kod etika dan nilai murni

78
KOD ETIKA dan NILAI MURNI PEMIMPIN (PENJAWAT AWAM) CEMERLANG

Upload: smklangkap

Post on 15-Sep-2015

395 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

KOD ETIKA dan NILAI MURNI

TRANSCRIPT

  • KOD ETIKA dan NILAI MURNIPEMIMPIN(PENJAWAT AWAM)CEMERLANG

  • PENDAHULUANKod Etika ini adalah merupakan panduan asas bagi setiap penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mancapai wawasan, misi dan objektif organisasi sejajar dengan matlamat perkhidmatan dan negara.

    Teras kepada Kod Etika ini adalah Rukun Negara, Etika Perkhidmatan Awam Malaysia dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta peraturan-peraturan pentabiran lain yang berkuatkuasa.

    Ia diperkukuhkan dengan nilai-nilai murni sejagat yang terdiri daripada enam teras iaitu benar, amanah, bijaksana, telus, bersyukur dan adil serta nilai-nilai kembangan iaitu bertanggungjawab, berdedikasi, berdisplin, bekerjasama, bersih, berbudi mulia, ikhlas, tekun, sederhana, dan sabar.

  • Bagi memudahkan penjawat awam memahami, menghayatai dan seterusnya mengamalkan nilai-nilai ini, setiap nilai teras diberi contoh-contoh tata kelakuan yang sepatutnya diamalkan dan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.

    Bagi nilai-nilai kembangan, huraian ringkas disediakan sebagai panduan dan ia juga tersirat dalam huraian bagi setiap nilai teras.

    Kod Etika ini juga merangkumkan standard prestasi yang ditetapkan oleh Perkhidmatan Awam memandangkan ia merupakan asas kepada penilaian prestasi setiap penjawat awam.

    Penghayatan dan pematuhan kepada Kod Etika ini dan pelaksanaan tugas memenuhi standard prestasi yang ditetapkan akan membentuk warga cemerlang yang akhirnya menjurus kepada organisasi yang cemerlang.

  • NILAI-NILAI TERASPEMIMPINCEMERLANG

  • NILAI-NILAI ASAS PERIBADI

    * Amanah* Bertanggungjawab* Ikhlas* Berdedikasi* Berdisiplin* Bekerjasama* Bersih* Tekun* Sederhana

  • BENARSetiap amalan, tindakan dan perilaku hendaklah berasaskan kebenaran berdasarkan undang-undang dan peraturan. Dengan itu setiap penjawat awam perlu sentiasa:

    Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab Bercakap benar dan menepati janji Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan Bertindak berasaskan profesionalisme Memberikan arahan yang jelas dan tepat Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas Sanggup menerima teguran dan nasihat

  • Sebaliknya setiap penjawat awam hendaklah tidak melakukan perkara-perkara berikut:

    Menipu, menyeleweng dan mungkir janji Menyalahgunakan kuasa Mempengaruhi pemikiran orang lain untuk tujuan yang menyalahi undang-undang dan peraturan Mengambil kesempatan untuk kepentingan diri

  • AmanahAmanah adalah satu nilai yang perlu ada pada setiap kakitangan oleh kerana keadaan tugasnya yang berkait rapat dengan urusan-urusan pentadbiran dan menjaga kewangan serta harta benda Kerajaan dan rakyat yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang merosakan.

    Setiap kakitangan mesti menunaikan amanah kepada Tuhan, diri, keluarga, majikan, negara dan masyarakat seluruhnya.

  • AMANAHSetiap tugas hendaklah disempurnakan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas. Dengan itu penjawat awam perlu sentiasa:

    Berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima tugas dan tanggungjawab Komited dan tekun melaksanakan tugas ke tahap yang terbaik Berusaha meningkatkan kualiti dan hasil kerja Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang masa Bertanggungjawab ke atas hasil kerja, tindakan dan keputusan yang dibuat

  • Sebaliknya setiap penjawat awam hendaklah tidak melakukan perkara-perkara berikut:

    Mengelak diri dari tugas dan tanggungjawab Melaksanakan tugas secara sambil lewa Tidak bertanggungjawab atas hasil kerja, tindakan atau keputusan yang dibuat Menggunakan harta awam untuk tujuan selain daripada urusan rasmi

  • Amalan positif Menyempurnakan tugas dengan amanah Kemas/bersih dalam pakaian, pemikiran dan tindakan Bersih daripada sifat dengki Ikhlas dan bertimbangrasa Bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab

    Amalan negatif Bersikap sombong dan suka menunjuk Tidak boleh dipercayai dan tidak amanah Pengotor dan selekeh dalam pembawaan Selalu berpura-pura dalam tindakan

  • BIJAKSANASetiap tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan secara bijaksana berpandukan ilmu, kemahiran dan tahap profesioanlisme yang tinggi. Dengan itu setiap penjawat awam perlu sentiasa:

    Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk membolehkan setiap tugas dan tanggungjawab disempurnakan ke tahap yang terbaik Mempunyai minda yang sentiasa aktif dan badan yang sihat Terbuka dan responsif kepada perubahan, idea, pengetahuan dan kemahiran baru serta sanggup menerima dan memberi teguran atau kritikan membina Membuat pertimbangan yang teliti sebelum membuat sesuatu tindakan atau keputusan Bertindak atau membuat keputusan dengan segera dan cekap Tertib dalam bertindak dan membuat keputusan berasaskan keutamaan dan kepentingan organisasi, perkhidmatan dan negara Menegakkan kebenaran dan menegur kesilapan dengan penuh hikmah dan berhemah Melaksanakan keputusan muktamad yang dibuat oleh pihak yang lebih berwibawa walaupun bertentangan dengan pendapat peribadi Kreatif, inovatif dan proaktif Bersabar dalam menghadapi masalah dan tenang dalam menangani tekanan

  • Bijaksana Kebijaksanaan dalam membuat keputusan adalah merupakan salah satu perkara penting dalam bidang pengurusan. Ini kerana dalam melaksanakan kuasa-kuasa yang berbentuk regulatori, pegawai perlu membuat keputusan dengan segera, tepat, adil dan saksama serta penuh berkeyakinan, berasaskan kepada akal budi, arif, kepandaian dan berhati-hati. Dengan itu tindakan yang diambil dapat diterima oleh semua pihak.

  • Amalan positif Membuat keputusan dengan pemikiran yang dinamik Berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati dalam membuat pertimbangan Berpandangan jauh Berkeyakinan dalam tindakan dan tuturkata Amalan negatif Bersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusan Gopoh dalam tindakan Cepat menghukum tanpa siasatan Tidak boleh menerima kritikan

  • Sebaliknya setiap pegawai hendaklah tidak melakukan perkara-perkara berikut:

    Bertindak atau membuat keputusan secara membuta tuli, tergesa-gesa atau cuai tanpa berasaskan ilmu, kemahiran, undang-undang dan peraturan Melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara tidak cekap dan melibatkan pembaziran sumber Mudah ditipu, diseleweng atau dipengaruhi untuk membuat keputusan atau bertindak bertentangan dengan kebenaran, undang-undang dan peraturan Mudah dipengaruhi oleh emosi diri sehingga mengatasi akal fikiran yang waras mengakibatkan keputusan atau tindakan bertentangan dengan kebenaran, undang-undang dan peraturan Tidak melaksanakan keputusan muktamad oleh pihak yang lebih berwibawa kerana bertentangan dengan pendapat peribadi Berpuashati dengan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang ada

  • TELUSSetiap tindakan dan keputusan hendaklah di buat melalui proses yang telus dan maklumatnya perlu dihebahkan kepada pihak yang berhak selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan. Dengan itu setiap penjawat awam perlu sentiasa:

    Mengamalkan kaedah syura dalam apa tindakan dan keputusan yang hendak dibuat Bersikap terbuka dalam memberi buah fikiran dan pendapat serta yakin dalam menegakkan kebenaran Memaklumkan tindakan dan keputusan kepada pihak-pihak yang berhak mengetahuinya, sama ada pihak-pihak dalam organisasi atau di luar organisasi Menepati standard kualiti perkhidmatan selaras dengan Piagam Pelanggan Organisasi/Perkhidamatan

  • Telus Setiap kakitangan JKKP perlulah mengamalkan prosedur kerja yang bersistematik dan menerangkan dengan tepat dan jelas alasan bagi setiap tindakan yang diambil.

  • Amalan positif Bekerja mengikut prosedur Amanah dalam menjalankan tugas Mengamalkan sikap terbuka dalam menjalankan tugas Amalan negatif Mengamalkan double standard Tidak dapat memberikan penjelasan yang tepat bila diperlukan.

  • Sebaliknya setiap penjawat awam dikehendaki tidak melakukan perkara-perkara berikut:

    Menyembunyikan tindakan dan keputusan yang dibuat daripada pengetahuan pihak yang berhak Mengelak dari diketahui proses sesuatu tindakan atau keputusan dibuat Tamak, hasad, haloba dan dengki sehingga menafikan pihak yang berhak mendapat maklumat mengenai tindakan dan keputusan yang dibuat Menggugat kewibawaan orang lain melalui fitnah atau khabar angin Menyalahkan orang lain atas kesilapan atau kegagalan sesuatu tindakan dan keputusan yang dibuat

  • BERSYUKURMenunjukkan sikap berterima kasih dan menghargai kejayaan, pencapaian dan anugerah yang diperolehi serta menunjukkan kepuasan terhadap nikmat yang diterima. Dengan itu setiap penjawat awam perlu sentiasa:

    Menghargai setiap nikmat yang diterima Menghargai dan berkongsi kejayaan bersama Menghargai kejayaan orang lain dan memberi pengiktirafan kepada yang layak Sabar dan tenang menghadapi masalah dan redha menerima ketetapan, kegagalan dan ujian Bersederhana dalam meraikan kejayaan Mengucapkan terima kasih atas bantuan atau sumbangan orang lain Menunjukkan kesyukuran dengan berkhidmat dengan lebih bersungguh-sungguh dan bersedia menabur bakti ke tahap optimum

  • Sebaliknya setiap penjawat awam dikehendaki tidak melakukan perkara-perkara berikut:

    Menganggap setiap anugerah dan nikmat sebagai hak Bongkak dan riak dengan nikmat yang diperolehi dan kejayaan yang dicapai Berperasangka dan berdendam terhadap kejayaan orang lain Mengungkit dan tidak berpuas hati dengan nikmat yang diterima serta cenderung menyalahkan orang lain atau peraturan Kecewa dan putus asa atas kegagalan

  • BersyukurBersyukur adalah suatu tindak balas yang baik, sama ada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang.

    Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan yang baik, yang indah dan luhur serta perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh penghargaan dan terima kasih.

    Biasanya kata-kata pijian dan sanjungan diluahkan oleh penerima kepada orang yang memberi.

  • Amalan positif Menganggap kerja sebagai ibadah Menghargai kemudahan yang disediakan Bersyukur akan nikmat kerja yang dikecapi Mencintai kerjayanya dan berdedikasi dalam menjalankan tugas

    Amalan negatif Menganggap kerja sebagai beban Lupa daratan

  • ADILMembuat pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam setiap tindakan dan keputusan berasaskan undang-undang, peraturan, keutamaan dan fakta yang lengkap dan tepat. Dengan itu setiap penjawat awam perlu sentiasa:

    Mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai kehendak undang-undang dan peraturan serta keutamaan dan fakta yang tepat sebelum membuat sesuatu keputusan atau tindakan Membuat penilaian secara objektif dan profesional Menerima pandangan dan bersedia membuat pertimbangan semula apabila mendapat maklmat dan fakta yang lebih lengkap dan tepat Kritikal dan analatikal dalam membuat pertimbangan menggunakan kaedah yang betul Menghargai hak dan keperluan setiap individu dan kumpulan serta bertindak dengan penuh bertimbang rasa Memberi peluang yang saksama kepada pembangunan diri dan kemajuan kerjaya Seimbang pembawaan dan adil kepada diri sendiri serta adil terhadap ketua, orang bawahan dan rakan sekerja

  • Tegas, Adil dan Saksama Sikap tegas berkehendakan setiap kakitangan sentiasa berpendirian teguh, tepat dalam membuat keputusan dan tidak mudah dipengaruhi oleh anasir luar yang dapat merubah pegangannya.

    Begitu juga dengan sikap adil dan saksama, iaitu semua kakitangan hendaklah sentiasa menanamkan sikap tersebut terhadap pelanggan dalaman dan pelanggan luaran dengan memberi mereka layanan-layanan yang mesra, teratur dan memuaskan.

  • Amalan positif Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan Boleh menerima teguran Berlaku adil dalam semua tindakan Sedia menerima cadangan dan nasihat Bijaksana dalam membuat pertimbangan Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan Bertimbangrasa tetapi tegas

    Amalan negatif Menyukarkan persoalan yang mudah Memperbesar-besarkan perkara kecil Bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua hal Berat sebelah dalam membuat keputusan Tidak konsistan

  • Sebaliknya setiap penjawat awam dikehendaki tidak melakukan perkara-perkara berikut:

    Mengamalkan pilih kasih Mengabaikan hak individu dan kumpulan Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan Berniat buruk dan berprasangka Menyembunyikan maklumat dan fakta Membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan scara terburu-buru dan sambil lewa

  • BerintergritiIntegriti biasanya sering dihubungkaitkan dengan nilai-nilai amanah, jujur, kebolehpercayaan dan juga sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.

    Sebarang kerja yang dibuat hendaklah dilakukan dengan penuh ketulusan hati.

    Ini juga bermakna jika kakitangan jabatan telah diberi kuasa, mereka perlu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama.

  • Amalan positif Jujur dan ikhlas Bersih hati dan fikiran Bermaruah dan berhemah tinggi Senang didampingi oleh semua pihak Berdisiplin dalam segala perkara Bersikap profesional dan cekap

    Amalan negatif Sombong dan meninggi diri Sukar untuk membuat kebajikan Hipokrit serta berpura-pura Tamakkan pangkat dan kedudukan

  • Ketepatan masa Penggunaan masa secara berkesan adalah satu asas yang baik dalam pembentukan sikap positif di kalangan kakitangan.

