struktur jantung

3
BAB 2 SISTEM PEREDARAN DAN PENGANGKUTAN STRUKTUR JANTUNG 1. Fungsi jantung ialah mengepam darah ke seluruh badan. 2. Fungsi injap memastikan darah mengalir dalam satu arah sahaja. 3. Jantung manusia mempunyai empat ruang berotot a. Dua ruang di sebelah atas jantung: atrium kiri dan atrium kanan. b. Dua ruang disebelah bawah jantung: ventrikel kiri dan ventrikel kanan.

Upload: dhia-mirza

Post on 18-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

fungsi jantung

TRANSCRIPT

BAB 2SISTEM PEREDARAN DAN PENGANGKUTANSTRUKTUR JANTUNG

1. Fungsi jantung ialah mengepam darah ke seluruh badan.2. Fungsi injap memastikan darah mengalir dalam satu arah sahaja.3. Jantung manusia mempunyaiempatruang berotota. Dua ruang di sebelah atas jantung:atrium kiridanatrium kanan.b. Dua ruang disebelah bawah jantung: ventrikel kiri danventrikel kanan.4. Ruang kiri dan kanan dipisahkan oleh otot yang dikenali sebagaiseptumsupaya darah beroksigen tidak bercampur dengan darah yang terdeoksigen.5. Ciri-ciri atrium dan ventrikel:a. Ventrikel mempunyai ruang isipadu yanglebih besardaripada atrium.b. Ventrikel mempunyai dinding yang lebih tebal berbanding atrium.c. Ventrikel kiri adalahlebih tebaldan lebih otot daripada ventrikel kanan kerana ruang ini mengepam darah di bawah tekanan yang lebih tinggi ke seluruh tubuh badan.6. Aliran darah dalam satu arah (sehala) didalam jantung dikawal oleh tiga jenis injap (valve):a. Injap bikuspid(bicuspid valve or mitra valve) mengawal aliran sehala darah dari atrium kiri ke ventrikel kiri.b. Injap trikuspid(tricuspid valve) mengawal aliran sehala darah dari atrium kanan ke ventrikel kanan.c. Injap sabit(semi-lunar valve) mengawal aliran sehala darah dari ventrikel kiri ke aorta, serta dari ventrikel kanan ke arteri pulmonari.7. Salur darah yang membawa darah keluar dari jantung dinama arteri8. Salur darah yang membawa darah masuk ke dalam jantung dinamakan vena9. arteri dan vena yang terbesar dalam badan.a. Arteri: Aortab. Vena: Vena kava