penggunaan media pengajaran

33
PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN PENDAHULUAN Guru merupakan individu yang paling penting dalam proses murid mencari ilmu. Tanpa guru, proses pembelajaran yang berlaku mungkin tidak akan berkesan. Guru yang mampu menjadikan proses pengajaran itu berkesan merupakan seorang guru yang baik. Pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sememangnya memerlukan guru yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang ini. Hal ini kerana proses pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, seperti dalam bidang penulisan bukan suatu proses yang mudah dan memerlukan keupayaan untuk berfikir secara mendalam. Pada masa kini, sistem pendidikan di Malaysia telah berkembang maju. Seiring dengan kemajuan yang telah dikecapi, corak pengajaran guru tidak lagi berfokuskan kepada peperiksaan. Oleh itu, guru lebih kreatif dalam menyampaikan pengajaran. Oleh sebab pengajaran adalah suatu proses menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, guru-guru perlu memilih bahan bantu mengajar yang sesuai bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan terhadap murid- murid. Bahan bantu mengajar ini merangkumi apa-apa sahaja jenis media atau alat yang membantu para guru untuk mencapai objektif pengajarannya (Abdul Rasid & Arbaie 2001). 1

Upload: katiri-sahirin-haimin

Post on 19-Jan-2016

154 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan Ilmiah

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Media Pengajaran

PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN

PENDAHULUAN

Guru merupakan individu yang paling penting dalam proses murid mencari ilmu.

Tanpa guru, proses pembelajaran yang berlaku mungkin tidak akan berkesan. Guru yang

mampu menjadikan proses pengajaran itu berkesan merupakan seorang guru yang baik.

Pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sememangnya memerlukan guru

yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang ini. Hal ini kerana proses pembelajaran

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, seperti dalam bidang penulisan bukan suatu proses

yang mudah dan memerlukan keupayaan untuk berfikir secara mendalam.

Pada masa kini, sistem pendidikan di Malaysia telah berkembang maju. Seiring

dengan kemajuan yang telah dikecapi, corak pengajaran guru tidak lagi berfokuskan

kepada peperiksaan. Oleh itu, guru lebih kreatif dalam menyampaikan pengajaran. Oleh

sebab pengajaran adalah suatu proses menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid,

guru-guru perlu memilih bahan bantu mengajar yang sesuai bagi menghasilkan

pembelajaran yang berkesan terhadap murid-murid. Bahan bantu mengajar ini

merangkumi apa-apa sahaja jenis media atau alat yang membantu para guru untuk

mencapai objektif pengajarannya (Abdul Rasid & Arbaie 2001).

Pengajaran adalah menyampaikan ilmu pengetahuan yang terkandung dalamnya

aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan serta penilaian.

Pembelajaran yang berkesan terhasil daripada pengajaran yang afektif. Untuk menjadikan

lebih afektif, seseorang guru itu perlu kreatif dalam menyediakan atau memilih bahan

pengajaran yang sesuai serta tepat dengan isi kandungan yang hendak disampaikan

kepada murid. Guru juga perlu merancang untuk memilih bahan pengajaran yang sesuai

bagi mewujudkan suasana yang kondusif serta dapat menarik minat murid untuk belajar

terutama dalam pembelajaran penulisan karangan (Abdul Rasid & Norhayat 2005).

Teknologi pendidikan adalah kaedah yang bertanggungjawab untuk

menggabungkan dan mengubahsuaikan kesemua ilmu yang diketahui oleh seseorang

guru kepada satu alat yang membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut

1

Page 2: Penggunaan Media Pengajaran

Percival (1984) sejarah teknologi pendidikan rnenunjukkan cara perkembangannya dan

(diharapkan) telah menjadi matang sejak tamat Perang Dunia Kedua, dan terdapat

sekurang-kurangnya tiga aliran tersembunyi yang penting dalam teknologi pendidikan

semasa.

Pertama ialah peralihan kepada pendekatan yang lebih berpusatkan pelajar kepada

pembelajaran, satu peralihan yang dapat dilihat dalam pertambahan penggunaan

pembelajaran individu dalam semua bentuk. Kedua ialah kesedaran bahawa pendidikan

itu bukanlah semata-mata mengajar fakta asas, sebaliknya kita harus cuba mernbentuk

kemahiran bukan kognitif dan sikap yang sangat penting bagi kejayaan dalam hidup

kelak. Ini membawa kepada penggunaan kaedah pembelajaran yang baik dan sesuai,

Ketiga, dan mungkin yang paling penting bagi jangka masa panjang ialah

berkembangnya penggunaan teknologi baru dalam hampir semua aspek pendidikan dan

Latihan. Penggunaan teknologi baru merujuk kepada penggunaan alat bantu mengajar

atau media pengajaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata

pelajaran.

Media pengajaran terdiri daripada bahan-bahan yang membantu seseorang guru

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bertalu sama ada di sekolah, kolej,

ataupun di pusat pengajian tinggi. Penggunaan alat bantu mengajar menjadi semakin

popular selepus Kurikulum Baru Sekulah Rendah (KBSR, 1982) dan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM, 1988) diperkenalkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Selepas KBSR dan KBSM terlaksana, para pendidik menumpukan perhatian

kepada penggunaan bahan-bahan yang relevan dengan pengajaran mereka. Kementerian

Pendidikan menganggap penggunaan bahan pengajaran tambahan boleh menambahkan

minat belajar di kalangan para pelajar. Pandangan ini disokong oleh Frobel (1764-1852)

berpegang kepada prinsip bahawa "semua pengajaran mestilah menyeronokkan" (dipetik

dari Percival, 1984). Oleh yang demikian guru-guru digalakkan menggunakan alat bantu

mengajar dalam proses pengajaran mereka. Hasil kajian Mat Nor dan Abd Rahman

(1988) tentang penggunaan bahan media tambahan dalam pengajaran mata pelajaran

2

Page 3: Penggunaan Media Pengajaran

Bahasa Melayu (1981) ternyata kebanyakan guru masih bergantung kepada buku-buku

teks semata-mata. Selain itu, para pendidik masih terikat dengan kaedah pengajaran

tradisional 'chalk and talk'. Kajian Tan (1990) menunjukkan kaedah pengajaran

tradisional adalah kurang efektif berbanding dengan kaedah pengajaran yang

menggunakan media pengajaran dalam menyampaikan isi kandungan. Seterusnya kaedah

lama juga menyebabkan pelajar-pelajar bergantung kepada guru secara sepenuhnya.

Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa

Melayu, malahan terdapat dalam kebanyakan mata pelajaran lain. Kaedah pengajaran

'chalk and talk' mempunyai konsep yang bertentangan dengan kaedah penggunaan alat

bantu mengajar dalam pengajaran. Ini adalah kerana di bawah kaedah 'chalk and talk',

guru hanya bercakap tanpa menunjukkan sebarang bukti yang boleh dilihat malahan di

bawah kaedah baru guru akan menunjukkan bukti dan contoh bagi mengukuhkan fakta

yang disampaikan. Pengajaran meliputi tanggungjawab untuk mendidik pelajar dan

memperkembangkan intelektual mereka melalui pengwujudan suasana pembelajaran

yang wajar.

Kelebihan penggunaan kaedah media pengajaran telah diterangkan oleh Dale

(1969) dan ia diringkaskan seperti berikut:

i. Penggunaan pelbagai bahan pengajaran menolong untuk mengelakkan pemberian

arahan yang mendatar, ulangan yang banyak dan bosan, lebih senang jika

bilangan bahan pengajaran yang digunakan adalah banyak dan pelbagai.

ii. Cara penyampaian isi kandungan sesuatu mata pelajaran dengan kaedah yang

berbeza boleh menarik perhatian pelajar.

iii. Bahan pengajaran bercetak atau perbualan mengubahkan segala fakta menjadi

lebih mudah dan lebih konkrit apabila pelbagai pancaindera digunakan oleh murid

semasa belajar.

Pele (1979) mengulang kembali beberapa fakta yang dikemukakan oleh Dale

semasa menerangkan kaedah pengajaran yang menggunakan pelbagai deria. Kaedah ini

bukan hanya menolong menambahkan minat malahan juga menolong pelajar

3

Page 4: Penggunaan Media Pengajaran

mempelajari lebih banyak fakta dalam masa yang singkat. Fakta yang dipelajari itu

menjadi kekal dalam ingatan bagi jangka masa yang lebih lama.

Oleh yang demikian, bahan pengajaran menjadi sokongan kepada penyampaian

atau pengajaran yang baik dan gabungan beberapa media dalam satu pengajaran

menjadikan arahan dan penjelasan guru lebih tepat pada sasarannya.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kata-kata, suara, dan isyarat sahaja

tidak mencukupi. Penggunaan pelbagai bahan pengajaran menjadikan cara penyampaian

yang berkesan serta menggalakkan pelajar mengambil bahagian dengan aktif (Asad bin

Awang, 1995). Seseorang guru yang bertanggungjawab dan kreatif akan memilih cara

penyampaian dan bahan pengajaran dengan berhati-hati agar pelajaran dapat disampaikan

dengan berkesan berdasarkan objektif yang ingin dicapai pada akhir pengajaran.

DEFINISI KONSEP

Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada

perkataan Latin yang bermaksud perantara. Media digunakan untuk membantu proses

komunikasi (Heinich, 2002) Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat

daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen,

radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.

Definisi asal tentang media menekankan bentuk atau cara fizikal yang

membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Ini bermakna yang menjadi fokus ialah

peralatan yang membawa mesej dan mengenepikan peranan mesej itu sendiri. Sedangkan

yang menggerakkan dan memberi kesan kepada manusia ialah mesej.

Oleh itu menurut Torkleson (1972), media perlu mempunyai tiga bahagian, iaitu

mesej, bentuk mesej dan saluran mesej. Mesej merujuk kepada isi kandungan dalam

media itu sama ada mesej yang berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-

lain adalah dikira sebagai mesej. Bentuk mesej pula berkaitan bagaimana mesej itu

disimpan. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol

4

Page 5: Penggunaan Media Pengajaran

dll. Manakala saluran mesej ialah peralatan fizikal dalam bentuk elektrikal atau

mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen,

projektor LCD, komputer.

Dari segi pengajaran, Heinich (2002) berpendapat bahawa jika media membawa

mesej tentang pengajaran, maka media itu merupakan media pengajaran. Begitu juga

dengan Kemp dan Semellie (1994), media pengajaran ialah bahan-bahan audio visual dan

bahan-bahan berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran.

Oleh itu, media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk

menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang

fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses

pembelajaran.

FUNGSI MEDIA PENGAJARAN

Media pengajaran berperanan utama dalam usaha menarik perhatian dan

merangsang minat pelajar untuk mengikuti isi pembelajaran yang disampaikan oleh

seseorang guru. Profesionalisme seorang guru dapat ditingkatkan melalui pelbagai

kaedah dan cara, salah satunya adalah menerusi kepelbagaian teknik pengajaran dengan

mevariasikan penggunaan media pengajaran sewaktu melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Contohnya, penggunaan akhbar dan majalah dalam kelas

serta klip lagu dan video yang dapat memperdalam kefahaman pelajar terhadap isi

kandungan pelajaran.

