tajuk-2

Upload: gwen-wen-jing

Post on 04-Mar-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tajuk-2 Pendidikan Moral elm

TRANSCRIPT

ELM 3102 Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

PERINCIAN BUTIRAN RANCANGAN PENGAJARAN SEMESTER Rancangan Semester adalah berdasarkan takwin minggu persekolah. Guru perlu menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap sesi persekolahan sebagai panduan bagi pelaksanaan P&P.

Rancangan pengajaran semester merupakan perancangan yang dibuat untuk tempoh satu semester bagi satu-satu mata pelajaran.

Ia dirancang berasingan untuk tempoh setahun iaitu sebanyak 2 kali. RPS ditulis untuk tempoh masa 6 bulan. Dalam rancangan pengajaran ini mengandungi objektif yang hendak dicapai untuk satu semester atau penggal

Kandungan RSP : Rancangan semester merujuk kepada rancangan kerja yang disediakan untuk satu-satu semester.

Dalam menyediakan rancangan semester langkah-langkah berikut perlu diikuti:

1.membuat pemetaan Sukatan Pelajaran iaitu mengenal pasti jumlah topik dan subtopik yang perlu diajar sepanjang tahun;

2. agihkan topik dan subtopik yang perlu diajar kepada dua semester;

3. masukkan topik yang perlu diajar sepanjang semester dengan mengambilkira cutisekolah dan aktiviti-aktiviti / acara-acara rasmi peringkat sekolah dalam takwimsekolah.Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur seperti berikut:

Tajuk/ Bidang Pelajaran Objektif / Kemahiran Hasil PembelajaranBilangan MingguCatatan Rancangan Pengajaran SemesterRancangan Pengajaran Harian UmumKhususDirancang awal semester Disediakan sebelum hari mengajar Dirancang mengikut takwim sekolah dan objektif yang ingin dicapai Dirancang mengikut kemajuan murid hari demi hari.Rekod satu semester kita mengajar. ia juga dibuat untuk merangka apa yang hendak diajar dalam setiap semesterRekod khas yang disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolahPeranan sebagai panduan kepada guru-guru untuk membina Rancangan Pengajaran HarianGaris panduan kepada guru dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Butiran : Matapelajaran, tingkatan, minggu, tajuk/isi, objektif, kemahiran, nilai dan bahan bantuan mengajar.Butiran: Hari dan tarikh, Mata pelajaran dan kelas, masa, bilangan murid, tajuk, kemahiran yang ingin dicapai, pengetahuan sedia ada, hasil pembelajaran, Aktiviti Perincian Butiran Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral

Rancangan Mengajar HarianRancangan mengajar harian perlu disediakan oleh guru pelatih pada setiap waktu pengajaran dan pembelajaran.Biasanya rancangan harian dikeluarkan dari rancangan mingguan yang telah disediakan itu dan mengikut harian yang berkenaan demi membuat satu rancangan mengajar harian.Tiga bahagian yang perlu wujud dalam rancangan mengajar harian ialah induksi set, langkah-langkah pengajaran dan penutup.Guru juga perlu menentukan penghayatan dan amalan nilai-nilai moral dapat disampaikan kepada murid-murid.Jadual format rancangan kerja harian adalah seperti berikut:HariKemahiranIsi pelajaranAktiviti pengajaran-pembelajaranAlat/bahanPersediaan rancangan mengajar merujuk kepada satu perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Ia terdiri daripada:

Butiran am mengajar Penerapan ilmu dan nilai Tajuk pelajaran Set induksi Objektif Teknik mengajar Kenahiran Langkah perkembangan Alat Membantu Mengajar Penutup Pengetahuan sedia ada Langkah susulan Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Penulisan Hasil Pembelajaran dari segi kognitif, afektif dan tingkah lakuMatlamat Pengajaran Mengajar murid fakta dan prinsip kandungan pelajaran Menjadi model peranan (role model) bagi murid Membantu murid membina kemahiran berfikir aras tinggi Menyediakan murid menghadapi alam pekerjaan Merangsang pembangunan peribadi murid Membantu murid membina kemahiran asas belajar

Objektif PengajaranMerancang pengajaran yang mengambil kira kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar.Mentaksir kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran.Merancang pengajaran yang memberi peluang pelajar berinteraksi antara satu sama.Menerangkan fakta dan prinsip kandungan pelajaran.Perbezaan antara Matlamat dan Objektif MATLAMATOBJEKTIFHasrat jangka panjang yang hendak dicapaiPencapaian konkrit yang mampu dicapai dengan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam jangka masa yang lebih pendekKurang berstrukturLebih berstruktur dan konkritTidak begitu jelas bagaimana matlamat telah dicapai (sukar untuk diukur)Boleh diukur, oleh itu boleh diketahui dengan yakin ia telah dicapaiObjektif Pengajaran yang jelas diperlukan untukmembantu pencapaian matlamat kerana ia membantu guru:Memilih kandungan pelajaranMemilih strategi pengajaran yang betulMembangun dan memilih bahan pengajaran yang sesuaiMembina ujian dan instrumen lain untuk mentaksir dan menilai hasil pembelajaran murid

Hasil PembelajaranMerupakan satu pernyataan yang menetapkan pengetahuan, kemahiran dan sikap serta nilai yang diingini daripada aktiviti pembelajaran. Menjelaskan apa yang murid perlu tahu dan fahami dan/atau dapat lakukan selepas selesai aktiviti pembelajaran.

Cara Menulis Hasil Pembelajaran yang baikFrasa merujuk kepada kumpulan sasaranKata kerja aktifObjek bagi kata kerjaKonteks/keadaanStandard/kriteria

Domain Hasil PembelajaranDomain PsikomotorDomain KognitifDomain AfektifDomain Sosial

Bidang kognitif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan hasil intelek seperti pengetahuan, pemahaman dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.Hasil pembelajaran boleh dikategorikan ke dalam enam kategori berikut mengikut Taksonomi Bloom: Pengetahuan:Mengingat kembali sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur.Kefahaman:Kebolehan menerangkan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dengan perkataan sendiri.

Aplikasi:Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dalam situasi yang baruAnalisis:Kebolehan memecahkan kkonsep, kaedah, cara atau prosedur kepada bahagian-bahagian dan mengenal pasti perkaitan di antaranya.Sintesis:Kebolehan mencantumkan unsur-unsur atau konsep-konsep supaya mendapat satu corak atau struktur yang bermakna.Penilaian:Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur, projek atau tindakan.

Bidang afektif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan rohani dan emosi seperti sikap dan nilai.Nilai murni sejagat berikut harus diserapkan dalam setiap mata pelajaran:baik hati berdikari hemah tinggi hormat kasih sayang kesederhanaan rasional semangat bermasyarakat

Guru boleh mengenal pasti hasil pembelajaran khusus yang terkandung di bawah pelbagai lajur seperti:Objektif atau Objektif KhususHuraian atau Huraian KandunganKemahiran, Kemahiran Saintifik, atau Kemahiran BerfikirAktiviti atau KegiatanNilaiUnsur PatriotismeCatatan

Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.Penentuan hasil pembelajaran penting untuk:mengetahui apa yang perlu dikuasai oleh pelajar;memberi tumpuan kepada penguasaannya;merancang kaedah-kaedah mengajar; danmembina ujian formatif dan sumatif

SEKIAN TERIMA KASIH.