pola gaya pembelajaran pelajar tahun … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ......

29

Upload: duongnguyet

Post on 27-May-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya
Page 2: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANAMUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2005/2006

SIOW SWEE LIAN

/

339 TAMAN PERINGGIT JAYA,75400 MELAKA.

DR. YAHYA BIN PUNTAT

Page 3: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

”Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : .............................................

Nama Penyelia : Dr. Yahya Bin Buntat

Tarikh : .............................................

Page 4: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN SATU SARJANA

MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SIOW SWEE LIAN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2006

Page 5: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

ii

"Saya akui laporan ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".

Tandatangan : ...............................................

Nama Penulis : Siow Swee Lian

Tarikh : ...............................................

Page 6: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

iii

DEDIKASI

Suamiku yang tersayang

Teh Key Yong

Yang telah memberikan

Sokongan dan dorongan

Yang tidak terhingga

Anak-anakku

Lin Xiang, Lin Yuan dan Li Heng

Terima kasih

Di atas kesabaran kalian

Page 7: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

iv

PENGHARGAAN

Dalam menyediakan Projek Sarjana Muda ini, penulis telah menerima

banyak bantuan dari pensyarah-pensyarah, pegawai-pegawai UTM, rakan kelas dan

kawan-kawan yang begitu murah hati dengan masa dan pengetahuan mereka. Penulis

ini ingin merakamkan penghargaan yang ikhas kepada penyelia tesis, Dr. Yahya Bin

Buntat atas bimbingan dan dorongan beliau sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Kajian ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama pelajar-pelajar Tahun Satu

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia yang telah mengambil bahagian dalam soal selidik

yang diedarkan. Tidak dilupakan ialah Cik Lee Ming Foong yang telah memberikan

nasihat yang berfaedah.

Akhir sekali, penulis ini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang telah memberikan

sumbangan dalam usaha menjayakan projek ini. Segala sokongan moral daripada

rakan-rakan seperjuangan amat dihargai.

Page 8: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

v

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji pola gaya

pembelajaran pelajar Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan. Ia melibatkan seramai

111 orang pelajar Tahun Satu Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian yang

digunakan untuk menentukan pendekatan pembelajaran yang diamalkan ialah

Pendekatan dan Inventori Kemahiran Belajar untuk Para Pelajar (Approaches and

Study Skills Inventory for Students - ASSIST) yang berdasarkan Model Gaya

Pembelajaran Entwistle. Soal selidik ini mengandungi 52 item yang dijawab pada

skala Likert. Dalam konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, iaitu

pendekatan mendalam, pendekatan strategik dan pendekatan permukaan telah

dikenal pasti menggunakan instrumen tersebut. Perisian SPSS telah digunakan untuk

menjalankan analisis statistik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang

meliputi min, peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian

menunjukkan dalam kumpulan lelaki, perempuan dan keseluruhan lelaki dan

perempuan, kebanyakan responden mengamalkan pendekatan mendalam, diikuti oleh

pendekatan strategik dan paling sedikit responden mengamalkan pendekatan

permukaan. Kajian ini juga mendapati, untuk tiga kumpulan responden mengikut

jantina ini, responden yang mengamalkan pendekatan strategik mendapat min CPA

yang paling tinggi, diikuti dengan pendekatan mendalam dan paling rendah sekali

dalam pendekatan permukaan. Untuk tiga kumpulan responden berdasarkan jantina,

tidak wujud perbezaan signifikan dalam pencapaian CPA antara responden yang

mengamalkan pendekatan mendalam dan pendekatan strategik tetapi responden yang

mengamalkan pendekatan mendalam atau pendekatan strategik mendapat CPA yang

lebih tinggi daripada responden yang mengamalkan pendekatan permukaan.

