soalan tugasan

5
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU3109 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Page 4 1.0 Soalan Tugasan Bidang Keberhasilan Negara Utama Negara (NKRA) menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. Sebagai penjawat awam, bagaimanakah anda melaksanakan strategi perubahan supaya murid anda mendapat pembelajaran optimum mengikut kemampuan mereka dalam bilik darjah? 2.0 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Dalam Pendidikan Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau National Key Result Areas (NKRA) adalah antara perkara yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009. NKRA telah dijadikan sebagai salah satu teras dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang bertujuan untuk memperkasakan system pencapaian kepada rakyat serta melaksanakan keputusan pantas bagi mencapai Wawasan 2020 yang kian tiba. Secara umumnya NKRA dapat dibahagikan kepada enam bidang tumpuan utama iaitu mengurangkan jenayah, memerangai rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu, meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar Bandar, serta menambah baik pengangkutan awam luar Bandar. Daripada 6 bidang yang disenaraikan, ternyata sebagai warga pendidik, bidang pendidikan adalah bidang yang paling dekat kerana dalam usaha meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu, warga pendidik terlibat secara langsung. Berdasarkan siaran Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, NKRA bagi bidang

Upload: syahir-shuhaimi

Post on 07-Apr-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

soalan.

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Tugasan

1.0Soalan Tugasan

Bidang Keberhasilan Negara Utama Negara (NKRA) menjadi piawai kepada pencapaian

anggota pentadbiran dan penjawat awam. Sebagai penjawat awam, bagaimanakah anda

melaksanakan strategi perubahan supaya murid anda mendapat pembelajaran

optimum mengikut kemampuan mereka dalam bilik darjah?

2.0Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Dalam Pendidikan

Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau National Key Result Areas (NKRA) adalah

antara perkara yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib

Tun Razak pada 11 Julai 2009. NKRA telah dijadikan sebagai salah satu teras dalam

Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang bertujuan untuk memperkasakan system

pencapaian kepada rakyat serta melaksanakan keputusan pantas bagi mencapai

Wawasan 2020 yang kian tiba. Secara umumnya NKRA dapat dibahagikan kepada enam

bidang tumpuan utama iaitu mengurangkan jenayah, memerangai rasuah, meluaskan

akses kepada pendidikan bermutu dan termampu, meningkatkan taraf hidup isi rumah

berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar Bandar, serta menambah baik

pengangkutan awam luar Bandar. Daripada 6 bidang yang disenaraikan, ternyata

sebagai warga pendidik, bidang pendidikan adalah bidang yang paling dekat kerana

dalam usaha meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu, warga

pendidik terlibat secara langsung. Berdasarkan siaran Portal Rasmi Kementerian

Pendidikan Malaysia, NKRA bagi bidang Pendidikan dibahagikan kepada 4 sub-NKRA

seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1.

EDU3109GURU DAN CABARAN SEMASA

Page 1PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

Page 2: Soalan Tugasan

Rajah 1 : Senarai 4 Sub-NKRA dalam bidang pendidikan.*sumber dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Sebagai pelajar pengkhususan Pemulihan Khas, Sub-NKRA yang dilihat terlibat

secara langsung adalah Sub-NKRA kedua; Sasaran 90% menguasai Literasi dan

Numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah.

3.0PELAKSANAAN STRATEGI PERUBAHAN

Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memastikan supaya murid mendapat

pembelajaran optimum mengikut kemampuan mereka dalam bilik darjah.

Pembelajaran optimum mengikut kemampuan murid dilihat sebagai satu keadaan yang

mana murid dapat mempelajari serta memahami perkara yang diajarkan oleh guru

pada kadar yang paling baik, pada masa yang sama perkara yang diajarkan adalah selari

atau bersesuaian dengan kemampuan murid itu sendiri. Perkataan “Optimum” ini

sendiri bermaksud suatu kedudukan (jumlah) yang terbaik atau paling menguntungkan

(Kamus Dewan, ______). Oleh itu, sebagai seorang guru kelak, pelbagai perkara perlu

diambil kira bagi mewujudkan pembelajaran yang optimum ini.

