t1a3.docx

6
JURNAL REFLEKSI Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di Malaysia. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Pada mulanya persepsi saya mengatakan bahawa adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Semasa saya membuat aktiviti 1 (kajian dokumen) dengan aktiviti 2 proses merakam istiadat perkahwinan kaum India di sebuah tempat iaitu di Sungai Petani, Kedah perasaan saya amat gembira dan sifat ingin tahu mengenai adat perkahwinan kaum India amat tinggi. Pada mulanya saya berasa keliru bagaimana hendak memulakan mencari maklumat tersebut. Mujur ada sahabat saya berbangsa India sentiasa memberi maklumat dan jawapan setiap kali soalan diajukan kepadanya. Untuk aktiviti 1 saya mencari maklumat di dalam internet dan soal jawab dengan bersama rakan saya. Apa yang saya perolehi dari maklumat di atas, memang banyak upacara sebelum, semasa dan selepas adat perkahwinan kaum India di negara India dan Malaysia. Secara tidak langsung saya boleh mengetahui segala adat resam kaum India melalui pencarian maklumat tersebut. Saya juga kurang memahami mengenai istilah dalam bahasa Tamil mengenai sesuatu upacara dalam perkahwinan. Lantas masalah tersebut dapat di atasi dengan bantuan rakan saya yang berbangsa India menerangkan maksud istilah dan perjalanan upacara tersebut secara ringkas. Ternyata ada perbezaan fakta dengan upacara di Malaysia mungkin kerana masyarakat di sini ingin menyesuaikan keadaan di sini dan terdedah dengan pelbagai adat dari kaum lain. Ini dapat dibuktikan melalui aktiviti 2 proses membuat rakaman adat perkahwinan kaum India di Malaysia. Saya berasa bersyukur berada di bumi Malaysia kerana masyarakat pelbagai budaya saling memahami antara satu sama lain. Semasa berada di tempat tersebut, pihak keluarga tuan rumah memahami tentang kehadiran saya untuk membuat rakaman dan mereka memberi kerjasama yang baik. Begitu juga dengan makanan yang dihidangkan mereka memahami makanan yang

Upload: gouri-vediappan

Post on 05-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: T1A3.docx

JURNAL REFLEKSI

  

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum

yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di Malaysia. Seperti

masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih

mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Pada mulanya persepsi saya mengatakan

bahawa adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan

dengan kebudayaan masyarakat Melayu.

Semasa saya membuat aktiviti 1 (kajian dokumen) dengan aktiviti 2 proses merakam

istiadat perkahwinan kaum India di sebuah tempat iaitu di Sungai Petani, Kedah perasaan saya

amat gembira dan sifat ingin tahu mengenai adat perkahwinan kaum India amat tinggi. Pada

mulanya saya berasa keliru bagaimana hendak memulakan mencari maklumat tersebut. Mujur

ada sahabat saya berbangsa India sentiasa memberi maklumat dan jawapan setiap kali soalan

diajukan kepadanya. Untuk aktiviti 1 saya mencari maklumat di dalam internet dan soal jawab

dengan bersama rakan saya. Apa yang saya perolehi dari maklumat di atas, memang banyak

upacara sebelum, semasa dan selepas adat perkahwinan kaum India di negara India dan

Malaysia. Secara tidak langsung saya boleh mengetahui segala adat resam kaum India melalui

pencarian maklumat tersebut. Saya juga kurang memahami mengenai istilah dalam bahasa Tamil

mengenai sesuatu upacara dalam perkahwinan. Lantas masalah tersebut dapat di atasi dengan

bantuan rakan saya yang berbangsa India menerangkan maksud istilah dan perjalanan upacara

tersebut secara ringkas.

Ternyata ada perbezaan fakta dengan upacara di Malaysia mungkin kerana masyarakat di

sini ingin menyesuaikan keadaan di sini dan terdedah dengan pelbagai adat dari kaum lain. Ini

dapat dibuktikan melalui aktiviti 2 proses membuat rakaman adat perkahwinan kaum India di

Malaysia. Saya berasa bersyukur berada di bumi Malaysia kerana masyarakat pelbagai budaya

saling memahami antara satu sama lain. Semasa berada di tempat tersebut, pihak keluarga tuan

rumah memahami tentang kehadiran saya untuk membuat rakaman dan mereka memberi

kerjasama yang baik. Begitu juga dengan makanan yang dihidangkan mereka memahami

makanan yang dimakan oleh kaum lain seperti saya dengan tidak menghidangkan makanan yang

Page 2: T1A3.docx

diharamkan oleh agama Islam. Saya berasa kagum dengan penuh hormat di atas layanan yang

diberikan oleh pihak keluarga berkenaan.

Dalam aktiviti 2, proses rakaman yang dibuat ialah semasa majlis perkahwinan sedang

berlangsung. Apa yang saya lihat dan bandingkan dengan aktiviti 1 iaitu kajian dokumen saya

melihat kaum India di Malaysia masih mengekalkan pakaian, makanan, upacara dan adat

perkahwinan kaum India. Saya mendapati tiada perubahan dan perbezaan semasa upacara

perkahwinan berlangsung yang diamalkan kaum India. Kebanyakkan majlis perkahwinan

masyarakat India dilakukan di kuil dan dewan yang disewa dan jarang sekali dibuat di rumah

kecuali bagi mereka yang menganut agama lain sudah pasti upacara mereka berlainan tempat.

Misalnya masyarakat India yang menganut agama Kristian melakukan upacara perkahwinan di

gereja.

Antara perbezaan yang saya dapat perolehi ialah sewaktu acara perkahwinan selesai di

mana pasangan pengantin pulang ke rumah. Pengantin perempuan akan mengikuti pengantin

lelaki ke rumah pihak lelaki sebagai tanda penghormatan kepada pasangannya. Di sini saya lihat

adegan rakaman yang memaparkan upacara bayar tol yang merupakan pemberian wang dalam

bentuk sampul angpau kepada pihak keluarga lelaki. Melalui aktiviti 1 saya tidak memperolehi

maklumat yang mengatakan kaum India amalkan upacara bayar tol kepada pihak keluarga lelaki.

Ini sudah pasti upacara ini diserapkan dalam kaum india yang pada asalnya berasal dari adat

kenegerian masyarakat Melayu Selatan Semenanjung Malaysia iaitu sekitar negeri Melaka

hingga ke Johor.

Dari segi makanan India saya dapati kebanyakkannya berunsurkan dari India Selatan

sebuah kawasan dipenuhi pokok kelapa dan sawah padi kerana di sana kaya dengan hidangan

nasi. Ini secara tidak langsung makanan utamanya juga tidak banyak berbeza dengan makanan di

negara kita. Cuma perbezaannya ialah kuantiti dan keaslian rempah yang digunakan kerana ia

ditanam sendiri seterusnya menjurus kepada citarasa pedas dan lemak santan. Untuk makanan

manisan pula ada yang berunsurkan dari India Utara yang banyak menggunakan hasil tenusu

iaitu laddu, payasam dan jelebi. Saya berpendapat masyarakat India di sini telah mengabungkan

Page 3: T1A3.docx

masakan India Utara dan Selatan bagi mengekalkan tradisi makanan tradisional mereka misalnya

nasi biryani dimakan bersama tandori yang berempah.

Dari segi refleksi individu dalam membentuk generasi yang akan datang, antara

pengalaman yang diperolehinya iaitu bergaul antara kawan-kawannya dari pelbagai kaum dapat

memberi pengetahuan mengenai adat resam kaum lain dan ini memupuk semangat hormat-

menghormati sesama mereka. Sebagai contoh seorang bangsa India mengadiri majlis jamuan

makanan kaum melayu yang terdiri dari makanan berdaging, maka pihak tuan rumah

menghormati adat mereka dengan menyediakan menu khas berasingan daging untuknya. Ini

memberi kelebihan dalam membentuk generasi akan datang dengan cara ini membentuk generasi

yang saling bertoleransi. Kekurangan yang diperolehi oleh individu tersebut ialah ruang masa

untuk bersama kaum lain dalam membantu kerja-kerja dalam majlis tersebut kerana dia hanya

dijemput untuk makan sahaja. Cadangan individu tersebut ialah menjemput dia membantu dalam

menjayakan majlis tersebut. Secara tidak langsung nilai-nilai murni dapat dipupuk dan perasaan

syak wasangka dapat dielakkan di antara kaum yang lain dalam generasi yang akan datang.

Untuk refleksi ibu dan bapa, mereka memang mendidik anak mereka mengenai adat dan

pantang larang dalam kaum India dalam memelihara generasi yang akan datang. Ini penting

untuk ibu bapa kerana dengan didikan mereka mampu memberitahu asal-usul keturunan dan adat

mereka kepada anak mereka. Contohnya institut keluarga amat penting dalam masyarakat India.

Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan

dianggap mulia, ‘Ibu adalah umpama Tuhan’ dan anak perempuan juga dipanggil ‘amma’ seperti

seorang ibu di dalam tradisi India. Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan

terutama ketika mereka masih dara. Kelebihan yang boleh diperolehi di sini ialah ibu bapa

mampu menangkis gejala masalah sosial masa kini yang menyerang anak mereka seperti

masalah penagihan dadah dan keruntuhan akhlak. Kekurangannya pula masalah kesempitan

hidup dan ekonomi mendorong ibu bapa banyak menghabiskan masa bekerja dan ini masa

bersama dengan anak mereka amat terhad. Cadangan mereka memohon kepada pihak berkuasa

menguatkuasa undang-undang terhadap masalah jenayah penagihan dadah dan laman web yang

ditapis dengan kadar segera.

Page 4: T1A3.docx

Manakala refleksi dari seorang anak pula, dia sangat memerlukan panduan dari orang tua

mereka bagi mengenali salasilah dan adat resam mereka secara turun-temurun. Kelebihan yang

diperolehinya amat banyak maklumat dan pengalaman cara hidup sekiranya dia diberi panduan

oleh orang tua mereka. Sekiranya seorang anak tidak didedahkan dengan nilai-nilai adat maka

sudah pasti mereka hilang nilai jati diri mereka yang sebenar. Contohnya sekiranya mereka

mengamalkan cara hidup moden dari segi perbualan pesanan ringkas (SMS) dan meninggalkan

adat resam mereka yang sopan dan kaya nilai budi bahasa maka sudah pasti pengaruh dari luar

mudah masuk dan ini mengikis sedikit demi sedikit adab-adab pergaulan dalam komunikasi

mereka. Cadangan dari seorang anak mengharapkan agar pihak kerajaan atau pihak berkuasa

tempatan membuat program yang boleh mengeratkan sesama kaum dan juga membuat hari

terbuka untuk memperkenalkan sesuatu kaum kepada masyarakat lain. Ini penting bagi

mengekalkan tradisi dan adat yang diamalkan sesuatu kaum dapat dipelihara untuk generasi yang

akan datang.

Saya juga mendapat respon refleksi dari ahli masyarakat majmuk di negara kita berkaitan

membentuk generasi yang akan datang. Antaranya seorang berbangsa Cina memberi refleksinya

iaitu tanggungjawabnya penting untuk memelihara adat mereka. Dia menceritakan perasaannya

rasa bersyukur dapat hidup harmoni di negara kita berbanding dengan nasib kaumnya di negara

lain yang terpaksa bertarung dengan kaum lain dalam mencapai keharmonian sesama mereka.

Kelebihan apa yang diberitahunya ialah dia dapat mengetahui adat resam kaum lain seperti

Melayu dan India. Bukan itu sahaja, dia mendapat rakan dari pelbagai kaum lain tanpa rasa syak

wasangka malah bekerjasama menangani masalah yang dihadapi oleh mereka. Contohnya

mereka sepakat membuat kerja gotong royong membersihkan taman di mana tempat mereka

tinggal dan tidak ada alasan untuk mereka tidak menyertai aktiviti tersebut. Kelemahannya pula

ialah sekiranya terdapat perkahwinan campur maka sedikit ada konflik kepada anak yang bakal

dilahir hasil perkahwinan campuran tersebut. Walaubagaimanapun, melalui kesepakatan sesama

kaum tidak ada masalah untuk itu. Cadangan dia untuk membentuk generasi yang akan datang

ialah mengharapkan agar ketua komuniti setiap kaum saling bekerjasama dan sepakat menangkis

ancaman budaya barat yang semakin menyerang melalui media masa di peranti teknologi

maklumat masa kini.

Page 5: T1A3.docx

Refleksi terakhir yang saya perolehi dari seorang guru di sekolah menengah di mana

pelajarnya terdiri dari pelbagai kaum. Guru tersebut menceritakan memang ada masalah

perkauman antara pelajar di mana mereka hanya bergaul sesama bangsa mereka sahaja sepanjang

hari persekolahan mereka. Walaubagaimanapun masalah tersebut dapat dikurangkan dengan

mengasingkan mereka dan bercampur dengan rakan dari pelbagai bangsa tidak kira dalam kelas

atau aktiviti berkumpulan di sekolah. Guru tersebut memberitahu kelebihannya ialah dengan

memberikan pendidikan mengenai adat resam sesuatu kaum ini sudah menjurus ke arah

pembentukan generasi yang akan datang. Contohnya membuat Hari 1 Malaysia peringkat

sekolah di mana setiap pelajar akan berpakaian tradisional dari bangsa yang berlainan dan

membuat tarian dan memainkan alat muzik dari kaum lain. Secara tidak langsung, pendidikan

yang berterusan ini mampu memupuk sahsiah diri dan nilai kemanusiaan sesama mereka wujud.

Antara respons kekurangannya pula penglibatan dari pihak agensi swasta atau pihak komuniti

amat kurang dalam menjayakan program sekolah mereka. Ini membantutkan sedikit perjalanan

program dalam mengekalkan konsep kebudayaan sesuatu kaum.

Oleh itu, kita semua masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam

pembentukan generasi yang akan datang. Sekiranya kita tidak merancang dan mengekalkan nilai

adat resam yang kita amalkan sekarang akhirnya kita akan jadi satu kaum yang hilang identiti

asal dan hidup dengan mengamalkan adat atau budaya luar oleh generasi lain. Dengan program

dan aktiviti yang menyemai nilai-nilai adat dalam perkauman masing-masing sudah pasti ada

usaha dalam membentuk generasi yang akan datang. Melalui persefahaman dan hidup

bermasyarakat dalam masyarakat majmuk di negara ini maka masalah perkauman dan menjaga

sensitiviti kaum dapat dipelihara. Akhir sekali kesan ini akan melahirkan pemimpin yang

bertoleransi antara masyarakat lain seterusnya memimpin menjadi sebuah negara maju dan

berdaya saing akan menarik pihak pelabur untuk masuk ke negara kita.