar dalam pendidikan matematik.

Dalam banyak kajian yang telah dibuat, kaedah pengajaran yang menarik dan

berkesan dapat memupuk minat pelajar-pelajar dalam matematik. Crow & Crow (1986)

dalam kajian mereka menyatakan bahawa minat merupakan penggerak yang mendorong

seseorang supaya memberi perhatian kepada sesuatu atau kegiatan. Selain daripada itu,

sekiranya seseorang itu berminat, walaupun mempunyai kebolehan yang sederhana, ia

selalunya boleh mengembangkan minat dan seterusnya berusaha menguasai sesuatu

dengan gigih sehingga membawa kepada pencapaian yang tinggi.

1.3 Pernyataan masalah

Glatthorn (1996) dalam buku Quality Teaching Through Professional

Development berpendapat bahawa guru-guru pelatih boleh dibahagi kepada tiga kelas

iaitu ‘natural’, ‘struggling beginners’ dan ‘loser’. Masalah sering timbul pada golongan

‘struggling beginners’ dan ‘loser’. Golongan ‘struggling beginners’ ini merupakan

mereka yang menghadapi masalah semasa baru dalam bidang pendidikan dan

Page 23: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

6

kebanyakan guru pelatih tergolong dalam golongan ini. Golongan ‘loser’ pula

merupakan mereka yang tiada atau kurang berbakat menjadi seorang guru. Manakala

golongan ketiga iaitu ‘natural’ merupakan mereka yang dikurniakan dengan bakat

seorang guru secara semulajadi dan kebiasaannya mereka jarang menghadapi sebarang

kesukaran semasa LM.

Persediaan bakal guru bukan sahaja perlu mantap dari segi ilmu pengetahuan

tetapi mestilah mempunyai kemahiran dalam kaedah penyampaian pengajaran. Kaedah

yang akan digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran mestilah sesuai dengan

subjek yang diajar dan keadaan persekitaran kelas. Oleh yang demikian satu tinjauan

berkaitan kaedah pengajaran yang digunakan untuk mengajar matematik semasa latihan

mengajar pada sesi 2006/2007 semester 1 akan dijalankan untuk mengenalpasti kaedah

pengajaran yang digunakan.

Melalui kajian yang bakal dijalankan ini, pengkaji cuba mengkaji kaedah

pengajaran yang digunakan oleh guru pelatih FP, UTM semasa menjalani LM dengan

mengkaji jenis-jenis kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan, faktor-faktor yang

mempengaruhi pemilihan kaedah, kesesuaian antara kaedah yang digunakan dengan isi

pelajaran dan masalah serta kesilapan guru pelatih berkaitan kaedah pengajaran.

Satu kajian telah dijalankan oleh Abu Hassan dan Meor (1995) mendapati,

kebanyakan guru pelatih merasa kurang yakin untuk mengajar di sekolah. Ramai di

antara mereka tidak dapat menguasai pedagogi pengajaran, am dan khas, dengan baik.

Teknik pengajaran yang dijalankan terlalu akademik dan stereotaip, tanpa menunjukkan

dengan jelas kepentingan dan perkaitannya dengan disiplin lain atau pengalaman harian

murid.

Page 24: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

7

Guru pelatih perlu mengunakan cara-cara mengajar yang berkesan dan dapat

mengembangkan pengajarannya dengan teratur. Bagi mencapai matlamat ini, langkah-

langkah berikut boleh dijadikan panduan

• Menentukan pengajaran guru dipandu oleh objektif-objektif yang hendak

dicapai

• Menjadikan pengajaran relevan kepada pelajar

• Menghuraikan konsep-konsep dengan teratur dan jelas

• Mengadakan pelbagai prosedur dan teknik

• Mengunakan pelbagai bahan pengajaran

• Menyampaikan pengajaran mengikut peringkat kebolehan pelajar

• Merancang langkah-langkah bagi meningkatkan pembelajaran pelajar

• Menentukan penglibatan pelajar secara aktif dan bukannya pasif

• Mengembangkan kebolehan anda untuk menjadikan pelajaran menarik

minat pelajar

• Mengembangkan kemahiran dan kebolehan menyeluruh dalam pengajaran

guru

(Abdul Rahim dan rakan-rakan, 1992)

1.4 Objektif Kajian

i) Mengenalpasti kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru pelatih untuk

mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar

Page 25: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

8

ii) Mengenalpasti teknik-teknik pengajaran tertentu yang digunakan bersama kaedah

pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru

pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar

iii) Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran oleh

guru pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar

iv) Melihat kesesuaian antara kaedah pengajaran dengan kandungan isi pelajaran

yang digunakan oleh guru pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa

latihan mengajar

v) Mengenalpasti masalah atau kesilapan yang dilakukan oleh guru pelatih ketika

mengunakan kaedah pengajaran tertentu untuk mengajar subjek matematik

semasa latihan mengajar

1.5 Persoalan Kajian

i) Apakah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru pelatih untuk mengajar

subjek matematik semasa latihan mengajar?

ii) Apakah teknik-teknik pengajaran yang digunakan oleh guru pelatih untuk

mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar?

iii) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran oleh guru

pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar ?

Page 26: Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih

9

iv) Adakah kesesuaian antara kaedah pengajaran yang digunakan dengan isi pelajaran

yang diajar oleh guru pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan

mengajar?

v) Apakah masalah atau kesilapan yang dilakukan oleh guru pelatih ketika

mengunakan kaedah pengajaran tertentu untuk mengajar subjek matematik

semasa latihan mengajar ?

1.6 Kepentingan Kajian

Dengan adanya kajian ini diharapkan dapat memberi impak yang baik kepada

golongan bakal pendidik terutamanya kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Matematik) dan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi serta Pendidikan

(Matematik), pensyarah-pensyarah Jabatan Asas dan Jabatan Sains dan Matematik,

Fakulti Pendidikan dan Universiti Teknologi Malaysia. Diharap kajian ini dapat memberi

sumbangan yang besar terhadap pembangunan dan peningkatan produktiviti oleh :

1.6.1 Bakal-bakal guru

(i) mengenalpasti kaedah tertentu yang sesuai semasa proses pengajaran dan

pembelajaran matematik

(ii) persediaan terhadap masalah dan kesilapan yang bakal dihadapi sekiranya

menggunakan kaedah tertentu

(iii) sebagai rujukan untuk memilih kaedah dan teknik tertentu