tajuk 3

17
MOTIVASI DAN SUKAN PJM3117 Psikososial Sukan Tajuk 3 MOTIVASI DAN SUKAN Sinopsis Tajuk Motivasi dan Sukan ini menerangkan lima tajuk kecil iaitu definisi/ komponen motivasi, model motivasi, panduan membina motivasi, teori motivasi pencapaian, pembentukan motivasi pencapaian/kegigihan bertanding dan penggunaan motivasi pencapaian/kegigihan bertanding dalam latihan. Tajuk ini juga dibekalkan dengan soalan perbincangan, latihan , tutorial dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan definisi dan komponen motivasi 2. Memahami tiga model motivasi 3. Menyatakan lima panduan untuk membina motivasi kepentingan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding 4. Mengenali teori motivasi pencapaian 5. Menjelaskan pembentukan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding 6. Menerangkan penggunaan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding dalam latihan Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini 23

Upload: kong-beeling

Post on 05-Feb-2016

23 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

psikososial

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 3

MOTIVASI DAN SUKAN

PJM3117 Psikososial Sukan

Tajuk 3 MOTIVASI DAN SUKAN

Sinopsis

Tajuk Motivasi dan Sukan ini menerangkan lima tajuk kecil iaitu definisi/

komponen motivasi, model motivasi, panduan membina motivasi, teori motivasi

pencapaian, pembentukan motivasi pencapaian/kegigihan bertanding dan

penggunaan motivasi pencapaian/kegigihan bertanding dalam latihan. Tajuk ini

juga dibekalkan dengan soalan perbincangan, latihan , tutorial dan senarai bahan

rujukan.

Hasil Pembelajaran

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan definisi dan komponen motivasi

2. Memahami tiga model motivasi

3. Menyatakan lima panduan untuk membina motivasi kepentingan motivasi

pencapaian dan kegigihan bertanding

4. Mengenali teori motivasi pencapaian

5. Menjelaskan pembentukan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding

6. Menerangkan penggunaan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding

dalam latihan

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

23

Lima Panduan Untuk Membina Motivasi Kepentingan Motivasi Pencapaian dan Kegigihan Bertanding

Definisi dan Komponen Motivasi

Tiga Model Motivasi

Penggunaan Motivasi Pencapaian dan Kegigihan Bertanding Dalam Latihan

Teori Motivasi Pencapaian

Pembentukan Motivasi pencapaian dan Kegigihan Bertanding

Page 2: Tajuk 3

PJM3117 Psikososial Sukan

Kandungan

3.0 Pengenalan

Motivasi adalah salah satu daripada aspek yang penting dalam sukan. Ia akan

mempengaruhi penglibatan atlet dalam aktiviti sukan, latihan, pertandingan dan

sebagainya. Ia juga mungkin mempengaruhi minat dan kepuasaan seseorang

atlit terhadap sukan yang diceburinya. Oleh itu, tajuk motivasi perlulah dikaji

dengan terperinci.

3.1 Definisi dan Komponen Motivasi

Motivasi ialah sumber atau alat yang menggalakkan seseorang untuk mencapai

matlamat dan seterusnya berusaha untuk mencapai matlamat tersebut (Cox,

1994). Motivasi juga boleh didefinisikan sebagai kekuatan dalaman yang

menggerakkan dan membawa kepada tingkah laku ( Vincent dan Mohd. Sofian

dalam Mohd. sofian, 2002). Motivasi juga merujuk kepada arah dan intensiti

usaha seseorang individu (Sage, 1977 dalam Shaharudin, 2001).

Bagi seseorang jurulatih, motivasi bererti usaha untuk memotivasikan atletnya

supaya dapat melakukan sesuatu tugasan dengan baik dan sempurna.

Manakala motivasi bagi seseorang atlet pula ialah berusaha untuk

persembahan terbaik. Seseorang atlet yang bermotivasi untuk meningkatkan

prestasinya akan turun ke padang untuk membuat latihan tanpa diarahkan oleh

orang lain kerana motivasinya untuk merealisasikan matlamat adalah tinggi.

Motivasi boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu motivasi intrinsik

(dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran).

