strategi pengajaran pj

8

Click here to load reader

Upload: ammarimran91

Post on 23-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Strategi Pengajaran Pj

TRANSCRIPT

Page 1: Strategi Pengajaran Pj

11 SPEKTRUM GAYA PENGAJARAN MOSSTON & ASHWORTH (1986)

Mosston & Ashworth (1986) telah membahagikan gaya pengajaran kepada tiga

kategori yang perlu digunanakan dalam semua pengajaran iaitu :

Sebelum Pengajaran

Semasa Pengajaran

Selepas Pengajaran.

Sebelum Pengajaran

Gaya sebelum pengajaran meliputi keputusan yang perlu dibuat sebelum

pengajaran seperti persediaan dan pemilihan topik, objektif, organisasi dan

penyampaian.

Semasa Pengajaran

Gaya semasa pengajaran merangkumi keputusan mengenai pencapaian dan

perlaksanaan.

Selepas Pengajaran

Gaya selepas pengajaran adalah seperti penilaian dan maklum balas daripada

pelajar.

Spektrum gaya pengajaran Mosston dan Ashworth mempunyai unsur

berpusatkan murid dan berpusatkan guru .11 spektrum ini merupakan kerangka

konsep yang sering digunakan dalam penyelidikan bidang kejurulatihan sukan dan

Pendidikan Jasmani. Spektrum ini boleh digunakan dan dimanipulasikan

kesesuaiannya bagi mencapai objektif latihan yang diingini.

Mengikut Mosston and Ashworth, spektrum stail pengajaran 1 hingga 5

mewakili keputusan pengajaran ditentukan oleh guru dan gaya ini merupakan gaya

yang memperkayakan pengetahuan yang lalu manakala gaya 6 hingga 11

menggalakkan pertumbuhan pengetahuan yang baru.

Page 2: Strategi Pengajaran Pj

GAYA 1 : GAYA ARAHAN

Gaya arahan adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan

pelajar menghasilkan pergerakan yang tepat dengan panduan yang diberikan. Dalam

stail ini, guru berperanan membuat kesemua keputusan manakala pelajar

dikehendaki menuruti semua keputusan yang dibuat. Perhubungan langsung dan

rapat antara guru dan pelajar perlu berterusan dalam setiap pergerakan demi

mencapai sesuatu objektif yang dirancang.

Gaya ini sesuai digunakan pada peringkat awal pembelajaran sesuatu

pergerakan terutama dalam situasi yang amat menitikberatkan aspek keselamatan.

Contohnya pada peringkat awal pengajaran kemahiran berenang. Stail ini juga

sesuai digunakan ketika masa penyampaian pengajaran adalah terhad dan

memerlukan iklim bilik darjah yang berdisiplin.

GAYA 2 : GAYA LATIHAN

Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya pengajaran

arahan dimana semua keputusan adalah di bawah tanggungjawab guru. Dalam

P&P guru memberi tunjuk ajar dan pelajar berpeluang melakukan latihan secara

ansur maju dan berperingkat. Guru memberi penerangan aktiviti atau melakukan

demonstrasi. Guru menentukan setiap apa yang ingin diajar. Guru melakukan

pemerhatian terhadap pelajar semasa P&P dan memberi maklumbalas, tunjuk ajar

dan soal jawab. Pelajar melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru.

Gaya ini sesuai untuk masa P&P yang terhad dan pembelajaran peringkat

awal. Jadi, pelajar mempunyai lebih masa untuk melakukan latihan. Sebagai contoh,

guru membuat aktiviti pembentukan kemahiran motor dalam permainan hoki dengan

menyuruh pelajar melakukan kemahiran menggelecek menggunakan skitel.

GAYA 3 : GAYA TIMBAL BALIK

Dalam gaya ini, guru menentukan apa yang akan dipelajari dan menentukan kriteria

pembelajaran. Guru hendaklah memberi penerangan sebelum aktiviti bermula.

