pemikiran dan gaya pembelajaran

25
Bab 2: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran 2.1 Konsep Pemikiran 2.1.1 Pengertian Pemikiran adalah satu proses mental bagi memperoleh pengetahuan dan pemahaman dengan tujuan menyelesaikan masalah. Ia melibatkan penerimaan dan pemahaman rangsangan dalaman dan luaran, pembentukan konsep, pentafsiran, dan penghasilan gerak balas yang sesuai. Menurut V.R. Ruggiero, 1984, pemikiran ialah satu proses mental yang digunakan untuk membentuk/menyelesaikan masalah dan kemudiannya membuat keputusan demi memenuhi keinginan mendapatkan jawapan. Menurut Beyer, 1981, pemikiran pula ialah satu operasi mental terhadap input deria, dan menggunakan maklumat dalam ingatan untuk membuat penyesuaian dan asimilasi yang bertujuan untuk membentuk/memahami sesuatu konsep. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai satu kebolehan/keupayaan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir. Pemikiran juga merupakan satu proses bagaimana otak kanan manusia berfikir secara kreatif dan bahagian otak kiri berfikir secara kritis. 1

Upload: eddlie-d-cni

Post on 19-Jun-2015

446 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

untuk kegunaan harian

TRANSCRIPT

Page 1: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

Bab 2: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

2.1 Konsep Pemikiran

2.1.1 Pengertian

Pemikiran adalah satu proses mental bagi memperoleh pengetahuan dan

pemahaman dengan tujuan menyelesaikan masalah.

Ia melibatkan penerimaan dan pemahaman rangsangan dalaman dan luaran,

pembentukan konsep, pentafsiran, dan penghasilan gerak balas yang sesuai.

Menurut V.R. Ruggiero, 1984, pemikiran ialah satu proses mental yang

digunakan untuk membentuk/menyelesaikan masalah dan kemudiannya

membuat keputusan demi memenuhi keinginan mendapatkan jawapan.

Menurut Beyer, 1981, pemikiran pula ialah satu operasi mental terhadap input

deria, dan menggunakan maklumat dalam ingatan untuk membuat

penyesuaian dan asimilasi yang bertujuan untuk membentuk/memahami

sesuatu konsep.

Ia juga boleh ditakrifkan sebagai satu kebolehan/keupayaan otak dalam

pelbagai kemahiran berfikir.

Pemikiran juga merupakan satu proses bagaimana otak kanan manusia

berfikir secara kreatif dan bahagian otak kiri berfikir secara kritis.

Sebagai rumusan, pemikiran ialah satu usaha oleh otak manusia untuk

mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar.

Apakah perkara- Bagaimana Jawapan- perkara yang kita kita memikirkannya ? jawapan yang difikirkan? (Operasi) diperoleh. (Kandungan) (Hasil)

Rajah 1: Konsep pemikiran

1

Input Memproses Output

Page 2: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

2.1.1 Jenis-jenis Pemikiran

Terdapat beberapa teknik yang dapat mempertingkatkan kemahiran

berfikir seseorang pelajar, antaranya ialah:

Mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam suatu kumpulan

yang kecil dengan mempertimbangkan sesuatu idea/isu semasa

dari segi kebaikan dan kelemahannya.

Menggunakan teknik penyelesaian masalah yang sesuai untuk

mencari sesuatu yang alternatif, kemungkinan/pilihan untuk

membuktikan hipotesis/mendapat suatu rumusan.

Membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua faktor

dalam proses pilihan/semasa membuat suatu keputusan.

Membimbing pelajar meneliti segala akibat (apabila melakukan

sesuatu tindakan) yang mungkin berlaku dalam jangka masa

pendek serta jangka masa panjang.

Membimbing pelajar supaya memahami dan menentukan tujuan

dan objektif tentang sesuatu perkara dalam kajian dengan cara

yang tepat.