Page 9: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

vi

ABSTRACT

This study was carried out with the purpose of studying the learning styles

of undergraduates in the Faculty of Education, majoring in Living Skills. A total of

111 Year One Bachelor Degree in Technology with Education (Living Skills),

Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia undergraduates were involved

in this study. The survey instrument used to identify the approaches to learning

adopted is the Approaches and Study Skills Inventory for Students (ASSIST) based

on Entwistle's Model Of Learning Styles. It contains 52 items, answered on a Likert

scale. In the context of this study, the three approaches to learning, i.e. deep,

strategic and surface approaches were identified using the instrument mentioned. The

SPSS software was used to perform the statistical analysis required. Descriptive

statistical methods, one-way ANOVA and the Tukey HSD tests were used to perform

the analysis required. The findings showed that for male, female and both male and

female students, majority of the respondents adopted the deep approach, followed by

the strategic approach while the minority adopted the surface approach. In addition,

for these groups of respondents based on sex, the mean CPA was highest among

those adopting the strategic approach, followed by the deep approach and the lowest

mean CPA was achieved by respondents adopting the surface approach. For the same

groupings based on sex, there was no significant difference between the mean CPA

achieved by respondents adopting the deep approach and the strategic approach;

however respondents adopting either the deep or strategic approach achieved a

higher mean CPA as compared to respondents adopting the surface approach.

Page 10: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 Pola 12

1.8.2 Taburan 12

1.8.3 Gaya Pembelajaran 13

1.8.4 Pendekatan Mendalam 13

1.8.5 Pendekatan Permukaan 13

Page 11: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

viii

1.8.6 Pendekatan Strategik 13

1.8.7 CPA (Cumulative Point Average) 13

2 SOROTAN PENULISAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Model Kajian 14

2.2.1 Kepentingan Mengenal Pasti Pendekatan 15

Pembelajaran

2.2.2 Model Gaya Pembelajaran Bi-Polar 17

2.2.3 Model Pendekatan Gaya Pembelajaran 18

2.2.4 Evolusi Model Pendekatan Gaya Pembelajaran 20

Entwistle

2.3 Tiga Pendekatan Gaya Pembelajaran Dalam Model 25

Entwistle

2.3.1 Orientasi Mendalam 26

2.3.2 Orientasi Permukaan 26

2.3.3 Orientasi Strategik 27

2.4 Konsep Pembelajaran Dalam Model Pendekatan Gaya 27

Pembelajaran

2.5 Bahagian-bahagian Dalam Model Entwistle 30

2.5.1 Bahagian Pendekatan Mendalam 30

2.5.2 Bahagian Pendekatan Permukaan 31

2.5.3 Bahagian Pendekatan Strategik 31

2.6 Kebaikan Menggunakan Model Entwistle 33

2.7 Kestabilan Model Entwistle 34

2.8 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran Dalam 35

Model Entwistle

2.9 Korelasi Antara Pendekatan Pembelajaran Dengan Pencapaian 37

3 METODOLOGI KAJIAN 39

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Kajian 39

3.3 Populasi Kajian 40

3.4 Instrumen Kajian 41

Page 12: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

ix

3.5 Kajian Rintis 43

3.6 Prosedur Kajian 45

3.7 Analisis Data 45

3.7.1 Analisis Soal Selidik ASSIST 46

3.7.2 Analisis Markah CPA 47

3.7.3 Analisis Perbezaan Pencapaian CPA Antara 47

Pendekatan Pembelajaran Berdasarkan Model

Gaya Pembelajaran Entwistle

3.8 Andaian Kajian 48

4 ANALISIS DATA 50

4.1 Pengenalan 50

4.2 Bahagian A - Analisis Persoalan Kajian 50

4.2.1 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden 50

Mengikut Jantina

4.2.2 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden 51

Mengikut Umur

4.3 Bahagian B - Analisis Persoalan Kajian 52

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 52

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 53

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 56

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 60

4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5 63

4.4 Rumusan Kajian 66

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 68

5.1 Pengenalan 68

5.2 Rumusan Kajian 69

5.2.1 Rumusan Analisis Latar Belakang Responden 70

Dari Segi Jantina Dan Umur

5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 70

5.3 Perbincangan 72

5.3.1 Pola gaya Pembelajaran di Kalangan Pelajar 73

Berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle

Page 13: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

x

Dari Segi Jantina.

