soalan bahagian a - penghantar linguistik

26
BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 1. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu linguistik A Ilmu mempelajari bahasa B Ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik C Ilmu yang mengkaji struktur sesuatu bahasa D Ilmu yang menghuraikan tentang tatabahasa 2. Linguistik sejarah merupakan satu cabang pengkajian bahasa yang melihat perkembangan bahasa pada beberapa peringkat masa atau zaman. A klinikal B terapan C diakronik D sinkronik 3. Linguistik gunaan diaplikasikan bagi mengkaji i bunyi bahasa ii bahan mengajar iii kaedah mengajar iv kemahiran bahasa v perancangan bahasa A I, II dan III sahaja B II, III dan IV sahaja C I, II, IV dan V sahaja D I, III, IV dan V sahaja 4. Pilih pernyataan yang benar tentang tanggapan Teori Transformasi Generatif terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa. I Mengajar ayat dasar terlebih dahulu sebelum ayat transformasi. II Guru perlu menggalakkan murid-murid menghafal apa-apa yang diajarkan kepada mereka. III Mementingkan perlakuan bahasa berbanding membentuk kecekapan bahasa mereka. IV Kesilapan yang terdapat dalam penggunaan bahasa tidak merupakan satu kesalahan bahasa

Upload: epul-aqil-mikail

Post on 20-Oct-2015

80 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Nota bantuan

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu linguistik

A Ilmu mempelajari bahasa

B Ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik

C Ilmu yang mengkaji struktur sesuatu bahasa

D Ilmu yang menghuraikan tentang tatabahasa

2. Linguistik sejarah merupakan satu cabang pengkajian bahasa yang

melihat perkembangan bahasa pada beberapa peringkat masa atau

zaman.

A klinikal B terapan

C diakronik D sinkronik

3. Linguistik gunaan diaplikasikan bagi mengkaji

i bunyi bahasa ii bahan mengajar

iii kaedah mengajar iv kemahiran bahasa

v perancangan bahasa

A I, II dan III sahaja B II, III dan IV sahaja

C I, II, IV dan V sahaja D I, III, IV dan V sahaja

4. Pilih pernyataan yang benar tentang tanggapan Teori Transformasi

Generatif terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.

I Mengajar ayat dasar terlebih dahulu sebelum ayat transformasi.

II Guru perlu menggalakkan murid-murid menghafal apa-apa yang

diajarkan kepada mereka.

III Mementingkan perlakuan bahasa berbanding membentuk

kecekapan bahasa mereka.

IV Kesilapan yang terdapat dalam penggunaan bahasa tidak

merupakan satu kesalahan bahasa

V Kebolehan membentuk pertuturan baharu bergantung kepada

jumlah pengetahuan tentang rumus bahasa

A I, II dan III sahaja B I, IV dan V sahaja

Page 2: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

C II, III dan IV sahaja D I, III. IV dan V sahaja

5. Tokoh-tokoh yang berikut telah memberikan sumbangan besar dalam

linguistik moden, iaitu :

I Skinner II Halliday

III Edward Sapir IV Leonard Bloomfield

V Ferdinand de Saussure

A I dan III sahaja B IV dan V sahaja

C I, II dan III sahaja D III, IV dan V sahaja

6. Ferdinand de Saussure telah menimbulkan perbezaan antara langue

dan parole?

A sistem yang abstrak B manifestasi penuturnya

C keseluruhan pertuturan D sistem yang terdapat dalam

akal budi

7. * Mengapa bahasa manusia itu tidak sama ?

* Bagaimana wujudnya kata?

* Bagaimana hubungan antara perkataan dengan benda atau perkara

yang dilambangkan ?

* Mengapa sesuatu itu dinamakan itu dan ini ?

Bahasa mempunyai ciri suci dan wujud secara semula jadi. Justeru,

timbullah beberapa persoalan di atas dalam sejarah perkembangan

ilmu linguistik.

Padankan persoalan-persoalan di atas dengan zaman di bawah.

A Arab B India

C Yunani D linguistik moden

8. "kaya", "baya", dan "paya" ialah perkataan yang mempunyai makna

yang berbeza. Pernyataan yang manakah menunjukkan maksud bagi

perkataan tersebut ?

I / k /, / b / dan / p / ialah fonem-fonem

II / k /. / b / dan / p / ialah pasangan minimal

III / k /. / b / dan / p / ialah alofon bervariasi bebas

IV / k /. / b / dan / p / ialah alofon saling melengkapi

Page 3: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

V / k /. / b / dan / p / ialah pasangan konsonan

A I dan II sahaja B I dan III sahaja

C I, II, IV dan V sahaja D I, III, IV dan V sahaja

9. Ahli bahasa telah membahagikan fonetik kepada tiga cabang utama,

iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.

