soalan pn

3
SOALAN ESEI: Guru perlu memahami kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar di sekolah. Apakah implikasi memahami kepelbagaian budaya dalam kalangan murid terhadap seseorang guru di dalam bilik darjah? Skema Jawapan: Dengan memahami kepelbagaian budaya, guru dapat: 1. Melayan semua pelajar dari kepelbagaian sosiobudaya dengan adil. Contoh: memberi peluang yang sama rata sama ada dari segi kebebasan bertutur, peluang menyertai pertandingan, bantuan pendidikan (kelas tambahan, biasiswa, SPBT, dan sebagainya) 2. Memahami adat resam setiap kaum - Guru memahami pantang larang pelajar - Mengelakkan menyinggung perasaan pelajar - dapat mengelakkan bahasa yang tidak sopan (Contohnya orang asli pantang dipanggil sakai. 3. Menggunakan bahasa pengantar yang difahami oleh semua pelajar - sebagai tanda penghormatan kepada pelajar. - Elakkan perasaan sangsi dan juga perselisihan faham - Memastikan semua pelajar mendapat maklumat yang ingin disampaikan. 4. Menggalakkan pergaulan antara pelajar daripada pelbagai latar belakang

Upload: chai-yun-tiow

Post on 24-Dec-2015

9 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SOALAN pn

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN pn

SOALAN ESEI:

Guru perlu memahami kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar di sekolah.

Apakah implikasi memahami kepelbagaian budaya dalam kalangan murid

terhadap seseorang guru di dalam bilik darjah?

Skema Jawapan:

Dengan memahami kepelbagaian budaya, guru dapat:

1. Melayan semua pelajar dari kepelbagaian sosiobudaya dengan adil.

Contoh: memberi peluang yang sama rata sama ada dari segi kebebasan

bertutur, peluang menyertai pertandingan, bantuan pendidikan (kelas tambahan,

biasiswa, SPBT, dan sebagainya)

2. Memahami adat resam setiap kaum

- Guru memahami pantang larang pelajar

- Mengelakkan menyinggung perasaan pelajar

- dapat mengelakkan bahasa yang tidak sopan (Contohnya orang asli pantang

dipanggil sakai.

3. Menggunakan bahasa pengantar yang difahami oleh semua pelajar

- sebagai tanda penghormatan kepada pelajar.

- Elakkan perasaan sangsi dan juga perselisihan faham

- Memastikan semua pelajar mendapat maklumat yang ingin disampaikan.

4. Menggalakkan pergaulan antara pelajar daripada pelbagai latar belakang

- mendedahkan pelajar dengan budaya pelbagai kaum

- membahagikan pelajar yang pelbagai kaum ke dalam satu kumpulan semasa

perbincangan dijalankan.

- pelajar saling memahami dapat bergaul dengan mesra.

5. Memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai budaya kaum lain.

- memberi pendedahan bahawa perlu sentiasa menghormati budaya orang lain

supaya tidak menyinggung perasaan kaum lain (contoh: tidak berbuat bising

ketika rakan beragama Islam sembahyang.

Page 2: SOALAN pn

6. Pemilihan bahan sumber yang sesuai dengan pengetahuan dan budaya

pelajar

- sebuah kelas yang terdiri daripada kaum dominan dan etnik minoriti, pelajar

minoriti mungkin berasa terabai dan tidak dihargai sekiranya tidak ada unsur-

unsur budaya etnik dalam sumber pembelajaran.

- Nama-nama, watak, tempat, makanan dan jenis pekerjaan yang melibatkan

kaum etnik yang pelbagai seharusnya dipilih sebagai teks dalam mata

pelajaran

yang diajar.

SOALAN ESEI PENDEK:

Akulturasi merupakan salah satu cara untuk mengintegrasikan budaya. Jelaskan

konsepnya dan berikan contoh-contoh yang sesuai.

Skema Jawapan:

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam

kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.

Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan

identiti asal masyarakat penerima.

Penerimaan adalah dalam bentuk unsur budaya yang positif sebagai contoh :

pemakaian tali leher telah diterima oleh hampir semua masyarakat dunia. Begitu juga

dengan angpau, makanan, hiburan dan sebagainya yang boleh dijadikan contoh

dalam masyarakat Malaysia.

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap

akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat

kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat. Unsur-unsur budaya

yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar

diterima.