kon sept ual

28

Upload: thirumular

Post on 28-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

df

TRANSCRIPT

Page 1: Kon Sept Ual
Page 2: Kon Sept Ual

kajian penyelidikan 2014T h u r s d a y , M a y 2 2 , 2 0 1 4

KRL3033 - KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK

KEBERKESANAN PENGUASAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM MEMBANTU MENGUASAI TAJUK PELAJARAN

SAINS

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO.  ID

MUSLIM BIN HJ. TAMSIR D20102005350

NAMA TUTOR E-LERNING : DR RAZAK ABD. SAMAD BIN YAHYA

Abstrak

Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks memerlukan kemahiran pemikiran dan penaakulan yang tinggi agar dapat diproses dengan teknologi multimedia merentasi pelbagai displin ilmu yang ada pada dewasa ini.  Penggunaan perisian multimedia merupakan satu medium dan juga cara penyampaian pengajaran konvensional kepada model baharu pengajaran dan pembelajaran berasaskan pelajar.  Menurut Sharifah Maimunah (2003), Pengarah Pusat Perkembangan, menyatakan bahawa bermula daripada tahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik telah diajar di dalam  bahasa Inggeris.  Justeru, dengan adanya teknologi maklumat (ICT), ianya dapat memberikan satu kelebihan kepada

Page 3: Kon Sept Ual

pelajar mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana mereka dapat membuat pencarian ilmu tersebut daripada pelbagai sumber yang kebanyakannya  ditulis di dalam Bahasa Inggeris. Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang paling penting ke arah merealisasikan Wawasan 2020.  Dalam konteks pendidikan negara pada dewasa ini, ia merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.  Pendidikan memainkan peranan penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang cergas, mempertingkatkan daya saing negara dan menambah baik kualiti hidup penduduk sesebuah negara.

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK                                                                                                    1Isi kandungan                                                                                             2BAB 1 - PENDAHULUAN                                                                                    41.1       Pengenalan                                                                                                41.2       Latar Belakang Kajian                                                                  61.3       Pernyataan Masalah                                                                      81.4       Kerangka Konseptual                                                                  101.5       Objektif Kajian                                                                                 101.6       Persoalan Kajian                                                                            111.7       Hipotesis Kajian                                                                             111.8       Signifikan Kajian                                                                            111.9       Pengoperasian Definisi                                                                121.10    Skop dan Batasan Kajian                                                                        131.11    Rumusan                                                                                          14

BAB 2 - KAJIAN LITERATUR                                                                  152.1       Latar Belakang Pendidikan Sains di Malaysia                       152.2       Teori dan konsep yang berkaitan                                             17

2.2.1 Pembelajaran inkuiri.                                                          17                   2.2.2 Pembelajaran konstruktivisme                                         182.3       Masalah-masalah Yang Dihadapi Pelajar dan Guru             182.4       Kajian-kajian Lepas                                                                       202.5       Kesimpulan                                                                                     22

Page 4: Kon Sept Ual

BAB 3 - METODOLOGI PENYELIDIKAN                                              233.1       Pendahuluan                                                                                   233.2       Kaedah Penyelidikan                                                                    233.3       Populasi Dan Sampel Kajian                                                      253.4       Instrumen Kajian                                                                            253.5       Kaedah Pengumpulan Data                                                                    263.6       Analisis Data                                                                                               273.7      Kesimpulan                                                                                                 28

BAB  1PENDAHULUAN

1.1       Pengenalan            Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan Negara dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Salah satu tujuan pendidikan adalah untuk mengoptimalkan kemampuan anak didik dan membantu mengembangkan kemampuan yang sempurna secara fizikal, intelektual, dan emosi. DePorter (1992) dalam teori beliau “Quantum Learning” menyatakan bahawa manusia memiliki potensi untuk berkembang hampir tidak terbatas. Namun kita

Page 5: Kon Sept Ual

hanya memanfaatkan sebahagian kecil sahaja kemampuan tersebut “we live only small part of the life we are given”.Ini disebabkan kita tidak mempunyai kaedah dan media yang tepat untuk mengembangkan kemampuan tersebut. Perkembangan media akhir-akhir ini sangat memberangsangkan dengan kemunculannya teknologi multimedia. Kehadiran media ini diharapkan mampu mengembangkan potensi anak didiknya secara optimal dan menjadikan proses belajar mengajar menjadi lebih berkesan.

            Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang,  harmonis dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan seperti yang dihasratkan itu, pendidikan Sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna.

