soalan semantik kak ita

12
RUBRIK PEMARKAHAN ASPEK DINILAI (20%) KRITERIA AMAT CEMERLANG (20-16) CEMERLANG (15-12) KEPUJIAN (11-8) LULUS (7-4) GAGAL (3-0) 1. Membuat pembacaan dan melaksanakan kajian kepustakaan tentang konsep semantik dan bidang-bidang kajiannya serta melahirkannya dalam bentuk pengurusan grafik Pelajar menunjukkan pembacaan yang menyeluruh tentang tentang konsep semantikdan bidang-bidang kajiannya serta menghasilkan pengurusan grafik yang bersesuaian dan tersusun mengikut kronologi. Pelajar kurang menunjukkan pembacaan yang menyeluruh tentang konsep semantik dan bidang-bidang kajiannya serta menghasilkan pengurusan grafik yang bersesuaian mengikut kronologi. Pelajar tidak menunjukkan pembacaan yang menyeluruh tentang konsep semantik dan bidang-bidang kajiannnya serta menghasilkan pengurusan grafik yang bersesuaian namun tidak tersusun mengikut kronologi. Pelajar tidak menunjukkan pembacaan yang menyeluruh tentang tentang konsep semantik dan bidang- bidang kajiannya serta menghasilkan pengurusan grafik yang tidak tersusun dan tidak mengikut kronologi. Pelajar menunjukkan pembacaan yang lemah dan tidak memberikan konsep semantik dan bidang- bidang kajiannya dengan sangat ringkas serta menghasilkan pengurusan grafik yang sangat ringkas dan tidak mengikut kronologi.

Upload: zaidawati-zainal

Post on 08-Feb-2016

50 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Semantik Kak Ita

RUBRIK PEMARKAHAN

ASPEK DINILAI(20%)

KRITERIA

AMAT CEMERLANG(20-16)

CEMERLANG(15-12)

KEPUJIAN(11-8)

LULUS(7-4)

GAGAL(3-0)

1.

Membuat pembacaan dan melaksanakan kajian kepustakaan tentang konsep semantik dan bidang-bidang kajiannya serta melahirkannya dalam bentuk pengurusan grafik

Pelajar menunjukkan pembacaan yang menyeluruh tentang tentang konsep semantikdan bidang-bidang kajiannya serta menghasilkan pengurusan grafik yang bersesuaian dan tersusun mengikut kronologi.

Pelajar kurang menunjukkan pembacaan yang menyeluruh tentang konsep semantik dan bidang-bidang kajiannya serta menghasilkan pengurusan grafik yang bersesuaian mengikut kronologi.

Pelajar tidak menunjukkan pembacaan yang menyeluruh tentang konsep semantik dan bidang-bidang kajiannnya serta menghasilkan pengurusan grafik yang bersesuaian namun tidak tersusun mengikut kronologi.

Pelajar tidak menunjukkan pembacaan yang menyeluruh tentang tentang konsep semantik dan bidang-bidang kajiannya serta menghasilkan pengurusan grafik yang tidak tersusun dan tidak mengikut kronologi.

Pelajar menunjukkan pembacaan yang lemah dan tidak memberikan konsep semantik dan bidang-bidang kajiannya dengan sangat ringkas serta menghasilkan pengurusan grafik yang sangat ringkas dan tidak mengikut kronologi.

Page 2: Soalan Semantik Kak Ita

ASPEK DINILAI(30%)

KRITERIA

AMAT CEMERLANG(30 – 25)

CEMERLANG(24 - 19)

KEPUJIAN(18 – 13)

LULUS(12 – 7)

GAGAL(6- 0)

2. Menganalisis teks yang dipilih yang panjangnya lebih kurang 500 patah perkataan dari aspek penggunaan kata singkatan, antonim, dan akronim.

Menganalisis dan mencerakinkan penggunaan kata singkatan, antonim dan akronim dengan sangat baik.

Menghurai dan mencerakinkan penggunaan kata singkatan, antonim dan akronim dengan baik.

Menghuraikan penggunaan kata singkatan, antonim dan akronim secara sederhana.

Hanya dapat menghuraikan penggunaan kata singkatan, antonim dan akronim. dengan ringkas sahaja.

Tidak dapat menjelaskan penggunaan kata singkatan, antonim dan akronim seperti yang dikehendaki.

Page 3: Soalan Semantik Kak Ita

ASPEK DINILAI(40%)

KRITERIA

AMAT CEMERLANG(40 – 30)

CEMERLANG(29 - 20)

KEPUJIAN(19 – 14) LULUS

(13 – 8)GAGAL(7- 0)

3. Memilih sepuluh simpulan bahasa dan menilai makna perlambangan yang terkandung dalam peribahasa tersebut.

Dapat membuat penilaian makna peribahasa dengan sangat baik.