EDU3109GURU DAN CABARAN SEMASA

Page 2PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

Page 3: Soalan Tugasan

Antara usaha yang dilihat mampu dilaksanakan adalah dengan mengukuhkan

kemahiran pedagogi guru dengan memastikan penggunaan pelbagai strategi

pengajaran yang optimum dan berkesan, sesuai dengan kemampuan murid. Seperti

sedia maklum, murid di sekolah pastinya mempunyai kemampuan berbeza-beza

walaupun mereka merupakan murid dalam kelas yang sama. Guru yang hanya

mempunyai kemahiran pedagogi yang terhad tidak mampu memenuhi keperluan murid

yang pelbagai. Sebagai contoh, murid dalam kelas A terdiri daripada 50% daripadanya

mempunyai gaya belajar secara kinestetik yang mana mereka lebih mudah memahami

sesuatu perkara melalui pergerakan, melalui aktiviti melibatkan pergerakan motor

halus dan kasar mereka, walhal 50% lagi mempunyai gaya belajar secara latih tubi.

Apabila guru yang mengajar kelas A ini hanya mahir dengan kemahiran pedagogi yang

melibatkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang hanya menggunakan teori

behavioris yang memberi penekanan pada ulangan atau latih tubi sahaja. Perkara ini

menguntungkan 50% murid yang mempunyai gaya belajar secara latih tubi tadi, akan

tetapi, apakah nasib 50% murid yang mempunyai gaya belajar yang lebih melibatkan

pergerakan kinestetik ini. Kemahiran Pedagogi guru yang terhad menyebabkan situasi

dalam kelas A tadi sering berlaku. Kesan dari kemahiran pedagogi yang terhad ini

menyebabkan sesi pembelajaran optimum mengikut kemampuan murid tidak dapat

direalisasikan. Guru perlu menyertai latihan professional. Latihan ini ada dikendalikan

oleh guru pakar. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan (2009) yang dikeluarkan dalam

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, 69% responden mencadangkan supaya

peningkatan kualiti guru diberi keutamaan oleh kerajaan. Perkara ini secara tidak

langsung menuntut usaha dalam memperkasakan latihan dalam perkhidmatan dan pra

perkhidmatan berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran secara pelbagai.

Disamping pengukuhan kemahiran pedagogi guru, pembangunan bahan juga

merupakan satu penting dalam membantu mewujudkan satu pembelajaran optimum

disamping mengikut kemampuan murid itu sendiri. Bahan yang ingin diberi penekanan

di sini adalah modul. Modul merupakan perkara yang perlu diberi perhatian dalam

mewujudkan pembelajaran optimum mengikut kekmpuan murid. Nurma Yunita

Indriyani dalam jurnal yang bertajuk “Pengembangan Modul” menyatakan bahawa

EDU3109GURU DAN CABARAN SEMASA

Page 3PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

Page 4: Soalan Tugasan

antara ciri modul yang baik meliputi satu ciri yang dikatakan berdaya guna. Berdaya

guna bermaksud modul ini mampu digunakan berdasarkan tahap penguasaan murid

secara efektif. Sebagai contoh, guru ingin mengajar topik operasi tolak satu digit

daripada dua digit tanpa melibatkan pengumpulan semula. Modul yang baik akan

mempunyai perincian yang tepat mengikut objektif yang telah guru tetapkan mengikut

kemahiran murid. Merujuk pada objektif tadi, guru ingin mengajar kemahiran operasi

tolak satu digit daripada dua digit tanpa melibatkan pengumpulan semula. Oleh itu

modul yang baik tidak akan mencampurkan soalan yang melibatkan pengumpulan

semula. Modul yang tidak baik akan mencampurkan soalan yang melibatkan

pengumpulan semula dan soalan yang mengumpulkan semula. Perkara ini

menyebabkan murid keliru. Murid belum bersedia untuk operasi tolak yang melibatkan

pengumpulan semula. Sesi pengajaran dan pembelajaran terganggu. Murid sukar

memahami kerana soalan di dalam modul yang tidak mengikut kemampuan murid.

EDU3109GURU DAN CABARAN SEMASA

Page 4PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN