history. pmr 2011. completed

27
PENGHARGAAN Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat illahi kerana akhirnya dapat saya siapkan tugasan kerja khusus PMR Sejarah ini dalam tempoh yang ditetapkan dengan jayanya. Saya, Muhammad Irfan Faruqi bin Abu Bakar, pelajar Tingkatan 3 RK SMK Anderson ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah saya terutamanya Encik Mohmad Guffri b Alpiah, Pengetua SMK Anderson yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian di luar kawasan sekolah, dan Puan Roselinda selaku Guru Sejarah bagi kelas saya yang telah memberi tunjuk ajar tanpa mengenal erti jemu. Tidak lupa juga kepada keluarga terutamanya kedua ibu bapa iaitu Encik Abu Bakar bin Hj. Said dan Puan Hasmah binti Muda yang telah memberi sokongan yang penuh kepada saya . Begitu juga dengan semua rakan-rakan seperjuangan saya terutamanya Amirul

Upload: irfanfaruqi

Post on 04-Jul-2015

262 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

[email protected]

TRANSCRIPT

Page 1: History. PMR 2011. Completed

PENGHARGAAN

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat illahi kerana akhirnya dapat saya

siapkan tugasan kerja khusus PMR Sejarah ini dalam tempoh yang ditetapkan dengan jayanya.

Saya, Muhammad Irfan Faruqi bin Abu Bakar, pelajar Tingkatan 3 RK SMK Anderson

ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang

telah membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah saya terutamanya Encik Mohmad

Guffri b Alpiah, Pengetua SMK Anderson yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk

menjalankan kajian di luar kawasan sekolah, dan Puan Roselinda selaku Guru Sejarah bagi kelas

saya yang telah memberi tunjuk ajar tanpa mengenal erti jemu.

Tidak lupa juga kepada keluarga terutamanya kedua ibu bapa iaitu Encik Abu Bakar bin

Hj. Said dan Puan Hasmah binti Muda yang telah memberi sokongan yang penuh kepada saya .

Begitu juga dengan semua rakan-rakan seperjuangan saya terutamanya Amirul Shahimi serta

Abdul Hakim yang telah bersama-sama saya menyiapkan tugasan ini. Jasa kalian tidak mungkin

saya lupakan. InsyaAllah.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak luar yang telah memberi kerjasama yang

penuh kepada saya dalam menjayakan kerja khusus ini terutamanya kepada pihak Majlis

Bandaraya Ipoh.

Akhirnya, saya berharap agar hasil penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu

generasi muda menjana intelektualisme di samping menambahkan pengetahuan sejarah mereka

tentang Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) di Ipoh, Perak. Sekian.

Page 2: History. PMR 2011. Completed

OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif dalam melaksanakan folio ini. Antaranya ialah melatih pelajar untuk

merancang dan melaksanakan Kerja Khusus Sejarah dari bulan Februari hingga bulan Julai 2011

berpandukan senarai semak.

Melalui pelaksanaan Kerja Khusus Sejarah ini juga, pelajar dapat meningkatkan

kemahiran berkomunikasi ketika mendapatkan bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian dan

dalam temu bual dengan orang awam semasa proses pengumpulan maklumat tentang PBT

dijalankan. Ini sedikit sebanyak membantu pelajar untuk mempraktikkan cara komunikasi yang

betul apabila berhadapan dengan orang awam.

Selain itu, pelajar juga dapat melatih diri untuk mendokumentasikan fakta-fakta sejarah

dan bahan – bahan yang telah dikumpul dengan teliti dan teratur. Dengan pendokumentasian

yang telah dilakukan, pelajar dapat membuat satu laporan yang lengkap dan baik dalam tempoh

masa yang pendek dengan lebih mudah.

Malah, dengan pelaksanaan Kerja Khusus Sejarah ini juga, pelajar dapat meningkatkan

kemahiran berfikir secara lebih kreatif dan kritis dengan menulis esei berkaitan dengan tajuk

yang telah diberi.

Di samping itu, pelaksanaan kerja khusus ini juga dapat memupuk nilai patriotik dalam

diri setiap pelajar dengan menghayati sejarah sesebuah bangunan itu. Ini dapat melahirkan

generasi muda yang mempunyai semangat cintakan negara.

