topik 4: perancangan, pemilihan, penghasilan dan penilaian media pengajaran

67
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3105) TUTORIAL 4 : PERANCANGAN, PEMILIHAN, PENGHASILAN DAN PENILAIAN MEDIA PENGAJARAN IPGM KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA,KEDAH. PENSYARAH : EN.SIRI SENA BIN BABA HAMID TARIKH : 17 OGOS 2010

Upload: nur-amirah

Post on 23-Jun-2015

2.992 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(EDU 3105)

TUTORIAL 4 : PERANCANGAN, PEMILIHAN, PENGHASILAN DAN PENILAIAN MEDIA

PENGAJARAN

IPGM KAMPUS DARULAMAN,06000 JITRA,KEDAH.

PENSYARAH : EN.SIRI SENA BIN BABA HAMIDTARIKH : 17 OGOS 2010

NOR NAZLIANA BT ZAKARIA

(890416-11-5440)

NUR `AMIRAH BT AHMAD SHUSHAMI(890607-08-5862)

NURUL AAINAA BT MOHAMAD

(890905-04-5332)

SAHIDATUL HIDAYAH BT MOHD FAUZI

(890327-43-5346)

SHARMILAA A/P SELVAM

(890730-05-5132)AHLI

KUMPULAN

SOALAN 1

Huraikan peristiwa pengajaran

(event of instruction) dalam

merancang pengajaran dan

pembelajaran ?

Diperkenal : Robert Gagne Lahir pada : 1916 Buku : “The Conditions of

Learning” (1965)• Ia mengemukakan apa yang dinamakan

dengan “nine events of instruction” atau sembilan langkah/peristiwa belajar.

EVENTS OF INSTRUCTION

Events of instruction

1

•Tarik Perhatian Pelajar

2

•Beritahu Pelajar Objektif Pembelajaran

3

•Cungkil Dan Kaitkan Pengetahuan Sedia Ada Pelajar

4

•Sampaikan Isi Pelajaran/ Bahan Pengajaran-Pembelajaran

5

•Bimbingan Pembelajaran Pelajar

6

•Uji Penguasaan Pembelajaran Pelajar

7

•Beri Maklum Balas Tentang Penguasaan Pembelajaran Pelajar

8

• Taksir Pencapaian Pembelajaran

9

• Tingkatkan Ingatan Dan Pemindahan Pembelajaran

TARIK PERHATIAN PELAJAR

Perancangan pengajaran yang dibangunkan oleh guru haruslah

menarik perhatian pelajar . Untuk mewujudkan suasana ini, pengajaran yang

ingin disampaikan boleh dimasukkan beberapa unsur-unsur  grafik  yang

bersesuaian dengan persembahan multimedia yang bertujuan untuk

mendapatkan perhatian murid. 

Ini sememangnya sudah menjadi kelaziman kepada manusia yang

suka melihat kepada gaya persembahan yang menarik atau lebih tepat lagi

yang berorientasikan penglihatan. Pepatah Confucious menyatakan bahawa”

sebuah gambar mampu menggantikan seribu perkataan”. 

Contoh: Penggunaan set induksi sama ada set induksi yang ada

sangkut paut dengan topik pembelajaran atau yang ada sangkut paut secara

tidak langsung. 

BERITAHU PELAJAR OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pernyataan objektif pengajaran pembelajaran. Menurut Gagne

pernyataan objektif ini merupakan satu motivasi untuk pelajar mengetahui

apakah tugasan pembelajaran yang harus dicapai. Dengan menyampaikan

objektif pembelajaran, matlamat dan objektif serta  apa yang hendak dicapai

daripada pelajar diakhir nanti akan dinyatakan .

Keadaan ini akan  menyediakan persekitaran pembelajaran yang

merangsangkan. Dengan kata lain, apa yang pelajar mesti boleh buat selepas

menjalani proses pembelajaran. Objektif mesti spesifik. Contohnya,’ murid

dapat menyebut nama haiwan setelah mendengar bunyi suara haiwan

berkenaan.’  

