asaimen falsafah pendidikan di malaysia-pismp sem 1

36
BIODATA DIRI NAMA: HASRULNIZAM BIN HASSAN No. I/C.: 930810-06-5289 No. Tel: 011-16888518 UNIT: PENDIDIKAN SENI VISUAL 2 SEMESTER: PPISMP SEMESTER 3 AMBILAN: JUN 2011 1

Upload: hasrulnizam-hassan

Post on 22-Dec-2015

71 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu 3101

TRANSCRIPT

Page 1: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

BIODATA DIRI

NAMA:

HASRULNIZAM BIN HASSAN

No. I/C.:

930810-06-5289

No. Tel:

011-16888518

UNIT:

PENDIDIKAN SENI VISUAL 2

SEMESTER:

PPISMP SEMESTER 3

AMBILAN:

JUN 2011

ALAMAT:

PT 1825 TAMAN ARIF, KOK LANAS,

16450 KETEREH, KOTA BHARU, KELANTAN.

1

Page 2: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui bahawasanya karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang telah saya nyatakan sumbernya”

Tandatangan :…………………………........

Nama : Hasrulnizam Bin Hassan

No. I/C : 930810-06-5289

Tarikh : 20 Mac 2013

2

Page 3: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

BIODATA DIRI

HALAMAN PENGAKUAN

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 LAPORAN RAHMAN TALIB MEMUPUK PERPADUAN NASIONAL

3.0 CADANGAN-CADANGAN LAIN KEARAH KEMANTAPAN

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

4.0 REFLEKSI

5.0 BIBLIOGRAFI

6.0 LAMPIRAN

Lampiran A-Soalan Tugasan Projek Pengurusan Kokurikulum

Lampiran B- Senarai Laporan Utama Jawatankuasa Pendidikan

Lampiran C-Sistem Persekolahan Mengikut Syor Laporan Razak

Lampiran D-Sistem Pendidikan Formal Yang Disyorkan Oleh

Laporan Rahman Talib 1960

3

i

ii

iii

iv

1

2-7

7-15

16-17

18

19-21

22

23

24

Page 4: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmat dan kurniaNya

dapat saya menyempurnakan tugasan projek Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

(EDU3101) ini dengan jayanya. Bersyukur juga kerana saya dikurniakan kesihatan yang

baik sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya tanpa keberkatan dan

bantuan-Nya, mustahil tugasan ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang

masalah yang rumit. Namun begitu, setiap orang mesti menghadapi kesulitan dalam

melakukan sesuatu perkara walaupun sedikit dan bergantung kepada setiap individu itu

bagaimana untuk menyelesaikannya.

Dalam ruangan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima

kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu saya bagi menyiapkan tugasan ini

terutamanya kepada pensyarah-pensyarah bagi subjek Falsafah dan Pendidikan di

Malaysia yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada saya, terutamanya

pensyarah yang mengajar kami, En. Azmi Bin Ibrahim. Sesungguhnya tanpa mereka,

sukar untuk saya mengetahui dengan jelas cara-cara untuk menyempurnakan tugasan

projek ini.

Selain itu, terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan dan sahabat-

sahabat seperjuangan yang telah memberi kerjasama dengan baik serta tidak lokek

ilmu dalam usaha saya menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan mereka, saya tidak

akan mendapat sumber rujukan yang pelbagai untuk kerja kursus ini. Sebenarnya,

panduan dari mereka telah banyak membantu saya dalam menghasilkan satu tugasan

projek Falsafah dan Pendidikan di Malaysia yang sempurna.

4

Page 5: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

Akhir kata, tanpa kerjasama dan panduan dari banyak pihak, tugasan ini tidak

mungkin akan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Bantuan dari semua pihak

yang terlibat amat saya hargai dan harapan kami agar tugasan projek ini mendapat

respon yang baik dari pensyarah dan seterusnya dapat dijadikan panduan kepada saya

dalam pembelajaran serta dapat dikongsi oleh semua. Sekian, terima kasih

1.0 PENDAHULUAN

Pada tahun 1960, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran Kebangsaan

ditubuhkan dan jawatankuasa tersebut diketuai oleh Menteri Pelajaran Persekutuan

Tanah Melayu pada masa itu iaitu En. Abdul bin Rahman Talib. Jawatankuasa ini

bertanggungjawab untuk mengkaji, menyemak dan mengemukakan cadangan lain

bagi melaksanakan usul-usul yang terdapat dalam Laporan Razak 1957.

