tahap penerimaan pelajar tahun akhir kursus spt, … filetahap penerimaan pelajar tahun akhir kursus...

28

Upload: vannhu

Post on 02-Apr-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAHAP PENERIMAAN PELAJAR TAHUN AKHIR KURSUS SPT, SPP, SPK

TERHADAP PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN E-PEMBELAJARAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR :

SATU KAJIAN

ARBAEN BIN HJ MOHD HANAFFI

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2006

iv

Untuk Ayah yang di kasihi, Hj Mohd Hanaffi bin Sahed

&

Ibu yang di rindui, Allahyarham Kalthom bte Abdullah

&

Abang, Kakak serta Adik yang di sayangi, Mohd Nasir, Mohd Halim,

Maswandi, Norhamimah dan Mohd Fazli

&

Keluarga Dr Rosli yang di cintai, Puan Sharifah, Jasmine, Adlin, Aiman dan

Jaynina

v

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi syukur pada yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnianya dapat

saya melaksanakan kajian ini dengan jayanya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada insan yang saya segani iaitu

Dr. Jamalludin Harun selaku pensyarah pembimbing bagi Projek Sarjana Muda ini

yang telah banyak mencurahkan ilmu dan pengetahuan untuk di jadikan panduan

bagi menjayakan kajian ini tanpa rasa jemu. Budaya kerja yang berdedikasi dan

berfikiran terbuka tanpa wujud perbezaan taraf di antara seorang pensyarah dengan

pelajar amat saya kagumi. Dengan rasa terharu saya mendoakan agar segala jasa baik

beliau terhadap saya akan di balas dengan limpah rahmat daripada Yang Maha Esa.

Tidak di lupakan juga kepada keluarga saya yang sentiasa menjadi tulang

belakang dalam perjuangan saya ini. Dorongan dan harapan yang di berikan tidak

akan saya lupakan.

Ribuan terima kasih juga kepada Pihak Pentadbiran Fakulti Pendidikan,UTM

yang telah banyak memberikan kerjasama di dalam menjayakan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga di tujukan buat rakan-rakan yang sering

memberikan teguran positif serta kerjasama yang baik agar kajian ini dapat di

selesaikan mengikut jangka waktu yang telah di tentukan.

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan melihat tahap penerimaan pelajar tahun akhir SPT, SPP, SPK dari aspek kadar kekerapan , tahap kepuasan dan strategi yang paling bermakna dalam penggunaan sistem pengurusan E-Pembelajaran Universiti Teknologi Malaysia,Skudai, Johor. Bagi memenuhi objektif kajian yang dilakukan, seramai 60 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir Kursus SPT, SPP dan SPK daripada Fakulti Pendidikan UTM telah di pilih secara rawak. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang diperoleh daripada Pusat Pembelajaran dan Pengajaran UTM, (CTL) dan telah diperbaiki agar bersesuaian dengan kajian ini. Laporan dilakukan menggunakan analisis secara deskriptif bagi setiap komponen yang terkandung dalam soal selidik. Data-data dikumpulkan melalui soal selidik dan telah diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 10.0 (SPSS 10.0) untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk peratusan dan skor min. Hasil kajian mendapati tahap kekerapan penggunaan E-Pembelajaran berada pada tahap sekali seminggu iaitu 38.3%. Manakala tahap kepuasan dalam penggunaan E-Pembelajaran pula menunjukkan nilai min 3.60 iaitu sederhana puas yang tinggi. Strategi yang paling bermakna dalam E-Pembelajaran pula adalah strategi yang berkonsepkan Bahan Pembelajaran iaitu 56.7%.

vii

ABSTRACT

The purpose of this study is to determine the level of final year SPT, SPP, SPK student acceptance from the range of frequency, level of satisfaction and meaningful strategies in the usage of e-learning management system in University Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. To fulfill the objective of this study, 60 respondent from the faculty of Education in UTM, had been chosen randomly. Questionnaires had been obtained from Center of Teaching and Learning (CTL), UTM and had been reconstructed as to be able to be applied. The report had been conducted using the descriptive analysis for each components that accomodate in the questionnaires. The data that had been collected from the questionnaires had been process using the SPSS software to obtain the result in form of percentage and mean score. Therefore, the result shows that the level of frequency in e-learning usage is at the level once per week that is 38.3 %. Meanwhile, satisfaction level in the usage of e-learning shows that the mean’s value is 3.60 , which is medium high. The most meaningful strategies in e-learning with the total of 56.7%, is the strategy that emphasize the concept of sources in learning.