Penggunaan bahan multimedia merupakan satu isu yang amat penting dibincangkan dalam pendidikan literasi masa kini. Jika suatu ketika dahulu guru lebih banyak bergantung kepada bahan yang diambil daripada buku teks, akhbar, majalah, buku rujukan dan pelbagai bahan bercetak untuk membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kini teknologi multimedia telah merubah teknik pengajaran guru di bilik darjah.                       Multimedia ialah satu perkataan yang sering kita dengar pada masa sekarang apabila kita memperkatakan tentang komputer, lebih-lebih lagi komputer dalam pendidikan. Sebenarnya, multimedia sudah lama digunakan dengan meluasnya dalam pendidikan, cuma istilah ‘multimedia’ tidak wujud sehingga beberapa tahun ini. Pada masa dahulu, komputer menyampaikan maklumat melalui teks. Sekarang, terdapat grafik dan gambar-gambar untuk menunjukkan sesuatu perkara dengan jelas. Malahan ia mampu menunjukkan pergerakan dan kesan bunyi. Teknologi multimedia yang mampu mengintegrasikan teks, grafik, animasi, audio dan video dalam satu persembahan sedang hangat diperkatakan pada masa kini. Ramai yang berpendapat multimedia mampu memberi kesan yang besar dalam bidang komunikasi dan pendidikan. Pada hakikatnya, teks, grafik, bunyi dan video sudah lama digunakan untuk mempersembahkan sesuatu konsep atau topik dalam sesuatu mata pelajaran terutamanya mata pelajaran sains.

Kurikulum sains Malaysia terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran elektif cuma ditawarkan di sekolah menengah atas. Mata-mata pelajaran ini adalah Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan. Mata pelajaran Kimia adalah satu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim secara makroskopik dan mikroskopik, interaksi antara bahan dan

Page 6: Kon Sept Ual

penghasilan dan penggunaan bahan. Pembelajaran Kimia memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan mantap dan menyeluruh.  Kebanyakkan konsep yang terkandung dalam kurikulum Kimia tergolong dalam kategori yang sukar difahami pelajar. Dengan strategi menggunakan pembelajaran menggunakan bahan multimedia, keadaan ini mungkin dapat diperbaiki.

1.2       Latar Belakang KajianKefahaman murid mengenai tajuk-tajuk dalam isi kandungan pelajaran sains

sekolah rendah merupakan satu perkara yang penting dalam bidang sains kerana ia merupakan titik penolak dalam membentuk kefaham murid dalam bidang sains. Konsep-konsep asas dalam sains dipelajari dalam seklah rendah. Pelajar perlu menguasai perkara-perkara asas dalam sains kerana ia akan mempengaruhi minat murid untuk meminati subjek sains dan memudahkan guru untuk membentuk kefahaman murid-muridnya.

Kemajuan ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu cabaran kepada negara dan sistem pendidikan khususnya untuk menyediakan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran ICT.  Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju ICT dalam dunia pendidikan perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan.  Penggunaan ICT juga mampu membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat antarabangsa.

ICT mula diperkenalkan dalam dunia pendidikan pada awal tahun 1990-an.  Sebelum itu, pendidikan berasaskan teknologi hanya menggunakan radio, televisyen dan overhead projector dalam proses membantu sesi pengajaran dan pembelajaran guru.  Rancangan Radio dan TV Pendidikan juga telah diperkenalkan pada tahun 2000 dengan menggunakan teknologi satelit supaya siaran tersebut dapat diperluaskan dan diterima oleh sekolah-sekolah luar bandar dan pendalaman.  Bagi meningkatkan penggunaan ICT, pada tahun 1992, Kementerian Pendidikan telah membekalkan sebanyak 60 buah sekolah luar bandar dengan 20 set komputer untuk pelajar dan satu set komputer untuk guru bagi setiap buah sekolah.

Pada tahun1994, KPM telah melancarkan Projek Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik di 15 buah sekolah rendah luar bandar di negeri Selangor.  Setiap sekolah dibekalkan dengan 21 set komputer dan perisian kursus pendidikan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).  Pada tahun1996 pula, penyediaan infrastruktur ICT diperluas kepada 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah.  Sekolah-sekolah menengah ini dibekalkan dengan 20 set komputer dengan satu pelayan (server) untuk Persekitaran Rangkaian Setempat

Page 7: Kon Sept Ual

(LAN) tanpa kemudahan internet sementara di sekolah rendah komputer yang dibekalkan tidak dirangkaikan.  Antara tahun 1999 hingga 2000 pula, sebanyak 222 buah sekolah rendah dan 110 buah sekolah menengah di seluruh negara telah dibekalkan sebanayak 10 set komputer bagi setiap buah sekolah.

Dalam mengharungi kemajuan ICT, pihak Kementerian Pendidikan sendiri banyak menghadapi masalah atau cabarannya.  Namun begitu, cabaran-cabaran itu dianggap sebagai satu perintis kejayaan dan harus diselesaikan serta ditangani dengan bijak.  Strategi pelaksanaannya juga harus dirancang bagi melicinkan lagi usaha meningkatkan penggunaan ICT di sekolah.

