pk kak hasni

23
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN NAMA : NOR HASNI BT MOHAMED NOMBOR MATRIK : 730622035748001 NO KAD PENGENALAN : 730622-03-5748 NOMBOR TELEFON : 014-370 6689 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU SEPTEMBER 2014 1

Upload: milly-hafizah-mohd-kanafia

Post on 18-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pk

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 3203KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NAMA : NOR HASNI BT MOHAMEDNOMBOR MATRIK : 730622035748001NO KAD PENGENALAN: 730622-03-5748NOMBOR TELEFON: 014-370 6689E-MAIL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU SEPTEMBER 2014

ISI KANDUNGANNOKANDUNGANMUKA SURAT

1.0TEKS CERAMAH KEPENTINGAN AMALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH UNTUK MEMPROMOSI SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT

3

2.05 SET BORANG MAKLUM BALAS

5

3.0ANALISIS DATA MAKLUMBALAS

10

4.0KESIMPULAN KEPUTUSAN DALAM BENTUK GRAF

13

5.0RUJUKAN13

6.0LAMPIRAN15

TEKS CERAMAH KEPENTINGAN AMALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH UNTUK MEMPROMOSI SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMATSalam hormat, selamat pagi dan salam 1 Malaysia.Para hadirin yang dihormati sekalian, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengajur kerana sudi menjemput saya untuk memberi ceramah tentang kepentingan amalan kebersihan dan keselamatan di sekolah. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada PIBG, guru-guru dan pelajar-pelajar kerana sudi melapangkan masa untuk menghadiri majlis pagi ini.Kehadiran guru-guru dan pelajar-pelajar pada pagi ini menunjukkan sokongan ,semangat dan komitmen dalam isu penjagaan alam sekitar. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung hidup kepada sumber-sumber semulajadi dimuka bumi ini.Allah telah mencipta ala mini seimbang untuk kemakmuran manusia. Hadirin sekalian, Sekolah merupakan tempat kita belajar. Oleh sebab itu, tempat kita menimba ilmu ini mestilah berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Hal ini penting agar sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko kurikukum. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat dan bersih.Menurut pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye konsep Sekolah Selamat'' tidak seharus terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan sikap gengster semata-mata, tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah. Sekolah-sekolah perlu sedar tentang kewujudan dan kepentingan Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994 serta aplikasinya kepada institusi pendidikan bagi kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan.Manakala menurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkah laku pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar mencapai tahap yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna. Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat daripada sebarang keganasan dari segi fizikal, mental dan psikologiHadirin sekalian, Pendidikan diberikan kepada ahli masyarakat bagi menjamin kesejahteraan kehidupan manusia dan sekolah merupakan institusi formal terpenting yang banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia. Bermula di tahap kanak-kanak pertengahan, individu diberikan didikan formal di sekolah dengan pelbagai nama. Tujuan utama kanak-kanak ditempatkan di institusi formal ini ialah untuk memastikan perhubungan mental, fizikal dan spiritual kanak-kanak berkembang selaras dengan nilai dan norma masyarakat yang dianggotainya. Persekitaran sekolah memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak. Proses pembelajaran formal yang berterusan bermula tahap pertengahan kanak-kanak hinggalah ke tahap akhir remaja akan mempengaruhi nilai, pengukuhan kendiri, tahap pencapaian, bentuk aspirasi dan lain-lain bentuk kemahiran sosial dan psikologi yang diperlukan dalam kehidupan individu. Persekitaran sekolah juga boleh menimbulkan pelbagai bentuk personaliti tidak sihat dikalangan kanak-kanak dan kumpulan remaja apabila kewujudannya disalahgunakan.Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keselamatan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan. Memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan dan keselamatan sekolah. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah. Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria.Para hadirin yang dihormati sekalian,Kebersihan dan keselamatan merupakan dua faktor yang sangat penting dalam memastikan sekolah sebuah tempat yang selesa dan selamat. Oleh itu, semua pihak haruslah memberikan komitmen yang tinggi serta bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keselamatan di sekolah. Dengan itu, sekolah akan menjadi tempat menimba ilmu yang bersih dan selamat. Sekian, terima kasih. 5 SET BORANG MAKLUM BALAS BORANG MAKLUM BALAS 1Kebersihan dan Keselamatan di Sekitar Sekolah (Termasuk Padang dan Gelanggang)SkalaSangat tidak setuju:1

