ibu pejabat - water.selangor.gov.mywater.selangor.gov.my/images/majalah_sekilas/2019/majalah sekilas...

31

Upload: others

Post on 08-Jan-2020

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

IBU

PEJ

ABA

T

Pada 18 Januari 2019, bertempat di dewan bankuet, Jubli Perak SUK Selangor, MAKSAK JPS Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Aspresiasi dan Jasamu Dikenang MAKSAK JPS Negeri Selangor bertujuan untuk meraikan para Atlet JPS Negeri Selangor yang telah bertungkus lumus berjuang meraih kejayaan di Acara Sukan JPS Malaysia tahun 2018, Kemenangan ini adalah yang pertama JPS Negeri Selangor berada di tempat kedua daripada 14 negeri yang bertanding, Yang dipertua MAKSAK JPS Negeri Selangor mengucapkan Tahniah kepada para Atlet yang telah berjuang menaikkan nama JPS Negeri Selangor antara negeri-negeri yang lain. Sehubungan den-gan itu juga, Yang dipertua MAKSAK JPS Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah dan berterima kasih kepada Ahli Jawatankuasa MAKSAK JPS Negeri Selangor dan juga uruse-tia-urusetia yang bertugas secara langsung ataupun tidak langsung kerana berjaya mengelola dan menguruskan dalam segala aspek di majlis tersebut. Majlis ini juga meraikan Tuan Hj Badaruddin akan besara dan juga Yang dipertua MAKSAK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada beliau atas jasa dan tunjuk ajar beliau sepanjang perkhidmatan beliau selama 35 tahun berada dalam perkhidmatan awam.

MAJLIS APRISIASI DAN JASAMU DIKENANG MAKSAK 2019

IBU

PEJ

ABA

T

1

KURSUS TAKLIMAT KAKITANGAN CONTRACT OF SERVICES (COS)

Pada 21 Februari 2019, Jabatan Pengairan Dan Saliran Selangor telah mengadakan Takli-mat Pemerkasaan Dan Pemantapan Urusan Perkhidmatan Pegawai Contract Of Service (COS) bertempat di Dewan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Taklimat ini telah dihadiri seramai 90 orang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan kontrak JPS Selan-gor termasuk di daerah. Taklimat ini merupakan anjuran Unit Pembangunan Modal Insan Ino-vasi Dan Kreatif (UPMIIK) JPS Selangor telah menjemput pemceramah daripada SUK Tingkat 3 Bahagian Sumber Manusia untuk memberikan taklimat tersebut.Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan dan penerangan kepada pegawai-pegawai dan kakita-gan JPS Selangor yang telah dilantik secara kontrak mengenai syarat-syarat lantikan dan pena-matan kontrak serta elaun dan kemudahan yang disediakan untuk pegawai dan kakitangan yang dilantik secara kontrak.

MESYUARAT SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) 2019 DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN BIL.2/2019 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEG-ERI SELANGOR

Pada 28 Februari sehingga 2 Mac 2019, JPS Negeri Selangor telah mengada-kan Mesyuarat Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2019 dan Mesyuarat Pembangunan Bil.2/2019 bertempat di Bayview Hotel Georgetown, Pulau Pinang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ir. Hj. Azmi Bin Ibrahim, Pengarah JPS Negeri Selangor. Objektif mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan dan menetapkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Jabatan bagi tahun 2019 bagi mencapai sasaran dan kpi yang telah ditetapkan oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan JPS Malaysia

IBU PEJA

BAT

2

IBU PEJA

BAT

BENGKEL PERBINCANGAN REKABENTUK ‘CONSTRUCTED WETLAND CELL (CWC)’ SUNGAI PENCHALABengkel Perbincangan Rekabentuk ‘Constructed Wetland Cell (CWC)’ Sungai Penchala tel-ah diadakan pada 31 Januari 2019 bertempat di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya. Bengkel ini dianjurkan oleh Global Environment Centre (GEC) dengan kerjasama Yayasan SPARK ini telah dirasmikan oleh Tn Ir Hj Azmi Bin Ibrahim, Pengarah Pengairan dan Saliran Neg-eri Selangor. Ia bertujuan untuk mendapatkan pandangan pakar- pakar daripada pelbagai bidang teknikal berkenaan cadangan meletakkan CWC di dalam Sungai Penchala sebagai kaedah biologi untuk merawat kualiti air. Sebagai makluman kualiti air Sungai Penchala di kawasan Petaling Jaya adalah kelas 4. Bengkel yang disertai pakar bidang seperti JPS, JAS, MBPJ, NAHRIM, Perbadanan Putrajaya dan lain- lain ini diharap mampu menghasilkn kaedah yang murah, mudah dan berkesan untuk merawat kualiti air.