    Arahan menggunakan Kad Perakam Waktu bertujuan untuk memastikan kakitangan tiba di pejabat pada masa yang ditetapkan dan melaksanakan tugas dengan dedikasi dan tekun semasa di pejabat.

    Selain daripada itu mematuhi panduan bermesyuarat dengan mengamalkan masa yang optima seperti yang dijelaskan di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.

  • Amalan positif Menepati masa Menyegerakan tugas

    Amalan negatif Datang lambat ke pejabat Tidak menyegerakan tugas Mungkir janji

  • Sikap jimat cermat Berjimat cermat ialah satu sifat yang elok dipupuk sepanjang masa, bukan sahaja berjimat dari segi wang bahkan perkara-perkara lain seperti masa, bahan dan penggunaan apa sahaja.

    Orang yang berjimat sebenarnya menghargai perkara atau benda-benda yang dicermatkan itu. Sikap berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu, menunjukkan bahawa seseorang itu bertanggungjawab terhadap bahan-bahan yang digunakannya.

  • Amalan positif Berhati-hati bila berbelanja Accountable Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan Menyelaras harta benda kerajaan dengan baik Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan Mengadakan sistem kewangan yang berkesan Menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat Amalan negatif Boros dan suka membazir Memperaga kehebatan dan kemewahan Suka bermewah dengan harta kerajaan Tidak cermat dengan harta kerajaan Suka berbelanja besar yang tidak kena pada tempatnya Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam

  • NILAI-NILAI KEMBANGAN PEMIMPIN(PENJAWAT AWAM)CEMERLANG

  • BERTANGGUNGJAWABTanggungjawab bermaksud sesuatu kerja, tugas atau janji yang mesti dilaksanakan. Seseorang yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan sesuatu tugas bermakna beliau telah diamanahkan untuk menyempurnakan tugas tersebut.

    Sesaorang penjawat awam yang bertanggungjawab akan melaksanakan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh dan merasa bersalah sekiranya gagal menyempurnakannya ke tahap yang terbaik.

    Sebaliknya seseorang pekerja yang tidak bertanggungjawab akan melaksanakan sesuatu tugas secara sambil lewa dan tidak berusaha untuk meningkatkan kualiti kerjanya

    Dengan itu beliau gagal memenuhi piawai dan tempoh masa yang ditetapkan sehingga boleh menyebabkan orang lain terpaksa memikul beban untuk membantu menyempurnakan tugasnya.

  • BertanggungjawabSeseorang kakitangan tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya atau berkelakuan yang boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab.

    Ia tidak boleh membenarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tanggungjawab awamnya.

    Ini penting untuk menentukan kakitangan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah negara dan rakyat.

    Bertanggungjawab juga membawa erti bahawa seseorang itu tidak terlepas dari dipersoal jika gagal melaksanakan beban tugasnya dengan sempurna.

  • Amalan positif Mempunyai komitmen terhadap kerja Bertanggungjawab dan sedia berbakti Menyempurnakan tugas dengan berkesan Mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri

    Amalan negatif Menganggap kerja sebagai beban Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar Tidak dipercayai dan selalu dicurigai Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab

  • BERDEDIKASIBerdedikasi bermaksud kesungguhan seseorang bagi melaksanakan tugas dengan sempurna. Pekerja yang dedikasi sanggup melaksanakan kerja lebih daripada yang diharapkan serta tekun menyempurnakannya ke tahap yang terbaik.

    Mereka ini juga mempunyai dorongan yang tinggi untuk sentiasa meningkatkan prestasi dan bersedia menerima nasihat atau teguran.

    Sebaliknya pekerja yang tidak mempunyai dedikasi selalu mengelak dari tugas atau melaksanakannya secara sambil lewa atau terpaksa semata-mata untuk memenuhi arahan.

  • BERDISIPLINDisiplin adalah satu sifat yang mengawal diri seseorang untuk sentiasa berperilaku berlandaskan undang-undang, peraturan, prinsip dan nilai mulia.

    Penjawat awam yang berdisiplin adalah mereka yang tertib dalam kelakuan dan tindakan, patuh dan taat kepada arahan, peraturan dan undang-undang, berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa menjaga maruah diri, organisasi, perkhidmatan dan negara.

    Mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan tekun tanpa perlu penyeliaan yang rapi. Manakala pekerja yang tidak berdisiplin cenderung untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan arahan, peraturan atau undang-undang, malah ada pula yang merasa megah kerana berjaya berbuat demikian.

  • BEKERJASAMABekerjasama bermaksud saling tolong menolong untuk kebaikan. Oleh kerana hampir semua jenis tugas dalam sesebuah organisasi memerlukan kerjasama, maka semangat tolong menolong ini amat diperlukan. Kerja yang berat menjadi lebih ringan melalui kerjasama.

