set 5 soalan 1 langkah-langkah yang diambil oleh murid ... filepenting untuk menghadapi peperiksaan....

16
SET 5 Soalan 1 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah yang diambil oleh murid untuk mengurangkan tekanan ketika peperiksaan dan peranan sekolah dalam mengurangkan tekanan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Menjelang peperiksaan awam yang penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), pelbagai ragam murid sama ada yang positif atau negatif sebelum menjelangnya peperiksaan awam dihadapi oleh pelajar termasuk berhadapan dengan tekanan perasaan. Tekanan ialah perkara yang berkaitan dengan ketegangan yang dialami oleh mental atau emosi seseorang disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada hari ini, ibu bapa amat mengharapkan keputusan yang cemerlang daripada anak-anak. Ibu bapa yang berkemampuan, sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk memastikan anak-anak mereka cemerlang. Oleh itu, murid atau remaja perlu mempunyai kemahiran untuk menjadi lebih bijak menguruskan diri dari stres supaya fokus mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak terjejas. Selain ibu bapa, tidak dapat dinafikan, ada juga murid yang mendapat tekanan daripada rakan sebaya terutama murid-murid yang belajar di sekolah berasrama penuh kerana perbezaan pendapat atau tidak bersetuju dengan cara dan tingkah laku mereka. Dalam konteks ini, murid seharusnya sentiasa tenang dan fokus terhadap peperiksaan yang akan dihadapi. Ketenangan yang diperlukan tidak akan datang dengan tiba-tiba atau secara terpaksa tetapi akan terzahir apabila pelajar bersedia dengan sebaik-baiknya. Lantaran itu, murid perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan sebagai persiapan menjelang peperiksaan. Perancangan yang dibuat sebelum peperiksaan mampu menjadikan murid lebih berdikari dan fokus. Murid juga sepatutnya mengadakan jadual pembelajaran yang sistematik dan boleh diikuti agar tidak menggelabah atau mengalami kerisauan yang kronik sebelum peperiksaan. Tekanan perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku terutamanya bagi para murid. Oleh itu, murid seharusnya belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara natural dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam hal ini, murid juga perlu menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Perkara sampingan yang mampu menjejaskan kestabilan emosi seperti hubungan peribadi dengan rakan-rakan, masalah keluarga, dan masalah dengan guru perlu ditangani dengan bijaksana. Kesihatan amat penting menjelang peperiksaan. Jadi, murid perlu menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik sukar bagi pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan melakukan latihan intensif dengan baik. Setelah berusaha, murid sepatutnya membanyakkan amalan kerohanian yang dapat memberikan ketenangan kepada jiwa sebagai persiapan penting untuk menghadapi peperiksaan. Kesimpulannya, tugasan atau bebanan yang keterlaluan kepada murid semata-mata mahu menjadikan mereka cemerlang dalam bidang akademik perlu dielakkan demi melahirkan insan yang cemerlang dari segi ilmu dan akhlaknya. Dipetik dan diubahsuaikan daripada Tekanan Perasaan Menggugat Peperiksaanoleh Nizar Parman Dewan Siswa, September, 2015

Upload: others

Post on 27-Sep-2019

128 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SET 5 Soalan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah

yang diambil oleh murid untuk mengurangkan tekanan ketika peperiksaan dan peranan

sekolah dalam mengurangkan tekanan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi

120 patah perkataan.

Menjelang peperiksaan awam yang penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), pelbagai ragam murid sama ada yang positif atau negatif sebelum menjelangnya peperiksaan awam dihadapi oleh pelajar termasuk berhadapan dengan tekanan perasaan. Tekanan ialah perkara yang berkaitan dengan ketegangan yang dialami oleh mental atau emosi seseorang disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada hari ini, ibu bapa amat mengharapkan keputusan yang cemerlang daripada anak-anak. Ibu bapa yang berkemampuan, sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk memastikan anak-anak mereka cemerlang. Oleh itu, murid atau remaja perlu mempunyai kemahiran untuk menjadi lebih bijak menguruskan diri dari stres supaya fokus mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak terjejas.

