gaya pembelajaran motivasi dan ian

Upload: faiz-ayahanda

Post on 15-Jul-2015

410 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN, MOTIVASI DAN PENCAPAIAN PELAJAR SEMESTER SATU DALAM MODUL MATEMATIK KEJURUTERAAN

Azrul Mahfurdz Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Mukah Sarawak Saifuddin Semail Jabatan Matematik, Sains & Komputer Politeknik Sandakan Sabah

ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan gaya pembelajaran, motivasi dengan pencapaian pelajar semester 1 dalam Modul Matematik Kejuruteraan. Seramai 297 orang pelajar semester 1 dari beberapa jabatan yang berbeza telah dipilih sebagai sampel. Instrumen yang digunakan adalah Inventori Pembelajaran Di Sekolah oleh Selmes (1987) yang telah mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu permukaan, mendalam, terancang dan gigih usaha. Data pencapaian matematik pelajar pula telah diambil daripada keputusan peperiksaan akhir semester. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences15.0). Hasil analisis deskriptif mendapati bahawa kebanyakkan pelajar mengamalkan keempat-empat gaya pebelajaran. Bagi faktor motivasi, didapati nilai motivasi dalaman lebih tinggi berbanding motivasi luaran. Analisis kajian turut menemukan hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dan motivasi. Walaubagaimanapun didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran dan pencapaian pelajar.

1.0 PENGENALAN Pembangunan politeknik-politeknik di Malaysia bermula dari aspirasi negara ke arah menjadi sebuah negara perindustrian dan seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran ekonomi dunia. Penubuhan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPTM adalah bertujuan untuk melatih bakal pekerja separa profesional bagi menampung keperluan sumber manusia dalam jurusan teknikal, perdagangan dan perkhidmatan. Sumber tenaga kerja terlatih dalam bidang teknikal adalah suatu keperluan yang penting. Program yang ditawarkan di politeknik yang merangkumi bidang teknikal, perdagangan dan perkhidmatan sememangnya memerlukan pelajar mempunyai pengetahuan matematik yang secukupnya. Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam masyarakat kita yang menuju kearah sebuah negara maju yang berteraskan sains dan teknologi (Angela, 2001). Pembelajaran matematik dalam kurikulum politeknik haruslah dirancang supaya mencapai matlamatnya, iaitu untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan minat pelajar dalam matematik. Pelajar diharapkan akan berupaya menggunakan matematik secara efektif untuk menyelesaikan masalah serta mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk

1

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

digunakan dalam subjek-subjek lain dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya masa hadapan mereka. Pembelajaran matematik seringkali dianggap sebagai sesuatu yang sukar dan membosankan kerana proses pembelajaran berlangsung dalam struktur bilik darjah tradisional, matematik lebih menekankan penghafalan formula dan latih tubi, kemahiran menjawab soalan peperiksaan dan pengajaran yang berpusatkan guru (Koh Lee Ling et al, 2008). Selain dari itu, menurut Salawati (1998) faktor lain yang menyebabkan kemerosotan pencapaian pelajar adalah disebabkan oleh pencapaian awal, kemahiran asas, minat, sikap, motivasi dan kemahiran menyelesaikan masalah. Oleh yang demikian, adalah penting pelbagai cara digunakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik sehingga ke tahap yang cemerlang dan salah satu cara tersebut adalah melalui strategi pendekatan pembelajaran pelajar.

2.0 PENYATAAN MASALAH Pencapaian pelajar yang rendah dan kelemahan dalam mata pelajaran matematik haruslah ditangani dan diambil perhatian dengan lebih teliti. Ini adalah kerana, kelemahan di dalam subjek ini akan menjejaskan pembelajaran pelajar di sesebuah institusi pendidikan. Menurut Norlia et al (2006), kelemahan dalam mata pelajaran ini boleh mengakibatkan kurangnya peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mengikuti kursus tertentu yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran matematik tambahan. Oleh yang demikian, adalah penting pelbagai cara digunakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik. Salah satu cara tersebut adalah melalui strategi pendekatan pembelajaran atau pun gaya pembelajaran pelajar. Pelbagai kajian telah dijalankan berkaitan gaya pembelajaran pelajar. Antaranya adalah kajian yang dijalankan oleh Mokhtar Ishak & Rohani Ahmad (2001) untuk menentukan hubungan pencapaian penyelesaian matematik dengan gaya belajar pelajar. Dalam kajian berkenaan dapatan menunjukkan gaya belajar mempengaruhi pencapaian penyelesaian matematik pelajar. Pensyarah seharusnya mengambil berat tentang cara seseorang pelajar itu belajar. Namun begitu, apa yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung pensyarah kurang memberi penekanan tentang gaya pembelajaran yang sesuai dan patut digunakan oleh pelajar. Oleh yang demikian, adalah penting seseorang pensyarah mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar serta membantu mereka supaya mengamalkan gaya pembelajaran yang dapat meningkatkan pencapaian mereka. Selain daripada itu, kajian yang dijalankan oleh Norhani Bakri et al (2005) untuk mengenalpasti punca prestasi pembelajaran yang lemah di kalangan pelajar mendapati bahawa salah satu punca adalah faktor teknik belajar. Dalam kajian tersebut didapati cara pembelajaran yang tidak konsisten dan tiada inisiatif untuk berusaha sendiri dengan mencari bahan rujukan di perpustakaan merupakan faktor yang menjejaskan prestasi pembelajaran. Oleh kerana gaya pembelajaran turut memainkan peranan penting dalam pencapaian pelajar, maka satu kajian berkaitan gaya pembelajaran haruslah dibuat untuk melihat sejauh manakah ia mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik di politeknik.

2

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

3.0 KERANGKA KOSEPTUAL Nor Azan et al (2004) telah mengakaji kebolehan kognitif, pengetahuan yang lepas dan gaya pembelajaran memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Hasil kajian tersebut mendapati sifat individu seperti gaya pembelajaran boleh memberi kesan kepada hasil pencapaian pelajar. Sementara itu, hasil kajian yang diperolehi daripada Erica et al (2006) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran di antara pelajar lelaki dan perempuan.

GAYA PEMBELAJARAN PERMUKAAN MENDALAM TERANCANG GIGIH USAHA PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR

DORONGAN MOTIVASI DALAMAN LUARAN

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian Satu kerangka konseptual telah dibentuk dan diubah suai daripada model Bryant (1974) dalam kajian yang telah dibuat oleh Norlia et al (2006). Berdasarkan kerangka koseptual yang dibentuk (ditunjukkan dalam Rajah 1), gaya pembelajaran dan dorongan motivasi akan mempengaruhi pencapaian matematik pelajar.

4.0 PERSOALAN KAJIAN Tujuan kajian adalah untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran dengan dorongan motivasi pensyarah mempengaruhi pencapaian matematik pelajar. Kajian yang dijalankan ini juga betujuan untuk melihat perbezaan gaya pembelajaran pelajar sijil dan diploma. Secara terperinci kajian yang dijalankan adalah untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut: i. Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dalam mata pelajaran Matematik? ii. Apakah motivasi yang mendorong pelajar belajar? iii. Adakah terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dan motivasi? iv. Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran mengikut pencapaian?

3

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

5.0 HIPOTESIS KAJIAN Berdasarkan tujuan kajian, hipotesis telah dibina untuk melihat hubungan gaya pembelajaran, dorongan motivasi pensyarah dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik iaitu: i. Tidak ada perhubungan signifikan antara motivasi dan gaya pembelajaran. ii. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran mengikut pencapaian.

6.0 METODOLOGI 6.1 Reka bentuk kajian Kajian yang dijalankan ini adalah merupakan kajian tinjauan. Kaedah ini dipilih kerana limitasi masa yang terhad dan mempertimbangkan dari segi kos dan tenaga. Di samping dapat mengumpul jawapan responden dengan cepat, ia juga banyak digunakan dalam kajian untuk menghuraikan sikap, pendapat, kepercayaan, perasaan, kualiti perkhidmatan, produk, tingkah laku dan sebagainya. Kajian yang dijalankan ini juga hanya melibatkan kelompok yang kecil sahaja. Oleh demikian, penggunaan kaedah kajian tinjauan ini adalah bersesuaian. 6.2 Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian adalah seramai 1300 orang pelajar semester satu yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan di Politeknik Mukah Sarawak. Daripada jumlah populasi tersebut seramai 297 orang telah dipilih sebagai sampel secara rawak dalam kajian. Pemilihan jumlah sampel ini adalah berdasarkan kepada jadual penentuan saiz sampel yang telah dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan (1970) dalam Chua Yan Piaw (2006). 6.3 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian untuk menjawab persoalan kajian yang telah dikemukan. Soal selidik yang diguna adalah berdasarkan Inventori Pembelajaran di sekolah oleh Selmes (1987) dalam Norlia et al (2006) yang mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu gaya mendalam, gaya permukaan, gaya terancang dan gaya gigih usaha. Gaya kelima, gaya dorongan telah diubah suai untuk mengukur motivasi luaran dan dalaman. Soal selidik yang dibina mempunyai enam bahagian. Susunan bahagian tersebut seperti berikut: A. B. C. 6.4 Prosedur kajian Sebelum soal selidik kajian diedarkan kepada sampel satu kajian rintis terlebih dahulu dilakukan. Seramai 30 orang telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang dibina. Tujuan kajian rintis dijalankan adalah untuk memastikan item soalan yang digunakan bersesuaian dengan kajian, mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Nilai kebolehpercayaan diukur dengan menggunakan nilai pekali alfa dengan bantuan pakej SPSS4

Faktor Demografi Gaya Mendalam Gaya Permukaan

D.

Gaya Terancang E. Gigih Usaha F. Motivasi

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

(Statistical Packages for Social Sciences15.0). Setelah ujian dijalankan didapati nilai Cronbach Alpha bagi setiap bahagian ialah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Secara umumnya nilai tersebut agak baik dan membolehkan instrumen ini digunakan dalam kajian. Jadual 1: Nilai Cronbach Alpha Kebolehpercayaan Item Jenis Item Cronbach Alpha Gaya Permukaan 0.852 Gaya Mendalam 0.829 Gaya Terancang 0.629 Gaya Gigih Usaha 0.864 Motivasi 0.874 6.5 Penganalisaan Data Soal selidik yang telah dikutip disemak bagi memudahkan data dimasukkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Dalam kajian ini, analisis yang dilakukan melibatkan statistik diskriptif dan inferensi. Penggunaan statistik diskriptif adalah bertujuan untuk mendapatkan nilai min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian pertama dan kedua. Manakala bagi statistik inferensi pula, terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu Ujian Kolerasi Pearson bagi menjawab persoalan kajian ketiga dan ujian - t sampel bebas untuk menjawab persoalan kajian keempat.

