pn zaha cover depanjghjb

31
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN AMBILAN JANUARI 2011 TAJUK : SISTEM BAHASA MELAYU NAMA : HEMANATHAN A/L HARIKRISHNAN No.KP : 891118-10-5871 ANGKA GILIRAN : 2011151340087 KUMPULAN UNIT : PEMULIHAN/BT/MT KOD KURSUS : PKP 3116 NAMA KURSUS :SISTEM BAHASA MELAYU

Upload: hemanathan-harikrishnan

Post on 28-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

hnlbl

TRANSCRIPT

Page 1: Pn Zaha Cover Depanjghjb

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR

SEREMBAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

AMBILAN JANUARI 2011

TAJUK : SISTEM BAHASA MELAYU

NAMA : HEMANATHAN A/L HARIKRISHNAN

No.KP : 891118-10-5871

ANGKA GILIRAN : 2011151340087

KUMPULAN UNIT : PEMULIHAN/BT/MT

KOD KURSUS : PKP 3116

NAMA KURSUS :SISTEM BAHASA MELAYU

PENSYARAH : PN. HJH. ZAHARILAH BT HJ. ABDUL KADIR

TARIKH SERAHAN : 19 OGOS 2013

Page 2: Pn Zaha Cover Depanjghjb

(Halaman Pengakuan perlu ditulis dalam Bahasa Melayu)

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………

Nama Pelajar : HEMANATHAN A/L HARIKRISHNAN

Tarikh : .................................

Page 3: Pn Zaha Cover Depanjghjb

PENGHARGAAN

Saya HEMANATHAN A/L HARIKRISHNAN dari unit Pendidikan Pemulihan telah

melaksanakan kerja kursus berasaskan ilmu bagi SISTEM BAHASA MELAYU untuk semester

6 ini. Bagi melaksanakan tugasan ini saya bekerja dengan sedaya upaya bagi

menyempurnakannya dengan sebaik mungkin.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada orang yang membantu saya

melaksanakan dan menyiapkan tugasan ini. Pada mulanya, saya ingin merakamkan terima

kasih kepada Tuhan yang maha berkuasa untuk memberikan saya kesihatan yang

berpanjangan untuk melaksanakan tugasan ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya yang memberikan saya segala

kemudahan bagi menyiapkan tugasan dengan sempurnanya. Saya juga ingin berterima kasih

kepada pensyarah Pemulihan saya PN. HJH. ZAHARILAH BT HJ. ABDUL KADIR yang

begitu bertanggungjawab ke atas saya yang bakal menjadi guru pelatih yang cemerlang.

Saya juga berharap, beliau akan memberikan tunjuk ajar yang berterusan kepada saya

dan juga kepada rakan pelatih saya bakal menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan

terbilang.

Page 4: Pn Zaha Cover Depanjghjb

TAJUK TUGASAN

SISTEM BAHASA MELAYU

JABATAN

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR,SEREMBAN

Page 5: Pn Zaha Cover Depanjghjb

SENARAI KANDUNAGAN

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN i

PENGHARGAAN ii

SENARAI KANDUNGAN iii

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU 3

2.1 PENGIMBUHAN

2.1.1 IMBUHAN-IMBUHAN PINJAMAN DALAM BAHASA Melayu

2.2 PROSES PENGIMBUHAN

2.3 PROSES PEMAJMUKAN

2.4 PROSES PENGANDAAN

2.5 KATA AKRONIM

3.0 SINTAKSIS 16

3.1 PERSEMBAHAN POWER POINT(TUTORIAL)

4.0 MEMBINA SEBUAH BUKU CERITA YANG MENGANDUNGI AMALAN 28

PENGGUNAAN BAHASA YANG GRAMATIS DAN SANTUN

SERTA DIKAITKAN DENGAN SALAH SATU PERIBAHASA.

4.1 PEPATAH

4.2 BUKU CERITA

4.3 PENGHASILAN BUKU CERITA

4.4 KANDUNGAN BUKU CERITA

5.0 PENULISAN SECARA KRITIKAL BERKAITAN CERITA KREATIF 34

UNTUK MURID –MURID PEMULIHAN DAN BAGAIMANA BUKU

CERITA MEMBANTU PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU

MURID PEMULIHAN

5.1 CIRI-CIRI BUKU CERITA

Page 6: Pn Zaha Cover Depanjghjb

5.2 TAHAP BUKU CERITA(PEMBENTUKAN KATA)

5.3 RAKAMAN BUKU CERITA

RUMUSAN 38

RUJUKAN 40

LAMPIRAN 41

BUKU CERITA (IKA DAN KEMARAU)

Page 7: Pn Zaha Cover Depanjghjb

PENDAHULUAN

Sistem Bahasa Melayu ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan

kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang

tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna.

Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna,

digabungkan menjadi suku kata dan perkataan.

Sistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan

semantik.

Fonologi         - Bidang kajian bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang.

Morfologi        - Bidang kajian kata dari segi pembentukan, jenis dan aspek-aspek

berkaitan kata.

Sintaksis         - Kajian tentang ayat yang merangkumi pembentukan, jenis dan

golongan serta kajian tentang ayat.

Semantik          - Kajian yang merangkumi penggunaan kata berpandukan makna.

Page 8: Pn Zaha Cover Depanjghjb

Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya

bagaimana(cara) perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat.

Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu dibentuk

daripada bunyi bahasa dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat.Contoh pembentukan kata

ialah perbincangan tentang cara perkataan terbentuk melalui penggabungan awalan, akhiran

dan apitan, manakala contoh pembentukan ayat ialah perbincangan tentang subjek dan

predikat serta pola ayat. Bidang huraian pada peringkat perkataan dikenali sebagai morfologi

manakala peringkat ayat dikenali sebagai sintaksis.Dengan perkataan lain, bidang tatabahasa

terbahagi dua, iaitu morfologi dan sintaksis.

Page 9: Pn Zaha Cover Depanjghjb

SISTEM BAHASA MELAYU

TATABAHASA -

Tatabahasa ialah satu kumpulan petua bagi

membentuk perkataan, frasa, klausa dan ayat.

MORFOLOGI

BENTUK KATA

PEMBENTUKAN KATA

GOLONGAN KATA

SINTAKSIS

SISTEM EJAAN

SEBUTAN DAN INTONASI

SEBUTAN BAKU

INTONASI AYAT

KOSA KATA

Page 10: Pn Zaha Cover Depanjghjb

Perubahan Struktur Kata Contoh :

beri – pemberian

1.0 PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU (MORFOLOGI)

Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan

penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau

lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa

unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,

pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan

berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang

sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur,

bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Abdullah Hassan (2006) mendefinisikan Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji

bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang

bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk

perkataan bahasa manusia.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) mendefinisikan Morfologi ialah satu

bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara

pembentukannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem.

Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang

menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi

mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri.

MORFOLOGI

Page 11: Pn Zaha Cover Depanjghjb

Perubahan Maksud Kata

Perubahan Golongan Kata Contoh :

cari – pencarian

Contoh :

tupai – tupai-tupai

Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk

perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih.

Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan,

pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah

meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka

bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah

besar – besar dan baju – baju.

Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk

membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan.

Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan

daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk

yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu

unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar.

Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan

separa. Kata dasar juga boleh diandaikan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi

tertentu.

1.1 PENGIMBUHAN

Page 12: Pn Zaha Cover Depanjghjb

Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu

bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang

dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara

pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah

pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam

imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan

bentuk fleksi.

Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang

besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang

dipinjam daripada bahasa asing.

Bentuk-Bentuk Imbuhan

Awalan

Kata Nama Kata Adjektif

Akhiran Kata Nama Kata Kerja

Sisipan

Apitan

Morfem kosong

Fleksi

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif

Tidak Wujud

dalam BM

Tidak Wujud

dalam BM

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif

Page 13: Pn Zaha Cover Depanjghjb

Rajah 1.0 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

Awalan

Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya.

Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain.

Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,

Akhiran

Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar)

dalam pemakaian. Misalnya –kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i.

Apitan

Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir

serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i

dalam di+ikut+i,

Sisipan

Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-,

em- dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling

dan –em-, dalam g+em+uruh.

Morfem Kosong

Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

Fleksi

Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

2.1.1 IMBUHAN-IMBUHAN PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan mengikut

asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah :

Page 14: Pn Zaha Cover Depanjghjb

Imbuhan Sanskrit

Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke dalam

sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan telah menjadi

sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat dua jenis

imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran.

Awalan Akhiran

maha maharaja man seniman

tata tatabahasa man budiman

pra prakata wan angkawan

swa swadaya wan jelitawan

tuna tunabusana wati olahragawati

eka ekabahasa wati seniwati

dwi dwitahunan nita karyanita

tri tribulan nita biduanita

panca pancaindera

Imbuhan Arab Parsi

Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke

alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa Arab

telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini memudahkan proses asimilasi

unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-

bentuk katanya. Namun demikian, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa

Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.

Awalan Akhiran

bi- biadap -wi duniawi

Page 15: Pn Zaha Cover Depanjghjb

bilazim -i abadi

binormal -iah lahiriah

-in hadirin

munafikin

-at hadirat

munafikat

-ah qariah

solehah

Imbuhan Yunani – Latin - Inggeris

Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada

imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak berfungsi sebagai

imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan seperti pro-,anti-, mono-,

poli-, auto- dan supra-.