Jawatankuasa tersebut juga berperanan bagi memperbaiki sistem pendidikan di

Persekutuan Tanah Melayu. Dapatan jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan

Rahman Talib yang memperakukan dasar pendidikan yang terdapat dalam Laporan

Razak dan penerimaan awam terhadapnya.

Laporan Rahman Talib antaranya menekankan penyesuaian kurikulum

sekolah kepada keadaan dan keperluan negara. Kedua-dua laporan ini menjadi

komponen utama Akta Pendidikan 1961. Pada Januari 1961, akta tersebut

dilaksanakan di Sabah dan Sarawak yang telah bergabung dan membentuk

Malaysia pada tahun 1963.

Matlamat utama laporan tersebut dibuat adalah untuk menyatupadukan kaum

dan merealisasikan pendemokrasian pendidikan. Ia dapat dicapai dengan

penyatuan pelbagai sistem pendidikan yang sedia ada kepada satu sistem

pendidikan kebangsaan dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar utama. Sistem peperiksaan menggunakan dua bahasa rasmi sahaja, iaitu

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Laporan ini juga memberi penekanan kepada

5

Page 6: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

pendidikan vokasional dan teknik bagi keperluan tenaga mahir negara selain

penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan.

2.0 LAPORAN RAHMAN TALIB MEMUPUK PERPADUAN NASIONAL

Perpaduan negara merupakan matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan

seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1961. Unsur-unsur dan nilai yang

dapat memantapkan perpaduan telah dijadikan teras Dasar Pendidikan

Kebangsaan. Bagi memupuk perpaduan nasional menerusi sistem pendidikan,

Laporan Rahman Talib 1960 yang merupakan kesinambungan kepada Laporan

Razak 1965 telah menggariskan tiga teras utama iaitu sistem persekolahan yang

sama bagi semua, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di

semua peringkat persekolahan dan kurikulum serta peperiksaan sekolah yang sama

kandungan dan bercorak kebangsaan.

Laporan Rahman Talib 1960 telah membuat beberapa perubahan dan

penambahbaikan keatas Laporan Razak 1956 bagi membentuk satu sistem

pendidikan yang bersifat kebangsaan serta bertujuan memupuk semangat

perpaduan di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum. Antara cadangan yang

terkandung di dalam Laporan Rahman Talib 1960 adalah seperti berikut:

i. Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan, manakala, sekolah jenis

umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan.

ii. Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan

tanpa mengira keturunan dan agama.

iii. Sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar ditukar kapada Bahasa Melayu.

iv. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah

6

Page 7: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

v. Pelajaran Agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan

yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam

vi. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil pula diajar di sekolah kebangsaan sekiranya

terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar berbangsa Cina atau India.

vii. Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan.

2.1 Sekolah Umum Ditukar Kepada Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Jenis

Kebangsaan

Secara ringkasnya, Laporan Rahman Talib 1960 ada mencadangkan untuk, “…

menghapuskan semua sekolah rendah yang menggunakan bahasa ibunda dan

digantikan dengan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan…bertujuan

mencapai perpaduan nasional.” (Choong Lean Keow, 2010). Pada tahun 1957,

semua sekolah rendah dijadikan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis

kebangsaan. Sekolah Melayu dijadikan sekolah kebangsaan dengan Bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Manakala, sekolah Inggeris, Cina dan

Tamil ditukar menjadi sekolah jenis kebangsaan dengan penggunaan bahasa

masing-masing sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Melayu dijadikan mata

pelajaran wajib.

Walaupun semua sekolah umum telah digantikan dengan sekolah

kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan serta Bahasa Melayu sebagai mata

pelajaran wajib, pelajar bukan Melayu ini masih dapat mangamalkan dan

memelihara bahasa ibunda dan budaya masing-masing. Tujuan utama perubahan

ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping

memantapkan lagi kedudukan Bahasa Melayu secara berperingkat dalam sistem

pendidikan kebangsaan.

2.2 Pelajaran Percuma Kepada Semua Pelajar

7

Page 8: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

Pada tahun 1962, yuran sekolah dimansuhkan di semua sekolah bantuan penuh

kerajaan dan pendidikan rendah disediakan secara percuma untuk semua kanak-

kanak tidak mengira bangsa dan agama, (Pendidikan di Malaysia, 2007). Melalui

penambahbaikan ini, kanak-kanak di Malaysia walaupun berbeza bangsa dan

agama, mereka masih berpeluang untuk menikmati pendidikan yang sama dan

diberikan secara percuma. Hal ini memperlihatkan keazaman kerajaan untuk

mewujudkan perpaduan kaum yang utuh di negara ini melalui pendidikan yang

sama rata untuk semua kaum.