3

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM GOTONG ROYONG GREEN SUNGAI BATU FOR ALLPada 23 Mac 2019 bertempat di Kompleks Bougainvillea, Kampung Sungai Kertas, Gombak, Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor bekerjasama dengan pihak MPKK Dun Sungai Tua menganjurkan Program gotong royong Green Sungai Batu for All. Program ini diadakan adalah sebagai suatu inisiatif komuniti dibawah Projek River of Life Public Outreach Programme (ROL-POP) yang bertujuan untuk melahirkan semangat mencintai dan menghargai sungai di kalangan masyarakat setempat, Program ini telah dijalankan selama 4 minggu dan melibatkan sebanyak 7 komuniti di sekitar Sungai Batu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Amirudin Bin Shari.

KURSUS INDUKSI DAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN KETUA BLOK KAWASAN PENGAIRAN NEGERI SELANGOR SESI 2019/2020

Pada 20 April 2019 bertempat di Laman Mazmida 2, Kampung Sungai Limau, Sungai besar, Sa-bak Bernam Selangor Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah menganjurkan kursus Induksi dan Majlis Penyerahan watikah pelantikan ketua blok kawasan pengairan Negeri Selan-gor sesi 2019/2020. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Ir. Izham Bin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Insudtri Asas Tani dan dalam ucapan beliau berharap agar lantikan ketua-ketua blok perlu memainkan peranan penting dan berusaha agar semua maklumat berkaitan pertanian disampai ke komuniti dengan leb-ih tepat dan bijak. Seramai 300 peserta yang telah dilantikan mewakili Ketua Blok di Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

4

LAWATAN SAMBIL BELAJAR JPS PAHANG KE JPS NEGERI SELANGORPada 8 April 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Cempaka, JPS Negeri Selangor telah dikunjungi oleh kakitangan JPS Negeri Pahang. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk mendengar dan melihat sendiri serta berkongsi maklumat dan pengetahuan tentang kaedah-kaedah pemantauan pasir yang menyuumbang kepada pembangunan industri pasir yang dijalan oleh JPS Negeri Selan-gor. Lawatan ini juga telah di sambut oleh En Yusri Bin Abd Jalil Timbalan Pengarah Operasi JPS Negeri Selangor dan taklimat telah disampaikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd. (KSSB).

Tanggal 13 Januari 2019 (Ahad), warga Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak (BUBK) telah dijemput bagi meraikan majlis perkahwinan Encik Nizar Muizz bin Zahari dengan pasangannya, Puan Farah Farhana binti Mohamad Faudzal di Dewan Serbaguna Kampung Kuantan, Jalan Bukit Kuda, Klang. Majlis berlangsung dengan meriah. Kami warga BUBK mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan mendoakan semoga rumah tangga yang di bina berkekalan hingga ke syurga. Tahniah sekali lagi di ucapkan kepada Encik Nizar Muizz bin Zahari.

MAJLIS PERKAHWINAN PEGAWAI UKUR BAHAN

5

TAKLIMAT PEROLEHAN SEBUTHARGA DAN PENTADBIRAN KONTRAK

Pada 13hb Mac 2019 (Rabu) bertempat di Bilik Seminar, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, BUBK telah menganjurkan taklimat ringkas berkenaan Perolehan Sebutharga dan Pen-tadbiran Kontrak. Tujuan utama kursus ini dijalankan ialah untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Daerah mengenai pentingnya syarat-syarat kontrak dan pekeliling-pekeliling terkini yang perlu dipatuhi semasa menguruskan sebutharga dan projek.Penceramah jemputan untuk taklimat ini adalah En. Farhan Hakim bin Jaafar, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Ukur Bahan dan Kon-trak, JPS Selangor. Seramai 20 orang peserta telah menyertai kursus ini yang mana peserta kursus ini terdiri daripada pegawai dan kakitangan di Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah yang terlibat secara langsung di dalam pengurusan sebutharga dan projek.

MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL DI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Pada 12 Februari 2019, Unit Pentadbiran mengadakn majlis perpisahan kepada Cik Norainin Sofiya Binti Abdul Razak yang telah tamat menjalani praktikal di Unit Pentadbiran bertempat di bilik makan bahagian pentadbiran. Kesemua pegawai dan kakitangan bahagian ini menghadiri majlis tersebut iaitu seramai 22 orang. Majlis ini dianjurkan oleh unit pentadbiran bagi menghargai kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh melaksanakan praktikal di unit pentadbiran. pihak jabatan amat berbesar hati dengan pencapaian beliau sepanjang menjalankan praktikal.

6

TAKLIMAT “BAHAYA DADAH”

Pada 8 Mac 2019, Unit integriti JPS Selangor telah mengada-kan satu taklimat berkenaan bahaya dadah yang bertempat di Bilik Mesyuarat Cempaka. Taklimat ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan JPS Selangor seramai 42 orang. Unit integriti jps se-langor telah menjemput pegawai daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memberikan taklimat.Tujuan taklimat ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan makluman tentang bahaya pengunaan dadah terhadap diri sendi-ri dan kesan sekiranya seseorang penjawat awam yang terlibat dalam ketagihan dadah.

SAMBUTAN HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIAPada 2 April 2019, Bahagian Khidmat Pengurusan JPS Selangor telah menyertai Sam-butan Hari Autism Sedunia yang dianjurkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bertempat di ruang legar Bahagian Khidmat Pengurusan. Semua kakitangan bahagian ini telah melibatkan diri iaitu seramai 22 orang.Tujuannya adalah memberi kesedaran kanak-kanak autism juga perlu diberikan sokongan dan perhatian daripada orang awam.

7

MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN SAMBILANPada 15 April 2019, Bahagian khidmat pengurusan Jps Selangor telah melaksanakan majlis perpihan bagi kakitangan sambilan yang berkhidmat di bahagia pentadbiran yang diadakan di bilik makan BKP . Semua kakitangan bahagian khidmat pengurusan telah melibatkan diri iaitu seramai 22 orang.Majlis ini diadakan sempena hari terakhir beliau berkhidmat di jps selangor sebagai pembantu tandir (p/o) n19 sambilan. Selain itu, juga majlis ini adalah untuk menghargai beliau yang telah banyak membantu meringgankan kerja-kerja di bahagian ini. Pihak kami mendo-akan agar beliau akan terus maju di masa akan datang.

PEMERIKSAAN KUTIPAN HASIL TAHUNAN DAN ANGGARAN HASIL TAHUN 2020

Pada 26 apr i l 2019, uni t kewangan telah menjalank-an pemeriksaan kut ipan hasi l tahunan dan anggaran hasi l tahunan 2020 yang diadakan di b i l ik mesyuarat Pengarah. Tujuan pemeriksaan tersebut di ja lankan adalah untuk mel ihat keupayaan jabatan untuk me-mungut set iap jenis hasi l bagi tahun semasa dan tahun 2020 serta keupayaan memungut tunggakan terkumpul tahun-tahun sebelum ini .

8

MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN SAMBILAN

MAJLIS PERPISAHAN TIMBALAN PENGARAH OPERASI - Tuan Yusri Bin Abdul JalilP a d a 3 0 A p r i l 2 0 1 9 , B a h a g i a n K h i d m a t P e n g u r u s a n J P S S e l a n g o r t e l a h m e l a k s a n a k a n m a j l i s p e r p i s a h a n b a g i T i m b a l a n P e n g a r a h O p e r a s i i a i t u T u a n Y u s r i B i n A b d J a l i l . M a j l i s i n i d i a d a k a n d i B i l i k B e n q u e t J P S S e l a n g o r y a n g d i h a d i r i s e r a m a i 2 3 o r a n g y a n g t e r d i r i d a r i p a d a k a k i t a n g a n J P S S e l a n g o r B a h a g i a n K h i d m a t P e n g u r u s a n . M a j l i s i n i a d a l a h u n t u k m e m b e r i p e n g h a r g a a n b u a t T u a n Y u s r i B i n A b d J a l i l y a n g a k a n b e r p i n d a h k e J P S M a l a y s i a . K a m i d i b a h a g i a n B K P a k a n s e n t i a s a m e n d o a k a n k e s e j a h t e r a a n d a n k e j a y a a n t u a n b u a t m a s a a k a n d a t a n g .

