sekilas alumni unimas 6 sekilas alumni unimas 7 sekilas ... filetun dr mahathir bin mohamad erbilang...

2
Meriah Tun Dr Mahathir Bin Mohamad Negarawan Terbilang Penaung Alumni UNIMAS UNIMAS NO 161 DARIPADA 500 UNIVERSITI TERBAIK ASIA 2012 Bil.2 2012 OKTOBER Sekilas Alumni UNIMAS 9 Sekilas Alumni UNIMAS 8 Sekilas Alumni UNIMAS 7 Sekilas Alumni UNIMAS 6 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah memperbaiki kedudukan dengan mendapat kedudukan ke-161 - 170 di kalangan 500 universiti di Asia menurut QS Asian University Rankings 2012 baru-baru ini. Pencapaian membanggakan ini menyaksikan UNIMAS mencatat penambahbaikan daripada tangga ke 191- 200 pada tahun 2011. Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid, Naib Canselor UNIMAS menyifatkan kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan kepada semua usaha gigih warga UNIMAS dan juga dorongan untuk meneruskan lagi usaha untuk mencapai keputusan terbaik dalam semua bidang yang diceburi. Beliau berkata, “bendera UNIMAS bukan lagi berkibar megah sebagai universiti tempatan tetapi juga telah mencipta nama di kalangan universiti terbaik di Asia”. QS Asian University Rankings, melalui kerjasama dengan akhbar The Chosun Ilbo dari Korea Selatan telah menerbitkan hasil kaji selidik terhadap universiti-universiti terbaik Asia melalui laman web www.topuniversities.com sejak tahun 2009 Sambutan Ulangtahun ke-20 Tahun UNIMAS pada tahun ini juga amat bermakna kerana sejak tertubuhnya universiti ini di Bumi Kenyalang pada 24 Disember 1992, UNIMAS telah mentransformasikan wajah Kota Samarahan kepada Bandar Ilmu dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang canggih dan kondusif. UNIMAS juga mempunyai kompleks Sukan yang bertaraf antarabangsa dengan kemudahan seperti kolam renang, stadium, dewan futsal, dewan badminton dan padang permainan seperti bolasepak, tenis , takraw, bola keranjang dan ragbi. UNIMAS sentiasa berusaha untuk sentiasa bergerak ke hadapan dan relavan dengan perubahan masa. WE LOVE UNIMAS! Unit Perhubungan Alumni dan Komunikasi , Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan perjumpaan alumni UNIMAS Zon Timur pada hari Sabtu, 3 Mac 2012 bertempat di Restoran Syam, 594 Jalan Hospital, Kota Bharu Kelantan pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Perjumpaan ini adalah untuk alumni UNIMAS yang berada di Kelantan,Terengganu dan Pahang. Objektif perjumpaan ini adalah untuk membina hubungan sepanjang hayat di antara alumni dan UNIMAS. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk mengumpul kembali para alumni mengikut zon masing-masing dan dapat memberi ruang kepada alumni berkenalan lebih mesra . Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan semasa perjumpaan ini termasuklah sesi perbincangan dan pemilihan Jawatankuasa untuk Zon Timur. Perjumpaan ini dihadiri oleh Prof Mohd Fadzil Abd. Rahman,Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bersama Puan Hajah Noorma Ismail, Penolong Pendaftar Kanan Unit Perhubungan Alumni dan Komunikasi UNIMAS. Sejak konvokesyen UNIMAS yang pertama tahun 1997, UNIMAS kini mempunyai seramai 16,184 orang alumni. Jumlah ini adalah termasuk 1,145 orang alumni UNIMAS daripada luar