tahap penggunaan forum e-pembelajaran di … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan...

21
TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN MULTIMEDIA (SPK, SPP DAN SPT) FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ANILI FASHA BINTI MAHADI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: tranhuong

Post on 28-May-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI KALANGAN

PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN MULTIMEDIA (SPK, SPP DAN SPT)

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANILI FASHA BINTI MAHADI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

id10662937 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 2: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI KALANGAN

PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN MULTIMEDIA

(SPK, SPP DAN SPT) FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : ANILI FASHA BINTI MAHADI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1 Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi

pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

No. 39 Jalan Pinang Kuning 12,

Taman Sayong Pinang,

Bandar Tenggara, 81440, Johor

Tarikh : 25 APRIL 2008 Tarikh : 25 APRIL 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

EN. MOHD NIHRA HARUZUAN

B. MOHAMAD SAID

Page 3: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

�Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)�.

Tandatangan :

Nama Penyelia : EN. MOHD NIHRA HARUZUAN B. MOHAMAD SAID

Tarikh : 25 APRIL 2008

Page 4: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI KALANGAN

PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN MULTIMEDIA (SPK, SPP DAN SPT)

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANILI FASHA BINTI MAHADI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

i

Page 5: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

�Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya�.

Tandatangan :

Nama Penulis : ANILI FASHA BINTI MAHADI

Tarikh : 25 APRIL 2008

ii

Page 6: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

DEDIKASI

Buat semua ahli keluarga tersayang...

Terima kasih atas doa, nasihat dan sokongan yang diberikan

Sepanjang pengajianku di UTM

iii

Page 7: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia tesis saya iaitu

En. Mohd Nihra Haruzuan B. Mohamad Said atas bimbingan, dorongan serta tunjuk

ajar beliau sepanjang proses menyiapkan tesis ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan seperjuangan,

pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia Fakulti Pendidikan (SPK, SPP dan SPT) atas

kerjasama penuh serta bantuan mereka melengkapkan borang soal selidik yang

diedarkan.

Penghargaan turut dirakamkan kepada semua rakan sepengajian yang sentiasa

memberi bantuan dan sokongan sepanjang menyelesaikan tesis ini.

Sekian, terima kasih.

iv

Page 8: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap penggunaan forum e-pembelajaran

di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti

Pendidikan UTM serta masalah yang dihadapi pelajar semasa menggunakan forum e-

pembelajaran. Seramai 69 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir

Jabatan Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM telah terlibat

dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada set soal

selidik yang mengandungi 37 item. Item terdiri daripada 30 soalan yang

menggunakan Skala Likert dan 4 soalan terbuka. Statistik deskriptif digunakan di

mana data dianalisis bagi mencari frekuensi, peratusan dan min. Data dianalisis

menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science v15.0 for

Windows). Purata taburan peratus dikelaskan kepada tiga tahap iaitu tinggi,

sederhana dan rendah. Nilai alpha adalah 0.991. Hasil kajian mendapati tahap

penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar adalah pada tahap sederhana

di mana min keseluruhan adalah 3.51.

v

Page 9: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

ABSTRACT

The purpose of this study is to determine the application of e-learning forum

among the final year students of Multimedia Department (SPK, SPP and SPT)

Faculty of Education UTM and also problems faced by the students in using e-

learning forum. 69 respondents were chosen among the final year student of

Multimedia Department (SPK, SPP and SPT) Faculty of Education UTM. Sets of

questionnaires consist of 37 items were used in this study. 30 items were based on

Likert�s Scale and 4 items were open ended questions. Descriptive statistics in term

of frequency, percentage and min were used. SPSS (Statistical Package for Social

Science v15.0 for Windows) was used in order to analysed the data. The percentages

were ranked into three stages namely high, medium and low. The value of alpha is

0.991. The analysis of the data revealed that the application of the forum in e-

learning is at a medium level which is 3.51 total mean score.