    Tugas yang memakan masa yang lama jika dibuat secara sendirian akan lebih cepat melalui kerja berpasukan. Sifat kerjasama juga dapat mengeratkan hubungan antara anggota organisasi dan penggemblengan tenaga dan pemikiran ini dapat mewujudkan sinergi yang amat penting kepada peningkatan kualiti dan produktiviti.

    Pekerja yang mempunyai sifat kerjasama senang melaksanakan sesuatu tugas secara berkumpulan.

  • Mereka percaya kerja berpasukan dapat menjana idea yang lebih bernas dan jitu. Mereka juga percaya banyak masalah yang boleh diselesaikan secara berkumpulan.

    Pekerja dalam golongan ini lazimnya suka mendapat pandangan, nasihat atau teguran atau merujuk sesuatu kepada kawan-kawan yang dianggap lebih arif darinya.

    Sebaliknya pekerja yang tidak mempunyai sifat kerjasama bukan sahaja suka melaksanakan sesuatu tugas secara berseorangan tetapi berbangga dengan kebolehan diri sendiri sehingga terdorong untuk merendahkan kebolehan rakan-rakan.

    Sikap tertutup ini menyebabkan mereka enggan menerima pandangan orang lain dan amat kecewa dengan kritikan.

  • BERSIHBersih adalah nilai yang melambangkan sifat suci daripada kekotoran rohani dan jasmani di dalam menjalani kehidupan.

    Dalam konteks perkhidmatan, seorang penjawat awam dikatakan bersih jika sikap dan perilakunya tidak menunjukkan sifat-sifat seperti niat jahat, buruksangka, iri hati, marah, cemburu, dendam dan seumpamanya.

    Dari satu aspek lain, pekerja yang dikatakan bersih sentiasa prihatin kepada kebersihan luaran atau persekitaran.

    Pakaiannya sentiasa bersih dan kemas, dan tempat kerjanya sentiasa tersusun. Kebersihan ini terjelma pada perawakan dan pembawaannya.

  • Hubungannya dengan rakan-rakan amat tertib dan bersopan. Pertuturannya tidak menyinggung perasaan. Nilai bersih juga boleh dilihat dari segi pemilikan harta atau kekayaan.

    Dalam hal ini, penjawat awam yang bersih sentiasa memastikan harta yang diperolehi adalah halal dan berpadanan dengan kedudukan dan kemampuan.

    Mereka tidak akan membiarkan diri terjerumus dalam keadaan berhutang yang tidak terkawal sehingga boleh mendorong kepada perbuatan keji seperti penipuan, penyelewengan atau rasuah.

  • bersihKebersihan yang dimaksudkan ialah dari semua segi sama ada kebersihan moral atau pun fizikal.

    Kebersihan moral bermakna sentiasa berfikiran bersih dalam apa juga tugas yang dilakukan.

    Segala-galanya dilakukan dengan niat yang baik dan murni, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak sombong, tidak angkuh, tidak terlibat dalam sebarang jenayah dan rasuah.

    Dari segi fizikal, seseorang kakitangan hendaklah sentiasa berpakaian bersih, kemas dan rapi.

  • BERBUDI MULIABerbudi mulia ialah satu nilai yang ada pada seseorang yang mudah memberi kesenangan atau menolong orang lain tanpa disuruh dan tanpa mengharap apa-apa balasan.

    Gerak geri dan kelakuannya penuh sopan, tidak menyakitkan hati atau menyinggung perasaan orang lain.

    Seseorang yang berbudi mulia akan merasa senang apabila melihat orang lain senang. Teladan baik yang ditunjukkannya boleh mendorong kepada kebaikan dan kemesraan yang dilahirkan dapat mewujudkan hubungan harmonis dalam kumpulan dan organisasi yang dianggotainya.

  • IKHLASIkhlas bermaksud hati yang bersih, jujur dan suci.

    Seseorang pekerja yang ikhlas dalam melaksanakan tugasnya sentiasa menerima tanggungjawab dengan penuh keredhaan dan berusaha menghasilkan prestasi kerja yang terbaik secara berterusan.

    Kesungguhannya didorong oleh kejujuran dan rasa tanggungjawab dan bukan kerana pujian-pujian atau ganjaran.

  • Antara sifat terpuji lain yang dimiliki oleh pekerja yang ikhlas ialah tidak menunjuk-nunjuk dan sentiasa bersedia melaksanakan apa sahaja tugas yang diberi serta menyempurnakan tanpa mengira masa.

    Sebaliknya pekerja yang tidak ikhlas selalunya suka berpura-pura dan cenderung untuk bermuka-muka atau mengampu dan amat berbangga mendapat pujian atau ganjaran.

