kk program sarjana

Download Kk Program Sarjana

Post on 12-Sep-2015

229 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

gd

TRANSCRIPT

CADANGAN PROGRAM AKADEMIK IPTA UNTUK JAWATANKUASA PENDIDIKAN TINGGI (JKPT) KEMENTERIAN PENDIDIKAN Sarjana Alam Sekitar dan PembangunanMasters in Environment and Development

Sekolah Sains Sosial

Universiti Malaysia Sabah

1. TUJUAN KERTAS

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan daripada pihak Senat Universitri Malaysia Sabah untuk mendapatkan kelulusan penawaran Ijazah Kursus sepenuh masa dan separuh masa Sarjana Sastera (M.A).2. NAMA PROGRAM

Program Sarjana Alam Sekitar dan Pembangunan

http://www.undp.org/energyandenvironment/

http://www.pacinst.org/

http://jed.sagepub.com/

http://www.sussex.ac.uk/development/1-2-3-2-1.html3. FAKULTI/ SEKOLAH/ PUSAT YANG MEMOHON

Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah4. PERINGKAT PENGAJIAN

Ijazah Lanjutan - Sarjana5. KELAYAKAN IJAZAH YANG DITAWARKAN

Sarjana Alam Sekitar dan Pembangunan / Masters in Environment and Development6. TAHUN DIMULAKAN

Sesi Pengajian 2008/20097. JANGKA MASA PENGAJIAN DAN KAEDAH

Pengajian adalah terbahagi kepada dua iaitu;i) Sepenuh masa (3 semester)

ii) Separuh masa (5 semester)

Pelajar perlu menentukan lebih awal jenis pengajian yang akan diikuti. Pertukaran jangkamasa pengajian boleh dipertimbangkan deangan syarat semua keperluan kursus khususnya jam kredit dapat dipenuhi.

8. LATAR BELAKANG

Kebimbangan tentang impak pembangunan pesat dan kadar penggunaan sumber alam yang terus meningkat telah melanda Eropah dan Amerika Syarikat sejak pertengahan 1970an. Kebimbangan ini disokong dengan faktor-faktor seperti berlakunya ledakan penduduk, fenomena urbanisasi yang semakin dominan serta meningkatnya permintaan keatas sumber semulajadi khususnya bahan api. Selain itu, penggunaan bahan bukan semulajadi untuk tujuan industri telah turut mencemar alam semulajadi menyebabkan sumber semulajadi semakin haus. Perdebatan tentang kemampuan alam semulajadi menampung keperluan (dan perbuatan) manusia semakin mendapat perhatian selepas 1970an tetapi langkah yang signifikan hanya diambil pada tahun 1987, apabila World Commission on Environment and Development yang ditubuhkan PBB pada 1983 mewartakan Tokyo Declaration yang menggariskan lapan dasar ke arah pembangunan mapan. Menjelang 1990an, langkah yang lebih signifikan diambil. Pada tahun 1992, Konference anjuran PBB mengenai Environment and Development di Rio de Janeiro, Brazil telah memusatkan perhatian Dunia ke atas isu kemusnahan hutan dan ancaman kehilangan biodiversity. Konferen PBB di Kyoto, Jepun pada tahun 1997 menarik perhatian Dunia ke atas isu pemanasan global serta desakan agar negara-negara anggota menandatangani deklarasi untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida (Co2) kepada 55%. Gerakan-gerakan pembangunan seperti modenisasi, urbanisasi dan globalisasi telah mengubah landskap hubungan antara manusia dan alam sekitar. Hubungan pada masa ini banyak dicirikan dengan hubungan pengguna dan pengeluar. Hubungan ini bertentangan dengan hubungan co-existence sebagaimana yang disarankan oleh deklarasi-deklarasi tersebut. Pada peringkat unit politik yang lebih kecil, masyarakat setempat juga mempunyai kefahaman hubungan ini yang tersendiri. Bagaimana masyarakat tempatan menterjemahkan hubungan ini dalam usaha mereka menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa akan menjadi fokus penting program ini. Fokus ini selaras dengan perkembangan global kajian alam sekitar dan pembangunan semasa yang menekankan kepentingan keadaan dan pengetahuan insitu dan mengelakkan generalisasi berlebihan agar perubahan benar-benar memberikan faedah positif kepada masyarakat setempat. Menyedari akan kepentingan mengambil kira kepentingan persekitaran dalam isu pembangunan, beberapa universiti di Amerika seperti University of Georgia dan University of Washington untuk menubuhkan program Environmental Anthropology iaitu satu cabang disiplin Sains Sosial yang dikhususkan untuk memfokuskan kegiatan ilmiah ke atas usaha memahami hubungan manusia dan alam sekitar dalam konteks pembangunan dan perubahan sosial abad ke 21. Langkah ini turut diambil oleh beberapa universiti di United Kingdom dan antara yang terawal menubuhkan program ini ialah University of Kent di mana dua jenis ijazah sarja ditawarkan iaitu, Master/Phd in Environmental Anthropology dan Master/PhD in Conservation and Ethnobiology. Oleh itu, kertas cadangan ini disediakan untuk memenuhi tuntutan keperluan dan peluang yang tersedia.