Awalan Akhiran

pro- probarat -isme sosialisme

anti- antikerajaan -isme nasionalisme

poli- poliklinik -ik prolifik

auto- autograf -ik saintifik

sub- subbidang -si sensasi

supra- supranasional -si revolusi

hetero- heterograf -al praktikal

heksa- heksagon -al klinikal

hidro- hidrolisis -is potensi

Page 16: Pn Zaha Cover Depanjghjb

homo- homogen -is praktis

hiper- hiperbola

kilo- kilometer

makro- makrolinguistik

infra- intrajabatan

inter- intervokal

Rajah 1.1 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu

Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

2.2 PROSES PENGIMBUHAN

Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar

untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan,

dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata

terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Berikut diperlihatkan

beberapa contoh proses pengimbuhan.

Imbuhan (Awalan) Kata dasar Kata terbitan

Pem- bawa pembawa

Memper- kuat memperkuat

Page 17: Pn Zaha Cover Depanjghjb

-isme nasional nasionalisme

-i dekat dekati

Peng-.....-an isytihar pengisytiharan

Men-.....-i ikut mengikuti

Ke-...-an sihat kesihatan

Ber-....-an lari berlarian

-er- gigi gerigi

-em- gilang gemilang

Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh berlaku

pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa ( ketawa ) dan ke- +

mudi ( kemudi ).

Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan

kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar

bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasar karang, misalnya, dapat dilahirkan

pengarang melalui imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima apitan ke-...-an,

menerbitkan kepengarangan.

2.3 PROSES PEMAJMUKAN

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan

bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas masing-

masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk

kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar ini; maksudnya,

dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas

atau * kerusi untuk malas.

Pengimbuhan Kata Majmuk

Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara pengimbuhan kata

majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu :

Page 18: Pn Zaha Cover Depanjghjb

Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran, ejaannya tetap terpisah.

Contohnya :

urus niaga - berurus niaga

cari gali - mencari gali

reka bentuk - direka bentuk

daya serap - daya serapan

Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum,

Contohnya :

lipat ganda - melipatgandakan

surat khabar - persuratkhabaran

urus niaga - diurusniagakan

ibu bapa - keibubapaan

Penggandaan Kata Majmuk

Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata majmuk

melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.

Contohnya :

rumah sakit - rumah-rumah sakit

guru besar - guru-guru besar

Raja Muda - Raja-raja Muda

Timbalan Naib Canselor - Timbalan-timbalan Naib Canselor

Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap. Dalam hal

ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.

Page 19: Pn Zaha Cover Depanjghjb

Contohnya :

setiausaha - setiausaha-setiausaha

jawatankuasa - jawatankuasa-jawatankuasa

tanggungjawab - tanggungjawab-tanggungjawab

2.4 PROSES PENGGANDAAN

Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara

penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat

tiga jenis penggandaan, iaitu ;

1. Penggandaan penuh,

2. Penggandaan separa, dan

3. Penggandaan berentak.

Penggandaan penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua

jenis penggandaan penuh,

iaitu :

Yang melibatkan kata dasar

yang tidak menerima apa-

apa imbuhan.

Sekolah sekolah-sekolah

makan makan-makan

besar besar-besar

baju baju-baju

Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.

pelari pelari-pelari

perbualan perbualan-perbualan

kekasih kekasih-kekasih

kejadian kejadian-kejadian

Page 20: Pn Zaha Cover Depanjghjb

Penggandaan separa

Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja.

Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu :

Pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya

serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan

ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan

seperti yang berikut :

Pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya

mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja

dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan

kata dasar.

Penggandaan Berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi

tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan

jari jejari jejari

siku sisiku sesiku

sungut susungut sesungut

pohon popohon pepohon

laki lalaki lelaki

Kata Dasar Berimbuhan Imbuhan

tersenyum tersenyum-senyum

bercakap bercakap-cakap

setinggi setinggi-tinggi

membantu bantu-membantu

mencuit cuit-mencuit

menari tari-menari

mengejar kejar-mengejar

Page 21: Pn Zaha Cover Depanjghjb

dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi

demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

1 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal

2 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan

3 Penggandaan Berentak Bebas

Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas

Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai ciri-ciri

keharmonian vokal,

Contohnya :

sayur - sayur-mayur

ramah - ramah-tamah

cerai - cerai-berai

Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan

Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu,

Contohnya :

kayu - kayu-kayan

tanah - tanah-tanih

simpang - simpang-siur

Perhatian:

Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis *ipar duai.

2.5 KATA AKRONIM

Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata

akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal

suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta

dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Contohnya :

Page 22: Pn Zaha Cover Depanjghjb

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

Bernama - Berita Nasional Malaysia

Kugiran - kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata Akronim

Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara

pembentukkannya.

Ditulis dengan huruf besar seluruhnya

Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang

disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.