Selain itu, penggunaan media pengajaran juga berupaya memperjelas

penyampaian mesej dan membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta

jelas, iaitu kerangka kandungan pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Penggunaan

perkataan atau teks sernata-mata adalah tidak memadai, dan kebarangkalian wujud

kekeliruan dalam usaha pelajar memahami mesej pengajaran. Penerimaan mesej adalah

lebih baik dan jelas sekiranya teks disertakan dengan gambar atau simbol yang 1ebih

konkrit maknanya. Sejajar dengan perkembangan era teknologi maklumat masa kini,

5

Page 6: Penggunaan Media Pengajaran

penggunaan animasi dan muzik dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran

dengan lebih menarik.

Media pengajaran turut berfungsi dalam membantu guru dalam mengatasi batasan

ruang, waktu dan pancaindera. Contohnya objek yang terlalu besar atau kecil boleh

digantikan dengan penggunaan model, gambar, transparensi, filem atau video. Objek

yang kompleks seperti mesin pula dapat digambarkan kepada pelajar melalui bentuk

model, gambarajah dan lain-lain. Gambaran atau peristiwa yang berlaku di luar bilik

darjah juga dapat dibawa ke dalam bilik darjah melalui penggunaan media pengajaran.

Penggunaan media pengajaran juga membolehkan guru memperbagaikan aktiviti

pengajaran. Aktiviti yang pelbagai dan bervariasi dapat memotivasikan pelajar untuk

mengikuti pembelajaran hingga ke akhirnya dan menggalakkan penglibatan pelajar

secara aktif. Pengaplikasian media pengajaran seperti klip filem dan animasi akan

menimbulkan keseronokan dalam diri pelajar dan memperkayakan pengalaman pelajar.

Jika guru mengajar berkenaan gunung berapi, filem yang menayangkan gunung berapi

serta persekitarannya akan menambah pengalaman murid, seolah-olah murid sendiri

mengalami persekitaran seperti itu. Ringkasnya, peranan penting media pengajaran dalam

tidak dapat disangkal lagi.

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI MEDIA PENGAJARAN BAHASA

MELAYU

Perkataan kartun berasal daripada Bahasa Inggeris cartoon. Menurut A. S Hornby

dalam Mat Nor Husin (1988) kartun adalah lukisan tentang peristiwa-peristiwa harian

yang digambarkan secara menyeronokkan. T. Iskandar dalam buku yang sama pula

mentafsirkan kartun sebagai sejenis lukisan yang mengisahkan hal sehari-hari secara

berjenaka. Kartun juga merupakan bentuk utama komunikatif grafik yang berupa suatu

gambaran interpretasi menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan sesuatu

pesanan secara cepat dan ringkas. Kartun juga merupakan sejenis lukisan berbentuk

6

Page 7: Penggunaan Media Pengajaran

universal yang menggambarkan peristiwa harian yang disampaikan secara lucu dan

jenaka dan juga sebagai kritikan sosial. Dalam maksud yang lebih mudah, kartun

merupakan persembahan lakaran atau bentuk-bentuk simbolik yang bertajuk atau tidak

dan membawa motif sindiran dan kecerdikan. Kartun mempunyai daya penarik yang unik

serta boleh mempengaruhi sikap dan pelakuan pembaca.

Pada masa kini, penggunaan kartun sebagai salah satu bahan hiburan dan jenaka

telah berkembang dengan pesatnya sama ada melalui media cetak mahupun media

elektronik. Akhbar dan majalah kini sudah menyediakan ruangan-ruangan kartun di

samping rencana-rencana lain untuk menarik minat pembaca dan sebagai bahan selingan

untuk meredakan ketegangan. Selain menjadi penyaji humor, kartun lebih berfungsi

sebagai bahan kritikan sosial. Sesebuah lukisan kartun sering mengungkapkan dan

membicarakan tentang kepincangan yang berlaku dalam masyarakat, isu semasa dan

sesuatu kejadian penting secara terus terang atau kiasan. Isu pergolakan politik, ekonomi

dan sosial seringkali menjadi bahan cerita yang disampaikan secara humor untuk

dijadikan renungan pembaca khususnya. Secara tidak langsung, kartun juga boleh

menyinggung dan mengecam seseorang yang terlibat dengan sesuatu kepincangan secara

halus dan sinis. Walau bagaimanapun kartun mempunyai nilai estetik dan

menyeronokkan.

Watak-watak kartun seperti Mickey Mouse, Popeye atau Din Teksi mempunyai

keajaiban dalam merangsang komunikasi kanak-kanak. Guru sepatutnya menggunakan

keajaiban ini sebagai salah satu pendekatan dalam menyampaikan isi pelajaran kepada

murid-murid. Bahan kartun ini boleh menjadi penggerak di dalam situasi-situasi tertentu.

Misalnya, kartun Din Teksi atau Keluarga Si Mamat, boleh dijadikan sumber kepada

perbincanagan karangan kerana kartun ini biasa mengetengahkan jalan cerita yang

berkaitan isu semasa.

Ciri-ciri yang jelas terdapat pada kartun ialah lukisannya agak ringkas, tidak

banyak butiran, stereotaip dan mudah difahami dan dikenali. Mesej kartun biasanya segar

dan jelas. Jika pembaca telah biasa dengan idea di sebalik mesej, dia akan memahami

kartun lebih cepat daripada penjelasan penyunting berkenaan. Selain itu, kartun mudah

7

Page 8: Penggunaan Media Pengajaran

diperolehi sama ada daripada akhbar, majalah, buku, internet atau boleh dilukis oleh

guru. Dalam era teknologi maklumat kini kartun dalam bantuk animasi juga boleh

digunakan. Murid akan lebih seronok kalau mereka dapat melihat kartun yang bergerak

dan bersuara iaitu beranimasi. Namun, guru perlu bijak dalam menyesuaikan

penggunaaan bahan kartun ini dalam sesi pembelajaran.