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 12

1.6 Kepentingan Kajian 13

1.7 Batasan Kajian 14

1.8 Definisi Istilah 15

1.8.1 Internet 15

1.8.2 E-Pembelajaran 16

1.8.3 Sistem Pengurusan E-Pembelajaran 16

1.8.4 Moodle 16

1.8.5 Pembelajaran 17

1.8.6 Pengajaran 17

ix

1.9 Kesimpulan 17

2 SOROTAN KAJIAN 19

2.1 Pengenalan 19

2.2 Perbezaan di antara Pembelajaran Secara

Tradisional dengan E-Pembelajaran. 20

2.3 Kajian Berkaitan E-Pembelajaran dan

Penggunaan Komputer 22

2.4 Faktor-Faktor Perkembangan E-Pembelajaran 24

2.5 Kepentingan Pembelajaran Melalui

E-Pembelajaran 26

2.6 Perkembangan E-Pembelajaran 28

2.7 E-Pembelajaran di UTM 29

2.8 Sistem Pengurusan E-Pembelajaran (Komersial) 31

2.8.1 WebCT 32

2.8.2 Blackkboard 32

2.9 Sistem Pengurusan E-Pembelajaran

Sumber Terbuka (Open Source) 32

2.9.1 Moodle (Modular Object Oriented

Dynamic Learning Environment) 33

2.9.2 Kemudahan-Kemudahan yang 35

di Sediakan Oleh Moodle

2.10 Keberkesanan E-Pembelajaran 36

2.10.1 Kajian-Kajian Berkaitan Penggunaan

Moodle dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran. 37

2.10.2 Kajian-Kajian Berkaitan Tahap 37

Penerimaan Pelajar Terhadap

E-pembelajaran. 36

2.10.3 Kajian-Kajian Berkaitan Strategi 38

Pembelajaran di Dalam

E-Pembelajaran 37

2.11 Penutup 39

x

3 METODOLOGI KAJIAN 40

3.1 Pengenalan 40

3.2 Reka Bentuk Kajian 40

3.3 Perlaksanaan/Prosedur Kajian 41

3.4 Pensampelan 44

3.5 Instrumen Kajian 45

3.6 Kajian Rintis/Keboleh Percayaan Instrumen 48

3.7 Analisis data 49

3.8 Kesimpulan 49

4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 50

4.1 Pengenalan 50

4.2 Analisis Data Bahagian A: Taburan Kekerapan 51

dan Peratusan responden Mengikut Kursus.

4.3 Analisis Data Bahagian B: Tahap Kekerapan

Penggunaan E-Pembelajaran 52

4.4 Analisis Data Bahagian C: Tahap

Kepuasan Pelajar Terhadap Sistem

E-pembelajaran (Moodle) yang di gunakan

di UTM. 55

4.5 Analisis Data Bahagian D: Strategi atau

Kemudahan Pembelajaran yang perlu di Sediakan. 62

4.5.1 Analisis Strategi atau Kemudahan

Pembelajaran yang Perlu di Sediakan 63

4.5.2 Analisis Strategi atau Kemudahan

Pembelajaran yang Paling penting

di Dalam Sistem E-Pembelajaran. 66

4.6 Analisis Komen/Cadangan Mengenai Sistem 67

E-Pembelajaran 66

4.7 Rumusan Data 68

4.8 Penutup 70

xi

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 71

5.0 Pengenalan 71

5.1 Perbincangan Tahap Kekerapan Penggunaan

E-Pembelajaran 71

5.1.1 Analisis Data Latar Belakang Responden 71

5.1.2 Analisis Data Tahap Kekerapan dan

Lokasi Penggunaan E-Pembelajaran 72

5.2 Perbincangan Tahap Kepuasan Pelajar 73

Terhadap Sistem E-Pembelajaran (Moodle) yang

di gunakan di UTM 74

5.3 Perbincangan Strategi dalam E-Pembelajaran

yang Paling Bermakna. 83

5.3.1 Proses Komunikasi 83

5.3.2 Maklumat Kursus 84

5.3.3 Bahan Pembelajaran 86

5.3.4 Tugas dan Pemarkahan 87

5.4 Perbincangan Keseluruhan Strategi

atau/Kemudahan Pembelajaran yang

Paling Penting di Dalam Sistem E-Pembelajaran 88

5.5 Perbincangan Soalan Terbuka Berbentuk

Cadangan dan Komen Mengenai Sistem

E-Pembelajaran di UTM 89

5.5.1 Kurangnya Penglibatan Pensyarah 89

5.5.2 Kelewatan Dalam Memberikan

Maklum balas 92

5.5.3 Sistem Adalah Mesra Pengguna 93

5.5.4 Masalah Server 94

5.6 Kesimpulan 94

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 96

5.8 Penutup 97

RUJUKAN 98

LAMPIRAN 109

xii

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Halaman 2.1 Perbezaan di Antara WebCT dan Moodle™ 5