Selain ibu bapa, tidak dapat dinafikan, ada juga murid yang mendapat tekanan daripada rakan sebaya terutama murid-murid yang belajar di sekolah berasrama penuh kerana perbezaan pendapat atau tidak bersetuju dengan cara dan tingkah laku mereka. Dalam konteks ini, murid seharusnya sentiasa tenang dan fokus terhadap peperiksaan yang akan dihadapi. Ketenangan yang diperlukan tidak akan datang dengan tiba-tiba atau secara terpaksa tetapi akan terzahir apabila pelajar bersedia dengan sebaik-baiknya. Lantaran itu, murid perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan sebagai persiapan menjelang peperiksaan. Perancangan yang dibuat sebelum peperiksaan mampu menjadikan murid lebih berdikari dan fokus. Murid juga sepatutnya mengadakan jadual pembelajaran yang sistematik dan boleh diikuti agar tidak menggelabah atau mengalami kerisauan yang kronik sebelum peperiksaan.

Tekanan perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku terutamanya bagi para murid. Oleh itu, murid seharusnya belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara natural dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam hal ini, murid juga perlu menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Perkara sampingan yang mampu menjejaskan kestabilan emosi seperti hubungan peribadi dengan rakan-rakan, masalah keluarga, dan masalah dengan guru perlu ditangani dengan bijaksana.

Kesihatan amat penting menjelang peperiksaan. Jadi, murid perlu menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik sukar bagi pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan melakukan latihan intensif dengan baik. Setelah berusaha, murid sepatutnya membanyakkan amalan kerohanian yang dapat memberikan ketenangan kepada jiwa sebagai persiapan penting untuk menghadapi peperiksaan. Kesimpulannya, tugasan atau bebanan yang keterlaluan kepada murid semata-mata mahu menjadikan mereka cemerlang dalam bidang akademik perlu dielakkan demi melahirkan insan yang cemerlang dari segi ilmu dan akhlaknya.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada

“Tekanan Perasaan Menggugat Peperiksaan” oleh Nizar Parman

Dewan Siswa, September, 2015

Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata mengikut keupayaan [ 2 markah] (ii) Dalam petikan, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan murid mengalami tekanan. Nyatakan faktor-faktor tersebut. [3 markah] (iii) Salah seorang rakan anda telah menghadapi tekanan perasaan. . Sebagai seorang rakan, jelaskan tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan untuk membantu rakan tersebut mengatasi tekanan perasaan yang dihadapinya. [4 markah]

Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan parti

meruntun waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia terpilih

menduduki kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.

Tidak cukup dengan tangunggjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad

Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya

banyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan.

“Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk

merdeka, katanya, perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur.

“Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis

semua tabiat buruk bangsa kita. Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuang

mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita……”

Akhirnya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, satu hari,

pecahlah berita tentang kepulangannya. Oleh sebab namanya sebagai wartawan masyhur

disebut orang di sana sini, Tuan Booth mahu meraikan kejayaannya itu.

Seperti biasa, kami dijemput sama. Di majlis itulah, seorang daripada kami secara tidak

sengaja terdengar perbualan Ahmad Mutawakkil dengan anak gadis orang putih itu.

“Kalau bukan awak yang ajar saya menulis dan membaca,” kata Ahmad Mutawakkil, “

tak mungkin saya jadi wartawan. Saya sangat terhutang budi.”

Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’

oleh Zainal Rashid Ahmad

dalam antologi Sejadah Rindu,

Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan sebab-sebab Ahmad Mutawakkil jarang-jarang

pulang ke kampung? [2 markah]

(ii) Pada pandangan anda, sebagai remaja apakah yang perlu anda lakukan untuk

mengekalkan kemerdekaan negara yang sedia ada? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain

daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “ Hai Temenggung, suruh orang

berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun

menyuruh orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya.

Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak

dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing masing berkawal pada kampungnya.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari

orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca

pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya.

Maka dicurinya harta yang kemas- kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya - kaya

itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.

Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun menghadap raja mengadukan

halnya kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “ Hai

Temenggung, tiadakah menyuruhkan orang berkawal tadi?”

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’

dalam antologi Jaket Kulit Kijang,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berikan maksud rangkai kata menyuruh orangnya berkawal. [2 markah]

(ii) Nyatakan tindakan-tindakan yang diambil oleh Temenggung sebaik-baik sahaja

menerima arahan daripada sultan. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pimpinan yang baik? [3 markah]

Soalan 2(d) - Sajak

Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Erti Hidup Bererti

Aku selalu didatangi,

malam sepi

bagai kalung

yang melingkari leherku

tidak berubah keesokan hari

siapa yang akan datang menjengukku keluhan seoang tua sunyi.