Sejarah Perkembangan Kartun

Kartun telah dimanipulasikan untuk dijadikan bahan selingan dalam akhbar sejak

T.M. 1630 di Barat. Majalah Punch di London yang memuatkan kartun high class telah

menjadikan John Leech iaitu kartunis kartun tersebut menjadi seorang yang terkenal. Di

Malaysia sejarah pengkartunannya bermula sebelum era kemerdekaannya lagi iaitu

sebelum perang dunia kedua. Namun begitu di awal era pengkartunan ini kartun yang

tersiar terutama yang bertemakan politik dan sosial agak terbatas. Antara perkara yang

menyebabkan perkara ini berlaku adalah kerana kurangnya pelukis kartun yang

berkaliber dan berani menerokai kerjaya ini sebagai profesion sepenuh masa dan

penguasaan penjajah terhadap kilang percetakan ketika itu. Tokoh-tokoh yang terlibat

dalam industri kartun tanah air pada masa itu ialah Osman Kangkung dan Saidin Yahya.

Selepas era kemerdekaan, akhbar-akhbar mula menerbitkan kartun walaupun

hanya sebagai selingan dan kartun sindir politik dan kritikan sosial hanya sesekali

disiarkan. Majalah-majalah filem yang diterbitkan di Singapura (hanya 2 buah) yang

membuat liputan filem-filem terbitan Shaw Brothers dan Cathay Keris turut mengadakan

ruangan kartun dan lukisan potret seniman dan seniwati daripada para peminat filem-

filem Melayu. Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh kartunis tanah air waktu

itu. Nama-nama kartunis yang lahir daripada majalah filem seperti Rejabhad, Lat,

Mishar, Rossem, R. Hamzah Hussain Saad, Kassim (Mojo) dan ramai lagi yang terdiri

daripada pelbagai lapisan kerjaya. Misalnya, Rejabhad yang merupakan kartunis dari

pasukan askar Melayu manakala Rossem pula dari pasukan Polis Hutan. Sehingga

sekarang Lat boleh dikatakan sebagai kartunis yang paling berjaya.

8

Page 9: Penggunaan Media Pengajaran

Pengaruh kartun di Malaysia sedikit sebanyak dari majalah Beano, Dandy dan

Topper yang dibawa masuk dari England. Dalam tahun 1970, terdapat usaha di kalangan

kartunis menerbitkan majalah kartun seperti Ha Hu Hum (Rejabhad), Jenakarama, Wak

Dojer sehingga tahun 1980-an syarikat penerbitan Amir Enterprise telah menerbitkan

Akhbar Warta Jenaka secara mingguan. Akhbar Warta Jenaka merupakan gelanggang

kartunis berkarya termasuk Don, Kerengge dan Long.

Penerbitan kartun dalam bentuk majalah nampaknya sudah mempunyai nilai

ekonomi yang tinggi kerana mendapat sambutan yang hangat daripada peminat-peminat

kartun. Majalah Bujal terbitan Rizalman adalah contoh sebuah majalah yang mendapat

tempat di hati kanak-kanak pada tahun 1980-an. Antara karakter-karakter kartun yang

masih meniti di bibir peminat kartun adalah seperti Aca dan Atuk, Usop Sontorian

(Ujang), Anak-anak Sidek (Penerbitan JAS), Professor Serba Tahu (CESB). Kini, bidang

pengkartunan ini telah dipelopori dengan meluas dengan adanya pelbagai jenis majalah

kartun di pasaran seperti Ujang, Kawan, Gila-gila, Apo? dan banyak lagi. Selain itu,

seiring dengan teknologi bidang ini juga telah mengorak langkah dalam penciptaan

kartun-kartun animasi yang menggunakan komputer seperti Budak Lapok, Upin dan Ipin

dan lain-lain yang dibuat untuk menarik minat kanak-kanak dan memberi pengetahuan

kepada mereka. Penciptaan kartun-kartun yang penuh dengan mesej ini bukan sahaja

menarik minat golongan kanak-kanak malah golongan dewasa juga.

Jenis-Jenis Kartun, Bidang Kartun dan Ilustrasi

1. Kartun Gag

Kartun Gag atau kartun murni ialah satu lukisan yang memberi gambaran tentang

kehidupan seharian manusia yang merangkumi ahli-ahli politik, kerajaan, kelemahan-

kelemahan manusia dan pendirian mereka. Kartun ini amat terkenal khususnya untuk

siaran akhbar dan majalah.

2. Kartun Politik

9

Page 10: Penggunaan Media Pengajaran

Kartun politik menitikberatkan sasaran pada masalah-masalah politik. Kartun

jenis ini sangat berpengarauh kerana biasanya ia menyokong sesuatu isu politik atau

mengecamnya. Lazimnya ia menggambarkan pendapat seseorang pengarang sesebuah

akhbar yang diwakili. Ia juga menunjukkkan keadaaan semasa dan perlukan perhatian

segera.

3. Kartun Perniagaan

Kartun jenis ini biasanya akan mengiklankan sesuatu barangan yang dikeluarkan

oleh syarikat atau penjualan rumah serta perkhidmatan seperti perkhidmatan rawatan,

penjualan perabot dan sebagainya. Kartun ini akan menerangkan tentang kebaikan

barangan tersebut dengan tujuan membujuk. Dalam kartun ini akan disertakan dengan

nama pengiklan untuk rujukan pembaca yang berminat.

4. Kartun Karikatur

Karikatur sebenarnya kartun yang telah dilukis dengan melakukan perubahan

pada wajah atau bentuk seseorang. Contohnya hidung menjadi besar atau mata kecil dan

sebagainya. Kartun ini lebih menonjolkan karakter seseorang melalui bentuknya. Kartun

ini juga mendedahkan dan memperbesarkan sifat atau kelemahan seseorang atau sesuatu

kumpulan. Tujuannya adalah untuk menimbulkan rasa kurang percaya orang ramai

terhadap mereka kerana kelemahan-kelemahan itu. Kartun ini digunakan untuk

mengkritik secara jenaka dan mempunyai maksud tersirat di sebalik karakter yang

direformasi.

5. Kartun Komik Bersiri

Kartun komik bersiri (strip cartoon)biasanya dilukis secara bersiri dalam bentuk

cerita. Cuma ada penceritaannya dibuat secara ‘kartun’ walaupun cerita itu benar.

Contohnya kartun bersiri ‘Din Teksi’ yang bertujuan untuk memikat dan memberi

pengetahuan kepada pembaca khususnya kanak-kanak.

10

Page 11: Penggunaan Media Pengajaran

6. Kartun Animasi

Kartun animasi ialah kartun yang dapat bergerak atau hidup secara visual dan

bersuara. Kartun ini terdiri daripada susunan gambar yang dilukis dan dirakam seterusnya

ditayangkan di televisyen atau filem. Kartun jenis ini merupakan bahagian penting dalam

industri perfileman pada masa ini.

7. Kartun Klise (Clishe)

Kartun ini merupakan lakaran kartun yang tidak semestinya humor, yang selalu

diulang-ulang hingga memikat pembaca dengan olahannya contohnya; nasib pengembara

di pulau yang terpencil, memancing ikan dapat kasut atau benda-benda lain, makhluk

asing yang garang dan sebagainya.

8. Kartun Klasik

Kartun ini lebih digunakan bagi tujuan kesusasteraan, kartun-kartun yang

berunsur cerita-cerita rakyat dan sejarah boleh digunakan dalam pengajaran. Umpamanya

sedutan kartun daripada sejarah melayu seperti Hang Tuah, Badang, Hang Jebat dan

sebagainya daripada majalah dan akhbar tempatan.

Objektif Penggunaan Kartun Sebagai Media Pengajaran

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah digubal bersesuaian dengan

Bahasa Melayu yang digunakan dalam kehidupan harian semasa berinteraksi dengan

orang lain, mengakses maklumat, dan untuk memahami sesuatu bacaan. Penggunaan

bahasa ini berteraskan empat kemahiran bahasa iaitu, mendengar, bertutur, menulis dan

membaca. Dalam mencapai kemahiran berbahasa ini guru perlu menyediakan satu sesi

pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid. Oleh yang demikian,

penggunaan kartun sebagai bahan bantu mengajar merupakan satu alternatif yang amat

unik dan bijak boleh digunakan oleh para guru. Bahan kartun ini boleh disesuaikan

11

Page 12: Penggunaan Media Pengajaran

sebagai bahan ransangan atau set induksi dalam pengajaran. Biasanya penggunaan bahasa

yang digunakan dalam kartun ringkas dan memudahkan murid memahami mesej yang

ingin disampaikan.

Kartun digemari oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya daripada golongan

kanak-kanak. Sesuatu yang baik akan meninggalkan kesan yang baik kepada kita. Oleh

sebab itu, jika bahan kartun digunakan dengan baik, proses pengajaran dan pembelajaran

akan menjadi lebih menarik dan berkesan kepada pelajar. Antara objektif penggunaan

kartun sebagi media pengajaran ialah:

a. Membantu memberi ransangan dan motivasi kepada murid-murid untuk terus

mengambil bahagian dan berinteraksi di samping memberi keseronokkan.

b. Menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis. Bahan kartun boleh diguna

untuk menggerakkan daya pengamatan dan pemikiran pelajar berkenaan maksud

sebenar yang ingin disampaikan guru dalam pelajaran. Menurut Heinich dalam Mat

Nor Husin bahan kartun bukan sahaja membawa unsur kelucuan bahkan boleh

memberi kesan kepada pembelajaran.

c. Kartun merupakan salah satu bentuk komunikasi grafik yang dipersembahkan

secara menarik dan ringkas untuk menyampaikan maklumat dan pesanan. Oleh

kerana sifatnya yang unik, kartun mampu meninggalkan kesan ingatan dan

mengukuhkan ingatan manusia.

d. Kartun juga berfungsi untuk mendidik murid-murid ke arah menumpukan minat

terhadap penggunaan kartun yang bermutu tinggi dari segi lukisan, mesej, dan sudut

persembahan serta bahasa yang digunakannya.

e. Kartun boleh memperjelaskan maksud dan menggambarkan makna isi kandungan

bahan yang diajar dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Misalnya,

pengajaran peribahasa dan simpulan bahasa menjadi lebih mudah difahami jika

disampaikan dengan mengunakan bahan kartun.

12

Page 13: Penggunaan Media Pengajaran

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN BAHAN KARTUN

Oleh kerana terlalu banyak kartun yang dihasilkan kini, guru-guru perlu menilai

dan memilih kartun yang sesuai yang boleh digunakan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Ini kerana kartun-kartun yang terdapat di pasaran kini lebih bersifat

komersil dan keuntungan. Maka, bagi tujuan pendidikan terdapat beberapa kriteria

pemilihan bahan kartun yang baik dan sesuai bagi tujuan pengajaran. Antaranya ialah:

a. Bahan kartun mestilah sesuai dengan murid, mempunyai kolerasi dengan

pengalaman mereka agar mudah difahami dan ditafsir, boleh menarik minat mereka

serta berdasarkan kebolehan penguasaan bahasa dan kecerdasan otak mereka.

b. Kartun yang dipilih mudah dan ringkas serta mengandung dialog yang singkat,

kemas, dan jelas serta simbol yang tidak mengelirukan pelajar.

c. Pemilihan kartun yang menggunakan perkataan, rangkai kata dan ayat

yangbersesuaian dengan umur, kognitif, persekitaran, tujuan belajar dan

sebagainya. Kartun ini juga perlu menggunakan bahasa standard dan sebarang

kekeliruan bahasa guru harus menjadi pembimbing.

d. Pemilihan kartun perlu sesuai dengan panduan di dalam sukatan pelajaran. Antara

reka bentuk atau ‘stroke’ haruslah tidak berbentuk lucah, mengandung personaliti

atau sahsiah yang bermoral tinggi, personaliti berkebudayaan Malaysia, tidak

menyemakkan pandangan dan lakaran gambar yang ringkas.

e. Mempunyai latar belakang yang bersesuaian dengan objektif pengajaran.

f. Tidak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan budaya, politik dan

aspirasi negara.