    Pekerja seperti ini lazimnya akan memilih kerja yang disukainya atau hanya menerima tugas yang diberi oleh orang-orang tertentu atau melaksanakannya pada masa-masa atau tempat-tempat tertentu.

  • jujur dan ikhlasPerasaan jujur dan ikhlas merupakan satu nilai yang melambangkan kesucian dan kebersihan hati seseorang.

    Nilai seperti ini sangat penting bagi seseorang dalam menjalankan amanah, tanggung jawab dan sebagainya kerana ia boleh mewujudkan ciri-ciri mulia dalam sesebuah masyarakat seperti bersikap rendah hati, bertolak ansur dalam hati setiap kakitangan.

  • TEKUNTekun bermaksud bersungguh-sungguh dan teliti dalam melaksanakan sesuatu tugas.

    Pekerja yang tekun adalah komited pada tugasnya dan berupaya memberi sepenuh penumpuan dalam menyempurnakan tugas tersebut.

    Mereka sabar dalam menghadapi segala kesulitan dan sentiasa tabah menyelesaikan sesuatu masalah.

    Dengan itu mereka bukan sahaja produktif tetapi dapat menghasilkan output yang berkualiti dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

  • Pekerja seperti ini akan mengutamakan tugasnya daripada kepentingan diri serta sanggup berkorban masa dan tenaga untuk kepentingan organisasi, perkhidmatan dan negara.

    Manakala pekerja yang tidak tekun dalam melaksanakan tugas yang diberi mudah merasa bosan dan mengambil sikap sambil lewa.

    Mereka tidak sanggup bekerja lebih masa dan tidak berminat untuk berusaha meningkatkan kebolehan atau memperbaiki kualiti hasil kerja.

  • SEDERHANAKesederhanaan adalah sifat yang menolak keterlaluan atau berlebihan. Kesederhanaan pada seorang pekerja dapat dilihat dari kebijaksanaannya dalam membuat pertimbangan.

    Sesuatu yang dilakukan tidak keterlaluan, sama ada dari segi kelakuan, percakapan, pakaian atau tindakannya.

    Dalam konteks sesebuah organisasi awam, sikap sederhana boleh dikaitkan dengan beberapa urusan pentadbiran seperti tidak boros dalam perbelanjaan atau tidak membazir di dalam menggunakan peralatan dan kemudahan pejabat.

  • SABARSabar ialah sifat kekutan dan ketahanan diri dalam menerima kesusahan atau halangan.

    Seseorang yang sabar menganggap bahawa sesuatu tekanan kerja dan kesukaran yang dihadapi adalah merupakan cubaan dari tuhan.

    Seorang pekerja yang memiliki sifat sabar akan sentiasa berhemah tinggi, bersopan santun dan tenang walaupun dalam keadaan yang cemas atau amat mencabar.

    Sifat ini boleh membawa kepada kesempurnaan di dalam melaksanakan sesuatu tugas di samping membawa keharmonian di dalam sesebuah kumpulan atau organisasi.

  • Bekerjasama dan semangat berpasukanSetiap kakitangan mempunyai tugas dan peranan yang berbagai. Oleh itu kita perlu mempunyai satu budaya yang dapat mempengaruhi kita supaya bekerjasama, berdisiplin dan rajin bekerja.

    Setiap kakitangan organisasi tidak mungkin dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan secara bersendirian.

    Justeru semangat berpasukan mestilah ditanamkan di dalam diri kakitangan-kakitangan di semua peringkat supaya objektif dan peranan masing-masing dapat dilaksanakan mengikut matlamat yang telah ditentukan.

  • Amalan positif Sedia memberi kerjasama Tolong menolong antara satu sama lain Suka membantu rakan sejawat Bekerja dengan penuh muhibah, kasih sayang dan kemesraan

    Amalan negatif Memperkecil-kecilkan kebolehan orang lain Menganggap diri sendiri selalu betul Suka mementingkan diri sendiri Berhasad dengki

  • Cekal, kuat semangat dan dedikasi Setiap kakitangan mestilah tekun, cekal, kuat semangat dan sentiasa bersungguh-sungguh melaksanakan tugas-tugasnya tanpa rasa jemu dan kecewa.

    Meraka perlu sentiasa memberi perhatian dan penelitian terhadapnya tanpa leka dan lalai.

    Berusaha mengatasi sebarang masalah dengan bersungguh-sungguh samada secara berseorangan atau secara berkumpulan, adalah dituntut.