Contohnya :

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

UMNO - United Malay National Organisation

Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya

Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan

huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.

Contohnya :

tabika - taman bimbingan kanak-kanak

purata - pukul rata

kugiran - kumpulan gitar rancak

Ditulis bermula dengan huruf besar

Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya

itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.

Contohnya :

Bernama - Berita Nasional Malaysia

Intan - Institut Tadbir Awam Negara

Proton - Perusahaan Otomobil Nasional

Page 23: Pn Zaha Cover Depanjghjb

# Perhatian: Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan

pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses

pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi

membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.

3.0 SINTAKSIS

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan

mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau

susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan

kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al, 2006).

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan

binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008).

Contoh binaan ayat :

Subjek Predikat

(1). Ali (FN) peniaga (FN)

(2). Pemburu itu (FN) melontar lembing (FK)

(3). Bajunya (FN) cantik sekali (FA)

(4). Rumah itu (FN) di tepi sawah (FS)

Struktur Binaan Subjek dan Predikat

Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa

perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.

Page 24: Pn Zaha Cover Depanjghjb

Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur

yang menerangkan subjek.

Subjek Predikat(1). Amin

(2). Abang kandungku

(3). Pegawai kastam itu

guru besar di sekolah baru itu.

sedang berehat di bilik sebelah.

amat cekap.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan

meletakkan subjek di belakang.

Subjek Predikat

(1). Guru besar di sekolah baru itu

(2). Sedang berehat di bilik sebelah

(3). Amat cekap

Amin.

abang kandungku.

pegawai kastam itu.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga

disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat

lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987).

Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan

mematuhi hukum atau rumus transformasi.

Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula atau

peluasan.

Page 25: Pn Zaha Cover Depanjghjb

Contoh :

Ayat Dasar -------- Ayat terbitan (perluasan)

(11) Faridah guru (FN+FN) => Faridah guru yang sabar.

(12) Ah Meng berlari (FN+FK) => Ah Meng berlari dengan pantas.

(13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Pak Cik membaca surat khabar.

(14) Kucing comel (FN+FA) => Kucing comel itu kesayangan Mama.

(15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi.

Frasa Nama ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri

daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan

sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan

sesudah frasa nama.

Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat

nama, disamping boleh menggantikan kata nama .

Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Nama

(1). Emak

(2). Emak Wan Seng

(3). Putrajaya

(4). Bandar Putrajaya

peniaga.

peniaga sayur.

bandar selamat.

bandar selamat.

Struktur Frasa Nama (inti + inti)

Frasa Nama

PredikatInti Inti

(1). Ibu bapa saling bantu-membantu.

(2). Keluar masuk untuk pekerja sahaja.

Struktur Frasa Nama (inti + penerang)

Frasa Nama

Page 26: Pn Zaha Cover Depanjghjb

PredikatInti Penerang

(1). Atlet

(2). Pelajar

(3). Pegawai

(4). Anak

(5). Kucing

paralimpik

semester akhir

Jabatan Haiwan

yang soleh itu

jinak itu

meraih pingat emas.

menduduki ujian.

memberi ceramah.

baik akhlaknya.

menggigit makanan.

Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu

Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al,

2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat.

Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.

Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Walaupun terdapat beberapa

pendapat tentang binaan frasa nama bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 3 ini

menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan frasa nama. (Abdullah Hassan,1983).

Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut:

Binaan Frasa

Nama

Penerang Inti Penerang

Inti + Penerang

Nama

Penerang nama

keturunan

askar

Suku bangsa

British.

Jawa.

Penerang nama

jenis

kucing

bunga

parsi.

mawar.

Penerang nama

kegunaan

serbuk kari

Page 27: Pn Zaha Cover Depanjghjb

minyak pelincir

Penerang nama

penyambut

pemutar

penjaga

skru

pintu

Penerang nama kelamin

pelakon

guru

lelaki.

wanita.Penerang nama

tempatpinggiran pantai

Binaan Frasa

Nama

Penerang

(Penentu

Hadapan)

Inti

(Bilangan+penjodoh

bilangan)

Penerang

(Inti)

tiga orang guru

lima buah kereta

tujuh dulang nasi minyak.

Penerang

(Penentu

belakang) Inti Penerang

orang itu

Page 28: Pn Zaha Cover Depanjghjb

rumah

ini

Penerang kata

kerja

mesin

bilik

kira

menunggu

Penerang kata

adjektif

pengemis

kereta

muda

antik

Penerang frasa

sendi nama

baju

banglo

di jemuran

di desa.

Penerang

bilangan ordinal

tempat

tingkat

kedua

ketiga

Inti + inti

Inti + inti dengan

maksud sama erti

tubuh

bukit

badan

bukau

Inti + inti dengan

maksud

berlawanan

tuan

atas

hidup

puan

bawah

mati