5.3.2 Pola gaya Pembelajaran di Kalangan Pelajar 74

Berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle

Dari Segi Pencapaian Akademik CPA

5.3.3 Perbezaan Pola Gaya Pembelajaran Berdasarkan 75

Model Gaya Pembelajaran Entwistle Dari Segi

Pencapaian CPA di Kalangan Responden (i) Lelaki

(ii) Perempuan (iii) Lelaki dan Perempuan

5.4 Cadangan 76

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 78

5.6 Penutup 79

RUJUKAN 80

Lampiran 93

Page 14: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

xi

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA

JADUAL SURAT

2.1 Perbezaan Antara Pendekatan Mendalam dan Pendekatan 22

Permukaan

2.2 Hierarki Konsep Pembelajaran 28

3.1 Jadual Pembolehubah Kajian 40

3.2 No. Item Dalam Soal Selidik Dan Faktor Pendekatan 42

Pembelajaran

3.3 Jadual Skala Likert 43

3.4 Statistik Yang Digunakan Dalam Analisis 46

4.1 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 51

4.2 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden Mengikut Umur 51

4.3 Taburan Frekuensi Dan Peratus Gaya Pembelajaran Responden 52

Dari Segi Jantina

4.4 Taburan Frekuensi Dan Peratus Gaya Pembelajaran Responden 53

Dari Segi Pencapaian Akademik CPA

4.5 Taburan Pendekatan Pembelajaran Responden Lelaki 54

Dari Segi Pencapaian Min CPA dan Sisihan Piawai CPA

4.6 Taburan Pendekatan Pembelajaran Responden Perempuan 55

Dari Segi Pencapaian Min CPA dan Sisihan Piawai CPA

4.7 Taburan Pendekatan Pembelajaran Responden Lelaki Dan 55

Perempuan Dari Segi Pencapaian Min CPA dan Sisihan

Piawai CPA

4.8 Ujian Kenormalan Kolmogorov-Smirnov Untuk Responden 57

Lelaki Yang Mengamalkan Pendekatan Pembelajaran Yang

Berlainan

4.9 Ujian Kesamaan Varian Levene Untuk Kumpulan Responden 57

Lelaki Yang Mengamalkan Pendekatan Pembelajaran Yang

Page 15: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

xii

Berlainan

4.10 Ujian ANOVA Ke Atas Kumpulan Responden Lelaki Yang 58

Mengamalkan Pendekatan Pembelajaran Yang Berlainan

4.11 Ujian Tukey HSD Ke Atas Kumpulan Responden Lelaki 59

Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran

4.12 Ujian Kenormalan Kolmogorov-Smirnov Untuk Responden 60

Perempuan Yang Mengamalkan Pendekatan Pembelajaran Yang

Berlainan

4.13 Ujian Kesamaan Varian Levene Untuk Kumpulan Responden 61

Perempuan Yang Mengamalkan Pendekatan Pembelajaran Yang

Berlainan

4.14 Ujian ANOVA Ke Atas Kumpulan Responden Perempuan Yang 61

Mengamalkan Pendekatan Pembelajaran Yang Berlainan

4.15 Ujian Tukey HSD Ke Atas Kumpulan Responden Perempuan 62

Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran

4.16 Ujian Kenormalan Kolmogorov-Smirnov Untuk Responden 63

Keseluruhan Lelaki Dan Perempuan Yang Mengamalkan

Pendekatan Pembelajaran Yang Berlainan

4.17 Ujian Kesamaan Varian Levene Untuk Kumpulan Responden 64

Keseluruhan Lelaki Dan Perempuan Yang Mengamalkan

Pendekatan Pembelajaran Yang Berlainan

4.18 Ujian ANOVA Ke Atas Kumpulan Responden Keseluruhan 64

Lelaki Dan Perempuan Yang Mengamalkan Pendekatan

Pembelajaran Yang Berlainan

4.19 Ujian Tukey HSD Ke Atas Kumpulan Responden Keseluruhan 65

Lelaki Dan Perempuan Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran

Page 16: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

xiii

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK MUKA

RAJAH SURAT

1.1 Gaya Pembelajaran Disusun Kepada 5 Famili Pada 7

Suatu Kontinuum

2.1 Presage-Proses-Produk Bagi Pembelajaran Pelajar 29

2.2 Pemetaan Konsep Bagi Komponen-komponen Pembelajaran 32

Yang Efektif Dari ASSIST

2.3 Faktor-faktor Pengaruh Terhadap Pembelajaran Pelajar 36

Page 17: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

ASSIST - Approaches and Study Skills Inventory for Students

ANOVA - Analysis Of Variance

CPA - Cumulative Point Average

df - Degree Of Freedom

Ho - Hipotesis Nol

Ha - Hipotesis Alternatif

HSD - Honestly Significant Difference

KH - Kemahiran Hidup

SPSS - Statistical Package for Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

