tahniah jps negeri selangor telah berjaya...

62
Lawatan tapak ke Projek Naiktaraf Kebajikan Haiwan Zoo Negara m/s : 17 Hakcipta Terpelihara : Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor BANTUAN OPERASI PEMADAMAN KEBAKARAN HUTAN SIMPAN RANTAU PANJANG/ RAJA MUSA, MUKIM SUNGAI TINGGI m/s : 35 LAWATAN KERJA DARI BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI JPS TERENGGANU m/s : 10 TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA DIANUGERAHKAN SIJIL AMALAN 5S m/s : 5 SEMINAR KESEDARAN DAN AMANAH DALAM TUGAS PENJAWAT AWAM m/s : 27

Upload: tranduong

Post on 16-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Lawatan tapak ke Projek Naiktaraf Kebajikan Haiwan Zoo Negaram/s : 17

Hakcipta Terpelihara : Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor

BANTUAN OPERASIPEMADAMAN KEBAKARAN HUTAN SIMPAN RANTAU PANJANG/ RAJA MUSA, MUKIM SUNGAI TINGGI m/s : 35

LAWATAN KERJA DARI BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

JPS TERENGGANUm/s : 10

TAHNIAH JPS NEGERI SELANGORTELAH BERJAYA DIANUGERAHKAN

SIJIL AMALAN 5Sm/s : 5

SEMINAR KESEDARAN DAN AMANAH DALAM TUGAS

PENJAWAT AWAM m/s : 27

Page 2: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

2

Page 3: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

3

Page 4: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

SALAM PERPISAHAN DARI KAKITANGAN BAHAGIAN PEGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Pada 16 Januari 2014. Pn. Zalifah Bt. Judi telah menamatkan perkhidmatannya di BPSAH JPS Selangor dan berpindah ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor. Satu majlis perpisahan telah diadakan bagi mengenang jasa beliau yang telah berkhidmat di BPSAH JPS Selangor selama hampir 10 tahun. BPSAH mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan selama ini.

PERKAHWINAN SHAHRIZAN BIN KAMARUDDIN DAN NORATIQAH BINTI

SHARIFPada 19 Januari 2014 bertempat di kampong Bukit Hijau Jeram Kuala Selangor Encik Shahrizan Bin Kamaruddin telah menamatkan zaman bujang dengan mengahwini dengan Puan Noratiqah Binti Sharif. Selamat Menempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah wa rahmah hingga ke jannah.

Ibu pejabat

4

Page 5: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Pada 23 Januari 2014 (Khamis), JPS Negeri Selangor telah diaudit oleh Panel MPC untuk penganugerahan persijilan pelaksanaan amalan 5S. Panel Audit dari MPC terdiri daripada Abdul Majid Bin Ibrahim dan Mohd Wafi Arip. Panel Auditor ini membuat lawatan dan pemeriksaan dokumen dan fizikal amalan 5S disemua zon yang telaj diistiharkan oleh Jabatan. Alhamdulilah dan hasil keputusan pengiktirafan persijilan amalan 5S. Tahniah JPS Negeri Selangor

TAHNIAH JPS NEGERI SELANGORTELAH BERJAYA DIANUGERAHKAN

SIJIL AMALAN 5S

5

Page 6: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Pada 23-24hb Febuari 2014 (Ahad Hingga Selasa), Unit GIS dan Rekabentuk, Ba-hagian Pengurusan Maklumat (BICT) JPS Negeri Selangor telah mengadakan satu mesyuarat dan lawatan kerja di JPS Negeri Johor. Mesyuarat dan Lawatan ini dia-dakan adalah untuk memberi pendedahan dan perkongsian maklumat diantara JPS Negeri Selangor dan JPS Negeri Johor bertukar-tukar pandangan dan kerja dalam pembangunan GIS dan Sistem Maklumat.

Lawatan Kerja GIS DanKnowledge Sharing technology ict

di JPS Negeri johor

6

Page 7: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Pada 7 Mac 2014 (Jumaat), JPS Negeri Selangor telah dikunjungi dari Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat untuk lawatan kerja 5S di atas kejayaan JPS Negeri Selangor menerima Sijil Amalan 5S. Lawatan tersebut di hadiri seramai 20 orang kakitangan. Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk menimbah pengalaman dan berkongsi ilmu tentang Amalan 5s yang telah dijalankan oleh pihak JPS Negeri Se-langor

LAwatan 5S pejabat Tanah dan galian daerah kuala langat ke jps negeri selangor

7

Page 8: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

LAwatan 5s Pejabat Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor ke jps negeri selangor

Pada 31 Mac 2014 (Isnin) JPS Negeri Selangor telah menerima Lawatan dari Lem-baga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor yang diketuai oleh En. Adi Faizal Bin Ahmad Tarmizi ke JPS Negeri Selangor. Tujuan lawatan ini diadakan adalah un-tuk perkongsian pengalaman dan pengetahuan bersama JPS Selangor yang telah mendapat pensijilan 5S. Taklimat lawatan 5S ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Puan Marenawati Bt Abd Malek.

8

Page 9: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Satu lawatan telah diadakan pada 20 jun 2014 yang lepas ke rumah Hj. Abu Bakar Bin Yusuf PPSN Wilayah Persekutuan oleh Pengarah JPS Negeri Selangor bersama-sama Pegawai Kanan JPS Negeri Selangor. Lawatan ini diadakan untuk menziarah PPSN ini yang baru sahaja selamat menjalani pembedahan jantung.

