pola gaya pembelajaran di kalangan pelajar … · 5.6 pola gaya pembelajaran pelajar yang paling...

27
POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK CHERAS, KUALA LUMPUR KAMARUL AZIZAN BIN MD JAY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vantu

Post on 19-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK CHERAS, KUALA LUMPUR

KAMARUL AZIZAN BIN MD JAY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada
Page 3: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada
Page 4: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK CHERAS, KUALA LUMPUR.

KAMARUL AZIZAN BIN MD JAY

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Mekanikal )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Page 5: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

MARCH, 2004

Page 6: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada
Page 7: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

Khas untuk yang dikasihi….

Ayahanda Md Jay dan Bonda Jamingah tersayang…..

Segala pengorbananmu amat anakanda hargai

Akan anakmu balas demi ikatan kasih…

Buat kakanda Aida Suhana dan Kakanda Azharuddin

Serta Adinda Ana Fariza

Segala dorongan dan bantuan amat dihargai

Page 8: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang….

Alhamdulillah…..syukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah

dan kurnianya, laporan bagi bab 1 hingga bab 5 ini telah dapat saya siapkan dengan

sepenuhnya.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan jutaan terima kasih kepada En Mohd Safarin Bin Nordin selaku pensyarah

pembimbing yang telah banyak memberi bimbingan, pendapat, tunjuk ajar, teguran

dan sokongan yang diperlukan dalam usaha menyiapkan laporan penulisan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada guru-guru Sekolah Menengah Teknik

Cheras, Kuala Lumpur kerana telah memberikan kerjasama dan tidak lupa kepada

Siti Narmiezilawaty yang telah banyak membantu serta kepada semua yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek penulisan ini dijalankan.

Segala jasa kalian tidak akan saya lupakan.

Sekian,wassalam.

Page 9: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola gaya pembelajaran di Sekolah

Menengah Teknik Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 133 orang responden terlibat

dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah inventori yang direka oleh

David A. Kolb (1976) setelah diubahsuaikan. Penyelidik memilih kaedah tinjauan

menggunakan kaedah instrumen soal selidik. Data-data diproses dan di analisis

menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 10.0 dan

dinyatakan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan rajah grid. Dapatan kajian

menunjukkan pelajar Sekolah Menengah Teknik Cheras, Kuala Lumpur lebih

dominan mengaplikasikan gaya pembelajaran pengalaman konkrit diikuti oleh gaya

pembelajaran pengkonsepsian abstrak. Perbezaan pola gaya pembelajaran berlaku

antara jantina pelajar. Pelajar lelaki cenderung kepada gaya pengkonsepsian abstrak

manakala pelajar perempuan cenderung kepada gaya pengalaman konkrit. Manakala

tiada perbezaan pola gaya pembelajaran dari segi pencapaian PMR tetapi mempunyai

hubungan dengan pencapaian PMR pelajar.

Page 10: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

ABSTRACT

The purpose of this research is to study the pattern of learning styles among

students in Sekolah Menengah Teknik Cheras, Kuala Lumpur (SMT Cheras). 133

respondents involved in this research. The research instrument used was an inventory

created by David A. Kolb (1976) after a modification. The researcher chose an

observation method using questionnaires to collect data. The data was analyzed by

Statistical Package of Social Science Software (SPSS) version 10.0 and were stated

in percentage, frequency and grid figure. The findings showed that students of SMT

Cheras are more dominant in applying concrete experiences learning style followed

by abstract conceptualization learning style. The differences of the learning style

patterns happened between student’s gender. Male students are more to abstract

conceptualization learning style while female students are more to concrete

experience learning style. However, there is no difference between those patterns of

learning style in PMR’s achievement but it is related to the students result in PMR.

