pemahaman modul pt3 sm 103 - edubest.edu.my · modul pt3 . sm 103. nama : _____ analisis prosa...

20
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Pemahaman Modul PT3 SM 10 3 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 23-Oct-2020

73 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • @

    Pusat Tuisyen Didikan Genius

    Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

    Pemahaman

    Modul PT3

    SM 103

    Nama : _____________________________

  • Analisis Prosa

    Genre Prosa

    Tradisional /Klasik

    ModenCerpen

    Tema

    Persoalan

    Watak & Perwatakan

    Plot

    PermulaanPerkembanganKemuncak / Klimaks

    PeleraianPenurunanPengakhiran

    Teknik Plot

    Pemerian / PenceritaanMonologMonolog dalamanDialogImbas mukaImbas kembali

    LatarLatar tempatLatar masaLatar masyarakat

    Gaya Bahasa

    AyatDiksiKata gandaRepitisi

    SinkopeSingkatan : ku, mu, nak

    Inversiterbalik : akan kuambil

    PerlambanganBunga : wanita

    Personifikasibersifat manusia

    HiperbolaMelebih-lebihkan

    Nilai

    Pengajaran

    Analisis Prosa.mmap - 03/02/2020 - Mindjet

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 1. Pemahaman Petikan Umum

    3, Jalan Firdaus ,

    Taman Abadi,

    25200 Kuantan,

    Pahang Darul Makmur.

    28 Januari 2019.

    Menemui sahabatku, Lia Martiza yang kini berada di Kota Bharu, dengan selamatnya.

    Saudari,

    Apa khabar saudari sekeluarga di sana? Doa dan harapan saya agar saudari sihat

    wal afiat. Begitu juga hendaknya dcngan keluarga saudari. Saya di sini sihat-sihat

    sahaja.

    Terlebih dahulu saya ingin mcngucapkan takziah atas kesihatan adik saudari

    yang menghidap penyakit hati. Saya berharap agar saudari sekeluarga sentiasa

    bersahar dan tabah dalam menghadapi cubaan daripada Yang Maha Esa ini. Memang

    tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan menginginkan kesihatan yang sempurna.

    Namun begitu, tidak semua orang bernasib baik. Anggaplah bahawa penyakit yang

    dideritai oleh adik saudari itu sebagai takdir yang telah ditentukan-Nya.

    Dalam pada itu, saya berasa sungguh terharu apabila mendapat tahu bahawa ibu

    saudari sudi mendermakan sebahagian daripada hatinya bagi mengubati penyakit

    Amier. Benarlah kata orang bahawa kasih ibu membawa ke syurga. Maklumat ini saya

    peroleh ketika menonton televisyen yang menyiarkan berita tentang mereka dua hari

    yang lalu. Menurut ibu saudari dalarn siaran itu, doktor mcmberitahunya bahawa

    penyakit hati yang dideritai oleh Amier berpunca daripada saluran hempedunya yang

    tersumbat dan gagal mengalirkan cecair hempedu ke usus dengan sempurna. Oleh

    sebab itulah, hati Amier rosak dan pilihan terakhir untuk menyelamatkannya adalah

    melalui pembedahan hati. Kasihan sungguh saya mendengar keadaan Amier waktu itu.

    Sebenarnya, saya menulis surat ini untuk mengirimkan sumbangan kepada

    keluarga saudari. Terimalah kiriman wang bernilai RM300 yang saya sertakan

    bcrsama-sama surat ini untuk membayar kos pernbedahan hati yang bakal dijalankan

    kepada ibu dan adik saudari tidak lama lagi. Meskipun nilai ini kecil berbanding

    Program Bahasa Melayu Edubest SM103 - Pemahaman Petikan & Antologi 1

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • dengan kos sebenar sebanyak RM300 000 yang diperlukan, namun saya berharap agar

    sumbangan ini dapat membantu untuk meringankan beban saudari sekeluarga.

    Nampaknya, setakat ini sahajalah yang dapat saya tulis untuk saudari kali ini.

    Jika keadaan mengizinkan, saya sekeluarga akan ke rumah saudari setelah

    pembedahan dilangsungkan. Semoga berjumpa lagi. Sekian, terima kasih.

    Sahabatmu,

    Norzana 1. Apakah tujuan penulis mengirimkan surat ini kepada sahabatnya?

    A Untuk mengucapkan takziah kepada keluarga sahabatnya

    B Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang adik sahabatnya yang sakit

    C Untuk memberikan derma bagi membayar kos pembedahan adik dan ibu sahabatnya

    D Untuk menasihati sahabamya agar bersabar dan tabah rnenempuh dugaan hidup

    2. Bagaimanakah penulis mendapat tahu tentang pembedahan yang akan dijalankan

    terhadap ibu dan adik sahabatnya?

    A Melalui perbualan telefon dengan sahabatnya

    B Melalui berita yang disiarkan menerusi televisyen

    C Melalui kiriman surat daripada sahabatnya

    D Melalui pembacaannya dalam akhbar

    3. Apakah makna perkataan terharu dalam petikan?

    A Berasa hiba

    B Berasa takut

    C Berasa segan

    D Berasa takjub

    4. Apakah janji penults kepada sahabatnya di akhir surat tersebut?

    A Untuk menyaksikan pembcdahan itu dengan keluarganya

    B Untuk menziarahi keluarga sahabatnya apabila pernbedahan selesai dilakukan

    C Untuk berjumpa dcngan sahabatnya bagi menyampaikan derma

    D Untuk mcngirimkan surat lagi pada masa akan datang

    ( /10)

    Program Bahasa Melayu Edubest SM103 - Pemahaman Petikan & Antologi 2

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 2. . Pemahaman Prosa Tradisional [10 markah]

    Sinopsis – “Asal Padi”

    Pada zaman dahulukala, terdapat sepasang suami isteri yang sangat kaya.

    Mereka memiliki kerbau dan binatang ternakan yang banyak. Harta mereka juga tidak

    ternilai banyaknya. Pada suatu hari, pasangan suami isteri itu meninggal dunia.

    Mereka meninggalkan dua orang anak lelaki. Kedua-dua orang anak itu masih belum

    mampu mencari nafkah sendiri. Anak sulung suami isteri itu, iaitu Si Bongsu pula

    cacat. Kakinya kerekot, jari-jarinya tumbuh melekat antara satu sama lain seperti itik,

    dan kedua-dua tumitnya berlubang. Setelah suami isteri itu meninggal dunia, harta

    benda mereka telah dicuri oleh orang jahat. Harta yang masih ada hanvalah sebuah

    kolam ikan.

    Pada suatu hari, Si Bongsu melihat-lihat kolam ikannya. Tiba-tiba dia

    ternampak tujuh orang wanita baru sahaja selesai mandi dan bersiap-siap ingin pulang.

    Si Bongsu momohon untuk mengikuti tujuh orang wanita itu pulang ke kayangan.

    Permintaan Si Bongsu telah diperkenankan oleh tujuh orang wanita tersebut. Si

    Bongsu pun mengikut wanita-wanita tersebut pulang ke kayangan. Setibanya di

    kayangan, ketujuh-tujuh orang wanita itu hilang. Tidak berapa lama kemudian, Si

    Bongsu ternampak benda kuning berkilau-kilau yang dijemur di tengah-tengah dusun.

    Si Bongsu menyangka bahawa benda kuning berkilau-kilau itu ialah selonggok emas.

    Si Bongsu bertanya kepada empunya emas tersebut tetapi dia mengatakan

    bahawa benda berwarna kuning berkilau-kilau itu ialah padi. Dia juga menjelaskan

    bahawa padi itu amat enak dimakan. Si Bongsu bercadang untuk menanam padi di

    bumi. Dia pun meminta izin daripada empunya padi untuk mendapatkan padi tersebut.

    Empunya padi itu tidak membenarkannya. Sebaliknya, Si Bongsu diberikan nasi

    supaya dia dapat merasai keenakan hasil padi itu.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM103 - Pemahaman Petikan & Antologi 3

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pada suatu hari, Si Bongsu telah mengambil segenggam padi lalu

    memasukkannya ke dalam mulut untuk dibawa pulang ke bumi. Malangnya, empunya

    padi itu menyedari padinya telah dicuri . Empunya padi itu mencari Si Bongsu dan

    mengejarnya, empunya padi itu berjaya menangkap Si Bongsu di tangga pelangi.

    Empunya padi itu telah membanting Si Bongsu sehingga tumit Si Bongsu berdarah

    kerana terkena bucu tangga yang tajam. Selepas mendapatkan padi itu semula,

    empunya padi itu pun ingin kembali ke kayangan. Si Bongsu merayu untuk mengikut

    empunya padi itu ke kayangan. Malahan, dia sanggup menjadi hamba kepada

    empunya padi itu. Permintaan Si Bongsu diterima dan dia kembali ke kayangan

    semula. Di kayangan, Si Bongsu hanya ditugaskan untuk menjaga dan mengawasi

    padi yang sedang dijemur.

    Setelah beberapa lama, luka Si Bongsu pun sembuh. Dia bercadang untuk

    pulang ke bumi. Oleh itu, Si Bongsu mengambil segenggam padi dan butir-butir padi

    itu disembunyikan di dalam lubang-lubang luka pada tumitnya. Si Bongsu meminta

    izin kepada empunya padi untuk pulang ke bumi. Empunya padi itu membenarkan Si

    Bongsu pulang ke bumi, tetapi dia perlu memeriksa Si Bongsu lebih dahulu untuk

    memastikan bahawa padinya tidak dicuri. Si Bongsu membenarkan dirinya diperiksa

    oleh empunya padi itu. Kerelaan Si Bongsu itu telah meyakinkan empunya padi

    bahawa Si Bongsu tidak mencuri padinya.

    Si Bongsu tiba di bumi dengan selamat. Dia menanam padi itu dengan segera.

    Padi yang ditanam Si Bongsu mengeluarkan hasil yang memuaskan. Sementara itu,

    padi di kayangan telah hilang daya hidup. Empunya padi di kayangan telah

    menghantar seekor burung pipit ke bumi untuk melihat kalau-kalau ada padi yang

    ditanam di bumi. Burung pipit itu pun terbang ke bumi dan mendapati padi di bumi

    sedang berbuah. Burung pipit telah makan padi tersebut. Kemudian, burung pipit

    kembali ke kayangan semula dan memberitahu empunya padi bahawa tiada padi

    ditanam di bumi. Empunya padi itu tidak mempercayai kata-kata burung pipit kerana

    melihat warna putih menyeliputi paruh burung pipit. Keadaan itu menandakan bahawa

    Program Bahasa Melayu Edubest SM103 - Pemahaman Petikan & Antologi 4

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • burung pipit telah makan padi. Burung pipit mengatakan bahawa jika ernpunya padi

    tidak mempercayainya, empunya padi boleh menghantar seekor burung lagi. Empunya

    padi itu pun menghantar Si Tekuri ke bumi. Empunya padi memberitahu kedua-dua

    ekor burung itu bahawa Si Tekuri akan membunuh burung pipit jika ada padi ditanam

    di bumi. Sebaliknya, jika tiada padi ditanam di bumi, burung pipit akan membunuh Si

    Tekuri. Selepas kedua-dua burung itu tiba di bumi, Si Tekuri mendapati ada padi yang

    ditanam di bumi. Burung pipit itu akhirnya telah dibunuh oleh Si Tekuri. Demikianlah

    cerita asal mulanya padi wujud dan tumbuh di bumi kita ini.

    Tema

    Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Hal ini digambarkan menerusi daya

    usaha yang bijak oleh Si Bongsu untuk mendapatkan padi di kayangan untuk dibawa

    dan ditanam di bumi. Si Bongsu telah berusaha menyorokkan padi di dalam mulutnya

    tidak berjaya. Kemudian, Si Bongsu telah menyorokkan padi di dalam lubang lukanya

    dan akhirnya berjaya membawa padi ke bumi.

    Persoalan

    (a) Sikap tidak berputus asa dalam melaksanakan sesuatu tugas. Contohnya, Si

    Bongsu tetap ingin meneruskan usaha membawa padi dari kayangan ke bumi

    walaupun percubaan kali pertamanya gagal.

    (b) Kekayaan yang dimiliki di dunia tidak kekal dan tidak boleh dibawa mati.

    Contohnya, ibu bapa Si Bongsu yang kaya telah hilang harta kekayaan selepas mereka

    meninggal dunia.

    (c) Kebijaksanaan amat penting dalam melaksanakan sesuatu tugas atau kerja.

    Contohnya, Si Bongsu yang telah menyorokkan butir padi pada lubang lukanya dan

    berjaya membawa padi ke bumi.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM103 - Pemahaman Petikan & Antologi 5

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • (d) Masyarakat yang hidup berlandaskan budi pekerti. Contohnya, Si Bongsu

    meminta izin kepada tujuh orang wanita tersebut untuk mengikuti mereka pulang ke

    kayangan.

    (e) Setiap pembohongan akan diketahui juga akhirnya. Contohnya, burung pipit

    yang berbohong dengan mengatakan bahawa padi tidak ditanam di bumi, akhirnya

    terserlah juga kebenarannya.

    (f) Perbuatan mencuri harta benda orang merupakan perkara yang negatif.

    Contohnya, harta pusaka Si Bongsu dan adiknya telah dicuri oleh orang jahat sehingga

    menyebabkan Si Bongsu dan adiknya menjadi susah.

    Watak dan Perwatakan

    Si Bongsu

    (a) Si Bongsu seorang anak yatirn piatu.

    (b) Anak sulung daripada dua orang adik-beradik.

    (c) Kakinya kerekot dan jari kakinya seperti kaki itik.

    (d) Bersopan santun terhadap orang yang berada di sekelilingnya.

    (e) Berani mengikuti tujuh orang wanita ke kayangan.

    (f) Bijak berfikir tentang cara mendapatkan padi untuk dibawa dan ditanam di

    bumi.

    (g) Tidak mudah berputus asa untuk mendapatkan padi walaupun usaha

    pertamanya gagal.

    (h) Amanah dalam menjaga harta pusaka peninggalan bapanya.

    (i) Berfikiran luas.

    Empunya Padi

    (a) Petani yang menanam padi di kayangan.

    (b) Gagah kerana menangkap Si Bongsu dan menghempaskannya di tangga

    Program Bahasa Melayu Edubest SM103 - Pemahaman Petikan & Antologi 6

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • pelangi.

    (c) Baik hati kerana mengizinkan Si Bongsu mengikutinya pulang ke kayangan

    semula walaupun Si Bongsu bersalah kerana mencuri padinya.

    (d) Tidak mudah tertipu kerana dia tidak percaya apabila burung pipit mengatakan

    bahawa padi tidak ada di bumi, setelah dia memerhatikan paruh burung pipit

    tersebut, empunya padi mengetahui burung pipit baru sahaja makan padi.

    (e) Seorang yang teliti kerana dia memeriksa Si Bongsu lebih dahulu sebelum Si

    Bongsu pulang ke bumi.

    Plot

    Binaan Plot

    (a) Permulaan - Mengisahkan sepasang suami isteri yang banyak memiliki harta.

    Suami isteri tersebut telah meninggal dunia. Mereka meninggalkan dua orang

    anak lelaki. Anak sulung yang bernama Si Bongsu sudah agak besar tetapi

    kakinya cacat.

    (b) Perkembangan- Si Bongsu bertemu dengan tujuh orang puteri yang mandi di

    kolam ikannya. Si Bongsu telah mengikuti tujuh orang puteri itu pulang ke

    kayangan. Apabila tiba di kayangan kesemua puteri itu hilang. Si Bongsu

    berasa kusut. Tiba-tiba, Si Bongsu melihat benda berwarna kuning sedang

    dijemur di sebuah dusun. Pada sangkaan Si Bongsu benda kuning itu ialah

    emas. Empunya emas itu memberitahu Si Bongsu bahawa benda kuning itu

    sebenarnya padi. Si Bongsu meminta sedikit padi untuk ditanam di bumi.

    Permintaan Si Bongsu tidak diperkenankan, sebaliknya dia diberi nasi supaya

    dia dapat merasai keenakan hasil padi tersebut.