Pegawai-pegawai yang terlibat dalam lawatan tersebut adalah:

En. Badaruddin Tahiruddin En. Rajaselvam A/L Govindaraju Hj. Safii Bin Ramli Ir. Hj. Fuad Bin Buang En. Roslan Bin Shamsuddin En. Zainudin Bin Ali

LAWATAN PENGARAH JPS NEGERI SELANGOR KE RUMAH MANTAN

PENGARAH JPS NEGERI SELANGOR

9

Page 10: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Pada 5-7 Februari 2014, JPS Selangor telah mengadakan Bengkel Rancangan Kerja Tahunan di Kelong, Sabak Bernam.Tujuan Bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan Perancangan Tahunan Jabatan dan penetapan rancangan kerja bagi Daerah,Bahagian/Unit di JPS Negeri Selangor.

OBJEKTIF :

1) Ahli mesyuarat berpeluang memberi pandangan dan idea

2) Memberi penekanan dan fokus terhadap aktiviti tahunan yang lebih utama

3) Meningkatkan prestasi jabatan ke arah yang lebih baik

4) Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan prestasi jabatan

5) Mengenalpasti keutamaan di dalam sistem penjawatan di dalam organisasi

6) Menghasilkan output yang dapat memberi impak dan faedah yang lebih baik kepada agensi/jabatan kerajaan dan swasta serta orang awam.

BENGKEL RANCANGAN KERJA TAHUNAN DI SABAK BERNAM

10

Page 11: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Kursus Budgeting & Monitoring System (BMS)

Bahagian Pembangunan Korporat JPS Negeri Selangor telah mengadakan satu kursus Budgeting and Monitoring System kepada semua Pegawai Penyedia bagi Laporan Kemajuan Kewangan (LKK) dari setiap bahagian dan daerah. Kursus BMS ini diadakan bertujuan bagi memperkenalkan sistem LKK secara online yang diwujudkan bagi membantu Pegawai Penyedia LKK memeriksa dan memantau prestasi perbelanjaan yang dibuat mengikut vot peruntukan supaya tidak melebihi had peruntukan yang diterima oleh setiap bahagian dan daerah.Kursus ini juga diadakan bagi bertujuan untuk memberi latih tubi kepada semua Pegawai Penyedia LKK di bahagian dan daerah agar berkemahiran dan sistem BMS dapat digunakan serta difahami secara menyeluruh. Kursus BMS ini turut dihadiri oleh 2 orang wakil dari setiap daerah dan 1 orang wakil dari setiap bahagian dengan menjadikan jumlah kehadiran adalah seramai 20 orang. Penceramah kursus ini daripada Syarikat Speedminer Sdn. Bhd. En. Micheal Ong.

11

Page 12: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Bengkel Pengenalan Masma 2nd Edition, Mesyuarat MBJ dan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Bil 2/2014Bertempat di Hotel Grand Continental Kuching, Sarawak, tiga program telah dijalankan dalam tempoh 3 hari bermula 14 Februari 2014 hingga 16 Februari 2014 yang lalu. Program anjuran bersama Bahagian Saliran Mesra Alam menerangkan pembangunan se-cara menyeluruh dengan menggunapakai garis panduan MASMA Edisi Kedua yang merupakan intipati kandungan di dalam bengkel pengenalan tersebut.Tambahan juga perkongsian ilmu berkaitan pembangunan yang berteraskan eco sistem turut diperkenal-kan bagi menjana pendapatan ekonomi, persekitaran dan sosial dengan mengurangkan penggunaan kos ke atas bekalan air dan struktur serta turut memberi faedah kepada para peserta yang hadir. Dalam pada itu juga Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) turut diadakan bagi tujuan perkongsian pendapat dan idea dari wakil pekerja bersama pihak pengurusan atasan di samping memberi input dan maklumat terkini berkaitan ma-salah-masalah yang dihadapi oleh pekerja bawahan.Perbincangan yang diadakan telah menghasilkan beberapa usul yang diberikan oleh wakil pekerja selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara pihak pengurusan atasan bersama pekerja. Mesyuarat Tindakan Pembangunan JPS Negeri Selangor Bil 2/2014 juga turut diadakan bagi tu-juan.pembentangan ke atas prestasi perbelanjaan kewangan dari setiap bahagian dan daerah yang mana ianya meliputi dari sumber peruntukan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.Ianya juga bertujuan untuk memantau prestasi perbelanjaan yang dibuat mengikut vot peruntukan tidak melebihi had peruntukan yang diterima oleh seti-ap Bahagian dan daerah.

12

Page 13: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Pada 20 Februari 2014, BPSAH telah menganjurkan kursus Kutipan Data Menggunakan Peralatan Baru HOBO. Peralatan ini adalah alat perakam menyukat hujan jenis automatik. Tujuan kursus diadakan adalah untuk memahirkan lagi kegunaan peralatan yang baru diperkenalkan itu. Latihan cara pemasangan dan penggunaanya serta pemprosesan data pada sistem TIDEDA,demonstrasi pemasangan telah diadakan di stesen hujan Taman Bukit Rawang Jaya.