Selain itu, guru perlulah menyediakan senarai semak atau lampiran seperti gambar

dan sebagainya. Guru boleh menguji kefahaman pelajar melalui demonstrasi

perlakuan.

Page 3: Strategi Pengajaran Pj

Aktiviti dalam gaya ini dilakukan secara berpasangan. Pelajar bertanggungjawab

untuk menilai satu sama lain. Seorang pelajar melakukan aktiviti dan seorang lagi

memerhati serta memberi maklum balas.

GAYA 4 : GAYA SEMAK KENDIRI

Dalam gaya ini, guru perlu menentukan apa yang akan dipelajari dan kriteria

pembelajaran. Guru mesti memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti.

Semakan kendiri. Gaya ini hanya sesuai untuk perlakuan yang senang bagi

membolehkan murid mudah untuk menilai kelemahan atau kesilapan mereka. Pelajar

bertanggungjawab atas pembelajaran. Gaya ini kurang sesuai digunakan kerana

telah menghadkan perhubungan antara pelajar dengan guru dan antara pelajar

dengan pelajar.

GAYA 5 : GAYA INKLUSIF/PENINGKATAN

Pada permulaan sesi, guru adalah bertanggungjawab untuk memperkenalkan

konsep serta demonstrasi pembelajaran dengan cara inklusi supaya pelajar jelas

tentang tugas dan peranan yang mereka perlu lakukan. Pelajar akan mengendalikan

sepenuhnya sesi pembelajaran secara individu dengan bantuan lembaran aktiviti

tugasan, menetapkan lokasi, dan mencari tahap permulaan yang sesuai. Namun

begitu peranan guru tidak lebih daripada sebagai pemerhati dan pembimbing

semasa berjalannya P&P.

Gaya ini memberi peluang kepada semua pelajar berasa kejayaan. Pelajar

diberi pilihan untuk melakukan aktiviti mengikut kemampuan. Sebagai contoh,

semasa aktiviti lompat tinggi, pelajar bebas memilih untuk melakukan lompatan pada

ketinggian yang mereka suka. Contoh lain seperti pelajar melakukan tekan tubi

mengikut bilangan yang mereka tetapkan sendiri. Pada akhir pengajaran, pelajar

akan cuba menjalankan penilaian kendiri berdasarkan tugas yang telah dijalankan.

GAYA 6 : GAYA PENEMUAN TERBIMBING

Dalam gaya ini, guru perlu merancang pelajaran dan menetapkan tugasan dan

menyediakan beberapa soalan yang bertututan dan menjurus kepada satu jawapan.

Guru mestilah memberi masa yang sesuai untuk pelajar berfikir dan bertindak. Guru

Page 4: Strategi Pengajaran Pj

boleh mengubah soalan jika pelajar tidak dapat mencari jawapan. Dalam gaya ini,

pelajar perlu memberi kerjasama melakukan tugasan berdasarkan soalan-soalan

yang disediakan guru dan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan jawapan.

GAYA 7 : GAYA PENGAJARAN BERPUSAT

Peranan guru hanya lebih dominan dalam fasa pengajaran dan pembelajaran pra

impak dan pasca impak sahaja. Guru hanya bertindak memberikan sesuatu masalah

kepada pelajar atau kumpulan pelajar iaitu dalam fasa pra impak. Pelajar melakukan

aktiviti sendiri atau secara berkumpulan tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru.

Pelajar bebas menggunakaan kaedah dan pendekatan yang difikirkan sesuai dalam

proses menyelesaikan masalah. Peruntukan masa bagi setiap pelajar atau kumpulan

untuk melakukan aktiviti perlulah mencukupi bagi menyelesaikan masalah yang

diberikan. Guru hanya bertindak sebagai pemudah caradalam aktiviti yang dipilih

oleh pelajar . Gaya ini boleh dilakukan dan dilaksanakan secaraindividu,

berpasangan atau secara berkumpulan.

