slot rph

6
Rancangan Perancangan Harian (Slot Pengajaran Kelas) Kelas : Prasekolah Sinar Bestari Tarikh : 26.04.2012 Masa : 8.30 9.10 pagi (40 minit) Bil. Murid : 5+ tahun Modul : Bertema Tema : Alam Hidupan Subtema : Haiwan Peliharaan Tunjang utama : Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia BM 2.0 Kemahiran Bertutur Standard Kandungan : BM 2.1 Berinteraksi dengan mesra Standard Pembelajaran : BM 2.1.4 Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila BM 2.1.5 Menyatakan permintaan dengan sopan. BM 2.1.6 Menamakan objek di persekitaran Kesepaduan Tunjang : KTI 2.1.11 Menyanyi mengikut mud lagu iaitu : riang dan bersemangat

Upload: afiqah-mat-noor

Post on 31-Aug-2015

294 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

Rancangan Perancangan Harian(Slot Pengajaran Kelas)

Kelas: Prasekolah Sinar BestariTarikh: 26.04.2012Masa:8.30 9.10 pagi (40 minit)Bil. Murid:5+ tahunModul:Bertema Tema:Alam Hidupan Subtema:Haiwan PeliharaanTunjang utama:Tunjang Komunikasi Bahasa MalaysiaBM 2.0Kemahiran BertuturStandard Kandungan:BM 2.1Berinteraksi dengan mesraStandard Pembelajaran:BM 2.1.4Berinteraksi secara sopan dan bertatasusilaBM 2.1.5Menyatakan permintaan dengan sopan.BM 2.1.6Menamakan objek di persekitaran

Kesepaduan Tunjang:KTI 2.1.11Menyanyi mengikut mud lagu iaitu : riang dan bersemangatKM 6.1.2Mengecam bunyi dalam alam sekitar semulajadi seperti bunyi air, angin, haiwan.Objektif Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :i. Menyenaraikan nama-nama haiwan peliharaanii. Mengecam dan membunyikan bunyi-buyi haiwan peliharaaniii. Menggayakan pergerakan haiwan peliharaan.Pengetahuan Sedia Ada:i.Murid telah didedahkan dengan nama-nama haiwan peliharaan daripada persekitaran mereka.ii.Murid sudah mengetahui pergerakan serta bunyi haiwan-haiwan peliharaan.Kemahiran Berfikir:Mengkategori dan mengecam bunyi-bunyi haiwanPenerapan Nilai:Kasih sayang terhadap haiwan dan kreativitiBahan Bantu Mengajar (BBM):Soalan dan jawapan teka-teki, puzzle, kotak, roda Haiwan Saya, soalan dan jawapan untuk permainan rodaFokus MI:Kecerdasan linguistik dan kreativitiKosa Kata:Jinak, pelihara, teka-teki dan roda.

MASA/LANGKAHISI PELAJARANAKTIVITI P&PCATATAN/BAHAN

Set Induksi(5 minit) Teka-teki Guru membacakan soalan teka-teki dan meminta murid menjawabnya.- Soalan teka teki

Langkah 1(5 minit) Mengetahui haiwan apa yang terdapat di kediaman masing-masing Contohnya :Haiwan peliharaan (kucing, arnab, ayam, ikan, hamster) Guru meminta kanak-kanak bercerita tentang haiwan peliharaan masing-masing

Langkah 2(8 minit) Murid-murid menyusun puzzle gambar haiwan yang telah diberikan Guru memberikan arahan kepada murid-murid untuk menyelesaikan puzzle yang diberikan Guru meminta murid-murid mencari puzzle yang telah dilekatkan di bawah meja Aktiviti dilakukan secara berkumpulan- Puzzle gambar haiwan

Langkah 3(17 minit) Murid-murid dapat mengetahui pergerakan binatang dan mengecam bunyi bintang

Guru memberikan arahan kepada murid-murid supaya membuat bulatan yang besar Guru menerangkan peraturan permainan Roda Haiwan Saya Antara arahannya:1. Guru akan memberikan sebuah kotak kepada seorang pelajar yang telah dipilih2. Pelajar tersebut perlu memberikan kotak berkenaan kepada rakan di sebelahnya sambil lagu dimainkan oleh guru3. Apabila lagu berhenti, pelajar yang memegang kotak itu perlu tampil ke hadapan untuk memusing roda yang mempunyai nombor soalan yang perlu dijawab.4. Guru akan membacakan soalan yang terdapat pada jarum pusingan roda setelah roda berhenti5. Murid harus menjawab setiap soalan dengan menggayakan atau membunyikan haiwan mengikut soalan6. Para pelajar harus meneka binatang yang digayakan oleh pelajar berkenaan- Roda Haiwan Saya- Soalan dan jawapan

Penutup(5 minit) Mengetahui pelbagai haiwan peliharaan

Mengecam bunyi-bunyi haiwan Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai pergerakan dan bunyi haiwan

Memanggil beberapa orang pelajar untuk menyenaraikan binatang yang mereka tahu pada akhir pembelajaran