Page 11: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

AKUAN DIRI

DEDIKASI

PENGHARGAAN

i

ii

iii

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

v

vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

SENARAI SINGKATAN/ TATANAMA xvi

Page 12: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Terminologi 9

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN PENULISAN 11

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Gaya Pembelajaran 12

2.3 Jenis-jenis Gaya Pembelajaran 22

2.4 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Gaya

Pembelajaran

32

2.5 Penutup 36

Page 13: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN 37

3.1 Pendahuluan 37

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Sampel Kajian 39

3.4 Tempat Kajian 39

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Instrumen Kajian Untuk Pelajar

40

41

3.6 Tatacara Kajian 45

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 45

3.8 Analisis Data 46

3.9 Kesimpulan 47

BAHAGIAN EMPAT ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 48

4.1 Pendahuluan 48

4.2 Analisis Bahagian A 49

4.2.1 Analisis Taburan Responden 49

4.3 Analisis Bahagian B 51

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 52

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 54

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 56

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 58

4.4 Dapatan Persoalan Kajian Kelima 58

Page 14: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

4.5 Dapatan Persoalan Kajian Keenam 59

4.5.1 Analisis Gaya Pengalaman Konkrit

Pelajar Lelaki dan Pelajar Perempuan

61

4.5.2 Analisis Gaya Pemerhatian Reflektif

Pelajar Lelaki dan Pelajar Perempuan

63

4.5.3 Analisis Gaya Pengkonsepsian

Abstrak Pelajar Lelaki dan Pelajar

Perempuan

65

4.5.4 Analisis Gaya Pengujian Aktif

Pelajar Lelaki dan Pelajar Perempuan

67

4.6 Dapatan Persoalan Kajian Ketujuh 68

4.7 Kesimpulan 71

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

72

5.1 Pengenalan 72

5.2 Perbincangan Persoalan Kajian 72

5.3 Pola Gaya Pembelajaran: Pengalaman

Konkrit

73

5.4 Pola Gaya Pembelajaran: Pengkonsepsian

Abstrak

74

5.4 Pola Gaya Pembelajaran : Pengujian Aktif 75

5.5 Pola Gaya Pembelajaran : Pemerhatian

Reflektif

77

5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling

Dominan

78

Page 15: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

5.7 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Mengikut

Jantina

80

5.8 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Mengikut

Pencapaian PMR

82

5.6 Rumusan 84

5.7 Cadangan 85

5.10 Cadangan Kajian Lanjutan 88

5.11 Kesimpulan 88

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

RUJUKAN 89

BAHAGIAN LIMA

LAMPIRAN

Lampiran A 93

Lampiran B 98

Lampiran C 99

Lampiran D 100

Lampiran E 101

Lampiran F 102

Lampiran G 104

Page 16: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK M/SURAT

1.1 Analisa Keputusan Peperiksaan SPM Bagi

Matapelajaran Kejuruteraan Tahun 1998-2001

4

3.1 Pembolehubah Kajian 40

3.2 Instrumen Kajian Soal Selidik Pelajar 41

3.3 Kategori Gaya Pembelajaran Pelajar 43

3.4 Pengiraan Kategori Gaya Pembelajaran 43

3.5 Pengiraan Jenis Gaya Pembelajaran 43

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina

49

4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Pencapaian PMR

50

4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Tempat Tinggal

50

4.4 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan

Analisis Gaya Pengalaman Konkrit

51

4.5 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan

Analisis Gaya Pemerhatian Reflektif

53

4.6 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan

Analisis Gaya Pengkonsepsian Abstrak

55

4.7 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan

Analisis Gaya Pengujian Aktif

57

4.8 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan

Analisis Gaya Pengalaman Konkrit Pelajar Lelaki

dan Pelajar Perempuan

60

Page 17: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

4.9 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan

Analisis Gaya Pemerhatian Reflektif Pelajar Lelaki

dan Pelajar Perempuan

62

4.10 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan

Analisis Gaya Pengkonsepsian Abstrak Pelajar

Lelaki dan Pelajar Perempuan

64

4.11 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan

Analisis Gaya Pengujian Aktif Pelajar Lelaki dan

Pelajar Perempuan

66

4.16 Taburan Gaya Pembelajaran Pelajar Mengikut

Keputusan PMR

69

4.17 Pola Taburan Gaya Pembelajaran Pelajar

(Berdasarkan Kategori Gaya Pembelajaran)

70

4.18 Pola Taburan Gaya Pembelajaran Pelajar

(Berdasarkan Jenis Gaya Pembelajaran)