Guru sentiasa mencari pendekatan baru bagi mengajar mata pelajarannya yang dapat memotivasikan pelajar melakukan penyelidikan, menelaah, menulis dan merangsang pelajar mendapatkan maklumat yang diperlukan. Memandangkan Malaysia dengan bermatlamatkan menuju Negara Maju 2020 memerlukan sains dan teknologi untuk membangunkan negara berasaskan industri. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat di mana adalah cara dalam mana pendidikan yang lebih baik akan diperoleh.

Bermula daripada kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah. Jadi, memandangkan pendidikan di alaf baru ini harus berubah menuju ke arah menyediakan dan melengkapkan pelajar dalam menghadapi dunia pekerjaan dan realiti sebenar. Kajian ini dilaksanakan untuk menguji keberkesanan penggunaan ICT dan penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek sains sekolah rendah. Inilah masanya untuk pendidikan Malaysia berubah agar dapat memenuhi wawasan Malaysia menuju Negara Maju 2020.  

1.3       Pernyataan MasalahPenggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. 

Page 8: Kon Sept Ual

Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid  yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer di kelas. 

Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu murid untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak cerdik berbanding dengan rakan-rakan lain supaya mereka tidak berasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda. ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.

Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi. Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet. Contohnya, di negara barat, kanak-kanak berumur empat tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali. Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka. Mampu membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia dan ini meningkatkan lagi kepentingannya. Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang positif yang baru.Semua ciri-ciri yang menarik tersebut dapat dicapai dengan ada bantuan bahan multimedia.

Berdasarkan kajian-kajian yang disebutkan dalam latar belakang kajian yang menunjukkan masalah-masalah ini bukan sahaja dalam Malaysia malah Negara lain ataupun boleh dikatakan seluruh dunia. Justeru, kajian ini perlu dilaksanakan untuk menguji keberkesanan penggunaan teknologi maklumat terhadap minat muird dalam subjek sains.

1.4 Kerangka Konseptual           

PERNYATAAN  MASALAH

KUMPULAN SASARAN

 

Page 9: Kon Sept Ual

PENGAJARAN MENGGUNAKAN ICT

FOKUS KAJIAN 

SOAL SELIDIK

UJIAN PENGESANAN

KEBERKESANANAN KAEDAH

YATIDAK

 

1.5 Objektif KajianSecara khususnya penyelidikan ini adalah bertujuan untuk:

1.    Menentukan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat terhadap minat murid dalam subjek sains.

2.    Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam membentuk minat murid dalam subjek sains.

1.6       Persoalan Kajian

Page 10: Kon Sept Ual

1.    Adakah terdapat perbezaan minat pelajar terhadap sains sebelum dan selepas terdedah dengan pengajaran menggunakan teknologi maklumat?

2.    Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan konsep sains menggunakan teknologi maklumat?

3.    Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam membina kefahaman konsep sains?

1.7       Hipotesis Kajian1.    Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kefahaman pelajar terhadap minat

pelajar sebelum dan selepas pembelajaran menggunakan ICT dan bahan multimedia.

2.    Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar sama ada melalui pembelajaran secara menggunakan ICT dan bahan multimedia ataupun secara tradisional. 

1.8       Signifikan Kajian            Kajian ini wajar dilaksanakan untuk meningkatkan lagi minat murid dalam pembelajaran sains. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran dan kesedaran kepada palajar-pelajar dan juga guru-guru terhadap keberkesanan menggunakan teknologi maklumatdalam pengajaran dan pembelajaran. Ini juga boleh dijadikan sebagai satu panduan bagi guru-guru sains untuk mengajar dengan lebih berkesan agar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dan pencapaian pelajar yang seterusnya boleh meningkatkan mutu pendidikan Negara.                       Pentadbir sekolah juga berperanan untuk merancang dan menyediakn infrakstruktur dan peralatan multimedia seperti projektor dan komputer bagi kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga penting kerana ia bakal memperlihatkan kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar mengenai pengendalian alatan teknologi maklumat dan pengkaji berharap ia mendapat perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia dan penggubal- penggubal kurikulum agar mereka lebih sensitif dan peka lalu mengkaji semula kurikulum yang telah digubal dengan memantapkan lagi kelengkapan teknologi maklumat di semua sekolah.

1.9       Pengoperasian DefinisiKonsep :Konsep dibentuk apabila dua atau lebih objek, peristiwa atau keadaan yang boleh dikenalpasti telah dikumpulkan atau dikelaskan bersama dan diasingkan dari objek, peristiwa atau keadaan lain berdasarkan cirri am, bentuk atau cirri-ciri sepunya (Lawson, 1995)  

Teknologi maklumatMenurut Paisley dan Chen (1982) di petik daripada Brown (1997) 'Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system og encoding a message so that it can be stored, retyrieved and manipulated and functionally it is something that alters a person cognitive organisation'.