    (c) Klimaks - Si Bongsu mencuri segenggam padi lalu memasukkannya ke dalam

    mulutnya. Empunya padi itu telah mengejar Si Bongsu. Empunya padi telah

    menangkap Si Bongsu di tangga pelangi dan membanting Si Bongsu sehingga

    menyebabkan tumitnya luka. Si Bongsu merayu kepada empuuya padi untuk

    Program Bahasa Melayu Edubest SM103 - Pemahaman Petikan & Antologi 7

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • mengikutnya ke kayangan. Si Bongsu sanggup menjadi hamba kepada empunya

    padi itu. Dia tidak dibenarkan melakukan pekerjaan lain kecuali menjaga dan

    mengawasi padi yang sedang dijemur. Setelah beberapa lama berada di

    kayangan, Si Bongsu mendapat aka1untuk menyorokkan beberapa butir padi di

    dalam lubang luka yang terdapat pada tumitnya. Kemudian, Si Bongsu meminta

    izin untuk pulang ke bumi. Permintaannya diperkenankan oleh empunya padi

    itu setelah yakin bahawa Si Bongsu tidak mencuri padinya.

    (d) Peleraian - Si Bongsu tiba di bumi dengan selamat. Si Bongsu pun menanam

    padi dan padi yang di tangannya mengeluarkan hasil yang menyenangkan.

    Sebaliknya, padi di kayangan tidak ada daya hidup. Empunya padi itu

    menghantar burung pipit ke bumi untuk melihat sama ada padi ada ditanam

    atau tidak. Burung pipit memberitahu empunya padi bahawa tiada padi yang

    ditanam di bumi. Empunya padi tidak mempercayai kata-kata burung pipit itu.

    Dia menghantar Si Tekuri dan burung pipit ke bumi semula. Akhirnya, burung

    pipit dibunuh oleh Si Tekuri kerana berbohong kepada empunya padi.

    Teknik Plot

    (a) Dialog. Contohnya,

    • Maka berkatalah anak yatim piatu itu kepada penduduk kayangan itu,

    "Jikalau tuan tidak berkeberatan, perkenanlah saya mengambilnya barang

    sedikit. Saya hendak menanamnya pula di bawah sana di bumi tempat asal

    saya." [hlm. 22]

    (b) Monolog. Contohnya,

    • Ia pun berfikir, "Jikalau saya kembali ke bumi dengan diam-diam tanpa

    diketahui oleh empunya padi ini, nescaya orang kayangan itu akan mengejar

    dan menangkap saya lagi," [hlm.25]

    Program Bahasa Melayu Edubest SM103 - Pemahaman Petikan & Antologi 8

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • (c) Monolog dalaman. Contohnya,

    • Maka berkatalah anak yatim piatu itu di dalam hatinya, "Yang kuning kemilau

    itu tentu selonggok emas." [hlm.20]

    (d) Pemerian. Contohnya,

    • Pada zaman dahulukala hidup sepasang suami isteri yang sangat kaya.

    Mereka memiliki kerbau dan binatang ternakan lainnya yang tidak terbilan

    banyaknya. Harta benda mereka tidak ternilai harganya. Suami isteri itu

    mempunyai dua orang anak. Keduaduanya anak lelaki. [hlm.19]

    Latar

    Latar Tempat

    (a) Di bumi, iaitu tempat Si Bongsu dan adiknya tinggal.

    (b) Di kolam ikan, iaitu tempat mandi tujuh orang wanita dari kayangan.

    (c) Di tangga pelangi, iaitu tempat Si Bongsu dihempaskan oleh empunya padi

    hingga tumit Si Bongsu luka.

    (d) Di kayangan, iaitu tempat Si Bongsu mencuri padi untuk dibawa ke bumi.

    (e) Di sebuah dusun, iaitu Si Bongsu menemui benda kuning kemilau sedang

    dijemur.

    Latar Masa

    (a) Pada zaman masyarakat tradisional.

    (b) Tujuh hari tujuh malam.

    Latar Masyarakat

    (a) Masyarakat yang amanah dalam menjaga harta pusaka. Contohnya, Si Bongsu

    dan adiknya amanah dalam menjaga kolam ikan peninggalan ayah mereka pada

    waktu siang dan malam.

    (b) Masyarakat petani yang menanam padi di kayangan. Contohnya, empunya padi

    Program Bahasa Melayu Edubest SM103 - Pemahaman Petikan & Antologi 9

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • menanam padi di kayangan di sebuah dusun.

    (c) Masyarakat yang mencuri harta benda orang lain. Contohnya, harta benda

    peninggalan ayah dan ibu Si Bongsu telah dicuri oleh orang jahat sehingga Si

    Bongsu dan adiknya hidup melarat.