(a) Motivasi Intrinsik

Menurut Singer (1984), motivasi instrinsik ialah motivasi yang timbul dari

dalam hati seseorang itu sendiri. Motivasi ini timbul daripada keinginan

dirinya sendiri untuk mencapai matlamat-matlamat seperti kesedaran

tentang potensi dirinya, kejayaan, kepuasan dan keseronokan. Lazimnya,

24

Page 3: Tajuk 3

PJM3117 Psikososial Sukan

seseorang atlet yang bermotivasi intrinsik akan terus terlibat dalam sesuatu

aktiviti. Ia lahir dalam diri seseorang atlet disebabkan oleh faktor-faktor

dalaman dan minatnya tanpa dipaksa orang lain.

Atlet yang mempunyai motivasi intrinsik akan mengikuti latihan peningkatan

kemampuan atau pertandingan bukan kerana dorongan dari luar seperti

hadiah, pujian, penghargaan dan publisiti, melainkan kerana kepuasaan

dalam dirinya. Tambahan lagi, atlet yang mempunyai motivasi intrinsik

biasanya tekun, bekerja keras, teratur dan berdisiplin dalam menjalani

latihan serta tidak bergantung kepada orang lain.

(b) Motivasi Ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik ialah motivasi yang dirangsang oleh elemen luar seperti

ganjaran untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan.

Ganjaran itu adalah dalam pelbagai bentuk seperti hadiah, hukuman,

ugutan, penghargaan dan pengiktirafan (Mohd. Sofian, 2002). Motivasi ini

hanya akan kekal seketika kerana atlet akan berusaha bersungguh-

sungguh apabila ganjaran disediakan. Ganjaran kebendaan lebih cepat

hilang jika dibandingkan dengan ganjaran kepuasan atau motivasi dalaman.

Motivasi berbentuk hukuman digunakan oleh jurulatih sukan sebagai

dorongan atau rangsangan untuk mencapai sesuatu kejayaan. Keadaan ini

tidak begitu baik kerana pemain lain akan turut berada dalam keadaan

tertekan dan ketakutan malahan tidak menyeronokkan. Hukuman boleh

meningkatkan motivasi atlet untuk memperbaiki diri dan prestasinya.

Namun, hukuman dan dendaan yang keterlaluan akan menjejaskan dan

mendatangkan kesan negatif untuk jangka masa panjang.

25

Page 4: Tajuk 3

PJM3117 Psikososial Sukan

3.2 Tiga Model Motivasi

(a) Model Motivasi Keperluan-tujuan

Model motivasi keperluan-tujuan dimulai dengan perasaan keperluan

individu. Keperluan ini kemudian ditransformasikan menjadi perilaku

yang diarahkan untuk mendukung pelaksanaan perilaku tujuan. Tujuan

dari perilaku adalah untuk mengurangkan keperluan yang dirasakan.

Secara teori, perilaku mendukung tujuan dan perilaku tujuan

berkelanjutan sampai keperluan yang dirasakan telah berkurangan

atau dipenuhi.

(b) Model Ekspektasi Motivasi Vroom

Sebenarnya, proses motivasi adalah lebih rumit daripada yang

digambarkan oleh model motivasi keperluan-tujuan. Model Ekspektasi

Motivasi Vroom mengatasi beberapa kerumitan tambahan. Sama

seperti model keperluan-tujuan, Model Ekspektasi Motivasi Vroom

adalah berdasarkan pada premis bahawa keperluan yang dirasakan

menyebabkan perilaku kemanusiaan. Akan tetapi, model ini telah

menangani isu kekuatan motivasi. Kekuatan motivasi adalah

peningkatan keinginan individu untuk menjalankan sesuatu perilaku.

Ketika keinginan meningkat atau menurun, kekuatan motivasi

dikatakan berfluktuasi.

(c) Model Motivasi Porter-Lawler

Porter dan Lawler telah mengembangkan suatu model motivasi yang

menggambarkan huraian proses motivasi yang lebih lengkap

dibandingkan model motivasi keperluan-tujuan atau Model Ekspektasi

Motivasi Vroom. Model Motivasi Porter-Lawler ini konsisten dengan dua

model sebelumnya di mana model ini menerima premis bahawa

keperluan yang dirasakan akan menyebabkan perilaku kemanusiaan

dan usaha yang dilakukan untuk mencapai suatu tugas ditentukan oleh

nilai balas jasa yang dirasakan.