3.1 Jadual Rancangan Kerja Kajian yang Sebenar 43

3.2 Bilangan pelajar mengikut kurus pengajian 45

3.3 Skor Kenyataan 47

3.4 Pengkelasan Instrumen 47

3.5 Analisis Skor Min 49

4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Kursus 51

4.3 Analisis Kekerapan Penggunaan Sistem E-Pembelajaran Pada

Sesi 2005/2006 Semester 2 53

4.4 Analisis Lokasi yang Kerap di Gunakan Oleh Responden Bagi

Mencapai Sistem E-Pembelajaran UTM. 54

4.5 Min Kepuasan Bagi Konstruk Tahap Kepuasan Dari Segi

Isi Kandungan 56

4.6 Min Kepuasan Bagi Konstruk Tahap Kepuasan Dari Segi

Antara Muka Pengguna 56

4.7 Min kepuasan Bagi Konstruk Tahap Kepuasan Dari

Segi Penilaian dan Maklum Balas 57

4.8 Min kepuasan Bagi Konstruk Tahap Kepuasan Dari Segi

Pembelajaran Kendiri 58

4.9 Min kepuasan Bagi Konstruk Tahap Kepuasan

Dari segi Komuniti Pembelajaran 59

4.10 Min kepuasan Bagi Konstruk Tahap Kepuasan Dari Segi

Komuniti Pembelajaran 59

4.11 Min kepuasan Bagi Konstruk Tahap Kepuasan Dari Segi

Kepuasan Keseluruhan 60

4.12 Analisis Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Sistem

E-Pembelajaran (Moodle™) yang di gunakan di UTM

xiii

Mengikut Konstruk 61

4.13 Analisis Strategi/kemudahan Berkaitan dengan

Proses Komunikasi 63

4.14 Analisis Strategi/Kemudahan Berkaitan Dengan

Maklumat Kursus 64

4.15 Analisis Strategi/Kemudahan Berkaitan Dengan

Bahan Pembelajaran 64

4.16 Analisis Strategi/Kemudahan Berkaitan Dengan

Tugasan dan Pemarkahan. 65

4.17 Analisis Strategi atau Kemudahan Pembelajaran yang Paling

Penting di Dalam Sistem E-Pembelajaran 66

4.18 Komen dan Cadangan Pelajar Terhadap Sistem E-Pembelajaran 67

4.19 Rumusan Data Kajian 68

xiv

SENARAI SINGKATAN

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta

CMC (Course Management System ), Sistem Pengurusan Kursus

LMS (Learning Manegement System), Sistem Pengurusan Pembelajaran

xv

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk Muka surat

A Borang Soal Selidik 109

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

E-Pembelajaran atau lebih di kenali sebagai e-learning merupakan satu bentuk

revolusi pendidikan yang berorientasikan sistem pembangunan web. Ianya semakin

popular dan digunakan sebagai salah satu medium pengajaran dan pembelajaran

utama masa kini sama ada bagi tujuan pendidikan formal di institusi pengajian

mahupun bagi tujuan latihan sesebuah organisasi. E-Pembelajaran dikatakan dapat

memberikan pelbagai kelebihan kepada pelajar dan juga tenaga pengajar itu sendiri.

Pelajar dapat menjimatkan penggunaan tenaga teknikal dan boleh memperoleh

seberapa banyak maklumat yang terdapat menerusi teknologi web. Sewaktu berada di

rangkaian internet, pelajar dapat mengakses maklumat-maklumat yang terkini pada

bila-bila masa serta boleh menyimpan maklumat-maklumat tersebut sebagai sumber

rujukan. Selain itu pelajar dapat berhubungan dan berkomunikasi secara (on-line)

bersama rakan mahupun tenaga pengajar yang berada di tempat lain tanpa perlu

bersemuka dan kini kaedah tersebut menjadi satu keperluan di kalangan pelajar

(Fadzli, 2005).

E-Pembelajaran boleh di definisikan sebagai satu pembelajaran elektronik, di

mana pada peringkat awal ianya berfungsi sebagai satu koleksi pakej pengajaran dan

informasi dalam pendidikan lanjutan. Ianya juga di capai pada bila-bila masa di mana-

mana sahaja dan ianya juga disampaikan secara elektronik ( Dichantz, 2001).

2

Pembelajaran berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan

suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar

memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah (Brown & Bush, 1992; Toh &

Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995).

Selain itu penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran semakin

penting pada masa kini. Sebagaimana menurut Nor Hashim (1996), cara yang paling

berkesan untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah dengan menjadikannya

alat untuk membantu kerja-kerja kita supaya menjadi lebih mudah dan berkesan.

Oleh itu pengkaji ingin melihat tahap kepuasan pelajar menggunakan sistem

E-Pembelajaran yang diwujudkan oleh Universiti Teknologi Malaysia ini dalam

membantu meningkatkan proses pembelajaran mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan telah lama diperkenalkan

di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Bagi

mencapai wawasan dan inspirasi negara, Malaysia tidak ketinggalan dalam mengecapi

arus perdana pembangunan berasaskan teknologi komputer. Dari perspektif harian,

ianya bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran,

malah berpotensi sebagai alat untuk menjayakan lagi aspek persekitaran pengajaran

dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Terciptanya mikro komputer

pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang memberangsangkan terhadap

penggunaan teknologi dalam pendidikan di Malaysia (Norhashim,1996).

Penggabungan penggunaan aspek teknologi dalam kurikulum sekolah dapat

menyemai dan memupuk sikap positif terhadap perkembangan teknologi. Persekitaran

dan budaya sekolah seharusnya dari sesuatu pembelajaran yang bersifat memori

kepada yang berpengetahuan, berfikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan

teknologi terkini (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997).

3

Spender (2001) mengatakan bahawa E-Pembelajaran merupakan satu bentuk

pembelajaran yang amat sesuai dengan generasi kini yang berteraskan teknologi

maklumat. Beliau juga mengatakan bahawa salah satu cara supaya pelajar dapat

memenuhi kehendak dan keperluan pembelajaran mereka adalah dengan

menggunakan sistem E-Pembelajaran pada tempat serta waktu yang bersesuaian serta

ianya ditentukan oleh mereka sendiri.

Spender (2001) juga menyatakan bahawa sistem E-Pembelajaran dapat

memberikan pelbagai faedah agar pembelajaran sentiasa berterusan dengan

menyediakan kemudahan seperti :

i. Menyediakan sambungan ke bahagian-bahagian atau sumber-sumber

pembelajaran yang di kehendaki oleh pelajar.

ii. Menyediakan bahan-bahan serta maklumat pembelajaran secara elektronik

‘online’ supaya ianya dapat membantu dan membimbing di dalam proses

pembelajaran pelajar.

iii. Meningkatkan serta menggalakkan pelajar untuk mencapai atau memperoleh

maklumat yang berguna dan memperbagaikan aktiviti pembelajaran mereka.

iv. Menyediakan kemudahan yang dapat menarik minat pelajar untuk berinteraksi

sesama mereka mahupun pensyarah.

v. Memberikan maklum balas dengan pantas serta pengukuhan yang baik.

vi. Mewujudkan budaya pembelajaran yang selesa serta kondusif bagi pelajar

mempunyai jadual harian yang padat serta pelajar yang mempunyai

pekerjaan.

vii. Membolehkan pelajar memberikan komen positif serta pendapat untuk di

kongsi bersama bagi meningkatkan mutu pengajaran pensyarah secara

langsung.

viii. Mewujudkan keseimbangan dalam perbezaan sumber maklumat.

Walau bagaimanapun, sistem E-Pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada

pembelajaran jarak jauh kerana ianya adalah satu sistem yang menyediakan

kemudahan yang fleksibel dan dapat memberikan banyak manfaat kepada pelajar

sepenuh masa (Collis & Moonen, 2001).

4

Pembelajaran secara elektronik atau yang lebih dikenali sebagai E-

Pembelajaran merupakan kombinasi elemen pendidikan dan teknologi elektronik.

Kaedah ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran berdasarkan

keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual dan kelas yang telah ditetapkan. Ia

merupakan satu keperluan kepada pelajar bagi berada seiring dengan peredaran masa

yang banyak mengaplikasikan teknologi dalam sistem pendidikan.

Penggunaan E-Pembelajaran juga dapat memberikan pelbagai kelebihan

kepada pelajar terutama sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini

memandangkan ianya mampu dijadikan alat atau medium pembelajaran yang bukan

sahaja menawarkan kemudahan perkongsian dan pencarian ilmu malah ianya juga

boleh digunakan bagi tujuan komunikasi. Sebagaimana menurut Nor Hashim (1996),

cara yang paling berkesan untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah dengan

menjadikannya alat untuk membantu kerja-kerja kita supaya menjadi lebih mudah dan

berkesan. Dengan itu, produktiviti dapat dipertingkatkan.

Oleh yang demikian, dewasa ini jelas dapat diperhatikan E-Pembelajaran telah

menjadi salah satu medium perkongsian ilmu yang semakin jelas kepentingannya dan

digunakan terutamanya di institusi pengajian tinggi awam mahu pun swasta.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) misalnya telah melaksanakan penggunaan E-

Pembelajaran ini sejak tahun 1997. Pada masa itu, sistem tersebut dipanggil sebagai

pembelajaran maya atau virtual learning. Pada masa itu, setiap fakulti di UTM

mempunyai laman pembelajaran maya yang dikendalikan sendiri oleh pihak fakulti.

Pembelajaran maya pada masa tersebut sebenarnya merupakan satu jaringan

interaktif yang membenarkan pelajar memuat turun dan memperoleh nota pensyarah,

kuiz, tugasan dan bahan-bahan pengajaran yang lain. Walau bagaimanapun

pembelajaran maya yang dikendalikan pada waktu tersebut menghadapi satu

kelemahan yang ketara iaitu aktiviti-aktiviti yang boleh dicapai adalah terhad serta

ianya adalah tidak secara langsung (asynchronous) seperti memuat turun dan

pemaparan (Fadzli, 2000).

Kini, bilangan pelajar yang menuntut di universiti adalah berlipat kali ganda

daripada dahulu. Pensyarah bertanggungjawab mengajar pelajar dengan yang tinggi

5

dalam satu-satu masa kuliah. Oleh yang demikian adalah sukar bagi seorang

pensyarah untuk memberi respons dan memenuhi kesemua kehendak pelajar pada

waktu tersebut. Disebabkan masalah yang timbul ini, maka pihak universiti telah

menggunakan sistem E-Pembelajaran supaya proses komunikasi di antara pelajar dan

pensyarah berlaku setiap masa iaitu di luar waktu kuliah dan tanpa kekangan lokasi.

Menggunakan sistem E-Pembelajaran, pelajar dapat meneruskan proses pembelajaran

tanpa sebarang halangan dan mengikut kesesuaian mereka. Ia juga akan dapat

mempertingkatkan komunikasi bermakna serta dapat memperluaskan teknik

pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum pihak universiti mengambil sistem E-Pembelajaran sebagai satu

medium pendidikan, terdapat beberapa aspek yang harus di ambil perhatian seperti

keupayaan pensyarah untuk mengendalikan pembelajaran sesuatu kursus

menggunakan sistem E-Pembelajaran. Terlebih dahulu ,pensyarah haruslah menjadi

pengendali yang afektif iaitu mempunyai kefahaman serta berupaya mengendalikan

kemudahan yang terdapat dalam sesebuah perisian (Alexander & Boud, 2001). Selain

itu , ciri-ciri seorang pendidik yang berhemah tinggi adalah amat diperlukan untuk

memastikan suasana pembelajaran secara kolaboratif dapat diwujudkan di dalam

sistem E-Pembelajaran (Jones, 2004; Salmon, 2000). Menggunakan sistem E-

Pembelajaran akan memupuk rasa bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka

serta menghargai ilmu pengetahuan kerana pelajar berusaha sendiri mendapatkan

pengetahuan tersebut berbanding dengan kaedah tradisional yang hanya memupuk

pelajar supaya menerima sahaja atau menyalin semula maklumat yang diberikan oleh

pensyarah sewaktu kuliah.

Jonassen (1999) menyatakan bahawa pembinaan pengetahuan oleh pelajar itu

sendiri merupakan satu aktiviti sosial yang dapat menggalakkan pelajar berkongsi

pengetahuan dan maklumat sesama mereka untuk memastikan pembelajaran secara

kolaboratif dapat di laksanakan. Beliau juga berpendapat bahawa teknologi E-

Pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam membina pendidikan pelajar

terhadap sesebuah komuniti dengan menyediakan medium untuk berkongsi maklumat,

membina organisasi dan memperbaiki idea yang boleh di sarankan oleh sesebuah

komuniti.

6

Sebelum sesebuah institusi pendidikan memulakan sebarang sistem E-

Pembelajaran, pengendali atau pensyarah serta pengguna yang terdiri daripada pelajar

hendaklah mengenal pasti terlebih dahulu faedah yang dapat diperoleh daripada

sistem. Freeman (1997) mencadangkan pensyarah agar memilih satu sistem yang

mempunyai tema yang bersesuaian iaitu bila, di mana dan apa yang akan di pelajari.

Secara amnya Sistem Pembangunan Pembelajaran (learning management system

,LMS) mestilah mengandungi aspek yang penting iaitu di manakah pengguna boleh

mencapai kemudahan sistem E-Pembelajaran yang di sediakan dan adakah pengguna

boleh menggunakan sistem ini dalam membantu pembelajaran mereka mengikut

kesesuaian mereka sendiri (Freeman, 1997).