CUNGKIL DAN KAITKAN PENGETAHUAN SEDIA ADA PELAJAR

 Setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan yang

tertentu ke dalam bilik darjah. Ini dikenali sebagai entry point. Analisis

pengetahuan/pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru

menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.

Pengajaran pembelajaran yang bertitik mula dengan pengetahuan /

pengalaman sedia ada dapat membantu pelajar kaitkan maklumat baru dengan

maklumat yang telah dipelajari.Guru boleh mengenal pasti pengetahuan sedia

ada pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajari, mengkaji pembelajaran

unit terdahulu, sesi soal jawab.

SAMPAIKAN ISI PELAJARAN/BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penyampaian isi pelajaran juga harus terancang dan bermakna.

Pecahkan maklumat kepada isi-isi penting. Disamping itu, unsur-unsur

penggunaan audio yang  jelas dan menarik boleh membantu murid untuk

memahami sesuatu aktiviti yang dijalankan atau masalah yang dihadapi. 

Grafik dan animasi juga berkesan untuk menyampaikan maklumat

dan dapat menjelaskan pemahaman , menerangkan konsep dan fakta  murid

terhadap sesuatu topik pembelajaran.  Penggunaan audio dan video ini akan

memberikan kesan konkrit dan penegasan dalam menyampaikan maklumat.

Bimbingan pembelajaran pelajar

Untuk membantu pelajar menyimpan maklumat untuk

simpanan jangka panjang, bimbingan tambahan perlu disediakan

bersama-sama dengan penyampaian kandungan baru. Strategi

bimbingan termasuk penggunaan contoh, kajian kes, perwakilan

grafik, mnemonik, dan analogi.

Uji penguasaan pembelajaran pelajar

            Pelajar diwajibkan untuk mempraktikkan kemahiran atau

perilaku baru. Ini memberikan kesempatan bagi peserta didik untuk

mengesahkan pemahaman yang benar mereka, dan pengulangan

yang lebih banyak meningkatkan kemungkinan retensi(ingatan).

Contoh : meminta pelajar membuat latihan dan memberikan respon.

Beri maklum balasIa adalah penting untuk memberikan maklum balas yang khusus dan

langsung kepada perilaku pelajar. Maklum balas merupakan maklumat

yang diberi kepada individu tentang kesesuaian sesuatu tindakan serta

respon mereka.

Maklum balas biasa diberikan sejurus pelajar melaksanakan suatu tugas .

Maklum balas dalam proses pembelajaran berperanan bukan semata-

mata pemprosesan maklumat tetapi seharusnya mempengaruhi proses-

proses afektif & motivasi pelajar.

Maklum balas yang kerap sama ada sebagai pembetulan / insentif perlu

untuk sepanjang proses pembelajaran supaya pembelajaran akan

berkekalan. Tambahan bimbingan dan jawapan yang diberikan pada tahap

ini disebut maklum balas formatif.

TAKSIR PENCAPAIAN PELAJAR

 Setelah menyelesaikan modul pembelajaran, pelajar harus

diberi peluang untuk mengambil (atau perlu untuk mengambil) ujian

atau penilaian akhir. Penilaian ini harus diselesaikan tanpa

kemampuan untuk menerima latihan tambahan, umpan balik, atau

penggunaan. Penguasaan masteri, biasanya diberikan setelah

mencapai skor tertentu atau peratus benar. Tingkat penguasaan yang

diterima secara umum adalah 80% hingga 90% benar.

TINGKATKAN INGATAN DAN PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

• Huraikan konsep tersebut semula dalam situasi yang lain dan bantu

pelajar membuat perkaitan serta generalisasi ke atas konsep

tersebut.

• Berlatih, mempraktikkan apa yang telah diperolehnya dalam situasi

yang baru.