Rajah 2: Jenis-jenis pemikiran

2

Jenis-jenis pemikiran

Pemikiran Mendatar Pemikiran Menegak

Pemikiran KritisPemikiran Konvergen

Pemikiran Divergen Pemikiran Kreatif

Page 3: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

2.1.2 Jenis –Jenis Konsep Kendiri

2.1.2.1 Pemikiran Mendatar/ Pemikiran Lateral

Pemikiran Mendatar ialah keupayaan untuk menjana idea-idea bercapah

daripada pelbagai penyelesaian bagi sesuatu masalah

Pemikiran ini melibatkan proses pemikiran ‘luar kotak’ (out of a box) di

mana penyelesaian kepada masalah diperoleh daripada sumber-sumber

yang tidak sama dan tidak berkaitan.

Kepentingan pemikiran mendatar ialah sesuatu masalah perlu dilihat

daripada perspektif- perspektif yang berlainan supaya ia mudah

diselesaikan.

Oleh itu, dalam pemikiran ini seseorang guru harus menggalakkan murid

untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan mencari jalan

penyelesaian berdasarkan perspektif yang berlainan.

Penggunaan pemikiran lateral di dalam bilik darjah akan menggalakkan

proses pemikiran kreatif di kalangan murid apabila idea baru dijanakan.

Guru mesti mengajar murid-murid untuk melihat alternatif-alternatif yang

berbeza dan bukan alternatif tradisional sahaja dalam penyelesaian

sesuatu masalah.

De Bono mengatakan bahawa terdapat 4 langkah penting dalam

pemikiran lateral, iaitu:

i. Mengenal pasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang

dihadapi.

ii. Melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan.

iii. Melonggarkan cara pemikiran yang terkawal.

iv. Menggunakan idea-idea yang diberikan oleh orang lain.

2.1.2.2 Pemikiran Menegak/ Pemikiran Vertical

3

Page 4: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

Pemikiran Menengak merujuk kepada keupayaan menjana satu

idea/penyelesaian kepada suatu masalah serta membuat penerokaan ke

atasnya secara lebih mendalam dan terperinci.

Menurut Dr. Edward De Bono, pemikiran ini menggunakan proses-proses

akal yang tradisional untuk mengatasi sesuatu masalah.

Pemikiran ini membolehkan kita mempertimbangkan hubungan antara

sesuatu situasi/idea yang membantu kita untuk memahaminya dengan

lebih baik dan menggunakan idea itu dalam situasi tertentu secara

berkesan.

Pemikiran ini juga dikenali sebagai pemikiran logik kerana ia

menggunakan satu urutan langkah-langkah yang sistematik untuk

menyelesaikan sesuatu masalah.

Guru harus menggalakkan para murid menyelesaikan sebarang masalah

yang dihadapi dengan pemikiran menegak melalui satu set soalan seperti

berikut:

i. Apakah masalah yang dihadapi?

ii. Apakah alternatif-alternatif yang terdapat?

iii. Apakah kebaikan dan keburukan setiap alternatif tersebut?

iv. Apakah pilihan-pilihan jalan penyelesaiannya?

v. Adakah jalan penyelesaian yang dipilih itu efektif atau tudak?

Jadual 1: Perbezaan di antara Pemikiran Menegak dengan Pemikiran Mendatar

Pemikiran Menegak Pemikiran Lateral

Mencari pendekatan yang betul Mencari pendekatan sebanyak yang

mungkin

Menekankan kebenaran idea Menekankan kekayaan

Sedia ada tuju hala Membentuk tuju hala

Mengikut kronologi Tidak tersusun

Setiap langkah mesti betul Tidak tersusun

Menggunakan unsur negatif untuk menghalang idea-idea

tertentu

Tidak ada unsur negatif

Menolak semua yang tidak releven Menerima sebarang pendapat

Membuat analisis terhadap sesuatu idea Tidak banyak penerokaan

4

Page 5: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

2.1.2.3 Pemikiran Kritis/ Pemikiran Kritikal/Pemikiran Reflektif

Pemikiran Kritis didefinisikan sebagai satu penerokaan yang bertujuan

mengkaji situasi, fenomena, persoalan/masalah untuk menghasilkan

rumusan yang merangkumi semua maklumat yang ada.

Secara ringkasnya, ada mungkin juga berpendapat bahawa pemikiran

kritis adalah penggunaan kemahiran intelektual untuk menilai dan

mempertimbangkan sesuatu situasi.

