t2 motivasi

Upload: cahaya-petunjuk-story

Post on 10-Mar-2016

254 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIMBIMGAN KAUNSELING

TRANSCRIPT

PSIKOLOGI SUKAN MOTIVASI

PSIKOLOGI SUKAN MOTIVASIDISEDIAKAN OLEH :RAS ANISHA BINTI RASHIDROZIYANNA BINTI RAHIM

Apakah itu MOTIVASI???Definisi dan Komponen MotivasiTiga Model MotivasiModel Motivasi Keperluan-TujuanDimulai dengan perasaan keperluan individu. Keperluan ini kemudian ditransformasi menjadi perilaku yang diarahkan untuk mendukung pelaksanaan perilaku tujuan. Tujuan dari perilaku tujuan adalah untuk mengurangi keperluan yang dirasakan. Secara teoritis, perilaku mendukung tujuan dan perilaku tujuan berkelanjutan sampai keperluan yang dirasakan telah sangat berkurang.Model ekspektasi Vroom

Mengatasi beberapa kerumitan tambahan.Model ekspektasi Vroom berdasarkan keperluan yang dirasakan menyebabkan perilaku kemanusianModel ekspektasi Vroom mengungkapkan isu kekuatan motivasi. Kekuatan motivasi adalah tingkatan keinginan individu untuk menjalankan suatu perilaku. Model Motivasi Porter-Lawler konsisten dengan dua model sebelumnya dimana model ini menerima premis bahawa :keperluan yang dirasakan akan menyebabkan perilaku kemanusiaan; dan usaha yang dilakukan untuk mencapai suatu tugas ditentukan oleh nilai balas jasa yang dirasakan yang dihasilkan dari suatu tugas dan probabilitas bahawa balas jasa tersebut akan menjadi nyata.Keperluan Kemanusiaan Suatu pengertian mendalam motivasi didasarkan pada pengertian mendalam mengenai keperluan kemanusiaan.Beberapa teori telah dikembangkan untuk membantu wirausahawan lebih mengerti keperluan tersebut. Hirarki keperluan MaslowRangkaian kesatuan kedewsaan-ketidak dewasaan ArgyrisMotif berprestasi McCleland.Panduan untuk Membina MotivasiPanduan untuk Membina MotivasiTEORI MOTIVASI PENCAPAIANMotivasi pencapaian bermaksud kecederungan seseorang atlet sama ada mendekati atau mengelakkan diri dari situasi yang kompetitif atau berasaskan pencapaian (Shaharudin, 2002).Seseorang individu menyertai sukan bergantung kepada dua motif utama iaitu motif intrinsik dan motif ekstrinsik. Motif intrinsik adalah secara dalamam seperti keinginan memperbaiki pencapaian sendiri, meningkatkan tahap kesihatan dan keseronokan. Motif ekstrinsik adalah secara luaran seperti keinginan mendapatkan ganjaran, penghormatan atau lain-lain perkara yang bersifat kebendaan.

MODEL McCLELLAND AND ATKINSONBerdasarkan motif untuk mencapai kejayaan dan takut akan kegagalanFAKTOR YANG MENDORONG ATLET UNTUK MENGHARAPKAN KEJAYAAN :Motivasi untuk mencapai kejayaanPersepsi terhadap kemungkinan BerjayaNilai insentif positif terhadap kejayaanFAKTOR YANG MENDORONG UNTUK BERASA BIMBANG TERHADAP KEGAGALANMotivasi untuk mengelak daripada gagalPersepsi terhadap kemungkinan akan gagalNilai insentif yang negative terhadap kegagalanTeori Self Efficacy oleh BanduraSelf-efficacy merupakan asas kepada kecekapan atau prestasi yang mantap.Self-Efficacy boleh ditingkatkan melalui beberapa cara :perlakuan/prestasi yang berjaya pengalaman lalu kata-kata semangat/perangsang kebangkitan emosi