Page 3: History. PMR 2011. Completed

KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah yang telah digunakan ketika menjalankan kajian ini. Antaranya ialah

kaedah lawatan ke tempat kajian. Saya telah menjalankan kaedah ini ketika menjalankan kajian

di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh. Melalui kaedah ini, saya telah memperoleh banyak

maklumat seperti kedudukan institusi PBT ini dan sebagainya.

Saya juga telah menggunakan kaedah temubual ketika menjalankan kajian. Antara

responden yang ditemubual ialah Y. Bhg. CLR. Dato' Hj.Abu Bakar bin Hj Said selaku salah

seorang Ahli Majlis Bandaraya Ipoh. Beberapa responden lain turut ditemubual.

Selain itu, saya juga telah menjalankan kajian melalui sumber kedua seperti majalah.

Melalui kaedah ini, saya juga telah mendapat maklumat yang berguna dan boleh digunapakai

pada bila-bila masa.

Di samping itu, kaedah melayari internet juga telah digunakan untuk mendapatkan

seberapa banyak maklumat yang terkini mengenai tajuk kajian ini.

Page 4: History. PMR 2011. Completed

HASIL KAJIAN

1. Institusi Pentadbiran Tempatan

1.1. Nama

Nama rasmi Institusi Pentadbiran Tempatan yang dikaji ialah Majlis Bandaraya Ipoh atau lebih dikenali melalui nama singkatannya iaitu MBI.

1.2. Lokasi

Pusat pentadbirannya terletak di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450, Ipoh, Perak.

1.3. Objektif

Menghasilkan mutu kehidupan yang lebih selesa dan seimbang serta meninggikan taraf hidup bagi semua penduduk dalam kawasan Majlis dengan cara:

Menyediakan segala kemudahan dan perkhidmatan sebagai asas mencapai mutu kehidupan yang lebih selesa dan meningkatkan taraf hidup penduduk dalam kawasan Majlis.

Memperkemaskan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dan perancangan pembangunan dalam semua bidang.

Menggalakan dan menyediakan kemudahan, rekreasi dan riadah awam. Mengindahkan Bandaraya Ipoh bersesuaian dengan tarafnya sebagai ibu negeri dan pusat

pentadbiran negeri Perak di samping menggalakan industri dan pentadbiran. Menggalakan pertumbuhan industri dan perdagangan. Berusaha mencapai objektif dan aspirasi kerajaan termasuk melaksanakan dasar

Pembangunan Nasional.

MISI

Membina Bandaraya Yang Kondusif Bagi Pembangunan Ekonomi, Sosio Budaya Dan Pembangunan Modal Insan.

VISI

Ipoh Bandaraya Sejahtera, Dinamik Dan Maju.

Page 5: History. PMR 2011. Completed

1.4. Carta Organisasi, Senarai Pentadbir dan Ahli – Ahli Majlis

1 . Datuk Bandar Ipoh : Y. Bhg. Dato’ Haji Roshidi bin Haji Hashim DPMP., AMP., PPT., PJK.