Selain itu, penambahbaikan ini juga dapat mengelakkan berlakunya

keciciran terhadap pelajar yang tidak mampu membayar yuran persekolahan,

terutamanya yang berasal dari keluarga yang miskin. Melalui penambahbaikan ini,

semua kanak-kanak pelbagai kaum akan mendapat pendidikan yang sempurna,

khususnya kanak-kanak Melayu yang tinggal di kampung dan berasal daripada

keluarga petani berbanding kanak-kanak Cina yang lebih mampu dan tinggal di

bandar. Hal ini sekaligus telah merapatkan lagi jurang perpaduan antara kaum di

Malaysia pada masa itu.

2.3 Penggunaan Bahasa Inggeris Ditukar Kepada Bahasa Melayu

Matlamat untuk menyatupadukan kaum dengan penggunaan Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah rendah dan menengah telah

bermula dalam tahun 1970 dan dilaksanakan secara berperingkat. Di Semenanjung

Malaysia dan Sabah, Bahasa Inggeris tidak lagi digunakan sebagai bahasa

pengantar di sekolah rendah pada tahun 1975 dan di sekolah menengah pada

tahun 1982. Manakala di Sarawak perubahan penggunaan bahasa pengantar

daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu bermula pada Darjah 1 dalam

tahun 1977. Bahasa Inggeris pula diajar sebagai bahasa kedua di semua sekolah

(Pendidikan di Malaysia, 2007).

8

Page 9: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

Bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa pengantar utama di setiap

sekolah tersebut adalah berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan

sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Pemilihan ini kerana

didapati bahasa Melayu mempunyai kekuatan untuk membina hubungan diantara

pelajar yang berbilang kaum dan budaya. Perkara ini juga dinyatakan dalam

Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib yang menjadi asas kepada Akta

Pelajaran 1961, yang di dalam mukadimahnya menyatakan semula tujuan dasar

pendidikan kebangsaan ialah: “untuk membina sistem pendidikan kebangsaan

yang akan memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan budaya,

sosial, ekonomi dan politik….termasuklah peruntukan perkembangan sistem

pendidikan yang progresif yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai

bahasa pengantar utama,” (Abdul Rahim Hamdan, 2011)

Hasil daripada pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

dalam sistem pendidikan telah terbukti apabila di akhir tahun 1980-an apabila dasar

bahasa dalam sistem pendidikan negara mencapai tahap perkembangan yang

boleh kita banggakan. Pencapaian yang membanggakan ini membuktikan kejayaan

bahasa Melayu menyatukan generasi dari semua kaum melalui Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan.

Di Malaysia ini, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India.

Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang

melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab

itulah Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar utama berdasarkan

kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana

bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi

merealisasikan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen

perpaduan negara, Laporan Rahman Talib 1960 dan Laporan Razak 1956

dijadikan sebagai asas kepada Ordinan Pelajaran 1957. Menurut laporan itu,

bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan

9

Page 10: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum

khususnya masyarakat di Malaysia.

Penggunaan satu bahasa iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengatar

utama menggambarkan hubungan rakyat Malaysia yang harmoni kerana

kemampuan pelbagai etnik secara bersama menuturkan bahasa tersebut. Dengan

ini, bahasa Melayu menjadi alat penting untuk mewujudkan dan mengekalkan

perpaduan antara kaum. Para pelajar tanpa mengira kaum juga perlu

meningkatkan penguasaan berbahasa dan ketepatan komunikasi disamping fasih

dan lancar dalam pertuturan serta kreatif dan kritis dalam menghasilkan penulisan.