Negara. ALUMNI UNIMAS MEDIA Oleh: Noorma Ismail dalam Perjumpaan Alumni UNIMAS Zon Selatan telah berlangsung pada 17 Mac 2012 di Universiti Tun Husein Onn (UTHM) Batu Pahat Johor, Seramai hampir 30 orang alumni UNIMAS telah hadir ke perjumpaan yang julung kali di adakan di Zon Selatan yang merangkumi alumni di negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Perjumpaan Zon Selatan adalah merupakan acara kemuncak sesi perjumpaan di enam buah zon seluruh negara yang telah berlangsung sejak tahun 2011. Perjumpaan dimulakan dengan sesi ‘ice breaking’ , Taklimat Alumni UNIMAS oleh Hajah Noorma Ismail, Ucapan Aluan wakil Zon Selatan dan Ucapan TNC HEPA, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman. Turut hadir bersama ialah TNC HEPA UTHM dan Pengarah Alumni UTHM serta ahli keluarga alumni UNIMAS. Pada majlis ini, lagu UNIMAS, UNIMAS Gemilang telah dinyanyikan beramai-ramai oleh semua alumni dan tayangan multimedia gambar-gambar UNIMAS Kampus Barat telah membawa rasa terharu dan sebak kepada beberapa orang alumni yang hadir kerana mengenang jasa UNIMAS sepanjang pengajian mereka. TNC HEPA dalam ucapannya menyeru semua alumni UNIMAS untuk menyokong UNIMAS dalam apa juga bentuk bagi membuktikan rasa penghargaan alumni kepada universiti yang telah memberi bimbingan kepada mereka selama ini. Sambil menyifatkan UNIMAS sebagai sebuah universiti yang terbaik dan menyediakan kemudahan yang terbaik, TNC HEPA sempat juga menjemput semua alumni untuk berkunjung ke UNIMAS dan melihat sendiri pembangunan UNIMAS pada masa kini. “Kita bercadang untuk mengadakan Alumni Parade dan UNIMAS Alumni Home Coming Dinner pada tahun ini dan kita berharap semua alumni UNIMAS akan memberi sokongan dengan hadir ke dua-dua majlis ini nanti “, ujar beliau yang memaklumkan kedua-dua majlis ini mungkin akan diadakan semasa Majlis Konvokesyen UNIMAS tahun ini. ZON SELATAN ZON TIMUR We are only 20 but we have achieved many Happy 20th Anniversary UNIMAS... Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, Negarawan Terbilang telah dengan secara rasminya menerima lantikan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai Penaung Alumni UNIMAS berkuatkuasa pada 29 Februari 2012. Beliau adalah mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan negarawan ulung yang telah menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang moden, makmur dan disegani di dunia. Beliau adalah alumni UNIMAS yang sangat disanjung tinggi dan menerima Ijazah Kehormat Pengajian Pembangunan pada satu Majlis Konvokesyen Khas pada tahun 2004 di Dewan UNIMAS Kampus Timur. Pada majlis tersebut UNIMAS telah menghadiahkan beliau sebuah video klip khas berjudul “Negarawan Terbilang” yang telah diarahkan oleh Encik Anuar Ayob (FSGK), sementara lagu oleh Encik Mohd Hafiz Askiak (FSGK) dan lirik oleh Hajah Noorma Ismail (UKK). Tun Dr Mahathir Bin Mohamad juga banyak berjasa kepada UNIMAS dan merupakan Perdana Menteri Malaysia yang telah meletakkan batu asas UNIMAS pada 31 Ogos 1993. Semoga dengan lantikan Negarawan Terbilang ini akan menambahkan inspirasi perjuangan UNIMAS khasnya dan alumni UNIMAS amnya untuk terus memajukan UNIMAS ke arah kegemilangan pada masa hadapan.

