program jelajah dytm raja muda selangor ke...

51
PROGRAM JELAJAH DYTM RAJA MUDA SELANGOR KE DAERAH GOMBAK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGR Lawatan Turun Padang Ahli Parlimen Selayang YB Willian Leong Jeekeem Muka Surat 26 Lawatan Pengarah Mitigasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Muka Surat 28

Upload: others

Post on 09-Jan-2020

45 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROGRAM JELAJAH DYTM RAJA MUDA SELANGOR KE DAERAH GOMBAK

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGR

Lawatan Turun Padang Ahli Parlimen SelayangYB Willian Leong Jeekeem

Muka Surat 26

Lawatan Pengarah Mitigasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),

Muka Surat 28

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2018Pada 02 Mei 2018 telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang kepada pegawai dan kakitangan jabatan ini. Seramai lebih kurang 500 pegawai dan kakitangan yang hadir. Majlis ini adalah untuk meraikan jasa-jasa pegawai dan kakitangan jabatan ini yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

SAMBUTAN HARI RAYA 2019Pada 27 Jun 2019 Bahagian Khidmat Pengurusan telah mengadakan sambutan Majlis Hari Raya gabungan bersama Bahagian Ukur Bahan & Kontrak, Bahagian Korporat Dan Unit Aset. Pelbagai juadah dan hidangan seperti rendang, ketupat, cendol dan lain-lain makanan yang sangat menarik dan lazat.

MAJLIS PERPISAHAN PENGARAH IR HJ AZMI BIN IBRAHIM ANJURAN BKP Tanggal 1 ogos 2019 majlis perpisahan bagi tuan pengarah Ir Haji Azmi Bin Ibrahim telah diadakan di bilik mesyuarat cempaka dan menyampaikan cenderahati kepada tuan PPSN. seluruh warga BKP mengharapkan tuan terus maju jaya di masa akan datang.

MAJLIS PERPISAHAN PA PENGARAH KAK HUZAIMAH Pada 23 ogos 2019 telah diadakan majlis perpisahan puan Khuzaimah Binti Mohd Noor akan berpindah ke jabatan lain. Kami dari warga BKP mengucapkan selamat maju jaya dan sentiasa berbahagia selalu.

MAJLIS PERPISAHAN IR HAJI AZMI BIN IBRAHIM ANJURAN MAKSAK SELANGOR Pada 23 Ogos 2019 satu lagi majlis perpisahan tuan pengarah Ir Haji Azmi B In Ibrahim anjuran daripada MAKSAK Selangor telah diadakan dia Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam Selangor.

SAMBUTAN KAWAD KAKI KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR Bersempena bulan kemerdekaan dan sambutan hari kemerdekaan peringkat Negeri Selangor, Ja-batan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor telah menyertai kawad kaki kemerdekaan anjuran kerajaan negeri selangor. Seramai 45 orang yang telah terlibat.

PENYERAHAN RASMI KENDERAAN BARU JABATAN TAHUN 2019 Bahagian Pengurusan Aset JPS Selangor telah menerima satu (1) unit kenderaan dan satu (1) unit jentera baru bagi penggantian kenderaan yang telah dilupuskan.

1. Jentera Forklift Caterpiller 3 Tan dari Sime Darby Material Handling Sdn Bhd bagi kegunaan di JPS Daerah Kuala Selangor

2. Kenderaan Nissan X Trail dari Resources Sdn Bhd bagi kegunaan di JPS Daerah Petaling .

Pembelian kenderaan tersebut telah diluluskan melalui Peruntukan One Off Tahun 2019. Penyera-han telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) ( Nissan X Trail ) dan En. Farid bin Panut, Penyelaras Pengangkutan JPS Kuala Selangor ( Forklift )

MAJLIS PERPISAHAN Pada 5hb Julai 2019, majlis perpisahan Cik Nur A’mirah binti Zasali telah diadakan di Restoran Absolute Thai di I-City Sentral Mall, Shah Alam, Selangor. Beliau telah berkhidmat selama 1 tahun di JPS Selangor sebagai Pembantu Tadbir (P/O) N17. Beliau akan berpindah ke Majlis Agama Islam Selangor. Majlis ini dihadiri oleh kesemua kakitangan Bahagian Kontrak & Ukur Bahan (BUBK). Diucapkan semoga beliau lebih berjaya dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik di tempat baru.

Pada 31hb Julai 2019, majlis perpisahan Pn. Norjanaton binti Sarpan telah diadakan di Kafe UAK di Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Beliau telah berkhidmat selama 13 tahun di JPS Selangor sebagai Penolong Juruukur Bahan JA29. Beliau akan berpindah ke Jabatan Kerja Raya daerah Sabak Bernam. Majlis ini dihadiri oleh kesemua kakitangan Bahagian Kontrak & Ukur Bahan (BUBK). Diucapkan semoga beliau lebih berjaya dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik di tempat baru.