2.4 Pelajaran Agama Islam Diajarkan Di Semua Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan

Menurut seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Rahman Talib 1960, mata

pelajaran Agama Islam akan diajar di sekolah bantuan penuh kerajaan sekiranya

bilangan pelajar melebihi 15 orang. Manakala, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil pula

diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang

pelajar berbangsa Cina atau India (Pendidikan di Malaysia, 2007). Melalui

perlaksanaan cadangan tersebut, mata pelajaran Agama Islam tidak akan dilupai

kepentingannya terhadap perkembangan akhlak dan sahsiah pelajar. Ia juga dapat

menjadi asas kepada perkembangan Agama Islam sebagai Agama Rasmi

Malaysia. Manakala Bahasa Cina dan Bahasa India dapat di kekalkan dan tidak

akan hilang begitu saja dalam diri pelajar yang berbangsa Cina dan India. Hal ini

kerana, bangsa Cina dan India di Malaysia amat mementingkan budaya serta

bahasa ibunda mereka dan tidak mahu budaya dan tradisi mereka hilang begitu

sahaja.

Selain daripada pengekalan budaya dan tradisi setiap bangsa, cadangan ini

juga dapat memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Setiap bangsa akan

berasa bahawa budaya dan tradisi mereka terjaga melalui cadangan ini, sekaligus

mengurangkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sesuatu kaum. Contohnya

bangsa Cina dan India yang bukan merupakan penduduk asal Malaysia yang

mungkin akan berasa tidak puas hati dengan bangsa Melayu terhadap segala

10

Page 11: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

kelebihan yang diperolehi sebagai penduduk asal Malaysia. Tetapi, melalui

cadangan ini rasa tidak puas hati itu dapat dikurangkan dan dapat memupuk

perpaduan antara kaum-kaum tersebut.

2.5 Semua Peperiksaan Awam Diadakan Didalam Bahasa Melayu

Dalam Laporan Rahman Talib 1960 ada mengesyorkan untuk melaksanakan

semua peperiksaan awam dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar utama kecuali bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan

Bahasa Tamil yang perlu dijawab di dalam bahasa masing-masing. Dengan

penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua

peperiksaan, perpaduan antara kaum akan dapat dipupuk disamping dapat

memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Pelajar selain daripada bangsa Melayu, iaitu pelajar yang berbangsa Cina

dan India akan berusaha untuk mempelajari Bahasa Melayu bagi membolehkan

mereka untuk menduduki sesuatu peperiksaan. Mereka akan bergaul dan

berkomunikasi dengan bangsa Melayu dalam usaha untuk mempelajari dan

mengukuhkan lagi penguasaan mereka terhadap Bahasa Melayu. Hal ini akan

mewujudkan satu hubungan yang dapat menggalakkan kepada perpaduan kaum di

Malaysia.

3.0 CADANGAN-CADANGAN LAIN KEARAH KEMANTAPAN PERPADUAN KAUM

DI MALAYSIA

3.1 Mewujudkan Satu Sistem Persekolahan Sahaja

Cadangan pertama yang boleh dilaksanakan kearah kemantapan perpaduan

kaum di Malaysia adalah mewujudkan hanya satu sistem persekolahan sahaja

untuk semua kaum. Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran seperti sekolah

kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah menjejaskan

11

Page 12: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

perpaduan kaum di Malaysia. Walaupun sistem pendidikan ini mempunyai

kepentingannya dan kelebihannya dalam menyatupadukan kaum di Malaysia

pada suatu masa dahulu. Kini, ianya sudah tidak lagi relevan untuk diguna pakai

kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat

Malaysia akan semakin pudar. Pelajar-pelajar berbangsa Melayu, Cina dan India

tidak akan dapat berada di bawah satu sekolah yang sama apabila

menggunakan sistem persekolahan pelbagai aliran tersebut. Hal ini perlu di

ambil serius, kerana sekolah merupakan satu tempat yang sesuai untuk

masyarakat Malaysia yang berbilang kaum untuk bergaul dan saling mengenali

antara satu sama lain.

Walaupun, pelajar yang berbangsa Melayu boleh belajar disekolah jenis

kebangsaan Cina dan India atau sebaliknya, tetapi ibubapa kepada pelajar

tersebut bimbang untuk menghantar anak-anak mereka di sekolah aliran lain

kerana khuatir anak-anak mereka tidak mendapat pendidikan yang secukupnya.

Sebagai contoh, ibubapa berbangsa Melayu khuatir sekiranya anak-anak mereka

yang dihantar ke sekolah jenis kebangsaan Cina atau India tidak mendapat

pendidikan Agama Islam dan Bahasa Melayu yang sempurna seperti pelajar-

pelajar Melayu lain yang belajar di sekolah kebangsaan.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengatakan

bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem

persekolahan sahaja untuk diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju

untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak

akan menyebabkan kehilangan identiti sesuatu kaum tersebut, sebaliknya ia

akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat

Malaysia. Masyarakat Cina, India dan kaum-kaum yang lain masih lagi boleh

mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun belajar di sekolah

yang sama aliran.