PROGRAM PENGENALAN DAN PELANCARAN JENTERA BARU KOMATSU HYDRAULIC EXCAVATOR

Bahagian Pengurusan Aset JPS Selangor te lah d i jemput o leh p ihak UMW Equip-ment Sdn Bhd untuk menghadi r i ke program pengenalan dan pelancaran jentera baru syar ikat tersebut yang te lah d iadakan pada 16 Januar i 2016 ber tempat d i Audi tor ium UMW Equipment Sdn Bhd Seksyen 15 Shah Alam. Seramai 14 orang kak i tangan Jabatan turut ter l ibat d i da lam program i tu .

9

PENYERAHAN RASMI KENDERAAN BARU JABATAN TAHUN 2019Bahagian Pengurusan Aset JPS Selangor te lah mener ima satu (1) un i t kender-aan baru jen is P ick Up ( Isuzu D Max) dar i pembekal ia i tu Automot ive Corpora-t ion Malays ia Sdn Bhd. Pembel ian kenderaan tersebut te lah d i lu luskan mela lu i Peruntukan One Off Tahun 2019. Penyerahan te lah d isempurnakan o leh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Mekanika l dan Elekt r ika l (BPME) ber tempat d i BPME JPS Selangor

10

MESYUARAT AGONG KELAB SUKAN KEBAJIKAN DAN SOSIAL (KSKS) JPS SHAH ALAM KALI KE 16

Mesyuara t Agong KSKS JPS Shah A lam te lah d iadakan pada 26 Mac 2019 ber -tempat d i B i l i k Mesyuara t Cempaka, JPS Se langor. Pembentukan AJK Baharu bag i ses i 2019 – 2020 te lah ber jaya d i laksanakan. Moga KSKS JPS Shah A lam te rus maju da lam apa jua yang te lah d i rancang.

KURSUS SESI TAKLIMAT DAN LATIHAN BAGI PENGENDALIAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM KESELAMATAN KAMERA LITAR TER-TUTUP (CCTV) DI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGORBahagian Pengurusan Maklumat & GIS telah mengadakan satu sesi Taklimat dan Latihan bagi Pengendalian Dan Penyelenggaraan Sistem Keselamatan Kamera Litar Tertutup (CCTV) kepada kakitangan jabatan yang terlibat secara langsung dengan operasi CCTV di jabatan ini. Kursus ini diadakan pada 16 Januari 2019 (Rabu) di Bilik Latihan BPME, Seksyen 17, Shah Alam. Kursus ini melibatkan teori serta latihan amali pengendalian dan penyelenggaraan sistem keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) di bilik server BPME. Kursus ini telah disampaikan oleh wakil dari Infranet Systems Sdn Bhd iaitu En. Mohd Hairee Bin Din dan seorang wakil dari Panasonic selaku penceramah pada kursus tersebut.

11

KURSUS DAN “HANDS ON TRAINING” SISTEM MAKLUMAT WARGA (SISWA Version 2.0) DI JPS NEGERI SELANGORJPS Negeri Selangor telah mengadakan satu Kursus Dan “Hands On Training” Sistem Maklumat Warga (SISWA Ver 2.0) di JPS Negeri Selangor kepada PIC JPS Daerah yang telah dilantik bagi tujuan mengetahui objektif SISWA ini dibangunkan dan mendapatkan tunjuk ajar bagaimana SISWA ini digunakan agar pengemaskinian data staf Jabatan di dalam SISWA ini dikemaskini dari masa ke semasa. Kursus ini diadakan pada 16 April 2019 (Selasa) di Bilik Latihan BPME, Seksy-en 17, Shah Alam. Kursus ini telah disampaikan oleh wakil dari JPS Malaysia iaitu En. Marutha-muthu Sankar A/L Angappan (Pegawai Teknologi Maklumat) selaku penceramah dan dibantu oleh En. Jul Firdause Bin Jebat (Pen. Pegawai Teknologi Maklumat) selaku fasilitator.

