smkp_ssa tugasan 1 t2.docx

Upload: siti-nurul-syazwani-ismail

Post on 04-Jun-2018

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 SMKP_SSA TUGASAN 1 T2.docx

    1/3

    K2_SSA Tugasan 1 T2

    Tajuk : NutrisiSosio saintifik isu/konteks : Obesiti Masalah Pemakanan

    Tingkatan : 2 Elit

    Tema Pembelajaran : Pengurusan dan Kesinambungan HidupTajuk : Nutrisi

    Objektif pembelajaran : Kepentingan diet yang seimbangHasil pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran, pelajar dapat :

    (i) Menyatakan faktor yang perlu diambil kira semasa merancang diet seimbang

    (ii) Merancang diet seimbang

    Pengetahuan sedia ada: (i) Pelajar telah mengetahui kelas-kelas makanan

    Obesiti Masalah Pemakanan

    Kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah masalah pemakanan yangkian meningkat di sebilangan negara di dunia. Ia berkaitan perubahan cara hidup, kekurangan aktiviti fizikal

    di samping perubahan dalam tabiat pemakanan.

    Obesiti didefinisikan sebagai kelebihan tisu lemak dalam badan yang menyebabkan kesan sampinganterhadap parameter metabolik, tahap kesihatan jangka panjang dan pendek dan kesan psikologi. Jisim lemak

    badan dinilai dari antropometri dengan ukuran ketebalan lipatan kulit (contohnya pada tricipital), ukuran

    lilitan (lengan atau perut) atau ukuran teknikal. Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di

    kalangan kanak-kanak didefinisikan sebagai kelebihan berat badan relatif kepada ketinggian. Kebelakanganini, 'body mass index' (BMI: berat (kg)/tinggi(m)2 ) semakin diterima sebagai pengukur kelebihan berat

    badan dan obesiti. Ia mencerminkan jisim lemak badan dengan lebih tepat daripada ukuran berat. Agihan

    BMI di kalangan kanak-kanak dan remaja berbeza mengikut umur dan jantina.

    BMI meningkat selepas lahir hingga umur enam ke 12 bulan kemudian menurun ke tahap minimum padaumur empat ke enam tahun dan meningkat sehingga kanak-kanak itu mencapai umur dewasa.

    Kira-kira satu pertiga daripada obesiti di kalangan dewasa bermula dari usia kanak-kanak.

  • 8/14/2019 SMKP_SSA TUGASAN 1 T2.docx

    2/3

    Sebilangan kecil kanak-kanak menjadi obes disebabkan penyakit lain sepertiHypothyroidism (kekurangan hormon tiroid), Human growth hormone deficiency (kekurangan hormon

    pertumbuhan), Cushing's syndrome' atau jangkitan, trauma atau ketumbuhan di 'hypothalamus'. Kecacatangenetik merangkumi sindrom obesiti seperti sindrom Lawrence Moon Biedl, sindrom Prader Willi, sindrom

    trisomi 21, sindrom Wiedemann Beckwith dan lain-lain. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, beberapa

    kes kecacatan genetik di kenal pasti sebagai punca 'hyperphagia' (makan berlebihan) dan obesiti yangbermula dari usia kanak-kanak. Faktor kecacatan genetik yang menyebabkan obesiti biasanya disebabkan

    perubahan atau mutasi kepada beberapa gen seperti gen leptin dan perubahan pada keronsong gen leptin.Bagi prevalens obesity (obesiti lazim) ia dipengaruhi, variasi genetik, tradisi kawasan, persekitaran, faktoriklim dan tabiat budaya. Faktor genetik juga memainkan peranan penting dalam risiko obesiti. Ciri paling

    menonjol di kalangan kanak-kanak bermasalah ini ialah ahli keluarga lain juga menghadapi masalah sama.

    Selain kecenderungan genetik, faktor luaran (exogenous) semasa awal hayat juga memberi kesan ke atas

    risiko obesiti, satu fenomena yang dinamakan 'metabolic programming' atau 'metabolic imprinting'.

    Antaranya;Kajian menunjukkan penyakit kencing manis ketika hamil dan kekurangan makanan/kebuluran pada wanita

    mengandung pada tiga trimester yang berlainan juga memberi kesan ke atas risiko obesiti anak-anak pada

    masa dewasa.

    Penyusuan susu ibu dan jangkamasa penyusuan yang panjang melindungi anak-anak daripada masalah

    obesiti. Prevalens obesiti di kalangan kanak-kanak yang tidak menyusu susu ibu adalah 1.6 kali lebih tinggi

    berbanding dengan yang menyusu susu ibu.

    Faktor persekitaran juga mempengaruhi kejadian obesiti. Obesiti adalah hasil dari keseimbangan tenaga

    yang positif dalam jangka waktu lama iaitu pengambilan kalori melebihi penggunaan kalori untuk aktivitifizikal, tumbesaran dan proses metabolisme badan yang lain.

    Soalan KBAT

    1. Apakah yang anda faham tentang obesiti?Jangkaan jawapan : Obesiti ialah kelebihan berat badan atau kelebihan tisu lemak dalam badan

    2. Apakah gaya hidup yang boleh menyumbang kepada obesiti?Jangkaan jawapan : Pengambilan makanan berlemak secara berlebihan dan kurang bersenam

    3. Apakah kesan jangka panjang kepada kanak-kanak yang mengidap obesiti?Jangkaan jawapan : Boleh mendapat penyakit kardiovasular, lumen arteri tersumbat dan akhirnya

    membawa kepada serangan jantung dan strok. Juga boleh membawa kepada penyakit kencing manis

    4. Rancangkan diet pemakanan yang boleh diamalkan oleh kanak-kanak bagi mengelakkan berlakunyaobesiti di kalangan kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun?Jangkaan jawapan : Pengambilan diet seimbang iaitu mempunyai semua kelas makanan dalam kuatiti

    yang sepatutnya. Contohnya seperti berikut :Sarapan pagi : 1 biji telur rebus, 1 keping roti bijiran gamdum penuh dan segelas susu

    Tengah hari : 1 pinggan nasi, daging panggang, 1 mangkuk sup sayur, 1 biji buah epal, segelas jus buah

    tanpa gulaMakan malam : 1 pinggan nasi, ikan bakar, 1 pinggan sayur kukus, 1 biji buah oren, air kosong

  • 8/14/2019 SMKP_SSA TUGASAN 1 T2.docx

    3/3

    5. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dianggap sebagai mempunyai berat ideal?Jangkaan jawapan : Mempunyai BMI anatara 18 hingga 25 / berat badan yang sesuai dengan ketinggian

    Panduan pelaksanaan :

    1. Pelajar dibahagi dalam kumpulan.

    2. Setiap kumpulan diedarkan rencana mengenai isu obesiti seterusnya membaca danmembincangkannya di dalam kumpulan masing-masing.

    3. Setiap kumpulan di minta membina peta pemikiran.

    4. Setiap kumpulan di minta untuk membentangkannya di hadapan kelas.

    5. Pelajar lain diminta untuk memberi pandangan dan hujah-hujah berkaitan hasilpembentangan rakan mereka.

    6. Guru membuat rumusan berkaitan dengan isu yang telah di bincangkan.