Soalan 2

Bagaimanakah anda memilih media yang sesuai

untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan

rendah

FAKTOR ASAS PEMILIHAN MEDIA

Objektif pembelajaran

Ciri pelajar

Kaedah pengajaran

Atribut fizikal

Praktikal

(Yusup Hashim, 1997)

(1) OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Keputusan memilih media hanya dibuat setelah domain pembelajaran, tugasan pembelajaran dan peristiwa pengajaran telah ditetapkan.

Leshin, Pollock & reigeluth (1992)

MEDIA PENGAJARAN-OBJEKTIF

Kemahira

n intelek

•Sediakan maklum balas yg tepat menunjukkan prestasi itu betul atau salah

•Ada interaksi antara pelajar dan bahan

•konsep/peraturan:gambar (organ manusia)

Maklumat lisan

•Menunjukkan kebolehan lisan. Cth: teks bercetak

•Lebih byk media boleh digunakan utk pelajari kemahiran lisan (Reiser & Gagne, 1983)

Strategi

kognitif

•Sediakan maklum balas yg tepat, betul @ salah sebaik shj selesai sesuatu prestasi. Cth: media interaktif (skor A)

Kemahira

n moto

r

•Menunjukkan prosedur atau cara dan boleh diikuti oleh pelajar

•Prosedur-->peraturan-->latihan

•Perlukan media yang benar. Cth: kereta & simulator penerbangan

sikap

•Sikap boleh diubah dan dipupuk melalui contoh-contoh yang baik

•Media yang menunjukkan contoh yang baik

•Cth: video “Boleh Buat”

• Gambar, model, video

intelek• Carta, Filem jalur, Filem, OHP, Alatan Mudah

alih, Slaid/pita, Kit latihan, Videolisan• Carta, Filem, OHP, Slaid/pita, Kit latihan,

VideoKognitif• Alatan mudah alih, Perkakasan latihan

Motor• Filem, Slaid/pita, Video

sikap

CONTOH MEDIA PENGAJARAN-OBJEKTIF

(2) CIRI-CIRI PELAJAR

• Ciri-ciri pelajar meliputi kesediaan mental, kawalan lokus, kawalan pelajar, gaya pembelajaran, motivasi, kefahaman pembacaan dan umur

• Kajian berkaitan hubungan antara gaya pembelajaran dengan jenis bahan yang sesuai masih belum jelas (Gagne’, Briggs & Wager, 1988)

Yusup Hashim (1997)

Ciri kefahaman

bacaan

Ciri umur

CIRI-CIRI PELAJAR

(i) CIRI KEFAHAMAN BACAAN

(Bretz, 1971)• Lemah bacaan- jgn gunakan

media cetak• Gunakan bahan audio• Cara tutur lebih berfaedah

kerana pelajar yg lemah boleh sekurang-kurangnya boleh faham

(Gagne’, Briggs & Wager, 1988)

• Pelajar lemah kefahaman pembacaan berkemugkinan tidak boleh belajar dgn baik menggunakan cara tutur

• Alternatif: (i)gunakan perkataan mudah dan ayat-ayat pendek (ii) gunakan banyak gambar dan gambar rajah

(ii) CIRI UMUR

• Umur pelajar menjadi faktor penting dalam pemilihan media dengan andaian bahawa kebolehan membaca adalah sama (Briggs & Wager, 1981; Gagne’ & Briggs, 1978; Tosti & Ball, 1976)

Simbol lisan

Simbol visual

Radio/audio

Gambar kaku

Gambar gerak

Tv pendidikan

Bahan pameran

Lawatan

Tunjuk cara

Pengalaman drama

Pengalaman tiruan

Pengalaman sebenar

Kon pengalaman pembelajaran Dale (1969)

Kanak-kanak

Dewasa

• Peringkat pertama (kanak-kanak)-manipulasi bahan yang sebenar

• Pengalaman belajar melalui deria lihat, rasa dan perlakuan

• Peringkat 12 (dewasa)-simbol berbahasa• Menggunakan media tutur atau membaca

bahan cetak

• Pembelajaran kognitif-pilihlah media yang serendah mungkin asalkan media dapat membantu pembelajaran ( Briggs & Wager, 1981)

• Slow but sure: pembelajaran yang perlahan tetapi objektif dapat dicapai dgn sempurna

• Aplikasi kepada pelajar yang kurang atau tidak mempunyai pengalaman sedia ada

• Fast but risky: pendekatan pembelajaran yang cepat dan murah tetapi berisiko

• Pelajar mudah keliru dengan simbol yang digunakan

• Untuk membentuk sikap, Wager (1975) mencadangkan supaya pertalian kon media-umur Dale secara terbalik

• Kanak-kanak- mudah dibentuk jika mendengar nasihat (simbol berbahasa/lisan)

• dewasa- pembentukan sikap melalui model sebenar atau model dlm televisyen

Simbol lisan

Simbol visual

Radio/audio

Gambar kaku

Gambar gerak

Tv pendidikan

Bahan pameran

Lawatan

Tunjuk cara

Kanak-kanak

Dewasa pengalaman sebenar

pengalaman tiruan

pengalaman drama

(3)KAEDAH PENGAJARAN

• Elemen-elemen dalam situasi/ kaedah pengajaran yang mempengaruhi keputusan memilih media ialah lokasi pengajaran, jenis kumpulan serta bilangan pelajar dlm sesuatu kumpulan yang dikenal pasti (Reiser dan Gagne’ 1983)

• Elton (1977), membahagikan kaedah pengajaran kepada 3 jenis:

KAEDAH

Pengajaran beramai-ramai

Pembelajaran berkumpulanPengajaran kendiri

Pengajaran Beramai-ramai

• Pengajaran bagi kumpulan besar• Cth kaedah : kuliah, ekspositori, filem dll• Cth media : transparensi overhead, slideshow, audio, gambar

animasi• Tidak sesuai menggunakan media cetak – adalah terlalu kecil

utk dilihat dan dibaca oleh kumpulan besar kecuali diedarkan oleh setiap pelajar.

Pengajaran Kumpulan

• cth kaedah : tutorial, perbincangan, latihan berkumpulan, permainan, simulasi

• Cth media : buku teks, gambar, nota edaran, modul, relalia, bahan 3D, flash card dll

Romizowski (1986) menegaskan bahawa tiada gunanya menggunakan media satu hala seperti

televisyen/ rakaman audio, jika kaedah yang akan digunakan ialah perbincangan kumpulan dan

bertukar pengalaman.

Pengajaran Individu

• Cth kaedah : PJJ, pembelajaran berpandukan komputer• Bretz mencadangkan - lebih sesuai menggunakan media cetak

(bukan cara bertutur) kerana pelajar blh urus dan tentukan masa belajar mengikut kecepatan kendiri

• Bretz menyarankan - menggunakan maklum balas (betul/salah) untuk pelajar mengetahui jawapan yg sebenar

(4)ATRIBUT FIZIKAL

• Ciri fizikal yang terdapat dalam media yang boleh membantu proses P&P (levie dan Dickie, 1937; Solamon 1979)

• Terdapat 6 ciri fizikal bagi MP:

Visual Pergerakan Perkataan bercetak

Bunyi dan suara Warna Realia/ bhn

sebenar

Visual

• Cth : slaid, transparensi, gambar foto• Sesuai di dalam pengajaran konsep konkrit – (bentuk

dan objek) dan hubungan ruang ( lokasi dan jarak)

Pergerakan

• Media yang menunjukkan pergerakan• Cth : video, animasi • Sesuai di dalam pengajaran kemahiran motor

– pembelajaran peraturan atau prosedur

Perkataan Bercetak

• Dalam bentuk teks cetak• Cth : modul pengajaran, buku teks, buku kerja,

akhbar, majalah dll• Kos lebih murah

Bunyi Dan Suara

• Mesej audio• Cth media : video, audio• Boleh bergabung dengan pengajaran visual atau

pergerakan untuk memberi kesan khusus

Warna

• Ciri penting untuk menyampaikan sesuatu mesej• Membantu mengukuhkan konsep pengajaran