Tidak setuju:2

Sederhana:3

Setuju:4

Sangat setuju:5

Item 1 : Kebersihan1Rumput padang tidak panjang dan sentiasa dipotong 12345

2Tidak terdapat sampah sarap di dalam dan luar padang1 2345

3Kawasan astaka bersih dan kemas12345

4Longkang bersih dan tidak menakung air12345

5Tong sampah disediakan dengan secukupnya di sekitar sekolah, padang dan gelanggang.12345

6Keceriaan persekitaran sekolah di jaga rapi seperti bunga-bungaan, pokok dan sebagainya.12345

7Lantai gelanggang sekolah tidak licin12345

Item 2 : Keselamatan1Ketibaan dan waktu pulang murid sentiasa di pantau 12345

2Pagar sekolah berada dalam keadaan yang baik dan kukuh1 2345

3Pengawal keselamatan sentiasa mengisi buku pelawat bagi pelawat keluar dan masuk ke sekolah. 12345

3Tidak terdapat benda berbahaya di sepanjang laluan murid. 12345

4Tempat menunggu bas berada dalam keadaan baik dan selamat. 12345

5Peraturan dan arahan keselamatan dipamerkan dengan jelas ditempat yang sesuai.12345

BORANG MAKLUM BALAS 2Kebersihan dan Keselamatan di KantinSkalaSangat tidak setuju:1

Tidak setuju:2

Sederhana:3

Setuju:4

Sangat setuju:5

Item 1 : Kebersihan1Pekerja kantin telah diberi suntikan sebelum mengendalikan makanan. 12345

2Sistem penyimpanan makanan yang bersih dan tidak terdedah kepada serangga pembawa penyakit.1 2345

3Pekerja kantin memakai pakaian yang disediakan seperti apron dan penutup kepala. 12345

4Peralatan yang digunakan seperti kuali, pinggan, gelas, sudu dan sebagainya sentiasa di cuci sebelum dan selepas digunakan.12345

5Pengaliran air di longkang berada dalam keadaan baik dan tidak tersumbat12345

5Tong sampah disediakan . 12345

Item 2 : Keselamatan1Bangku dan meja di sediakan mencukupi bagi murid dan guru. 12345

2Paip air dan sinki di sediakan.1 2345

3Arahan keselamatan dan peraturan kantin dipamerkan dengan jelas dan mudah difahami.12345

4Setiap prasarana di kantin sekolah di selenggara dengan baik.12345

5Tempat beratur membeli makanan disediakan dengan baik.12345

BORANG MAKLUM BALAS 3Kebersihan dan Keselamatan di Makmal SainsSkalaSangat tidak setuju:1

Tidak setuju:2

Sederhana:3

Setuju:4

Sangat setuju:5

Item 1 : Kebersihan1Kawasan luar dan dalam makmal dalam keadaan bersih dan selesa12345

2Peralatan makmal dalam keadaan baik dan tidak berdebu.1 2345

2Tidak terdapat sampah sarap di mana-mana kawasan makmal.12345

3Radas dan peralatan makmal di letakkan semula di tempat penyimpanan setelah digunakan.12345

4Kerusi di susun kemas 12345

Item 2 : Keselamatan1Guru-guru dapat mengawal murid-murid dengan baik ketika dalam makmal Sains. 12345

2Penglabelan radas dan bahan mudah dilihat dan dibaca. 1 2345

3Pintu makmal Sains sentiasa berkunci sekiranya tidak digunakan.12345

4Mengamalkan standard keselamatan yang betul ketika menjalankan aktiviti dalam makmal12345

5Peraturan dan arahan keselamatan dipamerkan dengan jelas ditempat yang sesuai.12345

BORANG MAKLUM BALAS 4Kebersihan dan Keselamatan pada Bangunan SekolahSkalaSangat tidak setuju:1

Tidak setuju:2

Sederhana:3

Setuju:4

Sangat setuju:5

Item 1 : Kebersihan1Cat pada dinding bangunan sekolah tidak pudar dan dalam keadaan baik.12345

2Tidak terdapat tumbuhan menjalar pada dinding1 2345

3Mural pada dinding bangunan sekolah di tempatkan di kawasan strategik. 12345

4Kulat dan lumut tidak terdapat pada dinding bangunan12345

5Tong sampah yang mencukupi disediakan12345

Item 2 : Keselamatan1Penyelenggaraan bangunan setiap tahun 12345

2Keadaan tangga, lantai dan dinding tidak membahayakan murid.1 2345

3Tidak terdapat objek berbahaya di sepanjang laluan murid12345

4Murid di pantau dan di kawal terutamanya pada waktu pagi dan rehat12345

5Murid-murid dapat belajar dengan selesa dalam kelas.12345

5Peraturan dan arahan keselamatan dipamerkan dengan jelas ditempat yang sesuai.12345