Fonetik akustik ialah bidang fonetik yang mengkaji

A gelombang bunyi B bahasa secara saintifik

C cara otak memproses bunyi D cara bunyi bahasa

dihasilkan

10. Anda mesti rajin berusaha.

Kerajinan anda akan menghasilkan kejayaan.

Apakah hubungan semantik yang wujud dalam ujaran di atas ?

A Penjelasan B Syarat dan hasil

C Sebab dan akibat D Sebab dan tujuan

11. Pilih penyataan di bawah yang dianggap betul berkaitan wacana.

A Huraian bahasa berdasarkan aspek-aspek sosiolinguistik.

B Satu satuan bahasa yang lengkap dan melebihi batas ayat.

C Unit bahasa yang hanya boleh dianalisa berdasarkan konteks

situasi.

D Perkataan-perkataan sendi yang menghubungkan antara ayat

dengan ayat.

12. TAWARAN HARI RAYA!

Beli satu percuma satu

Cepat tawaran sah sehingga 31 Disember 2009

Penyataan di atas merupakan ciri-ciri asosiasi yang terdapat dalam

A ayat B semantik

C laras bahasa D paradigmatik

13 Variasi bahasa bermaksud bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi

maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Antara yang berikut,

manakah bukan tergolong dalam variasi bahasa?

Page 4: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

A Sosial B Stilistik

C Ibunda D Daerah

14. Kajian tentang sosiolinguistik meliputi aspek

A lisan yang berkaitan dengan pertuturan

B bacaan yang berkaitan dengan pertuturan

C bahasa yang berkaitan dengan masyarakat

D bahasa daerah yang berkaitan dengan masyarakat

15. Pilih penggunaan morfem yang betul bagi perkataan di bawah ini

A Perkasa - 2 morfem

B Petanda - 3 morfem

C Berpeluh - 2 morfem

D Berkakikan - empat morfem

16. Yang manakah benar mengenai bidang Linguistik Diakronik ?

A Mengkaji sejarah linguistik sahaja.

B Kajian mengikut perkembangan masa dan perbandingan bahasa.

C Kajian mengikut jangka masa tertentu dan pada sesuatu masa

tertentu.

D Ahli linguistik tidak perlu memahami sistem tulisan kerana teks

bukan sumber utama kajian.

17. Kata yang berikut ialah contoh kata kerja majmuk.

ikat mati beritahu sebar luas

tolak tepi kuatkuasa

Struktur kata majmuk di atas adalah berbentuk

A semantik B eksosentrik

C endosentrik D penggandaan

18. Pendekatan stilistik paling sesuai dilaksanakan dalam kajian

A Sains B Geografi

C Matematik D Kesusasteraan

Page 5: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

19 Bahasa Melayu dikatakan sebagai bahasa ilmu kerana

A telus dan dinamik

B statik dan mendatar

C sejagat dan banyak digunakan

D keintelektualan dan kesempurnaan

20. Dia makan nasi.

Hubungan paradigmatis nasi dalam ayat di atas ialah

A roti B baju

C kereta D perabot

BAHAGIAN B

1 a) Tuliskan tiga perbezaan antara linguistik gunaan dan linguistik

perbandingan.

Linguistik Gunaan Linguistik Perbandingan

Menerapkan hasil kajian linguistik Membuat penyelidikan dan

untuk keperluan semasa. memberi perbezaan dan

persamaan struktur bebera

pa bahasa.

Menyatakan bahasa sebagai inti Aspek hubungan persejarah

kebudayaan. an dan keakraban antara

bahasa diambil kira dalam

mengenal pasti perbezaan

dan persamaan strukturnya

Menyumbang faedah kepada ilmu- Perbandingan sesuatu baha

ilmu sosial yang lain. sa berasal daripada satu

induk atau rumpun.

b) Nyatakan dua bahan kajian linguistik sejarah

i Batu bersurat

ii Manuskrip lama

iii Karya-karya sastera

iv Artifak

Page 6: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

2 Penutur-penutur bumiputera sesuatu bahasa tidak dapat

menerangkan aspek semantik ayat atau pengucapan dalam perbualan

harian mereka yang menjadi subjek kajian ahli bahasa.

a) Ringkaskan tiga jenis makna yang sering men jadi tumpuan ahli

bahasa.

i) makna denotatif

- makna sesuatu perkataan yang penerangan maknanya

boleh dirujuk di dalam kamus. Juga dikenali sebagai

makna leksikal, makna tersurat, makna konseptual dan

makna rujukan.

ii) makna konotatif

- makna tambahan yang dimiliki sesuatu perkataan atau

makna tersirat di sebalik makna tersurat.