Pemikiran ini melibatkan penyusunan kembali konsep-konsep dengan

tujuan menilai sesuatu objek/situasi.

Beberapa aktiviti boleh dijalankan untuk membina dalam diri murid supaya

berfikiran kritis:

i. Menyusun sesuatu mengikut keutamaan

ii. Mengenal pasti kepentingan pada bahan yang dibaca oleh mereka

iii. Menentukan akibat/kesan (walaupun tidak dinyatakan)

iv. Menentukan kesan

v. Membuat kesimpulan

vi. Membuat perbandingan

vii. Membuat rumusan dan penilaian

Selain itu, pemikiran kritis merangkumi perkara-perkara

berikut:

i. Kefahaman untuk menghujah

ii. Usaha mengumpul maklumat

iii. Pertimbangan tentang kebaikan dan kelemahan

iv. Usaha mengetepikan makna yang kabur dan

kesimpulan yang tidak munasabah

Dengan kata lain, pemikiran kritis mendorong seseorang menguji

kebenaran sesuatu perkara/masalah agar tidak membentuk kesimpulan yang

salah.

Tahap pemikiran murid-murid boleh ditentukan oleh guru dengan

penggunaan jenis-jenis soalan yang sesuai.

5

Page 6: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

Jadual 2 Penentuan Tahap Pemikiran

Aras Jenis Pemikiran Contoh

Pengetahuan Murid mengingat kembali fakta Bilakah…

Namakan…

Siapakah…

Di manakah…

Kefahaman Murid memahami sesuatu

situasi/fenomena

Terangkan…

Huraikan…

Bandingkan…

Jelaskan…

Penggunaan Murid menggunakan fakta/hukum untuk

menyelesaikan masalah

ABC ialah sebuah segitiga. Cari

nilainya.

Analisis Murid memecahkan sesuatu peristiwa/

kejadian kepada bahagian-bahagian

kecil

agar dapat memahami keseluruhan

situasi.

Golongkan benda-benda kepada

benda hidup dan benda bukan hidup

Sintesis Murid membuat rumusan tentang bahan-

bahan yang telah dipecah-pecahkan.

1. Apakah yang akan terjadi sekiranya

Perang Dunia Ke-3 tercetus?

2. Bagaimanakah anda sebagai

pelajar

berusaha ke arah kecemerlangan?

Penilaian Murid menilai sesuatu berdasarkan

kriteria-kriteria tertentu.

Sekiranya anda seorang pelabur,

kawasan perindustrian manakah yang

akan anda pilih, Pasir

Gudang/Tampoi-Larkin?

2.1.2.4 Pemikiran Kreatif

Pemikiran Kreatif ialah sesuatu pemikiran imaginatif untuk memproses

maklumat yang menghasilkan sesuatu baru dan asli yang belum difikirkan

oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Seseorang guru yang cekap harus menjanakan pemikiran kreatif di

kalangan murid-murid dengan memberikan peneguhan positif dalam

6

Page 7: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

bentuk ganjaran dan hadiah apabila murid-murid dapat melahirkan idea-

idea kreatif dan unik.

Guru boleh memperbanyakkan soalan terbuka dalam bilik darjah dan

menerima pelbagai jawapan yang betul asalkan ia logik dan munasabah

bagi menggalakkan pemikiran kreatif para murid.

Guru juga harus berusaha untuk membina murid yang mempunyai ‘open

mind’ dan tidak melihat sesuatu permasalahan daripada satu aspek

sahaja.

Beberapa kriteria yang dikaitkan dengan pemikiran kreatif adalah

ditunjukkan seperti berikut:

Rajah 3: Ciri-ciri Pemikiran Kreatif

2.1.2.5 Pemikiran Divergen/ Pemikiran Bercapah

Pemikiran Divergen kerap kali dirujuk sebagai keupayaan mencadangkan

idea-idea/penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka.

7

Ciri-ciri Pemikiran Kreatif

KELANCARAN- keupayaan menyedia-kan gerak balas tanpa halangan.

FLEKSIBEL- tidak terbatas kepada satu kaedah sahaja.

