tajuk 2.ppt

Download tajuk 2.ppt

If you can't read please download the document

Post on 14-Sep-2015

228 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Guru dan Cabaran Semasa

  • Penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan pendidikan

  • Bermaksud peluang sama bagi setiap individu mendapat pendidikan dan kemudahannya yang disediakan. Ia meliputi hak individu memilih jenis sekolah yang difikir sesuai untuk menuntut ilmu pendidikan supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yg sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahannya yang disediakan.

  • 1988-UNESCO telah melancarkan APPEAL di New Delhi, India sebagai satu usaha reformasi dalam pendemokrasian pendidikan dgn tujuan membasmi buta huruf di kalangan penduduk dalam negara2 kurang maju melalui bantuan kewangan, latihan dan perlaksanaan projek pendidikan.

  • Semua dapat hak yang samaSekolah dapat kemudahan yang samaSekolah wawasanSekolah satu aliranAmalan kehidupanPersamaan HakPeluang LuasPembangunan sumber manusia

  • Basmi buta hurufPendidikan UniversalPenyediaan InfrastrukturGuru terlatih yang mencukupi dan berkualitiPrasekolah untuk semua

  • Perbezaan kelas sosialPerbezaan sosialisasi dan bahasaPerbezaan lokasi bandar dan luar bandar

  • Pierre Bourdieu(1930)- ahli sosiologi pendidikan dari Perancis mengatakan pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkait rapat dgn latar belakang kebudayaan ibu-bapanya dan tahap pendidikan ibu-bapa adalah lebih banyak mempengaruhi persekolahan anak mereka.

  • Beliau merumuskan:-Terdapat ketidaksamaan pengagihan modal budaya di antara kelas sosial-kelas dominan adalah didapati memperoleh modal budaya yg paling banyak.

    Sistem pandidikan dalam aliran masa ketika itu mencerminkan bntuk budaya penguasaan kelas sosial dgn melegitimasi dan rasionalisasikan pengagihan modal budaya yg kurang adil.

  • Pelajar kelas atasan mewarisi lebih banyak modal budaya drpd ibu-bapa yg berpendidikan tinggi dan memperoleh pencapaian jauh lebih baik drpd pelajar kelas bawahan yg kurang modal budaya.Sistem pendidikan, selain dikongkong oleh struktur reproduksi masyarakat, ianya juga dikong2 oleh keupayaan reproduksi sendiri disamping melindungi kepentingan nilai modal budaya yg sedia ada.

  • Dalam kajian P. Bourdieu mendapati perbezaan pencapaian persekolahan pelajar2 adalah berkait rapat dgn perbezaan latar belakang budaya mereka. Menurut beliau lagi, perbezaan pembawaan kelas sosial bnyk mempengaruhi pencapaian persekolahan dan aspirasi terhadap pendidikan seseorang pelajar.

  • Di Malaysia, sebelum merdeka, proses reproduksi mengikut pengagihan modal budaya di kalangan kelas sosial pula berlaku semasa penjajahan British.Demi menjaga kepentingan penjajah, hanya Maktab Melayu Kuala Kangsar yang dikhaskan untuk golongan elit dan bangsawan sahaja.Selepas merdeka, dengan perubahan sistem pendidikan, peluang-peluang pendidikan sehingga peringkat universiti dibuka secara beransur-ansur untuk semua pelajar pelbagai kaum

  • Bagaimanapun, bagi kelas bawahan, mobiliti sosial mereka ke kelas menengah dan kelas atasan, pada peringkat permulaan hanya dapat berlaku secara perlahan-lahan, khasnya bagi kaum bumiputera.Ini kerana kelas orang atasan yang mewarisi modal budaya sebelum merdeka masih dapat merebut peluang untuk mengekalkan kelas sosial mereka.

  • Bagaimanapun, kadar prubahan mobiliti sosial mula dipercepatkan apabila sistem kuota untuk pelung pendidikan tinggi mengikut nisbah penduduk kaum dilaksanakan sejak 1970-an.Mengikut tinjauan, perbezaan pencapaian di peringkat universiti tempatan masa ini masih ketara kerana punca perbezaan modal budaya yang diwarisi dari kelas-kelas sosial yang mempunyai perbezaan latar belakang budaya masing-masing.

  • George Herbert Mead, seorang ahli falsafah, berpendapat orang sebagai insan yang mempunyai kesedaran psikologikal adalah hasilan sosial.Mengikutnya, banyak komunikasi simbolik (penggunaan idea dan konsep) biasanya meliputi penggunaan bahasa yang membolehkan manusia untuk mencerminkan situasi dan perasaan atau pemahaman dalam mindanya.

  • Mead berpendapat, bahasa yang dikuasai oleh manusia boleh :-Mengorganisasi dan menyimpan tanggapan dan pemahamannya terhadap dunia fizikal dan sosial.Memindahkan konsep-konsep ini kepada orang lain yang berkongsi bentuk bahasa itu.Mengaplikasikan konsep-konsep yang diperolehi dalam minda ke atas situasi baru, persepsi atau komunikasi simbolik yang diterima daripada orang lain, dan seterusnya, berlandaskan tindakan ini mencipta kefahaman baru terhadap isyarat-isyarat tersebut.

  • Sejak lahir, manusia adalah didedahkan dengan pelbagai isyarat dan simbol dalam bentuk bahasa daripada orang lain, dan dengan ini, mereka belajar unutk memahami, dan menginterpretasikan isyarat dan simbol tersebut.Dengan ini, manusia bukan sahaja dapat mengumpulkan persepsi, tanggapan dan kepercayaan orang lain, malah juga berupaya untuk menimbangkannya.