- makna yang diberi berhubung kait dengan budaya,

pengalaman, emosi, pendidikan, pandangan tentang

dunia dan konteks penggunaan penutur.

iii) makna gramatikal

- makna yang terdapat dalam imbuhan.

makna sesuatu perkataan / kata dasar berubah

mengikut imbuhan yang diberi kepadanya.

b) Beri analisis makna secara harfiah dan bukan harfiah bagi ujaran di

bawah:

"Cantik muka awak!"

i) secara harfiah

- penutur menyatakan maksud yang sama dengan kata yang

digunakan seperti dalam ujaran di atas, penutur merujuk kepada

wajah seseorang yang cantik.

- Maksud penutur adalah seperti makna perkataan yang digunakan.

ii) secara bukan harfiah

- penutur menyatakan maksud yang berbeza daripada makna kata

yang digunakan seperti dalam ujaran di atas, penutur mempunyai

maksud tersirat yang berbeza daripada makna kata yang digunakan.

"cantik" dalam ujaran di atas boleh bermaksud ejekan terhadap

Page 7: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

seseorang yang tidak cantik rupa parasnya atau memperlekehkan

perbuatan seseorang.

3. Noam Chomsky telah mempelopori Hipotesis Nurani (the Innateness). Hipotesis ini mengatakan bahawa struktur bahasa atau rumus-rumus bahasa adalah nurani, iaitu dibawa dan lahir oleh manusia.

a) Berdasarkan hipotesis ini huraikan dengan ringkas tiga contoh

bagaimana manusia memperoleh dan mempelajari bahasa.

i) Apabila seseorang bayi itu lahir, maka bayi ini mula mempelajari

bahasa ibunya.

ii) Semenjak lahir seseorang bayi telah dilengkapi dengan alat

pemerolehan bahasa yang dikenali sebagai Language

Acquisition Divice (LAD).

iii) Seseorang bayi telah dilengkapi dengan satu peralatan konsep

yang bersifat sejagat dan tiada hubungan dengan proses belajar

dan kecerdasan (intelligence)

iv) Struktur dalaman semua bahasa adalah sama yang merupakan

kumpulan rumus-rumus yang telah sedia sejak lahir.

b) Chomsky telah mempelopori konsep kemampuan bahasa

(competence) dan perlakuan bahasa (performance). Jelaskan dengan

ringkas kedua-dua konsep tersebut menurut Chomsky.

i) Kemampuan bahasa

Pengetahuan penutur terhadap bahasa ibundanya.

ii) Perlakuan bahasa

Penampilan bahasa penutur dalam kegiatan harian

4. Bahasa merupakan alat berfikir dan alat komunikasi yang digunakan

untuk mengungkapkan fikiran dalam bidang apa sahaja berkaitan

dengan kehidupan komuniti penuturnya. Salah satu ragam bahasa

ialah Bahasa Melayu Saintifik.

a) Rumuskan konsep Bahasa Melayu Saintifik.

- Bahasa Melayu Saintifik ialah bahasa yang menghurai dan

membincangkan sesuatu tajuk dalam sesuatu bidang ilmu.

- Mempunyai pengertian yang luas dari segi laras dan gaya,

bentuk kata, frasa, modus, dan teksnya.

Page 8: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

- Isu yang penting ialah istilah seperti dari segi jenis,

bentuk, sistem dan penggunaannya dalam konteks.

b) Ciri-ciri Bahasa Melayu Saintifik

- Dari segi laras, ia mempunyai istilahnya sendiri.

- Mempunyai kecenderungan untuk memilih ungkapan

tertentu yang sesuai dengan bidangnya.

- Yang menyamakan penulisan dalam bidang-bidang yang

berbeza ialah pemilihan jenis ayat yang jelas dan

mempunyai subjek dan predikatnya.

- Tidak terdapat ayat-ayat minimal yang hanya terdiri

daripada subjek atau predikat seperti dalam bahasa

basahan atau bahasa sosial.

- Cenderung menggunakan ayat-ayat yang panjang,

terutamanya ayat-ayat kompleks atau ayat berlapis yang

mempunyai satu klausa utama atau klausa bebas yang

diikuti oleh satu atau lebih klausa tak bebas.