Upload: truonghuong

Post on 29-Apr-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MeriahTun Dr Mahathir Bin Mohamad Negarawan Terbilang

Penaung Alumni UNIMAS

UNIMAS NO 161 DARIPADA 500 UNIVERSITI TERBAIK ASIA 2012

Bil.2 2012OKTOBER

Sekilas Alumni UNIMAS 9Sekilas Alumni UNIMAS 8Sekilas Alumni UNIMAS 7Sekilas Alumni UNIMAS 6

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah memperbaiki kedudukan dengan mendapat kedudukan ke-161 - 170 di kalangan 500 universiti di Asia menurut QS Asian University Rankings 2012 baru-baru ini. Pencapaian membanggakan ini menyaksikan UNIMAS mencatat penambahbaikan daripada tangga ke 191-200 pada tahun 2011. Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid, Naib Canselor UNIMAS menyifatkan kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan kepada semua usaha gigih warga UNIMAS dan juga dorongan untuk meneruskan lagi usaha untuk mencapai keputusan terbaik dalam semua bidang yang diceburi. Beliau

berkata, “bendera UNIMAS bukan lagi berkibar megah sebagai universiti tempatan tetapi juga telah mencipta nama di kalangan universiti

terbaik di Asia”. QS Asian University Rankings, melalui kerjasama dengan akhbar The Chosun Ilbo dari Korea Selatan telah

menerbitkan hasil kaji selidik terhadap universiti-universiti terbaik Asia melalui laman web www.topuniversities.com sejak tahun 2009

Sambutan Ulangtahun ke-20 Tahun UNIMAS pada tahun ini juga amat bermakna kerana sejak tertubuhnya universiti ini di Bumi Kenyalang pada 24 Disember 1992, UNIMAS telah mentransformasikan wajah Kota

Samarahan kepada Bandar Ilmu dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang canggih dan kondusif. UNIMAS juga mempunyai kompleks Sukan

yang bertaraf antarabangsa dengan kemudahan seperti kolam renang, stadium, dewan futsal, dewan badminton dan padang permainan seperti bolasepak, tenis , takraw, bola keranjang dan ragbi. UNIMAS sentiasa berusaha untuk sentiasa bergerak ke hadapan dan relavan dengan perubahan masa.

WE LOVE UNIMAS!

Unit Perhubungan Alumni dan Komunikasi , Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan perjumpaan alumni UNIMAS Zon Timur pada hari Sabtu, 3 Mac 2012 bertempat di Restoran Syam, 594 Jalan Hospital, Kota Bharu Kelantan pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Perjumpaan ini adalah untuk alumni UNIMAS yang berada di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Objektif perjumpaan ini adalah untuk membina hubungan sepanjang hayat di antara alumni dan UNIMAS. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk mengumpul kembali para alumni mengikut zon masing-masing dan dapat memberi ruang kepada alumni berkenalan lebih mesra .

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan semasa perjumpaan ini termasuklah sesi perbincangan dan pemilihan Jawatankuasa untuk Zon Timur.

Perjumpaan ini dihadiri oleh Prof Mohd Fadzil Abd. Rahman,Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bersama Puan Hajah Noorma Ismail, Penolong Pendaftar Kanan Unit Perhubungan Alumni dan Komunikasi UNIMAS.

Sejak konvokesyen UNIMAS yang pertama tahun 1997, UNIMAS kini mempunyai seramai 16,184 orang alumni. Jumlah ini adalah termasuk 1,145 orang alumni UNIMAS daripada luar Negara.

ALUMNI UNIMAS

MEDIA

Oleh: Noorma Ismail

dal

am

Perjumpaan Alumni UNIMAS Zon Selatan telah berlangsung pada 17 Mac 2012 di Universiti Tun Husein Onn (UTHM) Batu Pahat Johor, Seramai hampir 30 orang alumni UNIMAS telah hadir ke perjumpaan yang julung kali di adakan di Zon Selatan yang merangkumi alumni di negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Perjumpaan Zon Selatan adalah merupakan acara kemuncak sesi perjumpaan di enam buah zon seluruh negara yang telah berlangsung sejak tahun 2011.