Kebaikan gaya ini adalah pelajar dapat membina pelbagai perlakuan yang

sesuai dengan keupayaan diri mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang

diberikan. Lakuan serta kemahiran yang dibina melalui keupayaan diri sendiri akan

membentuk pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar. Selain itu, pelajar lebih

yakin dan seronok melakukan aktiviti pembelajaran tanpa terlalu terkongkongdengan

arahan atau idea dari guru.

GAYA 8 : GAYA PENEMUAN BERCAPAH

Guru menetapkan tugasan yang mempunyaibanyak jawapan. Kemudian, guru

mendorong pelajar untuk menilai setiap jawaapan yang diberi dan membuat

perbandingan. Perbandingan ini adalah satu cara pelajar menilai keberkesanan

jawapan yang diberikannya.

GAYA 9 : GAYA PEMBELAJARAN INDIVIDU

Gaya ini sangat kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang untuk

memahami tugasan dan murid perlu berfikir secara logik dan sistematik. Murid akan

menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikannya mengikut kebolehan sendiri.

Dalam kes ini, guru hanya bertindak sebagai pembimbing.

Page 5: Strategi Pengajaran Pj

GAYA 10 : GAYA PEMBELAJARAN TERDORONG

Guru bertindak sebagai pemantau manakala murid perlu merancang sendiri aktiviti

pembelajaran. Murid juga bebas memilih gaya pembelajaran kendiri bagi

menyelesaikan tugasan. Ini memberi peluang kepada murid untuk menggantikan

tugas guru mengawal kelas dan merancang program.

GAYA 11 : GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI

Tugasan, aktiviti dan objektif pembelajaran ditentukan oleh murid dan guru bertindak

sebagai pemantau sahaja. Murid menyelesaikan sendiri aktiviti yang dirancang

tersebut bagi mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Sebagai contoh,

murid memilih kemahiran menendang bola sepak dengan menggunakan pelbagai

teknik. Jadi, murid menetapkan sendiri objektif yang ingin dicapainya dalam

menaplikasikan teknik menendang bola sepak dalam pelbagai teknik. Contohnya,

murid ingin melakukan 4 tenik tendangan bola sepak dengan betul.

KESIMPULAN

Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawab

dalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuan

dan kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagai

kaedah pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja Ashworth dan Mosston,

guru akan dapat mewujudkan suasana kerja yang optimum dan mengekalkan disiplin

serta menetapkan satu tahap pencapaian yang tinggi. Melalui kaedah ini juga,

guru dapat memudahkan pemikiran pelajar dan akan berjaya mencapai pelbagai

objektif pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani.

Page 6: Strategi Pengajaran Pj

Rujukan

American Alliance For Health, Physical Education, Recreation And Dance (AAHPERD) (1999). Effective teaching principles for lifelong, individualized health – related fitness. United States of America: Human Kinetics.

Bailey, R. & Macfadyen, T. (2002). Teaching physical education. London: Continuum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Sukatan PelajaranKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohnsen, B. S. (1997). Teaching middle school physical education. United States: Human Kinetics.

Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5 th ed.). San Francisco: Benjamin Cummings.

Schempp, P.G. (2003). Teaching sport and physical activity: In sights on the road to excellence. United States: Human Kinetics.

Wee Eng Hoe (2009). Siri Pendidikan Guru: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Karisman Publications Sdn Bhd. Shah Alam.

Mosston, M., & Ashworth, S. (1994). Teaching physical education (4th ed.). Columbus, OH: Merrill Publishing Company.

Page 7: Strategi Pengajaran Pj

Physical Education Resources: http://physicaleducationresources.com/ teachingstylesmosstonpe. aspx

Sports-media : http://www.sports-media.org/sportapolisnewsletter23newlook.htm

Snowbird : http://www.snowbird.com/imagelib/mtnschool/mspdf/ms_tstyles.pdf