strategi pengajaran inovatif

8
PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN OOI YING HUI TAN HUI SEE TEING SHU ER.

Upload: huisee-tan

Post on 04-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sharing

TRANSCRIPT

STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF

PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKANOOI YING HUI TAN HUI SEE TEING SHU ER.STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF LANGKAH MEMBENTUK STRATEGI INOVATIF 1. Mengenali dan menjiwai ciri-ciri murid Guru bukan sekadar mengenali nama murid sahaja, malah harus menjiwai mereka, memahami kehendak, tabiat, sikap, tingkah laku, kekuatan dan kelemahan diri mengikut tahap umur masing-masing Proses ini harus berlaku pada hari pertama melangkah masuk ke dalam kelas. Dilakukan secara santai melalui proses komunikasi dua hala. 2. Strategi pengajaran Meliputi pendekatan, teknik dan kaedah penyampaian. Berkaitan dengan gaya belajar murid-murid. Contoh:Murid bercirikan visual berminat pada gambar, objek, video, bahan 3D dan sebagainya untuk memenuhi keperluan mereka. Murid peka kepada pendengaran berminat pada bahan pengajaran yang mempunyai bunyi seperti muzik dan kesan bunyi-bunyian. 3. Kreatif dan inovatif Tidak bergantung pada sukatan pelajaran dan bahan pengajaran semata-mata. Supaya tidak menjemukan pelajar. Bertindak sebagai pelakon dengan bijak memainkan peranan dalam pelbagai situasi. Mengintegrasikan pelbagai bahan, kaedah, dan teknik dalam penyampaiannya. Penghasilan, penciptaan, dan pengubahsuaian bahan serta corak pembelajaran.Melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran. 4. Kecindan Tidak terlalu garang atau terlampau lembut. Murid suka guru yang mempunyai ciri kecindan dalam penyampaian. Unsur kecindan: kata-kata atau perlakuan berjenaka. Bertujuan menimbulkan seronok serta menghilangkan tekanan sewaktu sesi pengajaran.

5. Daya imaginasi yang tinggi Berperanan penting dalam proses mencerna minda murid. Contohnya guru memulakan pengajaran dengan soalan umum, dapat membuka minda murid dan berfikir di luar kotak, murid dapat memberi pandangan seluas mungkin. Seterusnya guru membimbing murid ke arah soalan yang berkaitan dengan unit pembelajaran, diikuti soalan yang menjurus kepada isi pelajaran.Melalui cara ini, murid akan dilatih untuk berfikir secara global dan akhirnya dapat mengaitkan dengan apa yang ingin dibincangkan dalam isi pembelajaran. 6. Pemilihan dan pengaplikasian media pengajaran Berbentuk visual, audio, teks atau grafik. Penting dalam proses menjana idea murid. Pada masa inilah guru perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi, di mana diperlukan untuk mengaplikasikan media ini melalui perkakasan dan perisian computer. Pemilihan mestilah sesuai dengan hasil pembelajaran.