• Membantu meningkatkan motivasi dan minat murid• Melambangkan mood sesuatu pengajaran dan

pembelajaran

Walaupun kajian media menunjukkan bahawa warna tidak memberi kesan dalam pembelajaran, ia masih merupakan ciri yang penting untuk menyampaikan

sesuatu mesej tertentu (Schramm, 1977 ; Dwyer,1978)

Realia / Bhn Sebenar

• Digunakan untuk menguasai kemahiran motor atau prosedur yg kompleks

• Cth : mock-up (cth : dummy telefon bimbit)• Sesuai untuk pengajaran yg melibatkan kumpulan kecil atau

pengajaran individu (kemp, 1989 ; Briggs dan Wager, 1981)• Jika praktikal, bahan realia yang belum pernah dilihat oleh

pelajar boleh digunakan untuk mengajar kemahiran kognitif (Anderson, 1976; Romizowski, 1977)

(5) PRAKTIKAL

PRAKTIKAL

kewibawaan bahan

Kesesuaian bahan

Aspek teknikal

Ciri praktikal

Praktikal Kewibawaan bahan• Bahan yang tepat hasil kajian

yg sah• Bahan yg mutakhir• Terdapat status penerbit,

pengarang & kelulusan• Bebas dari segi diskriminasi

Kesuaian bahan• Sesuai dgn kurikulum sekolah• Sesuai dgn kaedah & strategi

pengajaran• Dapat menarik minat pelajar• Sesuai dgn peringkat umur,

nilai & kebudayaan pengguna• Dapat meningkatkan proses

pengajaran & pembelajaran

Praktikal Aspek teknikal• Kualiti audio, visual, warna &

fotografi• Kualiti kertas, jilid &

penghurufan

Ciri praktikal• Efektif dari segi kos, masa &

tenaga• Mudah disimpan &

diselenggara• Mudah diperoleh• Persetujuan jawatankuasa

pusat sumber pendidikan (guru panitia)

SOALAN 3 :

Huraikan prosedur mengaplikasikanModel ASSURE dalam merancang,

Memilih dan menilai media pengajaran

A

•Analyse Learners

•(Analisis Pelajar)

S

•State Objectives

•(Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran)

S

•Select Methods, Media and Materials

•(Pilih Kaedah, Media dan Bahan Sumber)

U

•Utilize Media and Materials

•(Gunakan Media dan Bahan Sumber)

R

•Require Learner Participation

•(Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran)

E

•Evaluate and Revise

•(Nilai dan Semak semula)

Pelajar dapat dianalisis

berdasarkan aspek-aspek ;

General Characteristi

c (Ciri-ciri umum

pelajar)

Specific Entry Competencie

s (Pengetahuan/pengalaman sedia ada)

Learning Styles

(Gaya belajar)

1) Analyse Learners(Analisis Pelajar)

• Tiga perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar:Ciri-ciri umum

Merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi dan sebagainya.

Guru menjadikan ciri2 ini sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan.

Ciri2 ini diketahui oleh guru melalui penelitian rekod pelajar serta berinteraksi dengan pelajar secara langsung.

Kompetensi khusus peringkat masuk(Entry point)

Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.

Maklumat ini diperoleh daripada ujian kemasukan dan interaksi bersama pelajar.

Stail pembelajaran

Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran.

Membantu guru merancang pengajaran-pembelajaran yang efektif

2) State Objectives(Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran)

Sebagai hala tuju pengajaran-pembelajaranDinyatakan secara jelas, khusus, spesifik, eksplisit.Tujuan:– Bantu guru pilih media dan kaedah

penyampaian yang sesuai.– Guru dapat tentukan langkah aktiviti p&p.– Guru dapat sediakan persekiran pembelajaran

yang merangsangkan.– Membantu guru membuat penilaian terhadap

pencapaian pembelajaran.