    (d) Masyarakat yang tinggal di kayangan. Contohnya, tujuh orang wanita dan

    empunya padi tinggal di kayangan.

    (e) Masyarakat yang baik hati dan memberi perlindungan kepada orang yang

    memerlukan. Contohnya, empunya padi mengizinkan Si Bongsu tinggal di

    kayangan semula kerana kakinya terlalu sakit sehingga tidak dapat turun

    kembali ke bumi.

    Gaya Bahasa

    Ayat

    (a) Pengarang menggunakan ayat pendek. Contohnya,

    • Kedua-duanya anak lelaki.

    • Fikirannya menjadi kusut.

    (b) Pengarang menggunakan ayat panjang. Contohnya,

    • Tidak berapa lama kemudian, maka dilihatnya di tengah-tengah sebuah

    dusun ada sesuatu yang dijemur orang di bawah panas teriknya matahari.

    [hlm. 20]

    Diksi

    (a) Penggunaan bahasa klasik. Contohnya,

    hatta [hlm. 20] gerangan [hlm. 20] jera [hlm. 26]

    Program Bahasa Melayu Edubest SM103 - Pemahaman Petikan & Antologi 10

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Hiperbola

    • Mereka menuju ke kayangan dengan mempergunakan pelangi sebagai

    tangganya. [hlm. 20]

    Kata Ganda

    • Maka diambilnya padi yang dijemur itu segenggam, lalu disembunyikannya butir-

    butir padi itu di dalam lubang-lubang luka pada tumitnya. Setelah itu ia pun meminta

    izin dengan baik-baik untuk pulang ke kampungnya, ke bumi tempat saudaranya yang

    tetap menantikannya. [hlm.26]

    Peribahasa

    • Demikianlah untung tidak dapat diraih, malang tidak dapat ditolak. [hlm. 27]

    Repetisi

    • Maka anak yatim piatu itu pun bertanya kepada yang empunya emas itu, “Hai, dari

    manakah gerangan tuan mengambil emas sebanyak ini?" Maka dijawab yang

    empunya, "Apa? Saudara kira yang saya jemur ini emas?”

    Maka anak yatim piatu itu pun bertanya lagi, "Jikalau benda ini bukan emas, apakah

    gerangan namanya?"

    Jawab orang itu lagi, "Yang saudara sangka emas itu tidak lain daripada padi, yakni

    buah daripada tanaman yang sangat baik dan enak sekali untuk dimakan." [hlm, 20]

    Simile

    • Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik

    dan kedua-dua tumitnya berlubang. [hlm. 19]

    Program Bahasa Melayu Edubest SM103 - Pemahaman Petikan & Antologi 11

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Nilai

    (a) Tidak berputus asa. Contohnya, Si Bongsu tidak berputus asa dalam usaha

    mendapatkan padi untuk dibawa ke bumi walaupun usaha pertamanya gagal.

    (b) Keberanian. Contohnya, Si Bongsu berani bertanya kepada empunya padi untuk

    mendapatkan maklumat tentang benda yang kuning kemilau.

    (c) Kebijaksanaan. Contohnya, Si Bongsu bijak mencari jalan untuk membawa padi

    ke bumi dengan cara menyembunyikan butir-butir padi tersebut di dalam lubang luka

    pada tumitnya.

    (d) Baik hati. Contohnya, empunya padi telah membenarkan Si Bongsu untuk

    mengikutinya ke kayangan semula walaupun Si Bongsu telah melakukan kesalahan,

    iaitu mencuri padinya.

    (e) Kerajinan. Contohnya, Si Bongsu rajin menanam padi di bumi dan padi yang

    ditanamnya mengeluarkan hasil yang menyenangkan.

    (f) Amanah. Contohnya, Si Bongsu dan adiknya amanah dalam menjaga harta pusaka

    ibu bapa mereka, iaitu dia dan adiknya menjaga kolam ikan pusaka ibu bapa mereka

    pada waktu siang dan malam.

    (g) Bersopan santun. Contohnya, Si Bongsu memohon keizinan daripada tujuh orang

    puteri sebelum mengikut mereka pulang ke kayangan.