Pengolahan ayat yang baik tanpa kesalahan, penghujahan yang matang dan menggunakan ayat yang gramatis

Dapat membuat penilaian makna peribahasa dengan baik.

Pengolahan ayat yang baik dengan penghujahan yang matang dan ayat yang gramatis.

Dapat membuat penilaian makna peribahasa secara sederhana

Pengolahan ayat yang sederhana dan penghujahan kurang matang dengan ayat yang tidak gramatis

Hanya dapat membuat penilaian makna peribahasa dengan ringkas sahaja.

Penghujahan dan penggunaan ayat tidak matang dan penggunaan ayat yang tidak gramatis

Tidak dapat membuat penilaian makna peribahasa seperti yang diperlukan.

Penghujahan dan penggunaan ayat tidak bersandarkan kepada penggunaan ayat yang gramatis

Page 4: Soalan Semantik Kak Ita

ASPEK DINILAI(10%)

KRITERIA

AMAT CEMERLANG(10 - 8)

CEMERLANG(7-6)

KEPUJIAN(5-4)

LULUS(3-2)

GAGAL (1-0)

4. Refleksi tentang pengalaman dan perkaitan semantik dengan tugas sebagai guru

Menulis refleksi berkaitan pengalaman menyiapkan tugasan dan menjelaskan perkaitan antara semantik dengan tugasan sebagai guru dengan amat cemerlang.

Menulis refleksi berkaitan pengalaman menyiapkan tugasan dan menjelaskan perkaitan antara semantik dengan tugasan sebagai guru dengan cemerlang.

Menulis refleksi berkaitan pengalaman menyiapkan tugasan dan menjelaskan perkaitan antara semantik dengan tugasan sebagai guru dengan ringkas sahaja.

Menulis refleksi berkaitan pengalaman menyiapkan tugasan dan menjelaskan perkaitan antara semantik dengan tugasan sebagai guru secara umum sahaja.

Tidak membincangkan refleksi mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Page 5: Soalan Semantik Kak Ita

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS – PROJEK

(JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN, SOALAN TUGASAN DAN RUBRIK PEMARKAHAN)

Kursus : Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu (BMM3111)

Tempoh : 4 – 6 mingguTarikh Mula : 22 Februari

Tarikh Serahan : 5 April

Program : PPG Semester 6 Tahun/ Semester : 1 (2014)

Kumpulan : Program Pensiswazahan Guru (PPG)

Disediakan oleh : Dr Wan Zaliha bt. Wan Othman

Disahkan oleh : Penyelaras Kursus Ketua Jabatan

Nama dan Tandatangan :

Tarikh :

Page 6: Soalan Semantik Kak Ita

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS RAJA MELEWARJADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK

JABATAN : PENGAJIAN MELAYUKOD DAN NAMA KURSUS : BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYUKUMPULAN : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)SEMESTER : ENAM

Tarikh Mula

22 Februari 2014 Tarikh Hantar

5 April 2014

Hasil Pembelajaran Kursus

1.

Menjelaskan tentang semantik: fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat.

2.

Menghuraikan perubahan semantik; dan teori pembuktian.

3.

Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna peribahasa.

4.

Menerangkan skema tatacara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa dan semantik peristilahan Bahasa Melayu.

5.

Menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan dan tatabahasa.

Projek ini menilai hasil pembelajaran 1, 3, dan 5

Objektif Projek

1. Membuat pembacaan dan melaksanakan kajian kepustakaan tentang konsep semantik dan bidang-bidang kajiannya serta melahirkannya dalam bentuk pengurusan grafik.

Page 7: Soalan Semantik Kak Ita

2. Menganalisis teks yang dipilih yang panjangnya lebih kurang 500 patah perkataan pada aspek penggunaan kata singkatan, antonim, dan akronim.

3. Memilih sepuluh simpulan bahasa dan menilai makna perlambangan yang terkandung dalam peribahasa tersebut.4. Menulis refleksi dengan membincangkan pengalaman dan perkaitan semantik dengan tugas sebagai guru.

Spesifikasi Tugasan TOPIK

TUGASAN WAJARAN CATATAN

Tugasan 11. Semantik

dalam Bahasa Melayu

2. Fitur Makna dalam Bahasa Melayu

Tugasan 21. Makna Leksikal

dalam Bahasa Melayu

Tugasan 31. Peribahasa

Bahasa Melayu

Tugasan 4

Refleksi tentang pengalaman dan perkaitan dengan tugas sebagai guru

1. Membuat pembacaan dan melaksanakan kajian kepustakaan tentang konsep semantik dan bidang kajiannya serta melahirkannya dalam bentuk pengurusan grafik.