Bahagian C

(40 markah)

1. Kajian terhadap ilmu linguistik telah berlaku seawal 800 S.M dan

pengkajian bahasa pada zaman Yunani lebih dipengaruhi oleh

pemikiran berbentuk falsafah yang menjadi titik permulaan kepada

pengkajian tatabahasa.

Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan sejarah perkembangan

ilmu linguistik dari zaman Yunani hingga ke zaman linguistik moden serta sumbangan tokoh-tokoh linguistik dalam sejarah perkembangan

bahasa.

- Sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula seawal 800

S.M yang mula berlaku di India.

- Titik permulaan kajian ilmu linguistik bertolak dari zaman

Yunani.

Page 9: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

- Bangsa Yunani merupakan manusia pertama dalam sejarah

Eropah yang bergiat aktif dalam kajian bahasa bermula kira-kira

500 S.M

- Kehidupan mereka dibendung oleh bidang falsafah

- Ahli falsafah sering berdebat tentang bahasa sama ada bahasa

dikuasai oleh nature atau konvensyen.

- Usaha Plato mengkaji bidang tatabahasa dengan bukunya yang

berbentuk dialog Cratylus.

- Aristotle dan sarjana Stoik meneruskan perjuangan Plato

membuat penggolongan tiga bahagian gender dalam bahasa

Yunani.

- Alexandaria merupakan tanah jajahan Yunani berkembang

sebagai pusat penyelidikan kesusasteraan dan linguistik abad ke-3 M.

- Ketika ini hubungan antara bahasa tulisan dengan bahasa yang

dituturkan erat sekali.

- Pengkajian bahasa pada zaman ini adalah berdasarkan kepada bahasa yang betul dan unggul.

- Tokoh terkemuka ialah Thrax yang pakar dalam bidang fonetik.

- Sumbangan terbesar dalam tatabahasa tradisional yang menjadi

rujukan kepada penciptaan tatabahasa di Rom dan negara-

negara Arab serta Eropah kemudiannya.

- Runtuh zaman Iskandar, pusat pengajian berpindah ke Rom.

- Ahli tatabahasa Rom meniru model orang Yunani dan bahasa

Latin berterusan sehingga zaman pertengahan.

- Zaman ini pengkajian linguistik berlaku begitu pesat.

- Antara ahli tatabahasa Rom yang memberikan sumbangan besar

dalam bidang ilmu linguistik khususnya tatabahasa tradisional

ialah Appolonius Discollus, M.T. Varro dan Priscian.

- Tradisi linguistik India amat berpengaruh terhadap

perkembangan ilmu linguistik moden.

- Penganut-penganut Hindu mengkaji bahasa Sanskrit melalui

penelitian lalu membentuk ucapan dengan menggunakan

kaedah fonologi.

- Ahli bahasa India mengumpulkan teks dan karya agama untuk

dikaji.

Page 10: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

- Ahli bahasa India lebih berjaya daripada ahli tatabahasa tradisi

linguistik Yunani bukan sahaja dalam bidang fonologi tetapi juga

morfologi.

- Hasil kajian Panini sungguh luar biasa dan dianggap sebagai

"puncak kebijaksanaan manusia".

- Pada abad ke-20, penekanan diberikan kepada linguistik

deskriptif yang dikenali sebagai zaman linguistik deskriptrif.

- Ferdinand de Saussure ialah orang pertama yang mengasaskan

ilmu linguistik moden.

2. Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu perkara 152, bahasa

Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi

negara Malaysia. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini bahasa Melayu

seolah-olah terpinggir di negara sendiri.

Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan cabaran-cabaran yang

dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa

kebangsaan negara serta langkah-langkah mengatasinya untuk

memperkasa peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Malaysia

dalam era globalisasi.

Calon dapat membincangkan tentang isu dan cabaran bahasa Melayu

serta langkah mengatasinya untuk memperkasa peranan bahasa

Melayu sebagai bahasa ilmu dalam era globalisasi

- Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa

kebangsaan negara Malaysia sejak merdeka hingga kini.

- Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

bahasa Inggeris (PPSMI).

- Masalah yang dihadapi oleh guru-guru khususnya di kawasan

pedalaman.

- Keputusan kerajaan mengembalikan Matematik dan Sains diajar

dalam bahasa Melayu menjelang tahun 2012.

- Persediaan guru-guru terlatih dan peranan Institut Pendidikan

Page 11: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

Guru Malaysia (IPGM).

- Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di institusi

Pengajian (IPTA) seperti UKM, UM dan UIAM

- Langkah memperkasa dan memartabat bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu melalui seminar, konvensyen dan persidangan

serantau dan antarabangsa.

- Teras strategi PIPP pertama Membina Negara Bangsa melalui

pemerkasaan bahasa Melayu.

- Bahasa pengantar di peringkat pengajian tinggi.

- Bahasa ekspresif pelbagai bidang ilmu termasuk sains dan

teknologi.

- Bahasa akademik dengan pelbagai laras sesuai dengan

perkembangan ilmu baharu.

- Mampu mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks

dan abstrak.

- Mempunyai ciri keintelektualan bahasa (kosa kata dan sistem

bahasa) dan kesempurnaan bahasa.

- Bahasa rasmi menjana ilmu dan perpaduan negara -

Perlembagaan Malaysia.

BAHAGIAN A

1. Satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam pengajaran bahasa.

Definisi di atas merujuk kepada

A Linguistik umum

B Linguistik sejarawi

C Linguistik gunaan

D Linguistik komparatif

2. Kaedah glotokronologi sesuai digunakan untuk mengkaji bahasa-

bahasa yang tidak rapat hubungannya.

Mengapakah kaedah glotokronologi lebih sesuai digunakan

berbanding kaedah perbandingan ?

A Kaedah glotokronologi boleh membandingkan bahasa dan

Page 12: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

mengelaskannya mengikut ciri-ciri.

B Kaedah glotokronologi mampu menerangkan setiap perkataan

dalam bahasa dengan munasabah.

C Kaedah glotokronologi boleh mencadangkan satu formula

Matematik untuk menentukan tarikh ketika bahasa-bahasa

itu berpisah.

D Kaedah glotokronologi boleh membandingkan sistem fonologi,

sistem morfologi, sintaksis dan leksikon dalam bahasa yang

dikaji.

3. a. Dia membeli baju kebaya

b. Dia membeli baju kurung

Perkataan kurung dan kebaya dalam kedua-dua ayat di atas

menggambarkan hubungan leksikal dari segi :

A Sinonim B Hiponim

C Sintagmatik D Paradigmatik

4. A

S P

FN FN

Rajah pohon di atas merupakan salah satu rumus struktur yang

dihasilkan oleh teori Noam Chomsky.

Maksud rumus tersebut ialah

A ayat boleh ditransformasikan daripada ayat bukan inti

B ayat hanya boleh dianalisis melalui rumus struktur frasa

C ayat boleh dikaji melalui struktur frasa dan rumus transformasi

D ayat boleh dibahagikan kepada frasa, ayat inti dan ayat bukan

inti

5. Ferdinand de Saussure dalam kajiannya telah mengetengahkan beberapa konsep tentang linguistik.

Page 13: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

Apakah konsep-konsep tersebut ?

I Bentuk dan makna

II Langue, parole dan language

III Hipotesis ketentuan lingusitik

IV Linguistik sinkronik dan diakronik

A i, II dan III sahaja

B I, II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

6. Teori Huraian Bahasa Struktural dipelopori oleh Edward Sapir,

Bloomfield dan Ferdinand de Saussure.

Menurut teori ini, bahasa

A dikatakan mempunyai beberapa sistem dan peraturannya

tersendiri.

B dihuraikan secara deduktif dimulai generalisasi dan diberikan

contoh.

C bersifat arbitrari dan digunakan untuk perhubungan antara

satu sama lain.

D bersifat sistematik dan tidak mempunyai tatabahasa tersendiri

serta hidup.

7. - Kajian bahasa bermula dengan fonetik

- Penganalisisan bahasa mestilah sampai ke akarnya

- Imbuhan dapat dipisahkan daripada kata akar atau kata dasar

(Penemuan orang-orang India tentang bahasa)

Mengapakah penemuan orang-orang India di atas mengejutkan

pengkaji dari Barat ?

A Pengkaji barat sebelum ini mengkaji bahasa berasaskan falsafah

dan prasangka sahaja.

B Pengkaji barat berpendapat kajian bahasa perlu berasaskan

logik semata-mata.

C Pengkaji mereka hanya beranggapan bahawa bahasa

mencerminkan benda yang sesuai dengan kudratnya.

Page 14: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

D Asas kajian pengkaji barat pada masa itu hanya untuk mencari

penyesuaian antara peristiwa bahasa dengan prinsip teoritis.

8. Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh

manusia untuk melambangkan sesuatu.

Penghasilan bunyi-bunyi bahasa dapat dilihat melalui fonetik

A akustik dan auditori sahaja

B artikulasi dan akustik sahaja

C artikulasi dan auditori sahaja

D artikulasi, akustik dan auditori

9. Soalan 9 berdasarkan ayat di bawah.

Adik baru hantar surat untuk kakak.