12

PROGRAM LAWATAN TURUN PADANG SETIAUSAHA POLITIK YANG BERHORMAT MENTERI KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI (KATS) KE JPS DAERAH SABAK BERNAM, SELANGOR

Pada 17 Januari 2019, satu lawatan turun padang Setiausaha Polit ik Yang Berhormat Menteri Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (Kats) YBrs. Fazly Faizal Bin Mo-hamed Razally ke Jps Daerah Sabak Bernam.Tujuan lawatan ini adalah untuk mem-bincangkan isu/permasalahan setempat di bawah bidang kuasa tugas JPS Sabak Bernam yang disuarakan oleh penduduk kepada pejabat YBM.

JPS DA

ERAH

SABA

K BERN

AM

13

PERJUMPAAN JPS DAERAH SABAK BERNAM BERSAMA MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

Pada 24 Januari 2019, satu perjumpaan antara JPS Daerah Sabak Bernam Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah diadakan di Bilik Riadah, Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Sabak Bernam.Perjumpaan ini merupakan perjumpaan kali pertama antara JPS Sabak Bernam dengan Pengerusi MPKK dan satu sesi perkenalan antara satu sama lain telah diadakan.Majlis telah berakhir pada jam 12.00 tengahari.

14

LATIHAN PENGENDALIAN TUMPAHAN MINYAK DI DALAM AIR BAGI KAKITANGAN JPS DAERAH SABAK BERNAM

Pada 13hb Februari 2019 satu Latihan Pengendalian Tumpahan Minyak Di Dalam Air Telah diadakan di Rumah Pam Bagan Terap, Parit 13, Sungai Panjang.Tujuan diadakan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan bagaimana mengenda-likan tumpahan minyak di dalam air. Latihan ini melibatkan penjaga palong dan pegawai SPRPBT.Latihan berakhir pada jam 1.00 petang.

PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA JURUTERA DAERAH JPS SABAK BERNAM DAN KURSUS PRA PERSARAAN PENJAWAT AWAM SIRI 1/2019

Pada 19hb Februari 2019 satu program perhimpunan bulanan telah diadakan di Peja-bat Mekanikal dan Setor, Jalan Parit 1 Timur.Selepas selesai perhimpunan bersama Jurutera Daerah, satu kursus Pra Persaraan Penjawat Awam telah diadakan untuk semua kakitangan JPS Sabak Bernam.Program berakhir pada jam 1.00 tengahari.

15

TAKLIMAT DARIPADA JURUTERA DAERAH GOMBAK

Pada 17.1.2019, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Gombak telah mengadakan Taklimat yang disampaikan oleh Jurutera Daerah Gombak Ir.Dr Wong Chee Loong kepa-da kakitangan Jabatan ini yang dihadiri seramai 28 orang kakitangan. Tujuan Taklimat ini diadakan adalah untuk menyampaikan halatuju dan perancangan yang akan dilak-sanakan oleh Jabatan bagi Tahun 2019 supaya kakitangan dapat penjelasan dengan lebih tepat kehendak dan keperluan Jabatan.

MAJLIS JASAMU DIKENANG

Dalam tempuh Januari hingga April 2019, Jabatan Mengadakan Majlis Jasamu Dike-nang bagi meraikan kakitangan yang bertukar ke Jabatan lain yang dihadiri oleh 27 kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran pada tarikh – tarikh seperti berikut.Tujuan Majlis ini adalah bagi mengenang dan menghargai sumbangan kakitangan yang ber-pindah dari Jabatan ini.

JPS DA

ERAH

GO

MBA

K

16

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SAMBUTAN RAMADHANPada 11 April 2019, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Gombak telah mengada-kan Majlis Bacaan Yassin dan Sambutan Ramadhan di Kelah World, Hulu Yam. Majlis ini dihadiri oleh kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran seramai 27 orang. Pihak Jabatan telah menjemput Imam Masjid An Nasihin Mohd Ali untuk memimpin bacaan Yassin tersebut.Tujuan Majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi perhubungan antara Pegawai dan Kakitangan melalui majlis berbentuk keagamaan di samping mela-hirkan rasa kesyukuran dengan kedatangan bulan Ramadhan.

17

JPS DA

ERAH

HU

LU LA

NG

AT

KERJA-KERJA UNDI JPS DAERAH HULU LANGAT BAGI TAHUN 2019.Sebanyak 35 buah kerja undi telah dikeluarkan oleh JPS Daerah Hulu Langat bagi ta-hun 2019. Kerja undi yang dikeluarkan meliputi mukim Kajang (3 kerja), Hulu Langat (17 kerja), Beranang (2 kerja), Semenyih (2 kerja), Cheras (7 kerja) dan Ampang (4 kerja).