Selain itu, penggunaan sistem pembelajaran maya pada waktu tersebut

memerlukan seseorang pensyarah mengetahui tentang perisian pembangunan, grafik

dan sebagainya. Pensyarah juga perlu mempunyai kemahiran bahasa pengaturcaraan

supaya dapat membina satu sistem yang interaktif dan memenuhi keperluan

pengguna. Kesemua ini memerlukan masa dan ketelitian dan ini secara langsung akan

membebankan pensyarah yang sememangnya sudah mempunyai beban tugas yang

banyak . Disebabkan kekangan-kekangan yang di hadapi oleh pensyarah untuk

membina sistem E-Pembelajaran tersebut, maka pihak pentadbiran UTM perlu

membina dan mencari satu kaedah alternatif bagi menyelaraskan satu sistem E-

Pembelajaran yang dapat digunakan oleh pensyarah mahupun pelajar sebagai

pengguna.

Berdasarkan masalah-masalah yang dinyatakan, pada penghujung tahun 2001,

UTM mula menyelaraskan penggunaan pembelajaran maya di setiap fakulti dan satu

sistem pengurusan E-Pembelajaran baru yang dipanggil WebCT telah diperkenalkan.

WebCT merupakan Sistem Pembangunan Pembelajaran yang dapat menyediakan

kemudahan seperti memuat naik dan berkongsi dokumen, membina bahan pengajaran

secara maya di dalam HTML, perbincangan maya, senarai penglibatan pelajar dan

komunikasi secara maya.

Terdapat banyak perbezaan di antara WebCT dengan sistem yang digunakan

sebelum ini. Dengan WebCT pelajar dapat berkomunikasi dengan pensyarah secara

langsung (synchronous) , dan ini tidak terdapat di dalam sistem Pembelajaran Maya

7

yang hanya terhad komunikasi secara tidak langsung (asynchronous) sahaja. Oleh

yang demikian, pihak UTM mengambil sistem WebCT bagi menggantikan

pembelajaran Maya kerana proses interaksi dan perbincangan di antara pelajar dengan

pelajar serta pensyarah dapat di pertingkatkan. Ia juga dapat menyediakan sistem

pengurusan yang lebih sistematik serta teratur. Pihak pentadbiran UTM

mengharapkan dengan penggantian sistem yang baru ini proses pengajaran dan

pembelajaran dapat di pertingkatkan.

Setelah digunakan selama hampir tiga tahun, pihak pengurusan dan juga

jawatankuasa E-Pembelajaran UTM seterusnya mencari satu sistem alternatif baru

bagi menguruskan sistem E-Pembelajaran di UTM. Ini bagi menggantikan sistem

pengurusan E-Pembelajaran WebCT yang tamat lesen penggunaannya di UTM pada

penghujung tahun 2003. Selari dengan galakan pihak kerajaan khususnya menerusi

Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran terhadap penggunaan

sumber terbuka atau open source, akhirnya pada tahun 2004, UTM telah memilih

satu sistem pengurusan E-Pembelajaran berasaskan sumber terbuka (open source)

yang dipanggil Moodle™.

Moodle™ adalah singkatan bagi (Modular Object-Oriented Dynamic Learning

Environment) iaitu halaman E-Pembelajaran dinamik berorientasikan objek. Tidak

seperti pakej perisian lain seperti WebCT dan Blackboard, Moodle™ dibangunkan

sebagai sebuah perisian sumber terbuka (open source) di bawah pelesenan awam

GNU. (open source) bermaksud sebarang pengubahsuaian boleh di lakukan

dilakukan ke atas kod sumbernya mengikut kehendak dan kesesuaian pengguna

selagi pengendali tidak menukar lesen asal serta hak cipta terpeliharanya.

Kebanyakan universiti menggunakan sistem LMS atau ada yang

memanggilnya Sistem Pembangunan Kursus (CMS) yang komersial seperti WebCT,

Blackboard, Lotus Learning Space dan sebagainya. Berdasarkan satu kajian yang

dilakukan oleh (Fadzli et al., 2005) telah memperoleh komen-komen yang positif

mengenai sistem E-Pembelajaran Moodle™.

Pelajar menyatakan bahawa mereka lebih gemar menggunakan sistem ini

berbanding kaedah tradisional selain ianya dapat mempertingkatkan keyakinan diri

8

dalam konteks berkongsi idea dengan rakan mahupun pensyarah. Mereka juga

menyarankan supaya lebih ramai lagi pensyarah yang terlibat dalam sistem E-

Pembelajaran ini. Walau bagaimanapun komen- komen negatif juga diperoleh di

antaranya ialah pelajar kurang berpuas hati kerana terpaksa menghadapi masalah

teknikal seperti sistem sukar di capai dan kesukaran di dalam menggunakan

kemudahan yang disediakan secara paparan skrin terutama kuiz dan ujian.

Kajian yang di lakukan oleh Nor Asiah (2004) , memperoleh respons daripada

pelajar-pelajar yang menggunakan sistem E-Pembelajaran menghadapi masalah

seperti :

i. Kekurangan komputer menyebabkan kesukaran pelajar mencapai sistem

ii. Pelajar terpaksa menghadapi masalah server tak dapat beroperasi.

iii. Nota yang di sediakan oleh pensyarah kurang berkualiti dan ianya serupa

dengan nota di dalam kelas. Pelajar mengharapkan nota yang lebih terperinci

dapat di letakkan di dalam sistem

iv. Tiada capaian boleh di lakukan di dalam universiti dan juga asrama, oleh itu

sistem ini tidak dapat digunakan.

v. Kesukaran untuk mendaftar masuk ke dalam sistem kerana memerlukan

kebenaran pensyarah terlebih dahulu.

Berdasarkan penyataan –penyataan di atas, pengkaji ingin melihat sejauh

manakah tahap penerimaan pelajar UTM terhadap sistem E-Pembelajaran yang di

laksanakan ini.

1.3 Penyataan Masalah

Sistem pengurusan E-Pembelajaran yang dikenali sebagai Moodle™ telah

mula dibuka untuk kegunaan pelajar di UTM pada penghujung November 2004 (sesi

2004/2005).

9

Terdapat pelbagai kemudahan dan manfaat yang di tawarkan dalam

menggunakan Moodle™ berbanding dengan pembelajaran secara tradisional iaitu

pembelajaran di dalam kelas. Bagi pensyarah , Moodle™ berkeupayaan untuk

memuat naik bahan pembelajaran serta dapat menyediakan tugasan kepada pelajar.

Bagi pelajar pula, mereka dapat menghantar tugasan yang diberikan oleh pensyarah

dengan mudah dan selesa di sebarang lokasi yang menyediakan sistem ini tanpa perlu

pergi ke bilik pensyarah. Sistem ini juga memberikan manfaat kepada pensyarah dan

pelajar dengan menyediakan ruangan perbincangan secara kolaboratif yang lebih di

kenali sebagai ruangan forum. Di ruangan ini pensyarah dan juga pelajar dapat

berkomunikasi secara langsung (synchronous) dan tidak langsung (asynchronous) .

Komunikasi ini boleh dilakukan sama ada pelajar dengan pelajar ataupun pelajar

dengan pensyarah.

Slavin (1990) menyatakan bahawa tulang belakang kepada pembelajaran

secara kolaboratif ialah keupayaan dan kerelaan individu untuk melibatkan diri secara

aktif dalam perbincangan dan komunikasi dua hala. Oleh yang demikian, dengan

menggunakan sistem Moodle™ , proses komunikasi di antara pelajar dengan pelajar

mahupun pensyarah dapat dilaksanakan dan ianya dapat di pantau oleh pensyarah

(Azmitia, 1988).

Perlaksanaan Moodle™ di UTM bermula dengan membahagikan sistem ini

kepada 3 aras capaian iaitu pihak pentadbiran , pensyarah dan juga pelajar. Secara

amnya, pihak pentadbiran adalah di bawah tanggungjawab Pegawai ICT di setiap

fakulti di UTM. Setiap pensyarah berupaya mencapai sistem pembangunan kursus,

manakala pelajar hanya boleh mencapai sehingga sistem pembangunan pengguna

yang telah disediakan khusus untuk pelajar.

Pada pertengahan tahun 2004 UTM telah mula menggunakan sistem E-

Pembelajaran yang dibangunkan secara sumber terbuka yang dikenali Moodle™™.

Di awal penggunaannya , hanya terdapat beberapa kursus yang dapat di capai

menerusi sistem ini. Kursus-kursus yang disediakan itu pada awalnya adalah

bertujuan untuk melatih petugas akademik serta kakitangan fakulti dan ianya

bukanlah untuk di buka atau di gunakan oleh pelajar.