BORANG MAKLUM BALAS 5Kebersihan dan Keselamatan pada Bili DarjahSkalaSangat tidak setuju:1

Tidak setuju:2

Sederhana:3

Setuju:4

Sangat setuju:5

Item 1 : Kebersihan1Keceriaan bilik darjah di jaga rapi.12345

2Sampah sarap tidak terlihat di kawasan dalam dan luar bilik darjah1 2345

3Susun atur perabot dalam bilik darjah kemas dan cantik.12345

4Lantai sentiasa di sapu dengan bersih.12345

5Tong sampah disediakan12345

Item 2 : Keselamatan1Tingkap dalam keadaan baik dan selamat 12345

2Kerusi dan meja tidak rosak dan patah1 2345

2Peralatan untuk mengajar mencukupi12345

3Keadaan lantai yang baik dan tidak akan mendatangkan mudarat kepada murid12345

4Tiada objek berbahaya seperti benda tajam dan sebagainya diletakkan di dalam kelas12345

5Peraturan dan arahan keselamatan dipamerkan dengan jelas ditempat yang sesuai.12345

ANALISIS DATA MAKLUMBALASDalam borang maklum balas ini, skala likert telah digunakan untuk mengumpul data. Skala likert adalah skala yang digunakan untuk mengukur sikap, pendapat, dan persepsi seseorang atau sekelompok orang mengenai suatu gejala atau fenomena pendidikan. Dalam skala likert terdapat dua bentuk pernyataan iaitu pernyataan positif yang berfungsi untuk mengukur sikap positif dan pernyataan negatif yang berfungsi untuk mengukur sikap negatif. Terdapat 5 skala iaitu sangat setuju (5), setuju (4), sederhana (3), tidak setuju (2), dan sangat tidak setuju (1). Terdapat 5 kawasan yang menjadi titik penilaian iaitu kawasan persekitaran sekolah termasuk padang dan gelanggang sekolah, kantin sekolah, bilik darjah, makmal sains dan bangunan sekolah. Setiap satu dinilai dari segi kebersihan dan keselamatan. Borang Maklum Balas 1 : Kebersihan dan keselamatan di Sekitar Sekolah (termasuk padang dan gelanggang)Bagi borang maklum balas 1 item 1 iaitu kebersihan, sebanyak 57.14% memilih sangat setuju dan 42.86% pula hanya bersetuju. Berdasarkan peratusan ini, menunjukkan bahawa tahap kebersihan di sekitar sekolah belum mencapai 100% dan belum dikategorikan sebagai cemerlang. 3 perkara yang perlu diperbaiki lagi iaitu sampah sarap di kawasan dalam dan luar padang, kebersihan kawasan astaka dan keceriaan seperti bunga-bungaan, pokok dan sebagainya juga perlu diberi perhatian.Seterusnya bagi item 2 iaitu bahagian keselamatan, hanya 16.67% sahaja skor yang diperolehi bagi sangat setuju, manakala bagi skor 4 pula ialah 66.67% dan akhir sekali skor 3 pula ialah sebanyak 16.67%. Pemantau telah memberikan skor 3 pada tempat menunggu bas. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah memberikan tumpuan kepada tempat menunggu bas kerana ianya salah satu factor keselamatan murid-murid yang paling penting. Borang Maklum Balas 2 : Kebersihan dan keselamatan di KantinBagi item 1 iaitu tentang kebersihan, terdapat 6 kriteria yang di nilai. Pemantau telah memberikan skor 5 sebanyak 66.67% dan 16.67% untuk skor 4 dan 16.67% juga untuk skor 3. Berdasarkan borang maklum balas ini, pemantau tidak berpuashati tentang pengaliran air longkang di sekitar kantin dan juga tong sampah yang disediakan. Hal ini perlu diberi perhatian dan dipertingkatkan lagi secepat mungkin. Seterusnya bagi item 2 iaitu keselamatan, pemantau memberikan skor 5 sebanyak 40%, skor 4 sebanyak 40% dan 20% untuk skor 3. Seperti juga kebersihan, factor keselamatan di sekitar kantin juga perlu di tambahbaik. Ini bagi memastikan murid-murid berada dalam keadaan bersih dan selamat yang optimum. Borang Maklum Balas 3 : Kebersihan dan keselamatan di Makmal SainsAntara tempat yang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran ialah makmal Sains. Makmal Sains biasanya digunakan ketika waktu matapelajaran Sains dan hendak membuat eksperimen. Dalam makmal Sains diletakkan pelbagai radas dan bahan yang mungkin berbahaya dan mudah meletup. Oleh itu, penjagaannya juga haruslah diberi perhatian yang sepenuhnya. Berdasarkan pemantauan, makmal Sains mendapat skor 5 sebanyak 100%. Ini menunjukkan bahawa penjagaan dari segi kebersihan dalam makmal Sains adalah cemerlang. Ini merupakan satu pencapaian yang cemerlang dan terbaik. Seterusnya bagi item 2 pula iaitu dari segi keselamatan, pemantau juga memberikan skor 5 sebanyak 100%. Pujian harus diberikan kepada guru-guru dan juga pembantu makmal yang telah diberi tanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan di makmal Sains kerana berjaya mematuhi peraturan dan standard yang telah ditetapkan dalam makmal Sains. Borang Maklum Balas 4 : Kebersihan dan keselamatan pada Bangunan SekolahBangunan sekolah pula merupakan tapak utama bagi sesebuah sekolah. Sekiranya bangunan sekolah berada dalam kondisi yang buruk dan tidak meyakinkan, ia akan menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran murid-murid dan guru-guru. Oleh itu, tumpuan juga seharusnya diberikan sepenuhnya kepada penambahbaikan bangungan sekolah.Hasil daripada pemantauan, item kebersihan mendapat skor 5 sebanyak 80% dan skor 4 sebanyak 20%. Pemantau memberikan skor 4 kepada bahagian cat pada dinding bangunan sekolah yang perlu di tambah baik kerana telah pudar. Seterusnya bagi item 2 pula, pemantau telah memberikan 100% untuk skor 5. Ini menunjukkan, tiada isu serius berkaitan dengan keselamatan pada bangunan sekolah. Namun begitu pemantauan dari masa ke semasa mestilah dilakukan dengan kadar yang kerap.