Perjumpaan dimulakan dengan sesi ‘ice breaking’ , Taklimat Alumni UNIMAS oleh Hajah Noorma Ismail, Ucapan Aluan wakil Zon Selatan dan Ucapan TNC HEPA, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman. Turut hadir bersama ialah TNC HEPA UTHM dan Pengarah Alumni UTHM serta ahli keluarga alumni UNIMAS.

Pada majlis ini, lagu UNIMAS, UNIMAS Gemilang telah dinyanyikan beramai-ramai oleh semua alumni dan tayangan multimedia gambar-gambar UNIMAS Kampus Barat telah membawa rasa terharu dan sebak kepada beberapa orang alumni yang hadir kerana mengenang jasa UNIMAS sepanjang pengajian mereka.

TNC HEPA dalam ucapannya menyeru semua alumni UNIMAS untuk menyokong UNIMAS dalam apa juga bentuk bagi membuktikan rasa penghargaan alumni kepada universiti yang telah memberi bimbingan kepada mereka selama ini. Sambil menyifatkan UNIMAS sebagai sebuah universiti yang terbaik dan menyediakan kemudahan yang terbaik, TNC HEPA sempat juga menjemput semua alumni untuk berkunjung ke UNIMAS dan melihat sendiri pembangunan UNIMAS pada masa kini.

“Kita bercadang untuk mengadakan Alumni Parade dan UNIMAS Alumni Home Coming Dinner pada tahun ini dan kita berharap semua alumni UNIMAS akan memberi sokongan dengan hadir ke dua-dua majlis ini nanti “, ujar beliau yang memaklumkan kedua-dua majlis ini mungkin akan diadakan semasa Majlis Konvokesyen UNIMAS tahun ini.

Z O N S E L A T A N Z O N T I M U R

We are only 20 but we have achieved many

Happy 20th Anniversary UNIMAS...

Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, Negarawan Terbilang telah dengan secara rasminya menerima lantikan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai Penaung Alumni UNIMAS berkuatkuasa pada 29 Februari 2012.

Beliau adalah mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan negarawan ulung yang telah menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang moden, makmur dan disegani di dunia. Beliau adalah alumni UNIMAS yang sangat disanjung tinggi dan menerima Ijazah Kehormat Pengajian Pembangunan pada satu Majlis Konvokesyen Khas pada tahun 2004 di Dewan UNIMAS Kampus Timur.

Pada majlis tersebut UNIMAS telah menghadiahkan beliau sebuah video klip khas berjudul “Negarawan Terbilang” yang telah diarahkan oleh Encik Anuar Ayob (FSGK), sementara lagu oleh Encik Mohd Hafiz Askiak (FSGK) dan lirik oleh Hajah Noorma Ismail (UKK).

Tun Dr Mahathir Bin Mohamad juga banyak berjasa kepada UNIMAS dan merupakan Perdana Menteri Malaysia yang telah meletakkan batu asas UNIMAS pada 31 Ogos 1993.

Semoga dengan lantikan Negarawan Terbilang ini akan menambahkan inspirasi perjuangan UNIMAS khasnya dan alumni UNIMAS amnya untuk terus memajukan UNIMAS ke arah kegemilangan pada masa hadapan.

UNIMAS MOVING FORWARD

PENASIHATProf Datuk Dr Khairuddin Ab. HamidNaib Canselor

PENGERUSIProf Mohd. Fadzil Abd. RahmanTimbalan Naib Canselor HEPA

TIMBALAN PENGERUSIPuan Zuraidah AbasKetua Pusat Khidmat Pelajar

KETUA EDITORPuan Hjh. Noorma IsmailKetua Unit Perhubungan Alumni & KomunikasiEmail: [email protected]

PEMBACA PRUF/EDARANMohd. Afandi Mat SaniNorliza WajihiKhaimi Dan

MAKLUMAT LANJUT:UNIT PERHUBUNGAN ALUMNI DAN KOMUNIKASIPUSAT KHIDMAT PELAJAR, BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNIUNIVERSITI MALAYSIA SARAWAKTEL: 082-581843/1851FAKS : 082-581850

?TAHUKAH ANDA

Memberi khidmat serta membina rangkaian hubungan sepanjang hayat dengan semua alumni di

seluruh negara agar para alumni dapat menyumbang semula dalam

pelbagai bentuk dan corak khidmat bakti ke arah mencapai matlamat

kecemerlangan UNIMAS.

Sekilas Alumni UNIMAS 3 Sekilas Alumni UNIMAS 5

MISI

VISIMewujudkan satu jaringan komunikasi dan kerjasama yang unggul dan kukuh di

kalangan alumni dan UNIMAS serta warganya.

Saiful Bahari Bin Amra Ramly merupakan pelajar yang pertama mendaftar di UNIMAS dengan nombor pelajar 93-3-001. Bekas Pelajar Fakulti Sains Sosial ini sekarang menjawat jawatan sebagai Pengurus Projek, Verde Mount Corporation Sdn. Bhd.

Majlis Konvokesyen Pertama UNIMAS diadakan pada tahun 1997 di Dewan Undangan Negeri (DUN) lama Kuching . Pada tahun 1998 dan 1999 konvokesyen kemudiannya diadakan di Dewan UNIMAS Kampus Timur sehingga Majlis Konvokesyen ke-10. Pada tahun 2000, Majlis Konvokesyen diadakan di Stadium Perpaduan Petra Jaya. Majlis Konvokesyen UNIMAS 2011 telah diadakan di DeTAR (Dewan Tunku Abdul Rahman) PUTRA.

Unit Perhubungan Alumni dan Komunikasi UNIMAS ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 2009 di Pusat Khidmat Pelajar (PKP) oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman. Segala urusan alumni sebelum ini ditadbir di bawah Pusat Pemajuan Pelajar.(PPP)

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) maju selangkah lagi dalam dunia penerbitan apabila berjaya menerbitkan Buletin Sekilas Alumni. Keluaran sulungnya telah dicetak untuk edaran kepada graduan UNIMAS yang bergraduat pada bulan Oktober tahun 2011. Buletin ini memuatkan segala hal ehwal yang berkaitan dengan alumni UNIMAS dan diterbitkan setahun sekali. Ianya dapat dicapai oleh semua alumni UNIMAS secara online di laman web www.hep.UNIMAS.my dan UNIMAS alumni group di Facebook.com

Majlis pelancaran buletin ini telah diadakan bersama dengan pelancaran button

badge We are HEPi @ UNIMAS di majlis Merdeka Raya Aidil Fitri HEPA 2011 pada 27 September 2011. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh TNC HEPA, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman.

Buletin yang terbaru ini akan menambahkan lagi koleksi penerbitan di HEPA. Penerbitan yang sedia ada ialah Buku Panduan Pelajar, Majalah MYHEP@UNIMAS, Buku Dasar dan Polisi HEPA.

Program Sirih Pulang ke Gagang Alumni UNIMAS 2011

Oleh: Hajah Noorma Ismail

Program Sirih Pulang ke Gagang telah diadakan pada 2-4 Disember 2011. Objektifnya adalah untuk mengeratkan ukhuwah di antara rakan alumni UNIMAS di pelbagai peringkat tahun pengajian. Program yang berlangsung selama dua hari tersebut telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk lawatan ke fakulti-fakulti dan Majlis Ramah Tamah bersama staf fakulti, pertandingan boling persahabatan antara alumni dan staf UNIMAS dan juga lawatan ke sekitar bandaraya Kuching.

Acara kemuncak adalah jamuan makan malam bersama TNC (HEPA) UNIMAS, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman serta jemputan khas ahli Majlis Dekan UNIMAS yang berlangsung di Dewan Banquet DeTAR PUTRA UNIMAS. Seramai lebih kurang 200 alumni UNIMAS bersama ahli keluarga menghadiri program tersebut. Alumni terlibat datang dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Acara jamuan makan malam diserikan oleh alunan muzik dan tarian tradisional etnik Sarawak serta persembahan kumpulan BAYU, Unit Kebudayaan UNIMAS. Rakan-rakan alumni telah meluangkan masa selama tiga jam bermesra bersama rakan-rakan dan bekas pensyarah masing-masing.

Program ini akan meneruskan tradisinya sebagai acara tahunan alumni di samping program-program alumni UNIMAS yang lain terutamanya di peringkat zon seluruh Malaysia.

DATARAN UNIMASTEL: Dr. Abd Halim Busari

( 082-581585)Dygku Zyzy Cemylya ( 082-581234)

Banquet , DeTAR PUTRA TEL: Mohd Razip( 082-582935)

Siti Nur Lydia( 082-583031)

 

Alumni UNIMAS boleh membantu mempromosikan UNIMAS melalui pelbagai cara. Terima kasih kepada Tan Weison yang telah berkongsi poster ini di laman facebooknya.

Terbitan: Unit Perhubungan Alumni dan Komunikasi

Muhammad Hasbullah Md Najib, Alumni UNIMAS yang juga mantan YDP MPP sesi 2009/2010 dan juga Ketua Alumni UNIMAS Zon Selatan pada 17 Mac 2012 yang lalu adalah antara 25 orang calon yang terpilih sebagai calon akhir Imam Muda daripada pemohon-pemohon seluruh negara.

ALUMNI UNIMAS ANTARA25Alumni UNIMAS MENYINAR DALAM SUKAN BINA BADAN

CALON AKHIR IMAM MUDA 2012

Peringkat 1 :

Bacaan AL-Fatihah, surah lazim dan ayat tebuk

Ujian Bertulis

Peringkat 2 :

Muhammad Hasbullah Md Najib bukan sahaja melepasi kriteria kelayakan iaitu

1. Lelaki Muslim2. Umur 18 hingga 30 tahun3. Warganegara dan BUKAN warganegara Malaysia4. Fasih berbahasa Melayu5. Mempunyai latarbelakang agama Islam yang baik

Beliau telah ke kem pemilihan Imam Muda Musim ke-3 selama seminggu pada 22 April 2012 ini dan daripada situ hanya 10 orang yang akan dipilih sebagai peserta Imam Muda Musim ke-3 yang akan bersiaran di Astro 106.

Beliau yang akan menerima segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen UNIMAS pada bulan Oktober 2012 ini. Akhirnya tidak terpilih dalam 10 orang peserta akhir.Namun ia menjadi pengalaman berguna buat beliau.

Imam Muda adalah sebuah konsep siri pencarian televisyen yang dihasilkan oleh Astro bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia. Program Imam Muda bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintergriti dan kredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin dalam masyarakat.

BIODATANama penuh : Sharafuddin b. SamuriTarikh Lahir : 19 JANUARI 1988No. Kad Pengenalan : 880119-03-5373Alamat : LOT-1089A KG BAUNG BATU 3 ¾, JLN PENGKALAN CHEPA 15400 KOTA BHARU, KELANTAN.Jantina : LelakiUmur : 24 TahunStatus Perkahwinan : Bujang / Anak ke 4 dari 7 beradik. Agama : IslamWarganegara : MalaysiaNo. Telefon : 017-9336810E-mel : [email protected] : Program Seni Halus, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) tahun 2007 – 2010

Mei 2012 mendaftar sebagai pelajar siswazah dalam bidang Seni Halus (Seni Elektronik) di bawah penyeliaan Pensyarah FSGK En Anuar Ayob

MR. 1 MALAYSIA, DI PULLMAN SARAWAK. NAIB JOHAN 2010MR. KUCHING NAIB JOHAN 2011MR.SARAWAK NAIB JOHAN 2011MR.BORNEO DI SABAH JOHAN 2011MR.SARAWAK JOHAN 2012MR. MALAYSIA ANJURAN KARNIVAL CHAMP OF CHAMP 2012NEGERI SARAWAK DI MIRI JOHAN MR. MALAYSIA KETIGA 2012OPEN THAILAND DALAM PERSEDIAAN OCT 2012