μCPAmendalam - Min CPA untuk Responden Yang Mengamalkan Pendekatan

Mendalam

μCPAstrategik - Min CPA untuk Responden Yang Mengamalkan Pendekatan

Strategik

μCPApermukaan - Min CPA untuk Responden Yang Mengamalkan Pendekatan

Permukaan

α - Pekali Alpha-Cronbach, Aras Signifikan

Page 18: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Soal Selidik ASSIST 93

B Surat Pengesahan Penterjemahan Soal Selidik 101

C Surat Sokongan Fakulti Pendidikan, UTM 102

Page 19: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pembelajaran ialah satu tema yang

dikaitkan rapat dengan tamadun manusia. Mengikut Horton dan Turnage (1967),

apa-apa sahaja yang dilakukan oleh manusia yang matang, atau sesuatu yang mampu

dilakukannya boleh dianggap sebagai hasil daripada sesuatu pembelajaran. Justeru,

tidak hairanlah pembelajaran telah dikaji sejak seratus tahun yang lalu (Saljo, 1982).

Tujuan asas kajian mengenai pembelajaran adalah untuk meningkatkan pembelajaran

menerusi pemahaman yang mendalam mengenai bagaimana proses ini berlaku

(Entwistle, 1987).

Para pendidik memainkan peranan yang penting dalam pencapaian para

pelajar tidak dapat dinafikan. Langkah pertama dalam mewujudkan satu sistem

pendidikan yang efektif ialah penyedaran mengenai apakah matlamat pendidikan.

Semasa memberi komen mengenai pendidikan kanak-kanak, Piaget (1972)

mengingatkan para pendidik bahawa matlamat terutama dan terakhir dalam

pendidikan bukanlah cuma memastikan bahawa para pelajar dapat mengingati,

memahami dan mengulangi apa yang telah dilakukan oleh generasi-generasi yang

lepas, tetapi ialah bagi mewujudkan suatu generasi para pelajar yang berupaya

melakukan perkara yang baru, sama ada dari segi fizikal, emosi atau intelektual.

Page 20: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

2

Dalam kajian yang lepas, misalnya oleh Saljo (1979), Van Rossum et al.,

(1985) dan Marton et al., (1993), konsep matlamat pembelajaran para pelajar boleh

diklasifikasikan sebagai satu urutan pencapaian iaitu, menghafaz, mendapatkan

pengetahuan, mengaplikasi pengetahuan, membuat perkaitan antara bahagian-

bahagian dalam sesuatu subjek atau antara subjek-subjek, menginterpretasi dan

memahami realiti, dan membawa perubahan kepada seseorang individu. Pendek

kata, pendidikan haruslah membawa kepada suatu perubahan yang positif, mahupun

kepada para pelajar itu sendiri atau kepada mereka yang berada di sekeliling para

pelajar itu.

Menurut Fullan dan Hargreaves (1992) pula, sekolah-sekolah dan institusi-

institusi pengajian mesti mengkaji dengan lebih mendalam mengenai amalan-amalan

mereka sendiri dan mengkaji kaedah-kaedah baru bagi memotivasikan para pelajar,

mengaplikasikan gaya-gaya pembelajaran dan pengajaran, mengajar cara berfikir,

dan dalam proses ini mengenali semula keberahian dan tujuan moral yang

menjadikan pengajaran suatu profesion yang meransangkan dan efektif.

Bolehlah dikatakan sehingga sekarang, walaupun selepas begitu banyak

kajian, kes-kes kajian yang dilakukan, teori-teori pembelajaran dan pengajaran yang

diwujudkan atau diubahsuaikan serta eksperimen-ekperimen sistem pendidikan oleh

badan-badan kerajaan atau swasta, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang

dinyatakan oleh Piaget, Fullan dan Hargreaves.

