t1a2.docx

12
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2016 2016 HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF T1A2 NAMA : MUHAMMAD MARZILAN B. ABDULLAH NO. MATRIKULASI : 790714105429001 NO. KAD PENGENALAN : 790714105429 NO. TELEFON : 0173204885 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMEO RECSAM LEARNING CENTRE ,PULAU PINANG

Upload: marzilanman

Post on 08-Jul-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: T1A2.docx

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 20162016

HBEF 3503

PENDIDIKAN INKLUSIFT1A2

NAMA : MUHAMMAD MARZILAN B. ABDULLAHNO. MATRIKULASI : 790714105429001

NO. KAD PENGENALAN : 790714105429

NO. TELEFON : 0173204885

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMEO RECSAM LEARNING CENTRE ,PULAU PINANG

Page 2: T1A2.docx

1.0 PENGENALAN

Kepelbagaian tahap penerimaan dan penguasaan murid memerlukan guru lebih kreatif

dan prihatin terhadap keperluan murid untuk mencapai objektif pembelajaran murid. Strategi pdp

dapat dibahagi kepada tiga iaitu berpusatkan guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan.

Namun begitu mengikut Mok Soon Sang,2007; strategi PdP mediatif, koperatif, masteri serta

pemusatan murid dan bahan boleh dilaksana terhadap kanak-kanak khas.

i. mediatif - menggunakan komputer dengan simbol-simbol yang menarik untuk menarik perhatian

murid, memudahkan pemahaman dan ingatan mereka.

ii. koperatif - aktiviti kumpulan, interaksi dengan rakan sebaya. Picture Exchange Communication

System (PECS) sesuai digunakan terutama untuk kanak-kanak autistik (Roa & Gagie, 2006)

Program 6 fasa dengan mengikut urutan dan kajian menunjukkan berlaku pertambahan

perbendaharaan kata terhadap murid.

iii. masteri - pembelajaran secara individu. Aktiviti yang sesuai seperti lihat pada guru, letak tangan

atas meja dan sebagainya. Sesetengah mereka ini perlukan komunikasi berkaitan persekitaran,

pengalaman dan interaksi mereka dengan orang dewasa (Light &Drager, 2007)

iv. pemusatan murid dan bahan - murid dibantu untuk bergiat aktif dengan bantuan bahan yang

sesuai disediakan guru. Murid banyak berinteraksi dengan bahan.

Pengesanan, Diagnosis dan Penilaian Kanak-Kanak Khas ialah subjek yang menekankan

aspek pengesanan ketidakupayaan kanak-kanak. Pengesanan ini dibuat pada kanak-kanak

sebelum lahir, selepas lahir dan sepanjang hayat hidup kanak-kanak tersebut. Ini adalah kerana

untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya terhadap kanak-kanak tersebut bagi mengatasi

masalah ketidakupayaan mereka. Model –model Penilaian Kanak-kanak Khas dan Langkah-

langkah dalam Proses Peniliain kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Dalam hal ini, penilaian

terhadap kanak-kanak berkeperluan khas perlulah menekankan semua aspek dalam menilai

mereka. Aspek-aspek perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh perlu diberi perhatian yang

sewajarnya supaya penilaian yang dibuat tepat dan boleh dipercayai.

Kanak-kanak berkeperluan khas khususnya kanak-kanak yang mengalami ketidakupayan adalah

insan yang amat dahagakan kasih sayang dan rawatan. Oleh yang demikian, penilai atau guru

Page 3: T1A2.docx

perlulah peka serta menilai mereka dari segala aspek emosi dan tingkah laku kanak-kanak

tersebut. Dengan itu peratusan kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan serius atau tidak

dapat dikurangkan. Aspek-aspek yang akan dikupas dan diberi penekanan dalam penilaian

kanak-kanak berkeperluan khas ialah genetik, pengalaman masa lepas, psikologi, pendidikan,

emosi, persekitaran dan tingkah laku kanak-kanak yang dinilai. Dengan itu, langkah-langkah

yang sewajarnya dapat diambil oleh penilai atau guru terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.

Penilai atau guru perlulah mempunyai objektif atau target dalam menilai kanak-kanak

berkeperluan khas ini. Antara objektif dalam menilai kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah ;

Mengesan ketidakupayaan yang dihadapi kanak-kanak terbabait.

  Dengan melakukan penilaian ke atas kanak-kanak terbabit, guru atau penilai dapat

membuat laporan mengenai ketidakupayaan kanak-kanak itu. seterusnya merujuk kepada

yang pakar seperti doktor untuk mengesahkan ketidakupayaan mereka.

Memberi rawatan yang sewajarnya tehadap ketidakupayaan kanak-kanak terbabit.