vi

Page 10: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

KANDUNGAN

BAB PERKARA

HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN DIRI ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Batasan Kajian 6

vii

Page 11: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

1.8 Definisi Istilah 6

1.8.1 Forum 7

1.8.2 Tahap 7

1.8.3 Faktor 7

1.8.4 Pengaruh 8

1.8.5 Efektif 8

1.8.6 E-learning 8

1.8.7 Pelajar 9

1.8.8 Perbincangan Asynchronous 9

1.9 Penutup 10

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Pembelajaran Online 11

2.3 E-pembelajaran Berbeza daripada Pembelajaran Konvensional 13

2.4 Forum E-pempelajaran 14

2.5 Forum E-learning UTM 15

2.6 Perbincangan dan Teknologi Asynchronous 16

2.7 Faktor-faktor Perbincangan yang Efektif 17

2.7.1 Pengajar atau Pensyarah sebagai Fasilitator 17

2.7.2. Beri Masa Memahirkan Pelajar dengan

Computer Mediated Communication (CMC) 17

2.7.3 Menyediakan Suasana yang Mesra 18

2.7.4 Perbincangan yang Mempunyai Pnaduan Jelas 18

2.7.5 Forum yang Bertujuan dan Kolaboratif 18

2.7.6 Perbincangan yang Berstruktur 19

2.7.7 Kawalan Masa 19

2.7.8 Maklumbalas Pensyarah 20

2.7.9 Penilaian 20

viii

Page 12: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 21

3.2 Rekabentuk Kajian 22

3.3 Tempat Kajian 23

3.4 Populasi dan Persampelan 23

3.5 Instrumen Kajian 24

3.5.1 Bahagian A � Demografi 24

3.5.2 Bahagian B � Tahap Penggunaan Forum E-learning 24

3.5.3 Bahagian C � Masalah yang Dihadapi Semasa

Menggunakan Forum E-learning 25

3.6 Kajian Rintis 27

3.7 Prosedur Kajian 27

3.8 Analisa Data 28

3.9 Penutup 30

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 31

4.2 Analisis Data 32

4.2.1 Analisis Bahagian A 32

4.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 1 34

4.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 2 41

4.2.4 Analisis Soalan Terbuka 46

4.3 Penutup 51

ix

Page 13: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 52

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 53

5.2.1 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 1 53

5.2.2 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 2 54

5.2.3 Perbincangan Dapatan Soalan Terbuka 56

5.3 Rumusan 57

5.4 Cadangan 58

5.4.1 Pihak Universiti / Jabatan Multimedia Fakulti

Pendidikan 58

5.4.2 Pensyarah 59

5.4.3 Pelajar 59

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59

5.6 Penutup 60

BIBLIOGRAFI 61

LAMPIRAN 65

x

Page 14: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

HALAMAN

3.1 Pecahan item mengikut bahagian 22

3.2 Pecahan responden mengikut kursus 23

3.3 Skala Likert 25

3.4 Taburan item soal selidik 26

3.5 Pekali Alpha Cronbach 27

3.6 Pengkelasan skala lima mata kepada skala tiga mata 28

3.7 Tahap nilai peratusan 29

3.8 Tahap penilaian dan julat min skor 29

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 33

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kursus 33

4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa 34

4.4 Data analisis frekuensi, peratusan dan min bagi persoalan kajian 34

4.5 Data analisis frekuensi, peratusan dan min bagi persoalan kajian

(Masalah Dalaman) 41

4.6 Data analisis frekuensi, peratusan dan min bagi persoalan kajian

(Masalah Luaran) 44

4.7 Taburan purata min mengikut masalah yang dihadapi oleh pelajar

tahun akhir Jabatan Multimedia (SPP, SPK dan SPT) Fakulti

Pendidikan, UTM semasa menggunakan forum e-learning 46

4.8 Data analisis frekuensi dan peratusan bagi item 31 47

4.9 Data analisis frekuensi dan peratusan bagi item 32 48

4.10 Data analisis frekuensi dan peratusan bagi item 33 49

xi

Page 15: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

4.11 Data analisis frekuensi dan peratusan bagi item 34 50

xii

Page 16: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

SENARAI SINGKATAN

SPSS - Statistical Package for Social Science

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

AS - Amat setuju

S - Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

ATS - Amat Tidak Setuju

SMS - Short Messaging System

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

xiii

Page 17: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat di negara Malaysia kini semakin pesat.

Sektor teknologi maklumat dan komunikasi data telah mengalami evolusi yang

begitu pantas. Telah menjadi suatu keperluan kepada dunia pendidikan negara untuk

mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara elektronik yang lebih dikenali sebagai

e-pembelajaran ataupun e-learning. Kementerian Penerangan Malaysia juga turut

mengakui bahawa e-learning merupakan suatu kaedah pembelajaran yang berkesan.

Cikgu.Net adalah portal pendidikan pertama yang berjaya ditubuhkan di negara kita.

Laman web portal yang banyak membantu masyarakat pendidik ini telah dilancarkan

pada bulan Mac 2000 oleh syarikat MIMOS Berhad.

E-pembelajaran boleh didefinisikan sebagai pendekatan kepada pengajaran

dan pembelajaran yang menggunakan teknologi Internet untuk proses komunikasi

dan kolaborasi di dalam konteks pendidikan (Blackboard, 2000). Menurutnya lagi,

ini termasuklah teknologi yang melengkapkan amalan pembelajaran dalam kelas

secara tradisional dengan komponen-komponen berasaskan web dan persekitaran

pembelajaran secara online ataupun maya.

Page 18: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

Melalui pembelajaran secara elektronik, pengguna juga dibekalkan dengan

kemudahan berkomunikasi secara online. Menurut wikipedia, forum Internet adalah

suatu aplikasi web yang mengendalikan perbincangan dan menerima serta

memaparkan pendapat yang dihantar pengguna. Forum merujuk kepada seluruh

komuniti atau sebahagiannya berbincang mengenai topik tertentu. Mesej atau

pendapat yang dihantar pengguna ini kemudian akan dipaparkan samada secara

kronologi iaitu mengikut susunan waktu ataupun bersambungan atau berterusan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Ledakan perkembangan laman web dan persekitaran pembelajaran maya

telah membawa banyak faedah kepada dunia pembelajaran universiti. Pembelajaran

secara online memberikan banyak manfaat dan faedah kepada sistem pendidikan

pada peringkat pengajian tinggi (Benfield, 2002). Ini termasuklah meningkatkan

kemahiran komunikasi antara pelajar serta antara pelajar dengan fakulti. Selain itu,

dikatakan juga dapat mengadakan suasana pembelajaran berpusatkan pelajar.

Pembelajaran asynchronous bermaksud tidak berlaku pada masa yang sama. Ini

bermakna, pensyarah dan pelajar tidak berinteraksi antara satu sama lain bersama

dengan kandungan kursus pada masa yang sama. (Faizal et.al.,2002). Di dalam

perbincangan secara asynchronous ini, pengguna berupaya untuk berkomunikasi

sesama sendiri tanpa perlu berada di tempat dan masa yang sama

Universiti Teknologi Malaysia turut tidak ketinggalan dalam memberikan

kemudahan kepada warganya menjalankan semua urusan kampus secara elektronik.

UTM secra rasmi diisytiharkan sebagai Cyber Campus pada tahun 1997. Selaras

dengan itu, setiap pelajar yang berdaftar diberi kemudahan untuk membuat akses

kepada subjek masing-masing pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat.

Segala maklumat matapelajaran, bahan kuliah, tugasan dan perbincangan boleh

diakses melalui kemudahan rangkaian komputer universiti.

2

Page 19: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

Lazimnya di peringkat universiti, pelajar akan mengikuti kuliah mereka di

dalam kelas secara beramai-ramai yang dikendalikan oleh pensyarah mereka. Kuliah

merupakan kaedah yang biasa digunakan kerana kaedah ini mampu menampung

bilangan pelajar yang besar. Justeru kuliah biasanya dianggap membosankan

berikutan pendekatan pengajarannya yang berlaku secara sehala sahaja (Sulaiman,

2003). Sistem pembelajaran tradisional memperuntukkan ruangan kerja yang terhad

iaitu hanya di sekitar bilik kuliah (Ishak et.al., 2002). Dalam suasana ini, pelajar

cuma berhubung dengan rakan sekuliah mereka dan pensyarah yang mengajar.

Ruangan yang terhad ini hanya boleh diperluaskan jika pelajar itu sendiri mempunyai

initiatif untuk meluaskan jaringan hubungan mereka.

Apa yang pasti, projek e-learning UTM telah memberikan berbagai-bagai

kemudahan kepada warga kampusnya terutama sekali kepada para pelajarnya. Antara

faedah penting yang pelajar perolehi adalah kemudahan komunikasi. Wujud ruang

untuk pelajar berbincang bersama rakan sekuliah mereka ataupun bersama pensyarah

melalui forum, emel ataupun chat. Bagi kemudahan forum, terdapat pelbagai jenis

forum yang boleh berlangsung. Ini termasuklah forum di antara pengajar sahaja,

forum berita, forum yang terbuka kepada semua dan satu thread bagi seorang

pengguna. Format paparan bagi perbincangan juga adalah pelbagai. Perbincangan

boleh dipaparkan mengikut format nested, threaded, flat atau oldest or newest first.

Di dunia pembelajaran universiti, wujud pelbagai golongan pelajar yang

berbeza cara serta pendekatan mereka dalam mencari ilmu. Pengajaran dikatakan

seni kerana mengambilkira perbezaan individu dan keperluan pelajar yang berbeza-

beza di dalam kelas (Sulaiman, 2003). Oleh itu, kaedah pembelajaran maya dalam

talian ataupun forum ini memperuntukkan ruang untuk pelajar-pelajar berkomunikasi

serta mengutarakan pandangan atau pendapat mereka. Semasa perbincangan di

dalam forum, pelajar mempunyai fleksibiliti untuk memberi sumbangan pendapat

kepada perbincangan yang disertainya pada masa dan tempat yang sesuai bagi

mereka (Benfield, 2002). Mereka juga diberikan tempoh untuk mempertimbangkan

pendapat mereka ataupun pendapat pelajar lain. Kaedah perbincangan inilah yang

dilihat dapat menjadi alternatif kepada kaedah pembelajaran secara interaksi

bersemuka antara pensyarah dan pelajar atau pelajar dengan pelajar di peringkat

pengajian tinggi.

3

Page 20: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

1.3 Penyataan Masalah

Pihak UTM telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada warga

kampusnya bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran mereka. Apa

yang pasti, e-learning telah menyediakan ruangan forum sebagai tempat

penggunanya mengutarakan pandangan, pendapat serta melakukan perbincangan

secara dalam talian. Sejauh manakah pelajar mengguna serta memanfaat kemudahan

forum perbincangan yang disediakan melalui e-learning. Oleh yang demikian,

pengkaji berminat untuk mengetahui tahap penggunaan forum e-pembelajaran di

kalangan pelajar. Selain itu, pengkaji juga ingin mengenalpasti masalah yang

dihadapi pelajar tahun akhir di bawah Jabatan Multimedia fakulti Pendidikan dari

kursus SPP, SPK dan SPT semasa menggunakan forum e-pembelajaran.

1.4 Objektif Kajian

Dalam kajian ini, objektif adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengenalpasti tahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar

tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan

UTM.

1.4.2 Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir Jabatan

Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM semasa

menggunakan forum e-pembelajaran.

4

Page 21: TAHAP PENGGUNAAN FORUM E-PEMBELAJARAN DI … filetahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir jabatan multimedia (spk, spp dan spt) fakulti pendidikan, universiti

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah tahap penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun

akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM?

1.5.2 Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia

(SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM semasa menggunakan forum

e-pembelajaran?

5