• Kriteria pernyataan objektif yang baik:

Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?Apakah yang hendak capai (apakah bentuk perlakuan baharu)?Bagaimanakah hendak dicapai (apakah syarat perlakuan)?Apakah tahap pencapaian minimum (standard pencapaian yang dianggap sudah dikuasai)?

3) Select Methods, Media and Materials(Pilih Kaedah, Media dan Bahan Sumber)

• Terdapat 3 langkah dalam pemilihan kaedah, media dan sumber :

Memilih kaedah

Memilih media

Mereka bentuk media

MEMILIH KAEDAH

• Pemilihan kaedah adalah berteraskan aspek :ObjektifKandungan pelajaranKumpulan sasaran/pelajar

Contoh: set Induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru.

Pemilihan Format Media

Bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkanBentuk

audiens (kumpulan

pelajar: kelas/kumpulan/indivi

du)

Keupayaan pelajar

Domain objektif

Bentuk maklum

balas yang akan dihasilkan

MEMILIH MEDIA

Pemilihan media berasaskan kriteria yang tertentu:

Sepadan dengan kurikulumMaklumat tepat dan terkiniBahasa yang jelas dan tepatMenarik minat dan mencetuskan motivasi pelajarMenggalakkan penglibatan pelajarMempunyai teknikal kualiti yang baikTerdapat bukti keberkesanannyaBebas daripada biasMempunyai buku panduan yang lengkap.

Pemilihan Bahan Sumber

Bahan Sumber

P&P

Isi pelajaran

yang menjadi

fokus pembelaja

ran

Cth: petikan, artikel,te

ks

Mereka bentuk bahan

sumber baharu

Mengubah suai

bahan sumber sedia ada

Memilih

bahan sumber sedia ada

MEREKA BENTUK MEDIA/BAHAN SUMBER

4) Utilize Media and Materials(Gunakan Media dan Bahan Sumber)

5) Require Learner Participation(Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran)

• Aktiviti berpusatkan pelajar berasaskan bahan dapat memotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku pelajar

• Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti:

– Membuat latihan– Perbincangan– Latih tubi– Kuiz– Projek dan sebagainya

6) Evaluate and Revise(Nilai dan Semak semula)

Penilaian

Penilaian pembelajaran

Penilaian formal

ujian

Penilaian

informalHasil kerja pelaja

r, pemerhatia

n, soal

jawab

Penilaian pengajaran

Nilai dan semak semula

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

Penilaian melibatkan aspek:- Menilai pencapaian pelajar- Pembelajaran yang dihasilkan- Menilai media dan kaedah- Kualiti Media- Penggunaan guru- Penggunaan murid

Menilai Kaedah dan Media

• Kualiti media seringkali dilihat dari sudut sumbangannya terhadap pembelajaran. Terdapat ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam aspek ini, seperti berikut :– Adakah media berkesan?– Bolehkah ia dipertingkatkan?– Adakah ia berguna?– Adakah media membantu pelajar mencapai objektif?– Adakah ia mencetuskan minat pelajar?– Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bererti?

• Terdapat senarai lain yang elok dijadikan panduan ketika menilai media:– Amat kreatif dan berkaitan dgn isu yg menarik

minat pelajar– Memperkembang kemahiran berfikir– Menyampai kandungan secara mendalam– Meransang naluri ingin tahu pelajar– Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif– Memboleh penerokaan isu secara mendalam– Menghubungkait bidang pelajaran– Meningkat nilai murni

• Selain daripada menggunakan soal selidik dan senarai semak, penilaian terhadap media dan kaedah juga boleh dilakukan melalui:– Perbicangan dengan kelas– Temubual dengan setiap individu– Pemerhatian

BIBLIOGRAFI

• Noriati A. Rashid et al. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

• Yusup Hashim. (1997). Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.