PROGRAM RAMALAN DAN AMARAN BANJIR (FASA 2) Mesyuarat Pemurnian Spesifikasi, Jadual Kadar Harga, Lukisan dan Jadual Data Teknikal Piawai Bagi Skop Instrumentasi dan Komunikasi Stesen Hidrologi Telemetri. JPS Selangor telah dijemput ke Masyuarat Pemurnian Spesifikasi, Jadual Kadar Harga, Lukisan dan Jadual Data Teknikal Pi-awai Bagi Skop Instrumentasi dan Komunikasi Stesen Hidrologi Telemetri yang berlangsung sela-ma 4 hari iaitu pada 19 Ogos 2019 hingga 23 Ogos 2019. Mesyuarat ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JPS Sarawak, Wisma Seberkas, Kuching Sarawak. Objektif mesyuarat ini adalah untuk memurnikan dokumen Spesifikasi, Jadual Kadar Harga, Lukisan dan Jadual Data Teknikal Piawai bagi skop instrumentasi dan komunikasi bagi projek pembinaan stasen hidrologi telemetri di bawah Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara Fasa 2 Selain itu para peserta juga dibawa ke la-watan tapak di beberapa stesen hidrologi telemetri di sekitar Negeri Sarawak.

PELUPUSAN PERALATAN ICT 2019 Pada 18 Julai 2019 , Bahagian Pengurusan Maklumat & GIS telah bergotong-royong menguruskan pelupusan peralatan ICT untuk dihantar ke stor BPME untuk dilupuskan secara kaedah pelupsan E-Waste dan secara hadiah ke sekolah yang memerlukan.

SAMBUTAN HARI LAHIR Sambutan secara surprise dan santai sempena hari lahir En. Roslan in Yusof yang ke 48 tahun pada 22 Julai 2019. Sambutan hari jadi diadakan di bilik runding cara, JPS Selangor diikuti dengan perbincangan dalaman program pantai iaitu Karnival Alam Sekitar 2019.

KELUARGA BARU (KELAHIRAN) Puan Norhidayu Bt Jaafar berkongsi berita gembira dengan kehadiran ahli baru dalam keluarganya. Puan Norhidayu selamat melahirkan bayi lelaki pada 31 Julai 2019. Bayi seberat Anak keduanya itu diberi nama Muhammad Nadeem Al Hud Bin Muhamad Nazim.

PROGRAM CABARAN LAPAR!!! MAKAN & MENANG Pada 3 Mei 2019, KSKS JPS Shah Alam mengadakan program Cabaran Lapar!!! Makan & Menang bagi ahli-ahli KSKS JPS Shah Alam bertempat di Bilik Runding Cara JPS Selangor. Penyertaan seramai hampir 30 orang ahli menyertai program tersebut. Program telah berlangsung dengan me-riahnya dengan kehadiran rakan-rakan ahli bagi memberi sokongan kepada peserta cabaran. Pen-yampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDP KSKS JPS Shah Alam.

PELANCARAN TABUNG SUMBANGAN KSKS JPS SHAH ALAM SEMPENA BULAN RAMAD-HAN AL MUBARAK KSKS JPS Shah Alam telah melancarkan Tabung Sumbangan Ramadhan sempena bulan Ramad-han tahun 2019 pada 10 Mei 2019. Tahun yang ketiga dimana tabung ini dilancarkan bagi men-ghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Pada tahun 2019, KSKS JPS Shah Alam telah memilih Rumah Anak Yatim Teratak Nur Barakah di Seksyen 24 Shah Alam sebagai penerima sumbangan Tabung Sumbanga Ramadhan KSKS JPS Shah Alam.

PENYERAHAN SUMBANGAN TABUNG SUMBANGAN RAMADHAN KSKS JPS SHAH ALAM Pada 31 Mei 2019 telah dilaksanakan penyerahan kutipan sumbangan bagi Tabung Sumbangan Ramadhan KSKS JPS Shah Alam ke Rumah Anak Yatim Teratak Nur Barakah di Seksyen 24 Shah Alam. Penyerahan telah disempurkan oleh YDP KSKS. Turut berlangsung juga, penyerahan duit raya kepada anak-anak Teratak Nur Barakah yang dilaksanakan oleh NYDP 1 dan NYDP 2 KSKS JPS Shah Alam

PROGRAM CERAMAH DAN PEMBERIAN BISKUT RAYA KEPADA AHLI KSKS JPS SHAH ALAM

Pada 31 Mei 2019 turut juga berlangsung ceramah ramadhan anjuran JPS Selangor (Ibu Pejabat) dengan kerjasama KSKS JPS Shah Alam beserta penyerahan biskut raya kepada semua ahli-ahli KSKS JPS Shah Alam sempena memeriahkan lagi Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba bagi tahun 2019. Penyerahan cenderahati bagi penceramah telah disempurnakan oleh Tuan Ir. Haji Azmi bin Ibrahim selaku Pengarah JPS Selangor merangkap Penaung KSKS JPS Shah Alam dan Penyera-han biskut raya dilaksanakan oleh YDP KSKS JPS Shah Alam.

MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI AHLI KSKS JPS SHAH ALAM

Pada 2 Ogos 2019 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Jadi Ahli KSKS JPS Shah Alam bagi bulan Januari – Jun 2019. Pada hari yang sama juga diadakan Majlis Perpisahan buat Pengarah JPS Selangor selaku Penaung KSKS JPS Shah Alam. Program telah diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah 2 JPS Selangor dan semua ahli-ahli KSKS JPS Shah Alam

MESYUARAT AGONG MAKSAK JPS SELANGOR KALI KE 16

Bertempat di Bilik Mesyuarat Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling telah diadakan Mesyu-arat Agong MAKSAK JPS Selangor kali ke 16 pada 2 Ogos 2019. YDP KSKS JPS Shah Alam telah hadir bersama 5 orang AJK bagi mewakili KSKS JPS Shah Alam. Di dalam mesyuarat tersebut KSKS JPS Shah Alam juga telah menerima insentif daripada pihak Pengurusan MAKSAK JPS Selangor.

MAJLIS PERKAHWINAN Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Petaling mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Pn Nor Faizah Binti Husin dan pasangan pada 7 Jun 2019 . Majlis tersebut telah diadakan di kampung halamannya di Kampung Sungai Limau Yan Kedah Darul Aman

KARNIVAL SUKAN JPP 2019 Ucapan tahniah kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Petaling yang di lantik sebagai Pen-gurus Pasukan Futsal Lelaki bagi mewakili Maksak JPS Malaysia di Karnival Sukan JPP ( Jabatan Perkhidmatan Pembetungan ) 2019. Walaubagaimanapun pasukan ini hanya sekadar menjadi Naib Juara tewas kepada satu lagi wakil dari Maksak JPS Malaysia iaitu KESSO di perlawanan akhir dengan keputusan sepakan penalti 4-5.

MESYUARAT MAKSAK JPS SELANGOR Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Petaling dilantik sebagai tuah rumah bagi mesyuarat agong kali ke 16 Tahun 2019 bertempat di Bilik Gerakan Utama Pejabat Daerah dan Tanah Petaling dipengerusikan oleh Tn Ir Hj Azmi Bin Ibrahim, YDP MAKSAK JPS Selangor. Mesyuarat telah membincang dan meluluskan aktiviti2 yang telah berlangsung pada 2018, penyata akaun 2019, perancangan bagi aktiviti 2019 dan usul2. MAKSAK JPS Selangor juga telah menyampaikan insentif kepada ahli2 kelab gabungan di atas kerjasama dan kecemerlangan di sepanjang Tahun 2018.

LAWATAN PENGARAH MITIGASI AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NAD-MA), IR HJH BIBI ZARINA KE LOKASI BANJIR DI HULU LANGAT BERSAMA-SAMA AGENSI KERAJAAN BERKAITAN. Tarikh : 13 Jun 2019 (Khamis)Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hariTempat : Kg Sg Rinching Hulu, Hilir & Tengah, Kg Desa Mahkota Rinching, Kg Sg Pening-Pening, Kg Pasir dan Klinik Kesihatan Kajang Lawatan tersebut bertujuan bagi melihat dan mengenalpasti punca banjir yang berlaku di sekitar kawasan di daerah Hulu Langat.

MAJLIS PENYERAHAN JALAN DAN JAM-BATAN DI BAWAH PROJEK MENAIKTARAF KOLAM TAKUNGAN SUNGAI JELUH,MUKIM KAJANG. Majlis dihadiri oleh YB Datuk Haji Hasanuddin Bin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat, Y.Bhg. Tuan Ir. Azmi Bin Ibrahim, Pengarah, JPS Negeri Selangor, Y. Bhg. Dato’ Jamaludin Bin Saad, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara, Jabatan Penjara Malaysia, Tuan Ahmad Fuad Bin Apandi, Pengarah Bahagian Pembangunan Dan Perolehan, Jabatan Penjara Malaysia dan Puan Siti Hajar Binti Mohd Kasim, Penolong Pengarah, Seksyen Agihan Dan Pembangunan, Unit Per-ancang Ekonomi Negeri

Tarikh : 17 Julai 2019 (Rabu)Masa : 9.00 PagiTempat : Penjara Kajang

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN Pada 26 OGOS 2019, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Gombak telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 62 Peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Gombak di Dataran Pejabat Daerah dan Tanah Gombak yang dihadiri seramai 27 orang kakitangan. Tujuan diadakan bagi menghayati dan melahirkan rasa kegembiraan pada Hari Ke-merdekaan.