Borang Maklum Balas 5 : Kebersihan dan keselamatan pada Bilik DarjahBilik darjah merupakan tempat operasi utama dalam sesebuah sekolah. Dalam bilik darjah, guru-guru menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan cara dan kemahiran yang terbaik. Dalam bilik darjah juga para murid mengambil peperiksaan dan ujian bagi menguji tahap pengetahuan mereka dalam sesuatu matapelajaran. Oleh itu, bilik darjah adalah sebuah tempat yang sangat penting bagi murid dan guru. Dalam penilaian yang telah diberikan oleh pemantau, bagi item 1 iaitu kebersihan, 40% diberikan kepada skor 5, 40% juga untuk skor 4 dan akhir sekali 20% bagi skor 3. Pemantau telah memberikan skor sederhana kepada kriteria Sampah sarap tidak terlihat di kawasan dalam dan luar bilik darjah. Ini bermakna, masih terdapat sampah sarap di kawasan bilik darjah dan ini pastinya menimbulkan ketidakselesaan kepada warga sekolah.Item kedua iaitu keselamatan pula pemantau telah memberikan skor 5 sebanyak 66.67% dan 33.33% bagi skor 4. Ini bermakna, aspek keselamatan haruslah dipertingkatkan dalam bilik darjah seperti memperbaiki tingkap, kerusi, meja dan melengkapkan peralatan pembelajaran seperti papan tulis dan sebagainya.

KESIMPULAN KEPUTUSAN DALAM BENTUK GRAF

Kesimpulan bagi kelima-lima Borang Maklum (BM) balas bagi 5 kawasan.Secara keseluruhannya, kelima-lima kawasan ini masih memerlukan penambahbaikan serta penaiktarafan untuk mencapai sekolah cemerlang dari segi kebersihan dan keselamatan. (2531 patah perkataan)RUJUKANAhmad Basir (2012). Kebersihan dan Keselamatan di Sekolah adalah Faktor Kecemerlangan Pelajar. Munirah Mohamed (2013). Sekolah ku Syurga ku.Kementerian Pelajaran Malaysia (1992). Pendidikan Kesihatan Sekolah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.Lee Pai Ee (2003). Pengurusan Kualiti di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru berdasarkan Kriteria-Kriteria (TQM). Projek Sarjana Universiti Teknologi Malaysia.Pengurusan Kualiti Menyeluruh ke arah pencapaian Anugerah Sekolah Berkualiti di 3 buah sekolah di Negeri Kelantan. Projek Sarjana Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.Omardin Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah Satu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas Sdn. Bhd.Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.Razali Arof (1991). Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1989. Rancangan Kesihatan Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.

LAMPIRAN

2