Keheningan tasik

kehijauan rumput

hanya menjadi bayangan

di penjuru ruang zaman

cinta dalam rahim dilupai

dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik

kucari erti hidup

menderita mengerang sakit

berdiri tanpa ruang

Aku bagi mereka

tiada makna anakku bakaku

baik setia mahupun derhaka

semoga disirami benih keinsafan

menjadi penawar dalam hati

embun cinta atasi angin dingin

jangan terpegun

ada yang mati

ada yang hidup

tiada yang kekal kecuali Tuhan

Teo Wei Sing Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan rangkap pertama, nyatakan keadaan hidup seorang tua dalam sajak

tersebut. [2 markah]

(ii) Anak-anak merupakan permata hati ibu bapa. Apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa sekiranya mereka tinggal berjauhan?

[3 markah] (iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.

[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) alam semesta

(ii) harga borong

(iii) mesra pelanggan

(iv) soal jawab

(v) tunjuk ajar

(vi) ulang kaji

[6 markah]

(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:

Subjek : Predikat :

(i) Ahmad dan rakan sekelasnya membeli majalah Dewan Siswa dari Kedai Buku Popular di bandar itu.

(ii) Keindahan panorama di bandar itu memikat hati para pengunjung.

(iii) Pada setiap tahun, kami sekeluarga akan bercuti di luar negara.

(iv) Surat yang baru di terima itu, daripada rakannya di Kuala Lumpur

(v) Kami mengkuti ceramah teknik menjawab soalan peperiksaan SPM di dewan sekolah.

(vi) Masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak menyambut Hari Gawai pada

bulan Jun setiap tahun.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kesesakan lalulintas yang agak teruk telah berlaku di Terowong Menora ekoran tertutup salah satu lorong terowong berkenaan

(ii) Yang Di-pertua Majlis Perbandaran Teluk Intan mengingatkan semua

penguat kuasa agar menjalani tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. (iii) Satay yang dijual di pasar malam boleh didapat dengan harga yang murah.

[ 6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah

dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Bapa saudaranya memperoleh ganjaran yang agak lumayan hasil jualan

kerepek pisang yang dia usahakan

(ii) Encik Naqib menerangkan tentang faedah aktiviti kitar semula yang dapat

mengatasi masalah kekurangan tapak penghapusan sampah.

(iii) Peserta yang paling hebat sekali dalam persembahan itu telah dipilih sebagai

pemenang dalam pertandingan yang menyediakan peruntukan yang lumayan.

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai

bagi menggambarkan situasi tersebut.

(i) Amran yang berasal dari Singapura telah berhijrah dan menetap di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.

(ii) Hati ibu hancur setelah mendapat tahu abang kerap ponteng sekolah dan terlibat

dengan gejala sosial.

(iii) Helmi tetap berpegang teguh kepada adat dan budaya Melayu yang lama walaupun terdapat pelbagai pengaruh budaya baharu dalam kalangan masyarakat. [6 markah]

N0VEL

[15 markah] Jawab soalan- soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(iv) Jendela Menghadap Jalan karya Rohani Matdarin

(v) Tirani karya Beb Sabariah

(vi) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(vii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(viii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa tentang persoalan ketabahan yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu kepincangan masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

SKEMA SET 5

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan (2 markah )

Markah

P1 Petikan membincangkan usaha / cara / kaedah / strategi / tindakan yang diambil oleh murid untuk mengurangkan tekanan ketika peperiksaan di negara ini / di

Malaysia.

2

P2

Petikan membincangkan usaha / cara / kaedah / strategi / tindakan yang diambil

oleh murid untuk mengurangkan tekanan dan faktor yang menyebabkan pelajar mengalami tekanan

2

P3

Rumusan membincangkan usaha / cara / kaedah / strategi / tindakan yang diambil

oleh murid untuk mengurangkan tekanan ketika peperiksaan dan peranan sekolah

untuk mengurangkan tekanan.