Individu/kumpulan yang mempunyai self-efficacy yang tinggi lazimnya akan berusaha bersungguh-sungguh,kekal lama dalam melaksanakan tugasan tersebut serta mencapai tahap pencapaian yang tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang rendah tahap self-efficacy.Teori Motivasi Kecekapan Harter

Menjelaskan motivasi pencapaian berdasarkan kepada aspek kecekapan diri atlet. Atlet yang berasa bahawa mereka mempunyai kecekapan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugasan lazimnya akan mempunyai motivasi yang tinggi.Manakala mereka yang tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan akan menjauhi atau mengelakkan diri dari sesuatu permainan. Setiap individu mempunyai keinginan serta motivasi untuk menonjol kecekapan dalam perkara yang melibatkan pencapaian. Bagi memenuhi keinginan tersebut, individu tersebut akan berusaha untuk menguasai serta memahirkan diri dengan kemahiran tersebut.

Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey

Menjelaskan fenomena motivasi pencapaian dan keyakinan diri dalam bidang sukan dengan merujuk sukan secara spesifik. Definisi keyakinan sukan, keyakinan yang dimiliki seseorang tentang kemampuannya untuk berjaya dalam sukan. Atlet yang berjaya dalam sesuatu bidang sukan akan membawa bersama keyakinannya untuk terus berjaya dalam sukan yang baru.

TEORI PERSEPSI KEBOLEHAN NICHOLLSGabungan dan lanjutan Teori Self-Efficacy Bandura dan Teori Motivasi Kecekapan Harter. Motivasi pencapaian berdasarkan fasa pembangunan manusia (bagaimana kanak-kanak membentuk persepsi tentang kebolehan diri mereka) Persepsi tentang kebolehan berbeza dari satu tahap pembangunan ke tahap pembangunan yang berikutnya :i. Tahap umur antara 2 hingga 6 tahunKanak-kanak melihat serta menilai kebolehan diri mereka berdasarkan prestasi atau pengalaman lepas. Sekiranya kanak-kanak dapat melihat peningkatan yang telah dilakukannya,mereka akan membuat kesimpulan bahawa kebolehan mereka semakin meningkat dan mereka berkemampuan untuk melakukan tugasan tersebut.Kanak-kanak akan menunjukkan usaha yang tinggi untuk menguasai kemahiran dalam tugasan tersebut diklasifikasikan sebagai berorientasikan tugasan.

ii.Tahap usia 6 tahun ke atas

Melihat kebolehan diri dengan membandingkan pencapaian mereka dengan rakan-rakan yang lain. Atlet yang berorientasikan tugasan (1) mementingkan proses menguasai kemahiran atau tugasan yang dilakukan (2) cenderung kepada strategi dan usaha untuk meningkatkan kemahiran diri Atlet yang berorientasikan ego (1) lebih mementingkan keputusan (2) kejayaan diukur berdasarkan kemampuan mengatasi orang lain. Atlet yang berorientasikan ego akan menggunakan cara serta tindakan yang menyalahi peraturan untuk mencapai kejayaan. Sekiranya berhadapan kegagalan atau kesukaran, besarkemungkinan atlet ini tidak akan melibatkan diri serta menunjukkan perlakuan serta motivasi yang kurang memberangsangkan.

Pembentukan Motivasi Pencapaian dan Kegigihan Bertanding

Atlet yang bermotivasi dalaman akan sentiasa mengekalkan penglibatannya dalam aktiviti fizikal atau sukan. Namun, seseorang jurulatih perlu membentuk lagi motivasi atletnya dengan pelbagai strategi.Mewujudkan Pengalaman Kejayaan Kejayaan atlet boleh dipastikan dengan menstrukturkan aktiviti di setiap peringkat latihan. Misalnya, dalam latihan jaringan, saiz gol boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut kebolehan atlet sehingga dia mencapai kejayaan. Dengan bertambahnya kejayaan dalam penguasaan kemahiran dan persembahan dalam latihan, atlet akan ditingkatkan keyakinan kejayaan dalam sesuatu pertandingan. Pengalaman kejayaan itu dapat menguatkan lagi keinginan bersaing.