12

Page 13: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

3.2 Perpaduan Melalui Kegiatan Kokurikulum

Usaha penyatuan turut boleh diperluas melalui kegiatan kokurikulum di sekolah.

Kegiatan kokurikulum tersebut melibatkan pelajar-pelajar pelbagai bangsa dan ia

akan memberikan peluang kepada mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi

sesama mereka semasa melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti kokurikulum

dilaksanakan secara bersama untuk penyatuan rakyat di negara ini melalui

aktiviti kelab dan persatuan yang terdapat di sekolah di mana pelajar dapat

berinteraksi di antara satu sama lain di dalam komuniti tersebut. Mereka juga

berpeluang memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama dan semangat kekitaan.

Aktiviti seperti kejohanan olahraga tahunan, perkhemahan kokurikulum,

lawatan, pertandingan dan sebagainya yang melibatkan pelajar berbilang kaum

boleh meningkatkan perpaduan sesama mereka. Semasa melakukan aktiviti

kokurikulum, pelajar dari pelbagai kaum yang mungkin di tempatkan di dalam

satu kumpulan akan bersama-sama berganding bahu dan tolong-menolong

antara satu sama lain bagi mencapai sesuatu objektif dan matlamat aktiviti yang

dilakukan. Apabila hal ini terjadi, secara tidak langsung berjayalah usaha untuk

menyatukan bangsa melalui aktiviti kokurikulum di sekolah.

3.3 Program Pertukaran Pelajar Antara Sekolah

Antara cadangan lain yang boleh digunakan bagi memantapkan perpaduan

antara kaum dalam kalangan masyarakat di Malaysia adalah mengadakan

program pertukaran pelajar antara sekolah dari aliran yang berbeza. Program

pertukaran pelajar ini akan melibatkan pelajar dari sekolah kebangsaan, sekolah

jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).

Sebagai contoh, satu kumpulan pelajar dari sekolah kebangsaan

ditempatkan di sekolah jenis kebangsaan Cina dan satu kumpulan pelajar lagi

dari sekolah jenis kebangsaan Cina turut ditempatkan di sekolah kebangsaaan

selama beberapa bulan. Secara ringkasnya, setiap sekolah tersebut mengalami

13

Page 14: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

pertukaran pelajar selama beberapa bulan bagi membolehkan pelajar yang

berlainan kaum dapat bergaul dan mempelajari budaya yang mereka amalkan di

sekolah masing-masing.

Selain daripada itu, kumpulan pelajar yang terlibat dengan program ini

juga dapat berkongsi pandangan dan idea baru terhadap sesuatu pelajaran

dengan pelajar yang berlainan kaum. Mereka akan digalakkan untuk melakukan

sesuatu aktiviti berkumpulan secara bekerjasama tanpa mengira perbezaan

kaum. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung,

pelajar yang pelbagai kaum dapat mempelajari dan menyesuaikan diri dengan

keadaan di sekolah tersebut disamping mereka berusaha untuk saling

memahami dan menghormati antara satu sama lain bagi mewujudkan satu

suasana yang muhibah di sekolah.

3.4 Menggalakkan Pelajar Mempelajari Bahasa Cina Dan Bahasa Tamil

Selain menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan

bahasa rasmi disetiap sekolah, setiap pelajar juga digalakkan untuk

mempelajari Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Di sekolah kebangsaan, mata

pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil perlu diwujudkan dan dijadikan

sebagai mata pelajaran elektif untuk dipelajari dan diduduki oleh pelajar di

dalam peperiksaan. Hal ini kerana, untuk memberi peluang terutamanya kepada

bangsa Melayu bagi mempelajari bahasa kaum lain selain Bahasa Melayu yang

sudah sedia dipelajari dalam kehidupan seharian. Pelajar berbangsa Cina juga

boleh mempelajari Bahasa Tamil dan pelajar berbangsa India boleh

mempelajari Bahasa Cina sebagai bahasa ketiga selepas Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris yang merupakan mata pelajaran wajib disetiap sekolah.

Disamping itu juga, pelajar dapat digalakkan untuk mempelajari Bahasa

Cina dan Bahasa Tamil melalui penubuhan dan penglibatan mereka didalam

Kelab Bahasa Cina dan Kelab Bahasa Tamil yang di wujudkan disetiap sekolah.

Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan setiap tahun bagi menarik minat pelajar

14

Page 15: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

untuk menyertai kelab-kelab tersebut. Antara aktiviti yang dapat dilakukan

adalah seperti pertandingan menulis esei, mendeklamasikan sajak, nyanyian,

kuiz dan sebagainya yang diadakan di dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Melalui usaha untuk memartabatkan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

sebagai bahasa ketiga negara, pelajar dari pelbagai kaum dapat berkomunikasi

dan bergaul antara satu sama lain dengan lebih baik bagi mewujudkan satu

ikatan perpaduan yang utuh antara rakyat di Malaysia. Hasil daripada cadangan

ini akan melahirkan rakyat Malaysia yang saling hormat-menghormati dan saling

bantu-membantu antara satu sama lain bagi mempertahankan bahasa dan

budaya masing-masing yang merupakan hak milik bersama seluruh rakyat

Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

3.5 Kurikulum, Sukatan Pelajaran Dan Peperiksaan Yang Seragam

Kurikulum dan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya dianggap

sebagai salah satu asas kepada sistem pendidikan di Malaysia bagi

mewujudkan perpaduan antara kaum. Kurikulum dan sukatan pelajaran yang

seragam membolehkan pandangan pendidikan setiap kaum di Malaysia hampir

sama dan ia dapat mengelak berlakunya perselisihan fahaman antara kaum.

Cadangan ini juga merupakan langkah awal dalam mewujudkan hanya satu

sistem persekolahan di Malaysia menggantikan sistem persekolahan pelbagai

aliran seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan yang masih

diguna pakai sehingga kini.

Cadangan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah akan

diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang

seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam,

pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah

walaupun sekolah tersebut daripada aliran yang berbeza. Sebagai contoh,

pelajar dari sekolah kebangsaan yang bertukar ke sekolah jenis kebangsaan

15

Page 16: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

tidak akan mengalami sebarang masalah dalam menyesuaikan diri dalam

pelajaran dan kokurikulum kerana setiap sekolah mempunyai kurikulum,

sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama. Cadangan ini boleh

mambantu proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping

mewujudkan keperibadian yang sama dalam kalangan mereka. 

3.6 Menggalakkan Guru Untuk Mengajar Di Sekolah Berlainan Aliran.

Cadangan seterusnya adalah dengan menggalakkan guru untuk mengajar di

sekolah berlainan aliran. Contohnya, guru yang berbangsa Cina digalakkan

untuk mengajar di sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan Tamil

dan sebaliknya bagi guru berbangsa Melayu dan India. Melalui cara ini, pelajar

dan guru tersebut dapat berkongsi cerita dan budaya mengenai kaum masing-

masing ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas.

Perkongsian budaya tersebut boleh diselitkan dengan perkara yang diajar

didalam kelas, tetapi ia mestilah mempunyai perkaitan dengan apa yang diajar.

Hasil daripada perkongsian tersebut akan membolehkan pelajar dan guru yang

terdiri daripada berbilang kaum memahami budaya dan tradisi antara satu sama

lain dan akan mewujudkan rasa toleransi dan hormat-menghormati antara

mereka.

Selain itu, guru juga berperanan dalam mendidik dan menyemai nilai

perpaduan dalam diri setiap pelajar di sekolah. Guru akan menjadi satu contoh

yang terbaik untuk pelajar dari pelbagai kaum mempelajari dan meniru nilai-nilai

perpaduan yang ada pada mereka. Sekiranya, sesuatu sekolah itu tidak

mempunyai ramai guru yang berbilang bangsa, maka tidak akan berlakulah

sebarang perkongsian budaya dan tradisi antara pelajar dengan guru tersebut

dan menyebabkan toleransi antara kaum tidak mencapai matlamat seperti yang

dirancang.

3.7 Perumahan Wawasan

16

Page 17: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

Cadangan untuk mewujudkan Perumahan Wawasan adalah sama seperti

konsep penubuhan Sekolah Wawasan yang telah dibina oleh kerajaan sebelum

ini. Konsep Perumahan Wawasan adalah bertujuan untuk membolehkan

masyarakat di Malaysia bergaul, berkomunikasi dan menjalankan aktiviti

bersama-sama di dalam satu kawasan penempatan tanpa mengira kaum dan

agama. Di dalam Perumahan Wawasan, ia akan menempatkan keluarga-

keluarga dari pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain untuk

mewujudkan satu komuniti masyarakat sesuatu taman perumahan yang

berbilang kaum.