    Pengajaran

    (a) Kita harus amanah dalam menjaga harta pusaka ibu bapa kita dengan

    sebaik-baiknya. Contohnya, Si Bongsu menjaga kolam ikan peninggalan ayahnya itu

    pada waktu siang dan malam kerana hanya harta itu sahaja yang masih tinggal.

    (b) Kita hendaklah bijak dalam menyelesaikan masalah supaya matlamat yang

    hendak kita capai dapat kita peroleh. Contohnya, Si Bongsu bijak mencari jalan

    Program Bahasa Melayu Edubest SM103 - Pemahaman Petikan & Antologi 12

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • penyelesaian untuk membawa padi turun ke bumi walaupun percubaan pertamanya

    gagal.

    (c) Kita hendaklah hidup dengan sifat rajin berusaha dan bekerja supaya kita

    tidak dihimpit oleh kemiskinan. Contohnya, Si Bongsu rajin menanam padi di bumi

    sehingga dapat mengeluarkan hasil yang begitu menyenangkan.

    (d) Setiap orang hendaklah mempunyai sikap baik hati supaya orang yang lemah

    mempunyai tempat bergantung. Contohnya, empunya padi mengizinkan Si Bongsu

    tinggal di kayangan semula setelah Si Bongsu tidak dapat pulang ke bumi kerana

    kakinya terlalu sakit.

    (e) Kita hendaklah bersopan santun dalam hubungan kita dengan orang lain

    agar kita mudah diterima dan dihormati. Contohnya, Si Bongsu meminta izin

    kepada tujuh orang wanita tersebut sebelum mengikut mereka pulang tee kayangan.

    Program Bahasa Melayu Edubest SM103 - Pemahaman Petikan & Antologi 13

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Latihan

    Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Maka dijawab yang empunya, "Apa? Saudara kira yang saya jemur ini emas?”

    Maka anak yatim piatu itu pun bertanya lagl, "Jikalau benda ini bukan emas,

    apakah gerangan namanya?"

    Jawab orang itu lagi, "Yang saudara sangka emas itu tidak lain daripada padi,

    yakni buah daripada sejenis tanaman yang sangat baik dan enak sekali untuk

    dimakan."

    "Oh, jadi apa yang saya sangka emas tadi, ternyata dapat dimakan!" kata anak

    yatim piatu itu dengan penuh kehairanan. Kemudian tanyanya lagi, "Seperti apakah

    gerangan baiknya atau enaknya padi itu jika dimakan?"

    Jawab orang yang empunya padi itu, "Dari segala macam makanan yang ada di

    bumi, tidaklah ada yang lebih enak dan lebih besar faedahnya daripada tanaman yang

    engkau sangka emas ini."

    Maka berkatalah anak yatim piatu itu kepada penduduk kayangan itu, "Jikalau

    tuan tidak berkeberatan, perkenankanlah saya mengambilnya barang sedikit. Saya

    hendak menanamnya pula di bawah sana di bumi tempat asal saya."

    Kemudian yang empunya padi, itu berkata lagi, "Nyahlah kamu dari sini! Kami

    sekali-kali tidak akan mengizinkan jikalau makanan kami ini hendak dibawa ke bumi.

    Kamu hanya boleh makan makanan itu di kayangan ini. Jikalau kamu hendak

    memakannya di sini, maka kami tidak berkeberatan. Akan tetapi jikalau kamu hendak

    membawanya ke bumi tempat asal kamu, maka kami tidak akan

    memperkenankannya."

    (Dipetik daripada prosa tradisional "Asal Padi" antologi Kuingin Berterima Kasih,

    Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    Program Bahasa Melayu Edubest SM103 - Pemahaman Petikan & Antologi 14

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • (i) Berdasarkan petikan prosa tradisional di atas, nyatakan dua ciri padi. [3 markah]

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    (ii) Kemukakan dua perwatakan yang terdapat pada anak yatim piatu. [3 markah]

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    (iii) Pada pendapat anda, mengapakah empunya padi tidak membenarkan anak

    yatim piatu membawa padi tersebut ke bumi? [4 markah]

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    _______________________________________________________________

    ( /10)

    Program Bahasa Melayu Edubest SM103 - Pemahaman Petikan & Antologi 15

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pelan Lokasi

    @ Pusat Tuisyen Didikan Genius

    No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

    http://www.edubest.com.my