2. Menganalisis teks yang dipilih yang panjangnya lebih kurang 500 patah perkataan dari aspek penggunaan kata singkatan, antonim dan akronim.

3. Memilih sepuluh simpulan bahasa dan menilai makna perlambangan yang terkandung dalam peribahasa tersebut.

4. Menulis refleksi berkaitan pengalaman sepanjang anda menyiapkan tugasan ini dan menjelaskan perkaitannya antara semantik dengan tugasan sebagai guru.

20%

30%

40%

10%

Kriteria Penilaian:KandunganPerbincangan kritikal dan reflektifPersembahan / OrganisasiRujukan dan bahan-bahan sokongan

Komitmen dan kesungguhan:Menunjukkan sepenuh kesungguhan dan komitmen yang baik dalam menyiapkan tugasanBerusaha untuk mencari pelbagai rujukan dan terkini

RefleksiMenulis refleksi mengikut format atau kaedah penulisan yang baik dan mengikut spesifikasinya.

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.2. Anda dikehendaki membuat pembacaan dan melaksanakan kajian kepustakaan tentang konsep semantik dan bidang-bidang

kajiannya

Page 8: Soalan Semantik Kak Ita

serta melahirkannya dalam bentuk pengurusan grafik.3. Menganalisis teks yang dipilih yang panjangnya lebih kurang 500 patah perkataan pada aspek penggunaan kata singkatan, antonim,

dan akronim. 4. Memilih sepuluh peribahasa Melayu dan menilai makna perlambangan yang terkandung dalam peribahasa tersebut.5. Menulis refleksi berkaitan pengalaman sepanjang anda menyiapkan tugasan ini dan perkaitan semantik dengan tugas anda sebagai

guru.6. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga enam minggu pelaksanaannya. Maklumat tugasan boleh diperoleh

daripadapelbagai sumber seperti buku rujukan, artikel, jurnal, surat khabar, dan internet. Sumber yang digunakan hendaklah dikenal pasti dan dinyatakan dalam rujukan.

7. Format penulisan tugasan adalah seperti berkut :i. Fon Arialii. Saiz huruf ialah 11iii. Langkau 1.5 barisiv. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

8. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali. 9. Panjang esei adalah berjumlah 1500 patah perkataan (tidak termasuk lampiran dan rujukan). 10. Bilangan patah perkataan WAJIB dinyatakan di hujung esei anda. Bilangan patah perkataan termasuk quotation tetapi tidak

termasuk tajuk dan rujukan. Penalti akan dikenakan sekiranya bilangan patah perkataan melebihi 10% daripada yang ditetapkan.11. Anda WAJIB sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka depan, sehelai Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus

PPG (Tugasan Bertulis) sebagai muka surat ke-2 dan sehelai Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus PPG (Persembahan Grafik) sebagai muka surat ke-3 dalam esei anda.

12. Anda mesti hantar tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

13. Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:

i. Nama Pelajarii. Angka Giliraniii. Nombor Kad Pengenalaniv. Kumpulan/Unitv. Kod dan Nama Kursus/Mata Pelajaranvi. Nama Pensyarah Kursusvii. Tarikh Hantar

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

Page 9: Soalan Semantik Kak Ita

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten, dan terperinci terhadap isi kandungan kursus.2. Refleksi yang kritis ke atas pengalaman anda semasa menyiapkan tugasan ini.3. Justifikasi dan analisis tentang keberkesanan pemupukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).4. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan dan keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan

keaslian dan sokongan ilmiah. 5. Penulisan esei menggunakan bahasa standard dan struktur penulisan yang mantap.6. Perkembangan hujah yang analitik dan matang.7. Rujukan daripada pelbagai sumber (buku, internet, jurnal) yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.

Kriteria Pemarkahan

Kerja kursus ini akan diperiksa berdasarkan Kriteria Pemarkahan Tugasan / rubrik pemarkahan yang telah disediakan.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

_______________________ _________________________ _______________________

(DR. WAN ZALIHA BT. WAN OTHMAN) (PN. HJH. RAFIAH BT. DAUD) (EN. AZMI BIN AYUB)

Penyelaras Kursus BMM3112 Pakar bidang (SME), Ketua Jabatan,Jab. Pengajian Melayu, Jab. Pengajian Melayu, Jab. Pengajian MelayuIPG Kampus Raja Melewar IPG Kampus Raja Melewar IPG Kampus Raja Melewar

Tarikh: Tarikh: Tarikh: