tajuk 8_ rancangan pengajaran harian ok

Upload: ieqa-aziz

Post on 02-Mar-2016

156 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PKP3110

TRANSCRIPT

TAJUK 8

RANCANGAN PENGAJARAN

SINOPSIS

Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar tantang rancangan pengajaran harian, rancangan pengajaran individu dan format penulisan rancangan pengajaran harian.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyediakan rancangan mengajar harian2. Menyediakan rancangan mengajar individu3. Membincangkan format rancangan pengajaran harian

KERANGKA TAJUK

Rajah 8.1 Gambaran Keseluruhan Isi Kandungan

KANDUNGAN ISI

8.1Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Kamarudin Hj.Husin (1989) menjelaskan maksud persediaan mengajar sebagai suatu perencanaan atau perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang bakal dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. RPH ini mengandungi unsur-unsur seperti butiran am, tajuk pelajaran, objektif, set induksi, perkembangan, penilaian, penutup, dan sebagainya.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) penting untuk mencatatkan semua perancangan mengajar dari awal hinggalah akhir pengajaran yang melibatkan aktiviti pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar. Dengan adanya RPH, guru akan lebih yakin untuk mengajar dan berhadapan dengan pelajarnya di dalam kelas dan akan membantu guru membuat jangkaan tentang masalah, kekuatan, dan kelemahan pengajarannya dan membuat persediaan untuk mengatasi sekiranya terdapat masalah yang timbul. Di samping itu, ia juga membantu menentukan objektif pengajaran dan merancang aktiviti yang dapat mencapai objektif pengajaran tersebut.

Rancangan Pengajaran Harian ditulis mengikut format tertentu yang telah dipersetujui dan dipakai oleh sesebuah sekolah, peringkat daerah ataupun di peringkat negeri.

Terdapat tiga komponen utama dalam sebuah RPH, iaitu persediaan, penyampaian, dan penutup.a. Komponen Persediaan Maklumat Am Kemahiran Penggabungjalinan isi kandungan Hasil Pembelajaran Pengetahuan sedia ada Perentasan kurikulum Penerapan nilai Unsur terapi Bahan bantu mengajar/belajar

b. KomponenPenyampaian Induksi set Perkembangan pelajaran

c. Penutup Kesimpulan Penilaian Aktiviti susulan/tugasan

8.2Komponen Dalam Rancangan Pengajaran Harian

Komponen dalam Rancangan Pengajaran Harian meliputi format RPH, hasil pembelajaran atau objektif pengajaran, aktiviti, alat bantu mengajar dan refleksi.

8.2.1 Format

Format satu rancangan pengajaran harian boleh dalam bentuk menegak (Portrait) atau mendatar (Landscape). Butir-butir yang perlu diliputi dalam rancangan pengajaran harian adalah: Tarikh Masa Tajuk yang yang diajar Hasil pembelajaran Pengetahuan sedia ada Bahan bantu mengajar Penerapan nilai Kemahiran berfikir Set induksi Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Penutup Refleksi

8.2.2 Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran mestilah merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran. terlebih dahulu, guru perlu memastikan murid telah menguasai pelajaran lepas. Sekiranya terdapat murid yang belum menguasai pelajaran lepas, hasil pembelajaran perlu diulang semula.

8.2.3 Aktiviti

Dalam aktiviti rancangan pengajaran harian meliputi butir-butir berikut: Aktiviti PengajaranGuru akan menerang atau mengajar objektif yang telah ditetapkan. Aktiviti KumpulanMurid akan menjalankan aktiviti secara individu atau berpasangan atau berkumpulan mengenai pengajaran yang telah diajar oleh guru. Aktiviti PenilaianLembaran kerja akan diedarkan kepada murid secara individu untuk menilai kefahaman murid terhadap pengajaran yang disampaikan.

8.2.4 Alat Bantu Mengajar

Menyediakan atau memilih alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran atau objektif yang hendak dicapai.

8.2.5 Refleksi

Perbincangan tentang kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Rujuk Lampiran 8.1 untuk satu contoh RPH bagi pemulihan (Matematik) yang lengkap.

8.3Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu program yang berkaitan dengan pendidikan khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas. Program ini dibentuk dalam beberapa siri mesyuarat dan hasil perbincangan dinyatakan secara bertulis dalam bentuk rancangan pendidikan bagi setiap murid. RPI juga merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti.

Kepentingan RPI adalah ia dapat menyimpan rekod jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asal, dapat menyimpan rekod tentang perkara yang perlu dipelajari oleh setiap individu murid kurang upaya, dapat merekod jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan untuk mengajar individu kurang upaya serta dapat merekod penilaian pencapaian kemahiran setiap individu murid kurang upaya.

8.4Persediaan RPI Mengikut Masalah

Penghasilan RPI merupakan proses penting dalam usaha menyediakan program pendidikan yang berkesan dan bertepatan dengan berkeperluan khas murid yang berkenaan. Murid berkeperluan khas mempunyai keperluan yang berbeza untuk berdikiri atau/dan untuk mencapai kejayaan searas dengan murid biasa. Matlamat utama pendidikan bagi murid berkeperluan khas adalah untuk menyediakan mereka agar dapat hidup dalam komuniti setempat. Justeru, pihak sekolah perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kandungan kurikulum yang berkesan serta berkait rapat dengan keperluan setempat. Untuk menghasilkan RPI yang berkesan perkara-perkara berikut perlu diambil kira. Jawatankuasa RPI hendaklah dianggotai oleh, (i) pengetua atau guru besar, (ii) guru penolong kanan pendidikan khas atau penyelaras program pendidikan khas, (iii) semua guru pendidikan khas, (iv) semua ibu bapa atau wakil (v) kumpulan multi-disciplinary mengikut keperluan dan (vi) muridElemen yang perlu diberikan perhatian semasa penyediaan RPI mengikut masalah secara umum: Sasaran jangka pendek yang ditentukan untuk atau oleh murid Strategi pengajaran yang akan digunakan Kemudahan atau perkhidmatan sokongan yang perlu ada Penyemakan semula perancangan Hasil pencapaian yang akan direkodkan semasa penyemakan semula rancangan pendidikan individu (dokumentasi) Kerjasama melalui perkongsian maklumat, keputusan bersama, kebolehpercayaan bagi objektif pengajaran dan pembelajaran serta prosedur penilaian Meletakkan terlalu banyak sasaran pada masa adalah amat tidak sesuai. Fokus kepada 3 atau 4 sasaran utama dipilih daripada komponen yang berkaitan dengan bidang utama komunikasi, literasi, matematik, tingkah laku dan kemahiran sosial yang sesuai dengan keperluan murid.

Pembinaan RPI bagi murid berkeperluan khas adalah penting bagi memaksimumkan keberkesanan dan impak pelaksanaan aktiviti pembelajaran. Tahap keberkesanan aktiviti ini pula bergantung pada ketelitian dan ketepatan RPI yang dihasilkan. Berikut adalah langkah-langkah yang disarankan dalam proses pembinaan RPI

LangkahTugasanTindakan

Ujian Diagnostik Menyediakan ujian diagnostik Menjalankan ujian diagnostik Menganalisis dan merekod keputusan ujian diagnostik

Menubuhkan Jawatankuasa penyediaan ujian diagnostik Guru menjalankan ujian diagnostik secara pemerhatian, temubual, ujian lisan, ujian bertulis

Pembentukan Ahli Jawatankuasa Kenal pasti serta hubungi ahli jawatankuasa. Mengeluarkan surat Menetapkan tarikh, tempat, masa dan kekerapan mesyuarat yang akan diadakan. Agenda mesyuarat (Melapor baseline RPI yang telah dikenalpasti, mengesahkan cadangan). Fokus adalah hanya satu RPI bagi seorang murid dalam satu masa.

Lantikan rasmi dibuat. Menyediakan laporan baseline setiap murid. Mendapatkan persetujuan AJK bagi menentukan baseline setiap murid.

Pembinaan RPI Cerakinkan matlamat jangka panjang kepada sasaran jangka pendek. Kenal pasti sumber yang diperlukan untuk mencapai sasaran. Membahagikan tanggung jawab bagi mencapai sasaran kepada setiap ahli. Hasilkan dokumen RPI secara bertulis. Menyediakan senarai objektif untuk satu RPI dalam tempoh masa yang sesuai.

Rekod ujian psychometric yang pernah dibuat ke atas murid.

Sebarang maklumat yang boleh membantu ahli membina RPI yang bertepatan dengan keperluan murid.

