sosialisasi completed

12
Sosialisasi adalah satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui oleh seseorang individu untuk menjadi anggota sesuatu kelompok dengan mempelajari kebudayaan kelompok itu.individu tersebut akan mempelajari bagaimana berkelakuan sebagai seorang ahli masyarakat iaitu berkaitan nilai,sikap dan peranan yang sesuai dan diterima oleh kelompok atau masyarakat itu.Terdapat banyak agen-agen sosialisasi memainkan peranan dalam kehidupan.Mereka memainkan peranan dalam pembinaan penaakulan moral,emosi moral dan tingkahlaku moral. Agen-agen sosialisasi adalah seperti berikut: •Keluarga •Sekolah/Institut •Rakan sebaya •Komuniti/masyarakat •Media massa Selain itu,terdapat agensi tempatan dan juga antarabangsa sebagai agen yang memainkan peranan dalam pembinaan penaakulan moral,emosi moral dan tingkahlaku moral.Agen tempatan adalah seperti Yayasan Salam,Majlis AIDS Malaysia,PEMADAM .Agensi antarabangsa adalah UNESCO,WWF dan LION/Rotary Club.

Upload: bobby-ing

Post on 22-Oct-2015

25 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pp

TRANSCRIPT

Page 1: Sosialisasi Completed

Sosialisasi adalah satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui

oleh seseorang individu untuk menjadi anggota sesuatu kelompok dengan

mempelajari kebudayaan kelompok itu.individu tersebut akan mempelajari

bagaimana berkelakuan sebagai seorang ahli masyarakat iaitu berkaitan

nilai,sikap dan peranan yang sesuai dan diterima oleh kelompok atau

masyarakat itu.Terdapat banyak agen-agen sosialisasi memainkan peranan

dalam kehidupan.Mereka memainkan peranan dalam pembinaan penaakulan

moral,emosi moral dan tingkahlaku moral. Agen-agen sosialisasi adalah

seperti berikut:

•Keluarga

•Sekolah/Institut

•Rakan sebaya

•Komuniti/masyarakat

•Media massa

Selain itu,terdapat agensi tempatan dan juga antarabangsa sebagai

agen yang memainkan peranan dalam pembinaan penaakulan moral,emosi

moral dan tingkahlaku moral.Agen tempatan adalah seperti Yayasan

Salam,Majlis AIDS Malaysia,PEMADAM

.Agensi antarabangsa adalah UNESCO,WWF dan LION/Rotary Club.

Page 2: Sosialisasi Completed

Peranan keluarga

Menurut banyak kajian, pengkaji teori pembelajaran social berpendapatan

bahawa ibu bapa adalah orang yang paling peka terhadap perkembangan

moral seseorang kanak-kanak pada peringkat awal.Bak kata

pepatah,”melentur buluh biarlah dari rebung”.Oleh itu, ibu bapa benar-benar

memainkan perana yang amat penting.Kanak-kanak mudah dan akan diasuh

menerusi proses praktis pemeliharaan dan menerusi tingkahlaku yang

diteladani.Ibu bapa yang bersikap penguasaan serta autokratik akan

mendapati anak-anaknya begitu taat pada arahan teteapi menjadi pasif

dalam tingkahlaku mereka.sebaliknya,ibu bapa yang mengamalkan sikap

bebas akan mendapati sikap anak-anaknya tidak bersopan-santun,tidak

bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari.Ibu bapa yang mengamalkan

cara demokrasi akan mendapati anak-anak mereka lebih aktif,cerdas dan

lebih bersopan-santun.Oleh itu, di sini jelas menunjukkan bahawa keluarga

memainkan peranan dalam pembinaan penaakulan moral,emosi dan

tingkahlaku moral.Selain itu,saiz keluaga juga akan mempengaruhi proses

sosialisasi individu.Contohnya di antara adik-beradik.Interaksi membantu

individu bercakap lebih awal serta memperkembangkan dan menambahkan

perbendeharaan katanya.Nilai-nilai yang diwujudkan oleh adik-beradiknya

akan disajung tinggi oleh seseorang individu.

Page 3: Sosialisasi Completed

Peranan Sekolah/Institusi

Menurut Durkheim,peranan pendidikan moral dan tugas sekolah adalah untuk

mengajar pelajar-pelajar tentang nilai-nilai kemanusiaan dan

kemasyarakatan.Beliau berpendapat bahawa keluarga terlalu kecil dan terlalu

berunsur peribadi untuk menggambarkan keseluruhan system social.Sekolah

adalah agen kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah

untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan.Dengan itu,proses sosialisasi pelajar-

pelajar merupakan satu fungsi yang sah serta positif untuk dikendalikan oleh

pihak sekolah.Oleh sebab pelajar-pelajar berada di sekolah setiap hari

selama 6 hingga 8 jam,sekolah amat mempengaruhi perkembangan pelajar-

pelajar tersebut terutamanya penaakulan,emosi dan tindak laku

moral.Sebagai contohnya,sekolah mengajar pelajar tidak boleh

merokok,bergaduh,merompak,hormat-menghormati dan sebagainya.

Page 4: Sosialisasi Completed

Peranan Rakan Sebaya

Faktor lain yang mempengaruhi proses sosialisasi ialah rakan sebaya.Apabila

sampai pada peringkat remaja,pengaruh keluarga semakin merosot.Apabila

kanak-kanak semakin dewasa,kumpulan sebaya menjadi pengaruh yang

lebih berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka.Oleh sebab

ingin diterima oleh kumpulan,seseorang remaja akan menepati norma dan

nilai yang ditonjolkan oleh kumpulan itu.Namun begitu, ini akan membawa

kebaikan dan juga keburukan.Kumpulan remaja merupakan satu punca nilai-

nilai dan memainkan peranan yang utama dalam menentukan kedudukan

nilai yang diterima dan diamalkan oleh seseorang individu terutamanya

mengenai corak dan tingkah laku yang mereka anggap perlu

dipatuti.Maka,jelas dilihatkan bahawa rakan sebaya juga merupakan agensi

sosialisai penting dalam pembinaan penaakulan,emosi dan tingkah laku

moral.

Page 5: Sosialisasi Completed

Komuniti/Masyarakat

Masyarakat di mana seseorang itu dibesarkan mempunyai peranan yabg

tidak kurang pentingnya dalam membentuk personality anggotanya.Terdapat

ahli psikologi menjalankan kajian ke atas beberapa masyarakat primitif.Kajian

beliau di Amerika Syarikat menunjukkan masyarakatnya tidak mempedulikan

hal orang lain menyebabkan pelbagai perbuatan kurang bermoral dari

peringkat kanak-kanak lagi.Sebaliknya,masyarakat di Samoa terdapat zaman

perantaraan yang harmoni antara zaman kanak dan dewasa.Mereka

dibimbing oleh masyarakat sekeliling dan hidup ditentukan dengan jelas

melalui pemuafakatan dan tidak terdapat punca-punca nyata bagi

menimbulkan sebarang kerunsingan.Kanak-kanak perlu berinteraksi dengan

masyarakat tidak kira tahap umur kerana ini membolehkan mereka bertindak

laku sesuai dengan norma-norma masyarakat seperti orang dewasa.

Page 6: Sosialisasi Completed

Media Massa

Media massa merupakan salah satu faktor ang mempengaruhi proses

sosialisasi .Pada era globalisasit terdapat banyak jenis media massa seperti

radio,surat khabar,internet,dan televisyen ataupun buku-buku yang memang

mempengaruhi perkembangan moral mereka.Iklan juga memainkan

peranannya.Secara tidak disedari,melalui program dan bahan yang dihasilkan

khas untuk kanak-kanak,pengajaran moral dan peranan kanak-kanak sebagai

anggota masyarakat disamapikan kepada mereka.Namun begitu,masalah

yang timbul adalah apabila program dan bahan bacaan yang tidak sesuai

timbul.Dengan perkembangan sains dan teknologi,media massa boleh

mempengaruh kemoralan sesuatu kelompok atau masyarakat dengan

mendedahkan masyarakat itu kepada norma dan nilai masyarakat

lain.Dengan itu,maka perlulah diadakan satu tahapuntuk sebarang tindak laku

yang membayangkan kemoralan masyarakat Malaysia yang tidak

tercemar.Pelajar-pelajar pula hendaklah diberi perlindungan dan dididk

sebaiknya agar mereka dapat menilai pengaruh luar,mana yang baik dan

bermoral,mana pula yang sebaliknya.

Page 7: Sosialisasi Completed

Peranan Agensi tempatan

1. Yayasan Salam

- Sebuah organisasi bebas dan bukan mencari keuntungan.

- Ditubuhkan untuk menggalakkan semangat khidmat sukarela di

kalangan rakyat Malaysia.

- Tujuan adalah memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk

berkhidmat sebagai sukarelawan di kalangan komuniti di dalam dan

luar Negara yang memerlukan perkhidmatan.

- Sukarelawan berkongsi dengan mereka pengetahuan dan kemahiran

serta keupayaan untuk memajukan dir sendiri.

2. Majlis AIDS Malaysia

- Satu inisiatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

- Penggabungan badan-badan bukan kerajaan dalam usaha

memerangi HIV/AIDS.

- Objektifnya adalah memastikan respon badan bukan kerajaan yang

berkomited dan efektif,mengelakkan penyebaran HIV,memastikan

kualiti kehidupan yang paling tinggi kepada mereka yang telah

dijangkiti HIV dan menangkis diskriminasi dan prejudis yang berkaitan

dengan HIV.

Page 8: Sosialisasi Completed

3. PEMADAM

- Persatuan Mencegah Dadah Malaysia

- Menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan

dadah,untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai

bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga mendapat kerjasama

orang ramaidalam usaha membasmi dadah.

- Peranan utama adalah pendidikan pencegahan dan penyebaran

maklumat mesej anti dadah.

Agensi Kebangsaan

1. UNESCO

- Misi utama adalah meningkatkan pengetahuan,standard,dan koopersi

intelektual dalam menggalakan transformasi social yang kondusif

kepada nilai keadilan,kebebasan dan maruah kemanusiaan secara

universal.

- Tugas UNESCO yang penting adalah etika dan hak

kemanusiaan,falsafah dan pembelajaran prospektif dan kajian sains

social empirical.

Page 9: Sosialisasi Completed

2. WWF

- Ditubuhkan pada tahun 1972.

- Memulakan kerja-kerja pemuliharaan di Malaysia.

- Projek yang dijalankan adalah seperti Projek Marin yang melibatkan

terumbu karang.

- Memberi bantuan kepada Cawangan Mergastua pada tahun 1979.

- Mengutamakan strategi pemuliharaan di Malaysia,kursus pendidikan

dan saintifik,Plan Polar Perlancongan Negara dan Program

Pendidikan dan perkembangan Luar Bandar.

3. LION/Rotary Club

- Suatu organisasi terdiri dan kaum pria dan wanita se-dunia yang aktif

dalam usaha atau profesi mereka masing-masing.

- Suatu organisasi sumbangkhidmat yang tertua di dunia.

- Ahlinya terdiri daripada ahli perniagaan dan pemimpin professional.

- Matlamat ialah menambah peluang-peluang untuk

berkhidmat,empunyai taraf etika yang tinggi di dalam pengendalian

perniagaan dan perkidmatan,mengaplikasikan Piagam Khidmat dan

peningkatan persefahaman antarabangsa,muhibbah dan keamanan.

Page 10: Sosialisasi Completed

a) Nyatakan bagaimanakah agen-agen

sosialisasi memainkan peranan dalam

pembinaan penaakulan, emosi moral dan

tingkahlaku moral.

Page 11: Sosialisasi Completed

b) Dengan menggunakan pengurusan

grafik,buat refleksi kendiri tentang sahsiah

anda sebelum dan semasa mengikuti

kursus ini.

Page 12: Sosialisasi Completed

Refleksi kendiri tentang sahsiah saya

sebelum dan semasa mengikuti kursus

Pendek PPPR

Bil Sebelum Semasa

1 Tidak begitu mengambil berat

dalam Pendidikan Moral.

Lebih menitikberatkan Pendidikan

Moral.

2 Malas untuk belajar dan mencari

maklumat

Lebih tekun,gigih dan berusaha

untuk menimba ilmu dan mencari

maklumat.

3 Tidak pandai berkomunikasi

dengan orang lain dan malu

untuk bertanya.

Lebih pandai berkomunikasi

dengan orang lain dan berani

untuk bertanya.

4 Tidak pandai untuk mencari

maklumat.

Tahu bagaimana mencari

maklumat dari pelbagai saluran

5 Tidak begitu bertanggungjawab

dalam melaksanakan amanah

dan kerja yang diberikan.

Menjadi lebih bertanggungjawab

dan amanah untuk memikul

amanah dan kewajipan yang

diberikan.

6 Tidak berdikari semasa

melakukan sesuatu kerja.

Lebih berdikari apabila melakukan

sesutu kerja.