26

Page 5: Tajuk 3

PJM3117 Psikososial Sukan

3.3 Lima Panduan Untuk Membina Motivasi Kepentingan Motivasi

Pencapaian dan Kegigihan Bertanding

Untuk mengatasi masalah dalam sukan, seseorang yang telah hilang minat

dalam sukan mestilah digalakkan supaya aktif semula, terus berusaha dan

mencapai kepuasan daripadanya. Sumber yang penting ialah motivasi. Garis

panduan bagi memotivasikan atlet supaya mempertingkatkan persembahannya

yang dicadangkan Vincent dan Mohd. Sofian (dalam Mohd. Sofian, 2002)

adalah seperti berikut:

(a) Sifat Motivasi dalam Dua Keadaan

Penyertaan yang kurang bermotivasi biasanya berpunca daripada

gabungan faktor peribadi dan situasi. Faktor peribadi boleh

menyebabkan seseorang atlet kurang bermotivasi tetapi situasi atlet

perlu turut diambil kira. Selalunya, adalah lebih mudah bagi seseorang

jurulatih itu menukarkan keadaan daripada mengubah personaliti

atletnya. Jurulatih seharusnya tidak hanya menfokuskan perhatian

kepada sifat peribadi atau situasi sahaja tetapi pertimbangkan interaksi

antara kedua-duanya.

(b) Memahami Dan Mengenali Tujuan Penglibatan Atlet

Jurulatih perlu memahami dan mengenali motivasi atau tujuan

seseorang melibatkan diri dalam sukan. Gould dan Petlichkoff (1988)

menunjukkan tujuan penyertaan atlet dalam sukan ialah memperbaiki

kemahiran, mendapatkan keseronokan, mendampingi kawan-kawan,

inginkan pengalaman, mendapat kejayaan dan memperbaiki kesihatan.

Untuk membina motivasi dalam diri atlet, jurulatih haruslah:

(i) mengkaji setiap individu tentang apa yang mereka suka dan tidak

suka mengenai sesuatu aktiviti. Dengan cara ini, jurulatih dapat

menyelaraskan kegemaran mereka dalam latihan untuk

mempertingkatkan motivasi mereka.

(ii) mengetahui serba sedikit maklumat tentang individu yang terlibat.

Jurulatih akan lebih memahami individu tersebut dan boleh

27

Page 6: Tajuk 3

PJM3117 Psikososial Sukan

menerapkan teknik-teknik motivasi yang sesuai dengan peribadinya.

(iii) meminta setiap peserta menulis sebab mereka terlibat dalam sukan

atau latihan. Sebab-sebab ini boleh dijadikan panduan dalam

perancangan sesuatu latihan.

(c) Perubahan Persekitaran Mengubah Motivasi

Kita perlu menggunakan pengalaman peserta atau pemain untuk

menyediakan satu persekitaran yang sesuai untuk bersukan

bersesuaian dengan kehendak mereka. Misalnya, seorang pengurus

taman sesuatu daerah mengetahui bahawa setengah atlet dewasa

lebih berminat kepada pertandingan dan setengah lagi tidak. Oleh itu,

pengurus taman itu harus menjadikan permainan sofbol bukan sahaja

sebagai pertandingan tetapi juga sebagai rekreasi. Perubahan ini akan

menambah jumlah peserta dengan memberi apa yang dikehendaki

mereka. Oleh itu, seseorang jurulatih hendaklah merangka keadaan

untuk merealisasikan motivasi bermaksud merangka keadaan dengan

mengkaji pelbagai kehendak.