2

P4 Petikan membincangkan usaha / cara / kaedah / strategi / tindakan yang diambil

oleh murid untuk mengurangkan tekanan ketika peperiksaan. 1

P5 Petikan membincangkan langkah-langkah yang diambil oleh murid untuk

mengurangkan tekanan ketika peperiksaan 0

IsiTersurat [ 4 hingga 12 markah ]

langkah-langkah yang diambil oleh murid untuk mengurangkan tekanan ketika peperiksaan

S1 Mempunyai kemahiran untuk menjadi lebih bijak menguruskan diri dari stres

mengatasi masalah tekanan perasaan 2

S2 Sentiasa tenang dan fokus terhadap peperiksaan yang akan dihadap 2

S3 Melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen

mengikut keupayaan 2

S4 Mengadakan jadual pembelajaran yang sistematik dan boleh diikuti 2

S5 Belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan 2

S6 Menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan 2

S7 Menjaga kesihatan diri 2

S8 Membanyakkan amalan kerohanian yang dapat memberikan ketenangan 2

Isi Tersirat (4 hingga 12 markah)

peranan sekolah dalam mengurangkan tekanan

T1 Sekolah menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif 2

T2 Pelajar yang bermasalah dirujuk kepada kaunselor 2

T3 Sekolah tidak melatakkan sasaran yang terlalu tinggi terhadap murid 2

T4 Guru-guru bersifat membimbing dan bukan mengawal 2

T5 Pihak sekolah menjalinkan hubungan erat dengan ibu bapa 2

T6 Sekolah mengadakan Kem Motivasi 2

T7 Sekolah menyeimbangkan aktiviti antara akademik dan kokurikulum 2

T8 Sekolah mengadakan aktiviti menarik -lawatan, jungle traking, mendaki gunung, berkayak

2

(Isi-isi tersirat yang lain diterima sekiranya sesuai dan dipayungkan dengan jawapan T1-T8

Penutup (2 markah)

K1 Kesimpulannya, semua pihak haruslah membantu murid menghadapi tekanan

ketika peperiksaan supaya / agar pelajar sentiasa bersemangat tinggi / cemerlang

dalam peperiksaan

2

K2 Kesimpulannya, masyarakat hendaklah bekerjasama membantu murid menghadapi tekanan ketika peperiksaan

1

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

( i ) Maksud rangkai kata mengikut keupayaan ialah:

P1 menurut kemampuan 2

P2 mengikut kemampuan 1 P3 menurut keupayaan 1

[ Maksimum : 2 markah ]

(ii) Faktor-faktor yang menyebabkan murid menghadapi tekanan ialah:

P1 Ibu bapa amat mengharapkan keputusan yang cemerlang daripada anak-anak. P2 Tekanan daripada rakan sebaya terutama murid-murid yang belajar di

sekola berasrama penuh kerana perbezaan pendapat atau tidak bersetuju

dengan cara dan tingkah laku mereka P3 Masalah hubungan peribadi dengan rakan-rakan

P4 Masalah keluarga

P5 Masalah dengan guru

[ Maksimum : 3 markah ]

[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Ttindakan-tindakan yang boleh saya lakukan untuk membantu rakan tersebut

mengatasi tekanan perasaan yang dihadapinya ialah:

P1 Mengajak rakan saya melakukan riadah/bersenam/rekreasi bersama-sama

P2 Menasihati rakan saya supaya bercuti/melancong untuk menenangkan

fikiran

P3 Mengajak rakan saya menyertai majlis ilmu / kem motivasi/kem jati diri P4 Membantu rakan saya dalam hal pembelajaran

P5 Mengajak rakan berjumpa kaunselor

P6 Membawa rakan bertemu dengan doktor pakar jiwa

[ Maksimum : 4 markah ]

[Isi cukup : 3 isi ]

Soalan 2 (b) : Petikan Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

I. Berdasarkan petikan di atas, sebab-sebab Ahmad Mutawakkil jarang pulang ke

kampung kerana:

P1 Perjuangan parti meruntun waktunya dihabiskan di bandar P2 Dia terpilih sebagai pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah

P3 Ahmad Mutawakkil mempunyai tanggungjawab menyampaikan ceramah di

merata-rata tempat P4 Ahmad Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar / menjadi wartawan

:

[Maksimum : 2 markah]

[Pilih mana-mana 2 isi]

(ii) Sebagai remaja, usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan

kemerdekaan yang sedia ada ialah :

P1 Belajar ke peringkat yang lebih tinggi untuk menjadi rakyat yang berilmu dan

memberi sumbangan untuk kemajuan negara P2 Mengekalkan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negara

P3 Bersatu padu dan hidup dalam keadaan yang harmoni

P4 Menyertai angkatan bersenjata untuk mempertahankan negara daripada

ancaman musuh

P5 Menyematkan disiplin diri dan lebih bertanggungjawab untuk menjadi Warganegara yang berguna

P6 Berbangga dan bersyukur hidup di bumi merdeka ini

[Maksimum: 3 markah]

[isi cukup 2 isi]

(iii) Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah :

P1 Persoalan semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pejuang Contohnya : Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat terutama orang Melayu supaya

bersiap sedia mengisi kemerdekaan [1+1]

P2 Persoalan menghargai jasa orang yang telah berbudi dan berjasa

kepada kita

Contohnya : Ahmad Mutawakkil tidak pernah melupakan jasa anak

gadis Tuan Booth yang mengajarnya menulis dan membaca. [1+1]

Pilih mana-mana 1 isi

Satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut yang tidak terdapat

dalam petikan ialah:

K1 Persoalan kerjasama yang erat dalam kalangan penduduk

Contohnya : Penduduk kampung bekerjasama mencari Ahmad Mutawakkil

yang hilang. [1+1]

K2 Persoalan kekejaman dan kezaliman pihak pengganas terhadap

masyarakat Contohnya : Serangan maut pengganas komunis telah mengorbankan tiga orang pengurus berbangsa Inggeris dalam serangan berkembar di Estet

Ephill dan di Estet Sungai Siput.. [1+1]

K2 Persoalan kasih sayang sebagai pengikat hubungan sesama anggota

keluarga Contohnya : Tuan Booth amat menyayangi ahli keluarganya apabila dia

bertindak membawa mereka berpindah seminggu sebelum kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu. [1+1]

Pilih mana-mana 1 isi [Maksimum : 4 markah]

Soalan 2 (c) : Petikan Prosa Tradisional

(i) Maksud rangkai kata menyuruh orangnya berkawal ialah:

P1 meminta/mengarahkan/memerintahkan pengawal-pengawalnya/pegawai

Pegawainya/ pengikut-pengikutnya/ anak buahnya berjaga-jaga [2 m]

P2 meminta/mengarahkan/memerintahkan orangnya berkawal [1 m]

P3 menyuruh pengawal-pengawalnya/pegawai-pegawainya/pengikut pengikutnya/ anak buahnya berjaga-jaga [ 1 m]

[Maksimum : 2 markah]

II. Tindakan-tindakan yang diambil oleh Temenggung sebaik-baik menerima

arahan daripada sultan ialah:

P1 Temenggung menyuruh orangnya memberitahu orang kaya-kaya supaya

berkawal di kampung masing-masing

P2 Temenggung mengarahkan orangnya memaklumkan kepada saudagar berkawal di kampung masing-masing

P3 Setelah hari malam, Temenggung menyuruhnya orangnya berkawal terlalu

ramai dengan alat senjata yang banyak

[Maksimum : 3 markah]

[Isi cukup 2 isi

(iii) Pada pendapat saya, ciri-ciri pimpinan yang baik ialah :

P1 Bertanggungjawab terhadap anak buahnya P2 Amanah dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan

P3 Adil melaksanakan tanggungjawab dan tidak memilih kasih

P4 Bijaksana menyelesaikan sesuatu masalah P5 Berkarisma untuk memimpin sesebuah organisasi

[Maksimum : 3 markah]

[Isi cukup 2 isi]

Soalan 2 (d) : Petikan Sajak

(i) Keadaanhidup sorang tua dalam sajak di atas ialah: P1 – berasa kesunyian P1 – berasa kesepian P3 - sakit P4 - berasa tidak bererti

(ii) Tindakan yang wajar dilakukan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa sekiranya mereka tinggal berjauhan ialah: P1 Selalu menelefon ibu bapa untuk bertanya khabaf P2 Lebih kerap menziarahi ibu bapa P3 Memberi wang perbelanjaan kepada ibu bapa P4 Meraikan hati istimewa ibu bapa seperti hari lahir dan hari ulang tahun Perkahwinan P5 Mengajak ibu bapa melancong / menunaikan umrah atau haji P6 Menjaga kebajikan ibu bapa (iii) Dua pengajaran daripada sajak di atas ialah :

P1 Anak-anak mestilah bertanggungjawab menjaga ibu bapa agar kehidupan akan diberkati Tuhan P2 Anak-anak perlulah kerap menziarahi ibu bapa agar ibu bapa sentiasa gembira P3 Kita mestilah menjaga kebajikan ibu bapa agar ibu bapa tidak terabai P4 Mengajak ibu bapa melancong / menunaikan umrah atau haji 3 (a) (i) Tuhan telah menjadikan alam semesta ini untuk dihuni oleh semua makhluk

(ii) Pekedai itu membeli barang-barang yang akan dijualnya pada harga borong untuk

memaksimumkan keuntungan.

(iii) Kakitangan kerajaan sepatutnya mengamalkan sikap mesra pelanggan supaya untuk

memudahkan urusan orang ramai

(iv) Sesi soal jawab antara wartawan dengan menteri itu telah ditamatkan

(v) Sebeum mendapat didikan di sekolah, anak-anak telah memperoleh tunjuk ajar daripada ibu bapa di rumah

(vi) Murid-murid gemar membuat ulang kaji pada saat-saat akhir menjelangnya

Peperiksaan.

3 (b) (i) Subjek : Ahmad dan rakan sekelasnya

Predikat : membeli majalah Dewan Siswa dari Kedai Buku Popular di bandar itu.

(ii) Subjek : Keindahan panorama di bandar itu

Predikat : memikat hati para pengunjung

(iii) Subjek : kami sekeluarga Predikat : akan bercuti di luar negara pada setiap tahun

(iv) Subjek :Surat yang baru di terima itu

Predikat : daripada rakannya di Kuala Lumpur (v) Subjek : Kami

Predikat : mengkuti ceramah teknik menjawab soalan peperiksaan SPM di dewan

sekolah.

(vi) Subjek : Masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak Predikat : menyambut Hari Gawai pada bulan Jun setiap tahun.

3 (c) (i) lalulintas –lalu lintas Tertutup – penutupan

(ii) Yang Di-pertua – Yang Dipertua

menjalani - menjalankan (iii) Satay - sate

Didapat – didapati

3 (d) (i) ganjaran – pendapatan Dia usahakan - diusahakannya

(ii) menerangkan tentang – menerangkan

Penghapusan - pelupusan (iii) paling hebat sekali – paling hebat/hebat sekali

Peruntukan –ganjaran/hadiah

3 (e) (i) Anak dagang

(ii) Bagai kaca terhempas ke batu

(ii) Yang lama dikelek, yang baharu didukung

4 (a) Novel yang saya pelajari ialah Novel Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin.

Peristiwa tentang ketabahan yang terdapat dalam novel ini ialah:

1. Peristiwa Lili bersikap tabah apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah

sepanjang dia menghabiskan masa cuti sekolah di kampung datuknya. [1+1]

Persoalan ketabahan yang terdapat ialah persoalan ketabahan berhadapan pelbagai

cabaran

2.. Peristiwa Lili tabah dalam usaha membantu menyelesaikan kes keganasan rumah tangga

Che Jah walaupun dilarang oleh neneknya supaya tidak masuk campur. [1+1]

Persoalan ketabahan membantu menyelesaikan kes keganasan rumah tangga

3.. Peristiwa Lili tabah dalam usaha memenuhi keinginan ibunya agar bercuti di kampung

ibunya dengan hati yang berat. [1 +1]

Persoalan ketabahan memenuhi keinginan ibunya

4. Peristiwa Lili tabah sewaktu diancam dengan senjata tajam dan diculik serta

disembunyikan oleh Haziq dan Rafiq anak lelaki Che Jah.

Persoalan ketabahan semasa menghadapi ancaman [1+1]