Kursus Kutipan Data Menggunakan Peralatan Baru HOBO

13

Page 14: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

SAMBUTAN HARI KELAHIRAN BAHAGIAN PENGURUSAN ASET

Pada 27 Febuari 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Cempaka, Bahagian Pengurusan Aset JPS Negeri Selangor telah mengadakan satu majlis bagi menyambut hari lahir bagi pegawai aset En. Hairul Azhar Bin jais dan juga En. Shahrizan Bin Kamaruddin. Ucapan terima kasih kepada semua pegawai Bahagian Pengurusan Aset yang telah menjayakan dan tidak lupa juga kepada Timbalan Pengarah Operasi Pn. Marenawati Binti Abd Malek yang turut serta memeriahkan Majlis.

14

Page 15: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

LAWATAN KERJA DARI BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI JPS NEGERI TERENGGANU

Pada 19 Mac 2014, BPSAH JPS Selangor telah menerima satu lawatan kerja daripada Bahagian Sumber Air dan Hidrologi JPS Terengganu yang diketuai oleh En. Shukri bin Mamat (Pegawai Hidrologi Negeri JPS Terengganu) bersama 15 orang kakitangan. Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan hubungan dan berkongsi pengalaman kerja di negeri masing-masing. Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ir. Hj. Ab. Qahar bin Osman, Pengarah JPS Selangor dan seterusnya taklimat ringkas oleh En. Danapal A/L Kannusamy,Pegawai Hidrologi Negeri. Lawatan ke stesen telemetri, siren dan Stesen Rangkaian Hidrologi Nasional (RHN) TTDI Jaya juga telah diadakan.

15

Page 16: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

PERSIDANGAN PEMBANTU TADBIR BIL.1/2014

Pada 25-26 Mac 2014 JPS Negeri Selangor telah mengadakan Persidangan Pembantu Tadbir Bil.1/2014 bertempat di Hotel Goldcoast, Morib. Persidangan Pembantu Tadbir diadakan bagi tujuan untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan pentadbiran di bahagian/daerah.

BENGKEL PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) BAHAGIAN UKUR

BAHAN DAN KONTRAK (BUBK) 2014Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak (BUBK) JPS Negeri Selangor telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pada 26 Februari 2014 yang bertempat di Seksyen 17, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), Shah Alam.Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi panduan dan pendedahan kepada kakitangan baru dalam mengisi SKT dan sasaran kerja yang perlu dicapai bagi semua kakitangan BUBK di sepanjang perkhidmatan dengan JPS Negeri Selangor.

Selain itu, bengkel ini juga dapat menyeragamkan susunan sasaran kerja tahunan kakitangan yang mempunyai gred jawatan yang sama.Bengkel ini disampaikan oleh En. Muhammad Fairuz Bin Md. Yusof selaku Penolong Pengarah (Ukur Bahan) di Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak, JPS Negeri Selangor.

16

Page 17: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

PERHIMPUNAN PAGI BERSAMA PENGARAH JPS NEGERI SELANGOR

Pada 3 Mac 2014 JPS Selangor telah mengadakan Perhimpunan Pagi Bersama Pengarah JPS Negeri Selangor. Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah sebagai medium Pengarah JPS Negeri Selangor untuk menyampaikan amanat-amanat beliau kepada kakitangan JPS Negeri Selangor dan juga untuk mengeratkan lagi hubungan antara Pengarah dan kakitangan.

Tahniah kepada Penolong Pengarah Bahagian pengurusan Aset Puan Bazliah Binti Jamhari yang telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Basyiratul Amani Binti Mohd Amir Ridhwan pada 9 Mac 2014 di Hospital Sungai Buloh

KELAHIRAN BAYI

17

Page 18: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Pada 13-14 Mac 2014, Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak (BUBK) JPS Negeri Selangor telah menganjurkan Kursus Pentadbiran Kontrak bertempat di Seksyen 17, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), Shah Alam.Tujuan utama kursus ini dijalankan ialah untuk memberi pendedahan kepada semua kakitangan Ukur Bahan JPS Negeri Selangor dan Daerah mengenai pentingnya syarat-syarat kontrak dan pekeliling-pekeliling terkini yang perlu dipatuhi semasa menjalankan projek. Penceramah terdiri daripada kakitangan Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak JPS Negeri Selangor iaitu En. Muhammad Fairuz Bin Md. Yusof, Pn. Norjanaton Bt Sarpan dan Pn. Nor Ashikin Bt Karim. Seramai 40 orang yang menyertai kursus ini yang mana peserta kursus ini terdiri daripada kakitangan di JPS Negeri Selangor dan Daerah yang terlibat secara langsung di dalam pengurusan projek.

KURSUS PENTADBIRAN KONTRAK TAHUN 2014

18

Page 19: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Seminar Protokol & Etiket SosialBertempat di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Daerah Sepang, Bahagian Pembangunan Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah mengadakan Seminar Protokol dan Etiket Sosial pada 16 Mac 2014 sehingga 18 Mac 2014 (Ahad – Selasa) khusus disasarkan kepada semua Pegawai Pengurusan Profesional di Bahagian Ibu Pejabat JPS Negeri Selangor dan juga semua Pegawai Pengurusan Profesional di JPS Daerah. Bahagian Pembangunan Korporat selaku penganjur telah menjemput En Mohd Hafiz bin Nik Mustapha sebagai penceramah untuk seminar tersebut.Seminar ini amat menekankan prinsip keyakinan diri pada kelakuan dan cara berkomunikasi kerana imej yang profesional dan positif adalah penting dalam membentuk keperibadian diri yang sempurna selain bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama peserta Objektif seminar ini turut memberi pendedahan kepada peserta kursus bagaimana keperibadian dan imej dapat mempengaruhi pretasi kerja dan pandangan orang luar terhadap individu di samping menilai peribadi diri,