Page 11: Kon Sept Ual

    Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi  Maklumat(Information Technology)  atau  IT dan Teknologi Maklumat  dan  Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Multimedia:Multimedia adalah sebarang gabungan teks, grafik, bunyi, animasi, dan video yang berasaskan penggunaan konputeratau media elektronik lain (Tay Vaughn 2001).Multimedia menggunakan pelbagai format media untuk mempersembahkan sesuatu maklumat (Hede dan Hede 2002; Havice 1999).

Pengajaran secara tradiosional:Pengajaran secara tradisional diklasifikasikan sebagai pengajaran melibatkan penggunaan buku teks dan kaedah pengkuliahan sahaja (Havice, 1999).

SainsKata sains berasal dari bahasa Latin “scientia,” yang bermakna pengetahuan. Menurut New Collegiate Dictionary Webster, sains  adalah “pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran atau perbuatan,” atau “pengetahuan yang meliputi kebenaran umum pengoperasian hukum umum, diperoleh dan diuji melalui cara ilmiah [dan] rujukan pada bentuk fizik dunia. Dalam bahasa Arab, kata science diterjemahkan sebagai “ilmu.” Kata ilmu berasal dari bahasa Arab: ‘alima, ya’lamu,’ ilman dengan wazan fai’ila, yaf’alu, fa’lan, yang bererti mengerti, benar-benar memahami.Sains adalah suatu alat, suatu cara khusus untuk menjawab sesuatu pertanyaan. Ketika menjawab suatu pertanyaan ilmiah, suatu hipotesis akan dibuat, data-data dikumpulkan, dan ahirnya hipotesis dapat dibuktikan benar atau salah.

1.10    Skop dan Batasan Kajian            Kajian ini bakal dilakukan terhadap pelajar tahun 5 di tempat dimana saya mengajar iaitu SK Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur. Responden kajian adalah terdiri dari semua pelajar tahun 5.

Page 12: Kon Sept Ual

1.11    RumusanKajian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan penguasaan teknologi maklumat dalam membantu menguasai tajuk pelajaran sains. Guru–guru sains dapat mengenal pasti masalah yang menyebabkan halangan dalam menjalankan aktiviti amali dan seterusnya mengambil langkah yang lebih baik bagi meningkatkan kualiti PdP sains. Di samping itu para pelajar juga akan dapat melaksanakan aktiviti mengikut langkah-langkah yang disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1       Latar Belakang Pendidikan Sains di Malaysia            Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan progresif. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Kurikulum ini

Page 13: Kon Sept Ual

digubal berlandaskan keperluan negara dan ciri sejagat sains. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains yang berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran.

Dalam usaha mencapai status negara maju pada tahun 2020, terselit cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan (Mahathir 1991; Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM2002, 2006). Keupayaan negara dalam bidang sains dan teknologi hanya boleh dicapai apabila negara mempunyai sumber tenaga manusia yang mencukupi menjelang tempoh masa yang ditetapkan. Kesungguhan kerajaan ditekankan lagi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) menerusi pentingnya agenda pembangunan modal insan dalam menghasilkan sumber tenaga yang terbaik,terlatih, sepadan dan mencukupi.

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam usaha membangunkan modal insan (Abdullah 2005; KPM 2006). Pelajar berciri modal insan yang perlu dilahirkan adalah mereka yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan unggul, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, berfikiran kritis dan kreatif, berkemampuan bertindak secara rasional, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baharu dan berketahanan dan berkebolehan berhadapan dengan persekitaran global (Buletin Pendidikan 2005; Muhammad 2005). Bagi memenuhi ciri-ciri modal insan yang dikehendaki, sistem pendidikan negara sentiasa mendapat perhatian dan diberi keutamaan oleh kerajaan. Kurikulum yang digubal menerusi Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) sentiasa dipantau dan disemak semula bagi memastikan kandungannya relevan dan memenuhi pembangunan modal insan negara (KPM 2001, 2005; Musa 2001). Mata pelajaran mata pelajaran yang berteraskan S&T amat ditekankan kepada pelajar agar mereka berminat dengan bidang tersebut dan seterusnya memilih bidang berkenaan sebagai kerjaya. Ia jelas ditekankan semasa penyemakan semula kurikulum sekolah pada tahun 2001 (KPM 2001, 2005; Musa 2001) serta agenda pendidikan dalam RMK-9 melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) (KPM 2006).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baru 2012, telah melahirkan kebimbangan mengenai kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains di peringkat sekolah. Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana telah sampai ke tahap sangat kritikal walaupun banyak inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan bidang sains. Masalah yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku disebabkan persepsi negatif daripada kalangan pelajar terhadap subjek sains sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi. Pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran sains dan matematik adalah sukar untuk lulus dengan cemerlang dan boleh menjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjadikan mata pelajaran berkenaan lebih menarik dan menyeronokkan.

Page 14: Kon Sept Ual

           

2.2       Teori dan konsep yang berkaitan

2.2.1 Pembelajaran inkuiri.

Model Inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.