7.0 DAPATAN KAJIAN 7.1 Gaya Pembelajaran Diamalkan Oleh Pelajar Persoalan kajian pertama adalah untuk melihat gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar ketika belajar Matematik Kejuruteraan 1. Jadual 2 menunjukkan hasil data yang diperolehi daripada 297 sampel di mana catatan min terendah adalah gaya terancang dengan bacaan 3.04. Bagi gaya permukaan dan gaya gigih usaha mempunyai bacaan min yang sama iaitu sebanyak 3.20. Manakala bagi gaya pembelajaran mendalam pula mencatatkan bacaan tertinggi sebanyak 3.21. Jadual 2: Skor Min Dan Sisihan Piawai Mengikut Gaya Pembelajaran Gaya Pembelajaran Skor min Sisihan piawai Gaya Permukaan 3.20 0.38 Gaya Mendalam 3.21 0.40 Gaya Terancang 3.11 0.38 Gaya Gigih Usaha 3.20 0.46 Hasil analisis turut menunjukkan keseluruhannya nilai min bagi empat gaya tersebut tidak menunjukkan perbezaan yang banyak dan ini menunjukkan bahawa pelajar tidak hanya menggunakan satu gaya sahaja dalam mempelajari modul Matematik Kejuruteraan 1. 7.2 Gaya Pembelajaran Permukaan Hasil analisis setiap item, didapati kebanyakan pelajar memerlukan penerangan yang terperinci oleh pensyarah mereka tentang tugasan yang perlu dibuat. Kenyataan ini dapat dilihat melalui nilai min yang ditunjukkan, di mana item tersebut menyumbang nilai min5

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

yang paling tinggi dalam gaya pembelajaran terancang sebanyak 3.58. Selain itu, pelajar juga dilihat memerlukan penerangan terperinci pensyarah dalam mengambil nota, perkara yang perlu ditekankan semasa membaca dan penekanan semasa ulang kaji. Bagi catatan min terendah pula, diperolehi bahawa kebanyakkan pelajar tidak menghafal nota mereka semasa mengulang kaji iaitu dengan nilai sebanyak 2.52 (lihat Jadual 3). Jadual 3: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Gaya Permukaan Item Pembelajaran Mendalam Memerlukan penerangan terperinci tentang kerja yang perlu dibuat Memerlukan penerangan terperinci apa yang perlu dicatat semasa mengambil nota Menumpukan perhatian kepada setiap fakta apabila membaca Memerlukan penerangan terperinci apa yang perlu dilakukan dalam pembacaan Mengingat kembali apa yang ditulis dalam nota Memerlukan penerangan terperinci apa yang perlu dibuat semasa mengulang kaji Membuat nota hanya tentang isi penting yang perlu dipelajari Menumpukan kepada fakta apabila mengulang kaji Menghafal semua fakta semasa mengulang kaji Menghafal semua nota semasa membaca Menulis nota yang kebanyakkan mengandungi maklumat berfakta sahaja Menyusun kebanyakkan nota secara sistematik

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Min S.P 3.58 0.62 3.33 0.67 3.30 0.59 3.21 0.65 3.30 0.56 3.36 0.63 3.37 3.28 2.86 2.52 2.95 2.95 0.63 0.65 0.77 0.77 0.71 0.71

7.3 Gaya Pembelajaran Mendalam Berdasarkan Jadual 4, diperolehi nilai bacaan min terendah adalah pelajar tidak mencuba memasukkan pandangan sendiri ketika mengambil nota dengan bacaan 2.94. Secara keseluruhannya catatan menunjukkan bahawa, gaya pembelajaran dalaman yang diamalkan oleh pelajar dalam modul Matematik Kejuruteraan 1 ini hanya berada pada paras sederhana sahaja. Jadual 4: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Gaya Mendalam Item Pembelajaran Mendalam Bil. 1. Berbincang dengan pelajar lain tentang topik semasa mengulang kaji 2. Meringkaskan bahan penting semasa membuat nota Mengenalpasti maksud yang tersirat semasa membaca sesuatu isi 3. pelajaran 4. Merumuskan kaedah yang digunakan semasa menyelesaikan masalah 5. Meringkaskan isi pelajaran semasa mengulang kaji 6. Cuba menghubungkan pelbagai aspek semasa mengulang kaji 7. Cuba mengambil kira pelbagai aspek berhubung semasa menjawab soalan Cuba mentafsirkan pertalian antara pelbagai aspek yang ditemui semasa 8. membaca 9. Cuba bertanya kepada diri sendiri beberapa soalan daripada pembacaan 10. Cuba mencantumkan nota pelajaran daripada pelbagai sumber 11. Cuba memberi pendapat sendiri apabila berpeluang 12. Cuba memasukkan pandangan sendiri semasa mengambil nota

Min S.P 3.34 0.62 3.46 0.55 3.30 0.63 3.38 3.32 3.20 3.18 0.55 0.58 0.61 0.58

3.09 0.63 3.13 3.10 3.11 2.94 0.73 0.72 0.64 0.72

6

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

7.4 Gaya Pembelajaran Terancang Jadual 5 menunjukkan item soalan yang dikemukakan dalam gaya pembelajaran terancang. Daripada analisis didapati, secara keseluruhannya nilai min yang diperolehi dalam gaya pembelajaran ini adalah merupakan catatan min terendah berbanding gaya pembelajaran lain. Antara item yang diperhatikan rendah dalam gaya pembelajaran terancang adalah seperti pelajar tidak membaca, mengulang kaji dan membuat nota dengan cepat. Walaupun terdapat beberapa item yang mendapat nilai min yang rendah. Ini tidak memberi maksud pelajar tidak merancang pembelajaran mereka kerana masih terdapat item-item lain yang berada pada paras sederhana. Jadual 5: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Gaya Terancang Item Pembelajaran Terancang Bil. 1. Merangka jawapan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan ujian 2. Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk membuat nota sendiri 3. Membaca nota sepantas mungkin Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk membuat nota yang 4. diperlukan 5. Mencuba membuat nota secepat mungkin 6. Mencuba membuat ulangkaji secepat mungkin Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk membuat rujukan 7. tambahan dengan sempurna 8. Memperuntukkan masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran Memperuntukkan masa untuk mengulangkaji pelajaran dengan gaya 9. sendiri 10. Merancang supaya ulang kaji pelajaran dapat dilaksanakan dengan teliti 11. Merancang kerja-kerja pelajaran dengan cukup sempurna 7.5 Gaya Pembelajaran Gigih Usaha Secara keseluruhannya min bagi gaya pembelajaran gigih usaha hanya berada pada paras sederhana sahaja. Didapati item untuk pelajar mencari kelemahan apabila prestasi pembelajaran menurun adalah merupakan nilai min tertinggi iaitu sebanyak 3.49. Data kajian turut menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar banyak bergantung kepada pensyarah dan tidak berdikari kerana sentiasa menunggu arahan darpada pensyarah untuk membaca dan mengulang kaji pelajaran (lihat Jadual 6). Jadual 6: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Gaya Gigih Usaha Item Pembelajaran Gigih usaha Bil. 1. Mencari punca kelemahan apabila prestasi menurun Menggunakan beberapa buku lain untuk membuat tugasan selain nota 2. yang diberikan pensyarah 3. Menyiapkan sesuatu tugasan secepat mungkin 4. Membuat nota sendiri apabila ada kesempatan 5. Berusaha menyelesaikan masalah matematik walaupun ia sukar 6. Membaca apa yang perlu tanpa menunggu arahan pensyarah 7. Mengulang kaji semua topik tanpa menunggu arahan pensyarah 8. Menyiapkan tugasan lebih awal dari masa yang ditetapkan oleh pensyarah 9. Membuat latihan yang banyak secara sendiri

Min S.P 3.14 0.77 3.20 0.63 2.58 0.85 3.22 0.60 2.70 0.81 2.67 0.78 3.29 0.61 3.37 0.59 3.38 0.55 3.37 0.60 3.31 0.66

Min S.P 3.49 0.61 3.27 0.68 3.09 3.19 3.31 3.07 3.04 3.19 3.10 0.72 0.63 0.61 0.75 0.72 0.67 0.757

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

10. 11. 12.

Jadual 6: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Gaya Gigih Usaha (Samb.) Mengulangi latihan yang telah di buat beberapa kali untuk menambah 3.31 0.67 kefahaman Menggunakan beberapa buah buku lain selain nota pensyarah sebagai 3.16 0.74 rujukan Berjumpa dengan pensyarah untuk bertanya masalah matematik yang 3.24 0.78 sukar untuk diselesaikan sendiri.

7.6 Motivasi Analisis yang dilakukan dalam kajian ini juga ingin melihat faktor motivasi di kalangan pelajar. Hasil daripada analisis didapati,nilai min motivasi dalaman lebih tinggi berbanding motivasi luaran seperti ditunjukkan dalam Jadual 7. Jadual 7: Min dan Sisihan Piawai Dorongan Motivasi Min S.P Bil. Dorongan Motivasi 1. Motivasi dalaman 3.45 0.51 2. Motivasi Luaran 3.03 0.61 Jadual 8: Min dan Sisihan Piawai Item Soalan Motivasi Item Dorongan Motivasi Dalaman Merasa gelisah apabila ketinggalan dalam pelajaran Ingin mempunyai markah yang tinggi daripada pelajar lain Merasa malu apabila tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran Ingin melakukan tugasan yang lebih baik daripada pelajar lain Merasa gelisah apabila ketinggalan dalam kerja-kerja akademik Luaran Ingin Pensyarah tahu dia adalah pelajar terbaik Ingin pensyarah tahu dia adalah pelajar yang boleh diharap Merasa seronok bersaing dengan pelajar lain dalam kerja-kerja akademik dan tugasan Ingin tunjuk kepada pensyarah bahawa dia telah mencuba sedaya upaya Merasa bimbang apabila pensyarah mengkritik tugasannya

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Min

S.P

3.41 0.73 3.56 0.63 3.33 0.70 3.52 0.60 3.42 0.69 2.68 0.90 2.87 0.90 3.36 0.68 3.24 0.78 3.04 0.88

Daripada analisis setiap item soalan pula, diperolehi bahawa kebanyakkan pelajar bersikap ingin bersaing di antara satu sama lain seperti ditunjukkan dalam item motivasi dalaman. Pelajar dilihat inginkan markah yang lebih tinggi berbanding pelajar lain dan ingin melakukan tugasan lebih baik daripada pelajar lain mempunyai nilai min yang tinggi. Perkara yang sama turut diperoleh dalam item soalan motivasi luaran, di mana pelajar merasa seronok bersaing dengan pelajar lain dalam kerja-kerja akademik juga mencatatkan nilai min tertinggi. Namun begitu, bagi dorongan motivasi luaran terdapat juga item yang rendah iaitu ingin pensyarah mereka tahu mereka adalah pelajar terbaik dan ingin pensyarah tahu mereka adalah pelajar yang boleh diharap dengan catatan min masing-masing adalah 2.68 dan 2.87 (lihat Jadual 8).

8

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

7.7 Hubungan Gaya Pembelajaran dan Motivasi Hasil analisis kolerasi mendapati terdapat kolerasi yang sederhana kuat antara gaya pembelajaran terancang dan motivasi dalaman ( r = 0.51). Bagi pemboleh ubah yang lain didapati semuanya berada pada paras yang lemah sahaja. Kolerasi antara gaya pembelajaran dan motivasi dapat dilihat dalam Jadual 9 di bawah. Semua kolerasi tersebut signifikan pada aras p < 0.01. Jadual 9: Pekali Pearson Motivasi Dengan Gaya Pembelajaran Motivasi Gaya Dalaman Luaran Pembelajaran 1. Gaya Permukaan 0.46** 0.38** 2. Gaya Mendalam 0.43** 0.33** 3. Gaya Terancang 0.51** 0.45** 4. Gaya Gigih Usaha 0.34** 0.32** ** signifikan pada aras 0.01 7.8 Perbezaan Gaya Pembelajaran Mengikut Pencapaian Hasil ujian t yang ditunjukkan dalam Jadual 10 mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan gaya pembelajaran permukaan, dalaman, terancang dan gigih usaha mengikut pencapaian pelajar. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar yang lulus dan gagal mengamalkan gaya pembelajaran yang sama. Oleh demikian, gaya pembelajaran pelajar tidak mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Modul Matematik Kejuruteraan 1. Jadual 10: Ujian - t Gaya Pembelajaran Mengikut Pencapaian Pelajar Gaya Min t p Frekuensi Pencapaian, n Pembelajaran 0.549 0.583 Lulus 249 3.22 Permukaan Gagal 48 3.19 -0.010 0.992 Lulus 249 3.21 Dalaman Gagal 48 3.21 Lulus 249 3.17 1.122 0.263 Terancang Gagal 48 3.10 Lulus 249 3.21 0.132 0.895 Gigih Usaha Gagal 48 3.20 Nota: Signifikan pada aras p = 0.05

8.0 PERBINCANGAN Hasil kajian yang telah dilaksanakan mendapati bahawa keempat-empat gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Secara keseluruhannya pelajar tidak hanya menggunakan satu gaya pembelajaran sahaja dalam mempelajari modul Matematik Kejuruteraan. Dapatan kajian yang diperolehi ini, disokong oleh kajian lepas yang telah dilakukan oleh Norlia et al (2006) yang turut mendapat keputusan yang sama. Bagi analisa item gaya pembelajaran, didapati kebanyakkan pelajar terlalu bergantung kepada apa yang disampaikan oleh pensyarah semata-mata, pelajar tiada9

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

inisiatif untuk mencari bahan tambahan. Pelajar dilihat memerlukan penerangan terperinci apa yang perlu dilakukan semasa membaca, membuat tugasan dan mengulang kaji. Sikap seperti ini sudah tentulah akan merugikan pelajar itu sendiri, untuk mendapat keputusan yang cemerlang pelajar seharusnya berdikari dan berusaha gigih dalam mengusai pembelajaran dengan mencari nota-nota tambahan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pensyarah. Selain itu, pensyarah juga harus sedar bahawa kaedah pengajaran matematik haruslah mengambil kira peralihan pelajar dari pembelajaran di sekolah ke peringkat IPT. Sebagai tambahan pelajar perlu didedahkan kepada bagaimana untuk membangunkan gaya pembelajaran sendiri oleh pelajar (Yudariah & Roselainy, 2001). Bagi analisis kolerasi yang telah dibuat untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran dan motivasi, keputusan menunjukkan bahawa hanya gaya pembelajaran terancang dan motivasi dalaman sahaja menunjukkan hubungan sederhana kuat. Bagi gaya lain keputusan yang diperolehi hanya menunjukkan hubungan berada pada paras lemah sahaja. Motivasi merupakan suatu perkara yang penting kepada pelajar terutama sekali kepada pelajar baru yang memasuki IPT. Peralihan kepada persekitaran pembelajaran yang baru kadang kala akan menjadikan pelajar tertekan dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa. Menurut Norhani Bakri et al (2005), prestasi pembelajaran adakalanya dipengaruhi oleh faktor pergaulan, minat serta motivasi pelajar. Cara pembelajaran di peringkat IPT yang memerlukan perbincangan dan kerja kumpulan menimbulkan masalah bagi mereka yang telah biasa belajar bersendirian dan tidak suka bergaul. Oleh demikian, amat perlu pelajarpelajar ini diberikan motivasi dan didedahkan dengan gaya pembelajaran yang sesuai di IPT. Pendekatan seperti ini boleh dilakukan dengan menganjurkan program-program seperti motivasi, klinik dan bengkel. Bagi analisis yang dibuat untuk melihat adakah wujud perbezaan gaya pembelajaran bagi pelajar lulus dan gagal, keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar. Secara keseluruhan dalam kajian ini, bolehlah dinyatakan di sini bahawa gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar tidak mempengaruhi pencapaian mereka dalam modul Matematik Kejuruteraan 1.

9.0 KESIMPULAN Secara umumnya kajian yang dijalankan ini hanya melihat faktor gaya pembelajaran dan motivasi sahaja dalam mempengaruhi pencapaian pelajar. Walaupun hasil dapatan menunjukkan keputusan yang sebaliknya, sebagai seorang pensyarah adalah menjadi suatu yang penting untuk mengetahui gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajarnya, ini adalah kerana setiap pelajar sudah tentunya mengamalkan cara belajar yang berlainan di antara satu sama lain. Melalui maklumat ini sudah tentulah pensyarah akan lebih bersedia dan dapat merancang aktiviti penganjaran dengan lebih baik dan sesuai untuk pelajar-pelajarnya. Secara kesimpulannya, kajian ini telah dapat mengenalpasti gaya belajar dan tahap motivasi pelajar yang diamalkan oleh pelajar dalam mempelajari Kursus Matematik Kejuruteraan 1. Walaubagaimanapun, pengkaji tidak dapat mengenalpasti punca yang menyebabkan pelajar gagal dalam modul ini. Oleh demikian satu kaji lanjutan perlu dilakukan bagi melihat puncapunca tersebut. Antara punca lain yang boleh boleh dikaji adalah seperti pencapaian awal, sikap, latar belakang akademik, kualiti pensyarah dan kaedah pengajaran.

10

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

10.0 RUJUKAN Angela Anthonysamy. 2001. Perkembangan pemikiran matematik pada peringkat awal kanak-kanak: Satu pendekatan konstruktivsme. Prosiding seminar penyelidikan pendidikan sains & matematik Sarawak 2001. Bamidele A. Adesunloge, Oluranti Aladesanmi, Marshaleen henriques dan Chinedu Ivonye. 2008. The preferred learning among residents and faculty members of an internal medicine residency program. Journal of the national medical association. Vol 100, No 2. Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan statistik penyelidikan buku 1 kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur : McGraw Hill (Malaysia). Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan statistik penyelidikan buku 2 asas statistik penyelidikan. Kuala Lumpur : McGraw Hill (Malaysia). Erica A. Wehrwein, Heidi L. Lujan dan Stephen E. Dicarlo. 2007. Gender differences in learning style preferences among undergraduate physiology students. Advances in physiologi education. 31 : 153 -157. Julie E. Sharp. 2001. Teaching teamwork communication with Kolb learning style theory. ASEE/IEEE Frontiers in education conference proceedings. Koh Lee Ling, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan. 2008. Kesan pembelajaran koperatif terhadap sikap dan pencapaian matematik bagi muridmurid sekolah rendah di sekitar Bandar Kuching. Jurnal penyelidikan IPBL Jilid 8 Mokhtar Ishak dan Rohani Ahmad. 2001. Hubungan pencapaian penyelesaian masalah matematik dengan gaya belajar dan faktor-faktor bekaiatan di kalangan pelajar sekolah menengah rendah. Prosiding seminar penyelidikan pendidikan sains dan matematik Sarawak 2001. Norasmah Othman dan Siti Rashidah Othman. 2006. Gaya pembelajaran Kolb dalam matapelajaran Biologi. Jurnal Teknologi 40(E) 45 - 58. Nor Azan Hj Mat Zin, Halimah Badioze Zaman dan Shahrul Azman Mohd Noah. 2004. Individual instruction : Learning styles and mathematics ability diagnostic tool. Procceding series, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Norhani Bakri, Noor Zainab Abd. Razak, Hamidah AB. Rahman dan Aminah Ahamad Khalid. 2005. Punca prestasi pembelajaran yang lemah di kalangan pelajar Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Jurnal Teknologi 43(E), 29 44. Norlia Abd Aziz, T. Subahan M, Meerah, Lilia halim dan Kamisah Osman. 2006. Hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian matematik tambahan pelajar tingkatan 4. Jurnal Pendidikan 31 123-141. Saemah rahman dan John Arul Phillip. 2006. Hubungan antara kesadaran metakognasi, motivasi dan pencapaian akademik pelajar universiti. Jurnal Pendidikan 31 21-39. Sheri Clark, Elaine Seat dan Fred Weber. 2000. The performance of engineering students on the group embedded figures test. ASEE/IEEE Frontiers in education conference proceedings. Salawati Hamid. 1998. Hubungan minat, sikap, motivasi dan kemahiran asas dengan pencapaian pelajar dalam matematik. Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Yudariah Mohd. Yusof dan Roselainy Abdul Rahman. 2001. Mathematics education at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) : Learning from experience. Jurnal teknologi 34(E), 9-24.

11

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

PENYELARASAN KOD KUMPULAN PELAJAR JABATAN (KKPJ) DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Samsudin Mohd Saleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kuching Sarawak Ho Yoong Chow Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kuching Sarawak

ABSTRAK Penggunaan sistem pengkodan untuk kumpulan pelajar jabatan yang berbeza-beza oleh setiap jabatan akademik seringkali menyebabkan kesulitan sistem pengrekodan dan pemahaman umum. Satu set Kod Kumpulan Pelajar Jabatan (KKPJ) diperkenalkan berdasarkan kepada semester pengajian, kelayakan akademik dan kes khas yang dihadapi sepanjang pengajian. Kumpulan kod pertama merupakan kod seksyen pelajar yang berkelayakan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) atau setaraf. Kumpulan kod kedua merupakan kod sekyen bagi pelajar berkelayakan akademik yang lebih tinggi daripada SPM atau setaraf. Kumpulan kod ketiga merupakan kod yang diberi kepada kumpulan pelajar yang terlibat dalam kes-kes khas dan akan menyebabkan perlanjutan pengajian di politeknik.

1.0 PENGENALAN Politeknik Kuching Sarawak merupakan satu instititusi pendidikan yang menawarkan pelbagai program pengajian melalui enam jabatan akademik setiap semester pengajian. Walaupun setiap program mempunyai kod singkatan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengajian Politeknik, namun pelajar-pelajar harus dikumpulkan ke dalam kumpulan yang berasingan mengikut semester pengajian masing-masing. Justeru itu, pelbagai jenis sistem pengkodan kumpulan pelajar di setiap jabatan telah diwujudkan. Sistem pengkodan ini digunakan untuk pelbagai tujuan di peringkat politeknik. Sistem pengkodan yang berbeza-beza bukan sahaja menyusahkan sistem pengrekodan, malah menyebabkan kesulitan dari segi pemahaman umum. Walau bagaimanapun, penyelarasan sistem pengkodan harus mempertimbangkan pelbagai jenis kes yang mungkin dihadapi oleh kumpulan pelajar seperti tangguh latihan industri, tangguh pengajian, gantung pengajian, penilaian khas dan sebagainya yang akan menyebabkan kumpulan pelajar tersebut tidak dapat menamatkan pengajian di politeknik dalam tempoh maksimum yang ditetapkan, ataupun kelayakan akademik yang berlainan yang membolehkan pelajar tamat pengajian lebih awal daripada pelajar semasa seperti program integasi.

12

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

1.1 Objektif Penyelarasan i. Kod Kumpulan Pelajar Jabatan (KKPJ) baru dicadangkan untuk penyelarasan penggunaan sistem pengkodan kumpulan pelajar di setiap jabatan akademik yang mempunyai pelajar sendiri. ii. KKPJ ini mencadangkan sistem pengkodan yang melibatkan kumpulan pelajar yang kemasukan dengan kelayakan akademik Sijil Pelajar Malaysia (SPM/SPMV) dan selain SPM/SPMV. Selain itu, kod ini juga mencadangkan pengumpulan pelajar mengikut kes khas sepanjang pengajian di Politeknik Kuching Sarawak.

2.0 CADANGAN KOD Kod yang dicadangkan menggunakan format yang mudah dibaca, mengandungi pemisah dan ringkas. Dalam setiap kod yang dicadangkan, abjad yang digunakan adalah berhuruf besar. Kandungan yang diperlukan untuk dikodkan adalah mengikut urutan berikut: Singkatan Program diikut semester semasa, Kumpulan Pelajar (atau Kod Kelayakan Akademik Khas)Kod Kes Khas (jika ada). Kod tambahan mungkin diperlukan oleh jabatan-jabatan tertentu, dan harus ditambahkan selepas kod kes khas. Format penulisan minimun dan format lanjutan adalah seperti berikut: Minimum: DDDxY, untuk Program Diploma, dan SSSxY untuk Program Sijil. Lanjutan: DDDxY-KKz (Catatan: Huruf x dan z perlu digantikan dengan nilai angka yang berkaitan). 2.1 Bidang yang Diperlukan Singkatan Program (DDD / SSS): Kod Kumpulan Pelajar Jabatan untuk program diploma atau sijil diikuti dengan tempoh pengajian (semester) semasa. Huruf x selepas singkatan program merujuk kepada tempoh pengajian semasa pelajar. Seksyen (Y): kumpulan pelajar, samada mengikut urutan abjab A hingga F, atau Program Khas, iaitu Program Integrasi yang diberi kod P (masukan ke tahap 5), Q (masukan ke tahap 3), atau R (masukan ke tahap 2); Program Secara Sambilan diberi kod S, dan Program-program lain diberi kod L. 2.2 Bidang Tambahan Kod Kes Khas (KK): kes yang menyebabkan lanjutan semester pengajian di politeknik. Mempunyai dua aksara sahaja, diikuti dengan satu nilai angka yang menunjukkan bilangan kali kes tersebut berlaku. Huruf z selepas Kod Kes Khas merujuk kepada bilangan kali kes tersebut berlaku untuk kumpulan pelajar tersebut.

13

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

2.3 Senarai Kod yang Digunakan Jadual 1 menunjukkan kod seksyen kumpulan pelajar. Jadual 2 menunjukkan kod kelayakan akademik khas. Jadual 3 menunjukkan kod kes khas. Jadual 1: Kod Seksyen untuk Kumpulan Pelajar HURAIAN Kumpulan Pelajar: Kumpulan pelajar dalam setiap program mengikut sesi pengambilan.

BIL. 1.

KOD A, B, C, D, E, F

CONTOH DDD1A

BIL. 1.

KOD P, Q, R

2.

L

3.

S

Jadual 2: Kod Kelayakan Akademik Khas HURAIAN CONTOH Lulusan Sijil Politeknik (Integrasi): Pelajar dengan DDD1P kelayakan sijil Politeknik dan mengikut Program Integrasi; DDD1Q P (Integrasi Tahap Semester 5), Q (Integrasi Tahap DDD1R Semester 3), and R (Integrasi Tahap Semester 2). Lulusan Lain: Pelajar dengan lulusan selain Sijil Politeknik SSS1L seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), dan sijil Kolej Komuniti (telah melalui Program Foundation) Program Secara Sambilan: Pelajar yang mengambil DDD1S Program Secara Sambilan di Politeknik Malaysia. Jadual 3: Kod Kes Khas HURAIAN Gantung Pengajian: Pelajar dikenakan tindakan tatatertibgantung pengajian. Diambilkira sebagai satu semester pengajian. Mengulang Latihan industri: Mengulangi latihan industri, maksimum sekali sahaja Diambilkira sebagai satu semester pengajian. Penilaian Khas: Pelajar semester akhir yang gagal satu kursus sahaja dan diberi penilaian khas. Diambilkira sebagai satu semester pengajian

BIL. 1.

KOD GP

CONTOH DDD2AGP1 DDD5AML1 DDD7APK1

2.

ML

3.

PK

BIL. 4.

KOD TD

5.

TL

6.

TP

Jadual 3: Kod Kes Khas (Samb.) HURAIAN Tidak Daftar Pengajian: Pelajar yang tidak daftar semula di Politeknik dan tidak dapat dikesan. Menunggu tindakan pihak berkenaan. Tangguh Latihan Industri: Pelajar menangguh latihan industri disebabkan jumlah kredit lulus tidak mencukupi. Diambilkira sebagai satu semester pengajian Tangguh Pengajian: Pelajar memperoleh kebenaran menangguh pengajian. Tidak diambilkira sebagai satu semester pengajian.

CONTOH DDD2ATD1 DDD4ATL1 DDD2ATP1

14

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

2.3.1 Bidang yang diperlukan: Singkatan Program Satu sistem penomboran ditambahkan selepas setiap singkatan program yang digunakan untuk mengenalpasti tempoh pengajian (semester) yang telah dilalui oleh kumpulan tersebut di politeknik. Setiap semester, sistem penomboran tersebut akan diubahsuai untuk menunjukkan bilangan semester yang telah diikuti oleh kumpulan tersebut. Namun, nombor ini tidak semestinya sama dengan tahap semester kursus yang diambil oleh kumpulan pelajar tersebut khasnya apabila sesuatu kes khas wujud. Namun, diingatkan bahawa semester pengajian kumpulan pelajar tidak semestinya sama dengan tempoh pengajian. Semester pengajian semasa yang merujuk kepada struktur program hanya ada empat (4) semester untuk program Sijil dan enam (6) semester untuk untuk program Diploma. Sebagai contoh, untuk pelajar Program Integrasi tahap 5 yang baru mendaftar, iaitu tempoh pengajian yang pertama, KKPJ yang diberi adalah DDD1P, tetapi semester pengajian adalah Semester Lima. Contoh kes tangguh latihan industri untuk pelajar program sijil pula, KKPJ adalah SSS3A-TL1, tempoh pengajian tiga, tetapi masih semester Dua. Ketetapan ini bertujuan untuk perbandingan statistik peperiksaan yang tepat. 2.3.2 Bidang yang diperlukan: Kod Kumpulan Pelajar Setiap singkatan program harus diikuti dengan kod kumpulan pelajar (A~F) untuk pelajar masukan SPM/V atau setaraf untuk membezakan kumpulan seksyen pelajar. 2.3.3 Bidang yang Diperlukan: Kod Kelayakan Akademik Khas Kod Kelayakan Akademik Khas dibezakan mengikut jenis program yang diikuti. Kod Program Integrasi ditunjukkan dengan P untuk tahap 5, Q untuk tahap 3 dan R untuk tahap 2; Kod Program Secara Sambilan dengan kod S dan kod Program Lain-lain dengan kod L, ditambahkan selepas nombor semester semasa yang menggantikan kod seksyen. Sekiranya jabatan memutuskan untuk mewujudkan lebih daripada satu seksyen kumpulan pelajar yang berkelayakan akademik khas, sebagai contoh dua seksyen pelajar Program Integrasi tahap 5 (contoh: DDD1P), maka kumpulan pelajar tersebut dibezakan dengan penambahan kod A sehingga F selepas kod Kelayakan Akademik Khas, iaitu DDD1PA dan DDD1PB. 2.3.4 Bidang Tambahan: Kod Kes Khas Seksyen terakhir untuk Kod Kumpulan Pelajar Jabatan adalah Kod Kes Khas yang harus diikuti dengan satu nilai angka untuk menunjukkan bilangan kali kes tersebut berlaku. Satu kumpulan pelajar mungkin terlibat dalam pelbagai kes khas dan lebih daripada sekali. Sebagai contoh DDD9A-GP2-TL1 menunjukkan kumpulan pelajar ini telah dikenakan tindakan tatatertib dan digantung pengajian sebanyak dua semester, kemudian menangguh Latihan Industri. Urutan kod kes khas adalah berdasarkan kepada urutan berlaku kes tersebut dan bukan mengikut urutan abjad. Kes yang berulang pula tidak perlu dikodkan semula15

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

kerana telah dinyatakan dalam nilai angka selepas setiap kod kes khas. (Sila rujuk Lampiran Contoh Penggunaan: Kes 9) Tiada kod untuk kes perlanjutan semester pengajian bagi kumpulan pelajar yang tidak lulus semua kursus yang diperlukan dalam tempoh yang dirancangkan. Kes tersebut dikenalpasti dengan sistem penomboran semester pengajian selepas singkatan program. 2.4 Pemisah (Separator) Setiap kod harus dipisahkan dengan satu sempang (hyphen), untuk tujuan mengelakkan kesilapan penulisan dan pembacaan.

3.0 RUMUSAN Dengan penyelerasan KKPJ di peringkat politeknik, sistem pengrekodan yang teratur dapat dilaksanakan dan justeru itu memudahkan pencarian dan rujukan pada masa hadapan. Selain itu, KKPJ yang jelas dan teratur dapat mengelakkan daripada penggunaan kod yang bercanggahan dengan kod lain yang digunapakai di peringkat politeknik yang sebenarnya merujuk kepada perkara yang berlainan. Sebagai contoh, KKPJ ini dirujuk semasa penyediaan kod Jadual Waktu Program Politeknik Kuching Sarawak untuk menentukan bilangan seksyen kursus yang harus disediakan pada sesi pengajian berikutnya, tetapi tidak menggunakan kod yang sama untuk seksyen jadual waktu yang jelas sekali merujuk kepada perkara yang

16

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

LAMPIRAN: Contoh Penggunaan Kes 1: Penangguhan Latihan Industri 1 2 JAN 09 JUL 09

5 6 7 JAN 11 JUL 11 JAN 12 SEM4 SEM1 SEM2 SEM3 SEM5 SEM6 SEM3/4 TL ( LI) DDD1A DDD2A DDD3A DDD4A-TL1 DDD5A-TL1 DDD6A-TL1 DDD7A-TL1 Nota: Pelajar dikehendaki menangguh latihan industri disebabkan jumlah jam kredit lulus yang tidak mencukupi, dan perlu menduduki semula kursus yang gagal Namum, kes sebegini lazimnya membenarkan pelajar mengambil kursus yang berSEM lebih tinggi sekiranya jam kredit yang didaftarkan tidak melebihi had yang ditetapkan. Kes 2: Penangguhan Sesi Pengajian 1 2 JAN 09 JUL 09 SEM1 SEM2

3 JAN 10

4 JUL 10

JAN 10 TP

3 JUL 10 SEM3

DDD1A DDD2A DDD3A-TP1 Nota: Sesi Jan 10 tidak diambilkira dalam jumlah tempoh pengajian.

4 JAN 11 SEM4 ( LI) DDD4A-TP1

5 JUL 11 SEM5 DDD5A-TP1

6 JAN 12 SEM6 DDD6A-TP1

Kes 3: Penilaian Khas Untuk Pelajar Semester Akhir 1 2 3 4 5 6 7 JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 JUL 11 JAN 12 SEM1 SEM2 SEM3 SEM4 ( LI) SEM5 SEM6 SEM5 PK DDD1A DDD2A DDD3A DDD4A DDD5A DDD6A DDD7A-PK1 Nota: Sekiranya pelajar semester akhir yang gagal satu kursus sahaja, pelajar tersebut hanya perlu menduduki semula penilaian-penilaian untuk kursus yang gagal sahaja dalam tempoh yang ditetapkan.

17

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Kes 4: Melanjut Semester Pengajian 1 2 3 4 5 6 7 JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 JUL 11 JAN 12 SEM1 SEM2 SEM3 LI SEM4 ( LI) SEM5 SEM6 SEM6 LS DDD1A DDD2A DDD3A DDD4A DDD5A DDD6A DDD7A Nota: Kumpulan pelajar yang tidak dapat menamatkan pengajian dalam jumlah tempoh pengajian biasa dan perlu lanjut pengajian lagi. Namun tiada kod diperlukan kerana difahamkan pelajar yang tidak terlibat dalam kes khas lain adalah lanjut semester (LS). Kes 5: Program Integrasi (Masukan keSEM 2, Kod R) 1 2 3 4 5 JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 SEM2 SEM3 SEM5 SEM6 SEM6 LS DDD1R DDD2R DDD3R DDD4R DDD5R Nota: Kod Kumpulan Pelajar Jabatan tidak menunjukkan SEM kursus yang diambil, dan tiada latihan industri.

6 JUL 11 SEM6 PK DDD6R-PK1

Kes 6: Program Secara Sambilan 1 2 3 4 5 6 7 JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 JUL 11 JAN 12 PK DDD1S DDD2S DDD3S DDD4S DDD5S DDD6S DDD7S-PK1 Nota: Berdasarkan kepada turutan semester. Tidak dapat menentukan SEM kursus yang diambil disebabkan ketidakseragaman kombinasi kursus yang ditawarkan oleh setiap jabatan setiap semester. Tiada latihan industri. Kes 7: Latihan industri Dua Kali 1 2 3 4 JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 SEM1 SEM2 SEM3 SEM4 ( LI) DDD1A DDD2A DDD3A DDD4A Nota: Gagal latihan industri pada sei Jul 10 dan mengulanginya pada sesi Jan 11.