2. Setiausaha Bandaraya : Y. Bhg. Dato’ Haji Abdul Rahim bin Md. ArifDPMP., PMP., AMP.

3. Timbalan Setiausaha : Ir. Haji Badrul Hisham b KamaruddinBandaraya Operasi AMP.

4. Timbalan Setiausaha : Tn. Haji Azizuddin bin Haji AliasBandaraya Teknikal AMP., PPT., APPM.

5. Timbalan Setiausaha : Pn. Hajjah Saidatul Akma binti JamaluddinBandaraya Pengurusan AMP.

Page 6: History. PMR 2011. Completed

1. Y. Bhg. Clr. En.Cheng Wee Meng2. Y. Bhg. Clr. En.Shahul Hamid Mydin Shah3. Y. Bhg. Clr. Dato' Lee Yew Hean, Francis4. Y. Bhg. Clr. En.N. Vijay Chandran A/L G. Narayanan Nair5. Y. Bhg. Clr. Ir.Lai Kong Phooi6. Y. Bhg. Clr. En.Liew See Fan7. Y. Bhg. Clr. En. Syamsul Baharin Putra Bin Ahmad Shibi8. Y. Bhg. Clr. Dato' Daniel Tay9. Y. Bhg. Clr. Dato' Shamsuddin Bin Hj Abd Ghaffar10. Y. Bhg. Clr. Pn.Ceylyn Tay Wei Lung11. Y. Bhg. Clr. Hj.Nasir Bin Hj Ismail12. Y. Bhg. Clr. En.Sabramani A/L Appadurai13. Y. Bhg. Clr. En.Choo Kean Seng14. Y. Bhg. Clr. En.Peter Choong Shean Yang15. Y. Bhg. Clr. Hj.Roslan Bin Zakaria, Mejar (B)16. Y. Bhg. Clr. En.Chang Tat Guan17. Y. Bhg. Clr. En.Wong Kooi Fong18. Y. Bhg. Clr. Dato' Hj.Mohamad Raduan Bin Mohd Kasim19. Y. Bhg. Clr. Datuk Hamzah Bin Mohd Kasim20. Y. Bhg. Clr. En.Kok Pak Foo21. Y. Bhg. Clr. En. Loo Gar Yen22. Y. Bhg. Clr. En.Zulkifli Bin Ab Hamid23. Y. Bhg. Clr. En.Kevin Chang Tat Guan24. Y. Bhg. Clr. Dato' Hj.Abu Bakar Bin Hj Said

Page 7: History. PMR 2011. Completed

2. Latar belakang.

2.1. Sejarah Penubuhan

Perkembangan pentadbiran Ipoh berkait rapat dengan keluasan kawasan pentadbiran

Ipoh. Ini menjelaskan terbukti dari detik-detik sejarah yang akhirnya menaikkan taraf

Ipoh sebagai bandaraya dan ibu negeri Perak Darul Ridzuan.

Ipoh pada mulanya hanyalah menjadi tumpuan tempat persinggahan dan perniagaan

terpenting bagi daerah-daerah di sekitarnya. Nama ‘Ipoh’ dipercayai berasal dari pokok ‘

Upas’. Orang Inggeris menyebut “Epu” manakala orang cina pula menyebut ‘Ipoh atau

‘Paluh’.

Sehingga tahun 1890-an, Sungai Kinta menjadi perhubungan utama di antara ipoh dengan

kawasan-kawasan lain atau luar negeri Perak. Selepas tahun 1874, perkembangan Daerah

Kinta amat lembab terutama masalah perhubungan melalui Sungai Kinta .Kenderaan

seperti sampan, gajah dan kereta lembu memakan masa yang lama. Dalam tahun 1884,

jalan raya wujud menghubungi kawasan perkampungan Gopeng dan pelabuhannya di

Kota Bahru dan seterusnya menghubungkan kawasan perlombongan Papan dengan Batu

Gajah.

Page 8: History. PMR 2011. Completed

Perkhidmatan bas bermula pada tahun 1910 dan tahun 1911 Pejabat Pendaftar Kereta

Motor telah ditubuhkan di Ipoh.Pada tahun 1905-1915. ‘ Kinta Sanitary Board North ’

telah diwujudkan dan tahun 1916-19941, ’ Kinta District Board ’ di bawah pentadbiran

‘ British Military Administration ’ mengambil tempat.

Manakala dalam tahun 1946-1954, ‘ Kinta Town Board ‘ telah wujud yang bermula

dibawah penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 1954-1956, G.S Walker menjadi

Pengerusi Ipoh, dan Menglembu Town Coucil yang ditubuhkan pada tahun 1757-1962

diketuai oleh Encik Abdullah bin Udi. Pada 31hb Mei 1962, Ipoh telah dinaikkan taraf

perbandaran dan dikenali sebagai ‘ Majlis Perbandaran Ipoh ’ yang dipengerusikan oleh

E.G Walker.

Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah

mengisytiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, dan Ipoh sebagai ibu negeri Perak Darul

Ridzuan. Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai ‘ Majlis Bandaraya Ipoh ’ dan Ketua

Eksekutifnya bergelar Datuk Bandar. Kini dibawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis

bandaraya Ipoh terus berusaha untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah

bandaraya yang dinamik dan unggul.