70

Page 18: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK M/SURAT

2.1 Kuadran Dimensi Gaya Pembelajaran 15

2.2 Profile Norma Gaya Pembelajaran Untuk Inventori

Gaya Pembelajaran Kolb

17

2.3 Model Gaya Pembelajaran Kolb 23

2.4 Model Eksperimen Kolb 24

2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28

3.1 Grid Gaya Pembelajaran Pelajar 44

Page 19: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK M/SURAT

A Set Soal Selidik 93

B Ciri-ciri Pola Gaya Pembelajaran 98

C Kekuatan dan Kelemahan 4 Jenis Gaya Pembelajaran 99

D Surat Kebenaran dari Fakulti Pendidikan, UTM 100

E Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri

Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

101

F

G

Surat Kebenaran dari Kementerian Pendidikan

Grid Gaya Pembelajaran Pelajar Lelaki dan Pelajar

Perempuan Berdasarkan Keputusan PMR

102

104

Page 20: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

SENARAI SINGKATAN /TATANAMA

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

EPRD - Educational Planning And Research Department

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

PMR - Penilaian Menengah Rendah

CE - Pengalaman konkrit (concrete experience)

RO - Pemerhatian reflektif (reflective observation)

AC - Pengkonsepsian abstrak (abstract conceptualization)

AE - Pengujian aktif (active experimentation)

PTM - Paling tidak menyerupai diri pelajar

KM - Kurang menyerupai diri pelajar

M - Menyerupai diri pelajar

PM - Paling menyerupai diri pelajar

Page 21: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk mencorakkan rupa anak

bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara; dan

berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan

bangsa dan negara ( Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan

Malaysia, 1991) Dalam konteks pendidikan, perkara yang diutamakan ialah visi kita

tentang rupa anak bangsa, tentang masa depan yang cemerlang, tentang cita-cita

luhur, dan keunggulan.

Matlamat Pendidikan Malaysia adalah berorientasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ”. Pelajar yang telah

melalui sistem ini sebenarnya mampu untuk memahami diri serta menghayati nilai-

nilai dan matlamat hidup yang sebenar.

Page 22: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan

berpengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia,1990)

Sekolah seharusnya merupakan sebuah institusi yang dapat memberi ilmu

kepada pelanggannya, iaitu para pelajar. Sistem pendidikan di Malaysia telah

menetapkan bahawa setiap pelajar wajib menduduki peperiksaan umum pada setiap

peringkat. Pelajar sekolah yang rendah yang telah tamat darjah enam akan

mengambil UPSR. Bagi pelajar menengah rendah, akan menduduki peperiksaan

PMR selepas tamat tingkatan tiga. Selepas peperiksaan PMR, pelajar boleh memilih

untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah akademik ataupun sekolah teknik.

Ketika tamat tingkatan lima, pelajar akan diuji sekali lagi melalui peperiksaan SPM.

Setiap peperiksaan yang dijalankan akan memperlihatkan prestasi sesebuah

sekolah itu meningkat ataupun sebaliknya. Saban tahun juga, prestasi sesebuah

sekolah itu juga akan dibandingkan dengan sekolah yang lain. Kita juga sering

mendengar pencapaian sekolah yang cemerlang bergantung kepada kemudahan

prasarana yang lengkap dan selesa. Namun begitu, prestasi akademik sesebuah

sekolah juga disebabkan oleh gaya , strategi, kaedah yang sistematik pembelajaran

pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Belajar merupakan satu proses penting untuk memperolehi ilmu pengetahuan

bagi memperkembangkan potensi yang ada pada diri manusia. Keberkesanan

pembelajaran banyak dipengaruhi dari segi kemahiran teknik pembelajaran, kaedah

pembelajaran atau gaya pembelajaran (learning style) yang digunakan.

Page 23: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

Menurut kajian Dunn & Griggs (1995), seseorang pelajar yang belajar

melalui gaya pembelajaran akan mendapat pencapaian yang lebih baik daripada

sesiapa yang tidak menggunakan gaya pembelajaran. Oleh sebab itu, gaya

pembelajaran seseorang individu mempunyai kesan ke atas pencapaian akademik

mereka. Di samping itu, pelajar yang menggunakan gaya pembelajaran yang tertentu

akan mendapat keputusan yang baik berbanding dengan pelajar yang lain (Matthews

(1996). Oleh yang demikian, jenis gaya pembelajaran juga mempengaruhi

pencapaian mereka.