5 JAN 11 SEM4 (ML) DDD5A-ML1

6 JUL 11 SEM5 DDD6A-ML1

7 JAN 12 SEM6 DDD7A-ML1

18

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Kes 8: Tindakan Tatatertib (Digantung Dua Sesi Pengajian) 1 2 3 4 5 6 7 8 JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 JUL 11 JAN 12 JUL 12 SEM1 SEM2 SEM3 SEM4 ( LI) SEM5 SEM6 GP GP (2) DDD1A DDD2A DDD3A-GP1 DDD4A-GP2 DDD5A-GP2 DDD6A-GP2 DDD7A-GP2 DDD8A-GP2 Nota: Pelajar dikenakan tindakan tataterbib pada sesi Jan 10, maka keputusan penilaian dimansuhkan pada sesi tersebut. Kemudian digantung pengajian pada sesi seterusnya, Jul 10. Menyambung pengajian pada sesi Jan 11. Kes 9: Kes Berulang (Tangguh Pengajian dan Tangguh Latihan Industri) 1 2 3 4 5 6 7 JAN 09 JUL 09 JAN 10 JUL 10 JAN 11 JUL 11 JAN 12 JUL 12 JAN 13 SEM1 SEM2 SEM3 SEM4 ( LI) SEM5 SEM6 TP SEM3/4 TL TP (2) DDD4ADDD5A-TP1DDD6ADDD7ADDD1A DDD2A DDD3A-TP1 TP1-TL1 TL1 TP2-TL1 TP2-TL1 Nota: Pelajar diluluskan untuk tangguh pengajian pada sesi Jan 10. Kemudian tangguh latihan industri disebabakan jam kredit lulus tidak mencukupi untuk menjalankan latihan industri pada sesi Jan 10. Pelajar mendapat kelulusan untuk tangguh pengajian lagi pada sesi Jan 12. Menyambung pengajian pada sesi Jul 12. Kes 10: Pelbagai Kes 1 2 JAN 09 JUL 09

6 7 8 9 JAN 12 JUL 12 JAN 13 JUL 13 SEM4 SEM6 LS SEM1 SEM2 SEM3 SEM5 SEM6 TP SEM3/4 TL SEM4 ( LI) (ML) (MAX) DDD6ADDD7ADDD8ADDD9ADDD2ADDD3ADDD4ADDD5ADDD1A TP1-TL1TP1-TL1TP1-TL1TP1-TL1TP1 TP1 TP1-TL1 TP1-TL1 ML1 ML1 ML1 ML1 Nota: Sekiranya sistem mengambilkira sesi Jul 09 sebagai satu sesi pengajian, kumpulan pelajar tersebut mungkin telah digagal dan diberhentikan pada sesi Jan13. Maka hanya sembilan semester pengajian diambilkira tetapi melibatkan 10 sesi pengajian.

JAN 10

3 JUL 10

4 JAN 11

5 JUL 11

19

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Catatan: 1. Setiap jadual di atas mempunyai 4 barisan data. Barisan teratas mewakil Tempoh Pengajian (Semester). Barisan kedua atas mewakil Sesi Pengajian Semasa, Barisan ketiga mewakili norma tahap semeser kursus yang seharusnya diikuti, dan Barisan keempat mewakili Kod Kumpulan Pelajar Jabatan. 2. KKPJ yang dicondongkan tulisannya (Itallic) pada Barisan ketiga menunjukkan kes khas yang ditekankan dalam contoh kes tersebut. 3. KKPJ yang dicondongkan tulisannya (Itallic) pada Barisan keempat menunjukkan kumpulan pelajar tersebut sedang menjalani latihan industri dan tidak tersenarai dalam Lembaran Markah Jabatan tersebut pada sesi pengajian semasa.

20

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM KLINIK MATEMATIK MELALUI SIKAP PELAJAR DAN PENCAPAIAN MATEMATIK

Marhana Abdul Latif Lenny Kolina Majalis Mohd Syahizan Shahabani Jeffery Abat Maramat Jabatan Matematik, Sains & Komputer Politeknik Kuching Sarawak Nur Yahzelina Hanafi Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi Politeknik Kuching Sarawak

ABSTRAK Kertas ini adalah suatu perancangan untuk meninjau keberkesanan Program Klinik Matematik terhadap sikap pelajar dan pencapaian Matematik apabila pensyarah menjalankan program Klinik Matematik dalam membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik. Rekabentuk kajian ini berdasarkan kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra-ujian pos kepada pelajar yang terlibat dengan program ini. Peserta kajian terdiri daripada 35 orang pelajar dari Program SKE1/ S6 iaitu pelajar yang gagal Kursus Matematik 1 (B 1001) samada kali pertama atau kali kedua. Ujian sikap dalam bentuk soal selidik dan ujian pencapaian matematik digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan data dan dapatan data dianalisis secara kuantitatif. Dapatan kajian akan digunakan untuk menunjukkan tahap keberkesanan program Klinik Matematik dalam meningkatkan pencapaian matematik di Politeknik Kuching Sarawak.

1.0 PENGENALAN Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuching Sarawak adalah jabatan yang dipertanggungjawabkan ke atas Kursus Matematik, Sains Juruteknik dan Aplikasi komputer di Politeknik Kuching, Sarawak (Poliku) . Kursus Matematik, Sains dan Komputer merupakan kursus asas yang diwajibkan ke atas semua pelajar kejuruteraan Semester 1, 2 3, 4, 5 dan Semester Akhir. Terdapat 5 kursus Matematik yang dipertanggungjawabkan kepada JMSK yang di ajar kepada pelajar mengikut semester iaitu B 1001, B 2001 dan B3001, B 1009 dan B 2009, 1 kursus Sains iaitu B 1004 (Semester 1) dan 1 kursus Komputer iaitu B 1003 (Semester 1) Statistik Peperiksaan Akhir menunjukkan bahawa Matematik adalah antara kursus yang menyumbang kepada kegagalan pelajar. Selain dari itu, modul teknikal yang berkait dengan Matematik juga merupakan faktor kepada kegagalan ini. Kelemahan pelajar terhadap kursus Matematik memang sering dibincangkan oleh pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung termasuk di Politeknik KPTM. Permasalahan tentang kelemahan pelajar dalam kursus ini sentiasa dibincangkan dalam mesyuarat Ketua-ketua Jabatan pada setiap semester. Beberapa cadangan yang dibuat dalam21

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

mesyuarat tersebut telah pun dilaksanakan di setiap politeknik bagi mengurangkan dan mengatasi masalah kelemahan Matematik. Program Klinik Matematik adalah program yang dirancang dan dilaksanakan dengan mengenalpasti pelajar lemah matematik (tumpuan kepada kursus matematik 1- B 1001) di mana pelajar ini akan diwajibkan menghadiri kelas rawatan atau pemulihan. Klinik yang dijalankan kepada 35 pelajar SKE1/ S6 pada setiap Jumaat petang menekankan kefahaman pelajar kepada konsep matematik dan meningkatkan pengetahuan mereka yang sememangnya lemah dalam matematik. Kajian ini akan mengukur kesan pelaksanaan program ini terhadap sikap pelajar serta peningkatan pencapaian mereka dalam matematik. 1.1 Latar Belakang Masalah Kursus Matematik merupakan kursus yang memerlukan pelajar berfikir secara kreatif dan berimaginasi tinggi serta minat. Masalah memahami sesuatu konsep adalah berkait rapat dengan istilah tidak faham, tidak hafal dan tidak ingat kerana apabila konsep itu dapat dikuasai maka ia boleh menghafal dan menyimpannya dalam minda sebagai ingatan (Sulaiman Masri, 1998). Hal ini berlaku disebabkan sesetengah istilah Matematik sukar disebut (Silberman, 1979) menyebabkan pelajar sukar untuk mengingat dan menghafal. Selain daripada konsep, proses matematik juga memainkan peranan yang penting kerana menurut kajian Abu Hasaan Kassim (1998) menunjukkan bahawa ciri-ciri asas matematik termasuk nombor, simbol, formula dan persamaan . Walaubagaimanapun, pelajar yang tidak dapat membuat perkaitan di antara matematik dan aplikasi kejuruteraan akan menghadapi masalah dalam penyelesaian masalah. Menurut Selvaratnam dan Fraser (1982), penyelesaian masalah adalah satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai satu arah yang hendak dicapai tetapi jalan penyelesaiannya menghadapi jalan buntu. Kemahiran dalam penyelesaian masalah telah menjadi objektif asas dalam pengajaran Matematik. Proses pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa inggeris juga menjadi faktor yang menyumbang kepada kegagalan kursus matematik. Sikap pelajar yang sememangnya mempunyai asas yang lemah dalam matematik akan bertambah buruk dengan tidak menyiapkan tugasan atau latihan serta peratus kehadiran ke kelas yang semakin merosot. Di atas kesedaran bahawa pemahaman konsep dalam kursus matematik adalah penting dan akan digunakan dalam aplikasi modul kejuruteraan telah mendorong pengkaji untuk melaksanakan Program Klinik Matematik serta melihat keberkesanannya terhadap sikap dan pencapaian pelajar. 1.2 Pernyataan Masalah Kajian ini bertujuan untuk mengukur sejauhmanakah keberkesanan Program Klinik Matematik melalui sikap dan pencapaian pelajar terhadap kursus matematik. Program Klinik matematik ini menumpu kepada pelajar lemah dari setiap kelas di mana mereka diwajibkan menghadiri sesi pembelajaran tambahan . Penerangan tentang konsep matematik serta latihtubi di harap dapat membantu pelajar memahami kursus matematik. Antara kelemahan dalam asas matematik yang dikenalpasti adalah; i. kelemahan dalam pengetahuan asas pelajar. ii. kelemahan dalam menulis formula matematik.22

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

iii. kelemahan dalam menulis persamaan matematik. iv. kesukaran dalam memahami konsep matematik. v. kesukaran dalam memahami pengistilahan matematik yang digunakan dalam sesi pengajaran. vi. kekeliruan penggunaan simbol. vii. masalah pengetahuan dalam pengoperasian matematik yang terhad. Dengan pelaksanaan klinik matematik ini, diharapkan pelajar dapat mendisiplinkan diri menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan serta meningkatkan minat mereka terhadap kursus matematik.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau keberkesanan pelaksanaan Program Klinik Matematik melalui sikap pelajar dan pencapaian matematik. 2.1 Persoalan Kajian Apakah kesan Program Klinik Matematik terhadap: i. Sikap pelajar terhadap pembelajaran matematik ii. Pencapaian pelajar dalam matematik 2.3 Kepentingan Kajian Perbincangan kajian berpotensi untuk menjadikan kursus matematik sebagai kursus yang diminati atau disenangi oleh semua pelajar politeknik melalui usaha: i. meningkatkan minat pelajar terhadap kursus matematik ii. melengkapkan pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam matematik dan dapat diaplikasi dalam kursus kejuruteraan iii. meningkatkan prestasi pencapaian kursus matematik dalam Peperiksaan Akhir Semester

3.0 REKABENTUK KAJIAN Kajian dibuat menggunakan kaedah ujian pra-pasca dan soal selidik di mana hasil dapatan dijangka dapat mengukur keberkesanan program klinik matematik. Ujian pra-pasca diberikan kepada 35 pelajar yang mengikuti program ini manakala soal selidik juga diberikan kepada pelajar yang sama untuk melihat sikap mereka terhadap kursus matematik. Data yang diperolehi akan dianalisis secara kuantitatif statistik dan diskriptif yang menjurus kepada huraian peratus dan min . Kajian ini dijangka akan membantu dalam menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran matematik di Politeknik Kuching Sarawak.

23

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

3.1 Pensampelan Populasi kajian terdiri dari pelajar Politeknik Kuching Sarawak yang mengambil kursus matematik. Sampel yang dipilih adalah terdiri daripada pelajar yang pernah gagal kursus matematik dan mengulang kursus samada kali pertama atau kedua. 3.2 Instrumentasi Kajian Instrumen kajian yang digunakan ialah: i. Soal selidik: Soal selidik diberi kepada 35 sampel terdiri dari pelajar SKE1/ S6 untuk melihat reaksi dan tingkah laku pelajar secara tidak langsung mengenai sikap mereka terhdap kursus matematik. ii. Ujian Penilaian: Dua (2) set soalan diedarkan sebagai ujian penilaian iaitu ujian sebelum pelaksanaan program dan selepas pelaksanaan program klinik matematik bagi mengukur keberkesanan program tersebut. Penyemakan jawapan dan markah ujian penilaian dianalisis untuk melihat perubahan dalam pencapaian dan mengenalpasti kesilapan pelajar.