BACAAN YASSIN DAN TAHLIL Dalam tempuh Mei hingga September 2019, Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengadakan Bacaan Yassin dan Tahlil bagi setiap bulan yang dihadiri oleh kakitangan seramai 27 orang. Tujuan Majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi perhubungan antara Pegawai dan Kakitangan melalui majlis berbentuk keagamaan .

SEPETANG BERSAMA PENGARAH DAN WARGA KERJA JPS GOMBAK Pada 5 Ogos 2019 Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengambil kesempatan sempena lawatan kerja Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Selangor ke JPS Gombak untuk bersama-sama war-ga kerja JPS Gombak di Klah World Hulu Yam. Seramai 28 Kakitangan terlibat dalam Program ini.

Diantara aktiviti yang dijalankan adalah Taklimat dari Tuan Pengarah dan Jurutera Daerah JPS Gombak serta melepaskan ikan di Sungai Klah. Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk beramah mesra dengan Pengarah secara dekat dan mengeratkan silaturahim antara ketua jabatan dan ka-kitangan.

PROGRAM PENGURUSAN SAMPAH BISTARI DAN GOTONG ROYONG MEMBERSIH SUN-GAI JALAN SEPAKAT BATU 16, Pada 21 Julai 2019 telah mengadakan Program Pengurusan Sampah Bistari dan Gotong Royong Membersihkan Sungai Jalan Sepakat Batu 16 Rawang dan merupakan anjuran bersama Pen-duduk Jalan Sepakat Batu 16, Rawang. Program ini dihadiri oleh kakitangan JPS Gombak serta penduduk setempat. Tujuan Program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pen-duduk kepentingan sungai dan secara tidak langsung dapat membersihkan Sungai di kawasan berkenaan.

PROGRAM JELAJAH DYTM RAJA MUDA SELANGOR KE DAERAH GOMBAK Program Jelajah DYTM Raja Muda ke Daerah Gombak pada 17 Julai 2019 adalah di bawah Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, walau bagaimanapun DYTM Raja Muda telah mencemar duli untuk melawat kawasan seliaan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Gombak iaitu di Log Boom Kg Kerdas, Gombak dan Kebun AU2 Keramat bersebelahan Sg Klang. Tuan Jurutera Daerah JPS. Gombak telah memberi sedikit taklimat berkaitan dengan log boom berkenaan. Semua agensi kerajaan dan penduduk setempat terlibat sama dalam program ini ter-masuk kakitangan jabatan ini yang terlibat secara langsung dalam persediaan tempat bagi lawatan berkenaan.

SESI TAKLIMAT DAN PERJUMPAAN DENGAN PENDUDUK DESA PUTRI RAWANG Pada 6 Julai 2019 Jabatan Pengairan dan Saliran Daaerah Gombak telah mengadakan Sesi Tak-limat Projek Menaiktaraf Anak Sg Kuang , Rawang kepada penduduk Desa Putri bagi menerang-kan keseluruhan perlaksanaan Projek berkenaan serta langkah keselamatan yang telah dan akan diambil bagi memastikan pelaksanaan projek tidak memberi kesan kepada keselamatan penduduk serta memberi penerangan mengenai keperluan sebenar projek dan rekabentuk projek. Selain itu, penduduk juga secara tidak langsung di beri ruang penduduk untuk memantau perjalanan projek melalui Jawatankuasa Tindakan yang ditubuhkan oleh Persatuan Penduduk supaya segala pe-masalahan akan disalurkan terus kepada Jawatankuasa berkenaan untuk mendapat maklumat secara tepat dan benar. Matlamat utama sesi taklimat ini dijalankan adalah bagi menerangkan ke-pada penduduk setempat tentang perancangan sesuatu projek kerajaan negeri atau persekutuan secara terus.

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI DAN JAMUAN HARIRAYA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR Pada 24 Jun 2019 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah mengadakan Sambu-tan Hari Inovasi dan Jamuan Hari Raya bersama-sama Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah dan Bahagian- Bahagian di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor yang diadakan di Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Selangor. Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Gombak telah menyertai pertandingan gerai di majlis tersebut dan mendapat tempat pertama. Kakitangan Jabatan ini telah memberi kerjasama yang tinggi dalam merealisasikan menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

JAMUAN HARI RAYA PERINGKAT DAERAH GOMBAK Pada 26 Jun 2019 Jamuan Hari Raya Peringkat Daerah Gombak telah diadakan di Perkaran-gan Pejabat Daerah/Tanah Gombak. Program ini telah dijayakan oleh berbagai agensi kerajaan di Daerah Gombak dan jemputan adalah terdiri daripada kakitangan, Ahli ADUN, Parlimen dan penduduk setempat di Daerah Gombak. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan karaoke, gerai tercantik, dan berbagai lagi. Secara tidak langsung dengan adanya program seperti ini dapat mendekatkan agensi kerajaan dengan penduduk di Daerah Gombak. Kerjasama yang ditunjukkan kakitangan JPS Gombak sangat baik sehingga Jabatan ini telah menjadi Naib Juara Gerai Tercantik dalam Program tersebut