Gaya pembelajaran membolehkan seseorang individu mengalami proses

pembelajaran dengan lebih berkesan, namun jenis gaya pembelajaran bergantung

kepada kesesuaian seseorang individu. Dengan adanya gaya pembelajaran yang

bersesuaian dengan isi pelajaran yang ditetapkan, proses pembelajaran yang paling

berkesan tentu boleh berlaku (Hunt, 1981). Walaubagaimanapun, Kramlinger (1992)

mengatakan bahawa penggunaan satu-satu jenis gaya pembelajaran tidaklah begitu

penting, yang penting ialah gaya itu mesti di aplikasikan dalam proses pembelajaran

(Wan Zuraida, 2002).

Margaret (1986 dalam; Norsuhaila,2002 ), mengatakan pembelajaran itu

adalah satu proses bagi manusia untuk memperolehi kebolehan, kemahiran dan sikap

dalam skop yang amat luas. Pembelajaran merupakan interaksi antara pengetahuan

pelajar dan ingatan serta informasi yang dipelajari (Wittrock,1991). Gaya

pembelajaran merupakan satu konsep penting, bukan sahaja sebagai informasi

pengajaran, tetapi juga membawa kepada isu-isu secara kasar bagi membantu pihak

sekolahuntuk memikirkan dengan panjang lebar peraturan mereka dan budaya

organisasi yang merupakan tanggungjawab mereka (Claxto,Charles, 1988). Oleh itu,

ianya menjadi suatu pernyataan untuk membezakan setiap individu dalam

memproseskan maklumat, termasuklah persepsi, ingatan dan perpindahan maklumat

dari alam sekitar.

Antara masalah pembelajaran termasuklah pelajar lemah dan gagal dalam

penguasaan penggunaan kemahiran belajar pada peringkat pengetahuan, kefahaman

dan aplikasi yang membawa kepada kemerosotan dalam keputusan peperiksaan (

Abdul Nasir, 2000).

Page 24: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

Kelemahan pelajar dalam pelajaran mereka disebabkan oleh penguasaan

konsep asas pelajaran yang lemah dan kurangnya kecekapan dalam penyelesaian

masalah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kecerdasan akal menjadi faktor

utama untuk memperolehi kecemerlangan dalam akademik tetapi tanpa cara belajar

yang berkesan, objektif pembelajaran mungkin tidak dapat dicapai.

Menurut Kolb (1971 dalam; Fong,2001 ), menyatakan bahawa salah satu

faktor kegagalan seseorang individu dalam pembelajarannya ialah tidak memahami

proses pembelajaran dirinya iaitu gaya pembelajaran. Oleh yang demikian, kejayaan

pembelajaran seseorang pelajar bukan hanya dapat menyiapkan kerja sekolah dan

mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Ianya merangkumi satu

lingkungan yang luas kerana proses pembelajaran itu adalah seumur hidup selaras

dengan tuntutan agama Islam iaitu “tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang

lahad”.

Kejayaan tersebut sebenarnya adalah selepas seseorang itu tamat proses

pendidikan formal dan menjejak langkah ke alam pekerjaan, seseorang itu dapat

menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru dan belajar untuk mencapai

matlamatnya kerana objektif pendidikan memang untuk menyediakan seseorang itu

ke arah pekerjaan.

Jadual 1.1 : Taburan keputusan peperiksaan SPM bagi matapelajaran

kejuruteraan dari tahun 1998 – 2001.

Matapelajaran 1998 1999 2000 2001

Pengajian Kejuruteraan

Awam

93.51

100

98.7

100

Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal

96

97.3

100

99.1

Pengajian Kejuruteraan

Elektrik

100

100

100

100

Sumber : Statistik keputusan peperiksaan sekolah menengah teknik cheras,

Kuala Lumpur.

Page 25: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

Jadual 1.1 menunjukkan keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 1998 hingga

2001 untuk matapelajaran kejuruteraan bagi Sekolah Menengah Teknik Cheras,

Kuala Lumpur. Berdasarkan analisis peperiksaan tersebut, didapati peratus kelulusan

pelajar berada pada tahap yang tinggi iaitu melebihi 90 peratus. Melalui kajian ini,

penyelidik ingin mengetahui gaya pembelajaran yang di amalkan oleh pelajar

sekolah terbabit kerana setiap tahun, sekolah ini mampu mengekalkan keputusan

yang cemerlang dalam peperiksaan terutama bagi matapelajaran kejuruteraan.