9. OBJEKTIF PROGRAM

Tujuan Program Sarjana Alam Sekitar dan Pembangunan diadakan adalah seperti berikut;9.1. Memberikan pengetahuan teori, konsep dan pendekatan tentang hubungan manusia dan alam sekitar9.2. Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan indigenous tentang kepelbagaian spesies dan kegunaan flora dan fauna

9.3. Melatih pelajar melakukan penyelidikan saintifik yang setanding dan diikftiraf di peringkat antarabangsa.

Programme Objectives

Identify the contribution that the environment can make to sustainable development.

Describe potential risks to the environment resulting from development activities.

Understand opportunities and risks associated with the many international processes and agreements relating to the environment and sustainable development.

Promote the contribution of knowledge to generate evidence-based policy supporting the environment and sustainable development.

Apply critical analysis and synthesis of knowledge supporting development.

Examine through case studies the nature and effectiveness of development activities.

Apply participatory methods through role play and individual research.

Give students experience of working as individuals and team members.

10. JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM

Program ini amat wajar diadakan berdasarkan dua kumpulan justifikasi berikut;

i) Justifikasi keperluan

ii) Justifikasi peluang

Justifikasi keperluan10.1 Meneroka Pendekatan Pembangunan Yang baru

Sejak sekian lama, banyak negara melihat alam sekitar dan pembangunan adalah dua entiti. Tetapi alam sekitar dan pembangunan bukanlah dua cabaran yang berbeza (World Commision on Enviroment and Development WCED, 1990: 37). Program yang dicadangkan ini menekankan kepentingan memahami isu dan hubungan alam sekitar dan pembangunan selaras dengan saranan WCED dan komitmen Malaysia sebagai salah satu penandatangan deklarasi-deklarasi alam sekitar. 10.2. Memartabatkan pengetahuan indigenous (indigenous knowledge)

Walaupun negara-negara maju telah mencapai tahap kemajuan teknologi yang tinggi, usaha-usaha untuk mengkaji, memelihara dan menggunakan pengetahuan indigenous terus dilakukan. Ini kerana, pengetahuan indigenous adalah satu sumber maklumat yang penting untuk tujuan pengurusan sumber semulajadi yang lebih komprehensif. Program yang dicadangkan ini turut menyokong usaha memartabatkan pengetahuan indigenous ini dalam komponen ethnobiologi di mana pengetahuan bio masyarakat indigenous di Sabah dapat diterokai dengan lebih mendalam dan sistematik. Kepelbagaian etnik di Sabah dan Malaysia amnya akan memberikan peluang seluas-luasnya untuk merealisasikan justifikasi ini.10.3. Pengisian jurang teknologi diantara negara maju dan dunia ketiga

Bukan semua teknologi yang dihasilkan adalah sesuai dengan keadaan sosioekonomi dan persekitaran negara ketiga. Jurang perbezaan teknologi ini harus diisi dengan meningkatkan aktiviti penyelidikan, rekabentuk, pembangunan dan peningkatan kapasiti insan di negara-negara ketiga (WCED, 1990: 60). Program yang dicadangkan ini akan mendukung justifikasi ini dengan memberikan penekanan yang istimewa kepada penyelidikan agar faedah optima diperolehi dalam setiap perubahan yang dijalankan. Justifikasi Peluang

10.4. Mengantarabangsakan UMSProgram ini adalah lanjutan daripada usaha sama dengan Department of Anthropology, University of Kent (U.K), Taman-taman Sabah dan UMS. Ini bermakna, dengan menjamin kesinambungan program ini, kepercayaan yang diberikan oleh institusi dalam dan luar negara kepada UMS akan terus terpelihara. Ini akan memberikan satu lagi pentas kepada UMS untuk melonjakkan nama di peringkat antarabangsa.10.5 Peluang Melanjutkan Pelajaran, Pertukaran Staf, Penyelidikan BersamaApabila UMS dapat meneruskan sebuah program pengajian yang diasaskan dan disokong oleh sebuah universiti luar negara, beluang untuk pelajar-pelajar UMS melanjutkan pelajaran ke University of Kent dan mana-mana universiti yang menawarkan program yang sama adalah terbuka luas. Persamaan program juga akan membukan peluang untuk pertukaran staf, fellowship, penyelidikan bersama, seminar dan banyak lagi aktiviti akademik. 10.6.Merealisasikan hasrat UMS ke arah pengajian multidisiplin.

Program ini direka agar pengisiannya adalah sesuai diambil oleh pelajar-pelajar yang berkelulusan ijazah pertama daripada aliran sastera dan sains. Selain daripada menyediakan bekalan pelajar yang ramai, penggabungan ini juga bermakna, pelajar dan pensyarah dari kedua-dua aliran ini akan berpadu tenaga untuk mempastikan matlamat program ini tercapai. Tidak terhad dengan pengajaran, peluang pendekatan multidisiplin juga turut berlaku dalam aktiviti penyelidikan, penulisan dan penerbitan. Pelaksanaan program ini akan merealisasikan hasrat ini dalam erti kata yang sebenar.10.7Peluang meningkatkan prospek kerja pelajar

Pemberian tumpuan kepada isu alam sekitar adalah satu fenomena global. Pelajar-pelajar yang mempunyai ijazah pertama dalam bidang pilihan masing-masing akan mempunyai peluang kerjaya yang lebih cerah dengan memberikan tambah nilai kepada ijazah pertama mereka dengan pengajian yang menekankan alam sekitar. 10 KAJIAN PASARAN DAN ULASAN PAKAR

11 STRUKTUR KURIKULUM

Jam kredit untuk Program Sarjana ialah 40Aspek pengajianTaught courseMix-modeulasan