18

PROGRAM TURUN PADANG DATO’ MENTERI BE-SAR SELANGOR, YAB TUAN AMIRUDIN SHARI KE TAPAK RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI SEMENYIH.Pada 15 Febuari 2019 bertempat di RTB Sungai Semenyih, Lawatan Dato’ Menteri Besar Selangor ke tapak RTB Sg. Semenyih sempena Program Jelajah Maju Bersama Daerah Hulu Langat. YAB Tuan Amirudin Shari diberi penerangan tentang projek RTB Sg. Semenyih oleh Jurutera Daerah, JPS Hulu Langat Ir. SV Kalaiselvam A/L Velayu-dan

19

LAWATAN TEKNIKAL AHLI TYPHOON COMMIT-TEE DARI JEPUN (FLOOD RISK WATCH PROJECT FOR LIVE SAVING)

Pada 23 Januari 2019 bertempat di Daerah Hulu Langat, telah dikunjungi oleh La-watan teknikal ahl i Typhoon Committee dari Jepun (Flood Risk Watch Project For Live Saving) bersama JPS Hulu Langat dan JPS Selangor Bahagian Hidrologi. La-watan ke stesen hidrologi di Sungai Lui, Sungai Kantan dan Kajang.

20

MAJLIS PERASMIAN GALERI PENGAIRAN DAN SALIRAN KUALA SELANGORPada 10 Januari 2019, Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Selangor telah men-gadakan Majl is Perasmian Galeri Pengairan Dan Saliran Kuala Selangor. Dirasmi-kan oleh pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor Ir.Hj. Azmi Bin Ibrahim.

JPS DA

ERAH

KU

ALA

SELAN

GO

R

21

KUNJUNGAN PELAWAT DARI PERTANIAN DELEGASI NEPAL KE GALERI JPS KUALA SELANGOR

Pada 23 Januari 2019, Kunjungan pelawat dari Pertanian Delegasi Nepal mem-buat lawatan ke Galeri Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Selangor. Lawatan ini diketuai oleh 2 orang pegawai dari JPS Kuala Selangor. Tujuan pelawat ini datang adalah untuk mempelajari cara dan kaedah penanaman padi dan sistem mencegah hakisan pantai di bawah Jabatan Pengairan Pengairan dan Saliran.

KERJA UNDI PUSINGAN PERTAMAPada 1 Febuar i 2019, Jabatan Pengairan dan Sal i ran Kuala Selangor te lah mengadakan Ker ja Undi Pusingan pertama. Sebanyak 40 ker ja yang telah di keluarkan dalam ker ja undi tersebut.

22

TAZKIRAH / CERAMAH

JPS DA

ERAH

SEPAN

G

Pada 22.03.2019, Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Sepang telah mengadakan pro-gram tazkirah, bertempat di bilik mesyuarat JPS Sepang. Seramai 33 orang kakitangan JPS Sepang menghadiri program yang bertajuk ‘Úkhwah’. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Hj. Rahimi Bin Ab. Aziz dari Pejabat Ugama Islam Daerah Sepang.Tujuan ceramah adalah untuk menyedarkan kepada yang hadir bertapa pentingnya ukhwah (persauda-raan). Persaudaraan bukanlah untuk bermusim atau bersama ketika senang sahaja. Dis-amping itu akhlak dari segi perbuatan, tingkah laku dan percakapan perlu dijaga. Ker-ja-kerja yang dilakukan hendaklah berkualiti tanpa mengharapkan balasan atau anugerah. Beliau berharap agar ada kebaikan selepas majlis ini.

PERTANDINGAN BOWLING 4 PENJURU

Pada 15.04.2019, Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Sepang telah terlibat dengan sukan bowling empat penjuru anjuran Pentadbir Tanah dan Kumpulan Semesta. Pertand-ingan ini telah diadakan di pusat bowling AEON Shah Alam. Seramai 6 orang kakitangan JPS Daerah Sepang telah menyertainya.Tujuan pertandingan ini adalah untuk mengirat-kan silaturahim antara Kumpulan Semesta dengan Jabatan Teknikal seperti JPS, JKR dan Pentadbir Tanah Daerah Sepang.