KEASLIAN- personal, unik/luar biasa.

HURAIAN- keupayaan menerang secaraterperinci.

Page 8: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

Ia disifatkan oleh beberapa jawapan yang secara logik dan boleh diterima.

Dalam pemikiran divergen, pengetahuan/pengalaman dan idea-idea baru

digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan

pelbagai jawapan yang mungkin.

Kemahiran guru dalam membahagikan sebuah tajuk kepada unit-unit

yang kecil supaya murid-murid dapat menganalisis tajuk utama secara

lebih mendalam.

Seseorang individu yang melibatkan diri dalam pemikiran ini akan

menonjolkan idea-idea yang asli.

Jenis pemikiran seperti ini turut menggalakkan pemikiran kreatif dan lebih

sesuai digunakan dalam bidang sastera serta humanistik.

Beberapa tajuk kendiri yang boleh dikemukakan oleh guru kepada murid

untuk menggalakkan pemikiran divergen di kalangan murid-muridnya

adalah seperti yang berikut:

i. Apakah yang menganggu saya?

ii. Apa yang saya ingin mengubah dalam hidup saya?

iii. Apakah kepercayaan, nilai dan falsafah hidup saya?

Tajuk-tajuk pengajaran yang boleh dikemukakan oleh guru dalam

pengajarannya untuk menggalakkan pemikiran divergen pula ditunjukkan

di bawah:

i. Bagaimana anda menerangkan sesuatu?

ii. Apakah yang menyebabkan sesuatu?

iii. Apakah yang penting mengenai sesuatu?

Maka, untuk menggalakkan pemikiran divergen, guru harus sentiasa

menggunakan soalan-soalan terbuka di dalam bilik darjah.

Contoh: Jika seseorang diminta untuk memberi cadangan tentang

penggunaan sebatang pensel, dia berupaya menyenaraikan cadangan-

cadangan berikut:

i. Menulis dan melukis

ii. Menebuk lubang pada kertas

iii. Sebagai senjata

8

Page 9: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

iv. Sebagai alat permainan

Contoh di atas menunjukkan bahawa seseorang berupaya memikirkan

pelbagai jawapan yang logik. Jawapan yang diberi mungkin terlalu

personal/unik berasaskan keupayaan meneroka mindanya yang kreatif.

Guilford telah mengenal pasti 4 ciri pemikiran divergen seperti yang

ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Jadual 3: Ciri-ciri Pemikiran Divergen

Kelikatan(Fluidity)

Mampu memberi penjelasan dengan mengemukakan banyak idea dan contoh

Kelenturan(Flexibility)

Menjana pelbagai idea dan cara bagi menyelesaikan masalah

Keaslian(Originality)

Mampu memikirkan idea-idea baru yang bernas dan unik

Terperinci(Detail)

Mampu menjelaskan idea-idea dengan panjang lebar dan terperinci

Rajah 4: Corak Pemikiran Divergen

9

Rangsangan

IdeaIdeaIdeaIdea

IdeaIdea

IdeaIdea IdeaIdea

IdeaIdea

IdeaIdea

Page 10: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

2.1.2.6 Pemikiran Konvergen/Pemikiran Tertumpu/Pemikiran

Berpandu

Pemikiran Konvergen merujuk kepada keupayaan memfokus ke satu arah

untuk mencari satu jawapan.

Proses ini mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu

jawapan bagi sesuatu masalah yang jelas dan hanya mempunyai jawapan

yang tepat.

Dalam pemikiran konvergen, seseorang individu mengaplikasi

pengetahuannya dan peraturan-peraturan serta prinsip-prinsip dalam

usahanya untuk mencari satu jawapan yang paling sesuai.

Seseorang yang berfikir secara konvergen biasanya:

berupaya menyelesaikan masalah yang memerlukan satu

penyelesaian yang betul.

tidak suka meneka dan tidak akan mencuba menjawab sesuatu

yang tidak pasti.

Contohnya, sesebuah bangunan baru mula retak selepas enam bulan.

