soalan tugasan kk - edu3063

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK PROGRAM PISMP AMBILAN JANUARI 2013 (TUGASAN PROJEK) Program: PISMP Nama Guru Pelatih : Tajuk Kursus : Budaya dan Pembelajaran Kod Kursus : EDU3063 Semester : 5 ( PISMP Ambilan JAN 2013) Tarikh Mula :17.02.2015 Tarikh Hantar :17.03.2015 A. Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia; 2. Menghuraikan konsep ketaksamaan peluang pendidikan; 3. Menganalisis kepelbagaian sosio-budaya dan implikasinya; 4. Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya; 5. Mahir berkomunikasi untuk mendepani kepelbagaian kelompok; 6. Menangani isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik darjah; 7. Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya Kerja kursus ini bertujuan menilai hasil pembelajaran 2,3,4, dan 6 B. Objektif Projek: Objektif Projek :

Upload: aweng-topex

Post on 18-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKPROGRAM PISMP AMBILAN JANUARI 2013(TUGASAN PROJEK)

Program: PISMP

Nama Guru Pelatih :

Tajuk Kursus : Budaya dan Pembelajaran

Kod Kursus : EDU3063Semester : 5 ( PISMP Ambilan JAN 2013)

Tarikh Mula :17.02.2015

Tarikh Hantar :17.03.2015

A. Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia; 2. Menghuraikan konsep ketaksamaan peluang pendidikan; 3. Menganalisis kepelbagaian sosio-budaya dan implikasinya; 4. Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya; 5. Mahir berkomunikasi untuk mendepani kepelbagaian kelompok; 6. Menangani isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik darjah; 7. Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

Kerja kursus ini bertujuan menilai hasil pembelajaran 2,3,4, dan 6B. Objektif Projek:Objektif Projek :1 Menerangkan konsep persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. 2 Menghubungkaitkan antara konsep budaya kepelbagaian kelompok dengan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. 3 Kenal pasti, analisis dan huraikan cabaran-cabaran pengurusan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan aspirasi perpaduan dalam sistem pendidikan negara.4 Menerangkan program/model untuk melestarikan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan [aspirasi] bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Justeru, sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid, merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), serta memaksimumkan keberkesanan sistem.C. Tugasan 1 - Kertas Konsep ( 70 %)Secara keseluruhannya, enrolmen dalam sistem pendidikan yang mempunyai persekitaran etnik yang lebih homogen kerana Kementerian memberi peluang kepada ibu bapa untuk memilih sekolah sama ada yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar, sekolah agama atau sekolah aliran perdana yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walaupun persekitaran sekolah homogen dan perpaduan tidak semestinya saling berkait, persekitaran yang homogen menimbulkan cabaran kepada murid apabila terdedah kepada kepelbagaian budaya dan kumpulan etnik serta menerapkan penghargaan terhadap kepelbagaian, iaitu nilai yang kritikal bagi mewujudkan perpaduan. (PPPM 2013-2025, hal. E8)

1. Kenal pasti dan analisis cabaran-cabaran yang dihadapi dalam amalan dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mesra budaya. Huraikan kesan cabaran-cabaran tersebut terhadap pencapaian keberhasilan aspirasi perpaduan dalam sistem pendidikan negara. 2. Sebagai guru kelas, cadangkan program atau model yang inovatif dengan sokongan dan justifikasi yang kukuh untuk melestarikan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Tugasan 2 : Penulisan Esei ( 30%)Sistem pendidikan Malaysia berhasrat merapatkan separuh jurang sosioekonomi, antara bandar dengan luar bandar, dan gender dalam pencapaian murid menjelang 2020. Pengurangan jurang sosioekonomi dan antara bandar dengan luar bandar dijangkakan memberi impak terhadap jurang pencapaian antara negeri dan jenis sekolah. Kejayaan merapatkan jurang ini akan menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai sistem pendidikan yang lebih saksama di dunia. (PPPM 2013-2025, hal. 2-4) Huraikan program atau aktiviti meningkatkan taraf pendidikan Orang Asli, peribumi dan pedalaman yang membantu pencapaian keberhasilan aspirasi ekuiti dalam sistem pendidikan negara.

D. Panduan Pelaksanaan Projek 1. Projek ini adalah tugasan individu 2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:2.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini 2.2 Font Arial, saiz huruf 12 dan langkau 1.5 baris 2.3 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

3. Panjang tugasan:3.1 Tugasan 1: Tidak melebihi 13 muka surat (2500 3000 perkataan)3.2 Tugasan 2: Tidak melebihi 4 muka surat (900 1000 perkataan)

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan.5. Projek ini perlu disiapkan dalam tempoh 4 minggu.6. Projek ini membawa markah 100% (Wajaran 50%)

E. Tugasan yang baik harus menunjukan kriteria-kriteria berikut:1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan

3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan sokongan ilmiah

4. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal

5. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan.

F. Kriteria Pentaksiran Tugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.