PENGAPLIKASIAN MEDIA BAHAN KARTUN DALAM PENGAJARAN

1. Pengajaran Jenis-jenis Ayat

13

Page 14: Penggunaan Media Pengajaran

Bahasa Melayu mempunyai pelbagai jenis ayat yang digunakan untuk

menyatakan sesuatu perkara. Melalui pengajaran jenis-jenis ayat ini guru boleh

menumpukan kepada kemahiran bertutur dan membaca yang dimiliki oleh murid. Ini

kerana, aktiviti yang dijalankan lebih sesuai dijalankan secara lisan iaitu membaca

berdasarkan tanda baca yang terdapat pada ayat. Contohnya, ayat seru yang mempunyai

tanda seru dan cara menuturkannya juga mempunyai intonasi yang tersendiri dan berbeza

dengan ayat tanya. Oleh itu, untuk mengajarkan penggunaan jenis-jenis ayat ini supaya

lebih menarik bahan kartun boleh digunakan. Antara langkah yang boleh dilakukan guru

adalah:

a. Guru memaparkan satu ilustrasi kartun yang besar dan ditampal dipapan hitam.

Gambar kartun tersebut mengandung perbualan dan penerangan. Kartun bersiri

seperti ’Main Laga Getah’, menggunakan ragam ayat yang berbeza.

b. Guru memilih dua orang murid untuk membaca dialog kartun tersebut dengan

menggunakan intonasi yang betul.

c. Selain itu, guru juga boleh menggunakan tayangan video kartun yang memaparkan

perbualan yang menggunakan jenis ayat yang akan diajar. Contohnya perbualan

yang mengandungi ayat tanya.

d. Kemudian guru meminta murid memberitahu jenis ayat yang digunakan oleh kartun

tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka .

e. Guru akan bertanyakan murid tentang kefahaman mereka tentang ayat tersebut dan

kemudiannya guru menerangkan ciri-ciri empat ayat yangterdapat dalam Bahasa

Melayu iaitu, ayat seru, ayat perintah, ayat tanya dan ayat penyata.

f. Dalam aktiviti ini guru perlu memberi penekanan terhadap intonasi, jeda dan

bacaan yang betul yang digunakan murid. Ini kerana, penggunaan intonasi yang

salah boleh membuatkan pelajar sukar untuk membezakan cara untuk bercakap

dengan betul.

14

Page 15: Penggunaan Media Pengajaran

g. Melalui aktiviti ini juga guru dapat memenuhi hasil pembelajaran interpersonal

yang memerlukan murid dapat bercakap menggunakan frasa, rangkai kata serta

ungkapan secara bertatasusila.

h. Sebagai pengukuhan, guru akan mengedarkan helaian kertas yang mengandungi

gambar kartun yang bahagian perbualannya telah dikosongkan dan meminta murid

mengisi tempat kosong tersebut seterusnya melakonkan sesi perbualan berdasarkan

kefahaman mereka terhadap situasi yang berlaku dalam gambar kartun tersebut.

i. Aktiviti ini juga boleh dilakukan untuk mengajar dialog kepada murid-murid.

2. Pengajaran Karangan

Selain dalam pengajaran tatabahasa tentang jenis-jenis ayat, guru juga boleh

menggunakan bahan kartun ini untuk mengajarkan karangan kepada murid-murid.

Aktiviti penulisan menggunakan kartun ini bertujuan untuk membantu murid menguasai

kemahiran mekanis dan menulis secara spontan. Selain itu, murid juga dapat membuat

intepretasi sendiri terhadap apa yang mereka nampak. Antara langkah untuk mengajarkan

karangan menggunakan bahan kartun ialah:

a. Guru akan mengedarkan helaian kertas yang mengandungi gambar kartun bersiri.

b. Dalam gambar tersebut terdapat dialog yang dalam kartun berkenaan. Contoh

kartun yang digunakan ialah kartun Gag yang bertajuk ’Sungai oh Sungai’.

Kemudian guru boleh meminta pelajar untuk memberitahu tentang mesej utama

yang ingin disampaikan melalui perbualan kartun tersebut. Mesej kartun tersebut

ialah pencemaran sungai.

c. Selepas itu, guru dan murid akan berbincang tentang faktor-faktor yang

menyebabkan berlakunya pencemaran sungai dan kesannya kepada kehidupan.

d. Murid kemudiannya dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan perlu

menghuraikan satu isi karangan yang telah dibincangkan dalam bentuk perenggan

dan ditulis di atas kertas manila.

15

Page 16: Penggunaan Media Pengajaran

e. Kemudian setiap kumpulan diminta membentangkan huraian isi yang mereka

peroleh. Guru akan berbincang bersama murid tentang cara penulisan setiap

kumpulan dalam menghuraikan isi masing-masing dan pembetulan akan dilakukan

sekiranya terdapat kesalahan.

f. Melalui aktiviti ini, murid dapat bertukar idea dan melahirkan idea yang bernas

serta dapat mengetahui cara untuk memperkuatkan isi yang mereka bentangkan.

Selain itu, murid juga dapat mengetahui cara untuk mencapai persetujuan dalam

kumpulan.

g. Setelah mengetahui cara untuk menulis dan menghuraikan isi, murid-murid diminta

untuk menulis karangan berdasarkan satu gambar kartun yang lain pula dengan

tajuk yang berbeza. Contoh kartun ialah seperti kartun Gag yang bertajuk ’Berhati-

hati di Jalan Raya’ dan murid perlu menulis karangan yang berfokuskan kepada

faktor-faktor dan cara mengatasi kemalangan jalan raya.

3. Pengajaran Peribahasa atau Simpulan Bahasa

Guru juga boleh menjadikan kartun ini sebagai permainan bahasa bagi kemahiran

membaca, di mana murid perlu menyesuaikan gambar situasi kartun dengan peribahasa

yang sesuai. Aktiviti ini lebih menumpukan terhadap membaca secara mekanis dan

kefahaman serta penaakulan. Antara langkah pengajaran yang boleh dilakukan untuk

mengajarkan peribahasa atau simpulan bahasa menggunakan kartun adalah seperti

berikut:

a. Guru mengedarkan ilustrasi kartun yang menggambarkan satu situasi yang

berkaitan dengan peribahasa. Contohnya gambar kartun Gag bertajuk ’kantoi’ yang

memaparkan tentang seorang pelajar yang ditangkap ketika meniru semasa

peperiksaan. Selain gambar, guru juga boleh menayangkan video tentang kartun

yang berkaitan dengan peribahasa yang akan di ajar.

16

Page 17: Penggunaan Media Pengajaran

b. Kemudian guru meminta murid-murid melihat gambar kartun itu dan meminta

beberapa orang murid tampil untuk memberikan peribahasa yang paling sesuai

mewakili situasi gambar berkenaan. Pilihan peribahasa dan maksud perlu ditampal

di papan tulis secara rawak.

c. Seterusnya murid dikehendaki memilih maksud peribahasa yang betul dan membina

ayat berdasarkan peribahasa tersebut.

d. Guru kemudiannya memaparkan gambar kartun klasik yang berlainan bertajuk,

seperti ’Si Tanggang Derhaka’ di papan tulis dan meminta murid untuk

memberitahu peribahasa apa yang paling bersesuaian dengan situasi yang terdapat

pada gambar tersebut dan maksud disebalik peribahasa tersebut.

e. Setelah dapat memahami maksud peribahasa atau simpulan bahasa murid

dikehendaki membina ayat sendiri yang mempunyai peribahasa atau simpulan

bahasa yang telah dipelajari. Sebagai pengukuhan guru akan mengedarkan soalan

yang mengandungi tempat kosong dan perlu diisi oleh murid dengan peribahasa

atau simpulan bahasa yang sesuai.

f. Dalam aktiviti ini guru perlu membimbing murid dalam usaha mereka memberikan

jawapan yang tepat. Sekiranya tafsiran yang dibuat salah, maka guru harus

membetulkannya agar interpretasi mereka tidak terpesong jauh daripada maksud

sebenar peribahasa dan matlamat pembelajaran. Aktiviti ini banyak menekankan

murid supaya membaca dan memahami arahan.

KEBAIKAN PENGGUNAAN BAHAN KARTUN DALAM PENGAJARAN

Bahan kartun memang salah satu media bahan bantu mengajar yang menarik

untuk digunakan oleh guru dalam proses pengajaran. Jika disesuaikan dengan konteks

situasi dan kognitif murid, bahan itu boleh meransang penglibatan keseluruhan kelas.

Dengan ini jelas menunjukkan penggunaan kartun sudah pastinya mempunyai kebaikan

17

Page 18: Penggunaan Media Pengajaran

yang tersendiri. Antara kebaikan penggunaan bahan kartun sebagai bahan bantu mengajar

dalam pengajaran bahasa ialah:

a. Kartun ialah bahan yang umumnya digemari oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Watak-watak lucunya dapat menarik minat pembaca.

b. Penggunaan bahan ini juga akan menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran

berjalan dalam suasana yang gembira dengan telatah kartun dan secara tidak

langsung dapat menyampaikan mesej. Ini membolehkan seseorang guru itu

mendapat tindak balas yang berkesan daripada pelajarnya. Dengan ini, dapat

memberi keyakinan kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu.

c. Dapat menimbulkan ransangan serta galakkan untuk melukis. Hal ini penting bukan

sahaja kepada murid malah guru. Melukis kartun memerlukan latar belakang,

pengetahuan dan panduan yang luas. Usaha ini akhirnya akan membina daya

kreativiti seseorang guru dan menjadikan murid kreatif dan kritis. Ini kerana, kartun

berpotensi menyelaras dan menyatupadukan penggunaan hemisfera kanan dan

hemisfera kiri otak manusia dalam satu pengajaran.

d. Bahan kartun boleh digunakan dalam pelbagai aspek kemahiran bahasa. Misalnya

dalam pengajaran lisan; lukisan kartun bersiri boleh digunakan. Manakala dalam

mengajar aspek pemahaman, soalan-soalan yang dibina daripada rentetan cerita dan

dailog-dailog boleh digunakan guru. Seterusnya untuk pengajaran aspek tatabahasa,

dailog-dailog kartun yang menggunakan bahasa pasar boleh ditukar menjadi ayat

yang gramatis atau melakukan aktiviti menukar cakap ajuk dan cakap pindah.

Kartun juga dapat membantu dalam aktiviti praktikal seperti perbualan dan lakonan.

e. Kritikan-kritikan melalui kartun contohnya seperti kartun Gag dan kartun politik

yang penuh dengan mesej dapat menolong berfikir ke arah pemikiran yang lebih

kritis dan berpandangan jauh.

f. Disebabkan kartun merupakan bahan yang menarik dari segi lukisannya dan segar

dari segi karakternya, maka ia dapat merangsang minat murid sekaligus menjadikan

pembelajaran lebih mudah difahami.

18

Page 19: Penggunaan Media Pengajaran

KELEMAHAN PENGGUNAAN BAHAN KARTUN DALAM PENGAJARAN

Pada dasarnya, penggunaan kartun mendapat tempat di hati muri-murid ketika

proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Namun, guru seharusnya peka terhadap

kelemahan-kelemahan penggunaan bahan ini. Di samping mendatangkan begitu banyak

kebaikan, penggunaan bahan kartun ini juga ada kelemahannya sekiranya tidak difahami

dengan tepat tentang penggunaannya. Antara kelemahannya adalah seperti:

a. Jika tidak digunakan dengan berhati-hati, pelajar akan lebih tertarik kepada gambar-

gambar kartun, bukan kepada pengajaran bahasa yang ingin disampaikan oleh guru.

b. Guru yang tidak banyak mengetahui tentang teknik-teknik penyampaian pelajaran

bahasa dengan menggunakan kartun, boleh menyebabkan murid cepat berasa bosan.

c. Seiring dengan zaman teknologi, guru sewajarnya mengetahui segala ilmu dalam

bidang ini terutama bagaimana untuk menjadikan sesebuah kartun itu menarik,

sama ada dari segi saiz warna dan sebagainya. Ini kerana sekiranya gambar kartun

yang digunakan kecil, lebih-lebih lagi tidak bewarna ini akan menimbulkan

kebosanan pada diri murid.

d. Penggunaan bahan kartun mengandung banyak kesalahan daripada aspek

tatabahasa, ejaan, laras, bahasa, penggunaan bahasa slanga, dialek dan sebagainya.

Oleh itu, guru perlu memberi perhatian dan penerangan kepada pelajar bagi

mengelakkan kekeliruan.

KESIMPULAN

Guru seharusnya proaktif dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran

berbantukan bahan kartun ini. Hal ini disebabkan kemahiran guru mengaplikasikan bahan

kartun dalam pengajaran dan pembelajaran, terutamanya semasa pengajaran Bahasa

Melayu akan mampu mengubah persepsi murid-murid terhadap mata pelajaran bahasa itu

19

Page 20: Penggunaan Media Pengajaran

sendiri. Maksud di sini ialah, kepintaran guru mengaplikasikannya sebagai bahan bantu

mengajar akan memotivasikan murid-murid itu sendiri. Sekurang-kurangnya, Bahasa

Melayu tidak dikatakan bosan dan tidak mempunyai nilai ekonomi.

Bahan kartun ini juga sebenarnya mempunyai rasionalnya yang tersendiri.

Sebagai bahan yang murah, mudah didapati dan senang diintegrasikan ke dalam

pengajaran, kartun mempunyai banyak ruang untuk dimajukan sebagai media pengajaran

yang serbaguna. Rentetan itu, guru haruslah bertindak bijak ketika memilih bahan kartun

yang sesuai dengan perkara yang mahu diajar.

Setiap bahan bantu mengajar yang digunakan sebenarnya mempunyai kelebihan

dan kekurangan tersendiri termasuk bahan kartun. Namun begitu, guru sendiri harus

mahir menangani setiap masalah berkaitan media pilihan. Dalam situasi ini, kewibawaan

guru menghadapi situasi sukar dan tidak dijangka amat diperlukan.

Oleh itu, penggunaan bahan kartun sebagai bahan bantu mengajar perlulah selari

dengan kesungguhan guru dalam mengaplikasikan bahan tersebut dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak boleh mengajar sambil lewa semasa

menggunakan bahan ini kerana bahan ini mungkin akan menjadi perhatian melebihi sesi

pengajaran. Sesungguhnya, kartun ialah satu penghasilan unik yang diminati oleh

segenap lapisan masyarakat. Oleh kerana sifatnya yang demikian, ia boleh dijadikan

bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Apa yang penting ialah sikap,

kebolehan dan kreativiti guru melihat dari sudut mana yang dirasakan sesuai dan boleh

mengintegrasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru

mengajar tanpa alat, murid belajar dengan ralat; guru yang hanya banyak bercakap,

mungkin murid bertambah gagap; guru menjadi pemudahcara, kelak murid pintar bicara.

20

Page 21: Penggunaan Media Pengajaran

BIBLIOGRAFI

1. Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abdul Aziz & Abdul Rashid Mohamed.

(2007). Humor dalam pengajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing

Sdn. Bhd.

2. Abdul Rasid Jamian & Norhayat Marzuki. (2005). Persepsi guru terhadap

penggunaan teknik permainan dan simulasi. Prosiding Seminar Pendidikan:

Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari. Tanjung Malim. 28-30 Ogos.

3. Aminordin Che Lah. (2007). Grafik animasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tesis Sarjana Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains

Malaysia, Pulau Pinang.

4. Awang Sariyan. (2011). Pelajar asing belajar Bahasa Melayu melalui Upin dan Ipin.

Akhbar Kosmo, 17 Mac.

5. Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof & Raja Mohd Fauzi Raja Musa. (2001).

Masalah penulisan naratif. Jurnal Pendidikan, 273-26.

6. Frey, N. & Fisher, D. (Eds.). (2008). Teaching visual literacy. Carlifornia: Corwin

Press.

7. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2005). Multimedia dalam pendidikan.

Bentong: PTS Publications Sdn. Bhd.

8. Ong Eng Tek & Ahmad Nizam Abdullah. (2009). Keberkesanan modul kartun

dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi Tingkatan Empat. Jurnal Sains

dan Matematik, 1 (2): 77-86.

21

Page 22: Penggunaan Media Pengajaran

9. Yahya Othman, Roselan Baki dan Naffi Mat. (2009). Pemerkasaan pendidikan

Bahasa Melayu dari teori ke praktik. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn.

Bhd.

10. Juriah Long, Raminah Bt Hj. Sabran, Sofiah bt. Abdul Hamid, “Perkaedahan

Pengajaran Bahasa Malaysia (Cetakan Ke-3) Kuala Lumpur”, Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

11. Asmah Hj Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

12. Nik Safiah Karim, Arbak Othman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu.

Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.

22