Jurutera awam itu perlu mencari sebab-sebabnya. Berdasarkan

pengetahuan serta pengalamannya, jurutera perlu berusaha mencari

sebab-sebab dan membuat satu kesimpulan tentang keretakan tembok

bangunan itu. Jadi, jurutera itu dikatakan menggunakan pemikiran

konvergen.

Murid-murid di sekolah yang menggunakan hukum-hukum dan rumus-

rumus untuk menyelesaikan masalah Matematik dan Fizik adalah

menggunakan pemikiran konvergen.

Pemikiran ini sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains dan

banyak diuji dalam peperiksaan awam.

10

Page 11: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

Rajah 5: Pemikiran Konvergen

2.1.2.7 Cara-cara Guru Memupuk Daya Berfikir Murid

Guru perlu memupuk daya berfikir murid-murid dengan cara-cara yang

berikut:

a) Mengemukakan banyak soalan divergen dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P).

Ini akan memberikan peluang kepada murid-murid untuk

memikirkan jawapan-jawapan yang ada banyak

alternatif/penyelesaian.

Soalan-soalan divergen yang lebih sukar harus diformulasikan oleh

guru untuk murid-murid yang lebih mahir supaya mereka dapat

mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dalam kerja rumah

dan tugasan harian mereka.

b) Menerapkan KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif) dalam

langkah-langkah P&P guru.

11

JawapanJawapan

FaktaFakta

FaktaFakta

FaktaFakta

FaktaFakta

FaktaFakta

FaktaFakta

FaktaFakta

Page 12: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

Guru mesti secara sedar menerapkan elemen KBKK dalam

langkah-langkah pengajaran yang guru merancangkan untuk

murid-muridnya.

Guru mesti sentiasa mensimulasikan pemikiran dan minda murid-

murid dengan pelbagai aktiviti KBKK dalam pengajarannya.

Sebagai contoh, guru boleh menyuruh mereka melengkapkan

borang grafik banding beza untuk konsep-konsep yang berlainan

supaya murid-murid dapat mengembangkan kemahiran berfikir

mereka.

c) Menyediakan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah supaya murid-murid

dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir dengan cara-cara yang berikut:

Mengenal pasti dan memahami masalah

Menjelaskan masalah

Memikirkan alternatif-alternatif penyelesaian masalah

Membuat operasi-operasi penyelesaian

Membuat pertimbangan kepada penyelesaian-penyelesaian yang

telah dibuat.

d) Memastikan yang tugasan dan kerja rumah yang guru memberikan

kepada murid-murid mengandungi arahan-arahan kemahiran berfikir

seperti berikut:

Mencirikan

Membanding dan membezakan

Mengumpul dan mengelaskan

Menganalisis

Menjanakan idea

Membuat inferens

Menghubung kaitkan

Meramal

Membuat hipotesis

Menilai

12

Page 13: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

Mesintesis

Menyusun megikut keutamaan

Tugasan P&P dan kerja rumah yang merangkumi arahan-arahan seperti yang

tertera di atas dapat meningkatkan lagi daya fikiran para murid.

2.2 Gaya Pembelajaran

2.2.1 Pengertian

1. Gaya bermaksud cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada

cara pembelajarannya.

2. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara

seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan

memperoleh serta memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru.

3. Mengikut Hunt (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada syarat-syarat

pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan.

4. Mengikut Peterson (1979) dan Stewart (1981), gaya pembelajaran ialah

pendekatan pengajaran yang paling digemari oleh seseorang murid.

5. Mengikut Dunn & Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan

di mana murud belajar dengan cara yang paling optima.

6. Mengikut Entwistle (1981) pula, gaya pembelajaran merujuk kepada tingkah

laku konsisen seorang pelajar dalam cara ia belajar.

7. Mengikut Dunn, Beaudry dan Klaus (1989), gaya pembelajaran merupakan

satu set ciri-ciri peribadi yang dikembangkan secara biologi yang membuat

sesuatu cara pengajaran berkesan untuk sesetengah pelajar dan tidak

berkesan untuk yang lain.

8. Gaya pembelajaran juga merujuk kepada cara-cara bagaimana seseorang

memproses, menghayati dan mempelajari bahan pembelajaran yang baru

dan mencabar.