keyakinan dan sikap dalam membina personaliti unggul dan imej yang positif. Selain itu, kursus ini juga dapat membantu teknik komunikasi bukan lisan, protokol dan etika dalam membina jaringan dan perhubungan yang berterusan dengan pelanggan disamping memahami kuasa pandangan pertama. Seramai 20 orang peserta mengikuti kursus pada kali ini. Selain itu juga para peserta didedahkan dengan topik etika sosial yang merangkumi etika makan dan pergaulan sosial serta etika dalam kepelbagaian majlis. Objektif seminar ini turut memberi pendedahan kepada peserta kursus bagaimana keperibadian dan imej dapat mempengaruhi pretasi kerja dan pandangan orang luar terhadap individu di samping menilai peribadi diri, keyakinan dan sikap dalam membina personaliti unggul dan imej yang positif. Selain itu, kursus ini juga dapat memban-tu teknik komunikasi bukan lisan, protokol dan etika dalam membina jaringan dan perhubungan yang berterusan dengan pelanggan disamping memahami kuasa pandangan pertama. Seramai 20 orang peserta mengikuti kursus pada kali ini.Selain itu juga para peserta didedahkan dengan topik etika sosial yang merangkumi etika makan dan pergaulan sosial serta etika dalam kepelbagaian majlis.

19

Page 20: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Pada 18hb-21hb Mac 2014, Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak JPS Negeri Selangor telah mengadakan Bengkel Perakuan Akaun dan Bayaran Muktamad Bilangan 1 Tahun 2014. Bengkel ini diketuai oleh Tuan Haji Safii bin Ramli selaku ketua Pasukan Petugas bagi ‘Taskforce’ Perekasayaan Prosuder Kerja Perakuan Akaun Muktamad yang bertempat di Seksyen 17, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), Shah Alam. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk menutup akaun projek yang telah lama disiapkan dan seterusnya menamatkan ikatan kontrak yang terjalin diantara klien dan kontraktor. Sebanyak 18 buah projek telah disenaraikan dengan anggaran siap keseluruhan adalah sebanyak 70%.

BENGKEL PENYEDIAAN PERAKUAN AKAUN MUKTAMAD BILANGAN 1 TAHUN 2014

KURSUS CARUMAN PARIT BAHAGIAN SALIRAN MESRA ALAM

Pada 6-8 Mac 2014 Bahagian Saliran Mesra Alam (BSMA) JPS Negeri Selangor telah mengadakan kursus Caruman Parit dan juga lawatan ke JPS Negeri Pulau Pinang. Lawatan tersebut di ketuai oleh Timbalan Pengarah II Tuan Haji Nazif dan juga semua kakitangan Bahagian Saliran Mesra Alam. Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk menimba ilmu pengetahuan dari pihak JPS Negeri Pulau Pinang yang mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang Caruman parit.

20

Page 21: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

21

Page 22: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

LAWATAN KE KILANG GROSS POLLUTANT TRAP (GPT) DI BANDAR RINCHING SEMENYIH SELANGOR

Pada 22 Januari 2014 yang lepas kakitangan JPS Gombak bahagian teknikal telah mengadakan lawatan ke kilang pembekal Gross Pollutant Trap (GPT) di bandar Rinching Semenyih Selangor. Lawatan bertujuan untuk mempelajari dan mengenali produk GPT. Selain itu,kita juga akan dapat mempelajaran fungsi GPT ketika di tapak. Sebanyak 21 lokasi GPT yang dipasang dari persimpangan leburaya duke MRR 2 Au2 Sungai Klang sehingga Kuala Ampang Daerah Gombak Selangor. Bertujuan dapat mengurangkan pencemaran sungai dan mengawal pembuangan sisa-sisa sampah ke dalam sungai di Sungai Klang.

Daerah Gombak

22

Page 23: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Lawatan tapak ke Projek Naiktaraf Kebajikan Haiwan Zoo Negara bersama Ketua Pengarah JPS Malaysia, Y.Bhg Datuk Ir.Hj Ahmad Husaini Bin Sulaiman bersama Tuan Pengarah JPS Negeri Selangor Pada 26 Mac 2014.Tujuan lawatan ini diadakan sebagai persedian ‘serah tapak’ kepada pihak Zoo Negara.

Lawatan tapak ke Projek Naiktaraf Kebajikan Haiwan Zoo Negara

23

Page 24: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

24

Page 25: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Pada 24 Januari 2014 JPS Hulu langat telah megadakan ‘Program Solusi Kesihatan Pada Masa Kini’ di Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Langat anjuran Yayasan Winners4life. Penceramah jemputan iaitu En.Muhamad Najib Mokhtar telah hadir untuk menerangkan pemasalahan penyakit, virus dan bakteria yang semakin menular di dunia, bukan sahaja kalangan dewasa yang mengidap penyakit kronik malah kanak-kanak zaman sekarang juga terdedah

kepada pelbagai penyakit yang serius. Ini adalah berpunca daripada system imun tubuh yang lemah di mana tubuh tidak kuat melawan penyakit. Untuk menguatkan system imun ini, pihak 4life Research telah memperkenalkan produk Transfer Factor dimana peratusan untuk meningkatkan system imun amat tinggi sehingga 283% -437% berbanding ubatan lain. Pihak Winners juga memberi sijil penyertaan dan cenderahati kepada peserta.