Pilih jenis frasa yang betul yang menjadi konstituen ayat tersebut:

endosentrik eksosentrik

A adik baru hantar

B surat untuk kakak

C adik baru untuk kakak

D surat untuk kakak

10. Ibu ayam : ayam betina yang mempunyai anak

Kaki ayam : kaki pada ayam

Makna kata yang ditunjukkan dalam petikan di atas ialah makna

A konotasi B denotasi

C sinonim D hiponim

11. Soalan 11 berdasarkan dialog di bawah.

Azrul : Kita sepatutnya menyokong kempen mengibarkan

bendera Jalur Gemilang sempena sambutan bulan

kemerdekaan.

Budin : Betul.

Hubungan wacana dialog Budin terhadap dialog Azrul ialah hubungan

dari aspek

A leksikal B semantik

Page 15: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

C fonologis D gramatikal

12. Apakah yang menjadi asas kajian dalam psikolinguistik ?

A Hubungan antara masyarakat dengan bahasa

B Pertalian antara bahasa dengan sistem bahasa

C Proses psikologi yang terjadi ketika berbahasa

D Pertalian antara bahasa dengan penutur

13. Variasi bahasa merupakan bentuk bahasa yang berbeza bagi maksud

yang sama. Antara aspek yang menunjukkan variasi bahasa ialah

A penggunaan bahasa badan

B penggunaan bahasa isyarat

C penggunaan bahasa asing atau pinjaman

D penggunaan bahasa dialek dan bahasa baku

15. Hipotesis Ketentuan Linguistik yang dikemukakan oleh Edward Sapir

dan Benjamin Lee Whorf dalam tahun 1930 / 1940-an, mengandaikan

bahawa pemikiran manusia ditentukan atau dibatasi oleh bahasa

asalnya.

Berdasarkan penyataan di atas, mengapakah hipotesis ini ditolak oleh

kebanyakan ahli bahasa ?

A Hipotesis lebih mengutamakan bahasa lisan sebagai objek kajian

B Hipotesism itu menyatakan ilmu di dunia dapat difahami melalui

terjemahan

C Hipotesis menyatakan tatabahasa sebagai teori ilmiah membuat

pengamatan korpus ungkapan melalui penutur asli

D Hipotesis menyatakan manusia yang mempunyai bahasa berbeza-beza tidak akan difahami oleh manusia melalui

terjemahan

14. Sosiolinguistik bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa

dan gejalanya dengan masyarakat yang meliputi

I bahasa sebagai alat kehidupan manusia

II kadar pertalian di antara bahasa dengan masyarakat

III bentuk-bentuk pertuturan individu dalam masyarakat

Page 16: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

IV kaedah perbandingan antara bahasa yang digunakan dengan

bahasa asing

A I, II dan III sahaja

B I, II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

16. Linguistik diakronik yang diutarakan oleh Ferdinand de Saussure telah

mengatakan bahawa bahasa merupakan keseluruhan pertuturan yang

terdiri daripada langue dan parole.

Maksud langue dan parole ialah

langue parole

A sistem perhubungan bersama pertuturan sebenar yang

dituturkan

B tingkah laku yang universal keseluruhan pertuturan milik

baka

C pertuturan sebenar yang di- sistem perhubungan bersama

tuturkan

D keseluruhan pertuturan milik tingkah laku yang universal

baka

17. Pembentukan ayat yang salah menurut peraturan paradigmatik ialah

A semua orang menerimanya menjadi ketua kerana dia bijak.

B sikapnya yang rajin sangat disenangi olehnguru-guru.

C dia sudah mahir membuat tugasan itu sendiri

D Ahmad seorang yang pandai berpura-pura.

18. Ilmu yang bersifat interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan

dikenali sebagai

A stilistik B semantik

C pragmatik D analisis wacana

19. - Seperti seekor rerama terbang

- Matanya bak bintang kejora

Page 17: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

- Macam melukut di tepi gantang

Ayat-ayat di atas menggunakan bahasa perbandingan jenis

A simile B metafora

C personifikasi D eufemisme

20. Bank akan memastikan data dan keselamatan urusan perbankan melalui telefon bimbit yang dikendalikan oleh sistem perbankan,

dihubungkan secara automatik ke talian di dalam mengenal pasti dan

mengesahkan ketulenan data

(Berita Harian, 7 Oktober 2002)

Laras bahasa yang digunakan dalam petikan di atas ialah laras bahasa

A iklan B sastera

C perniagaan D undang-undang

BAHAGIAN B

1. ilmu linguistik mempunyai bidang yang luas untuk mengkaji bahasa

dari pelbagai sudut.