LAWATAN KERJA DI DUN KUANG DAN PEJABAT JPS DAERAH GOMBAK Pada 17 Jun 2019 Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Gombak bersama pegawai kunjungan lawat ke pejabat YB Tuan Sallehudin Bin Amiruddin di samping perbincangan berkai-tan dengan masalah dan projek yang akan dan telah dijalankan bagi Dun Kuang.Lawatan ke tapak juga telah diadakan dan dihadiri oleh Pegawai dan Kakitangan Jabatan Pen-gairan dan saliran yang terlibat secara langsung dalam Dun Kuang. Lawatan ini juga dapat mendekatkan perhubungan yang baik antara Jabatan dan Adun kawasan seterusnya penduduk setempat.

LAWATAN TURUN PADANG AHLI PARLIMEN SELAYANG YB WILLIAN LEONG JEEKEEM Pada 13 Jun 2019 Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong Jeekeen telah melawat Pejabat Ja-batan Pengairan dan Saliran Daerah Gombak, dan mengadakan perbincangan berkaitan dengan Kawasan Banjir di Kampong Melayu Sri Kundang, Rawang dan Taman Rahmat Chaya. YB William Leong Jeekeem juga telah melawat Kg Melayu Sri Kundang dan Taman Rahmat Chaya bagi me-lihat sendiri kawasan banjir tersebut yang juga disertai oleh pegawai dan kakitangan serta wakil penduduk. Lawatan ini juga dapat mendekatkan perhubungan yang baik antara Jabatan dan Adun kawasan seterusnya penduduk setempat.

KERJA UNDI PUSINGAN KEDUA JPS DAERAH KUALA SELANGOR Pada 26 Ogos 2019, Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Kuala Selangor telah mengadakan kerja undi pusingan kedua. Sebanyak 25 kerja yang dikeluarkan dalam kerja undi tersebut. Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang Berjaya.

LAWATAN KE KILANG GARDENIA ANJURAN KELAB SUKAN REKRIASI DAN KEBAJIKAN JPS DAERAH KUALA SELANGOR.

Pada 16 Ogos 2019, Kelab rekriasi dan kebajikan JPS Kuala Selangor telah mengadakan lawatan ke Kilang Gardenia Shah Alam. Seramai 50 orang peserta yang terlibat. Kepada ahli-ahli yang menyertai tahniah diatas kerjasama yang sangat baik.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI SEKOLAH KEBANGSAAN SRI GAMBUT TANJUNG KA-RANG SELANGOR KE GALERI JPS DAERAH KUALA SELANGOR.

Pada 12 September 2019, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Selangor telah menerima lawatan dari Sekolah Kebangsaan Sri Gambut Tanjung Karang Selangor ke Galeri JPS Kuala Selangor. Lawatan ini telah dihadiri oleh guru-guru dan murid-murid sekolah tersebut. Jumlah Peserta yang terlibat adalah seramai 40 orang. Lawatan ini diketuai oleh wakil pegawai dari JPS Daerah Kuala Selangor iaitu En. Mohd Samdin b. Yusof untuk memberikan taklimat kepada pelawat. Tujuan taklimat ini adalah pelawat ingin mengetahui mengenai fungsi-fungsi Jabatan JPS Pengairan secara am dan khususnya sistem pengairan dibawah JPS pengairan Tanjung Karang. Lawatan ini juga adalah sempena aktiviti hari kebangsaan yang ke- 62. Lawatan ini telah mencapai matlamat dan menaikkan emej jabatan.

MAJLIS IFTAR BERSAMA-SAMA PERTUBU-HAN KEBAJIKAN UKHUWAH ANAK YATIM/ MISKIN DAERAH SABAK BERNAM

Pada 22 Mei 2019, satu majlis iftar bersama-sama dengan anak-anak yatim telah diadakan di Asra-ma Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim/Miskin Daerah Sabak Bernam.Tujuan diadakan majlis iftar bersama anak yatim adalah untuk mengeratkan hubungan antara kakitangan JPS Sabak Bernam dengan anak yatim.