Page 9: History. PMR 2011. Completed

2.2. Undang – undang kecil

Undang-Undang Kecil Gerai-Gerai Milik Majlis

1. Undang-Undang Kecil MBI (Gerai-Gerai Tepi Jalan Kepunyaan Majlis) 19742. Undang-Undang Kecil MBI (Gerai-Gerai Tepi Jalan Kepunyaan Majlis) (Pindaan)19803. Undang-Undang Kecil MBI (Gerai-Gerai Tepi Jalan Kepunyaan Majlis)(Pindaan) 19814. Undang-Undang Kecil MBI (Gerai-Gerai Tepi Jalan Kepunyaan Majlis) (Pindaan) 1984

Undang-ungang penjaja

1. Undang-Undang Kecil Penjaja (MBI) 19812. Undang-Undang Kecil Penjaja (MBI) 1997

Undang-Undang Kecil Perlesenan Perdagangan Perniagaan Dan Perusahaan

1. Undang-Undang Kecil Perlesenan Perdagangan Perniagaan Dan Perusahaan [MBI] 19812. Undang-Undang Kecil Perlesenan Perdagangan Perniagaan Dan Perusahaan [MBI]

[Pindaan] 19823. Undang-Undang Kecil Perlesenan Perdagangan Perniagaan Dan Perusahaan [MBI]

[Pindaan] 19874. Undang-Undang Kecil Perlesenan Perdagangan Perniagaan Dan Perusahaan [MBI]

[Pindaan] 1997.5. UUK Perlesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian [MBI] (Pin) 1997 Pembetulan6. UUK Perlesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian [MBI] (Pin) 1999- kebenaran bertulis

daripada pemunya.7. UUK Perlesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian [MBI] (Pin) – Pembetulan UUK3

Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan

1. Food Handlers [Ipoh Municipal Council By-Laws 1981.

Undang-Undang Kecil Pengawalan Dan Pengawasan Tempat-Tempat Makan

1. Undang-undang kecil pengawalan dan pengawasan tempat-tempat makan [MPI] 1981.

Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan

1. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun kesalahan )(MBI) 19802. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun kesalahan )(MBI) (Pindaan)1992

Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam Dan Pasar Swasta

1. Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam Dan Pasar Swasta [MBI] 1984.Pk.P.U.17/10.5.1984

Page 10: History. PMR 2011. Completed

1. Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam Dan Pasar Swasta [MBI] [Pindaan] 1985 Pk.P.U.41/29.8.1985

1. Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam Dan Pasar Swasta [MBI] [Pindaan] 1990 Pk.P.U.17/2.8.1990

1. Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam Dan Pasar Swasta [MBI] [Pindaan] 1997 Pk.P.U.5/2.8.1997

1. Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam Dan Pasar Swasta [MBI] [Pindaan] 1987 Pk.P.U.23/10.4.1997

Undang-Undang Kecil Pasar Malam

1. Undang-Undang Kecil [pasar malam] MBI 1973Pk.P.U.30/30.8.1973.

Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing

1. Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing [MBI] 19872. Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing [MBI] 1987 Pembetulan3. Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing [MBI] [Pindaan] 1990

Undang-Undang Kecil Larangan Merokok

1. Undang-Undang Kecil Larangan Merokok Dalam Panggung [MPI] 1984.

Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut Dan Pendandan Rambut

1. Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut Dan Pendandan Rambut [MPI] 1981.

Undang-Undang Kecil Rumah Urut

1. Undang-Undang Kecil Rumah Urut [MPI] 1981.

1. Undang-Undang Kecil Rumah Urut [MPI] [Pin] 1997.

Undang-Undang Kecil Tandas Awam

1. Undang-Undang Kecil Tandas Awam [MBI] 1990

Undang-Undang Kecil Iklan

1. Undang-Undang Kecil Iklan [MPI] 19872. Undang-Undang Kecil Iklan [MBI] [Pindaan] 19943. Undang-Undang Kecil Iklan [MBI] [Pindaan] 1997

Page 11: History. PMR 2011. Completed

Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya

1. Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan [Iklan Pilihanraya][MBI] 1990.