Berdasarkan epistemology, pendidikan sains moden ialah proses yang mendidik pelajar berhubung sifat sains yang tidak muktamat dan boleh lentur. Sifat sains ini ditunjukan oleh sejarah yang memperihalkan bagaimana teori yang diusulkan oleh Francisci Redi telah menolak hipotesis yang diyakini oleh kebanyakan orang dikala itu. Ketika itu ramai yang beranggapan bahawa beluncas (larva) terhasil secara spontan daripada daging yang sedang mereput . Redi kemudiannya telah melaksanakan ujikaji ringkas untuk membuktikan hipotesisnya. Ujikajinya telah membuktikan hipotesisnya benar. Redi kemudiannya menolak andaian yang diyakini oleh orang ramai ketika itu berhubung dengan penghasilan beluncas. Penolakan hipotesis itu menunjukan bahawa ilmu dalam bidang sains boleh diperbaharui dan diformulasikan semula berdasarkan penemuan bru yang diperolehi daripada kaedah saintifik (Martin 1985).

Kaedah inkuiri Penemuan adalah satu pendekatan penyelesaian masalah yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada pelajar akan menjadi cabaran mereka untuk menyelidik dan meneliti secara mendalam.Ini bermakna menggunakan kaedah inkuri –penemuan dalam pengajaran akan membolehkan pelajar mengambil peranan matematik mengenai strategi pengajaran yang mereka amalkan menunjukan bahawa guru pakar akan sentiasa menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang strategi yang mencari dan menemukan fakta melalui kaedah sainstifik yang mereka lakukan sendiri. Ini bermakna pelajar seharusnya membina hipoesis berhubung sesuatu perkara yang ingin dikajinya, kemudian menguji hipotesis untuk menunjukan kebenarannya. Melalui langkah ini ahli sains berupaya memperolehi ilmu baru dan menolak data sains yang ditemui sebelum ini. Oleh yang demikian, dijangkakan melalui pendekatan pembelajaran inkuiri, pelajar dapat memahami sifat sains yang didak muktamat dan boleh lentur.(Martin 1985).

Page 15: Kon Sept Ual

2.2.2 Pembelajaran konstruktivismeMcBrien & Brandit (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu

pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membine pengetahun dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain. Briner,M. (1999) pula menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan penegtahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Bagi pembangunan perisian berdasarkan teori konstuktivisme, iai menekankan perisian yang mempunyai perspektif yang pelbagai (multiple perspectives) seperti penggunaan alat kolaborasi dan komunikasi dan juga akses kepada data membolehkan pelajar belajar dari pelbagai perspektif. Disamping itu, pembelajaran adalah berpusatkan pelajar iaitu pelajar akan mengaplikasikan sepenuhnya keupayaan mereka untuk bebas memilih apa yang ingin dipelajari, menjana persoalan sendiri serta merancang pembelajaran masing-masing (Johari Surif, 2003)

2.3       Masalah-masalah Yang Dihadapi Pelajar dan GuruBagi merialisasikan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran

dan pembelajaran kemudahan seperti makmal komputer dan peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat harus mencukupi. Terdapat sekolah yang menghadapi masalah kekurangan komputer serta tidak terdapatnya kemudahan internet. Keadaan ini menyebabkan sukar bagi bukan sahaja pelajar tetapi guru-guru untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Boleh dikatakan bahawa keberkesanan penggunaan ICT dalam P&P banyak bergantung kepada guru. Ini membawa kepada masalah seterusnya iaitu berkaitan dengan sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam proses P&P. Sikap guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan ICT digunakan secara efektif dan juga mempengaruhi tahap keyakinan guru terhadap penggunaan komputer dalam bilik darjah (Delcourt & Kinzie, 1993).  

Ramai guru yang mengalami perasaan gelisah apabila mereka perlu menggunakan komputer dalam kurikulum (Woodrow, 1991). Sikap negatif iaitu kurang keyakinan diri dan kekurangan guru berkemahiran komputer merupakan halangan serius kepada pengintegrasikan komputer ke dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak rasa cemas menggunakan komputer, maka semakin besar kemungkinan guru mengintegrasikan komputer dalam kurikulum (Dupagne & Krendl, 1992).

Teori pembelajaran konstruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaaan ilmu oleh individu. Melalui pendekatan teori pembelajaran ini, guru berperanan

Page 16: Kon Sept Ual

sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P dan menggunakan ICT sebagai alat. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guru bagi membolehkan murid-murid mencari dan mengakses maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet.

Guru juga berperanan memantau penggunaan  aplikasi ICT  dalam pembelajaran oleh murid-murid bagi mengelakkan pemesongan tumpuan murid dalam mencari maklumat yang berkenaan.  Guru harus mengambil peluang melalui kecangihan ICT yang membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi.

2.4       Kajian-kajian LepasDalam jurnal ‘Technology Readiness, Internet Self-Efficacy and Computing

Experience of Professional Accounting Students’ oleh Ming Ling Lai (2008), Wallace (1999) melihat kesan teknologi kepada para pelajar iaitu mereka tidak perlu beratur di bilik pensyarah atau merasa kecewa pensyarah yang ditunggu tiada di bilik. Ini berikutan 80 peratus memberikan respon positif ke atas kecanggihan IT pada masa sekarang yang membantu para pelajar menggunakan talian komunikasi sebagai alat hubungan untuk mendapatkan informasi mengenai pembelajaran mereka. Sebagai contoh khidmat General Packet Radio Service (GPRS) membolehkan pelajar menerima data seperti gambar, email, penggunaan Internet dan Intranet.

Menurut Suryanti Awang (2008), dalam jurnal yang bertajuk ‘ICT: Senario dan Cabaran Dalam Pendidikan’, kaedah pembelajaran e-Pembelajaran memberikan beberapa impak kepada keberkesanan dalam penyampaian ilmu dan maklumat kepada pengguna. Antara kesan yang positif dari kaedah pembelajaran ini ialah penjimatan masa, lokasi dan kos, capaian maklumat yang tidak terhad disebabkan maklumat yang di arkibkan serta mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan bilangan pelajar apabila ia di sebarkan melalui Internet. Pendidikan di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan e-Pembelajaran selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat yang celik IT. Kebanyakan universiti terutamanya Universiti Multimedia menggunakan e-Pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran di mana semua maklumat berkaitan pembelajaran dimasukkan ke dalam e-Pembelajaran bagi memudahkan pelajar mencapai maklumat yang diperlukan sama ada nota, tutorial ataupun mendapatkan markah.

Bates (1997) dalam jurnal ‘ICT: Senario dan Cabaran Dalam Pendidikan’ oleh Suryanti Awang (2008) pula percaya terdapat empat tujuan utama yang menyebabkan penggunaan teknologi di Institusi Pendidikan Tinggi, antaranya termasuk membaiki kualiti pembelajaran, membaiki pengaksesan kepada pendidikan dan latihan, mengurangkan kos pendidikan serta membaiki kos efektif bagi pendidikan. Walaupun begitu, penggunaannya yang meluas dalam bidang pendidikan adalah dipengaruhi oleh iklim atau persekitaran tempat seseorang itu belajar, institut atau kampusnya, kelompok dan juga masyarakatnya.

Page 17: Kon Sept Ual

Fryland (1994) dalam Omardin (1999), menyatakan minat yang timbul dalam setiap diri pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila seseorang itu berminat dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai apa yang dicita- citakan. Ini bermakna proses pengajaran akan berjalan lancar sekiranya pelajar berminat dengan subjek dan kaedah yang dijalankan.

Menurut Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud dan Faizah Ahmad dalam kajian ’Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Pembelajaran Penulisan Ilmiah: Tinjauan dari Aspek Kemahiran dan Persepsi Pelajar’, Hansman dan Wilson (1998) berpendapat komputer juga amat berguna dalam pencarian maklumat atau bahan. Para pelajar dapat menggunakan komputer untuk mencari artikel dan jurnal-jurnal tertentu melalui pangkalan data perpustakaan online. Merujuk kajian ini juga Caverly (2000) menyatakan keadaan ini akan dapat menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu lagi ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Nor Hafidah (2002) dalam kajian yang sama turut menjelaskan bahawa selain pelajar, guru-guru juga menggunakan komputer, khususnya Internet bagi tujuan mencari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran seperti mencari bahan-bahan rujukan.

2.5       Kesimpulan.Berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dibincangkan, dapatlah

disimpulkan bahawa penggunaan ICT dalam kelas, dapat meningkatkan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dalam subjek sains, tetapi semua subjek dalam sekolah rendah. Kajian oleh pakar psikologi tentang perlakuan atau tingkahlaku dan pemikiran pelajar adalah satu proses untuk mengembangkan potensi dan kemahiran individu dalam bidang tertentu. Di sini dapat dilihat perkaitan aktiviti pembelajaran dengan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dalam PdP Sains dalam membina kerangka dan memberi kefahaman tentang konsep sains.

Page 18: Kon Sept Ual

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1       PendahuluanMetodologi penyelidikan merujuk Nasariah Mansor, Nafisah Mahmud &

Faizah Ahmad (2002), merupakan suatu kajian yang berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan maklumat. Pengumpulan maklumat melibatkan proses yang memerlukan tempoh masa yang agak panjang, rumit serta mahal. Oleh itu, kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data secara efisien akan menghasilkan maklumat yang kurang relevan serta akan meningkatkan perbelanjaan sesuatu penyelidikan.

Sehubungan itu, bab ini akan membincangkan reka bentuk untuk kajian yang telah dijalankan, populasi dan sampel yang terlibat dalam kajian yang telah dijalankan, instrumen kajian yang telah digunakan dalam kajian, prosedur-prosedur dalam menjalankan kajian ini serta penganalisisan data iaitu bagaimana data dianalisis selepas kerja lapangan dijalankan.

3.2       Kaedah PenyelidikanKajian ini ialah kajian kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses

pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Kajian kuantitatif yang berbentuk kajian ekperimen kuasi untuk menguji keberkesanan penggunaan ICT dan bahan multimedia dalam pembelajaran sains. Ianya dikatakan kuantitatif kerana menggunakan maklumat atau data kuantitatif dimana data kuantitatif bermaksud data yang boleh diukur dengan instrumen tertentu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah 2 set soalan ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca dan juga 1 set soal selidik.

Kajian ini menggunakan kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan pelajar tahun 5, iaitu kumpulan pertama yang disebut sebagai kumpulan campuran dan kumpulan kedua disebut sebagai kumpulan ICT. Kedua-dua kumpulan akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan, manakala ujian pasca dan set soal selidik pula akan diberikan diakhir kajian dijalankan. Jangka masa kajian ini dicadangkan selama enam minggu. Reka bentuk eksperimen kuasi ditunjukkan dalam rajah 1.                                                    

Page 19: Kon Sept Ual

Rajah 1: Reka-bentuk Kuasi - eksperimen 3.3      Populasi Dan Sampel Kajian            Sampel yang dikaji adalah sekumpulan pelajar tahun 5 di SK Tun Hussein Onn. Dengan bantuan guru berkenaan, 60 pelajar dipilih daripada pelajar tahun 5. Murid terdiri dari 2 kelas yang berbeza. Pelajar disusun dalam satu senarai nama dengan nombor 1 hingga 60. Kumpulan pertama iaitu kumpulan kawalan campuran adalah pelajar yang berada dalam kelas 5 Amanah manakala kumpulan yang kedua iaitu kumpulan ICT adalah pelajar yang berada dalam kelas 5 Bestari. Guru dalam kelas 5 Amanah akan mengajar dengan menggunakan kaedah yang biasa digunakannya dan guru dalam kelas 5 Bestari pula menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.            3.4       Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan set soalan ujian dan set soal selidik sebagai instrumen kajian ini. Soalan ujian bertujuan untuk menganalisis keberkesanan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek sains. Terdapat 2 set soalan ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dan ujian pasca melibatkan kedua-dua kumpulan. Ujian pra bertujuan mengetahui pengetahuan sedia ada kedua-dua kumpulan sebelum rawatan dijalankan. Kedua-dua set soalan ujian ini merangkumi beberapa tajuk yang akan dipelajari dalam masa 6 minggu tersebut.

Kedua-dua set soalan ujian ini merangkumi 3 bahagian iaitu bahagian aneka pilihan, struktur dan akhirnya bahagian esei. Terdapat 5 soalan aneka pilihan, 4 soalan struktur dan 1 soalan esei. Responden diberi 40 minit untuk menjawab setiap ujian sama ada ujian pra ( sebelum rawatan ) atau ujian pasca ( selepas rawatan ). Set soal selidik pula mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah maklumat latar belakang pelajar manakala bahagian B pula mengandungi 20 soalan yang perlu dijawab oleh pelajar untuk mengetahui persepsi pelajar bahawa pembelajaran menggunakan ICT dan bahan multimedia dapat memupuk minat untuk belajar atau membantu dalam pemahaman tajuk-tajuk yang dipelajari dalam bilik darjah.

3.5       Kaedah Pengumpulan DataKajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah dimana pengkaji bertugas.

Sebelum menjalankan kajian ini di sekolah, saya mendapat kebenaran daripada pihak sekolah. Selain itu, saya juga berkomunikasi dengan guru sains sekolah. Komunikasi dengan guru adalah penting disebabkan responden kajian ini adalah pelajar beliau, beliau dapat memberi bantuan atas masalah kerjasama pelajar serta keperluan saya sebagai penyelidik untuk menjalankan kajian ini. Tambahan pula, berkomunikasi dengan beliau sebelum menjalankan kajian terhadap anak murid beliau adalah satu tanda penghormatan kepada beliau.

Kajian ini dijalankan semasa sesi pembelajaran dan pembelajaran sekolah supaya guru tersebut tidak berasa tertekan dengan kajian yang saya jalankan ini.

Page 20: Kon Sept Ual

Pada awal kajian, 60 pelajar tahun 5 yang terdiri dari 2 kelas iaitu 5 Amanah dan 5 Bestari. Seterusnya, kumpulan eksperimen tersebut dibahagikan kepada 2 iaitu satu kumpulan Tradisi seramai 30 orang pelajar manakala 30 orang lagi pelajar sebagai kumpulan ICT. Pelajar diberitahu bahawa semua keputusan ujian dan hasil kajian adalah sulit. Sebelum kajian dijalankan, dua kumpulan tersebut diberi ujian-pra, masa diberi adalah 40 minit. Kertas ujian dikutip balik untuk analisis data.

Langkah yang seterusnya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dimana kumpulan Tradisi diajar dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu mengajar melalui rujukan buku teks dan penjelasan dengan lisan semata-mata. Kumpulan ICT pula diajar dengan menggunakan ICT dan bahan multimedia seperti power point dan video. Selepas 6 minggu rawatan diberi, dua kumpulan ini diberi 1 ujian yang dikenali sebagai ujian pasca yang serupa dengan ujian-pra, masa yang diberi sama seperti ujian-pra iaitu 40 minit. Ujian pasca ini adalah untuk mengenalpasti terdapat perbezaan antara pelajar melalui pembelajaran secara tradisional dengan pelajar melalui pembelajaran menggunakan ICT dan bahan multimedia. Daripada ini, keberkesanan menggunakan ICT dan bahan multimedia dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dan dilihat.

Pada masa yang sama, set soal selidik juga diberi kepada kumpulan eksperimen tersebut dan juga dianalisis kemudian. Set soal selidik adalah bertujuan untuk mengetahui pandangan pelajar terhadap pendekatan penggunaan ICT dan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sains. Murid diminta memberi jawapan secara jujur dan mengikut kesesuaian diri mereka sendiri dan bukannnya mengikut tanggapan orang lain atau mana-mana pihak. Segala maklumat yang diberi dirahsiakan dan ia hanyalah digunakan untuk tujuan kajian semata-mata. Jawapan yang diberikan seharusnya bersifat terbuka, jujur dan ikhlas.

3.6       Analisis DataUjian-t digunakan untuk menganalisa data untuk melihat perbezaan

pencapaian pelajar dalam subjek sains melalui pembelajaran menggunakan ICT dan bahan multimedia atau secara tradisional. Ini dapat dilihat keberkesanan penggunaan ICT dan bahan multimedia dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek sains. Data berdasarkan ujian pra dan ujian pasca dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif. Kaedah ini dipilih kerana statistik deskriptif dapat menerang sesuatu data yang dikumpul.

Data yang dikumpulkan akan dianalisa dalam bentuk statistik untuk membuat perbandingan skor min dan peratus bagi Ujian Pra dan Ujian Pos. Maklumat mengenai pencapaian kafahaman pelajar masing-masing ditentukan oleh kadar skor markah. Kadar skor markah ditentukan seperti di dalam Jadual 3.6.1.

Jadual 3.6.1: Kadar skor markah untuk tahap kefahaman

Kadar skor Tahap kefahaman31 – 40 Tinggi21 – 30 Sederhana11 – 20 Rendah

Page 21: Kon Sept Ual

0 – 10 Sangat rendah

Purata markah dikira bagi setiap ujian bagi kumpulan Tradisi yang diajar tanpa menggunakan ICT dan bahan multimedia dan kumpulan ICT di mana pembelajaran dengan menggunakan ICT dan bahan multimedia. Satu jadual seperti Jadual 3.6.2 (contoh) boleh dibina untuk membuat perbandingan hasil kajian ini. Ini membantu penyelidik membuat rumusan daripada data yang dikumpul.

Jadual 3.6.2

Sekolah A, B dan C Kumpulan kawalan( tanpa multimedia )Purata markah

Kumpulan rawatan( dengan multimedia )Purata markah

Ujian Pra(sebelum pembelajaran)

 18Tahap kefahaman rendah

17Tahap kefahaman rendah

Ujian Pasca(selepas pembelajaran)

26Tahap kefahaman sederhana

33Tahap kefahaman sangat tinggi

Data soal selidik  di analisis menggunakan skala likert iaitu penggunaan nombor 1 mewakili pendapat sangat tidak setuju (STS), nombor 2 mewakili pendapat tidak setuju (TS), nombor tiga mewakili pendapat tidak pasti (TP), nombor 4 mewakili pendapat setuju (S) dan nombor 5 mewakili pendapat sangat setuju (SS).

3.7       Kesimpulan            Daripada analisis ujian-t, didapati bahawa terdapat perbezaan signifikan tentang pencapaian pelajar tahun 5 dalam menguasai topik yang ada antara kumpulan Tradisi dan kumpulan ICT yang cara pembelajaran yang berbeza iaitu kumpulan Tradisi yang didedah dengan pengajaran yang tradisional tanpa multimedia dan kumpulan ICT yang melalui pembelajaran dengan multimedia. Dapat saya simpulkan bahawa, melalui ICT, dengan mudah gambaran dapat digunakan untuk pengajaran dan meningkatkan memori pelajar dimana pelajar melihat sendiri proses yang berlaku. Melalui ICT juga, pengajar boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih menarik, yang boleh meningkatkan kehadiran pelajar serta konsentrasi.