slot kuliah maghrib perkeso

19
Slot Kuliah Maghrib : Syukur kepada Allah Noor Fiteri bin Abdullah 3 Jun 2012 Sempena Kelas Motivasi dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan Anak-Anak Penerima Faedah Perkseo 2012

Upload: noor-fiteri-abdullah

Post on 23-Jun-2015

397 views

Category:

Spiritual


1 download

DESCRIPTION

Mengapa perlu beribadah kepada Allah?

TRANSCRIPT

Page 1: Slot kuliah maghrib perkeso

Slot Kuliah Maghrib :Syukur kepada Allah

Noor Fiteri bin Abdullah

3 Jun 2012

Sempena Kelas Motivasi dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan Anak-Anak Penerima Faedah Perkseo 2012

Page 2: Slot kuliah maghrib perkeso

Pujian dan Syukur

• Syukur atas banyak segala nikmat kurniaan kepada kita

• Sejak kita dilahirkan hinggalah detik ini• Apa yang telah kita lakukan untuk balas

nikmat Allah kepada?

Page 3: Slot kuliah maghrib perkeso

Rasullah Ikon Teladan

KETIKA Rasulullah s.a.w mengembala kambing, tidak jauh darinya ada sekumpulan remaja sedang lepak, berborak dan ketawa.

Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah:

“Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana tu?”

Rasulullah dengan tegas menjawab: “Saya diciptakan bukan untuk itu.”

Page 4: Slot kuliah maghrib perkeso

• Jawapan Rasulullah itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan, malah kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan hingga melalaikan itu yang merosakkan

Page 5: Slot kuliah maghrib perkeso

• Di sebalik jawapan Nabi yang agung itu, ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadat kepada Allah.

Page 6: Slot kuliah maghrib perkeso

Kadang-kadang ada yang lepak hingga lupa menunaikan solat. Mereka yang bermain bola pada waktu petang di padang tidak malu lagi dengan azan yang berkumandang. Sudahlah dengar azan, padang bola pula bersebelahan dengan masjid.

Haiwan ternakan seperti kambing, lembu pun sudah balik ke kandang tapi sesetengah kita kadangkala masih asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi selekoh. Inilah yang dilarang Nabi.

Waktu bekerja ada, waktu rehat ada, masa tidur ada, masa makan ada, masa main ada, tetapi sayang waktu ibadat tidak dimasukkan di dalam jadual.

Page 7: Slot kuliah maghrib perkeso

• Kadang-kadang ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadat? Sibuk. Kalau sempat buatlah, kalau tidak sempat qada saja.

• kenapa dan alasan kenapa kita mesti beribadat?

Page 8: Slot kuliah maghrib perkeso

6 alasan

• kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk pun kita.

Page 9: Slot kuliah maghrib perkeso

1.Tujuan kita dijadikan

• tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya. Firman Allah dalam al-Quran (Qs 51:56) yang bermaksud: “Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaku.”

Jika tugas lain kita boleh ingat dan prihatin, maka tugas ibadat lebih utama lagi.

Page 10: Slot kuliah maghrib perkeso

2.kewajipan

• Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya atas nikmat yang terlalu banyak. Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma pula, sedangkan zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar.

Page 11: Slot kuliah maghrib perkeso

• Bil elektrik hujung bulan, bil telefon dan jika tidak dibayar kena potong. Kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma dan kalau kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil, tidak bayar kena potong. Kita yang tak beribadat ini matilah.

Page 12: Slot kuliah maghrib perkeso

3. kewajipan

• Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh. Firman Allah (QS 7;172) mengingatkan kita maksudnya: “... ketika Allah berfirman bukankah Aku ini Tuhanmu. Mereka menjawab bahkan betul.”

Page 13: Slot kuliah maghrib perkeso

172. dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Page 14: Slot kuliah maghrib perkeso

4.Kerja Nabi & Rasul

• kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan thaghut (kejahatan). Jika Nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat, apa lagi kita.

Page 15: Slot kuliah maghrib perkeso

Firman Allah (QS 16: 36) bermaksud: “...dan sesungguhnya kami mengutus setiap umat itu rasul untuk menyeru sembahlah Allah dan jauhilah thaghut.

36. dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada Yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya.

Page 16: Slot kuliah maghrib perkeso

5. Allah Maha Kuasa

• kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa. Allah yang mengatur kehidupan kita kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain..

Page 17: Slot kuliah maghrib perkeso

6. Takut Azab Allah

• kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti kita di akhirat. Allah amat murka kepada orang yang derhaka pada-Nya. Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut Nabi membuat pengakuan.

Page 18: Slot kuliah maghrib perkeso

Ini terbukti dalam firman Allah (QS 6:15) maksudnya: “Sesungguhnya aku amat takut kepada azab hari kiamat jika menderhakai Tuhan.

15. katakanlah: "Sesungguhnya Aku takut jika Aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari Yang besar (hari kiamat)".

Page 19: Slot kuliah maghrib perkeso