Peningkatan RPI sedia ada. Semak prestasi pencapaian murid. Dapatkan baseline terkini. Senaraikan matlamat baru jangka panjang. Susun matlamat baru jangka panjang mengikut keutamaan. Cerakinkan matlamat baru jangka panjang kepada sasaran jangka pendek baru. Kenal pasti sumber tambahan yang diperlukan untuk mencapai sasaran baru. Membahagikan tanggung jawab untuk mencapai sasaran baru kepada setiap ahli. Hasilkan dokumen RPI secara bertulis.

Penghasilan program pembelajaran dan pelaksanaan Terjemahan sasaran kepada objektif tingkah laku pembelajaran & pengajaran. Pilih strategi pengajaran dan kaedah penilaian untuk mengukur pencapaian objektif. Mendapatkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dikenal pasti. Melaksana dan memantau program yang dirancang di peringkat sekolah dan rumah. Tetapkan tarikh mengkaji semula RPI.

Dapatkan: Butiran Perancangan.

Kaji semula RPI Kumpul dan bandingkan data. Meneliti perkembangan dan pencapaian murid. Pinda matlamat jangka panjang dan sasaran jangka pendek mengikut keperluan. Runding semula peranan ahli jawatankuasa dalam usaha mencapai sasaran. Hasilkan dokumen baru RPI yang telah dibuat perubahan mengikut persetujuan secara bertulis. Tetapkan tarikh kaji semula yang berikutnya,

Dapatkan: RPI sedia ada Laporan pencapaian terkini di peringkat sekolah dan rumah.

Penghasilan dokumen RPI perlu dibincangkan bersama oleh ahli jawatankuasa yang dilantik khas dan mempunyai kepentingan terhadap perkembangan pendidikan murid berkeperluan khas. Penulisan dokumen ini adalah tanggungjawab guru yang ditugaskan untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid berkenaan. Walau bagaimana pun bantuan daripada ahli jawatankuasa lain untuk menghasilkan dokumen bertulis terbut bolehlah dirundingkan. Yang pentingnya setiap murid berkeperluan khas mempunyai dokumen RPI yang lengkap.

Komponen dalam Rancangan Pengajaran Individu meliputi format RPI, maklumat terperinci murid, tarikh RPI mula, tahap pencapaian sedia ada, matlmat, objektif, strategi, penilaian/aktiviti dan catatan. Rujuk Lampiran 8.2 untuk satu contoh RPI yang lengkap bersertakan borang dan contoh rekod perkembangan murid yang terlibat.

Kita dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran muridnya, lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan, kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Latihan

Rancang satu RPI untuk murid yang tidak dapat melaksanakan operasi tambah melibatkan fakta asas.

Perbincangan

Rancang dan hasilkan satu RPH dan RPI yang lengkap dalam kumpulan.

PKP3110KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

118

Lampiran 8.1Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Nama Guru:Suzie anak AtinSekolah:SK Agama (MIS) MiriKelas:3 CemerlangTarikh:19.09.2012Hari:RabuMasa:11.00 pagi 12.00 tengah hariMata Pelajaran:Pemulihan (Matematik)Nama murid: Muhammad Rezza Haiqal bin Reduan Eshan bin Edwin Alissa Qaisarah binti Mamat Nur Raudhah binti Ibrahim

Tajuk: Mari kenal jam

Hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapati. Melukis jarum jam dan jarum minit dengan tepat berdasarkan kepada jam yang telah ditetapkan setelah guru menunjukkan kepada murid nama jarum yang terdapat pada jam dan contoh kedudukan jarun jam berdasarkan sesuatu masa.ii. Menjawab 6 daripada 7 soalan dengan tepat setelah guru memberikan penerangan dan contoh berkaitan dengan cara kedudukan jarum jam berdasarkan sesuatu masa.

Pengetahuan sedia ada:Murid pernah melihat jam di dalam kehidupan mereka misalnya jam tangan, jam dinding dan sebagainya.

Bahan bantu mengajar:Video masa dan waktu, jam sebenar, jam buatan, ikan buatan, alat pemancing, kain penutup mata, kad soalan, kad pantun.

Penerapan nilai:Kejujuran, keyakinan dan kerajinan.

Kemahiran berfikir:menyusun atur, menyelesaikan masalah, menginterpretasi, menganalisis, menghubungkaitkan

Aktiviti GuruAktiviti MuridCatatan

Langkah: Set induksi(5 minit)Tayangan video masa dan waktu1. Guru menunjukkan tayangan video yang bertajuk masa dan waktu kepada murid.2. Guru bertanya kepada murid kaitan antara tayangan video tersebut dengan kandungan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini:Soalan guru:Apakah yang akan kita belajar pada hari ini?3. Guru mengaitkan kandungan video tersebut dengan isi pelajaran pada hari ini. Pada hari ini kita akan belajar mengira minit dan jam. Kita akan melukis jarum jam dan minit berdasarkan jam yang ditetapkan.Tayangan video masa dan waktu1. Murid menonton tayangan video yang bertajuk masa dan waktu2. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.Jangkaan jawapan murid:Kita akan belajar mengira jam dan minit.3. Murid mendengar dengan teliti penerangan yang dibuat oleh guru.Nilai: Keyakinan

KBT: Kemahiran berfikir menyusun atur

BBM: Video masa dan waktu

Langkah 1:Pengajaran.15 minit1. Guru mengajar murid menyebut waktu dalam perkataan secara lisan dan melukiskan jarum jam dengan tepat.Misalnya:Pukul 2:05Pukul dua lima minit Pukul 5:15Pukul lima lima belas minit2. Guru bertanya kepada murid jika terdapat soalan.1. Murid mendengar penerangan dariapad guru.2. Murid menjawab soalan daripada guru, misalnya:Soalan guru:Sila lukiskan jarum jam yang menunjukkan pukul 7:45.Sila lukiskan jarum jam yang menunjukkan pukul 1:30.3. Murid akan bertanya kepada guru jika terdapat sebarag soalan.Nilai: Kerajinan.

KBT: Kemahiran berfikir menganalisis, menginterpretasi.

BBM: jam sebanar, jam buatan.

Langkah 2:15 minit1. Guru memberikan arahan kepada murid:Murid perlu menutup mata dengan kain yang disediakan oleh guru.Murid perlu memancing ikan yang terdapat di dalam baldi ini.Kemudian, murid akan menjawab soalan berdasarkan kepada warna kad soalan yang sama dengan warna ikan yang dipancingnya tadi.2. Murid yang dapat menjawab satu soalan dengan tepat akan diberikan satu bintang sebagai ganjaran.1. Murid perlu menutup mata dengan kain yang disediakan oleh guru.2. Murid perlu memancing ikan yang terdapat di dalam baldi ini.3. Kemudian, murid akan menjawab soalan berdasarkan kepada warna kad soalan yang sama dengan warna ikan yang dipancingnya tadi.4. Murid yang dapat menjawab satu soalan dengan tepat akan diberikan satu bintang sebagai ganjaran.Nilai: Keyakinan.

KBT: Kemahiran berfikir menyelesaikan masalah.BBM: kain penutup mata, ikan mainan, alat pemancing, kad soalan.

Langkah 3:(20 miit)Lembaran kerja1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.2. Guru menerangkan kepada murid terlebih dahulu yang perlu dilaksanakan oleh murid di dalam lembaran kerja tersebut.Arahan soalan:Lukiskan jarum jam dan jarum minit berdasarkan masa yang betul.

Lembaran kerja1. Murid menerima lembaran kerja daripada guru.2. Seorang murid membaca dengan nyaring arahan soalan.3. Murid menjawab soalan yang terdapat dalam lembaran kerja tersebut.Nilai: Kerajinan.

KBT: kemahiran berfikir menghubungkaitkan.

BBM: Lemabaran kerja

Penutup(5 minit)Penutup sosial:Dibawa belayar si anak angsa,Berwajah manja tersenyum ria,Mari belajar mengira masa,Diingati sentiasa di mana juga.Penutup keseluruhan:1. Guru menyimpulkan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dengan menanyakan semula kepada murid apa yang telah mereka pelajari.2. Guru menulis satu soalan dan seorang murid akan dipilih secara rawak menyelesaikan dengan jawapan yang betul. Soalan adalah berdasarkan kepada latihan yang diberikan oleh guru.

Tujuan pengukuhan:Guru memantapkan lagi kefahaman murid berkenaan dengan isis pelajaran pada hari tersebut.Nilai: Kejujuran.

KBT: kemahiran berfikir menghubungkait.

BBM: Kad pantun.

Refleksi :

Lampiran 8.2

Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

Nama Pelajar:Eshan bin EdwinMata Pelajaran:Pemulihan (Matematik)Kelas:3 CemerlangTahun:2012Tarikh Lahir:09.05.2003Umur:9 tahunNama Guru:Suzie anak AtinTarikh RPI Dimulakan:07.09.2012

Tahap Pencapaian Sedia Ada:Eshah pernah melihat kalendar di rumah dan pernah mendengar istilah yang berkaitan dengan hari misalnya minggu, bulan dan tahun

Matlamat:Eshah dapat mengenal hari dan minggu, serta membaca dan mengenal kalender.

Objektif:1. Eshah dapat menyatakan 1 minggu bersamaan 7 hari. 2. Eshah dapat menyatakan 1 bulan bersamaan dengan 28, 29, 30 atau 31 hari.3. Eshah dapat menyatakan 1 tahun bersamaan dengan 12 bulan.4. Eshah dapat menukarkan minggu kepada hari dengan tepat berdasarkan sifir 7.5. Eshah dapat menukarkan hari kepada minggu dengan tepat berdasarkan sifir 7.6. Eshah dapat menukarkan bulan kepada hari dengan tepat.7. Eshah dapat menukarkan hari kepada bulan dengan tepat.8. Eshah dapat menukarkan tahun kepada bulan dengan tepat berdasarkan sifir 12.9. Eshah dapat menukarkan bulan kepada tahun dengan tepat berdasarkan sifir 12.

ObjektifStrategiPenilaian / AktivitiCatatan

Eshah dapat menukarkan minggu kepada hari dengan tepat berdasarkan sifir 7.Contoh:2 minggu = .......... hari6 minggu = .......... hari8 minggu = .......... hari10 minggu = .......... hari14 minggu = ........... hari19 minggu = .......... hari23 minggu = .......... hari36 minggu = .......... hari Menyatakan 1 minggu bersamaan dengan 7 hari. Membuat pendaraban sifir 7. Menukarkan minggu kepada hari. Membuat latihan di lembaran kerja yang disediakan. Latih tubi menukarkan minggu kepada hari.

Tarikh: 07.09.2012Jangkamasa : 3 hari Latihan pendaraban sifir 7. Latihan menukarkan minggu kepada hari.

Eshah dianggap sudah berjaya kerana telah berjaya menjawab 100% betul dari latihan yang guru berikan.

Teruskan dengan objektif berikutnya.

ObjektifStrategiPenilaian / AktivitiCatatan

Eshah dapat menukarkan hari kepada minggu dengan tepat berdasarkan sifir 7.Contoh:14 hari = .......... minggu28 hari = ........... minggu49 hari = ........... minggu84 hari = .......... minggu98 hari = .......... minggu126 hari = .......... minggu140 hari = .......... minggu238 hari = .......... minggu Menyatakan 7 hari bersamaan dengan 1 minggu. Membuat pembahagian sifir 7. Menukarkan minggu kepada hari. Membuat latihan di lembaran kerja yang disediakan. Latih tubi menukarkan minggu kepada hari.

Tarikh: 12.09.2012Jangkamasa : 3 hari Latihan pembahagian sifir 7. Latihan menukarkan hari kepada minggu.

Eshah dianggap sudah berjaya kerana telah berjaya menjawab 100% betul dari latihan yang guru berikan.

Teruskan dengan objektif berikutnya.

Borang Rekod Perkembangan IndividuNama:Kelas:Matlamat:Kemahiran:

BilTarikhCubaanCatatan

12345678

1

2

3

4

5

6

Contoh Rekod Perkembangan IndividuNama: Eshan bin EdwinKelas: 3 CemerlangMatlamat: Mengenal hari dan mingguKemahiran: Menukar minggu kepada hari dengan tepat berdasarkan kepada sifir 7.

BilTarikhCubaanCatatan

12345678

107.09.12xxxxxxxxTidak dapat menukarkan minggu kepada hari dengan tepat berdasarkan kepada sifir 7.

210.09.12xxx/x///4/8. Eshah dapat menukarkan minggu kepada hari dengan pendaraban 7 yang mudah.

311.09.12////////Berupaya menukarkan minggu kepada hari dengan sifir 7. Mula kemahiran baru.

4

5

6