Dengan berdasarkan aspek-aspek tertentu, nyatakan lima jenis

linguistik serta bidang kajiannya.

Jenis Linguistik Bidang Kajian

1. Umum / Am Aspek-aspek teori ilmu linguistik secara

umum

2. Gunaan Mengkaji bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa..

3. Sejarah Memperlihatkan perkembangan bahasa dari

segi sejarah yang dilalui melalui masa

4. Bandingan Melihat ciri-ciri perubahan dan persamaan

antara bahasa sekeluarga dan keturunan

satu-satu bahasa induk

5. Kontekstual Bidang linguistik yang berinteraksi dengan

disiplin –disiplin ilmu /akademik yang lain

6. Huraian Menghurai bahasa mengikut cara saintifik

Page 18: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

7. Ethnolinguistik Melihat perhubungan bahasa dengan

penyelidikan primitif

8. Psikolinguistik Perhubungan antara linguistik dengan psikologi

9. Sosiolinguistik Perhubungan bahasa dengan gejalanya

dengan masyarakat

10. Antropologikal Perhubungan bahasa dengan hal kehidupan

manusia (adat, kebudayaan, kepercayaan)

2. Jelaskan maksud istilah berikut dan berikan contoh yang sesuai

• Konotasi:

Makna tambahan atau makna tersirat daripada makna denotasi

(Contoh yang sesuai)

• Hiponim:

Kata yang mempunyai lingkungan atau pemeringkatan dalam struktur

Makna / kata yang maknanya dalam makna kata lain

(Contoh yang sesuai)

• Polisim:

Kata yang mempunyai banyak makna

(Contoh yang sesuai)

• Denotasi:

Makna kata yang tersurat

(Contoh yang sesuai)

• Sinonim

Kata-kata seerti

(Contoh yang sesuai)

3. a) Nyatakan dua proses yang terlibat dalam perubahan tersebut.

Proses perubahan yang terlibat :

Page 19: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

• Perubahan dari segi fonologi.

Contohnya, varam – barang

pinam – pinang

• Perubahan dari segi morfologi

Contohnya, mamava – membawa

marbuat – bembuat

• Perubahan dari segi perluasan makna

Contohnya, menyeberang / Dulu hanya sungai /

sekarang jalan / lebuh raya

• Perubahan dari segi penggantian kata

Contohnya, marga – jalan / warsa – tahun / hiyang – Tuhan

• Perubahan dari segi semantik

Contohnya, khalwat - maksudnya menyendiri untuk beribadat / berdua-duaan antara lelaki dan perempuan untuk membuat maksiat

b) Jelaskan tiga perbezaan antara Linguistik Sinkronik (LS) dan Linguistik

Diakronik (LD)

Linguistik Sinkronik Linguistik Diakronik

LS mengkaji bahasa pada suatu masa LD mengkaji bahasa sejak

dalam titik sejarah kemunculan bahasa hingga kini

LS menghuraikan unsur bahasa pada LD mengkaji perkembangan

waktu itu tanpa perbandingan bahasa dan membuat

perbandingan antara satu zaman

dengan satu zaman

LS mengkaji bidang fonetik dan LD merekod perubahan yang

fonologi, morfologi dan sintaksis berlaku dalam bahasa antara suatu jangka masa dengan jangka

masa yang lain

Page 20: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

LS tidak bercorak sejarah LD bercorak sejarah dan

Perbandingan

4. a) Berdasarkan pemahaman anda apakah ciri-ciri yang ada pada

bahasa Melayu sehingga bahasa tersebut dapat dijadikan

sebagai bahasa ilmu ?

i) Keintelektualan Bahasa

ii) Kesempurnaan Bahasa

iii) Kestabilan Bahasa

iv) Kelenturan Bahasa

v) Keberkesanan Bahasa

vi) keindahan Bahasa

b) Bina ayat yang menunjukkan penggunaan laras bahasa yang

disenaraikan.

i) Laras bahasa iklan

ii) Laras bahasa sukan

BAHAGIAN C

1. Bandingkan sejarah perkembangan ilmu linguistik dalam dua zaman

berikut:

a) Zaman Yunani

- Manusia yang pertama dalam sejarah Eropah yang mempunyai

catatan2 tentang minat dan kegiatan mereka terhadap bahasa.

- Telah mengkaji bahasa sejak kira2 tahun 500 SM.

- Mengatakan bahasa ialah suatu alat perhubungan yang

sistematis.