Konsep Perumahan Wawasan ini memerlukan setiap kaum yang berbeza

untuk hidup harmoni dalam satu komuniti dan bersama-sama dalam

melaksanakan sesuatu aktiviti seperti gotong-royong, sambutan hari perayaan,

majlis-majlis kenduri dan sebagainya. Selain itu, semangat perpaduan dan rasa

tanggungjawab untuk melindungi komuniti yang berbilang kaum tersebut dapat

di semai melalui penglibatan mereka di dalam Jawatankuasa Keselamatan

Kampung atau taman perumahan. Masyarakat yang berbilang kaum

bekerjasama dan saling bantu membantu dalam memastikan kehidupan mereka

di kawasan perumahan tersebut selamat dan terjamin. Melalui cadangan ini,

setiap kaum di Malaysia dapat hidup dengan harmoni serta saling bantu

membantu antara satu sama lain bagi mewujudkan semangat perpaduan yang

mantap dan utuh.

3.8 Program Rancangan Integrasi Pelajar Untuk Perpaduan (RIMUP)

Rancangan Integrasi Pelajar Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diilhamkan oleh

bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi pada

tahun 1986 ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran adalah

merupakan program yang menggalakkan penglibatan pelajar, guru dan

masyarakat setempat tanpa mengira kaum dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Aktiviti-aktiviti tersebut melibatkan penggunaan bersama kemudahan, peralatan,

17

Page 18: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

penggemblengan tenaga dan kepakaran. Penganjuran program RIMUP

dilaksanakan mengikut kumpulan dengan menggabungkan sekolah kebangsaan

dan sekolah jenis kebangsaan yang berhampiran bagi membolehkan pelajar

pelbagai kaum bergaul sesama mereka.

Sekolah-sekolah dikelompokkan mengikut kumpulan iaitu Kumpulan A

terdiri daripada sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan Cina

(SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT), Kumpulan B adalah

melibatkan SK dan SJKC, Kumpulan C melibatkan SK dan SJKT dan Kumpulan

D adalah SJKC dan SJKT. Penganjuran program ini dapat melahirkan

persefahaman dan toleransi antara pelajar pelbagai kaum disekolah apabila

mereka melakukan aktiviti bersama-sama. Antara aktiviti yang telah dibuat

adalah seperti pertandingan F1 in Schools dan Robotik.

Selain itu, Program e-Integrasi yang merupakan salah satu cabang dan

kegiatan tambahan dibawah program RIMUP juga dapat menjadi medium

kepada perpaduan kaum di Malaysia. Program ini berjaya menjadikan teknologi

komunikasi dan maklumat (ICT) sebagai pendekatan untuk mengeratkan

perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar. dalam program ini

mengandungi 10 modul maya 150 adegan interaktif yang menggunakan

teknologi yang sangat menarik. Terdapat juga pertandingan maya yang akan

diberi gred secara automatik dan pasukan yang berjaya adalah pasukan yang

sanggup bekerjasama sesama ahli pasukan masing-masing tanpa mengambil

kira perbezaan kaum. Program-program seperti ini sangat penting dan berguna

dalam membentuk sebuah negara bangsa yang berbilang kaum bagi

mewujudkan negara Malaysia yang mempunyai rakyat yang bertoleransi dan

saling bantu membantu antara satu sama lain.

3.9 Sekolah Wawasan

18

Page 19: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

Penubuhan Sekolah Wawasan merupakan salah satu usaha untuk memupuk

semangat perpaduan di kalangan pelajar di sekolah rendah. Sekolah Wawasan

berkonsepkan pelajar belajar, bermain dan menjalankan aktiviti bersama-sama

di dalam satu kawasan tanpa mengira kaum dan agama. Dalam konsep ini,

Kementerian Pelajaran membina dua atau tiga sekolah iaitu sekolah

kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan

Tamil yang ditempatkan dalam satu kawasan dan berkongsi kemudahan-

kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan dapat mewujudkan persekitaran

yang memberi peluang lebih luas kepada pelajar daripada kaum yang berbeza

untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti .

Dengan kewujudan Sekolah Wawasan, ianya dapat membantu dalam mambina

satu masyarakat Malaysia yang hidup dengan lebih harmoni walaupun terdiri

daripada berbilang bangsa, agama, adat resam dan kebudayaan.

