pismp sem 6 sce 3112.ppt

Upload: lowkeesun

Post on 30-Oct-2015

1.071 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengurusan makmal sains

TRANSCRIPT

  • PISMP SEM 6SCE3112Pengurusan Makmal dan Sumber Sains

  • Kandungan Kursus

    BilTopik1Pengurusan Makmal Sains2Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia3Peraturan dan Keselamatan Makmal4Teknik Asas Makmal I - II5Pengawetan Spesimen Biologi I-II6Sumber P&P Sains I -IV7Penyediaan dan pengubahsuaian sumber terpilih

  • 1 Pengurusan Makmal SainsStruktur organisasi AJK pengurusan Makmal SainsPeranan dan tanggungjawab kakitangan makmal sainsBelanjawan, pesanan dan pembayaranPenyimpanan stokProsedur pelupusanPerancangan dan rekabentuk makmal sains

  • Makmal Sains dan Bilik SainsMakmal bilik khas untuk p&p sains Peringkat sek. Men, maktab dan univ.Mpy bilik persediaan dan stor.

    Bilik sains- bilik mudah alih utk akt sains sek ren.Bilik sains bergerak troli, peralatan dan bahan sains.

  • Struktur dan Ornganisasi

  • Peranan dan TanggungjawabSetiap jawatan mpy tugasnya sendiriRujuk m/s 40 50 PKMSSPembantu Makmal mpy tugas harian dan tugas cuti sek

  • Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik

    a. Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem bekalan elektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.b. Memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.c. Merancang dan menyediakan :i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasanii. Peraturan keselamataniii. Latihan kecemasan dan kebakaraniv. Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraanv. Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh penggunaannyad. Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi sepenuhnya peraturan makmal.e. Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi.

  • Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematikf. Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sekali.g. Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.h. Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.i. Mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa.j. Menguruskan dan memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli dan yang baru diterima mengikut bilangan dan spesifikasinya.k. Mengurus dan mengelola persediaan dan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains).l. Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.m. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.n. Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam makmal sains dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.o. Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya menepati ciri-ciri keselamatan.p. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

  • Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains4.2.1 Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains.b. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.

  • Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sainse. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti berikut : i.Pesanan peralatan dan bahan sains ii. Stok makmal sains iii. Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sainsv. Kerosakan dan kehilangan v. Penyelenggaraan dan pemeriksaan vi. Kemalangan

  • Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.g. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.h. Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains.i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains.

  • Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sainsj. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.k. Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya dan kakitangan makmal dan bilik sains.l. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.m. Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik sains.n. Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.o. Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan bahan sains di bawah jagaannya.

  • Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sainsp. Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.q. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk guru sains dan kakitangan makmal dan bilik sains berkaitan dengan : i. Pengurusan makmal dan bilik sains ii. Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan

  • Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia SainsPengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan bahan berbahaya yang lainr. Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang berkaitan dengan makmal dan bilik sains.s. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.t. Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.u. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

  • 4.3 Guru Sains

    a. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains.b. Melaksanakan PEKA Sains.c. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains.d. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.e. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik sains.

  • 4.3 Guru Sainsf. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.g. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stok.h. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.i. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.

  • Pembantu Makmal 4.4.3.1 Tugas Hariana. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih.c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan.f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali.g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains.

  • Pembantu Makmalh. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.j. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.k. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.l. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.

  • Pembantu Makmalm. Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir pada setiap hari : i. Membersih bekas dan sisa bahan sains yang telah digunakan ii. Menutup bekalan gas, air dan elektrik iii. Menutup tingkap, mengunci pintu bilik persediaan dan pintu makmal sains iv. Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan pengetua

    n. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.

  • Pembantu Makmalo. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya.p. Mencuci peralatan sains yang kotor.q. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal.r. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

  • Belanjawan, pesanan & pembayaranSurat Pekeliling Kew. Bil. 5 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapitan (PCG) utk SekPCG mata pelajaran teras membeli peralatan dan bahan sainsRujuk m/s 51-57 PKMSS

  • Bangaimana peralatan diperoleh ?Pembekalan PusatPembeliani. Kontrak pusatii. Pembelian Terus

  • Terdapat radas dan bahan yang berbahaya dan berharga yang perlu disimpan dengan selamat di dalam almari atau kabinet yang terkunci

  • http://makmal.9f.com/tugasktgn.html

  • SUMBER KEWANGAN

    Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan wang kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bagi mata-mata pelajaran Sains Teras dan Elektif (Kimia, Fizik, Biologi, Sains Tambahan), sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita (PCG) Untuk Sekolah, KP. 1573/17/Jld. 14 (4) bertarikh 16 Oktober 2002.

  • Pemberian Bantuan Per Kapita (Per Capita Grant, PCG)

    Pemberian PCG adalah merupakan bantuan kewangan di bawah peruntukan belanja mengurus Kementerian Pelajaran kepada setiap murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan (KPM, 2005). Pemberian PCG merangkumi PCG prasekolah, PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran

  • Pemberian Bantuan Per Kapita (Per Capita Grant, PCG) Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002 menyatakan bahawa tuntutan atau pemberian PCG ditetapkan sekali setahun berasaskan bilangan murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya borang tuntutan hendaklah diserahkan oleh pihak sekolah kepada PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya.