Sekilas Alumni UNIMAS 4

Ujian Personaliti, Ujian IQ dan Pengucapan awam

Peringkat 3 :

Kemaskini info anda bagi memastikan anda mempunyai profail yang terkini dalam sistem data UNIMAS. Ini akan membantu UNIMAS menguruskan maklumat graduan UNIMAS secara sistematik dan membina hubungan sepanjang hayat dengan alumninya.

Oleh : Mohd Razip Asaruddin

PRESENTFUTURE

PAST

PERTANDINGAN YANG PERNAH DISERTAI SEPANJANG DI UNIMAS KEJOHANAN PENCAPAIAN TAHUN

WE UNIMASwww.alumni.unimas.my

THE BEST GIFT

Bermula dengan sukan olahraga 100 meter  di Kelantan Sharafuddin B. Samuri kemudian telah dipinjam oleh   Persatuan Bina Badan Kelantan sebagai atlet mereka dan bertanding untuk Kejohanan Mr Kelantan pada tahun 2006 semasa di Tingkatan 6 rendah.  Akhirnya percubaan pertama yang sekadar ‘suka-suka’ akhirnya berakhir dengan menjuarai Mr Kelantan dan menewaskan 15 orang peserta lain di peringkat akhir.

Melalui kemenangan ini beliau terpilih memasuki pertandingan Mr Malaysia mewakili Kelantan pada tahun 2006.  Pada masa ini beliau mula berjinak dengan gimnasium dan baru belajar ‘diet’.  Tahun 2006 ini juga merupakan tahun awal, beliau memulakan karier dalam bidang bina badan.

Tahun 2007 , beliau menjadi Juara Mr Kelantan dan Mr Malaysia. Beliau berasa amat bangga dengan pencapaian ini dan lebih menggembirakan selepas 4 hari bergelar Juara Mr Malaysia di Sabah, beliau telah mendaftar sebagai pelajar baru UNIMAS di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) dan memulakan kehidupan sebagai mahasiswa UNIMAS pada tahun 2007. Tahun berikutnya, beliau berehat selama 2 tahun iaitu 2008 dan 2009 untuk memberi tumpuan kepada Pelajaran. Kemudian kembali aktif pada tahun 2010 dengan mendapat Naib Johan di Kejohanan Mr 1Malaysia di Sarawak. Seterusnya beliau terus meningkat maju dengan menjadi Naib Juara  Mr Kuching, dan Mr Sarawak tahun 2011 dan seterus menjuarai Mr Borneo sebagai wakil Sarawak di pertandingan yang diadakan di negeri Sabah.

Pada tahun 2012, beliau sekali lagi menjuarai MR Sarawak, Juara Mr Gym 1Malaysia di Sibu dan Juara Champ of the Champ dengan menewaskan  lima peserta yang lain.  Beliau juga mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Mr Malaysia di Sabah Julai lalu.

Beliau optimis untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan bina badan dengan memasang keazaman untuk menjuarai Mr Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.  Beliau berterima kasih kepada ibunya, Sepiah Mohd Firus atas sokongan dan semangat serta keluarga terdekat. Beliau juga berharap untuk turut berjaya dalam bidang pengajian yang diikutinya di UNIMAS kerana beliau mahu menjadi ahli sukan yang berpengajian tinggi dan menjadi contoh kepada generasi muda. Beliau bangga menjadi pelajar UNIMAS, seronok belajar di Sarawak dengan berbagai pengalaman manis dan akan membawa bendera UNIMAS di setiap kejohanan yang disertainya.

PARADE10 OKTOBER 2012

7.30 MALAM

Home ComingDINNER

11 OKTOBER 20127.30 MALAM

Daftar & Kemaskini