1.3 Pernyataan Masalah

Gaya pembelajaran adalah hasil gabungan faktor-faktor individu itu sendiri

seperti jantina, umur dan personaliti, di samping pengaruh-pengaruh warisan baka

dan persekitaran, iaitu pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya

komuniti dan sekolah.

Menurut Crow & Crow (1983), gaya pembelajaran merujuk kepada syarat-

syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran yang paling berkesan berlaku.

Gaya pembelajaran sangat penting bagi setiap individu kerana ia mempunyai daya

pengaruh yang kuat terhadap prestasi seseorang. Gaya pembelajaran telah

menyediakan suatu mekanisme pembelajaran yang dapat memberi cabaran yang

betul kepada para pelajar dan menyediakan maklum balas yang tepat terhadap

prestasi akademik mereka.

Menurut Dunn ( 1995 dalam; Fong, 2001 ), pelajar yang diberikan

pendedahan dalam gaya pembelajaran dan dapat menyesuaikan gaya pembelajaran

mereka dalam proses pengajaran guru mencapai kecemerlangan yang tinggi

berbanding dengan mereka yang tidak membuat penyesuaian. Di samping itu akan

menunjukkan perbezaaan yang jelas di antara pelajar yang menggunakan gaya

pembelajaran dengan pelajar yang tidak menggunakannya.

Page 26: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

Menurut Maddox (1970), kecemerlangan dalam pelajaran bukan hanya

bergantung kepada kepandaian dan usaha yang gigih sahaja tetapi juga bergantung

kepada keberkesanan cara belajar. Hasil kajian Dunn dan Griggs (1995)

menunjukkan bahawa pelajar yang tidak memperolehi keputusan yang baik memang

berkait rapat dengan gaya pembelajaran dan strategi pembelajaranyang digunakan

tanpa mengambil kira taraf sosioekonomi pelajar, bangsa dan kedudukan geografi.

Menurut Dorris (1993 dalam; Liau, 2000 ), gaya pembelajaran akan mendatangkan

kesan terhadap pencapaian akademik maka beliau mencadangkan adalah lebih sesuai

jika gaya pembelajaran bagi setiap pelajar diuji.

Oleh yang demikian, pengkaji membuat kajian terhadap pola gaya

pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik

Kuala Lumpur.

1.4 Objektif Kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji dan

mengenalpasti perkara-perkara berikut di Sekolah Menengah Teknik Cheras, Kuala

Lumpur. Objektif kajian adalah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti pola gaya pembelajaran yang paling dominan di kalangan

pelajar

1.4.2 Mengenalpasti perkaitan antara pola gaya pembelajaran pelajar dengan

pencapaian akademik pelajar.

1.4.3 Mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran pelajar mengikut latarbelakang

diri pelajar.

Page 27: POLA GAYA PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR … · 5.6 Pola Gaya Pembelajaran Pelajar Yang Paling ... 2.5 Kitaran Pembelajaran Kolb 28 ... bagi memperkembangkan potensi yang ada pada

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah dan objektif kajian yang telah

dibincangkan, berikut adalah persolan kajian yang telah dikenalpasti:

1.5.1 Sejauh manakah pelajar sekolah menengah teknik ini

mengaplikasikan pengalaman konkrit sebagai gaya pembelajaran

mereka?

1.5.2 Sejauh manakah pelajar sekolah menengah teknik ini

mengaplikasikan pemerhatian reflektif sebagai gaya pembelajaran

mereka?

1.5.3 Sejauh manakah pelajar sekolah menengah teknik ini

mengaplikasikan konsepsi abstrak sebagai gaya pembelajaran

mereka?

1.5.4 Sejauh manakah pelajar sekolah menengah teknik ini

mengaplikasikan ujikaji aktif sebagai gaya pembelajaran mereka?

1.5.5 Apakah jenis gaya pembelajaran yang paling dominan di kalangan

pelajar?

1.5.6 Adakah terdapat perbezaan antara pola gaya pembelajaran pelajar

dengan jantina pelajar?

1.5.7 Adakah terdapat perkaitan antara pola gaya pembelajaran dengan

pencapaian akademik pelajar?