Kombinasi faktor-faktor politik, sosial dan ekonomi telah memberikan

impak yang besar kepada pengajian tinggi. Kebanyakan perubahan ini adalah

berpusatkan kepada bertambah luasnya latar belakang para pelajar yang memasuki

pusat-pusat pengajian tinggi dan para akademik yang menyedari bahawa mereka

perlu mengubah kaedah pengajaran mereka untuk menyesuaikan dengan para pelajar

ini. Para pensyarah dan para perancang tidak boleh lagi membuat rumusan bahawa

semua pelajar akan mencapai sesuatu tahap minimum yang telah ditetapkan dengan

hanya mengajar kesemua pelajar ini dengan menggunakan kaedah yang sama. Ini

membawa kepada realisasi bahawa amalan pengajaran yang baru harus

dipertimbangkan.

Page 21: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

3

Mengikut Marton dan Tsui (2004), adalah agak mustahil bahawa hanya

terdapat satu cara mengaturkan pembelajaran yang berkesan atau kondusif bagi

semua jenis pembelajaran. Dalam mencari cara-cara pembelajaran yang paling

efektif, para penyelidik haruslah terlebih dahulu mengemukakan apakah yang

sepatutnya dipelajari dalam setiap kes, dan mencari keadaan berlainan yang sesuai

bagi jenis-jenis pembelajaran yang berlainan.

Pembelajaran biasanya dianggap sebagai perolehan maklumat dan

pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan

kepercayaan. Pembelajaran bukan sahaja berlaku dalam kelas, malah ia boleh

berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa.

Berikutan kesedaran ini, pelbagai kajian tentang gaya pembelajaran telah

dihasilkan, misalnya Kolb (1976), Keefe (1979), Gregorc (1979), Fischer dan Fischer

(1979), Child (1986), Dunn dan Dunn (1992), Shell (1992), Jonassen dan Grabowski

(1993), Riding dan Rayner (1998), Garber (1998) dan Dunn dan Griggs (2003) .

Secara am, mereka merujuk gaya pembelajaran kepada persepsi dan cara

pemprosesan maklumat yang konsisten pada seseorang pelajar semasa ia

mempelajari sesuatu konsep atau prinsip baru.

Kajian Gremli (2003) dan Gilbert dan Han (1999) menyokong bahawa

setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Berbanding dengan

pelajar yang tidak mengikuti sebarang gaya pembelajaran, para pelajar yang

menggunakan gaya pembelajaran yang bersesuaian akan mendapat keputusan yang

lebih baik (McCaulley dan Natter, 1980; Miller, 1991; Dunn et al. 1989). Perbezaan

dalam gaya pembelajaran ini berlaku kerana setiap individu mempunyai keupayaan

yang berbeza dalam pemerhatian dan mengorganisasi (Jung, 1968). Oleh itu, para

pendidik perlu peka kepada gaya pembelajaran yang ditonjolkan oleh para pelajar

kerana setiap individu mempunyai pelbagai keperluan dan minat (Boon dan Kaur,

1998).

Para pendidik harus menganggap kebolehan yang berbeza bagi setiap

pelajar sebagai kekuatan yang boleh dipergunakan untuk mengoptimumkan

Page 22: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

4

pembelajaran (D'Arcangelo, 2000). Mereka perlu menggunakan masa secara

fleksibel, berbagai-bagai strategi pengajaran dan pembelajaran serta menjadi rakan

kongsi pembelajaran bersama pelajar bagi memastikan perkara yang dipelajari dan

suasana pembelajaran dapat dibentukkan mengikut keperluan pelajar (Meyer dan

Land, 2002).

Strategi pengajaran seorang pendidik perlulah mengambilkira jenis

personaliti dan pola pembelajaran pelajar (Borg dan Shapiro, 1996). Banyak model

gaya pembelajaran boleh digunakan sebagai asas bagi merancang aktiviti pengajaran

dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan pelajar (Gall et al., 1990).