(d) Pengaruh Motivasi Seorang Jurulatih

Seseorang jurulatih mempunyai peranan yang kritikal untuk

mempengaruhi motivasi atlet. Contohnya, seorang jurulatih yang

cergas dan periang akan memberikan pertimbangan yang teguh dan

waras. Dalam beberapa tahun atlet akan mengenali sikap seseorang

jurulatih itu secara lebih mendalam. Walau bagaimana pun, jurulatih

mungkin akan mengalami hari yang kurang baik dan bersikap kurang

ceria dan seterusnya boleh mempengaruhi altet menyebabkan mereka

tidak puas hati atau keciwa. Tingkah laku jurulatih pada hari-hari

tersebut akan mempengaruhi suasana motivasi atlet. Sebagai seorang

yang profesional, jurulatih seharusnya bertungkus-lumus mengatasi

hari-hari yang kurang baik tersebut.

(e) Penggunaan Perubahan Tingkah Laku untuk Mengubah Motif Atlet

yang Tidak Disenangi

Atlet-atlet adalah manusia biasa yang melibatkan diri dalam sukan

28

Page 7: Tajuk 3

PJM3117 Psikososial Sukan

dengan motif yang berlainan. Jurulatih perlu cuba mengubah motif atlet

yang tidak disenangi. Sebagai contoh, seorang pemain bola sepak

telah mencederakan pemain utama pasukan lawan demi kemenangan.

Jurulatih harus menggunakan teknik perubahan sikap untuk mengubah

motif yang tidak diingini iaitu, jurulatih harus menekankan sikap

permainan bersih, menegur pemain yang agresif sambil

membincangkan kelakuan yang sepatutnya bersama atlet. Dengan ini,

perubahan sikap dapat mengubah motivasi seseorang atlet.

3.4 Teori Motivasi Pencapaian

Motivasi pencapaian bermaksud kecederungan seseorang atlet sama ada

mendekati atau mengelakkan diri dari situasi yang kompetitif atau berasaskan

pencapaian (Shaharudin, 2002). Seseorang individu menyertai sukan

bergantung kepada dua motif utama iaitu motif intrinsik dan motif ekstrinsik.

Motif intrinsik adalah secara dalamam seperti keinginan memperbaiki

pencapaian sendiri, meningkatkan tahap kesihatan dan keseronokan. Motif

ekstrinsik adalah secara luaran seperti keinginan mendapatkan ganjaran,

penghormatan atau lain-lain perkara yang bersifat kebendaan. Antara teori

yang mengupas pendekatan motivasi pencapaian ini adalah model motivasi

pencapaian McClelland dan Atkinson. Menurut model ini, motivasi itu terbentuk

berdasarkan motif untuk mencapai kejayaan dan takut kepada kegagalan.

Keinginan seseorang atlet melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti bergantung

kepada motif untuk mencapai kejayaan atau takut kepada kegagalan.

sekiranya atlet tersebut yakin akan berjaya, maka dia akan melibatkan diri.

Sebaliknya, sekiranya dia merasa tidak yakin, dia tidak akan menyertai aktiviti

berkenaan. Dengan kata lain, penyertaan seseorang atlet dalam sebarang

aktiviti boleh dilihat berdasarkan formula berikut:

29

Page 8: Tajuk 3

PJM3117 Psikososial Sukan

Situasi berikut menerangkan penggunaan model ini. Lim ialah seorang wakil

sekolah yang handal dalam bola keranjang. Dia ditukarkan ke sekolah baru

kerana pemindahan rumah. Di suasana baru itu, dia mencuba nasib untuk

mewakili pasukan bola keranjang sekolah. Walau bagaimana pun, dia

memerhatikan ramai calon lain lebih tinggi dan lebih handal daripadanya.

Sekiranya dia masih memegang pada persepsi asalnya, dia tidak akan

mencuba nasibnya ( takut kepada kegagalan). Sebaliknya, sekiranya dia

merasakan dirinya mempunyai kebolehan yang setara dengan calon-calon lain,

maka dia akan memilih untuk menyertai ujian pemilihan tersebut (motif untuk

mencapai kejayaan).

Elemen motivasi ekstrinsik membantu menjelaskan mengapa seseorang

individu terus menyertai sesuatu aktiviti walaupun motif untuk mencapai

kejayaan individu tersebut rendah. Ini mungkin disebabkan oleh pengaruh

motivasi ekstrinsik seperti ganjaran wang, piala, pujian atau anugerah. Dengan

elemen luaran ini, Atkinson mengakui bahawa terdapat kesan pengaruh luaran

dalam motivasi individu.