5 Peristiwa Lili tabah menunggu penjelasan datuk tentang faktor jendela rumah di

Kampung Sentosa, Dungun menghadap jalan

Persoalan ketabahan menunggu jawapan/penjelasan

6 Peristiwa datuk Lili, Hj. Abdul Rahman tabah dalam melaksanakan tugasnya sebagai

pengamal perubatan tradisional dalam merawat pesakit-pesakitnya

Persoalan melaksanakan tanggungjawab

7 Peristiwa datuk tabah menghadapi fitnah segelintir daripada penduduk kampung yang

menuduh datuk kononnya bersubahat dalam pengambilan tanah penduduk kampong

Persoalan ketabahan menghadapi fitnah

8 Peristiwa Che Jah tabah menerima deraan suaminya, Seman yang panans baran, kaki

judi dan melakukan keganasan rumah tangga terhadapnya serta tabah dengan sikap

anak-anaknya, Haziq dan Rafiq yang bermasalah kerana sering mencuri di rumah dan

terlibat dengan dadah

Persoalan ketabahan menghadapi keganasan rumah tangga dan anak-anak yang

bermasalah

Novel yang saya pelajari ialah Novel Songket Berbenang Emas. Peristiwa ketabahan yang terdapat

dalam novel ini ialah:

1 Peristiwa Dahlia tabah meneruskan pelajaran di Tingkatan Enam dan tabah

mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan STPM walaupun

berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti masalah emaknya yang sakit,

peristiwa

ayahnya dipatuk ular tedung dan keluarga terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan

Banjir kerana rumahnya dihanyutkan oleh air semasa banjir.

Persoalan ketabahan mengulang kaji pelajaran/ketabahan dalam menuntut ilmu

[1+1]

2. Peristiwa Dahlia begitu tabah menangani kerenah dan layanan buruk Nek Kiah yang

menuduhnya sebagai perempuan yang tidak baik

Persoalan ketabahan berhadapan dengan tuduhan buruk ahli keluarga sendiri

[1+1]

3. Peristiwa Dahlia tabah apabila dihina oleh Aton yang menyalahkannya sewaktu gagal

menyelamatkan anaknya, Said yang mati lemas dan Aton menuduhnya sebagai

pembunuh dan sengaja lewat terjun ke sungai

ATAU

Peristiwa Embong tabah menerima penghinaan daripada ibu mertuanya, Nek Kiah yang

beranggapan bahawa Embong menjadi punca masalah yang menimpa anaknya Saleha hingga

terganggu fikiran

Persoalan ketabahan menghadapi penghinaan [1+1]

4 Peristiwa Dahlia tetap tabah apabila Nek Kiah mendesaknya keluar dari rumah kerana

dihasut oleh Pak Cik Semannya agar menjual tanah yang menjadi tempat tinggal

mereka selama ini. [1+1]

Persoalan ketabahan berhadapan dengan keluarga yang tamak/tekanan hidup

5 Peristiwa Embong tabah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga untuk

mengatasi masalah kemiskinan hidup

Persoalan ketabahan melaksanakan tugas sebagai ketua keluarga

6 Peristiwa Embong tabah apabila isterinya, Saleha menghadapi tekanan jiwa dan terpaksa

dihantar ke Hospital Permai

Persoalan ketabahan menerima ujian hidup

7 Peristiwa Dahlia tabah menjaga dan melayani adik-adiknya setelah ibunya, Saleha dirawat

di Hospital Permai, diikuti bapanya, Embong dimasukkan ke hospital kerana dipatuk ular.

Persoalan ketabahan menjalankan tanggungjawab seorang kakak

4 (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu kepincangan masyarakat yang

terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

Kepincangan masyarakat yang terdapat dalam setiap novel ialah:

Novel Jendela Menghadap jalan

1. Masyarakat remaja/anak muda yang terlibat dalam keruntuhan akhlak dan najis

dadah 1m

Peristiwa anak-anak Che Jah iaitu Rafiq dan Haziq terlibat dengan penagihan dadah dan

sering mencuri barang-barang di rumah mereka termasuk barang kemas ibu mereka Che Jah

untuk membeli dadah sehingga pernah dimasukkan ke penjara dan pusat tahanan juvana atas

kesalahan juvana yang pernah dilakukan sebelum ini.

2m

2. Sikap suami yang melakukan keganasan dalam rumah tangga. 1m

Peristiwa Suami Che Jah, Seman yang bersifat panas baran, kaki judi dan pemabuk sering

mendera dan menjadikan Che Jah mangsa sepak terajangnya sehingga Che Jah hidup

menderita dan mengalami tekanan.. 2m

3. Sikap seorang bapa yang kejam dan tidak bertanggungjawab 1m

Peristiwa Seman sebagai seorang ayah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua

keluarga dan menyebabkan anak-anaknya, Haziq dan Rafiq menjadi nakal serta terlibat