  • Amalan positif Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar Rajin dan sentiasa berusaha Tekun dalam menjalankan tugas Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan Berdisiplin dalam setiap pekerjaan Bersemangat dalam menjalankan tugas yang diarah Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas Bercita-cita tinggi

    Amalan negatif Mudah tersinggung Tidak tekun Mudah putus asa Mudah mengalah Tidak bercita-cita tinggi Tidak bersemangat Tidak tahan dengan teguran Takutkan cabaran

  • STANDARD PRESTASISetiap penjawat awam hendaklah berusaha gigih untuk mencapai tahap prestasi cemerlang berpandukan standard prestasi atau kriteria yang ditetapkan oleh perkhidmatan, iaitu seperti berikut:

    Penghasilan KerjaPengetahuan dan KemahiranKualiti PeribadiJalinan Hubungan dan KerjasamaKegiatan dan Sumbangan

  • PENGHASILAN KERJAKuantiti Hasil Kerja iaitu kebolehan mengasilkan output seperti jumlah, bilangan, kadar, kekerapan yang dapat mencapai atau melebihi sasaran yang ditetapkan.

    Kualiti Hasil Kerja iaitu kebolehan menghasilkan output yang berkualiti seperti dari aspek kesempurnaan dan ketepatannya yang dapat mencapai atau melebihi sasaran yang ditetapkan

  • PENGHASILAN KERJAKeberkesanan Kos iaitu kebolehan melaksanakan tugas dengan kos sumber tidak melebihi atau kurang daripada kos yang ditetapkan bagi sesuatu jumlah keluaran dan jenis perkhidmatan.

    Ketepatan Masa iaitu kebolehan menyempurnakan tugas dalam tempoh yang ditetapkan.

    Pelaksanaan Peraturan dan Arahan Pentadbiran iaitu kebolehan menghayati dan melaksanakan dasar, peraturan dan arahan pentadbiran bagi memaju dan meningkatkan prestasi organisasi dan perkhidmatan awam.

  • PENGETAHUAN DAN KEMAHIRANIlmu Pengetahuan Dalam Bidang Kerja iaitu pengetahuan dan keupayaan menjalankan tugas yang boleh menyumbang kepada kecemerlangan .

    Kebolehan Mengelola iaitu kebolehan merancang dan menggembleng sumber utama seperti tenaga manusia, peralatan, maklumat dan kewangan bagi mencapai objektif organisasi dan matlamat Kerajaan dengan mengambilkira persekitaran yang berubah-ubah.

    Kebolehan Membuat Keputusan iaitu kebolehan membuat keputusan selaras dengan objektif organisasi dalam tempoh yang ditetapkan.

  • PENGETAHUAN DAN KEMAHIRANKeberkesanan Komunikasi iaitu kebolehan dan keberkesanan mewujudkan kefahaman mengenai dasar, matlamat dan strategi organisasi bagi memupuk semangat kerjasama, kesungguhan dan dedikasi di segenap lapisan pegawai selaras dengan objektif organisasi.

    Kebolehan Menyelesaikan Masalah iaitu kebolehan mengenalpasti masalah serta mengemukakan pelbagai alternatif dan menyelesaikannya secara berkesan.

    Persepketif Menyeluruh iaitu kebolehan melihat masalah dari pelbagai dimensi serta berupaya memberi perhatian kepada perkara-perkara penting mengikut keutamaan semasa mengambil sesuatu tindakan.

    Penganalisisan iaitu kebolehan dan keupayaan meneliti, mentafsir dan mencerakin masalah, situasi, kejadian dan arah aliran kepada bentuk yang mudah dan realistik serta mengemukakan cadangan tindakan yang sesuai.

  • KUALITI PERIBADIKepimpinan iaitu mempunyai wawasan, keupayaan menggerak dan mengurus sumber dan organisasi, mempunyai kualiti peribadi murni yang boleh diteladani, kebolehan membuat keputusan dengan tegas, tepat dan teliti ke arah pencapaian objektif organisasi.

    Integriti iaitu jujur, amanah dan berakhlak dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

    Ikram, Adil dan Saksama iaitu bertimbangrasa, mesra, adil dan saksama semasa menjalankan tugas.

    Disiplin iaitu mempunyai daya kawal diri dari segi mental dan fizikal, termasuk mematuhi peraturan, menepati masa dan janji, mempunyai kesabaran serta kemas dan bersih.

  • KUALITI PERIBADIProaktif, Kreatif dan Inovatif iaitu kebolehan menjangka, mengambil langkah awalan, melahirkan idea baru serta membawa pembaharuan yang sesuai dan berguna bagi pencapaian objektif organisasi.

    Kebolehan Menghadapi Cabaran iaitu kemampuan menghadapi serta mengatasi cabaran dalaman dan luaran organisasi dan negara dalam persekitaran yang berubah-ubah.

    Iltizam iaitu kesungguhan, ketekunan, dedikasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

  • JALINAN HUBUNGAN DAN KERJASAMAJalinan Hubungan dan Kerjasama iaitu kebolehan, kebijaksanaan dan kebekesanan dalam mewujudkan suasana kerjasama yang harmoni dan mesra di peringkat organisasi serta kebolehan menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan kecekapan menjalin hubungan antara organisasi kerajaan, swasta serta orang awam dalam atau luar negeri.