3.5 Pembentukan Motivasi Pencapaian dan Kegigihan Bertanding

Atlet yang bermotivasi dalaman akan sentiasa mengekalkan penglibatannya

dalam aktiviti fizikal atau sukan. Namun, seseorang jurulatih perlu membentuk

lagi motivasi atletnya dengan pelbagai strategi.

(a) Mewujudkan Pengalaman Kejayaan

Kejayaan atlet boleh dipastikan dengan menstrukturkan aktiviti di setiap

peringkat latihan. Misalnya, dalam latihan jaringan, saiz gol boleh

dibesarkan atau dikecilkan mengikut kebolehan atlet sehingga dia

mencapai kejayaan. Dengan bertambahnya kejayaan dalam

penguasaan kemahiran dan persembahan dalam latihan, atlet akan

ditingkatkan keyakinan kejayaan dalam sesuatu pertandingan.

Pengalaman kejayaan itu dapat menguatkan lagi keinginan bersaing.

30

Motivasi Pencapaian = Motivasi Intrinsik – Kebimbangan Kognitif Seketika

Page 9: Tajuk 3

PJM3117 Psikososial Sukan

(b) Meningkatkan Keyakinan Diri Atlet

Keyakinan diri penting untuk persembahan yang baik dan perlu dibina.

Aktiviti yang boleh meningkatkan keyakinan diri atlet adalah memberi

maklum balas positif kepada atlet terhadap perlakuan yag betul dan

tepat, berfikiran positif, berlatih dengan pemain yang berkebolehan dan

sebagainya.

(c) Latihan Berperingkat

Proses latihan berperingkat akan membina keyakinan diri atlet dengan

menilai keupayaan kendiri. Atlet akan berlatih menguasai kemahiran

dengan latih tubi. Setelah kemahiran dikuasai, atlet itu boleh menilai

diri sendiri berbanding dengan orang lain untuk memperbaiki

kelemahan. Proses terakhir ialah atlet telah dapat mengintegrasikan

penguasaan kemahiran dan telah bersedia untuk membuat

perbandingan dengan orang lain.

(d) Pelbagaian Kandungan Latihan

Perasaan bosan ialah musuh utama bagi setiap pemain yang terlibat

dalam sebarang kegiatan sukan. Perasaan kurang seronok merupakan

sebab asas seseorang atlet keluar daripada kegiatan sukan ( Sofian,

2002). Oleh itu, jurulatih haruslah merancang program latihan yang

mempunyai kandungan dan turutan latih tubi yang dapat dipelbagaikan

bagi setiap sesi latihan. Sesi latihan boleh menjadi menarik dan

menyeronokkan dengan pengisian peluang-peluang untuk belajar,

menunjukkan kemahiran baru dan melibatkan diri dalam simulasi

pertandingan.

(e) Penetapan Matlamat Diri yang Realistik

Seseorang atlet perlu mempunyai matlamat kendiri untuk meningkatkan

motivasi dalaman. Matlamat-matlamat ini tidak semestinya hasil

pencapaian prestasi tetapi ia boleh dalam bentuk peningkatan prestasi

kendiri atau kawalan emosi kendiri. Atlet juga perlu menetapkan

objektif khusus yang boleh diukur. Misalnya, dalam latihan jaringan,

31

Page 10: Tajuk 3

PJM3117 Psikososial Sukan

atlet boleh menetapkan bilangan gol yang perlu dijaringkan dalam

setiap sesi latihan.

(f) Penglibatkan Pemain Dalam Membuat Keputusan

Jurulatih harus memberi atlet-atletnya tanggungjawab untuk membuat

sesuatu keputusan dan peraturan. Dengan ini, kawalan persepsi akan

ditingkatan dan pencapaian peribadi dapat dirasai. Misalnya, pemain-

pemain diberi peluang merancang atau membuat perubahan terhadap

aktiviti-aktiviti latih tubi.