Ringkasnya, gaya pengajaran guru perlu disesuaikan dengan gaya

pembelajaran pelajar supaya wujud proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih

berkesan. Untuk menjadi seorang pendidik yang efektif, dia perlu sedar akan sasaran

mereka. Strategi pengajaran perlu dirancang agar sesuai dengan keperluan khas dan

keinginan para pelajar. Tahap pemikiran boleh dijadikan suatu piawaian bagi

kejayaan dalam semua peringkat pembelajaran. Justeru, adalah hasrat para pendidik

untuk meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar (Adams dan Hamm,

1996). Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengatakan

bahawa "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara". Mengikut Mok Soon Sang (2005), unsur

intelek yang dimaksudkan di sini merangkumi unsur hikmah, daya pemikiran yang

inovatif, logik, analitis dan ilmu yang bermanfaat.

Page 23: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Bagaimanakah guru dapat meningkatkan prestasi pelajar jika guru tidak tahu

bagaimana pelajar mereka mempelajari dan bagaimanakah guru boleh

merangsangkan pembelajaran pelajar mereka? Adakah masalah pembelajaran yang

dihadapi oleh para pelajar lebih sesuai difahamkan sebagai satu masalah pengajaran

atau pembelajaran? Apakah model pembelajaran yang harus diamalkan oleh

pelajar? Inilah antara isu-isu yang dihadapi oleh para pendidik dan penyelidik dalam

kajian tentang gaya pembelajaran.

Adalah logikal bagi para pendidik dan perancang pendidikan memberi

perhatian kepada gaya pembelajaran pelajar dengan membuat diagnosis dan

menggalakkan para pelajar menimbangkan gaya pembelajaran mereka dan mereka

bentuk aktiviti penglibatan seharusnya. Bukti selanjutnya melalui pemerhatian para

pendidik mengenai kepantasan dan sikap yang berbeza antara para pelajar dalam

mempelajari idea dan maklumat baru serta berapa yakin mereka mengaplikasikan

pengetahuan baru itu.

Logik pembelajaran berterusan mencadangkan bahawa pelajar akan lebih

bermotivasi untuk belajar jika mereka tahu tentang kekuatan dan kelemahan

pembelajaran mereka. Tambahan pula, jika para pendidik boleh merespon kepada

kekuatan dan kelemahan individu, maka kadar peringatan dan pencapaian dalam

program formal akan bertambah dan kemahiran ini menjadi satu asas bagi

pembelajaran sepanjang hayat.

Kajian pada peringkat pendidikan tinggi telah mengenal pasti pendekatan

kepada pembelajaran sebagai satu faktor yang signifikan yang mempengaruhi kualiti

pembelajaran pelajar (Marton dan Saljo, 1976a, 1976b; Biggs, 1979; Entwistle dan

Ramsden, 1983; Ramsden, 1992). Oleh itu tidaklah mengejutkan bahawa bidang

kajian gaya pembelajaran adalah begitu ekstensif dan mengelirukan dalam pelbagai

konsep yang diperkenalkan. Coffield et al. (2004) mengkategorikan 71 model

pembelajaran yang utama dan antara ini didapati hanya 13 model sahaja yang

mempunyai sokongan daripada kajian yang meluas.

Page 24: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

6

Antara 13 model yang dikatakan ini, Teori Pembelajaran Pengalaman

(Experiential Learning Theory) dan Inventori Gaya Pembelajaran yang

diperkenalkan oleh Kolb dan Kolb (1984) sahaja mempunyai 1,004 artikel yang

berkaitan dengannya. Laman web Dunn dan Dunn yang memperkenalkan Soal

Selidik Gaya Pembelajaran menunjukkan satu bibliografi dengan 1,140 manakala

didapati 2,000 artikel telah pun ditulis mengenai Penunjuk Jenis Myers-Briggs

(Myers-Briggs Type Indicator) antara tahun 1985 dan 1995.

Coffield (2004) memperkenalkan satu klasifikasi model-model gaya

pembelajaran sebagai satu kontinuum (lihat Rajah 1.1). Pada sebelah kiri kontinuum

ini dimasukkan teori-teori yang menekankan pengaruh genetik, iaitu genetik yang

tetap dengan sifat yang diwarisi dengan interaksi personaliti dan kognitif. Walaupun

model seperti Dunn dan Dunn (1992) mengakui adanya pengaruh dari faktor-faktor

luaran, terutamanya persekitaran berdekatan, tetapi pada dasarnya model ini

menganggap gaya pembelajaran haruslah diterima sebagai tetap. Dunn dan Griggs

(1998) pernah mengatakan bahawa gaya pembelajaran ialah satu set sikap yang

berlaku secara biologikal. 60% daripada gaya pembelajaran adalah biologikal (Dunn,

1990).

Model Inventori Gaya Pembelajaran (Kolb, 1984, 1999; Kolb et. al., 2001)

dan Penunjuk Jenis Myers-Briggs (Myers dan McCaulley, 1985) adalah antara

model-model yang berada di tengah kontinuum ini.

Page 25: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

7

Rajah 1.1 : Gaya Pembelajaran Disusun Kepada 5 Famili Pada Suatu Kontinuum.

(Coffield, 1994)

Pada sebelah kanan kontinuum ini, gaya pembelajaran adalah berdasarkan

interaksi dinamik antara diri dan pengalaman. Di sini, faktor-faktor seperti motivasi

dan persekitaran, misalnya pembelajaran individu atau koperatif, reka bentuk

kurikulum, kebudayaan institusi dan kursus, kaedah-kaedah penilaian dan pengajaran

memberikan pengaruh yang besar kepada keputusan para pelajar dalam strategi

pembelajaran yang dipilih. Satu contoh model dalam zon kontinuum ini ialah model

Pendekatan dan Inventori Kemahiran Belajar Untuk Para Pelajar (Approaches and

Gayapembelajaranberdasarkan 4modal VAKT

(Visual,Auditori,

Kinaesthetik,Tactile).

Gayapembelajaran

menggambarkanciri-ciri

mendalampada struktur

kognitif,termasuk

kebolehan.

Gayapembelajaran

ialah satukomponenpersonalitiyang stabil.

Gayapembelajaranadalah stabil

tetapi fleksibel.

Bergerak darigaya

pembelajarankepada

pendekatanatau strategi

pembelajaran.

Dunn &Dunn

GregorcBartlettBettsGordonMarksPaivioRichardsonSheehanTorrance

RidingBrovermanCooperGardner et

al.GuilfordHolzman andKlein

HudsonHuntKaganKoganMessickPettigrewWitkin

ApterJacksonMyers-BriggsEpstein &

MeierHarrison-

BransonMiller

Allinson &Hayes

HerrmannHoney &

MumfordKolbFelder &

SilvermanHermanussen

, Wierstra,de Jong &

ThijssenKaufmannKirtonMcCarthy

EntwistleSternbergVermuntBiggsConti &

KolodyGrasha-

RiechmannHillMarton&

SäljöMcKenney &

KeenPaskPintrich,

Smith,Garcia &

McCeachieSchmeckWeinstein,Zimmerman

& PalmerWhetton &

Cameron

KONTINUUM 5 FAMILI GAYA PEMBELAJARAN

Page 26: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

8

Study Skills Inventory for Students - ASSIST) oleh Entwistle (1997). Dalam model

ini, Entwistle menekankan pada proses, iaitu tindak balas pelajar itu terhadap situasi

pengajaran di mana pelajar itu berada, dan bukanlah ciri perseorangan pelajar

tersebut (Entwistle, 1990, 1983, 1997). Gaya pembelajaran diklasifikasikan kepada

Pendekatan Mendalam, Pendekatan Permukaan dan Pendekatan Strategik.

Di Malaysia, banyak kajian telah dijalankan menggunakan model-model

yang lebih lama tertubuh seperti model Dunn dan Dunn (Mohd. Bukhari, 2005;

Asiah Haji Pariekutty, 1999), Kolb (Mohd Nazari, 2005), Felder dan Silverman (Abd.

Hadi, 2005) dan Myer-Briggs (Lee, 2001), terutamanya di institusi-institusi

pengajian tinggi. Antara kajian-kajian yang menggunakan model gaya pembelajaran

yang lebih baru ialah kajian oleh Wan Zah Wan Ali (2000) yang melibatkan temu

bual dengan 30 orang pelajar tahun dua, Sarjana Sains dengan Pendidikan dari

Universiti Malaya selepas mereka telah diberikan peluang untuk membaca sebuah

artikel yang mengandungi lebih kurang 2600 perkataan tanpa had masa. Hasil temu

bual itu, para pelajar tersebut dikategorikan sebagai menggunakan Pendekatan

Mendalam atau Pendekatan Permukaan berdasarkan apakah yang difahami oleh

subjek tentang kandungan teks dan pendekatan yang diambil. Klasifikasi ini adalah

berdasarkan model gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh Marton (1975) dan

Marton dan Saljo (1976b, 1984). Model ini dianggapkan sebagai satu asas

permulaan bagi Model Entwistle yang digunakan dalam kajian ini.

Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan instrumen Model Gaya

Pembelajaran Entwistle untuk mengkaji pola gaya pembelajaran sekumpulan para

pelajar Tahun Satu (2005/2006), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang

mengikuti program sepenuh masa. Perbezaan antara Model Entwistle dengan kajian

Wan Zah Wan Ali (2000) ialah dalam Model Entwistle, selain dari pendekatan

mendalam dan pendekatan permukaan, Entwistle telah memperkenalkan satu lagi

pendekatan, iaitu pendekatan strategik.

Page 27: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

9

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, didapati

bahawa gaya pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam pencapaian

akademik pelajar. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti

pola gaya pembelajaran di kalangan pelajar Tahun Satu (2005/2006), Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia yang mengikuti program sepenuh masa, berdasarkan Model

Pendekatan dan Inventori Kemahiran Belajar Untuk Para Pelajar (Approaches and

Study Skills Inventory for Students - ASSIST) yang dicadangkan oleh Entwistle

(1997).

Model ini mengkategorikan gaya pembelajaran kepada 3 pendekatan, iatu

pendekatan mendalam, pendekatan strategik dan pendekatan permukaan. Kajian ini

ingin melihat pola gaya pembelajaran dari segi jantina dan juga pencapaian CPA. Di

samping itu, kajian ini juga ingin melihat dari aspek perbezaan pola gaya

pembelajaran dari segi jantina dan keseluruhan pelajar lelaki dan perempuan

berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle dari segi pencapaian akademik

CPA.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perkara-perkara berikut di

kalangan pelajar Tahun Satu (2005/2006), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang

mengikuti program sepenuh masa :

(i) Mengenal pasti pola gaya pembelajaran di kalangan pelajar

berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle dari segi jantina.

Page 28: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

10

(ii) Mengenal pasti pola gaya pembelajaran di kalangan pelajar

berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle dari segi pencapaian

akademik (CPA - Cumulative Point Average).

(iii) Mengenal pasti perbezaan pola gaya pembelajaran di kalangan

pelajar lelaki berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle dari

segi pencapaian CPA .

(iv) Mengenal pasti perbezaan pola gaya pembelajaran di kalangan

pelajar perempuan berdasarkan Model Gaya Pembelajaran

Entwistle dari segi pencapaian CPA.

(v) Mengenal pasti perbezaan pola gaya pembelajaran di kalangan

keseluruhan pelajar lelaki dan perempuan berdasarkan Model Gaya

Pembelajaran Entwistle dari segi pencapaian CPA.

1.5 Persoalan Kajian

Berhubung dengan objektif kajian yang telah dibicarakan, berikut adalah

persoalan-persoalan kajian.

(i) Apakah pola gaya pembelajaran di kalangan pelajar berdasarkan

Model Gaya Pembelajaran Entwistle dari segi jantina?

(ii) Apakah pola gaya pembelajaran di kalangan pelajar berdasarkan

Model Gaya Pembelajaran Entwistle dari segi pencapaian akademik

(CPA - Cumulative Point Average) ?

Page 29: POLA GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR TAHUN … konteks kajian ini, tiga pendekatan pembelajaran, ... peratusan, ujian ANOVA sehala dan ujian Tukey HSD. Hasil kajian ... 2.2.2 Model Gaya

11

(iii) Adakah terdapat perbezaan pola gaya pembelajaran di kalangan

pelajar lelaki berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle dari

segi pencapaian CPA ?

(iv) Adakah terdapat perbezaan pola gaya pembelajaran di kalangan

pelajar perempuan berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Entwistle

dari segi pencapaian CPA ?

(v) Adakah terdapat perbezaan pola gaya pembelajaran di kalangan

keseluruhan pelajar lelaki dan perempuan berdasarkan Model Gaya

Pembelajaran Entwistle dari segi pencapaian CPA ?