10

Terdapat beberapa bengkel telah dilaksanakan dan ianya dikendalikan oleh

Pusat Pengajaran & Pembelajaran (Centre of Teaching and Learning,CTL) UTM

bertujuan untuk melatih petugas akademik. Bengkel-bengkel ini menunjukkan

bagaimana kemudahan yang terdapat di dalam Moodle™ berfungsi serta bagaimana

menggunakannya untuk membina bahan pembelajaran secara elektronik. Penggunaan

sistem ini sebagai salah satu alat komunikasi juga dijelaskan sewaktu bengkel ini di

jalankan.

Bilangan petugas akademik yang menghadiri bengkel tersebut adalah

memuaskan dan mereka memberikan respons yang baik serta berminat menggunakan

sistem tersebut sebagai salah satu bahan bantu pengajaran mereka.

Pada penghujung November 2004 (sesi 2004/2005), Moodle™ telah

diperkenalkan kepada pelajar. Sebanyak 2821 kursus boleh dicapai oleh pelajar

menerusi sistem ini mengikut fakulti. Pelajar yang mencapai sistem ini, akan secara

automatik di daftarkan terus ke kursus yang berkaitan dengan pengajian mereka .

Setelah digunakan lebih dari setahun maka adalah wajar satu kajian

penerimaan pelajar terhadap sistem pembelajaran baru ini dilakukan bagi melihat

sama ada ianya dapat diterima dan dapat membantu proses pengajaran dan

pembelajaran di kalangan pelajar UTM. Oleh itu kajian ini akan mengenal pasti isu-

isu yang timbul dalam penggunaan E-Pembelajaran di kalangan pelajar. Kajian akan

menjurus kepada faktor–faktor utama yang berkaitan dengan penggunaan sistem E-

Pembelajaran amnya dan pembelajaran menerusi web khasnya khususnya dari aspek

penerimaan pelajar.

Antara lain, kajian ini akan mengenal pasti sejauh manakah sikap pelajar

terhadap E-Pembelajaran sebagai satu alat dalam proses P&P serta mengenal pasti

sejauh manakah tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan yang disediakan dalam

sistem pengurusan E-Pembelajaran yang disediakan oleh pihak UTM. Selain dari itu,

kajian ini juga akan mengenal pasti apakah strategi dalam sistem pengurusan E-

Pembelajaran yang disediakan yang paling bermakna dalam membantu pembelajaran

pelajar.

11

Diharapkan dapatan dari kajian ini akan menjelaskan beberapa isu utama

berkaitan dengan tahap penerimaan pelajar berkaitan dengan penggunaan sistem E-

Pembelajaran di UTM.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan melihat tahap penerimaan pelajar terhadap

sistem pengurusan E-Pembelajaran yang disediakan oleh UTM dan pembelajaran

menerusi web khasnya. Objektif bagi kajian ini ialah:

1. Mengenal pasti tahap kekerapan penggunaan E-Pembelajaran di kalangan

pelajar-pelajar tahun akhir bagi tiga kursus iaitu SPT, SPK, SPP dari Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia .

2. Mengenal pasti tahap kepuasan di kalangan pelajar-pelajar tahun akhir bagi

tiga kursus iaitu SPT, SPK, SPP dari Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia, terhadap penggunaan E-Pembelajaran dari 6 aspek

berikut:

i. Isi kandungan

ii. Antara muka pengguna

iii. Penilaian dan maklum balas

iv. Pembelajaran kendiri

v. Komuniti pembelajaran

vi. Capaian

3. Mengenal pasti strategi dalam E-Pembelajaran yang paling bermakna dalam

membantu pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar tahun akhir bagi tiga

kursus iaitu SPT, SPK, SPP dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia, berdasarkan tema berikut :

i. Proses komunikasi

12

ii. Maklumat kursus

iii. Bahan pembelajaran

iv. Tugasan dan pemarkahan

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa persoalan kajian iaitu:

1. Apakah tahap kekerapan penggunaan E-Pembelajaran di kalangan pelajar-

pelajar tahun akhir bagi tiga kursus iaitu SPT, SPK, SPP dari Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ?

2. Apakah tahap kepuasan di kalangan pelajar-pelajar tahun akhir bagi tiga

kursus iaitu SPT, SPK, SPP dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia, terhadap penggunaan E-Pembelajaran dari 6 aspek berikut ?:

i. Isi kandungan

ii. Antara muka pengguna

iii. Penilaian dan maklum balas

iv. Pembelajaran kendiri

v. Komuniti pembelajaran

vi. Capaian

3. Apakah strategi di dalam E-Pembelajaran yang paling bermakna dalam

membantu pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar tahun akhir bagi tiga

kursus iaitu SPT, SPK, SPP dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia, berdasarkan tema berikut ?:

i. Proses komunikasi

ii. Maklumat kursus

iii. Bahan pembelajaran

iv. Tugasan dan pemarkahan