(g) Latihan Simulasi

Latihan simulasi dijalankan dalam keadaan yang hampir sama dengan

pertandingan sebenarnya. Atlet akan dapat membiasakan diri dengan

pertandingan sebenar yang akan dihadapinya. Kelemahan penguasaan

kemahiran dan strategi dapat dikesan dan dibaiki dalam latihan

simulasi. Atlet akan bersedia untuk menghadapi pertandingan dengan

penuh keyakinan.

3.6 Penggunaan Motivasi Pencapaian dan Kegigihan Bertanding dalam

Latihan

Seseorang jurulatih yang baik dan berkesan akan cuba meningkatkan dan

mengekalkan motivasi atletnya. Motivasi intrinsik harus dipupuk dan

dikembangkan dalam diri setiap atlet. Peranan jurulatih adalah berusaha

memastikan atlet mereka memilih motivasi intrinsik. Sebaliknya, atlet yang

mempunyai motivasi ekstrinsik biasanya bermain untuk ganjaran yang berupa

kebendaan, penghargaan dan publisiti. Ganjaran kebendaan akan hilang lebih

cepat jika dibanding dengan ganjaran kepuasan atau motivasi intrinsik.

32

Tutorial

Anda dan rakan praktikum diminta menyediakan satu pasukan hoki untuk mewakili sekolah ke pertandingan MSSD. Secara berpasangan, huraikan bagaimana anda akan membentuk motivasi pemain-pemain anda.

Page 11: Tajuk 3

PJM3117 Psikososial Sukan

Tahap motivasi intrinsik meningkat bila atlet merasakan dia telah mempamerkan

prestasi yang baik berbanding dengan mereka yang mempunyai persepsi

kejayaan yang rendah. Menang atau kalah adalah tidak penting dalam penentuan

motivasi intrinsik. Apa yang perlu dilakukan oleh jurulatih atau guru ialah

memberikan maklum balas yang subjektif terhadap perlakuan yang baik walau

pun objektifnya tidak tercapai. Justeru itu, jurulatih harus menstruktur dan

menggunakan ganjaran (dan strategi-strategi lain) untuk meningkatkan persepsi

kejayaan melalui motivasi intrinsik atlet mereka.

Kesimpulan

Tajuk ini telah merangkumi beberapa aspek motivasi pencapaian dan kegigihan

bertanding. Pengetahuan motivasi dalam latihan ini akan membantu jurulatih,

guru dan pihak-pihak lain yang berkaitan untuk meningkatkan motivasi atlet

mereka. Dan diharapkan atlet-atlet ini akan mengekalkan motivasi mereka dalam

latihan dan pertandingan.

TUGASAN TERARAH

Sebagai seorang jurulatih bola baling pasukan sekolah, anda perhatikan bahawa pemain-

pemain anda selalu menunjukkan sifat-sifat berikut:

Lewat ke latihan

Kurang berdisiplin

Melatih dengan sambil lewa

Meminta berhenti daripada penyertaan

Anda diperlukan menganalisis keadaan di atas dalam konteks motivasi berdasarkan

maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia. (Analisis ini perlu

disertakan ’graphic organiser’.) Kemudian, anda diperlukan mencadangkan tindakan-

tindakan untuk menyelesaikan masalah di atas.

33

Page 12: Tajuk 3

PJM3117 Psikososial Sukan

PORTFOLIO

Tugasan di atas perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah

dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

Laman Web

http://www.ausport.gov.au/sportscoachmag/psychology2/understanding motivation to enhance the quality of coaching

http://www.psychologytoday.com/blog/the-power-prime/200910/sports-what-motivates-athletes

http://www.humankinetics.com/excerpts/excerpts/understand-motivation-for-sport-participation

http://www.pponline.co.uk/encyc/motivation-in-sports-psychology-35892

34

Rujukan

Cox,R.H.(2012). Sports psychology concepts and application. New York: McGraw- Hill.

Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2002). Pendekatan psikologi dalam menangani masalah atlit. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2002). Psikologi sukan: Konsep dalam latihan dan pengajaran sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Singer, R.N. (1984). Sustaining motivation in sport. Thallahasee, FL: Sport Consultants International, Inc.

Weinberg, R.S. dan Gould,D. (1999). Foundation of sport and exercise psychology.Champaign, IL: Human Kinetics.