Selepas pakar atau doktor mengesahkan jenis ketidakupayan kanak-kanak itu, ubat dan

rawatan dapat diberikan dan dijalankan bagi mengatasi dan menghalang lebih teruk

ketidakupayan itu.

Meningkatkan perkembangan yang sihat bagi kanak-kanak berkeperluaan khas ini.

Kanak-kanak berkeperluan khas ini dapat dibentuk dan dibantu meningkatkan lagi

perkembangan kognitif dan tingkah laku mereka kearah yang lebih positif.

Penilaian adalah salah satu komponen yang sangat penting dalam bidang pengajaran dan

pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat pelbagai teori berhubung dengan

keperluan dan kepentingan proses penilaian terhadap kanak-kanak khususnya kanak-kanak khas.

Guru dan penilai perlu mengetahui serta memahami teori-teori ini sebelim membuat penilaian

terhadap kanak-kanak tersebut. Dengan ini, penilai dan guru dapat menggunakan pendekatan

yang sesuai dengan penilaian yang ingin dilakukan. Bagi mendapatkan output yang berkesan dan

dipercayai, aspek-aspek perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh perlu diberi perhatian

yang penuh dan teliti. Langkah-langkah yang teratur dan rujukan yang terdiri daripada pelbagai

bidang dan kepakaran perlu diikuti oleh penilai. Dalam proses penilaian, model- model penilaian

perlu lah di ambil berat dan dipertimbangkan oleh semua pihak. Terdapat enam model penilaian

kanak-kanak khas iaitu Model Biogenik, Model Psikodinamik, Model Psikopendidikan, Model

Page 4: T1A2.docx

Humanistik, Model Ekologi dan Model Tingkah laku. Dalam melakukan penilaian,kesemua

model ini perlu diambil kira serta penilaian adlah berdasarkan keenam-enam model ini.

2.0 CARA GURU MENILAI MURID.

Dalam penilaian murid dalam kelas yang saya ajar, saya menggunakan kaedah model

psikopendidikan. Model Psikopendidikan menyatakan bahawa bidang psikologi tidak boleh

dipisahkan daripada bidang pendidikan. Psikologi dalam pendidikan amat penting bagi

membantu guru untuk memahami tugas-tugas dan tahap perkembangan kanak-kanak di bawah

jagaanya. Perkembangan yang lazimnya dinilai dalam aspek pendidikan ialah perkembangan

kognitif, emosi dan sosial. Setiap masalah tingkah laku dan masalah pembelajaran yang

berkaitan dengan aspek-aspek tersebut memerlukan pendekatan psikologi sebagai langkah

penyelesaian.

Oleh yang demikian, model ini menekankan pemilihan bahan pembelajaran atau alat

bantu mengajar (ABM) dan teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap keupayaan

perkembangan kanak-kanak. Antara contoh alat bantu mengajar adalah yang boleh disentuh,

dilihat dan dirasai oleh kanak-kanak. Dengan penggunaan deria yang maksimum akan

meningkatkan pengetahuan yang bermakna bagi mereka. Selain itu, model ini juga menekankan

aspek fizikal bilik darjah atau bilik tadika yang selesa seperti mempunyai pencahayaan dan

pengudaraan yang baik dan sempurna. Penerimaan oksigen yang mencukupi dapat meningkatkan

lagi perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.

Untuk menilai atau mengesan murid ini, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian

terhadap murid ini. Saya telah membuat pemerhatian secara tidak langsung di dalam kelas.

Pemerhatian yang saya lakukan adalah dari segi fizikal, tingkahlaku di dalam kelas, perubahan

wajah murid tersebut semasa sesi pembelajaran sama ada takut, aktif, muram, sedih dan

sebagainya. Dengan dapatan pemerhatian yang saya dapati, murid ini mengalami masalah

pembelajaran hyper aktif atau ADHD. Murid ini langsung tidak menguasai kemahiran 3M

walaupun umur sudah mencecah 9 tahun.

3.0 MAKLUMAT MURID MASALAH PEMBELAJARAN.

Murid ini ialah seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 9 tahun. Nama kanak-kanak

ini ialah Nur Syaza Binti Rhaman telah dilahirkan di Hospital Besar Pulau Pinang pada 15 Julai

2007. Beliau kini tinggal bersama ayah dan ibu juga 5 orang adik-beradiknya yang lain di alamat

Page 5: T1A2.docx

No 3 – 5- 8 di apartmen kelisa, Butterworth. Beliau merupakan anak kelima daripada 6 orang

adik-beradik, iaitu beliau mem-punyai 2 orang abang, 2 orang kakak, dan seorang adik lelaki.

        Syaza telah diagnosis mengalami masalah pembelajaran kategori ‘Sindrom Masalah Kurang

Daya Tumpuan Dengan Hiperaktif ‘(ADHD) pada usia 6 tahun oleh doktor pediatrik Hospital

Pulau Pinang. Berikutan itu, Syaza telah didaftarkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam

kategori Masalah Pembelajaran – ADHD. Berikutan diagnosis tersebut, Syaza telah dicadangkan

penempatan sekolah oleh pegawai perubatan yang memeriksa beliau di sekolah biasa, tetapi

dimasukkan di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kini, Syaza sedang belajar di

Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Jaya yang turut menawarkan Program Pendidikan Khas.

     Berdasarkan soal selidik yang dilakukan kepada ibunya, didapati Syaza amat gemar bermain

‘game’ dan penyangkut baju apabila ada masa lapang semasa berada di rumah. Perkara yang

tidak digemari Syaza pula ialah apabila ada sesiapa yang meninggikan suara kepadanya.

Walaupun Syaza lebih gemar bermain sendiri, namun beliau boleh bergaul dengan baik dengan

orang-orang di sekelilingnya seperti semasa bersama kedua-dua ibu bapanya, adik-beradik

ataupun jiran tetangga.

Page 6: T1A2.docx

4.0 CADANGAN PERANCANGAN TERPERINCI PdP

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : 3 Teratai

Bilangan Pelajar : 5 orang

Tarikh : 20 Februari 2016

Masa : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi

Tajuk : Peralatan di dapur ( suku kata KV + KVK )

Hasil pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran murid – murid akan dapat :

i. Menyebut 8 daripada 10 suku kata KV dan KVK secara lisan seperti :

be, ca, da, bo, ge, pi dan sen, wan, pur, sau, tol, las

ii. Membina 4 perkataan bermakna daripada 8 suku kata secara bertulis seperti:

Ca + wan, da + pur, be + kal dan be +sen

iii. Membaca 4 patah perkataan daripada suku kata KV + KVK secara lisan

Nilai : bekerjasama, patuh arahan, member perhatian, menghormati

LANGKAH

MASAISI PELAJARAN AKTIVITI PdP CATATAN

SET INDUKSI

5 MINIT

Menunjukkan benda – benda

maujud peralatan di dapur

Murid – murid diberi peralatan

dapur dan guru menyuruh

menyebut perlatan tersebut

contoh: bakul, cawan, gelas

LANGKAH 1

15 MINIT

Mengeja dan membaca suku

kata kv + kvk

Murid – murid mengeja dan

membaca beberapa suku kata di

hadapan skrin secara beramai –

ramai sambil menunjukkan

gambar benda tersebut.

Page 7: T1A2.docx

LANGKAH 2

25 MINIT

Mencantum suku kata

menjadi perkataan

Murid dibekalkan kad suku kata

dan diminta oleh guru untuk

mencantumkan kad suku kata

menjadi perkataan contoh pisau.

Guru meminta murid

memadankan kad suku kata di

papan putih secara individu.

Guru bersoaljawab dengan

murid.

LANGKAH 3

10 MINIT

Lembaran kerja Guru mengedarkan lembaran

kerja silang kata mengenai

peralatan dapur kepada murid.

Murid menyelesaikan teka

silang kata.

PENUTUP

5 MINIT

Nyanyian lagu, rumusan

pembelajaran.

Guru membimbing murid

menyanyi lagu dapur ku cantik

dengan iringan video muzik .

5.0 CARA MENGATASI CADANGAN HALANGAN – HALANGAN YANG WUJUD

DALAM PdP.

Semasa melaksanakan proses pdp dalam kelas, halangan – halangan yang saya terpaksa tempuhi

ialah tingkah laku murid hyper aktif, di mana murid – murid ini tidak menumpukan pehatian dan

suka bermain – main dengan kad yang diberi. Oleh itu untuk memastikan mereka menumpukan

perhatian, saya telah menggunakan pendekatan yang dapat menarik perhatian mereka seperti

penggunaan kad suku kata secara interaktif. Selain memanggil mereka duduk di hadapan . selain

itu halangan yang lain ialah pengoperasian peralatan ICT , dimana kadang – kadang audio tidak

kedengaran menyebabkan murid- murid mudah bosan dan mula tidak menumpukan perhatian.

Untuk itu saya telah menggunakan system audio yang lebih baik seperti penggunaan pembesar

suara yang lebih baik.

Page 8: T1A2.docx

RUJUKAN

Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Kertas Kerja

Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort, Terengganu.

Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London: David

Fulton Publisher.

Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel

Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas

Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang

tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

 Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and

Inclusion. London: SAGE Publications Inc.