stat

Upload: nurul-sakinah

Post on 11-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Yangkini,topikkebarangkaliandiajar dalamTingkatan 4 dan Tingkatan 5. AndaikanKementerian Pendidikanberhasrat memperkenalkannya terdahuludalam Tingkatan1 kurikulum matematik dalam masa terdekat.Bincangpro dan kontraberbuat demikian.Contra1. Tahap kefahaman masih rendah

Pemahaman pelajar sangat berkait rapat dengan proses pembelajaran di sekolah. Begitu juga dengan mata pelajaran matematik yang memerlukan guru untuk membimbing pelajar supaya mereka lebih faham. Jika dilihat dari segi pemikiran, ianya terlalu awal untuk memberikan pengajaran yang sukar seperti topik kebarangkalian, untuk diterima oleh IQ pelajar seperti pelajar Tingkatan 1. Ini kerana pengajaran kebarangkalian memerlukan pelajar menggunakan tahap kefahaman yang agak tinggi. Terdapat beberapa subtopik atau bahagian yang mengelirukan dan menyekat kefahaman pelajar dalam tajuk kebarangkalian ini. Contohnya, subtopik kebaragkalian peristiwa bergabung. Di situ pelajar akan mula keliru dan melakukan kesilapan umum. Maka ini juga akan menimbulkan masalah kepada guru Tingkatan 1 yang mengajar matapelajaran matematik untuk mencari pendekatan-pendekatan yang sesuai dengan tahap pemikiran dan pemahaman mereka. Terdapat beberapa kajian-kajian lepas yang menyatakan topik kebarangkalian adalah sukar bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. Erickson (1999) dan Boaler (1998) pula berpendapat bahawa hanya pelajar yang mahir membaca ayat matematik dapat memahami masalah matematik dengan baik. Para pelajar juga perlulah mempunyai kemahiran dalam menguruskan pengetahuan sendiri supaya dapat menyelesaikan masalah matematikdengan lebih berkesan (Boaler, 1998). Tambahan pula, tajuk Kebarangkalian tidak mempunyai kesinambungan tajuk daripada pembelajaran matematik di menengah rendah iaitu tingkatan satu hingga tingkatan tiga (Audry, 2007). Pengetahuan sedia ada yang dimiliki oleh pelajar tingkatan empat berkaitan tajuk Kebarangkalian pula hanyalah pecahan dan tatatanda set (Yudariah et al,2005). Ini menunjukkan topik kebarangkalian akan memberi masalah kepada murid Tingkatan 1 dan juga gurunya jika topik ini terdapat dalam kurikulum matematik.

Pro1. Minat pelajar

Kebarangkalian merupakan satu pengetahuan yang penting dalam kehidupan masyarakat kita. Kebarangkalian juga digunakan dalam ramalan kaji cuaca, penyelidikan genetik, penyelidikan kejuruteraan dan sebagainya. Minat pelajar terhadap topik kebarangkalian sepatutnya bermula dari awal iaitu dari Tingkatan 1. Topik kebarangkalian walaupun agak sukar difahami pelajar tetapi jika terdapat pendekatan yang menarik seperti penggunaan laman web yang memperkenalkan topik kebarangkalian akan lebih menarik minat pelajar untuk belajar topik tersebut. Minat haruslah dipupuk dari awal supaya pelajar lebih cepat memahami isi yang ingin disampaikan. Murid akan lebih banyak bertanya dan sifat ingin tahu mereka mengenai teknik-teknik kebarangkalian semakin bertambah.Perasaan ingin tahu pelajar sering menjadikan seseorang pelajar bersikap ingin meneroka dan cuba mengetahui secara mendalam tentang ajaran oleh guru.Justeru jika bermula dari tingkatan 1 mereka diajar topik kebarangkalian, mereka dapat memupuk minat mereka dan lama kelamaan mereka berkebolehan sedikit demi sedikit untuk memahami, mentafsir maklumat yang mudah melaui data atau graf yang dipaparkan, samaada di media elektronik atau media cetak dengan lebih cepat dan mahir.Sebagai contoh, subtopik ruang sampel. Pelajar dapat menyenaraikan ruang sampel untuk sesebuah ujikaji melalui gambar rajah