Undang-Undang Kecil [Gas Petroleum Cecair]

1. Undang-Undang Kecil [Gas Petroleum Cecair] MP1 1972.

Undang-Undang Kecil Kolam Renang

1. Undang-Undang Kecil Kolam Renang [MPI] 1983.2. Undang-Undang Kecil Kolam Renang [MPI] [Pindaan]1984

Undang-Undang Kecil Kawalan Dan Penyeliaan Kolam Renang

1. Undang-Undang Kecil Kawalan Dan Penyeliaan Kolam Renang [MPI] 19852. Undang-Undang Kecil Kawalan Dan Penyeliaan Kolam Renang [MPI][Pin] 1997

Undang-undang kecil Bayaran Mengambil Dan Membersih Tong Najis Dan Pepasangan Tangki Najis

1. Undang-undang kecil MPI [Bayaran Mengambil Dan Membersih Tong Najis Dan Pepasangan Tangki Najis] 1974

Undang-undang kecil Pemungutan Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap

1. Undang-undang kecil Pemungutan, Pembuangan Dan PelupusanPk.P.U. 23/24.4.1980

1. Undang-undang kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap [MPI][Pin] 1997Pk.P.U. 3/2.1.1997.

1. Undang-undang kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap [MPI][Pin] 1997 Pk.P.U. 24/10.4.1997

Page 12: History. PMR 2011. Completed

2.3. Tanggungjawab Pentadbir Utama

1. Datuk Bandar - mengatur, mengawal dan merancang pembangunan semua tanah dalam Bandaraya Ipoh dan kegunaan tanah – tanah dan bangunan – bangunan itu serta melaksanakan apa – apa tugas lain yang diberi oleh Menteri kepadanya.

-  menyedia dan melaksanakan pelan pembangunan

- mengusaha, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin dan lain-lain penyiaran berhubungan dengan perancangan bandar

- menyedia dan mengemukakan laporan berhubungan dengan perjalanan Akta 267 Bahagian II ( Tugas – tugas dan Kuasa Datuk Bandar )

- melaksanakan apa-apa tugas lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan atau berbangkit daripada apa-apa tugas yang tersebut di atas atau yang mungkin diberi oleh Menteri.

2. Setiausaha Bandaraya - menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Tadbir dalam Majlis Bandaraya.

- membantu Datuk Bandar jika diperlukan.

3. Timbalan Setiausaha - memantau penguatkuasaan dalam Bandaraya Ipoh

Bahagian Operasi - meluluskan permohonan lesen – lesen

4. Timbalan Setiausaha - memantau kerja – kerja pembangunan dan kejuruteraan

Bahagian Teknikal - merancang pembangunan dalam Bandaraya Ipoh

5. Timbalan Setiausaha - melaksanakan tugas dalam hal – hal pengurusan

Bahagian Pengurusan - memantau sumber kewangan MBI - menilai dan menguruskan harta MBI

Page 13: History. PMR 2011. Completed

2.4. Cara pelantikan pentadbir tempatan

Datuk Bandar adalah seorang Pegawai Kerajaan Persekutuan yang dilantik oleh pentadbiran negeri selepas mendapat persetujuan Menteri Besar. Beliau bertugas sepenuh masa dibantu oleh seorang Timbalan Datuk Bandar dan Ketua - ketua jabatan dalam menentukan dan melaksanakan visi, misi , dasar kualiti, objektif, dan aktviti majlis.

Page 14: History. PMR 2011. Completed

3. Peranan

Ekonomi : memajukan ekonomi Bandaraya Ipoh dengan meluluskan lesen -

lesen perniagaan dan perkhidmatan yang boleh

menyumbang kepada kenaikan pendapatan Bandaraya

Ipoh dan peningkatan pelabur dari dalam mahupun luar

negara.

Pendidikan : meluluskan pembinaan sekolah – sekolah, kolej – kolej, mahupun

institusi – institusi pengajian tinggi yang boleh

meningkatkan taraf pendidikan rakyat Ipoh. Secara tidak

langsung, kemajuan dalam bidang perkhidmatan jiga

boleh dicapai melalui taraf pendidikan yang tinggi

dalam kalangan penjawat – penjawat awam mahupun

swasta.

Pelancongan : menyediakan tempat – tempat menarik yang boleh menarik minat

pelancong untuk datang melawat Ipoh dan membangunkan

Bandaraya Ipoh dari segi kemudahan – kemudahan

am, prasarana, pembangunan dan teknologi supaya aktiviti

pelancongan dapat dipertingkatkan. Dalam masa yang

sama, kadar pelancong yang datang melawat tempat –

Page 15: History. PMR 2011. Completed

tempat lain dalam Malaysia juga akan turut

meningkat.

Kebajikan : memastikan semua lapisan masyarakat di Ipoh dapat hidup dalam

keadaan aman, selesa, dan harmoni dengan menyediakan

pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan –

perkhidmatan yang menitik beratkan kelestarian penduduk

tempatan. MBI juga berperanan untuk mengambi

tindakan terhadap aduan – aduan yang dikemukakan

oleh para penduduk demi menjaga keharmonian

hidup mereka.

Page 16: History. PMR 2011. Completed

4. Perkembangan

Sumber Kewangan : MBI mendapat sumber kewangan melalui pihak Kerajaan

Negeri. Segala permohonan untuk mendapatkan

dana perlu diluluskan oleh pihak Kerajaan

Negeri.

Kemajuan Yang : MBI telah menjalinkan hubungan yang baik dengan Bandar

Dicapai Fukuoka, Jepun dan pada tahun 2009, genaplah 20 tahun

hubungan baik antara Bandar Ipoh – Fukuoka.

Hubungan yang baik ini dapat menaikkan nama

Ipoh serta Malaysia di peringkat antarabangsa.

Selain itu, Bandaraya Ipoh juga telah

menjalinkan hubungan yang baik dengan Kota

Medan, Indonesia untuk memperkukuhkan dan memajukan

perkongsian serta kerjasama antara dua Bandar Raya bagi

mempromosikan kesefahaman dan persahabatan antara

Page 17: History. PMR 2011. Completed

rakyat Malaysia dan Indonesia. MBI juga telah berjaya

membangunkan Ipoh dengan efektif dan menjaga

kepentingan penduduk dengan jitu.

Cabaran Yang : MBI menghadapi beberapa cabaran dalam pentadbirannya.

Dihadapi iaitu seperti kewujudan kawasan setinggan, gejala sosial,

dan kegiatan vandalisme terhadap kemudahan –

kemudahan awam. Namun, cabaran yang

paling tegar ialah respon dan pandangan yang

negatif daripada rakyat Ipoh terhadap pelaksaan

tugas pihak MBI.

Saranan dan Harapan : Pihak MBI amat mengharapkan kerjasama para penduduk

dalam segala urusan yang berkaitan dengan pihak

MBI. Pihak MBI juga akan berusaha sedaya upaya

untuk meningkatkan taraf hidup para

penduduk Ipoh. Pihak MBI mengharapkan

sokongan yang padu para penduduk dalam segala

perkara yang berkaitan dengan pihak MBI.

Page 18: History. PMR 2011. Completed

RUMUSAN

Melalui kajian ini, saya dapat merumuskan bahawa kita haruslah bersyukur kerana kita

mempunyai struktur pentadbiran tempatan yang lengkap, berwibawa dan komited dalam

menjalankan tugas. Kita haruslah berterima kasih kepada Tuhan dan mereka kerana

membolehkan kita menjalankan kehidupan seharian dengan sempurna.

Sebagai seorang pelajar, saya menghargai usaha dan tindakan yang telah dilakukan oleh

pihak MBI selaku pihak berkuasa tempatan dalam Bandaraya Ipoh. Saya menyeru kepada

masyarakat yang berbilang bangsa di luar sana agar menghargai pihak kerajaan Malaysia, secara

umumnya kerana telah menubuhkan pihak berkuasa tempatan, dan turut menghargai pihak

berkuasa tempatan, kerana telah membangunkan Bandaraya Ipoh dalam pelbagai aspek.

Akhir sekali, kita wajib bersyukur kepada Tuhan kerana dianugerahi kehidupan dalam

negara Malaysia yang aman, harmoni dan mempunyai pentadbiran yang menitikberatkan

kehidupan rakyat.

Page 19: History. PMR 2011. Completed

LAMPIRAN

Page 20: History. PMR 2011. Completed

RUJUKAN

http://www.mbi.gov.my/web/guest/home

http://utusan-malaysia-online.com/mbi-lantik-wakil-media-sebagai-ahli-majlis

http://suk.gov.com.my/

Berita Bandaraya Ipoh ( Bougainvillea )

Dato’ CLR Hj Abu Bakar b Hj Said

Page 21: History. PMR 2011. Completed