SEMINAR SOLUSI KESIHATAN

Daerah H. Langat

25

Page 26: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

GOTONG ROYONG PINDAH PEJABAT BARU

Pada 31 Januari 2014 Kakitangan JPS Hulu Langat mengadakan gotong royong khusus bagi perpindahan pejabat baru. Semangat kerjasama yang erat di kalangan kakitangan melancarkan lagi pemindahan ini.

Alamat baru JPS Hulu Langat ialah; Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Langat,Jalan Persiaran Kemajuan,Seksyen 16, 43650 Bandar Baru BangiNo. Telefon : 03-89252473 Faks : 03-89251990

26

Page 27: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

LAWATAN KE BANDUNG, INDONESIA

Pada 14 Februari 2014 Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial Hulu Langat telah mengadakan lawatan ke Bandung, Indonesia pada 14/2/14 hingga 16/2/14. Lawatan selama 3 hari 2 malam itu kerjasama daripada Tourism Selangor Travel & Tours. Bandung terkenal dengan toko gedung membeli belah. Antara tempat yang dilawati ialah Gedung Merdeka, Riau Factory Outlet, Tangkuban Perahu (Gunung Berapi), CIATER Hot Spring dan banyak lagi. Sebelum balik, kami sempat juga membuat lawatan ke kedai kek yang terkenal di Bandung iaitu Kartikasari, Primarasa dan Amanda. Ini adalah program tahunan Kelab Sukan. Pada tahun lepas, Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial Hulu Langat mengadakan lawatan ke Jogjakarta, Indonesia.

27

Page 28: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA MENTERI BESAR

Pada 7 Mac 2014 Kakitangan JPS Hulu Langat menjayakan Perhimpunan Pagi Bersama Jabatan-jabatan Kerajaan Hulu Langat sempena Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) bersama Dato’ Menteri Besar Selangor Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim. Perhimpunan pagi ini berlangsung di Dewan Utama Pejabatan Agama Islam Daerah Hulu Langat. Turut hadir Pegawai Daerah Hulu Langat iaitu Dato’ Haji Mohd Amin b. Ahmad Ahya dan Yang Dipertua MPKj iaitu Y.Bhg Dato’ Hasan Nawawi b. Abd. Rahman.

28

Page 29: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

29

Page 30: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

SAMBUTAN HARI LAHIR

Selamat Hari Lahir di ucapkan kepada Tn. Hj Tarmidzi bin Sapwani, Tn Hj Kapli bin Damin, Suliman bin Said, Zanariah binti Kadimin, Suyeati binti Dahlan, Noraishah binti Busrah, Hifny bin Suyod dan Rosli bin Sahar. Pada 10hb. Januari 2014, satu majlis telah diadakan bagi menyambut hari lahir kepada kakitangan yang lahir pada bulan December. Majlis yang diadakan secara berkala ini diadakan pada tiap-tiap bulan yang diselaraskan oleh Puan Syarifah Suhada binti Mohd Tohir. Bertujuan mengeratkan hubungan sesama kakitangan, muhasabah diri dalam peningkatan umur dan juga memperingatkan tarikh luput lesen memandu yang jatuh pada tarikh lahir masing-masing.

Daerah K. Selangor

30

Page 31: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

PROGRAM BACAAN YASIN DAN TAHLIL.

Program ini diadakan pada setiap bulan untuk mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kakitangan perbagai peringkat selain memberi peluang kepada kakitangan yang berhajat tertentu seperti menghadiahkan pahala bacaan dan mohon safa’at Rasulullah S.A.W untuk dilimpahkan kepada keluarga yang telah pergi lebih dahulu, mendoakan seseorang yang sakit mohon disembuhkan dan mohon dimakbulkan hajat oleh Allah S.W.T. Program ini dikelolakan oleh Biro Agama dan Pendidikan dibawah seliaan Tuan Hj Tarmidzi bin Sapwani.

31

Page 32: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI BERSAMA JURUTERA DAERAH JPS KUALA SELANGOR.

Bahagian pentadbiran JPS Daerah Kuala Selangor telah mengadakan ‘Majlis Perhimpunan Pagi’ pada 27hb. Januari 2014 bertempat diperkarangan Pejabat JPS Daerah Kuala Selangor. Menghimpunkan seramai 100 orang kakitangan dari perbagai peringkat jawatan telah bersama-sama mendengar pesanan dari Tuan Jurutera Daerah bagi pembentukan ‘team building’ yang kukuh dan berharap semua kakitangan dapat memberi komitmen dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberi. Sebelum majlis bermula, peserta sama- sama menyanyikan lagu Negara Ku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Perkhidmatan Awam. Kemudian majlis disambung dengan dua taklimat oleh PNSB bertajuk ‘Dimensi Baru, Merancang Kewangan Anda’ dan ‘ Persediaan Kewangan untuk Umrah dan Haji’ oleh Etiqa Maybank.

32

Page 33: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

SEMINAR KESEDARAN DAN AMANAH DALAM TUGAS PENJAWAT AWAM.