PROGRAM ZIARAH KASIH BALU DAN ANAK YATIM KAKITANGAN JPS DAERAH SABAK BERNAM

Pada 30 Mei 2019, Biro Pembangunan Ummah bersama-sama dengan JPS Sabak Bernam telah mengadakan satu program ziarah kasih balu dan anak yatim kakitangan JPS Sabak Bernam. Se-banyak 4 kumpulan telah dibagikan mengikut kawasan lawatan masing-masing. Tujuan program ini diadakan untuk memberi sumbangan hari raya kepada balu dan anak yatim kakitangan JPS disamping mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA EIDULFITRI PERINGKAT JABATAN/AGENSI KERAJAAN DAERAH SABAK BERNAM

Pada 14 Jun 2019, satu majlis Rumah Terbuka Hari Raya Eidulfitri Peringkat Jabatan/Agensi Ker-ajaan Daerah Sabak Bernam yang diadakan di Perkarangan Tempat Letak Kereta Pejabat Daerah Sabak Bernam. Majlis ini diadakan bersama-sama dengan agensi kerajaan Daerah Sabak Bernam.Tujuan diadakan majlis ini untuk merapatkan lagi hubungan antara agensi kerajaan di dalam Daer-ah Sabak Bernam dengan orang awam.Majlis telah berakhir pada jam 5.00 petang.

PERHIMPUNAN BERSAMA JURUTERA DAERAH DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA JPS SABAK BERNAM

Pada 27hb Julai 2019 satu Perhimpunan Bersama Jurutera Daerah dan Majlis Sambutan Hari Raya JPS Daerah Sabak Bernam telah diadakan. Program ini diadakan di Pejabat Mekanikal Dan Setor Jalan Parit 1 Timur. Majlis dimulakan dengan perhimpunan bulanan dengan Jurutera Daerah dan penyampaian sijil Anugerah Pekerja Contoh dan Harapan. Kemudian majlis disambung den-gan Majlis Sambutan Hari Raya. Majlis berakhir pada jam 1.00 petang.

PROGRAM KESELAMATAN PENGURUSAN BANGUNAN ANJURAN JPS DAERAH SABAK BERNAM

Pada 27hb Julai 2019 satu Program Keselamatan Pengurusan Bangunan telah diadakan. Program ini telah diadakan di Pejabat Mekanikal Dan Setor Jalan Parit 1 Timur. Pegawai Bomba dari Balai Bomba Sungai Besar telah dijemput untuk memberi taklimat mengenai keselamatan pengurusan bangunan dan pengunaan alat pemadam api. Demostrasi menggunakan alat pemadam api turut dilaksanakan. Tujuan diadakan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada semua kaki-tangan mengenai keselamatan pengurusan bangunan dan cara menggunakan alat pemadam api.

PROGRAM KESELAMATAN PENGURUSAN BANGUNAN ANJURAN JPS DAERAH SABAK BERNAM Pada 8hb Julai 2019 satu lawatan tapak ke Projek Rancangan Tebatan Banjir Di Belia 1 oleh Tuan Pengarah JPS Negeri bersama-sama dengan pihak pengurusan atasan dan kontraktor. Tujuan lawatan ini diadakan untuk memantau perkembangan projek yang dilaksanakan. Lawatan berakhir pada jam 1.00 tengahari dengan jamuan makan.

LAWATAN DAN PERBINCANGAN PENGU-RUSAN ATASAN PERSIJILAN EMS ISO 14001:2005 SKIM PENGAIRAN RUMAH OPAM BAGAN TERAP (SPRPBT)

Pada 8hb Julai 2019 satu lawatan dan perbincangan pihak Pengurusan Atasan iaitu Tuan Pengar-ah JPS Negeri Selangor Ir. Haji Azmi Bin Ibrahim telah dilaksanakan di Rumah Pam Bagan Terap. Tujuan lawatan ini diadakan untuk membincangkan segala perkara yang berkaitan dengan EMS ISO 14001 : 2005 Skim Pengairan Rumah Pam Bagan Terap (SPRPBT) serta mengeratkan hubun-gan dengan kakitangan yang berkerja dilapangan di bawah SPRPT.

PROGRAM PEMANTAPAN UKHWAH DAN KERJASAMA BERPASUKAN JPS SABAK BERNAM

Pada 13hb Julai 2019 satu program Pemantapan Ukhwah Dan Kerjasama Berpasukan telah dia-dakan di Pejabat Mekanikal Dan Setor Jalan Parit 1 Timur. Aktiviti yang dijalankan ialah program korban sempena Hari Raya Aidil Adha yang baru berlalu.Sebanyak 3 ekor lembu yang telah dikor-bankan pada hari tersebut. Segala kerja-kerja korban telah dilaksanakan secara gotong – royong dan daging telah diagihkan kepada semua kakitangan yang hadir. Tujuan dilaksanakan aktiviti ini untuk menunaikan hajat kakitangan yang ingin berkorban sempena Hari Raya Aidil Adha dan mengeratkan hubungan antara kakitangan JPS Daerah Sabak Bernam.