24

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

LAMPIRAN

SOAL SELIDIK SIKAP PELAJAR TERHADAP MATEMATIK DAN PROGRAM KLINIK MATEMATIK BAHAGIAN A (DEMOGRAFI RESPONDEN) (SILA TANDAKAN ) 1 JANTINA * LELAKI PEREMPUAN * 18 20 TAHUN > 20 TAHUN * KALI PERTAMA KALI KEDUA KALI KETIGA * MATEMATIK MODEN MATEMATIK TAMBAHAN NYATAKAN NYATAKAN

2 UMUR

3 MENGAMBIL MODUL B 1001

4 KEPUTUSAN SPM

5 JABATAN 6 KURSUS

BAHAGIAN B (PERSEPSI TERHADAP MATEMATIK) SKALA LIKERT 1 2 3 4 -

SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU

BIL PENYATAAN 1 Saya sangat berminat belajar matematik 2 3 Matematik adalah kursus yang sangat sukar Saya meluangkan masa yang banyak dalam mempelajari dan membuat latihan matematik Saya sentiasa mengulangkaji dan merujuk sumber-

1

2

3

4

4

25

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

sumber lain dalam meningkatkan pengetahuan matematik saya 5 Kurikulum Matematik di politeknik berbeza samasekali dengan apa yang telah saya pelajari di sekolah dahulu Kaedah pembelajaran matematik di politeknik berbeza dengan kaedah yang telah saya pelajari dahulu Saya tidak suka dengan kaedah pengajaran oleh pensyarah di politeknik Saya dapati pensyarah matematik tidak berpengalaman dalam bidang tersebut Biasanya saya faham semasa pembelajaran di dalam kelas tetapi saya tidak dapat menjawab setiap soalan yang diberi Saya berminat untuk mengikuti klinik matematik Klinik matematik membantu meningkatkan pengetahuan saya dalam matematik Saya bersedia mengikuti apa-apa program berkaitan matematik Saya pasti program klinik matematik memberi manafaat kepada pelajar lemah seperti saya

6

7 8

9

10 11

12

13

CADANGAN SAYA DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATEMATIK DI POLITEKNIK :

Terima kasih atas kerjasama anda menjawab soalan dengan jujur.

26

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

MEMBUDAYAKAN PERISIAN SUMBER TERBUKA DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK

Zakir Hussain Ibrahim Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK Salah satu isu yang sering diperkatakan kesekian lamanya adalah penggunaan perisian tulen. Perisian tulen pada asasnya memerlukan kos untuk memperolehinya. Sebagai alternatif kepada kos yang perlu ditanggung oleh pengguna komputer terutamanya para akademik dan ilmuwan maka penggunaan perisian sumber terbuka adalah sebagai alternatif. Penulisan ini cuba sedikit sebanyak untuk mencadangkan kepada golongan ini tentang pilihan yang boleh mereka guna pakai.

1.0 PENGENALAN Setelah dua tahun kita berada dalam skim DH yang menitik beratkan kriteria kecemerlangan di mana salah satunya adalah menghasilkan penulisan. Masih ramai yang belum nampak hala tuju skim DH itu sendiri atau dapat merealisasikan kriteria kecemerlangan. Ada yang bergerak ke arah itu namun kekangan demi kekangan perlu dihadapi. Ada yang tengah berusaha untuk menulis sesuatu atau membuat kajian namun terlampau banyak persoalan hingga wujudnya kebuntuan. Kenapa wujudnya fenomena sedemikian? Kenapa kita sering diganggu-gugat oleh pemikiranpemikiran yang tampak membelenggukan kita hingga menjadikan kita, warga politeknik, tidak mampu untuk bersaing dengan masyarakat-masyarakat ilmuwan dalam institusi pengajian tinggi yang lain? Persoalan-persoalan inilah cuba dirungkai penulisan ini untuk memberi kesedaran terutamanya dikalangan warga politeknik yang ingin melakukan kajian mahupun membuat penulisan. Perlu ada kesedaran bahawa penggunaan perisian-perisian komputer perlu kepada keikhlasan dan rasa penuh tanggungjawab. Hakikatnya tiada siapa yang nampak perilaku kita dan kebiasaannya pihak berwajib tidak akan memeriksa komputer individu.

2.0 PERSPEKTIF ISLAM Sebagai insan yang mempunyai yang mempunyai pegangan tauhid perlu kepada satu pendekatan yang serius terhadap penggunaan perisian sumber terbuka. Ini adalah kerana salah satu tututan dalam Islam ialah berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Dalam Surah an-Nahl ayat 114 Allah SWT mewahyukan: Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.27

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Ini diperkukuhkan lagi dalam Surah al-Baqarah ayat 188 yang menegaskan: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). Manakala Rasulullah saw bersabda: "Penjual dan pembeli sama-sama bebas menentukan jual beli selagi keduanya belum berpisah; jika keduanya berterus terang dan jujur, maka jual-beli mereka diberkati Allah; tetapi jika keduanya saling mendustai dan tidak berterus terang, maka berkat dalam jual beli mereka itu akan hilang.''1 Maka persoalan selanjutnya yang timbul, apakah dengan menggunakan perisian yang sumbernya adalah pasti daripada bukan yang haq menyumbang kearah kepayahan dalam membudayakan ilmu dalam institusi seperti politeknik? Apakah fenomena ini yang menyebabkan perilaku-perilaku masyarakat politeknik seperti di atas? Sekiranya inilah punca sesuatu itu berlaku maka adakah pilihan atau alternatif yang boleh kita gunakan bagi memastikan kita dapat memenuhi kriteria kecemerlangan?

3.0 KOS IMPLIKASI Salah satu pilihan yang ada adalah berhijrah daripada Microsoft Windows kepada sistem yang memberi anda kebebasan kepada anda untuk mengguna tanpa batasan-batasan seperti pembayaran ke atas lesen-lesen penggunaan. Untuk makluman pembaca, walaupun Windows memberi lesen mengguna-pakai perisian sama ada sistem pengoperasian (OS) mahupun perisian-perisian Windows lain, pengguna tidak ada hak ke atas perisian tersebut. Dengan kata lain, hak ke atas OS masih lagi hakmilik Windows dan bukan hakmilik pengguna. Sekiranya kita mempunyai lebih daripada satu komputer di rumah, kita tidak boleh memasang OS yang ada walaupun cakera padat OS tersebut ada pada kita. Ini kerana, kebiasaannya satu CD bermakna satu lesen. Maka bayangkan kos yang terpaksa ditanggung oleh pengguna untuk setiap lesen bagi setiap perisian. Contohnya: Perkara Perisian Antivirus Jumlah Kos Anggaran Harga (RM) 150 1050

Sistem Pengoperasian Proprietary 500 Perisian Office Suite Edisi Pelajar 400

Walaupun pada masa kini kos untuk komputer peribadi atau komputer riba atau komputer netbook adalah murah tetapi apabila kita buat anggaran sedemikian, dapat kita lihat bahawa kos ini tidak mengizinkan untuk penjawat awam memiliki perisian tulen. Maka jalan mudah yang di ambil adalah untuk membeli perisian cetakrompak. Dari segi etika, ia adalah menjadi

1

Hadis Riwayat An-Nasa'iy dalam sunannya, Jilid 4. Hadis nombor 4310

28

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

satu kesalahan. Dari segi perundangan, ia juga merupakan satu kesalahan, seperti yang termaktub dalam Akta Cakera Optikal Tahun 20002.

4.0 MEMECAH KEBUNTUAN...LINUX ADALAH SUSAH Seringkali apabila ditanya kepada pengguna komputer kenapa tidak menggunakan linux sebagai pengganti kepada OS Windows, alasan yang dikemukakan adalah Linux adalah susah.... Dan kebanyakan orang akan berhenti setakat itu tanpa memberi maklum balas tentang apa yang susah mengenai linux. Adakah linux itu susah dari segi installation? Adakah linux memerlukan kita hafal arahan-arahan tertentu untuk memastikan linux dapat online? Adakah linux memerlukan seorang genius untuk faham bagaimana memasang linux dalam komputer? Tidak ada penerangan secara terperinci mengenai mengapa kebanyakan pengguna menganggap linux itu susah. Hanya berdasarkan prasangkan dan prejudis dari mulut ke mulut. Langkah awal yang boleh diambil oleh pihak politeknik untuk mempergiatkan dan mempertingkatkan penggunaan perisian sumber terbuka, adalah dengan mengadakan dan menganjurkan kursus-kursus mengenai perisian sumber terbuka. Ini boleh dilakukan dengan kerjasama pihak Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit atau MAMPU secara am. Ataupun terus berhubung dengan pihak Malaysian Public Sector Open Source Software secara khusus. Pihak ini terlibat secara langsung dengan usaha-usaha Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan kos penggunaan perisian yang memerlukan kepada pembayaran penggunaan seperti lesen penggunaan. Pihak MAMPU mempunyai objektif berikut3: i. Mengurangkan jumlah kos pemilikan. ii. Meningkatkan kebebasan memilih penggunaan perisian iii. Meningkatkan kebolehgunaan di antara sistem iv. Meningkatkan pertumbuhan industri ICT v. Meningkatkan pertumbuhan industri OSS vi. Meningkatkan pertumbuhan komuniti pengguna dan pemaju/pembina OSS vii. Mengurangkan jurang digital Dengan usaha sama ini maka, kesedaran dan pengetahuan para akademik di politeknik akan bertambah. Sejajar dengan itu, maka golongan-golongan ini akan dapat melihat bahawa terdapat banyak kelebihan dalam penggunaan perisian sumber terbuka. Dalam kriteria kecemerlangan pensyarah politeknik diminta untuk menjalankan penulisan dan kajian. Maka apakah perisian yang boleh digunapakai sebagai alternatif kepada perisian berbayar yang tentu sekali tidak mampu dibeli oleh individu-individu penjawat awam? Terdapat banyak perisian-perisian sebagai galang ganti perisian-perisian yang berbayar. Contohnya perisian SPSS, perisian ini adalah popular dikalangan pengkaji. Perisian ini adalah mahal harganya untuk satu lesen penggunaan. Bayangkan kos yang dapat dijimatkan dengan mengguna perisian seperti PSPP untuk menggantikan SPSS.

2 3

Act 606 Optical Discs Act 2000 [Reprint - 2001] http://www.oscc.org.my/content/view/33/52/ dilayari pada 24 November, 2009

29

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Antara perisian-perisian yang boleh digunapakai di peringkat politeknik adalah perisianperisian seperti berikut: i. OpenOffice: Digunakan untuk mengganti perisian berbayar seperti Microsoft Office. ii. GNU PSPP: Perisian yang dapat digunakan untuk mengganti SPSS. iii. VYM: Perisian untuk membuat peta minda (mindmap) yang dapat membantu dalam penulisan 4.1 OpenOffice Perisian OpenOffice (Rajah 1) adalah perisian Office seperti juga Microsoft Office. Ia mempunyai perisian sebanding dengan Microsoft Office. Antaranya adalah: i. Writer Words ii. Calc Excel iii. Impress Powerpoint Dari segi fungsi dan penggunaan adalah hampir serupa di antara kedua-dua perisian.