Pada 28hb.Januari 2014, JPS Daerah Kuala Selangor telah mengadakan seminar yang bertajuk “Kesedaran dan Amanah dalam tugas Penjawat Awam”. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Miswan bin Jumat seorang penceramah bebas yang telah mengupas isu-isu tanggungjawab, amanah dan implikasi dari pespektif Islam. Dalam ucapan aluan oleh Tuan Jurutera Daerah, Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak yang telah berjaya menganjurkan program ini dan kehadiran kakitangan hampir 90 peratus dari 226 orang amat memuaskan. Berharap kita semua dapat manfaat diatas apa disampaikan dalam ceramah itu nanti Insa’Allah.

33

Page 34: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

34

Page 35: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

LAWATAN DARIPADA BAHAGIAN REKABENTUK DAN EMPANGAN (BRE) JPS MALAYSIA KE CHECK DAM, BUKIT BAJA DAERAH SEPANG

Pada 8 Januari 2014 satu lawatan daripada Bahagian Rekabentuk dan Empangan (BRE) JPS Malaysia yang diketuai oleh En. Ir. Leong Tak Meng (Pengarah, BRE) bersama-sama dengan 9 orang pegawai daripada bahagian tersebut telah mengadakan lawatan ke Check Dam, Bukit Baja Daerah Sepang.En. Ahmad Azizi b. Ariffin (Jurutera Daerah, JPS Daerah Sepang) telah membawa rombongan tersebut ke tempat lokasi dan menyampaikan taklimat mengenai struktur Check Dam tersebut. Lawatan itu juga turut dihadi-ri Tuan Hj. Safii b. Ramli (Jurutera Daerah, JPS Daerah Klang).

Daerah Sepang

35

Page 36: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

36

Page 37: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw MAKSAK JPS Selangor yang telah diadakan pada 18hb Januari 2014 (Sabtu)

Juara - JPS Sepang Naib Juara - JPS Sabak Bernam Ketiga - JPS Hulu Selangor ‘A’ Keempat - JPS Kuala Selangor ‘B’ Tekong terbaik - Norhairi Norham Bin Hamid (JPS Sepang) Apit kanan Terbaik - Nor hisham Bin Nordin (JPS Sbk Bernam) ApitKiriTerbaik - SafiqAddlyBinAmran(JPSSepang)

Turut memeriahkan lagi kejohanan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Pembangunan I Tuan Ir. Azman Bin Yahya yang telah menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang.

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MAKSAK JPS SELANGOR.

Daerah H. Selangor

37

Page 38: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Selangor telah mengadakan jamuan perpisahan untuk Encik Mohd Khairul Rizal Bin Azli yang telah berpindah ke JPS Daerah Kuala Selangor pada 3 Februari 2014 dengan ucapan Selamat Maju Jaya.

MAJLIS PERPISAHAN kakitangan

38

Page 39: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Selangor menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Sepak Takraw MAKSAK Daerah Hulu Selangor 2014 yang telah diadakan pada 22hb Februari 2014.Pertandingan disertai oleh Jabatan-Jabatan/ Agensi Kerajaan di Daerah Hulu Selangor menyertai pertandingan tersebut. TAHNIAH!!!, kepada Pasukan Sepak Takraw JPS Daerah Hulu Selangor yang telah mendapat tempat Naib Juara daripada 9 pasukan yang menyertai pertandingan tersebut dan hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Maksak Daerah Hulu Selangor Tuan Tukiman Bin Nail.

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MAKSAK DAERAH HULU SELANGOR

2014

39

Page 40: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

TAKLIMAT TUKAR LANTIK KAKITANGAN JPS DAERAH HULU SELANGOR

Taklimat Tukar Lantik Kakitangan ini telah diadakan pada 26hb Februari 2014 dan telah disampaikan oleh Encik Nurul Azhar Bin Husin Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan JPS Selangor bagi menerangkan lebih lanjut mengenai pertukaran skim telah diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2013 sebelum menandatangani opsyen pertukaran skim tersebut dan seramai 23 orang kakitangan JPS Daerah Hulu Selangor yang terlibat dalam pertukaran skim tersebut.

40

Page 41: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

BANTUAN OPERASI PEMADAMAN KEBAKARAN HUTAN SIMPAN RANTAU

PANJANG/ RAJA MUSA, MUKIM SUNGAI TINGGI.

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Selangor telah diarahkan oleh Jawatan kuasa Krisis Dan Bencana Daerah pada 28hb Februari 2014 untuk membina parit bagi menyalurkan air ke kawasan kebakaran bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi kerja-kerja pemadaman kebakaran yang dianggarkan seluas lebih 100 Hektar. Turut turun padang ke kawasan kebakaran Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal Dan Elektrikal Tuan Ir. Rajaselvam a/l Govindaraju berserta Skuad Khas daripada JPS Bahagian Mekanikal Dan Elektrikal (BPME) Shah Alam yang membekalkan pam air.

41

Page 42: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Selangor mengucap Selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada :-

i. En. Rosli Bin Badros - 02 Januari 1959ii. En. Halim Bin Haji Masri - 08 Januari 1965iii. En. Karunakaran A/L Velautham - 11 Februari 1959iv. En. Balasubramaniam A/L Batumalai - 23 Februari 1960v. En. Mohd Jais Bin Sahak - 26 Februari 1971vi. Omar Bin Othman - 04 Mac 1969

Semoga sihat, bahagia di dunia serta di akhirat, dan dipermudahkan dalam segala urusan ataupun kerja serta dilindungi dibawah rahmat ALLAH SWT.

MERAIKAN SAMBUTAN HARI LAHIR KAKITANGAN JPS DAERAH HULU SELANGOR YANG DILAHIR PADA BULAN JANUARI - MAC

Sekilas pandang......

42

Page 43: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

43

Page 44: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Daerah K. Langat

Pada 19hb. Februari 2014 bertempat di Dewan Sri Langat JPS Daerah Kuala Langat diadakan satu taklimat tukar lantik perkhidmatan yang telah disampaikan oleh En. Nurul Azhar Bin. Husin Pegawai Tadbir Diplomatik Bahagian Khidmat Pengurusan JPS Negeri Selangor dengan dibantu oleh Pn. Azura bt. Zainal Arrifin dan Pn. Hamidah bt. Abd. Aziz . Taklimat ini diadakan bertujuan memberi penerangan lebih lanjut mengenai pertukaran skim yang telah diumumkan oleh JPA

MAJLIS TAKLIMAT TUKAR LANTIK PERKHIDMATAN

44

Page 45: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Pada 15hb. Januari. 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Kuala Langat telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidul Rasul dan Majlis Perpisahan. Penceramah jemputan adalah YBH. Ustaz Mohd Faizal B. Mat Jidin.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN JPS KUALA LANGAT

45

Page 46: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Pada 15hb. Februari. 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Kuala Langat satu Taklimat Geo Bag telah diadakan dan juga sesi menyambut kedatangan kakitangan baru. Taklimat telah disampaikan oleh Syarikat PENCATE Sdn. Bhd. Bagi menerangkan keistimewaan dan kelebihan apabila menggunakan teknologi geo bag.

MAJLIS TAKLIMAT GEO BAG DAN MENYAMBUT KEDATANGAN

KAKITANGAN BARU KE JPS KUALA LANGAT

46

Page 47: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

47

Page 48: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Daerah Sabak BernamPERJUMPAAN ANTARA JURUTERA DAERAH DENGAN KAKITANGAN JPS DAERAH SABAK BERNAM

Pada 7hb Januari 2014 satu perjumpaan antara Jurutera Daerah dengan kakitangan JPS telah diadakan. Perjumpaan telah diadakan di Dewan JPS Jalan Sungai Limau.Pada asalnya Tuan Jurutera yang sepatutnya mempengerusi perjumpaan ini tetapi disebabkan ada perkara lain yang tidak dapat dielakkan, Penolong Jurutera Encik Mohd Yusrizal Bin Mohd Amiruddin dan Encik Mohd Sukri Bin Ahmad telah menggantikan beliau,Sesi dialog antara antara kakitangan dan Penolong Jurutera turut diadakan.

48

Page 49: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

KEJOHANAN BOWLING KESUKE ANJURAN JPS DAERAH SABAK BERNAM

2014

Pada 10hb Januari 2014 yang lepas, telah diadakan satu Kejohanan Bowling KESUKE anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan JPS Daerah Sabak Bernam bertempat MEGALANES 1Plaza, Kuala Selangor. Seramai 40 orang kakitangan JPS yang telah menyertai kejohanan ini. Pemain terdiri dari pegawai dan kakitangan.Sebanyak 5 kategori dipertandingkan iaitu Kumpulan terbaik, Individu terbaik, High Score, Low Score & Straight 4 strike. Kejohanan telah diadakan dengan meriah sekali dengan kehadiran kakitangan yang lain sebagai penyokong. Kejohanan selesai pada jam 11.45 malam.

49

Page 50: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

MAJLIS SAMBUTAN DAN PERARAKAN SEMPENA MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM 1435H / 2013M

Pada 24b Januari 2014 satu Majlis Sambutan Dan Perarakan Sempena Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sabak Bernam telah diadakan. Perarakan ini melibatkan 30 pasukan dari setiap jabatan kerajaan, sekolah-sekolah dan badan-badan sukarela.Perarakan bermula pada pukul 8.00 pagi. Tempat berkumpul serta permulaan perarakan ini di Tonggak 10, Sungai Besar dan berakhir di Masjid Makmuriah, Parit 1,Sungai Besar.Majlis sambutan dan perarakan ini turut mengadakan pertandingan Sepanduk Kreatif dan Pasukan yang Tercantik. JPS Daerah Sabak Bernam telah memenangi tempat ketiga dalam kategori Sepanduk Kreatif.

50

Page 51: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

CERAMAH MOTIVASI : NABI MUHAMMAD TAULADAN SEPANJANG ZAMAN Majlis Ceramah Motivasi dengan tajuk Muhammad Tauladan Sepanjang Zaman telah diadakan pada 7hb Februari 2014 bertempat di Dewan JPS Jalan Sungai Limau.Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Mohd Farid Bin Dawan, Pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang, Sabak Bernam. Majlis dimulai dengan bacaan Yassin yang diketuai oleh En.Azli Bin Shahbudin.

KAKITANGAN JPS SABAK BERNAM ENCIK MOHD SARNEN BIN TOPO

KEMALANGAN

Pada 21hb Februari telah berlaku kemalangan yang melibatkan kakitangan JPS Daerah Sabak Bernam iaitu Mohd Sarnen Bin Topo.Beliau yang dalam perjalanan pulang untuk rehat tengahari telah dilanggar sebuah lori di Taliair 6, Sungai Leman. Beliau telah tercampak kedalam parit yang berhampiran dan mengalami kecederaan yang serius di bahagian kaki.Beliau telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buluh dan kaki kanan beliau terpaksa dipotong kerana kaki beliau hancur tertusuk besi. Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.Timbalan Pengarah Operasi Puan Marenawati Binti Abd Malek telah berkesempatan menziarah beliau ketika di Hospital Sungai Buluh.