  • Kadar Bantuan PCG Bagi Sekolah Sumber kewangan bagi belanja mengurus bilik sains dan makmal sains boleh diperolehi daripada PCG bagi Mata pelajaran Teras (MP Teras). PCG ini hendaklah digunakan untuk membeli peralatan dan bahan sains bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

  • Jadual 5.1: Kadar Bantuan PCG Mata pelajaran Teras (MP Teras) Bagi Sekolah Rendah Harian/ Sekolah Rendah Sukan Mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil 5, 2006, bertarikh 31 Julai 2006.

    JENIS BANTUAN KADAR PCG SETAHUNPCG MP TERAS 101- 150 murid 151 - 500 murid 501 1000 murid 1001 murid dan ke atas RM 2,100 + RM16.00 seorang murid melebihi 100 orang RM 2,900 + RM8.00 seorang murid melebihi 150 orang RM5,700 + RM10.00 seorang murid melebihi 500 orang RM 10, 700 + RM9.00 seorang murid melebihi 1000 orang

  • Contoh 1: Pengiraan Tuntutan PCG Sains Bagi Sekolah Rendah Harian Biasa/ Sekolah Rendah Sukan. SK Taman Rasah Jaya mempunyai bilangan murid seramai 700 orang. Tuntutan PCG bagi Mata Pelajaran Teras adalah seperti berikut: Asas Pengiraan PCG Jumlah PCG MP Teras 500 murid pertama = RM5,700.00 200 murid berikutnya x RM10.00 = M2,000.00 RM7,700.00 Jumlah Tuntutan PCG Sains = 40% x [60% x RM 7,700.00] = RM 1,848.00

  • Perbelanjaan Yang Dibenarkan Menggunakan Bantuan PCG a. Membeli peralatan dan bahan Sains untuk penilaian amali. b. Mengganti peralatan dan bahan Sains yang rosak, pecah atau hilang. c. Menambah bilangan peralatan dan bahan Sains. d. Membeli peralatan baru termasuk bahan bantu mengajar.

  • e. Memperbaiki dan menyelenggara peralatan. Selain itu, PCG juga boleh digunakan untuk perbelanjaan berikut: a. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna (termasuk kertas Braille) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. b. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

  • c. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba dan lain-lain yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran. d. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberikan pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan. e. Perolehan harta modal (Sila Rujuk Bab 6).

  • PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

  • Pembelian Terus Had perolehan mengikut Perkeliling Perbendaharaan.

    Had Nilai Pembelian Cara Perolehan Pembekal

    i. Sehingga RM10,000.00 setahun bagi setiap jenis item. Pembelian Terus Mana-mana pembekal/syarikat sama ada berdaftar atau tidak berdaftar.

    ii. Melebihi RM10,000.00 hingga RM50,000.00 setahun setiap jenis Item Pembelian Terus Pembekal/syarikat bumiputra di dalam daerah berkenaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkaitan. Sekiranya kekurangan pembekal/syarikat bumiputra yang berdaftar di kawasan setempat. Pegawai Pengawal/ Ketua PTJ diberi kuasa menguruskan pembelian daripada mana pembekal/syarikat bumiputra di daerah berdekatan yang diketahui sentiasa menawarkan harga yang berpatutan.

  • iii. Melebihi RM50,000.00 hingga RM100,000.00 setahun bagi setiap jenis itemSebut Harga Lima (5) syarikat/pembekal bertaraf bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

    iv. Melebihi RM100,000.00 hingga RM500,000.00 setahun bagi setiap jenis item. Sebut Harga Lima (5) Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan. Terbuka kepada syarikat bertaraf Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

  • Carta Alir Pembelian Bahan/ Peralatan Makmal Sains Bab 6 ms 65 Buku Pengurusan Makmal Sains

  • BAB 7 PENYELENGGARAAN STOK Penyediaan daftar stok peralatan dan bahan sains perlu mempunyai butiran yang lengkap dan sistematik bagi tujuan: memudahkan penyemakan. menyelaras cara merekod. mengesan dan mengawal pergerakan. memudahkan perancangan perolehan. mengemaskinikan rekod peralatan yang pecah, rosak atau hilang.

  • semua peralatan dan bahan sains yang diterima atau dikeluarkan hendaklah didaftar dan direkodkan berdasarkan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dengan menggunakan borang yang berikut: Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) Daftar Inventori (KEW.PA-3) Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4) Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5) Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-6) Senarai Aset (KEW.PA-7)

  • Pelabelan Aset

    Semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melabel, mengecat, emboss bagi menunjukkan tanda Hak Kerajaan Malaysia (HKM) dan nama Kementerian/ Jabatan berkenaan di tempat yang mudah dilihat dan sesuai pada aset berkenaan. Setiap aset hendaklah ditanda dengan nombor siri pendaftaran. Harta Modal : KPM/SMKT A153/H/09/01 Inventori : KPM/SMKT A153/I/09/01-12

    i. Kod Kementerian Berasaskan sistem fail yang dikeluarkan oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan (MAMPU)

    ii. Kod Jabatan/Bahagian iii. Kod Kumpulan Aset sama ada: Harta Modal (H)(I)iv. Tahun Pembelian v. Nombor Siri Diwujudkan secara berturutan

  • Harta Modal : KPM/SMKT A153/H/09/01 Inventori : KPM/SMKT A153/I/09/01-12 Petunjuk: KPM - Kementerian Pelajaran Malaysi SMKT - SMK Tambun A153 - A = Negeri Perak, 153 = Kod Sekolah Harian H - Harta Modal I - nventori 09 - Tahun Pembelian 01 - Nombor Siri 01-12 - Nombor Siri 1 hingga 12