Rajah 1: Paparan OpenOffice 4.2 GNU PSPP Perisian GNU PSPP (Rajah 2) adalah pengganti kepada SPSS. Walaupun SPSS adalah satu perisian yang cukup mantap sekiranya pensyarah atau warga akademik politeknik ingin menjalankan kajian namun GNU PSPP adalah juga merupkan satu perisian yang mampu menyaingi SPSS. Cuma mungkin pada perisian GNU PSPP ada beberapa fungsi yang mungkin tidak disediakan. 4.3 VYM VYM (Rajah 3) adalah kependekan untuk View Your Mind. Perisian ini boleh kita gunakan untuk brainstorming dan membuat peta minda (mindmap). Dengan ini kita dapat membuahkan ide-ide yang boleh digunapakai dan dilihat sebagai permulaan kepada penghasilan sesuatu penulisan.30

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Rajah 2: Paparan Utama GNU PSPP

Rajah 3: Paparan Kerja VYM

5.0 PENUTUP Terdapat banyak perisian yang boleh digunapakai oleh pensyarah-pensyarah serta ahli-ahli akademik peringkat politeknik untuk digunapakai secara percuma tanpa kekangan kos yang mahal akibat pelesenan. Dengan mengubah dan memilih untuk menggunapakai perisianperisian sumber terbuka. Namun begitu, perlu difahami bahawa perisian sumber terbuka bukan bermakna tiada syarat-syarat dan terma-terma dalam pelesenan. Masih wujud kekangan-kekangan pelesenan. Cumanya pelesenan di dalam sumber terbuka adalah kebebasan untuk memiliki perisian tersebut untuk disebar dan dikongsi bersama penggunapengguna lain. Bahkan digalakkan pengguna untuk menambahbaik perisian yang digunapakai dengan beberapa syarat yang termaktub dalam GNU4 dan GPL5. Penggunaan perisian dari sumber yang sahih dari segi cara perolehan adalah penting. Bersandarkan sumber yang sahih, maka barakah dari hasil usaha dan titik peluh itu akan4 5 https://help.ubuntu.com/8.04/about-ubuntu/C/about-gnu.html dilayari pada 25 November, 2009 http://www.gnu.org/licenses/gpl.html dilayari pada 25 November, 2009

31

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

datang. Tamsilan yang boleh dibuat dibuat adalah seperti dua orang petani yang mengusahakan dua bidang tanah yang sama keluasannya dengan cangkul yang sama dimensinya. Cuma perbezaannya adalah seorang petani menggunakan cangkul yang diperolehi dengan cara halal dan seorang petani lagi memperolehi cangkul dari hasil curian. Maka titik peluh tulang empat kerat petani pertama akan membawa barakah dalam rezeki yang dibawa pulang untuk anak dan isterinya.

Kosakata Sistem Pengoperasian Suatu perisian untuk memastikan komputer dapat digunapakai. Antara sistem pengoperasian yang popular di pasaran adalah Windows. Sistem pengoperasian yang lain adalah seperti MacOS, Unix dan Linux serta beberapa sistem pengoperasian yang lain. Kependekan untuk sistem pengoperasian adalah OS yang membawa makna Operating System. Cakera padat Dalam Bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Compact Disc. Kependekan untuk media ini adalah CD. CD dalam dunia pengkomputeran bukannya untuk perisianperisian sahaja, malah CD digunapakai sebagai media storan sekunder. Hasil daripada teknologi CD, kini terdapat pelbagai storan optikal lain seperti DVD, HD DVD dan Blueray Disc. Perisian sumber terbuka Lebih dikenali sebagai Open Source Software (OSS). Kebiasaannya perisian ini digunapakai bersama dengan OS Linux. Open Source Initiative (OSI)6 adalah satu pertubuhan yang cuba untuk mengetengahkan penggunaan perisian sumber terbuka dikalangan pengguna komputer. Online Istilah yang sering digunapakai dewasa ini untuk menggambarkan sesuatu keadaan. Slanga yang digunapakai apabila pengguna ada pada talian adalah on9. Maksudnya secara kasar adalah berada atas talian atau mempunyai sambungan terus ke internet. SPSS Perisian statistik kependekan bagi Statistical Package for Social Scientist. PSPP Perisian sumber terbuka alternatif kepada SPSS. Makna-makna PSPP7 adalah Perfect Statistics Professionally Presented, Probabilities Sometimes Prevent Problems dan People Should Prefer PSPP.

6 7

http://www.opensource.org/ dilayari pada 25 November, 2009 http://www.gnu.org/software/pspp/faq.html dilayari pada 1 Disember, 2009

32

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR DI POLITEKNIK KPTM (ZON SELATAN)

Ridzman Husin @ Ibrahim Mahdzir Jamiaan Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Mukah Sarawak

ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar di politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) zon selatan. Sampel kajian dipilih secara rawak melibatkan 235 orang pensyarah yang dikategorikan kepada dua bidang pengkhususan iaitu bidang kejuruteraan dan bidang bukan kejuruteraan daripada tiga buah politeknik zon selatan iaitu Politeknik Johor Bahru, Politeknik Merlimau dan Politeknik Port Dickson. Data-data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan program SPSS versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan para pensyarah politeknik zon selatan mengimplementasikan pengajaran berpusatkan pelajar tetapi menggunakan kaedah tertentu sahaja. Tiga daripada lima kaedah yang diskopkan dalam kajian ini sering dilaksanakan dalam pengajaran berpusatkan pelajar di politeknik zon selatan iaitu kaedah amali, kaedah projek dan kaedah interaktif. Manakala pelaksanaan bagi kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL) dan kaedah lawatan pula tidak begitu popular di kalangan pensyarah-pensyarah di politeknik zon selatan. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar antara pensyarah-pensyarah dari bidang kejuruteraan dan bidang bukan kejuruteraan di politeknik zon selatan. Didapati juga pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar yang diimplementasikan oleh pensyarah adalah berbeza di sekurang-kurangnya dua buah politeknik zon selatan kecuali di antara Politeknik Johor Bahru dengan Politeknik Port Dickson sahaja yang tidak begitu berbeza pelaksanaannya. Dari segi kekangan dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar pula, kekangan yang paling utama adalah dari aspek pentaksiran di mana penilaian di politeknik masih banyak menggunakan ujian kertas pensel selain daripada tugasan sampingan yang membebankan. Keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar di politeknik KPTM khususnya politeknik zon selatan sering diimplementasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan matlamat KPTM.

1.0 PENGENALAN Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang serta dapat menyumbang kepada kesejahteraan individu, masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan matlamat pendidikan negara menjadi realiti. Salah satunya ialah dari segi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang diguna pakai oleh para pendidik untuk membantu meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar. Pendekatan pengajaran yang dimaksudkan adalah pengajaran berpusatkan pelajar.

33

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Pengajaran berpusatkan pelajar adalah merupakan suasana pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar bukan setakat mendengar penerangan guru tetapi juga membuat pelbagai aktiviti seperti perbincangan, penyelesaian masalah dan lain-lain. Interaksi dua hala yang wujud di antara pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan guru mewujudkan suasana mesra dan menyediakan keadaan konduktif bagi proses pembelajaran. Pengajaran yang dilaksanakan ini juga mengambil kira kesesuaian dengan kebolehan pelajar, minat pelajar dan penglibatan pelajar yang aktif (Esah, 2004). Kember (1997) telah menggambarkan bahawa terdapat dua strategi yang umum dalam pengajaran iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar. Beliau juga menyatakan bahawa ilmu pengetahuan itu dibina oleh pelajar sendiri manakala pensyarah pula adalah seorang fasilitator dalam pembelajaran dan bukan setakat seorang penyampai maklumat sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa beliau lebih menjurus kepada strategi pengajaran berpusat pelajar. Mok Soon Sang (2004) telah menyenaraikan sebanyak 10 ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar yang membezakannya dengan strategi berpusatkan pensyarah. Ciri-ciri tersebut ialah: i. Pelajar memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sedangkan pensyarah berperanan sebagai pemimpin yang membimbing pelajar menjalani aktiviti pembelajaran. ii. Komunikasi dan interaksi di antara pensyarah dan pelajar adalah secara 2 hala. Pensyarah menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing pelajar supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan mereka. iii. Ciri kepimpinan pensyarah bersifat demokratik. Pelajar-pelajar sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Pensyarah banyak menggunakan kaedah perbincangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iv. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran pelajar. v. Perkembangan pelajar adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani. vi. Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian kerapkali digunakan untuk mengkaji kelemahan-kelemahan pelajar. vii. Penyampaian pensyarah ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya pelajar-pelajar memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan. viii. Peluang interaksi di antara pelajar adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk. ix. Mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian. x. Pelajar-pelajar menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

2.0 PERNYATAAN MASALAH Menurut kenyataan Mohamed Rashid (2006) yang dipetik dalam teks ucapannya di Konvokesyen Politeknik Ungku Omar 2006 yang lalu, objektif kedua dalam Pelan Strategi 2005 - 2010 mereka telah menggariskan bahawa kaedah pengajaran berpusatkan pelajar perlu

34

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

diimplementasikan di sesebuah politeknik bagi menyediakan persekitaran dan sumber pembelajaran yang berkualiti. Sebaliknya, hasil daripada kajian Noorhidayah (2005) mendapati bahawa strategi pengajaran berpusatkan guru lebih kerap diamalkan dan dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah di politeknik. Pengajaran sebegini tidak menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara aktif (Rashidi dan Abdul Razak, 1995) dan kadangkala tidak dapat menolong kita mencapai objektif pemikiran kritikal mahupun kreatif atau penguasaan sesuatu kemahiran psikomotor kognitif (Mok Soon Sang, 2004). Berdasarkan kepada tinjauan yang telah dijalankan di Politeknik Kulim menunjukkan bahawa sebilangan besar pensyarah masih mengamalkan kaedah chalk and talk dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemudahan pengajaran yang disediakan tidak begitu sesuai untuk pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar di samping bilangan pelajar untuk setiap kelas adalah terlalu ramai dan menyukarkan proses pengajaran.

3.0 KERANGKA TEORI KAJIAN Berdasarkan kerangka konsep kajian pada Rajah 1, tinjauan dibuat terhadap pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar di politeknik di mana ianya melihat kepada aspek kaedah pengajaran. Lima kaedah pengajaran sahaja difokuskan untuk kajian ini iaitu kaedah amali, interaktif, pembelajaran berasaskan masalah (PBL), projek dan lawatan. Pensyarah politeknik dipilih dari dua bidang yang berbeza iaitu bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan di tiga buah politeknik zon selatan iaitu Politeknik Johor Bahru, Politeknik Merlimau dan Politeknik Port Dickson. Penyelidik juga menentukan sama ada terdapat perbezaan pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar antara pensyarah-pensyarah di tiga buah politeknik zon selatan serta antara pensyarah-pensyarah kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Selain itu, penyelidik juga mengkaji kekangan yang dihadapi pensyarah dalam mengimplementasikan pengajaran berpusatkan pelajar ini di mana dapat menyediakan maklumat kepada pihak politeknik terutama dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, penyelidik dapat membuat suatu kesimpulan dan cadangan berkaitan pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar di politeknik zon selatan khususnya. 4.0 METODOLOGI 4.1 Sampel Kajian Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah persampelan secara rawak. Ini kerana populasi kajian adalah besar selain dapat memudahkan penyelidik memilih sampel yang diperlukan. Kaedah pensampelan secara rawak merupakan cara terbaik untuk mendapatkan satu sampel yang mewakili populasi (Sulaiman, 1994). Melalui kaedah persampelan ini, setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Selain itu, kaedah persampelan ini juga sesuai digunakan untuk mengkaji populasi yang mempunyai ciri-ciri seragam. Sampel yang dipilih adalah melibatkan pensyarah-pensyarah dari jabatan-jabatan yang berbeza di tiga buah politeknik zon selatan seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.

35

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Bidang Pengkhususan Pensyarah Politeknik Kejuruteraan PELAKSANAAN PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR Kaedah Pengajaran : (i) (ii) (iii) (iv) (v) Amali Interaktif PBL Projek LawatanBukan Kejuruteraan

P e r b e z a a n

Politeknik Zon Selatan Politeknik Johor Bahru Politeknik Merlimau Politeknik Port Dickson

Kekangan

Kesimpulan & Cadangan Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Pelajar di Politeknik KPTM Zon Selatan

Rajah 1: Kerangka Konsep Kajian Populasi merupakan keseluruhan fenomena yang ingin dikaji (Syed Arabi Idid, 2002). Dalam kajian ini, populasi kajian adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah di politeknik zon selatan. Jumlah populasi kajian adalah seperti dalam Jadual 2. Jadual 1: Pemilihan Sampel Kajian Politeknik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Kejuruteraan Elektrik Politeknik Johor Bahru Rekabentuk & Komunikasi Visual Hospitaliti & Fesyen Matematik, Sains & Komputer Kejuruteraan Mekanikal Kejuruteraan Elektrik Kejuruteraan Awam Politeknik Merlimau Perdagangan Hospitaliti Matematik, Sains & Komputer

Bil.

1.

2.

Sampel 15 15 40 20 5 15 15 22 15 15 6

36

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Bil.

3.

Jadual 1: Pemilihan Sampel Kajian (Samb.) Politeknik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Kejuruteraan Elektrik Politeknik Port Dickson Kejuruteraan Awam Perdagangan Matematik, Sains & Komputer Jumlah

Sampel 15 15 22 30 6 271

Bil. 1. 2. 3. 4.

Jadual 2: Populasi Kajian Politeknik Politeknik Johor Bahru, Johor Politeknik Kota, Melaka Politeknik Merlimau, Melaka Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan Jumlah

Jumlah Pensyarah 328 83 235 271 917

4.2 Instrumentasi Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data-data kajian. Penyelidik menggunakan ukuran kebolehpercayaan AlphaCronbach untuk menguji kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai kebolehpercayaan atau Alpha-Cronbach adalah ukuran yang digunakan bagi mengukur darjah konsistensi dalam instrumen kajian (Gliem dan Gliem, 2003). Merujuk kepada Jadual 3, jelas menunjukkan kesemua item soal selidik ini mempunyai nilai koefisien kebolehpercayaan (Alpha-Cronbach) melebihi 0.6. Ini menunjukkan kebolehpercayaan item yang dibina di dalam borang soal selidik ini mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Jadual 3: Hasil Ujian Kebolehpercayaan Item Soal Selidik Jumlah Jumlah Bil. Fokus Item Item Sampel 1. Kaedah Amali 6 10 2. Kaedah Interaktif 6 10 3. Kaedah PBL 6 10 4. Kaedah Projek 6 10 5. Kaedah Lawatan 6 10 Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pelajar 30 10 6. (Keseluruhan) Kekangan Dalam Pelaksanaan Pengajaran 7. 10 10 Berpusatkan Pelajar Keseluruhan 40 10 4.3 Penganalisisan Data Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis secara kuantitatif. Demografi responden dikaji dalam bentuk penjadualan taburan frekuensi dan peratus. Skor min telah digunakan bagi mengetahui sama ada pembelajaran berpusatkan pelajar diimplementasikan oleh37

(Alpha Cronbach) 0.8296 0.6777 0.9361 0.6403 0.6606 0.8659 0.9328 0.9003

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

pensyarah. Ujian T Sampel Bebas (Independent Sample T-Test) pula digunakan bagi mengetahui sama ada terdapat perbezaan pelaksanaan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar antara pensyarah-pensyarah daripada bidang kejuruteraan dengan bidang bukan kejuruteraan. Bagi mengetahui perbezaan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar yang diimplementasikan di tiga buah politeknik tersebut, analisis Varians Satu Faktor (One Way ANOVA) digunakan. Skor min pula digunakan bagi mengetahui kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pensyarah dalam usaha melaksanakan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar di politeknik zon selatan. Di dalam kajian ini, kesemua penganalisisan data adalah menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS).

5.0 DAPATAN KAJIAN 5.1 Pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian, jumlah skor min keseluruhan bagi pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.95. Julat skor min adalah dalam lingkungan 3.61 hingga 4.22 manakala julat sisihan piawai pula berada dalam lingkungan 0.692 hingga 1.210. Kaedah amali menunjukkan skor min yang paling tinggi iaitu 4.22 manakala kaedah lawatan pula menunjukkan skor min yang paling rendah iaitu 3.61. Ini jelas menunjukkan bahawa hanya 3 kaedah sahaja yang biasanya dilaksanakan dalam pengajaran berpusatkan pelajar di politeknik zon selatan iaitu kaedah amali, kaedah projek dan kaedah interaktif. Selain itu, tidak ramai pensyarah-pensyarah di politeknik zon selatan yang mengimplementasikan kaedah PBLdan kaedah lawatan. Namun begitu, secara keseluruhannya, pengajaran berpusatkan pelajar telah diimplementasikankan di politeknik zon selatan tetapi dengan menggunakan kaedah tertentu sahaja. Hasil dapatan kajian telah diringkaskan dalam bentuk jadual seperti dalam Jadual 4. Jadual 4: Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Pelajar Skor Sisihan Bil. Item Min Piawai 1. Kaedah Amali 4.22 0.760 2. Kaedah Interaktif 4.01 0.735 3. Kaedah PBL 3.76 0.973 4. Kaedah Projek 4.13 0.692 5. Kaedah Lawatan 3.61 1.210 Keseluruhan (Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan 3.95 0.669 Pelajar) 5.1.1 Kaedah amali Pengajaran secara amali adalah pengajaran yang dilaksanakan secara praktikal dengan menggunakan kemahiran sendiri bagi mengesahkan suatu konsep dan teori yang telah dipelajari serta dapat membentuk sikap dan pemikiran kreatif. Hasil analisis bagi item-item untuk pelaksanaan kaedah pengajaran secara amali ditunjukkan dalam Jadual 5.

Tafsiran Min Tinggi Tinggi Sederhana Tinggi Sederhana Tinggi

38

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

Jadual 5: Kaedah Amali No. Skor Item Item Min B6 Melaksanakan P&P di bilik khas 4.09 B7 Menyediakan peralatan yang sesuai 4.17 Memberikan penerangan mengenai B8 4.32 langkah-langkah penting B9 Membuat demonstrasi (tunjuk cara) 4.23 B10 Menggalakkan pelajar bertanya 4.34 B11 Meminta pelajar menulis laporan amali 4.18 Keseluruhan (Kaedah Amali) 4.22 5.1.2 Kaedah interaktif

Sisihan Piawai 0.924 0.915 0.819 0.853 0.824 1.015 0.760

Tafsiran Min Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi

Pengajaran secara interaktif adalah pengajaran yang dilaksanakan melalui aktiviti perbualan, soal jawab, pertukaran pendapat / idea dan perkongsian maklumat antara pensyarah dan pelajar di mana memerlukan penglibatan aktif pelajar. Hasil analisis bagi item-item untuk pelaksanaan kaedah pengajaran secara interaktif ditunjukkan dalam Jadual 6. Jadual 6: Kaedah Interaktif Skor Item Min Membentuk kumpulan kecil di dalam 3.96 kelas Mengadakan aktiviti perbualan 3.96 (pertukaran pendapat) Memberikan topik yang sesuai untuk 3.91 perbincangan (sumbang saran) Menggalakan pelajar mengeluarkan 4.11 pendapat (idea) secara bebas Mengawasi aktiviti sebagai pemerhati 4.13 (fasilitator) Membuat penilaian melalui 3.96 penglibatan aktif pelajar Keseluruhan (Kaedah Interaktif) 4.01

No. Item B12 B13 B14 B15 B16 B17

Sisihan Piawai 0.949 0.786 0.911 0.832 0.787 0.946 0.735

Tafsiran Min Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi

Merujuk kepada Jadual 5.3, skor min keseluruhan bagi pelaksanaan kaedah pengajaran secara interaktif adalah tinggi iaitu 4.01 (s = 0.735). Julat skor min bagi setiap item berada dalam lingkungan 3.91 hingga 4.13. Kesemua item berada pada tahap tafsiran min yang tinggi. Purata yang diperolehi menunjukkan secara keseluruhannya responden mengimplementasikan kaedah pengajaran secara interaktif di politeknik. Sisihan piawai bagi setiap item adalah kurang daripada 1.000. Ini menunjukkan bahawa serakan taburan skor bagi kesemua item tidak begitu jauh dari nilai skor min dalam taburannya. 5.1.3 Kaedah PBL Pengajaran secara PBL adalah pengajaran yang dilaksanakan melibatkan penyelesaian masalah melalui penjanaan idea menggunakan pemikiran analitis dan kritis secara berkumpulan mengikut prosedur-prosedur PBL. Hasil analisis bagi item-item untuk39

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

pelaksanaan Jadual 7.

kaedah

pengajaran

secara

PBL

ditunjukkan

dalam

No. Item B18 B19 B20 B21 B22 B23

Jadual 7: Kaedah PBL Skor Item Min Meminta pelajar membentuk 3.74 kumpulan Memberikan penerangan mengenai 3.69 prosedur melaksanakan PBL Memberikan aplikasi permasalahan 3.77 berkaitan pelajaran Menggalakkan pelajar menjana idea 3.80 secara berkumpulan Meminta pelajar memberi maklum 3.83 balas tugasan kerja kumpulan Menilai pelajar melalui hasil setiap 3.75 prosedur PBL Keseluruhan (Kaedah PBL) 3.76

Sisihan Piawai 1.019 1.059 0.964 1.040 1.042 1.081 0.973

Tafsiran Min Sederhana Sederhana Sederhana Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana

Jadual 7 menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi bagi pelaksanaan kaedah pengajaran secara PBL adalah sederhana iaitu 3.76 (s = 0.973). Kesemua item menunjukkan skor min kurang daripada 4.00 di mana julat skor min bagi setiap item berada dalam lingkungan 3.69 hingga 3.83. Purata yang diperolehi menunjukkan bahawa responden jarang melaksanakan kaedah pengajaran secara PBL. 5.1.4 Kaedah Projek Pengajaran secara projek adalah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara pelajar mengalami dan membuat sendiri di mana mereka dapat menonjolkan segala pengetahuan dan kemahiran masing-masing. Hasil analisis bagi item-item untuk pelaksanaan kaedah pengajaran secara projek ditunjukkan dalam Jadual 8. Berdasarkan kepada Jadual 8, jumlah skor min keseluruhan bagi pelaksanaan kaedah pengajaran secara projek adalah tinggi iaitu 4.13 (s = 0.692). Julat skor min bagi item pula berada dalam lingkungan 3.88 hingga 4.27. Walaupun item B24 mencatat skor min terendah, namun ia masih berada pada tahap tafsiran min yang tinggi. Item B28 mencatat skor tertinggi iaitu 4.27. Hasil daripada soal selidik ini membuktikan bahawa kaedah pengajaran secara projek memang dilaksanakan di politeknik. Jadual 8: Kaedah Projek No. Skor Item Item Min B24 Memberikan tajuk untuk pilihan pelajar 3.88 Meminta pelajar mendapatkan tajuk B25 4.06 yang sesuai Meminta pelajar menyediakan B26 4.11 proposal ringkas

Sisihan Piawai 0.914 0.892 0.870

Tafsiran Min Tinggi Tinggi Tinggi

40

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak

No. Item B27 B28 B29

Jadual 8: Kaedah Projek (Samb.) Skor Item Min Menyelia perjalanan projek secara 4.24 berterusan Menilai hasil projek melalui 4.27 pembentangan Menilai hasil projek melalui laporan 4.25 projek Keseluruhan (Kaedah Projek) 4.13

Sisihan Piawai 0.743 0.791 0.761 0.692

Tafsiran Min Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi

5.1.5 Kaedah Lawatan Pengajaran secara lawatan adalah pengajaran yang dilaksanakan dengan memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar di mana mereka dapat melihat sendiri keadaan sebenar mengenai perkara yang telah dipelajari. Hasil analisis bagi item-item untuk pelaksanaan kaedah pengajaran secara projek ditunjukkan dalam Jadual 9. Jadual 9: Kaedah Lawatan No. Skor Item Item Min Meminta pelajar menguruskan B30 3.56 prosedur lawatan Membimbing pelajar menguruskan B31 3.59 prosedur lawatan B32 Mengawasi perjalanan lawatan 3.63 Menggalakkan pelajar bertanya B33 3.68 semasa lawatan Meminta pelajar menceritakan B34 3.62 pengalaman daripada lawatan Menilai pelajar melalui laporan hasil B35 3.61 lawatan Keseluruhan (Kaedah Lawatan) 3.61

Sisihan Piawai 1.247 1.235 1.242 1.266 1.277 1.260 1.210

Tafsiran Min Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana

Jadual 9 menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi pelaksanaan kaedah pengajaran secara lawatan adalah 3.61 (s = 1.210) di mana ia berada pada tahap tafsiran min sederhana. Ini bermaksud bahawa kaedah pengajaran secara lawatan tidak begitu dilaksanakan dalam proses P&P di