13

Page 14: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

2.2.2 Jenis-Jenis Gaya Pembelajaran

1. Mengikut Dunn (2000), kebanyakan orang mempunyai cara yang unik untuk

menguasai sesuatu bahan pembelajaran yang sukar.

2. Satu lagi definisi gaya pembelajaran ialah ia merujuk kepada unsur-unsur

alam sekitar seperti bunyi, cahaya, perhiasan dalam bilik darjah yang boleh

meningkatkan lagi keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran.

3. Terdapat gaya-gaya pembelajaran yang berbeza seperti visual, audio,

taktil/kinestetik, aktivis, reflector, teoris dan pragmatis.

4. Murid yang menggunakan gaya pembelajaran visual (pandang) belajar

dengan cepat dan berkesan dengan melihat carta, graf, isyarat badan, imej-

imej dan gambar rajah serta gemar membaca pada diri sendiri.

5. Terdapat juga gaya pembelajaran seperti murid audio. Murid-murd seperti ini

suka mendengar dengan cara membaca, menyebut, mendengar kuliah dan

perbincangan.

6. Terdapat juga gaya pembelajaran murid taktil/kinestetik di mana murid-murid

belajar melalui pergerakan seperti sentuhan, merasa dan meraba secara aktif

persekitarannya.

7. Pelajar aktivis mengambil bahagian yang aktif dalam proses pembelajaran

dan menganggap pengetahuan baru sebagai milik peribadinya.

8. Reflektor berfikir dan mengkaji semula maklumat atau pengetahuan supaya

dapat disesuaikan dengan skema-skema mental yang wujud.

9. Pelajar teoris menganalisis dan mencari bukti-bukti supaya dapat membuat

generalisasi hukum atau teori.

10.Pelajar pragmatis membina semula pengalaman dan mengambil bahagian

yang aktif dalam menyelesaikan masalah.

11.Gaya pembelajaran lain ialah murid yang suka belajar dengan cara

konvergen dan divergen.

12.Murid yang suka belajar dengan cara konvergen dapat memberikan

penyelesaian kepada satu soalan tertutup dengan cepat dan tepat.

14

Page 15: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

13.Murid yang suka belajar dengan cara divergen pula dapat memberikan

pelbagai jawapan atau alternatif kepada satu soalan terbuka.

2.2.1.1 Model Dunn & Dunn

1. Mengikut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran adalah cara bagaimana

seorang murid memberikan fokus, memproses dan mengekalkan maklumat

yang baru dan mengekalkan maklumat yang baru dan susah.

2. Ia terdiri daripada ciri-ciri peribadi yang menyebabkan kaedah pengajaran

guru sesuai untuk setengah murid dan bukan untuk murid-murid yang lain.

3. Mengikut Dunn & Dunn, terdapat 21 elemen yang boleh mempengaruhi

gaya pembelajaran murid. Ada elemen yang biologikal dan ada juga yang

bercorak perkembangan.

4. Model ini berdasarkan beberapa prinsip-prinsip yang asas iatu:

(a) Setiap murid ada kekuatan mereka.

(b) Kebanyakan individu boleh belajar.

(c) Guru boleh membuat pengajaran secara individu.

(d) Guru harus mengajar mengikut gaya pembelajaran murid-

muridnya.

(e) Kebanyakan murid boleh memperkukuhkan gaya pembelajaran

masing-masing.

5. Mengikut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran murid boleh berubah mengikut

masa.

6. Beberapa elemen dan stimuli yang berkaitan dalam Model Dunn & Dunn

adalah seperti berikut:

(a) Persekitaran – Elemen persekitaran terdiri daripada lampu, bunyi, suhu

dan tempat duduk. Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada murid

yang memerlukan bilik berhawa dingin untuk belajar dan ada murid pula

yang perlu mendengar muzik apabila mereka belajar.

(b) Emosi – Elemen emosi terdiri daripada motivasi, tanggungjawab, daya

ketahanan, dan struktur.