  • Mengikut Bordieu, seorang ahli sosiologi berpendapat sistem pendidikan mengandungi ciri habitus masyarakat.Habitus merupakan tindak balas manusia terhadap alam sekitarnya dengan cara tertentu mengikut keadaan tertentuBermula semasa sosialisasi dalam keluarga dan berubahsuai mengikut persekitarannya.Habitus-habitus individu mengandungi modal budaya yang berbeza di antara kelas sosial mereka.

  • Bordieu mengenal pasti tiga kategori kelas sosial yang mempunyai citarasa yang berbeza; iaitu citarasa sah (kelas dominan), citarasa middle brow (kelas tengah) dan citarasa popular (kelas bawah).Kelas dominan adalah mereka yang mempunyai modal budaya yang tinggi dengan citarasa sah adalah berkuasa dan berpengaruh dalam menentukan sistem pendidikan yang rasmi.Sekolah mengamalkan modal budaya kelas dominan dan autoriti guru mewakili autoriti kelas domain.

  • Pelajar-pelajar kelas bawahan yang tidak mempunyai modal budaya sekolah sering dihukum kerana tidak dapat mencapai kriteria yang bercenderung kepada kelas tengah dan kelas atasan. Ini yang diistilahkan sebagai penganiayaan simbolik.Akibatnya, prestasi pelajar yang mempunyai modal budaya dengan citarasa sah kelihatan cemerlang.

  • Semasa pentadbiran British, pendidikan vernakular Melayu yang dibekalkan oleh mereka adalah setakat dalam peringkat sekolah rendah sahaja. Tujuannya adalah mendidik anak Melayu sehingga peringkat yang hanya mampu menyara hidup di kampung sahaja.British bimbang sekiranya anak Melayu mendapat pendidikan tinggi, mereka akan menuntut hak-hak politik daripada penjajah.

  • Bagi ramai orang Melayu, mereka hanya dapat peluang menerima pelajaran setakat sekolah rendah sahaja, kecuali di peringkat latihan perguruan.Ramai orang Melayu terpaksa hidup di luar bandar dan berada dalam kawasan kemunduran dan tidak dapat bersaing dengan kaum-kaum lain yang mempunyai taraf akademik yang lebih tinggi, khasnya pelajar-pelajar yang berkelulusan tinggi daripada sekolah Inggeris. Ini menunjukkan jurang sosioekonomi di antara kaum.

  • Mengikut Teori Konflik, punca utama stratifikasi kelas sosial adalah berasaskan daripada faktor ekonomi.Punca utama konflik berlaku di antara kelas sosial pula disebabkan jurang ekonomi yang besar di antara kelas sosial.Perubahan sosial dan sistem pendidikan adalah akibat konflik yang berlaku di antara kelas sosial.Di Malaysia, perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dan konflik perkauman yang berlaku pada 13 Mei 1969.

  • Selepas daripada itu, objektif-objektif serta strategi-strategi baru telah digubal dan dibentuk dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975).Perpaduan negara menjadi matlamat yang penting sekali dalam rancangan ini.

  • Selain itu, pembentukan Dasar Ekonomi Baru merupakan ideologi yang positif untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan.Untuk mencapai matlamat ini, adalah wajar bagi kerajaan berusaha untuk menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia dengan menhapuskan identiti kaum dan kasta.

  • Rancangan-rancangan pelajaran dan latihan akan memberi sumbangan penting dalam proses mengalakkan perpaduan negara.Rancangan-rancangan ini juga memainkan peranan yang penting dalam kemajuan perbandaran kaum-kaum Bumiputera dengan menambahkan bilangan penyertaan mereka dalam kegiatan-kegiatan ekonomi moden di negara Malaysia.

  • Untuk melaksanakan rancangan pendidikan dalam empat bidang utama tersebut di atas, strategi-strategi yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kedua adalah:-

    Melaksanakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar yang utama di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat.

  • Mengurangkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pelajaran di antara kawasan-kawasan dan kaum-kaum, dengan membina sekolah-sekolah baru dan kemudahan-kemudahannya, serta menambah bilangan guru terlatih untuk sekolah-sekolah di luar bandar.

  • Membaiki mutu pelajaran dengan mengurangkan bilangan yang terkandas, membuat penilaian serta membaiki sukatan pelajaran,cara-cara mengajar, kemudahan-kemudahan nisbah di antara guru dan pelajar serta memperseimbang di antara mata pelajaran am dengan mata pelajaran sains dan teknologi.

  • Membuat penyelidikan dan penilaian pada setiap masa selaras dengan matlamat-matlamat sistem pendidikan dengam menubuhkan sebuah Pusat Pengajian Sains yang bertanggungjawab membaiki sukatan-sukatan pelajaran, pengajaran sains dan matematik, menyediakan bahan-bahan untuk kerja-kerja dan ujian-ujian makmal serta berbagai-bagai alatan untuk digunakan dalam pengajian sains

  • Secara khususnya, modal budaya merujuk kepada seseorang individu yg mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa dan budaya dr keluarga dan masyarakatnya.Budaya tersekat- merupakan halangan @ kekurangan modal budaya yg menyebabkan gagal mencapai aspirasinya khas dalam bidang akademik dan mobiliti sosial.

  • Wujud selepas perang dunia