- Perkara2 yang disentuh dalam kajian

- hal2 mengenai asal usul perkataan

- keterangan2 tentang gejala bahasa

- huraian2 mengenai bunyi2 bahasa berlandaskan kepada

Page 21: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

bahasa bertulis

- Terlalu dipengaruhi oleh keangkuhan mereka dengan

kemegahan falsafahnya bahawa bahasa Yunani bertulis itu ialah

yang termulia dan semula jadi.

- Bahasa itu dianggap tetap dan tidak boleh berubah-ubah, tidak

harus diperbaiki kerana bahasa mereka itu sudah sempurna dan

termulia.

- Bahasa itu sesuatu yang melambangkan tamadun yang tinggi

dan sesuatu yang dikaji untuk menerangkan segala kejadian

alam.

- Tokoh zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle.

b) Zaman India

- Orang India kaji bahasa Sanskrit sejak beratus-ratus tahun S.M.

- Bahasa sanskrit ialah bahasa VEDA iaitu kitab suci orang Hindu,

dari salah satu kitab yang terkenal ialah RIGVEDA

- Sebagai kitab suci, nyanyian yang terdapat dalam kitab ini perlu

disebut dengan betul demi menjamin pemahaman dan

ketepatan maksud dan tafsiran.

- Para Brahmin telah berusaha mengemukakan rumus bahasa

yang dinamakan sanskrit melalui penyerapan tatacara empiris.

- Panini telah menghasilkan karya ASTADYAYI. Karya ini

mengandungi 400 pelajaran, disusun mengikut gaya komentar

kepada VEDA yang disebut SUTRA

- Hierarki bahasa Panini

- Fonetik fonologi - Morfologi

- Tatabahasa - Falsafah - semantik

- Kajian India

- Kajian bahasa perlu bermula dengan fonetik, iaitu kajian

tentang pembentukan bunyi melalui mekanisme artikulasi

- Penganalisisan bahasa mestilah ke akar umbi

- Imbuhan dapat dipisahkan daripada kata akar kata dasar

- Kata kerja wujud lebih daripada satu kata nama

- Penggantian vokal secara tetap dalam tatabahasa India

Page 22: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

2. Dialek merupakan salah satu bidang yang dikaji dalam sosiolinguistik.

Di samping itu, dialek boleh dibahagikan kepada tiga iaitu dialek sosial,

dialek daerah dan dialek seketika.

Huraikan perbezaan antara dialek sosial dan dialek daerah.

Dialek sosial :

Dikaitkan dari segi penggunaan iaitu bahasa mungkin berbeza

mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya,

dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa-bahasa yang

formal . Variasi2 ini yang berkaitan dengan dialek sosial dikatakan

sebagai dialek sosial.

Bahasa yang terhasil berdasarkan aspek penggunaan

Contohnya, bahasa baku, bahasa formal, bahasa tidak formal, bahasa

halus, bahasa kasar, bahasa istana, bahasa pasar dan bahasa slanga.

Dialek daerah :

- perbezaan bahasa pengguna berdasarkan daerah atau

- perbezaan bahasa pengguna berdasarkan faktor geografi

(perlu huraikan dgn contoh bagi dialek daerah tertentu yg sesuai)

3. Bahasa Melayu seharusnya boleh berfungsi sebagai ilmu yang lengkap

dengan laras-laras yang luas agar dapat mencapai taraf

kecendekiawan dan bahasa saintifik.

Bincangkan isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh bahasa

Melayu sebagai bahasa ilmu.

Isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi

- digunakan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di sekolah

- digunakan untuk membangkitkan kesedaran bahawa bahasa

penting sebagai pembentuk kesatuan politik yang disebut

'negara' atau 'negara bangsa'

- merupakan alat pemikiran, alat budaya dan sebagai sumber

kemajuan tamadun di Malaysia

Page 23: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

- penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi dan

perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama

- dapat mencipta istilah yang boleh disampaikan melalui kata-

kata yang sudah ada dalam perbendaharaan kata bahasanya

seterusnya memajukan pemikiran sesebuah bangsa

- pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris

- sebutan baku tidak digunakan dengan sepenuhnya di sekolah

- masyarakat bandar kini mementingkan bahasa Inggeris daripada

bahasa Melayu

Jawapan Objektif 2009

1 B 11 B

2 C 12 C

3 D 13 B

4 B 14 C

5 D 15 C

6 B 16 B

7 C 17 C

8 A 18 D

9 A 19 D

10 C 20 A

Jawapan Objektif 2010

1 C 11 D

2 C 12 C

3 D 13 D

4 D 14 A

5 B 15 B

6 C 16 A

Page 24: Soalan Bahagian a - Penghantar Linguistik

7 A 17 B

8 D 18 A

9 B 19 A

10 B 20 C