51

Page 52: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

TAKLIMAT TUKAR LANTIK SKIM PERKHIDMATAN KAKITANGAN

JPS NEGERI SELANGORSatu Taklimat Tukar Skim Perkhidmatan Kakitangan telah di adakan pada 25hb Februari 2014 bertempat di Dewan Seri Bernam.Taklimat disampaikan oleh Encik Nurul Azhar Bin Husin, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan dari JPS Negeri Selangor.Pertukaran skim ini melibatkan juruteknik, pelukis pelan, operator loji, pemandu kenderaan, tukang,

pembantu pejabat dan pekerja awam.Sesi dialog turut diadakan bagi memberi peluang kepada kakitangan yang terlibat bertanya dengan lebih lanjut mengenai pertukaran skim ini.

Salah seorang kakitangan JPS Daerah Sabak Bernam iaitu Puan Gomathi a/p Kandasamy telah didapati mengidap penyakit ketumbuhan pada payu dara. Beliau kini sedang bercuti selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tersebut.

52

Page 53: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

KEJOHANAN BADMINTON ANTARA AHLI PUSPANITA DAERAH SABAK BERNAM

Satu Kejohanan Badminton Antara Ahli Puspanita telah diadakan dari 17hb. hingga 20hb.Mac 2014 di Dewan Seri Bernam.Tujuan diadakan kejohanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara ahli puspanita. Puan Sharizan Binti Sakdom dan pasangannya Puan Norhafizah Binti Hussin dari JPS Daerah Sabak Bernam telah mendapat tempat kedua setelah kalah dengan wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam.

53

Page 54: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

SESI PERUNDINGAN PIHAK BERKEPENTINGAN PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN PENGURUSAN BERSEPADU HUTAN PAYA GAMBUT SELANGOR UTARA 2014-2023

Pada 19hb Mac 2013 telah diadakan Sesi Perundingan Pihak Berkepentingan Peringkat Daerah Sabak Bernam Dalam Penyediaan Rancangan Pengurusan Bersepadu Hutan Paya Gambut Selangor Utara 2014-2023 telah diadakan di D’Bayu Impian Housestay, Sungai Panjang.Sesi Perundingan ini melibatkan Pejabat Daerah Sabak Bernam, Majlis Daerah Sabak Bernam, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan Dan Saliran serta agensi-agensi kerajaan dari jabatan lain.Antara aktiviti yang diadakan adalah taklimat berhubung isu-isu penampan dan lawatan tapak di zon penampan Daerah Sabak Bernam, perbincangan dalm kumpulan dan pembentangan kumpulan.Majlis berakhir pada jam 5.00 petang.

54

Page 55: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

MAJLIS JAMUAN MERAIKAN PUAN HAJAH NORMAH BINTI SULONG YANG BERSARA PADA 25/03/2013

Satu majlis jamuan meraikan persaraan Puan Hajah Normah Binti Sulong telah diadakan di Pejabat Pentadbiran JPSSB.Beliau telah berkhidmat selama 33 tahun. Antara jabatan kerajaan yang pernah beliau bertugas ialah Pejabat JAIS Shah Alam, Jabatan Kerja Raya Daerah Sabak Bernam, Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Sabak Bernam dan akhir sekali di Jabatan Pengairan Dan Saliran Sabak Bernam sebagai Pembantu Kewangan W22.

55

Page 56: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

MESYUARAT KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KESUKE) JABATAN

PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH SABAK BERNAM KALI KE 22

Mesyuarat Agung Kali ke 22 Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKE) JPS Daerah Sabak Bernam telah diadakan pada 31 Mac 2014 jam 2.00 petang bertempat di Sabak Bernam Convention Centre, Sabak Bernam. Majlis dimulai dengan kata- kata aluan dari YDP KESUKE iaitu Tuan Jurutera Daerah sendiri. Majlis diteruskan dengan pembentangan aktiviti sepanjang tahun oleh Setiausaha KESUKE iaitu En.Mohd Sukri Bin Ahmad. Di sambung pula dengan pembentangan perbelanjaan kelab oleh En.Mohd Fauzi Bin Dato Baharin. Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan makan.

KAKITANGAN JPS DAERAH SABAK BERNAM YANG BERPENCEN

MUHAMAD RABEA BIN HAJI DURAHMAN

R4 (KUP)10.020.2014

NORMAH BINTI SULONGW22 (KUP)26.03.2014

56

Page 57: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

57

Page 58: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Daerah PetalingMAJLIS PERPISAHAN DAN KENANGAN BERSAMA TN.HJ.ISHAK BIN SAMSUDDIN

58

Page 59: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

Terima kasih Atas

Jasamu Selama ini...

59

Page 60: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

MAJLIS GOTONG ROYONG BERSAMA PELAJAR UITM DI PUSAT KOMUNITI SUNGAI PENCHALA SELANGOR

60

Page 61: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah

61

Page 62: TAHNIAH JPS NEGERI SELANGOR TELAH BERJAYA …water.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2014/sekilas-6_1_2014.pdfMenempuh alam rumah tangga dan didoakan sentiasa sakinah mahabah