19

Page 20: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

4.0 REFLEKSI

Oleh : Hasrulnizam B. Hassan No I/C : 930810-06-5289

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi atas berkat,

kesabaran dan ketekunan saya dalam menempuhi pelbagai rintangan dan halangan

bagi menyiapkan tugasan projek ini. Sepanjang saya menyiapkan tugasan projek

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (EDU 3101) bagi pelajar PISMP Ambilan Jan 2013

Unit Pendidikan Seni Visual 2, pelbagai pengalaman berharga saya perolehi, disamping

dapat mengetahui dan mendalami syor-syor yang dikemukan di dalam Laporan

Rahman Talib 1960 dalam memupuk perpaduan nasional.

Pada mulanya, saya menjangkakan tugasan projek ini tidak susah untuk

dilakukan. Tetapi apabila diteliti semula, ia tidak semudah seperti yang difikirkan

sebelum ini. Saya terpaksa membuat semula tugasan projek ini kerana hasil yang saya

siapkan pada awalnya tidak menepati kehendak soalan. Saya hampir berputus asa

ketika itu, namun begitu saya cuba menguatkan diri untuk menyiapkan juga tugasan

projek tersebut apabila memikirkan masih banyak lagi tugasan projek lain yang perlu

disiapkan sebelum saya mula pergi kesekolah rendah pilihan untuk Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS) pada bulan empat nanti.

20

Page 21: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

Ketika proses menyiapkan tugasan projek ini, pelbagai masalah yang saya

hadapi, terutamanya masalah sambungan internet IPG yang perlahan menyukarkan

pencarian maklumat serta masalah ketika mencari buku yang berkaitan dengan

perkembangan pendidikan di Malaysia. Hal ini, adalah kerana masalah sambungan

internet yang masih belum dipertingkatkan serta kurangnya buku rujukan yang

berkaitan di pusat sumber.

Semasa melaksanakan tugasan projek ini, saya ada merujuk jurnal dan tesis di

pusat sumber bagi melihat contoh format yang digunakan untuk membuat penulisan

akademik serta membuat rujukan di internet bagi menghasilkan pengurusan grafik (i-

think) untuk menyediakan nota pembelajaran seperti yang dikehendaki di dalam

Bahagian B soalan tugasan projek. Penyediaan nota itu adalah dilaksanakan secara

berkumpulan dan perlu dibukukan di dalam satu folio berkumpulan.

Walaupun mendapat bantuan daripada rakan-rakan yang lain ketika menyiapkan

tugasan projek ini, saya juga mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pensyarah

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia saya, iaitu En. Azmi Bin Ibrahim serta daripada

pensyarah-pensyarah lain. Melalui bantuan pensyarah, rakan-rakan dan usaha sendiri,

akhirnya, kerja kursus yang diusahakan siap juga. Alhamdulillah.......

21

Page 22: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

5.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Hamdan. (2011). Falsafah dan Pemikiran Pendidikan. Johor: Penerbit UTM Press, Universiti Teknolgi Malaysia

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2007). Pendidikan Di Malaysia Edisi 2007. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Choong, L. K. (2010). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Indah. (2008). Laporan Abdul Rahman Talib (1960). http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/laporan-abdul-rahman-talib-1960.html. Dilayari pada 23 Februari 2013.

Syahir. (2011). Implikasi Laporan Rahman Talib 1960: Sistem Pendidikan Kini. http://www.cikgusyahir.com/2011/01/implikasi-laporan-rahman-talib-1960.html . Dilayari pada 22 Februari 2013.

Tanpa nama. (2011). Sejarah Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. http://www.asampedasikanpari.blogspot.com/2011/05/sejarah-perkembangan-pendidikan-di.html. Dilayari pada 22 Februari 2013.

Zairul Salleh. (2011). Penyata Razak Dan Penyata Rahman Talib. http://smgr1991.blogspot.com/2012/12/penyata-razak-dan-penyata-rahman-talib.html. Dilayari pada 23 Februari 2013.

22

Page 23: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani. (2003). Pendidikan Negara Bangsa. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

6.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN A

23

Page 24: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

24

Page 25: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

25

Page 26: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

LAMPIRAN B

26

Page 27: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

LAMPIRAN C

27

Page 28: Asaimen Falsafah Pendidikan Di Malaysia-pismp Sem 1

LAMPIRAN D

28