  • KEGIATAN DAN SUMBANGAN Kegiatan dan Sumbangan iaitu penglibatan dan sumbangan dalam bidang sukan, pertubuhan atau apa-apa sumbangan kreatif sama ada di peringkat unit, bahagian, kampung, taman perumahan, jabatan, perkhidmatan, daerah, negeri atau di peringkat antarabangsa.

  • KOD ETIKA DALAM MENJALANKAN TUGAS RASMI, PEGAWAI DAN STAF HENDAKLAH : Mengutamakan kewajipan awam. Menjaga imej, kewibawaan, kredibiliti dan reputasi perkhidmatan awam. Sentiasa berusaha untuk menjalankan tugasnya dengan cekap, jujur, amanah, bertanggungjawab, tidak cuai dan sentiasa mematuhi arahan. Tidak menggunakan pengaruh luar dalam menyelesaikan masalah perkhidmatan.

  • Seseorang pegawai atau staf tidak boleh : Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendirian.

    Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya.

    Berkelakuan dengan apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kedudukannya bagi faedahnya sendiri.

    Berkelakuan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

  • Kurang cekap atau kurang berusaha. Tidak jujur atau tidak amanah. Tidak bertanggungjawab. Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, samada tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau tuntutan kakitangan-kakitangan perkhidmatan awam yang lain. Cuai dalam melaksanakan tugas. Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.

  • AMALAN POSITIF & NEGATIF (PENJAWAT AWAM)

  • Teguh beriman dan bertakur dalam setiap tindakanMenyempurnakan tugas dan amanahBersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawabBerilmu dan berpengetahuan luasMengutamakan keadilan dalam setiap perbuatanSedia berkorbanBerlumba-lumba membuat kebajikanKemas dalam pakaian, pemikiran dan tindakanBersifat penyayangBersifat sabar dan teguh menghadapi cabaranAMALAN POSITIF

  • Bertimbang rasa tetapi tegasBersopan santun setiap masa serta sederhana dalam kelakuanTaat setia dan patuh kepada arahanBersyukur dan menghargai kebaikanBersih daripada sifat dengki Bertanggungjawab dan sedia berbaktiJimat cermat dalam segala aspekTertib dan baik budi bicaraCergas dan cekap dalam menjalankan tugasCekal menghadapi cabaran Bekerjasama dan saling hormat-menghormatiBerani dan berpendirian teguhAMALAN POSITIF

  • Pemaaf dan berhemah tinggiSimpati kepada kesusahan dan masalah orang lainIkhlas dan bertimbang rasaPemarah dalam usaha kebaikanMudah mesra dan bekerjasamaMerendah diriBerbudi muliaBoleh menerima teguranSedia menerima cadangan

    AMALAN POSITIF

  • Selalu berpura-pura dalam tindakanBersikap sombong dan suka menunjuk-nunjukSukar untuk membuat kebajikanSuka mengumpat dan memfitnah rakan sejawatTamak dalam mengejar pangkat dan kedudukanGopoh dalam bertindakMengampu untuk mendapat pujian dan sanjunganMungkir janjiSuka menghina dan merendahkan usaha orang lainPemarah dan tidak sabarKhianat dalam melaksanakan tugasAMALAN NEGATIF

  • Selalu berpura-pura dalam tindakanBersikap sombong dan suka menunjuk-nunjukSukar untuk membuat kebajikanSuka mengumpat dan memfitnah rakan sejawatTamak dalam mengejar pangkat dan kedudukanGopoh dalam bertindakMengampu untuk mendapat pujian dan sanjunganMungkir janjiSuka menghina dan merendahkan usaha orang lainPemarah dan tidak sabarKhianat dalam melaksanakan tugasAMALAN NEGATIF

  • AMALAN NEGATIFBersikap birokratik dan autokratik dalam membuat keputusanBerdendam serta hasad dengkiBersungguh-sungguh mempertahankan kelemahan dan keburukan diriSuka membangkang tanpa cadangan untuk memperbaikinyaMementingkan diri sendiriLembab dan malas berusahaPengotor dan selekeh dalam pembawaanTidak boleh dipercayai dan tidak amanahTidak bertimbang rasa dan mementingkan diriSuka membuat janji palsu

  • Kasar dan kurang sopanBerdendam bila tidak dapat sesuatu kemahuanBersikap tidak peduli terhadap teguran dan nasihatTidak bertimbang rasaMementingkan diri sendiriSombong, bongkak dan membesar-besarkan diriBermuka-mukaCepat menghukum tanpa siasatanCepat menuduh tanpa siasatanSuka mencaciTidak boleh menerima kritikanCepat membuat kritikanSuka menghina orang

    AMALAN NEGATIF

  • SELAMAT BERKURSUSTerima Kasih

    **