kajian gaya pembelajaran dalam kalangan ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam...

22
KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (FIZIK) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASSAADAH BINTI MOHAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: truongnhan

Post on 22-Mar-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (FIZIK)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ASSAADAH BINTI MOHAMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan
Page 3: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan
Page 4: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (FIZIK) UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

ASSAADAH BINTI MOHAMAD

Laporan ini dikemukakan

bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan
Page 6: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

iii

DEDIKASI

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”

Teristimewa buat abah dan ma…

Hj Mohamad bin Aziz dan Che Habsah binti Hj Daud…

Kasih sayang dan Pengorbananan ma abah amatku hargai…

Kejayaan ini adalah hadiah buatmu…

Terima kasih atas segala-galanya…

Semoga Allah membalas jasa baik kalian…

Buat abang-abang dan kakak-kakakku tersayang…

Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang kalian...

Semoga kejayaanku ini menjadi inspirasi dan aspirasi kalian dalam menjalani

kehidupan…

Buat yang teristimewa...

Hanif bin Mohd Jaffar

Kasih sayang dan sokonganmu selama ini amat kuhargai...

Semoga cinta kita kekal mencapai kesempurnaan abadi...

Buat teman-teman seperjuangan yang ku kasihi…

Teman-teman seperjuangan 4 SPF yang banyak meninggalkan memori indah…

Terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan…

Kenangan bersama kalian akan kupatrikan di sanubariku…

Semusim bersama seabad terasa…

Terima kasih teman…

Page 7: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

iv

PENGHARGAAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA

MENGASIHANI

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpahan kurnia dan

limpahNya dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam tempoh yang

ditetapkan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan buat pensyarah pembimbing, Tuan

Haji Meor Ibrahim bin Kamaruddin kerana sudi memberi dorongan, sokongan dan

tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Segala tunjuk ajar, panduan,

nasihat dan pendapat beliau telah banyak membantu saya dalam menyiapkan projek ini

dengan jayanya.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah penilai iaitu Prof. Dr.

Ismail Kailani dan juga Encik Mohd. Ali bin Ibrahim yang juga penasihat akademik saya

yang telah banyak membantu sepanjang tempoh kajian ini dijayakan. Jasamu dikenang.

Penghargaan juga kepada pihak Fakulti Pendidikan UTM yang telah banyak

menyediakan kemudahan mencari maklumat bagi menjayakan kajian ini. Jutaan terima

kasih juga kepada para responden dari 2 SPF, 3 SPF dan 4 SPF kerana membantu saya

dalam proses menyiapkan projek ini. Tanpa bantuan kalian sudah pasti projek ini tidak

dapat disiapkan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat keluarga dan teman-teman seperjuangan yang telah banyak

membantu saya dalam menyiapkan projek ini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian

semua…Amin..

Page 8: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

v

ABSTRAK

Gaya pembelajaran merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi

memastikan seseorang pelajar itu dapat belajar dengan baik. Kajian ini bertujuan untuk

mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan (Fizik) di Universiti Teknologi Malaysia. Di

samping itu kajian ini juga bertujuan menentukan tahap gaya pembelajaran bagi

keseluruhan responden mengikut pencapaian akademik. Seramai 66 orang responden

terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan dibina oleh Richard M. Felder dan

Barbara Soloman (1996) yang terdiri daripada 44 item yang mengkaji gaya

pembelajaran yang dapat dilihat oleh 4 dimensi iaitu Aktif dan Reflektif, Konkrit dan

Intuitif, Visual dan Verbal serta Tersusun dan Global. Data yang diperolehi dianalisis

menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Social Science versi 10.0’ (SPSS) dan

dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan pola

gaya pembelajaran yang diamalkan oleh responden Tahun 2, 3 dan 4 tidak jauh bezanya

iaitu bagi responden Tahun 2 tergolong dalam ciri pembelajaran Aktif, Intuitif, Visual

dan Tersusun manakala bagi responden Tahun 3 dan 4 mereka tergolong dalam ciri

pembelajaran Aktif, Konkrit, Visual dan Tersusun. Beberapa cadangan telah

dikemukakan di akhir kajian ini. Kajian ini diharapkan dapat memberi faedah kepada

pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat bagi mencapai

kecemerlangan dalam pencapaian akademik.

Page 9: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

vi

ABSTRACT

Learning styles is one of the elements that determine how a student learned. This

study was conducted to determine the pattern of learning styles among undergraduate

students from physics education programme in University Technology of Malaysia.

Besides, this study also aimed to determine the level of learning styles for all the

respondents relate to their academic achievement. 66 respondents were involved in this

study. A questionnaire consisting 44 items that was used in this study is constructed by

Richard M. Felder and Barbara Soloman (1996) which are related to four dimensions of

learning styles that are active and reflective, concrete and intuitive, visual and verbal and

also sequence and global. Data obtained are analyzed using the ‘Statistical Package for

the Social Science version 10.0’ (SPSS) and will represented by mod and percentages.

The result of the study showed that the learning style patterns of respondents is quite

similar with the respondent in year 2 which can be categorized in active, intuitive, visual

and sequence while the respondent in year 3 and 4 were in active, concrete, visual and

sequence categories. Several suggestions were forwarded at the end of the report. It is

hoped that this study will benefit the students, lectures and the relevant authorities in

ensuring successful academic achievement.

Page 10: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERAKUAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

Page 11: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

viii

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Rasional Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 6

1.7.1 Pelajar 6

1.7.2 Pensyarah 7

1.7.3 Jabatan Fizik UTM 7

1.8 Skop Kajian 8

1.9 Batasan Kajian 8

1.10 Penutup 9

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Takrifan Gaya Pembelajaran 10

2.3 Komponen Gaya Pembelajaran 12

2.4 Model Gaya Pembelajaran 12

2.4.1 Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn 12

2.4.2 Model Gaya Pembelajaran Kolb 13

2.4.2.1 Imaginatif dan Kreatif 13

2.4.2.2 Teori analisis 13

2.4.2.3 Praktik 13

2.4.2.4 Intuitif dan Dinamik 14

2.4.3 Model Gaya Pembelajaran Felder-Silverman 14

2.4.3.1 Aktif dan Reflektif 14

2.4.3.2 Konkrit dan Intuitif 15

2.4.3.3 Visual dan Verbal 16

2.4.3.4 Tersusun dan Global 16

Page 12: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

ix

2.5 Kajian-kajian Gaya Pembelajaran 17

dan Tahap Pencapaian Akademik

2.5.1 Kajian Gaya Pembelajaran 17

2.5.2 Kajian Hubungan Gaya Pembelajaran

dan Tahap Pencapaian Akademik 21

2.6 Penutup 23

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka bentuk Kajian 24

3.3 Populasi dan Persampelan 25

3.4 Instrumen Kajian 26

3.5 Jangka Masa Kajian 27

3.6 Analisis Data 27

3.6.1 Carta Pemarkahan Gaya Pembelajaran 28

3.6.2 Pengindeksan Gaya Pembelajaran Mengikut ‘ILS’ Report Form 29

3.7 Penutup 30

4 ANALISIS DATA, DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 31

4.2 Latar Belakang Responden 31

4.2.1 Jantina 32

4.2.2 Program pengajian 32

Page 13: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

x

4.2.3 Keputusan Akademik Tertinggi 33

4.3 Analisis Gaya Pembelajaran 33

4.3.1 Ciri Gaya pembelajaran Aktif dan Reflektif 34

4.3.2 Ciri Gaya pembelajaran Konkrit dan Intuitif

4.3.3 Ciri Gaya pembelajaran Visual dan Verbal 39

4.3.4 Ciri Gaya pembelajaran Tersusun dan Global 42

4.4 Analisis Tahap Gaya Pembelajaran Mengikut Prestasi Akademik 44

4.4.1 Tahap gaya pembelajaran mengikut ciri pembelajaran

Aktif dan Reflektif 44

4.4.2 Tahap gaya pembelajaran mengikut ciri pembelajaran

Konkrit dan Intuitif 45

4.4.3 Tahap gaya pembelajaran mengikut ciri pembelajaran

Visual dan Verbal 46

4.4.4 Tahap gaya pembelajaran mengikut ciri pembelajaran

Tersusun dan Global 47

4.5 Penutup 49

5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 50

5.2 Rumusan 50

5.3 Implikasi dan Cadangan Kajian 52

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 54

5.5 Penutup 55

RUJUKAN 56

LAMPIRAN A 61

Page 14: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Ciri-ciri seorang pelajar yang bersifat Aktif dan Reflektif 15

