soal selidik penggunaan internet

5
Soal selidik merupakan borang yang berisi soalan serta ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang digunakan untuk semua responden. Borang soal selidik hanya boleh dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul data kajian. Setiap responden disoal dengan soalan yang sama oleh itu penyelidik boleh membuat perbandingan antara seorang responden dengan responden yang lain. Justeru itu data yang dikumpul mudah diproses dengan bantuan komputer. Soal selidik dapat mempercepatkan kerja mengumpul data dan kualiti mutu dapat dijamin. Menurut Chua (2006), sebelum membina item alat kajian, skala pengukuran bagi setiap variabel dalam hipotesis kajian perlu difahami dengan baik sebelum ia digunakan kerana kaedah-kaedah analisis data yang digunakan bergantung kepada jenis skala pengukuran. Beliau juga menjelaskan, bahawa data yang dinyatakan dalam bentuk kategori digunakan dalam analisis ujian bukan parametrik seperti ujian Khi kuasa dua, manakala data yang dinyatakan dalam bentuk kontinum yang mempunyai jarak yang sama sesuai dianalisis dengan menggunakan ujian parametrik seperti ujian-t dan ujian ANOVA. Bagi mengkaji penggunaan internet dan minat penduduk Micosia, beberapa variabel yang perlu diketahui untuk tujuan pembinaan item soal selidik. Berikut adalah bahagian-bahagian yang perlu ada dalam borang soal

Upload: jes74

Post on 17-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: soal selidik penggunaan internet

Soal selidik merupakan borang yang berisi soalan serta ruangan untuk

jawapan di mana satu sampel borang digunakan untuk semua responden. Borang

soal selidik hanya boleh dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk

mengumpul data kajian.  Setiap responden disoal dengan soalan yang sama oleh

itu penyelidik boleh membuat perbandingan antara seorang responden dengan

responden yang lain. Justeru itu data yang dikumpul mudah diproses dengan

bantuan komputer. Soal selidik dapat mempercepatkan kerja mengumpul data dan

kualiti mutu dapat dijamin.

Menurut Chua (2006), sebelum membina item alat kajian, skala

pengukuran bagi setiap variabel dalam hipotesis kajian perlu difahami dengan

baik sebelum ia digunakan kerana kaedah-kaedah analisis data yang digunakan

bergantung kepada jenis skala pengukuran. Beliau juga menjelaskan, bahawa data

yang dinyatakan dalam bentuk kategori digunakan dalam analisis ujian bukan

parametrik seperti ujian Khi kuasa dua, manakala data yang dinyatakan dalam

bentuk kontinum yang mempunyai jarak yang sama sesuai dianalisis dengan

menggunakan ujian parametrik seperti ujian-t dan ujian ANOVA.

Bagi mengkaji penggunaan internet dan minat penduduk Micosia, beberapa

variabel yang perlu diketahui untuk tujuan pembinaan item soal selidik. Berikut

adalah bahagian-bahagian yang perlu ada dalam borang soal selidik bagi

mengkaji penggunaan internet dan minat penduduk Micosia:-

a) Demografi

Demografi adalah profil bagi responden. Dalam demografi item-item yang dimuatkan ialah

jantina, umur dan pekerjaan. Kesemua item-item ini perlu kerana ia merupakan variabel atau

pemboleh ubah yang akan diuji.

b) Penggunaan internet.

Penggunaan internet adalah bahagian kedua di mana dalam bahagian ini responden akan

disoal tentang penggunaan internet. Skala likert 5 mata yang digunakan adalah sangat tidak

kerap, tidak kerap, kurang kerap, kerap dan sangat kerap.

Page 2: soal selidik penggunaan internet

c) Minat terhadap internet

Minat terhadap internet pula adalah dibahagian b. Minat merupakan pembolehubah bebas

yang hendak dikaji dalam kajian ini. Skala likert 5 mata yang digunakan adalah sangat tidak

setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat setuju.

Page 3: soal selidik penggunaan internet

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas tentang Penggunaan Internet dan

Minat PenduduK Micosia

Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas.

Segala maklumbalas yang diberikan akan diRAHSIAKAN.

Kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.

Berikut adalah borang soal selidik yang hendak digunakan dalam kajian ini.

Borang soal selidik

Penggunaan Internet dan Minat Penduduk Micosia

Bahagian I: DEMOGRAFI

Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.

1. Jantina: [ ] Lelaki [ ] Perempuan

2. Umur: __________ tahun

3. Bidang Pekerjaan:

[ ] Pentadbiran [ ] Pelancongan [ ] Perikanan [ ] Pembuatan

Page 4: soal selidik penggunaan internet

BAHAGIAN II: PENGGUNAAN INTERNET

Bagi setiap item, sila bulatkan untuk menyatakan pendapat anda mengikut skala yang diberikan.

No Perkara San

gat T

idak

K

erap

Tid

ak K

erap

Kur

ang

Ker

ap

Ker

ap

San

gat K

erap

1 2 3 4 5

(A) Nyatakan kekerapan menggunakan internet bagi tujuan di bawah:

1 Email 1 2 3 4 5

2 Tempahan (tiket pernerbangan atau wayang) 1 2 3 4 5

3 Transaksi bank 1 2 3 4 5

4 Maklumat Kesihatan 1 2 3 4 5

5 Berita 1 2 3 4 5

6 Membeli belah 1 2 3 4 5

7 Laman Sosial (seperti Facebook, tweeter, skype) 1 2 3 4 5

(B) Minat terhadap internet

No Perkara

San

gat T

idak

S

etuj

u

Tid

ak S

etuj

u

Kur

ang

Set

uju

Set

uju

Tid

ak S

etuj

u

1 2 3 4 5

8Saya lebih suka menghubungi rakan dan saudara melalui email, facebook atau tweeter

1 2 3 4 5

Page 5: soal selidik penggunaan internet

9 Saya suka membeli-belah secara on line 1 2 3 4 5

10 Saya berminat mencari maklumat tentang isu semasa di internet 1 2 3 4 5

Saya lebih suka mencari kerja melalui internet 1 2 3 4 5

12 Saya menggunakan internet untuk membuat kerja 1 2 3 4 5

13 Saya suka membaca akhbar, majalah dan buku secara online 1 2 3 4 5