23

MAJLIS PERSARAAN DAN PERPISAHAN EN. GNANASEGARAN A/L NARAYANASAMYJPS Daerah mengadakan Majlis Persaraan dan Perpisahan untuk En.Gnanasegaran A/l Narayasa-my yang telah Bersara Pilihan pada 11hb Februari 2018 yang diadakan di Bilik Mesyuarat JPS Daerah dengan ucapan Selamat Maju Jaya.

PROGRAM SUNGAI BERNAM BASIN ISU DAN PERMASALAHAN.YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd. Norhisham bin Mohd. Ghazali Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia. YB Pn. June Leow Ahli Parlimen Hulu Selangor

JPS DA

ERAH

HU

LU SELA

NG

OR

24

MESYUARAT AGONG KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN JPS DAERAH HULU SELANGOR (KERIS) KALI KEEMPATKelab Rekreasi Dan Kebajikan JPS Daerah Hulu Selangor (KERIS) telah mengadakan Mesyuarat Agong Kali Keempat pada 08.03.2019.

Ahli-Ahli Jawatankuasa KERIS bagi penggal 2019-2021 :

Pengerusi - En. Halim Bin Haji MasriPenolong Pengerusi - Pn. Siti Hawa Binti SabariSetiausaha - En. Adzuan Bin AnuarPen. Setiausaha - Pn. Suzilawati Binti Mohamed NorBendahari - En. Mohamad Azly Bin IbrahimAhli Jawatankuasa - En. Muhammad Khalis Bin Bahari

- En. Azroei Bin Tasrip @ Haji Shamsudin

- Pn. Azidah Binti Ab. Aziz - Pn. Rashidah Binti Abdul Rashid - En. Omar Bin Othman - En. Shahrizal Bin Shah Budin

- En. Hilimi Bin JamaludinPemeriksa Kira-Kira - Pn. Faziah Bt. Khalit

- Pn. Rahimah A/p Tera

25

HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA 2019Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Selangor turut serta dalam memberi sokongan ke-pada anak-anak golongan autisme (Autism Spectrum Disorder - ASD) dengan memberi tanda biru sebagai simbolik pada hari tersebut pada 02.04.2019

26

PROGRAM HARI KELUARGA JPS DAERAH ANJURAN KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN JPS DAERAH HULU SELANGOR (KERIS) 2019

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Selangor dan Kelab Rekreasi dan Kebajikan JPS Daerah Hulu Selangor (KERIS) telah menganjurkan Program Hari Keluarga 2019 di Hotel Taiping Perdana, Taiping Bandar Warisan, Perak pada 6.04.2019 – 07.04.2019. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi ikatan silatulrahim diantara kakitangan jabatan sambil berkenal-kenalan dikalangan ahli keluarga serta menyemarakkan lagi semangat kerjasama dan hormat menghormati sesama kakitangan. Sepanjang program tersebut diadakan pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti lawatan sambil belajar di ZOO Taiping, makan malam bertemakan ‘Bolly-wood Night’ dan pertandingan karaoke serta cabutan bertuah.

PROGRAM GOTONG ROYONG DI TAMAN RAMPAISARI, BANDAR BARU SUNGAI BUAYA.Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Selangor telah menghantar wakil bagi menyertai Gotong Royong di Sekitar Taman Rampaisari, Sg. Buaya pada 07.04.2019 anjuran Majlis Pengu-rusan Ketua Komuniti (MPKK) Bandar Baru Sg.Buaya.

27

LAWATAN NAZIRAN SPEKS BENDAHARI NEGERI SELANGORJabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Selangor telah menerima kehadiran Naziran Speks Bendahari Negeri pada 11.04.2019. Kehadiran Naziran yan diketuai oleh Puan Nor Zaini Binti Md Amin tersebut bertujuan memberi khidmat nasihat serta memastikan pematuhan kepada arahan serta peraturan kewangan semasa yang berkuatkuasa. Naziran turut membentangkan penemuan (exit meeting) dengan kehadiran Penguasa Daerah serta Penolong Jurutera JA29 bagi memper-baiki segala kesilapan setiap penemuan naziran.

TAZKIRAH SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2019Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Selangor telah mengadakan Tazkirah Sempena Menyambut Bulan Ramadhan 2018 pada 26hb April 2019 yang disampaikan oleh Ustaz Wan Muhammad Noor Bin Wan Ali B. Ab. Rashid Pegawai Hal Ehwal Islam Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

28