2.2 Ciri-ciri seorang pelajar yang bersifat Konkrit dan Intuitif 15

2.3 Ciri-ciri seorang pelajar yang bersifat Visual danVerbal 16

2.4 Ciri-ciri seorang pelajar yang bersifat Tersusun dan Global 16

3.1 Pembahagian item mengikut jenis gaya pembelajaran 27

4.1 Taburan responden berdasarkan jantina 32

4.2 Taburan responden berdasarkan program pengajian 33

4.3 Taburan responden berdasarkan pencapaian akademik tertinggi 33

4.4 Taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran

Aktif Dan Reflektif dalam kalangan responden 34

4.5 Taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran

Konkrit dan Intuitif dalam kalangan responden 37

4.6 Taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran

Visual dan Verbal dalam kalangan responden 40

4.7 Taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran

Tersusun dan Global dalam kalangan responden 42

4.8 Taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran

Aktif dan Reflektif mengikut prestasi akademik dalam

kalangan responden 44

4.9 Taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran

Page 15: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

xii

Konkrit dan Intuitif mengikut prestasi akademik dalam

kalangan responden 45

4.10 Taburan peratusan pembelajaran Visual dan Verbal dalam

kalangan responden mengikut prestasi pencapaian akademik 46

4.11 Taburan peratusan pembelajaran Tersusun dan Global dalam

kalangan responden mengikut prestasi pencapaian akademik 47

Page 16: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

xiii

SENARAI SINGKATAN

% - Peratus

ESL - English Student Language

ILS - Index Learning Style

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

PTS - Penilaian Tahap Satu

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPF - Program Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPSS - Statistical Package For Social Science

Page 17: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 61

Page 18: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kecemerlangan pelajar sering dikaitkan dengan pelbagai faktor yang dikatakan

mempengaruhinya untuk cemerlang. Antaranya termasuklah faktor keluarga, guru,

sekolah dan paling penting adalah sikap pelajar itu sendiri (Centra & Porter, 1890).

Selain itu, satu kajian yang dijalankan oleh Mohd Nasir (1997) mengenai faktor-faktor

yang mempengaruhi pencapaian pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia mendapati

bahawa faktor-faktor seperti keyakinan pelajar, status sosio-ekonomi keluarga, jantina,

kedudukan sekolah, persekitaran sekolah dan pencapaian terdahulu yang pernah dicapai

oleh pelajar tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan pencapaian pelajar.

Kajian ini akan mengenal pasti gaya pembelajaran yang mempengaruhi

pembelajaran seseorang individu. Setiap individu yang bergelar pelajar yang belajar di

mana-mana pusat pengajian semestinya mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri.

Sebagai contoh, gaya belajar berkumpulan, belajar secara bersendirian dan lain-lain lagi.

Gaya pembelajaran juga boleh dikaitkan dengan cara seseorang pelajar itu belajar untuk

memahami sesuatu pelajaran yang dipelajari. Gaya pembelajaran seseorang itu adalah

bebas mengikut kemampuan individu tersebut dan ia mestilah memuaskan keperluan

individu itu sendiri sehingga beliau mencapai tahap kefahaman yang diinginkan.

Page 19: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

2

Secara amnya gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut

kecenderungan individu. Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran yang

telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh ilmuwan yang dapat dipraktikkan dan dijadikan

sebagai panduan oleh pelajar-pelajar masa kini. Namun begitu, pelajar perlu

mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka sendiri.

Terdapat pelbagai model yang menceritakan gaya pembelajaran yang

dipraktikkan. Sebagai contoh Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) yang

menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang yang menumpu,

memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar.

Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) adalah berdasarkan prinsip-prinsip

berikut iaitu a) kebanyakan individu mampu dan boleh belajar, b) setiap individu

mempunyai gaya pembelajaran tertentu dan c) gaya pembelajaran individu akan

bertindak balas dengan iklim, sumber serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

Keadaan iklim, sumber serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan

dengan gaya pembelajaran akan dapat mengoptimumkan proses pembelajaran. Dunn

dan Dunn (1978) menyatakan seseorang individu tersebut dapat mempertingkatkan

pencapaian mereka sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan

mengikut gaya pembelajaran mereka. Dunn dan Dunn (1978) juga mengklasifikasikan

gaya pembelajarannya kepada lima bahagian iaitu persekitaran, emosional, sosiologikal,

fizikal dan psikologikal.

Walau apa jua gaya pembelajaran yang diikuti, setiap individu yang bergelar

pelajar seharusnya mengaplikasikan gaya pembelajaran yang dipilih dengan sebaiknya

mengikut yang dikehendaki. Ini bertujuan untuk menghasilkan satu proses pembelajaran

yang berkesan kepada pelajar seterusnya menyumbang sesuatu perkara yang berkualiti

kepada pendidikan negara kita.

Page 20: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Sekiranya diteliti kajian-kajian yang dijalankan di negara kita, kajian dalam

bidang gaya pembelajaran adalah kurang dan tidak memfokuskan tentang gaya

pembelajaran sedangkan ia adalah faktor utama yang menentukan kejayaan atau

kegagalan seseorang pelajar itu. Menurut Zainap (1999), terdapat sekurangnya-

kurangya 24 instrumen kajian tentang gaya pembelajaran yang digunakan dalam kajian

di luar negara, namun tidak ramai penyelidik tempatan yang yang menggunakan peluang

untuk mengkaji kajian berbentuk ini.