15

Page 16: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

Elemen ini merujuk kepada aspek bahawa ada murid yang

mempunyai daya ketahanan, motivasi dan tanggungjawab yang tinggi

tetapi ada pula yang mempunyai daya ketahanan yang rendah. Sebagai

contoh, ada murid yang mesti menghabiskan satu projek sebelum

memulakan yang baru. Ada murid pula dapat membuat beberapa buah

projek pada masa yang sama.

(c) Fisiologi – Elemen yang terdiri daripada gaya pembelajaran ini ialah

persepsi (audiotori, visual, dan kinestetik). Ada murid yang lebih gemar

belajar pada waktu malam dan ada yang suka belajar pada waktu pagi.

Ada murid yang lain lebih suka rangsangan audio.

(d) Sosiologi – Elemen ini merujuk bagaimana murid-murid belajar dalam

konteks sosial. Guru harus meneliti murid-muridnya dan melihat corak

pembelajaran mereka yakni adakah mereka suka belajar secara

bersendirian, atau suka belajar dengan orang dewasa atau rakan sebaya.

(e) Psikologi – Elemen ini terdiri daripada empat jenis murid iaitu reflektif,

impulsif, global dan analitik.

Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif suka

membuat satu tugasan secara perlahan tetapi mereka yang mempunyai

gaya pembelajaran impulsif dapat membuat sesuatu tugasan

pembelajaran dengan cepat.

Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran global ialah

murid-murid yang suka belajar dalam satu persekitaran di mana terdapat

lampu malap dan tempat duduk informal.

Sebaliknya, murid yang mempunyai gaya pembelajaran analitik

suka duduk dalam satu persekitaran yang mempunyai lampu terang dan

tempat duduk yang formal.

16

Page 17: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

2.2.3 Implikasi Gaya Pembelajaran Ke Atas Proses Pengajaran

Dan Pembelajaran

1. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid yang berlainan adalah

penting supaya guru lebih sensitif kepada perbezaan-perbezaan yang wujud

antara murid.

2. Aspek gaya pembelajaran adalah penting kerana ia boleh menjadi satu

panduan kepada guru supaya mereka cipta pengalaman pembelajaran yang

sepadan dengan cara murid-muridnya belajar.

3. Jika guru dapat menyediakan satu pengalaman pembelajaran yang sejajar

dengan gaya pembelajaran murid, maka mereka dapat belajar dengan lebih

berkesan.

4. Sebaliknya, jika guru tidak dapat memadankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran murid, ia mungkin menjejaskan prestasi akademik murid.

5. Guru juga perlu mengetahui bahawa gaya pembelajaran murid berubah

dengan umur dan mereka suka bekerja dengan kumpulan yang berlainan.

Selain daripada itu, leleki dan perempuan mempunyai gaya pembelajaran

yang berlainan.

6. Mengikut kajian Dunn (2000), perempuan lebih auditori, memerlukan tempat

yang senyap dan satu persekitaran yang formal untuk belajar. Mereka juga

mempunyai motivasi intrinsik yang lebih tinggi daripada lelaki.

7. Murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi

mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza berbanding dengan murid-

murid yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah.

8. Satu implikasi gaya pembelajaran ialah guru harus mengetahui bagaimana

murid-muridnya menunjukkan respon yang berlawanan kepada persekitaran

pembelajaran mereka.

9. Satu lagi implikasi gaya pembelajaran ialah guru harus mengajar murid-

muridnya pelbagai teknik-teknik kemahiran belajar.

10.Guru juga mesti mengajar murud-muridnya untuk mengenal pasti gaya

pembelajaran mereka masing-masing.

17

Page 18: Pemikiran Dan Gaya Pembelajaran

11.Guru boleh menggunakan inventori-inventori seperti Myers-Briggs Type

Indicator (MBTI), Model Gaya Pembelajaran Kolbs dan Instrumen Herman

Brain Dominance (HBDI) untuk mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya.

12.Guru boleh menekankan pada aktiviti-aktiviti untuk melibatkan para pelajar

dalam pengajaran dan pembelajaran.

13.Waktu pembelajaran yang terlalu lama seharusnya diselitkan dengan rehat

yang pendek. Pelajar yang mempunyai dominans otak-kanan sukar belajar

secara berterusan.

18