Meningkatkan Keyakinan Diri AtletKeyakinan diri penting untuk persembahan yang baik dan perlu dibina. Aktiviti yang boleh meningkatkan keyakinan diri atlet adalah memberi maklum balas positif kepada atlet terhadap perlakuan yag betul dan tepat, berfikiran positif, berlatih dengan pemain yang berkebolehan dan sebagainya.Latihan BerperingkatProses latihan berperingkat akan membina keyakinan diri atlet dengan menilai keupayaan kendiri. Atlet akan berlatih menguasai kemahiran dengan latih tubi. Setelah kemahiran dikuasai, atlet itu boleh menilai diri sendiri berbanding dengan orang lain untuk memperbaiki kelemahan. Proses terakhir ialah atlet telah dapat mengintegrasikan penguasaan kemahiran dan telah bersedia untuk membuat perbandingan dengan orang lain.

Penglibatkan Pemain Dalam Membuat KeputusanJurulatih harus memberi atlet-atletnya tanggungjawab untuk membuat sesuatu keputusan dan peraturan. Dengan ini, kawalan persepsi akan ditingkatan dan pencapaian peribadi dapat dirasai. Misalnya, pemain-pemain diberi peluang merancang atau membuat perubahan terhadap aktiviti-aktiviti latih tubi. Latihan Simulasi Latihan simulasi dijalankan dalam keadaan yang hampir sama dengan pertandingan sebenarnya. Atlet akan dapat membiasakan diri dengan pertandingan sebenar yang akan dihadapinya. Kelemahan penguasaan kemahiran dan strategi dapat dikesan dan dibaiki dalam latihan simulasi. Atlet akan bersedia untuk menghadapi pertandingan dengan penuh keyakinan. Penggunaan Motivasi Pencapaian dan Kegigihan Bertanding dalam Latihan

Sebagai guru atau jurulatih yang bertanggungjawab merancang dan menjalankan aktiviti sukan maka guru dan jurulatih perlu mewujudkan keadaan-keadaan berikut:Memastikan tugasan yang dilaksanakan dipelbagaikan agar atlet tidak jemu malahan ingin terus belajar.Libatkan atlet dalam perancangan sesuatu aktiviti atau penilaian sesuatu program latihan supaya mereka dapat memantau peningkatan diri.Ganjaran kerana menyertai aktiviti mestilah khusus kepada individu tersebut dan bukannya kepada persaingan.Atlet disatukan dalam kumpulan agar mereka dapat berkerja sama dalam meningkatkan kemahiran sendiri.Penilaian perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah yang pelbagai serta menjurus kepada peningkatan usaha dan pencapaian kendiri.

Winterbottom (1953) dan Rosen dan D Andrade (1959) mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam konteks motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding ini. Antaranya ibu bapa perlu:menanam serta menggalakkan sifat berdikari kepada anak-anaknya.bersifat terbuka dan sentiasa menerima (khususnya ibu) anaknya.memberikan sokongan yang sepatutnya apabila anak-anak berhadapan dengan kegagalan atau sesuatu yang di luar jangkaan.4 menerima hakikat bahawa untuk Berjaya anak-anak perlukan masa untuk menguasai sesuatu kemahiran.berikan tumpuan kepada usaha yang membuahkan kejayaan dan jangan mengungkit kegagalan.sentiasa melihat usaha, mendengar masalah serta cuba memahami perasaan anak-anak.

Sekiranya penggunaan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding diambil secara bersepadu maka kita dapat membantu dalam meningkatkan lagi keyakinan serta motivasi atlet serta memberi pengalaman sukan dan aktiviti yang lebih bermakna.

TutorialAnda dan rakan praktikum diminta menyediakan satu pasukan hoki untuk mewakili sekolah ke pertandingan MSSD. Secara berpasangan, huraikan bagaimana anda akan membentuk motivasi pemain-pemain anda.SEKIAN, TERIMA KASIH