Tinjauan yang dilakukan juga menunjukkan kebanyakan pelajar yang mengikuti

Program Pendidikan Fizik berhadapan dengan masalah iaitu mereka menghadapi

kesukaran mendapatkan markah yang baik terutamanya dalam mata pelajaran Fizik

berbanding dengan mata pelajaran lain yang ditawarkan dalam program pengajian

mereka. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti apakah gaya

pembelajaran yang diamalkan oleh mereka dalam mempelajari subjek-subjek Fizik serta

menentukan tahap gaya pembelajaran mengikut prestasi akademik dalam kalangan

pelajar.

Jika diperhatikan panorama yang membelenggu kehidupan pelajar pada masa

kini, ramai di antara pensyarah yang mengabaikan gaya pembelajaran yang diamalkan

oleh pelajar-pelajar mereka iaitu kadangkala mereka menganggap para pelajar

mempunyai cara tersendiri untuk belajar sehinggakan boleh menyebabkan keputusan

peperiksaan mereka kurang memuaskan. Oleh yang demikian kajian seumpama ini

dijalankan bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar

semasa belajar.

Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di

antara satu sama lain. Seseorang pelajar mula membentuk gaya pembelajaran sejak awal

kanak-kanak dan kemudian akan menggunakan gaya pembelajaran tersebut. Gaya

Page 21: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

4

pembelajaran yang diamalkan oleh seseorang pelajar mungkin dipengaruhi oleh faktor-

faktor tertentu. Menurut Silverman (1996), modelnya dibahagikan kepada empat jenis

kategori iaitu Aktif dan Reflektif, Konkrit dan Intuitif, Visual dan Verbal serta Tersusun

dan Global. Ekoran daripada itulah kajian ini dijalankan untuk mengetahui pola gaya

pembelajaran yang diamalkan oleh responden berdasarkan model gaya pembelajaran

yang digunakan.

Fadzilah (2006), menyatakan apabila seseorang pelajar itu melangkah ke alam

institusi pengajian tinggi, mereka bermula dari permulaan kosong tanpa mengira apa jua

pencapaian yang telah mereka capai sebelum ini. Ini kerana dunia pembelajaran yang

bakal mereka lalui amat berbeza dan memerlukan persediaan, kebijaksanaan dan sangat

bergantung kepada individu pelajar itu sendiri untuk mencapai kecemerlangan

seterusnya tergolong dalam pelajar institusi pengajian tinggi yang terbilang. Menjadi

pelajar di peringkat yang lebih tinggi memerlukan kita untuk mengetahui dan

mengamalkan gaya pembelajaran yang lebih sesuai. Hasil pembelajaran seseorang juga

tidak semestinya dipengaruhi oleh faktor gaya pembelajaran semata-mata. Kejayaan

atau kegagalannya dipengaruhi juga oleh faktor-faktor lain termasuk kecerdasannya dan

mutu pengajaran pensyarah yang mengajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Sememangnya tidak dapat dinafikan seseorang individu yang lahir ke dunia ini

mempunyai personaliti dan gaya yang tersendiri termasuklah dalam proses

pembelajaran. Bermula dari pendidikan awal di pra sekolah sehinggalah mereka masuk

ke alam universiti, gaya pembelajaran memang telah sedia ada dalam diri masing-

masing untuk dipraktikkan dalam proses pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan

bertujuan untuk melihat perbezaan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar yang

mengikuti Program Pendidikan Fizik. Gaya pembelajaran sangat penting bagi setiap

pelajar kerana ia mempunyai daya pengaruh yang kuat terhadap pencapaian akademik di

mana gaya pembelajaran telah menyediakan satu mekanisme pembelajaran yang dapat

Page 22: KAJIAN GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN ... - … · mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Serta Pendidikan

5

memberi cabaran yang betul kepada pelajar dan menyediakan maklum balas yang tepat

terhadap pencapaian akademik mereka. Hasil kajian oleh Doris (1993) dalam Liau

(2000) menunjukkan bahawa gaya pembelajaran akan memberi kesan terhadap

pencapaian akademik maka beliau mencadangkan adalah sesuai jika gaya pembelajaran

bagi setiap pelajar diuji.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai objektif-objektif seperti berikut:

1. Mengenal pasti pola gaya pembelajaran pelajar-pelajar tahun dua hingga tahun

empat Program Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor

iaitu gaya pembelajaran yang mengikut pola model gaya pembelajaran

Silverman dan Soloman (1996).

2. Menentukan tahap gaya pembelajaran mengikut prestasi akademik dalam

kalangan pelajar tahun dua hingga empat Program Pendidikan Fizik Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai Johor

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan-persoalan kajian ialah:

1. Apakah pola gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran yang mengikut pola

model gaya pembelajaran Silverman dan Soloman (1996) dalam kalangan

pelajar-pelajar Program Pendidikan Fizik tahun dua hingga tahun empat

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.