dalam penagihan dadah jenis syabu. Seman juga sering memarahi dan memukul anak-

anaknya, malah sanggup menuduh anak-anaknya yang mencuri kubah masjid, pada hal dia

sendiri yang mencuri kubah berkenaan. 2m

4. Masyarakat yang tidak bersepakat dalam melaksanakan isu-isu penting di kampung

1m

Peristiwa penduduk Kampung Sentosa tidak sepakat dan bertelagah dalam isu pemasangan

kubah iaitu sama ada meletakkan kubah pada bumbung surau yang telah usang atau pada

bumbung masjid yang belum dibina. 2m

5. Masyarakat yang melakukan jenayah 1m

Peristiwa suami Che Jah, Seman telah mencuri kubah baharu di kampung itu dan telah

ditangkap serta dibawa ke balai polis oleh penduduk kampung 2m

6. Masyarakat yang membuat tuduhan tanpa usul periksa 1m

Peristiwa sekumpulan pemuda datang dengan marah-marah sambil mengarak sepanduk dan

melaungkan “Haji Abdul Rahman pengkhianat bangsa!” di halaman rumah datuk Lili kerana

menganggap datuk Lili melindungi penjenayah Hafiq dan Raziq. 2 m

7. Masyarakat yang tidak amanah 1 m

Peristiwa datuk Lili pernah membantu Seman dengan memintanya melakukan kerja di kebun

tetapi hasil kebun tersebut tidak diserahkan kepada datuk Lili sebaliknya telah dijual oleh

Seman. 2m

Novel Songket Berbenang Emas

1. Masyarakat yang sering menyindir dan menabur fitnah

1m

Peristiwa Aton sering menyindir Dahlia sebagai gadis yang tidak baik, malah Aton telah

menyindir dan memfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak semasa mereka

bersama-sama menyediakan hidangan untuk Majlis Maulidur Rasul peringkat Parit Haji Rais./

Seman memfitnah adik iparnya, Embong kepada ibunya, Nek Kiah yang dikatakan menjadi

punca Saleha menjadi Embong. 2m

2. Masyarakat yang mempercayai kepercayaan karut

1m

Peristiwa Nek Kiah datang ke rumah Embong dan menggunakan kapur untuk menggores

pintu dengan tanda pangkah yang bertujuan untuk mengelakkan hantu masuk ke dalam

rumah./peristiwa Nek Kiah mengarahkan anak muda segera mengangkat Said di tebing sungai

dan dibawa keliling rumah sebanyak tujuh kali untuk memastikan Said kembali bernyawa,

namun usaha itu gagal. 2m

3. Masyarakat yang tidak tahu menghargai jasa dan pengorbanan orang lain terhadap

keluarganya 1m

Peristiwa Aton telah memaki hamun Dahlia di hadapan orang kampung dan menuduh

Dahlia membunuh anak lelaki tunggalnya, Said sedangkan Dahlia berusaha terjun ke sungai

untuk mencari dan menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai walaupun arus

sungai deras. 2m

4. Masyarakat yang tidak mementingkan hubungan kekeluargaan 1 m

Peristiwa Seman sanggup memujuk dan mencadangkan emaknya, Nek Kiah agar

menjual tanah pusaka seluas lima ekar termasuk tanah tapak rumah Embong sekarang. Nek

Kiah bersetuju untuk menjual tanah pusaka itu lantaran harganya mahal, iaitu lima belas ribu

seekar tanpa mempedulikan nasib Embong dan anak-anaknya. Nek Kiah juga sanggup

menghalau Dahlia agar segera berpindah dari tapak sedia ada kerana tanah itu akan dijual.

2 m

5. Sikap ahli keluarga yang memandang rendah terhadap keluarga sendir

Peristiwa Nek Kiah memandang hina dan meluahkan perasaan tidak puas hati

terhadap Embong yang dikatakan membawa nasib malang terhadap anaknya,

Saleha sejak mereka berkahwin hingga mempunyai enam orang anak. 2m

6. Masyarakat remaja yang sering terpengaruh dengan rakan sebaya 1 m

Peristiwa Abu Bakar, anak lelaki tunggal Embong yang tiga hari tidak pulang ke

rumah dan sering melepak dengan kawan-kawannya di luar serta tidak mahu mendengar

nasihat ayahnya, Embong dan kakaknya, Dahlia. 2m

SKEMA JAWAPAN TAMAT