CERAMAH AGAMA SEMPENA BULAN RAMADHAN

Pada 24hb Mei 2019, Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Kuala Langat telah mengadakan ceramah agama anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat sempena Sambutan Bulan Ramadhan Al-Mubarak bertempat di bilik mesyuarat JPS Kuala Langat. Penceramah berkenaan adalah Ustaz Jawawi bin Alias dan telah dihadiri bersama 25 orang kakitangan jabatan beragama Islam. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk lebih mendalami dan meningkatkan pengetahuan berkaitan kebaikan dan ganjaran yang diperolehi sepanjang bulan Ramadhan.

SAMBUTAN HARI INOVASI NEGERI SELANGOR TAHUN 2019

Pada 24 JUN 2019, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah mengadakan Hari Ino-vasi JPS Selangor 2019 bertempat di JPS Daerah Kuala Selangor. Tuan Pengarah JPS Selangor telah merasmikan program tersebut dan Kumpulan Inovasi jabatan (5 orang) yang telah memenangi pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan di Jitra Kedah telah mempersembahkan projek inovasi hasil idea kumpulan. Tujuan diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pemakluman kepa-da semua pegawai dan kakitangan berkenaan inovasi dan dan idea-idea baru yang telah dicipta melalui Kumpulan Inovasi di JPS Ng Selangor.Selain Itu, Program Perjumpaan Pengarah Negeri Bersama Pegawai-Pegawai Kanan, Jurutera-Jurutera Daerah Dan Kakitangan Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor juga turut diadakan pada tarikh tersebut bersempena sambutan Hari Raya JPS Selangor bagi tahun 2019. Jumlah kakitangan JPS Kuala Langat yang turut serta adalah 24 orang.

MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN YANG AKAN BERSARA DAN PELAJAR TAMAT LATIHAN PRAKTIKAL SERTA SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT

Pada 27 JUN 2019, Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Kuala Langat telah mengadakan maj-lis bersama Jurutera Daerah dan kakitangan di Dewan Sri Langat, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuala Langat. Majlis tersebut telah dianjurkan sendiri oleh jabatan ini yang telah dihadiri bersama 54 orang kakitangan jabatan ini. Tujuan majlis tersebut adalah sempena majlis perpi-sahan tiga (3) orang kakitangan jabatan ini yang telah bersara, seorang kakitangan yang bertukar serta kakitangan praktikal yang telah selesai mengadakan Latihan Industri di jabatan ini. Ianya juga adalah sebagai tanda penghargaan di atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan kakitangan berkenaan di jabatan ini.

SAMBUTAN HARI INOVASI MDKL DAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM NEGERI SELANGOR (AINS) PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT TAHUN 2019

Pada 16 Julai 2019, Majlis Daerah Kuala Langat telah mengadakan Sambutan Hari Inovasi MDKL Dan Penilaian Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor (AINS) Peringkat Daerah Kuala Langat Tahun 2019, bertempat Di Dewan Seri Jugra Telok Datok Banting. Program telah dirasmikan oleh Timbalan YDP Majlis Daerah Kuala Langat iaitu Encik Mohd Yasin bin Alwi dan sebanyak 42 kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Kumpulan Inovasi Jabatan ini (5 orang) telah mengambil bahagian dan telah memenangi tempat PERTAMA di dalam pertandin-gan tersebut. Tujuan sambutan adalah untuk mencari inovasi dan idea baru dalam perkhidmatan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

TAKLIMAT PENERANGAN SKIM SIMPANAN DAN KESIHATAN BERKELOMPOK UNTUK PENJAWAT AWAM

Pada 19 JULAI 2019, Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Kuala Langat telah menganjurkan taklimat penerangan Skim Simpanan Dan Kesihatan Berkelompok untuk kakitangan jabatan ini di Dewan Sri Jugra, JPS Kuala Langat dan dirasmikan oleh Jurutera Daerah Kuala Langat. Program tersebut dianjurkan oleh Pusat Perkhidmatan Pelanggan CUEPACS-Dana Restu, Puchong dan tel-ah dihadiri oleh 30 orang kakitangan di jabatan ini. Tujuan taklimat adalah untuk penyerahan replika Cek Tuntutan Penyakit Kritikal oleh salah seorang kakitangan jabatan ini di samping penerangan lebih lanjut mengenai kebaikan dan kelebihan menyertai skim simpanan dan kesihatan kelompok kepada semua kakitangan.

FESTIVAL KONSERVASI POKOK SELANGOR 2019

Pada 17 OGOS 2019, Kumpulan Inovasi Jabatan ini seramai lima (5) orang telah dijemput menga-dakan pameran di Program Festival Konservasi Pokok Selangor 2019 #KITASAYANGALAM ber-tempat di Dataran Pantai Batu Laut. Program tersebut adalah anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjong Sepat dengan kerjasama dan anjuran bersama Team Selangor dan Majlis Daerah Kuala Langat dan dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Selangor ,Dato’ Haji Amirudin bin Shari. Tujuan program adalah untuk acara penanaman pokok dan pembersihan pantai demi kesedaran pada kebersihan pantai dan sayangi alam kita.

BACAAN AL-QURAN DI AMBANG RAMADHAN 2019

JPS Daerah Hulu Selangor telah mengadakan Bacaan Al-Quran setiap Hari Jumaat pada Bulan Ramadhan 2019 yang dibimbing oleh Ustaz Muhammad Adam B. Ab. Rashid Pegawai Hal Ehwal Islam Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

PENGUASA DAERAH

Penguasa Daerah JPS telah mengadakan lawatan bersama Wakil Pegawai Daerah ke lokasi aduan di Taman Desa Kelisa, Mukim Hulu Yam, pada 07hb Mei 2019 bagi sama-sama memberi pandangan bagi menyelesaikan aduan berkaitan banjir dan hakisan tebing Sg. Chik.

PERTUKARAN KAKITANGAN

En. Mohd Fauzi Bin Mdh Misleh sebagai Pemandu H11 telah berpindah ke JPS Kuala Langat pada 14hb Mei 2019 semoga maju jaya di tempat baru.

PROGRAM De’AMBANG SYAWAL 1440 HIJRAH DAN SUMBANGAN HARI RAYA DARIPADA PENGUASA DAERAH 2019

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hulu Selangor dan Kelab Rekreasi dan Kebajikan JPS Daerah Hulu Selangor (KERIS) telah menganjurkan Program De’Ambang Syawal pada 29hb Mei 2019 bagi bertujuan meningkatkan lagi keakraban kakitangan sesama sendiri dengan bersama- sama bergototng-royong memasak lemang serta rendang bagi diagihkan kepada semua kakitangan.Selain itu juga Penguasa Daerah juga turut memberi sumbangan kuih raya kepada semua kakitangan JPS Daerah Hulu Selangor.

PERJUMPAAN PENGUASA DAERAH DENGAN YB PARLIMEN DAERAH HULU SELANGOR. Tn. Penguasa Daerah mengadakan perjumpaan bersama YB Puan June Leow Hsiad Ahli Parli-men Daerah Hulu Selangor pada 17hb Jun 2019 dengan membincangkan permasalahan di daer-ah serta keperluan jabatan bagi melaksanakan urusan penyelenggaraan bagi mengurangkan banjir serta lain-lain yang berkaitan untuk keselesaan masyarakat tempatan.

TAZKIRAH DAN KHUTBAH JUMAAT Isu Pembuangan Sampah ke dalam sungai menjadi salah satu topik dalam tazkirah dan khutbah jumaat pada 21hb Jun 2019 yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Hulu Selangor Tuan Haji Musa Bin Haji Ranli.

SAMBUTAN AIDILFITRI JPS DAERAH HULU SELANGOR 2019.

Majlis Sambutan Aidilfitri ini telah diadakan pada 27hb Jun 2019 di Perkarangan Kuarters JPS Penguasa Daerah. Majlis ini merupakan hasil kerjasama kakitangan jabatan dengan membawa makanan secara potluck, semoga ikatan ukhuwah dapat dikekalkan sesama kakitangan.

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR

Majlis Sambutan Aidilfitri ini telah diadakan pada 02hb Julai 2019 di Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu.Majlis ini merupakan Gabungan di antara semua jabatan-jabatan ker-ajaan yang terdapat di dalam Daerah Hulu Selangor yang diurusetiakan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor.

LAWATAN KERJA KE KILANG SPRING FRESH

Penguasa Daerah bersama Penolong Jurutera telah membuat lawatan kerja ke Kilang Spring Fresh Natural Mineral Water pada 29hb Julai 2019.

KEJOHANAN KAROM TERBUKA KKB 2019

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Kelab Rekreasi dan Ke-bajikan (KERIS), GISO USIM dan GISO Darul Quran JAKIM telah mengadakan Kejohanan Karom Terbuka KKB 2019 bertempat di Dewan Muktamar, Darul Quran JAKIM pada 3 – 4hb Ogos 2019.Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Darul Quran, JAKIM mencari dana bagi projek lawatan ke Tokyo, Jepun dan Korea Selatan.

MAJLIS PERKAHWINAN AMIROZ NASANI BIN ABU BAKAR

Ucapan tahniah kepada Encik Amiroz Nasani Bin Abu Bakar dan Pasangan yang telah melangsung-kan perkahwinan pada 16 – 17hb Ogos 2019 semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat.

PROGRAM GOTONG ROYONG SANTAI MERDEKA DI ALOR LEMPAH, SG. SELANGOR.

JPS Daerah telah menhantar kakitangan untuk menyertai Program Gotong Royong Santai Merde-ka di Alor Lempah, Sg. Selangor pada Hari Kebangsaan Ke-62, 31hb Ogos 2019 yang dianjurkan oleh masyarakat setempat yang bertujuan memupuk orang ramai menghargai kepentingan sungai kepada manusia.